sumber internet.pdf

25

Upload: buithu

Post on 12-Jan-2017

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1 http://kedah2u.com.my

Balai Besar, Alor Setar Kedah Big Hall

Fungsi asal Balai Besar adalah sebagai Balai Rongseri atau Balai Penghadapan. Ia merupakan sebahagian daripada kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakang bangunan ini. Pembinaannya dimulakan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710 - 1778). Bahan binaan untuk tiang, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Balai Besar dibina dengan gabungan keindahan senibina dan mempamerkan kehalusan dan kesenian pertukangan kayu Melayu yang mengkagumkan. Kayu Cengal Emas digunakan sebagai bahan utama dalam pembinaan. Bangunan Balai Besar juga dihiasi dengan ukiran berwarna keemasan dan cermin dari Cina pada bumbungnya. Terdapat 42 tiang utama yang masih kukuh sehingga hari ini. Bangunan ini pernah mengalami kerosakan akibat serangan Armada Bugis (1770) dan Siam (1821). Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Shah, Sultan kedah ke-26 (1882 - 1943), bangunan ini telah dibaikpulih (1896) oleh Jabatan Kerja Raya Negeri yang diketuai oleh seorang arkitek, Muhammad bin Lebai Tambi sebagai persediaan untuk melagsungkan perkahwinan putera-puteri baginda lima bersaudara (1904). Selain majlis perkahwinan, Balai Besar ini juga digunakan untuk melangsungkan majlis pertabalan, majlis-majlis rasmi dan persidangan Majlis Negeri (state Council) sejak 1905 hingga 1973. Pada 1805, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan

2 http://kedah2u.com.my

Kedah ke-22 (1804 - 1845) telah ditabalkan secara rasmi di Balai Besar ini dan diikuti oleh KDYMM Tuanku Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 20 Februari 1959.

Balai Nobat, Alor Setar Kedah Instrumental Hall

Balai Nobat Negeri Kedah atau Pentas Di Raja dibina pada tahun 1907 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Pada hari ini, Balai Nobat Negeri Kedah dijadikan tempat untuk menyimpan alat-alat muzik Nobat DiRaja yang hanya dimainkan pada upacara-upacara DiRaja seperti upacara pertabalan, perkahwinan dan persemadian Di Raja. Alat muzik Nobat terdiri dari tiga rebana besar, dua rebana kecil, satu gong dan satu serunai ini mampu menghasilkan satu gabungan bunyi yang mengasyikkan yang dikenali sebagai muzik nobat, satu bentuk lagu kebudayaan negeri Kedah.

3 http://kedah2u.com.my

Bukit Kayu Hitam, Kedah Kedah-Thailand Border

Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Sejarah Bukit Kayu Hitam bermula dari zaman kemaraan tentera Siam menyerang Kedah pada tahun 1824. Menurut cerita masyarakat tempatan, nama Bukit Kayu Hitam ini asalnya diberikan oleh tentera Siam semasa berehat di sebuah bukit. Mengikut cerita, dalam perjalanan untuk menyerang Kedah, tentera Siam telah singgah di sebuah bukit dan berkampung di situ sementara meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka telah memasak nasi disitu dan menggunakan sebatang kayu sebagai senduk. Tanpa disedari, setelah nasi tadi masak, ia berubah menjadi kehitaman, maka tentera Siam tadi kehairanan dan mereka cuba mencari sebab kenapa nasi boleh menjadi hitam. Maka, mereka dapati ia berpunca dari kayu yang digunakan sebagai senduk tadi. Mereka menyiasat dari mana asalnya kayu tersebut dan apabila ditemui tempat kayu itu diambil mereka dapati sekitar pokok tersebut bewarna kehitaman. Pokok tersebut adalah Pokok Komoi. Maka dari situlah wujudnya Bukit Kayu Hitam di mana dalam bahasa Siam disebut Kuan Mhai Dam. Setelah Siam kalah, orang-orang Melayu mula mendirikan perkampungan di sekitar Bukit Kayu Hitam dengan kegiatan utamanya pertanian disamping peranannya sebagai pintu masuk ke Siam untuk menjual hasil pertanian mereka. Akhirnya ia semakin berkembang yang kemudian berubah menjadi sebuah pekan kecil dimana penduduknya semakin bertambah. Dengan ini kegiatan perdagangan antara Kedah dan Siam semakin rancak disini.

4 http://kedah2u.com.my

Namun begitu, Bukit Kayu Hitam terpaksa ditutup sepenuhnya pada tahun 1948 berikutan keadaan Darurat 1948 dimana meningkatnya kegiatan Komunis pada masa ini. Semua penduduk, polis dan kastam diarahkan berpindah ke Changloon dan tidak dibenarkan tinggal di Bukit Kayu Hitam. Ini menyebabkan Bukit Kayu Hitam kembali menjadi hutan dan dipenuhi semak. Pada tahun 1972, Bukit Kayu Hitam dibuka semula oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan membuka sebuah ladang getah di Bukit Kayu Hitam iaitu Ladang Rakyat Laka Temin. Pada masa ini juga nama Bukit Kayu Hitam telah hilang dan diganti dengan panggilan Laka Temin. Setelah pembukaan ladang ini, penduduk Laka Temin semakin bertambah. Pada tahun 1981, nama Laka Temin ditukar kembali kepada Bukit Kayu Hitam dan dengan persetujuan pihak Perancang Bandar, Bukit Kayu Hitam dikenali sebagai Bandar Bukit Kayu Hitam hingga kini.

Balai Seni Negeri Kedah, Alor setar Kedah Art Gallery

Balai Seni negeri Kedah terletak di tengah-tengah Medan Budaya. Senibina bangunan Balai Seni negeri Kedah ini banyak dipengaruhi oleh senibina Roman sama dengan bangunan yang terdapat di "Temple of Fortune Rivals". Balai Seni negeri Kedah dibina pada tahun 1912 dan telah digunakan sebagai Mahkamah Tinggi sebelum ditukar menjadi pejabat kepada beberapa jabatan kerajaan negeri. Pada 25 Julai 1983, bangunan ini telah diisytiharkan sebagai Balai

5 http://kedah2u.com.my

Seni Negeri Kedah Darul Aman oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Haji Abdul Halim Mu抋dzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Kini, Balai Seni negeri Kedah merupakan nadi kepada semua aktiviti-aktiviti kebudayaan dan seni dalam Negeri dan ia diurus oleh Lembaga Muzium Negeri.

Galeri Sultan Abdul Halim, Alor Setar Sultan Abdul Halim Gallery

Galeri Sultan Abdul Halim terletak di kawasan Medan Bandaraya (aka Kota Paris) bertentangan dengan Masjid Zahir, bersebelahan Wisma Negeri dan berhampiran Balai Seni, Balai Besar dan Balai Nobat. Asalnya galeri ini merupakan Mahkamah Tinggi Alor Setar. Namun ia diubahsuai pada tahun 2007 untuk dijadikan sebuah galeri. Pengunjung akan dapat mengenali lebih mendalam lagi tentang keperibadian Sultan Abdul Halim, hobi dan Kesultanan Kedah di galeri ini

6 http://kedah2u.com.my

Gunung Jerai, Yan Jerai Mountain, Kedah Malaysia

Dikenali sebagai Puncak Negeri Kedah, Gunung Jerai merupakan lokasi pelancongan yang harus dikunjungi ketika bercuti bersama keluarga.Keindahan alam semula jadi dilengkapi pelbagai kemudahan awam, menjanjikan kenangan yang istimewa untuk para pengunjung. Antaranya prasarana yang tersedia adalah masjid, tempat letak kenderaan yang selamat, tandas awam, gerai makanan, gerai cenderamata dan gerai batu.

Pengunjung juga boleh mendapat maklumat tentang Gunung Jerai di Pusat Maklumat, bersebelahan dengan Masjid Jerai. Di belakang Pusat Maklumat itu, terdapat sebuah tabika kemas untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan berdekatan. Taman Permainan untuk kanak-kanak juga tersedia dalam kawasan gerai makanan, di kaki Gunung Jerai. Bersebelahan Taman Permainan pula, terdapat Pusat Jualan Florikultur Gunung Jerai. Manakala lokasi Gelanggang Futsal pula adalah di sebelah kanan selepas melawati Pusat Jualan Florikultur. Dalam perjalanan ke puncak Gunung Jerai, pengunjung boleh menikmati keindahan persekitaran hutan semula jadi dan pemandangan saujana mata memandang Negeri

7 http://kedah2u.com.my

Kedah. Monyet-monyet didapati berkeliaran di atas jalan semasa dalam perjalanan dan pengunjung dinasihatkan agar tidak memberi makanan untuk mengelakkan mereka bertindak agresif. Van Pengangkut disediakan untuk para pengunjung naik ke Puncak Gunung Jerai. Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 km. Dalam perjalanan, pengunjung boleh singgah di Muzium Perhutanan Sungai Teloi dan kawasan air terjun. Selain menaiki Van Pengangkut yang disediakan, pengunjung juga boleh ke puncak Gunung Jerai dengan kenderaan sendiri. Tetapi perlu diingatkan, jalan mendaki di sini agak merbahaya. Tidak sama seperti jalan biasa. Kedudukannya yang curam dan sempit, menyukarkan pemandu untuk mengawal kenderaan dengan baik. Terdapat beberapa kenderaan yang rosak dan terbabas ke dalam curam. Kos untuk membawa keluar kenderaan tersebut mencecah ribuan ringgit dan terpaksa ditanggung oleh pengunjung sendiri kerana Pihak Pengurusan telah memberi amaran, tidak bertanggungjawab bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri untuk menaiki Puncak Gunung Jerai. Van Pengangkut yang disediakan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang bersesuaian untuk perjalanan ke Puncak Gunung Jerai. Bayaran yang dikenakan pula hanya RM10 untuk seorang penumpang. Terdapat pusat penginapan di puncak Gunung Jerai bagi para pengunjung yang ingin menginap di situ iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Pengunjung boleh menghirup udara yang nyaman dan dingin di sini sambil merehatkan minda lantas berupaya melupakan kesibukan kerja dan menghilangkan stress. Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau pada siang hari manakala lampu-lampu kenderaan, lampu-lampu hiasan dan bangunan-bangunan di Bandaraya Alor Setar pula menghiasi pemandangan pada waktu malam. Pihak Pengurusan Gunung Jerai juga menawarkan aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam semulajadi. Terdapat pelbagai spesies tumbuhan tropika di kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Pokok-pokok hujan tropika dan landskap bunga-bungaan yang hidup subur mewarnai panorama hutan Gunung Jerai. Menariknya, bunga-bungaan di sini mengembang dengan saiz lebih besar daripada spesis sama yang tumbuh di tempat lain. Gunung Jerai Resort pula terletak di tingkat tertinggi Gunung Jerai. Dengan berjalan kaki beberapa meter ke bawah, pengunjung boleh melawat Tapak Warisan, Makam Syeikh Abdullah Yamani, Telaga Tuk Syeikh dan Muzium Perhutanan.

8 http://kedah2u.com.my

Masjid Zahir, Alor Setar Zahir Mosque, Kedah Malaysia

Salah satu masjid tertua dan tercantik di Malaysia, Masjid Zahir menawarkan seni pembinaan khas Moorish. Ia mempunyai satu kubah utama dan lima kubah yang lebih kecil yang mewakili 5 Rukun Islam. Masjid Zahir dibina pada tahun 1912 dan dirasmi pada tahun 1915 oleh Sultan Kedah. Rekabentuknya seakan menyerupai sebuah masjid di Langkat, Sumatera Utara. Pengunjung diwajibkan untuk berpakaian sopan ketika melawat Masjid Zahir.

One of the oldest and most beautiful mosques in Malaysia, Masjid Zahir boasts a distinctively Moorish architecture. It has one main dome and five smaller domes which represent the five tenets of Islam. Masjid Zahir was built in 1912 and officially opened in 1915 by the Sultan of Kedah. Its design resembles mosques in Langkat, North Sumatera. Visitors are required to dress modestly when visiting the mosque and observe its rulers at all times.

9 http://kedah2u.com.my

Menara Alor Setar, Kedah Darul Aman Alor Star Tower, Kedah Malaysia

Simbol kebanggaan negara dan mercu tanda terkemuka Bandaraya Alor Setar, Menara Alor Setar menjulang di atas cakerawala bandar pada ketinggian 165.5 meter. Keadaan menara seni komunikasi adalah yang ke 19 tertinggi di dunia dan ke 2 tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur. Dari kejauhan, rekabentuk menara adalah yang menyerupai rumpunan jerami padi yang diikat. Pastikan anda melawat palangan pemerhatin di aras 88 meter dari permukaan tanah untuk menikmati panorama sekitar Bandaraya Alor Setar, dari Gunung Jerai ke Selat Melaka. Jangan lepaskan peluang menikmati hidangan ekslusif dikelilingi awan di Restoran Berputar Seri Angkasa pada ketinggian 94 meter.

10 http://kedah2u.com.my

A proud symbol of the state and a prominent landmark in the city, Alor Setar Tower soars above the city skyline at height of 165.5 m. This state of the art communications tower is the 19th tallest in the world, and the second highest in Malaysia after the Kuala Lumpur Tower. From afar, its design resembles a huge bunch of paddy stalks that are tied together. Be sure to visit the Observations Deck at 88 m above ground level to enjoy a panoramic view of the surrounding, sprawling from Gunung Jerai to the Straits of Malacca. Don't miss the Seri Angkasa Revolving Restaurant at 94 m for a meal amidst the clouds !f

Muzium Padi, Alor Setar Paddy Museum, Alor Setar Kedah

Terletak di Gunung Keriang, muzium ini menunjukkan perkembangan penanaman padi menggunakan peralatan tradisional sehingga ke peralatan moden. Ini adalah muzium padi pertama di Malaysia, dan yang keempat dibuka di dunia setelah Jepun, Jerman dan Filipina. Bangunan ini mempunyai senibina yang unik dengan gambaran seperti padi yang telah dituai. Motif padi turut digunakan di seluruh bangunan muzium ini, di tangga, pintu masuk muzium dan pagar mengelilingi kawasan ini. bandaraya alor setar negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online Muzium ini menunjukkan proses penanaman padi di Malaysia, dan pelbagai peralatan yang digunakan sejak bertahun lamanya. Terdapat juga mural padi, yang dihasilkan oleh 60 pelukis dari Korea Utara, menunjukkan sejarah penanaman padi

11 http://kedah2u.com.my

di Malaysia. Muzium Padi ini kini menjadi tarikan utama pelancongan di Kedah, yang turut dikenali sebagai Jelapang Padi Malaysia. Ia mengambarkan sejarah, cara hidup dan keunikan musim penanaman padi di Kedah Darul Aman. Pembinaan Muzium Padi ini sebagai menghormati aktiviti penanaman padi yang menyumbang kepada sejarah dan sosio ekonomi penduduk di Kedah khasnya dan Malaysia amnya. bandaraya alor setar negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online

Pantai Merdeka, Sungai Petani Merdeka Beach, Sungai Petani Kedah

Pantai Merdeka merupakan pantai percutian yang terletak di tanah besar negeri Kedah. Pantai Merdeka terletak di Daerah Kuala Muda, 60 km ke selatan Alor Setar. sungai petani negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online Pantai Merdeka terkenal sebagai pantai percutian dan perkelahan bagi penduduk tempatan dan negeri-negeri berdekatan seperti Pulau Pinang dan Perak Utara. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini termasuklah rumah penginapan calet, rumah rehat, tempat perkhemahan, kolam renang dan tempat-tempat makan. sungai petani negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah online Berhampiran dengan pantai tersebut terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang juga menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya pada hujung minggu. sungai petani negeri kedah darul aman, kedahlanie, kedah lanie, kedah only

12 http://kedah2u.com.my

Kompleks Pekan Rabu, Bandaraya Alor Setar Pekan Rabu Complex, Alor Setar Kedah

Nama "Pekan Rabu" yang terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar, memang tidak asing lagi di kalangan penduduk tempatan ataupun luar negeri Kedah. Kompleks perniagaan orang-orang Melayu yang tersergam indah itu merupakan lambang kemegahan bukan sahaja kepada peniaga-peniaga bumiputera di Kedah, bahkan menjadi kebanggaan kepada seluruh masyarakat bumiputera di Kedah. Apatah lagi Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir sendiri pernah berniaga di situ. Bagi pelancong-pelancong, sekiranya mereka singgah ke Alor Setar, semacam tidak cukup syarat, jika tidak singgah atau membelah-belah di Kompleks Pekan Rabu

Dengan bantuan pinjaman dari pihak MARA, sebuah kompleks yang berharga RM 3.2 juta telah dapat dibina pada tahun 1975 dan diubahsuai pada tahun 1995 dengan belanja RM 6.5 juta. Kompleks perniagaan yang terletak di Jalan Tunku

13 http://kedah2u.com.my

Ibrahim ini telah di rasmikan pembukaannya oleh YAB Datuk Seri Dr. Mahathir pada 25 Februari 1978 ( Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu ) Sebelum Kompleks Pekan Rabu ini wujud, peniaga-peniaga di situ hanya berlindung di sebuah bangunan yang terbuka, tanpa dinding dengan tempat berniaga yang agak berselerak dan tidak teratur. Dan kini Kompleks Pekan Rabu yang mengandungi 347 buah kedai yang menjalankan berbagai jenis perniagaan telah berjaya menjadi sebahagian daripada mercu tanda bandar Alor Setar

Air Terjun Puncak Janing, Kuala Nerang Puncak Janing Waterfall

Air Terjun Puncak Janing berada dalam Daerah Padang Terap dan berada 25 km dari Bandar Alor Star. Ia terlatak tidak jauh dari Pekan Kuala Nerang dan disusuri oleh jalanraya untuk ke destinasi. Dengan tarikan air terjun dari atas bukit, Puncak Janing merupakan tempat yang ideal untuk aktiviti perkelahan. Sungai Janing sepanjang 1.5 km dihiasi batu-batuan semulajadi yang besar dan cantik telah mencetuskan sebuah panorama yang unik dan menjanjikan suasana yang menyegarkan.

Jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah Tok Pasai Bridge, Kota Setar, Kedah

14 http://kedah2u.com.my

Jambatan Tok Pasai terletak di bahagian utara Kedah, dalam daerah Kota Setar. Ia berfungsi untuk menghubungkan Kampung Kubang Jerangau, dari Seberang Kota Kuala Kedah ke Kampung Ulu, Kuala Kedah di atas Sungai Negeri Kedah melalui Laluan K143. Tok Pasai Bridge is situated in the northern part of Kedah, within Kota Setar district. It connects Kampung Kubang Rotan to Kuala Kedah over the Kedah River via Route K143.

Jambatan Tok Pasai dinamakan sempena seorang pendekar yang juga seorang Ulama yang berasal dari Pasai, Indonesia. Di Indonesia beliau merupakan seorang pejuang mempertahankan Agama Islam dan justeru itu beliau menjadi buruan pihak Belanda hingga terpaksa berhijrah dari tempat asalnya. Tok Pasai bridge named after a warrior who is also a scholar who came from Pasai, Indonesia. In Indonesia he was a fighter to defend Islam and therefore he sought the

15 http://kedah2u.com.my

Netherlands to have migrated from the origin. Beliau tiba di Kuala Kedah dari Indonesia pada tahun 1844. Selain faktor fizikalnya yang bertubuh tegap dan handal dalam Seni Persilatan, ketinggian pengetahuannya dalam Agama Islam dan akhlaknya yang mulia menyebabkan beliau mendapat perhatian dan sanjungan daripada para penduduk di Kuala Kedah. He arrived in Kuala Kedah from Indonesia in 1844. In addition to physical factors that well-built and reliable in the martial art, the height of his knowledge of Islam and the noble character caused him to get the attention and acclaim from the residents of Kuala Kedah. Selain daripada Jambatan Tok Pasai, perkampungan sebuah terusan yang berhampiran juga dinamakan semula sebagai Kampung Tok Pasai dan Alor Tok Pasai. Sebuah makam kecil telah didirikan selepas kematian beliau oleh penduduk kampung yang bersedih di penghormatan kerana peranannya dalam menyebarkan Syiar Islam di Kuala Kedah. Apart from Tok Pasai bridge, a canal near the village also named back to Kampung Tok Tok Pasai Pasai and Alor. A small shrine has been erected after his death by villagers in honor of grieving for role in the spread of Islamic symbols in Kuala Kedah.

Makam Allahyarham Tok Pasai Pengunjung yang menggunakan jalan darat untuk ke Jeti Kuala Kedah Jeti dari arah Kuala Sungai akan melalui jambatan ini. Dari atas jambatan ini, pengunjung akan dapat menikmati pemandangan seluruh perkampungan di Kuala Kedah dan Sungai Kedah terutamanya semasa matahari terbenam dengan seluas mata memandang. Visitors who are travelling by road to Kuala Kedah Jetty will have to pass over this bridge. It is also a gateway to the Island of Langkawi. At the highest point of this

16 http://kedah2u.com.my

bridge, visitors could catch a glimpse of the pictureque scenery of whole Kuala Kedah village and Kedah River especially during sunset in the vast expanse of sea.

pemandangan senja dari Jambatan Tok Pasal

pemandangan siang dari Jambatan Tuk Pasal

1 www.mbas.gov.m

LOKASI MENARIK

Kedah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana banyak tempat menarik yang terdapat di sana selain terkenal dengan sawah padi yang menghijau. Alor Star, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Dengan penduduk kira-kira 400,000 orang, ia antara bandar tertua rantau ini. Ramai yang mencari tempat menarik di alor setar kedah khususnya tempat makan di sekitar alor setar. Antara tempat-tempat menarik di alor setar iailah seperti Balai Besar, Alor Setar, Balai Nobat, Alor Setar, Balai Seni Negeri, Alor Setar, Galeri Sultan Abdul Halim, Kota Kuala Kedah, Masjid Zahir,, Menara Alor Setar, Muzium Negeri, Muzium Padi, Alor Setar dan Rumah Kelahiran Tun Mahathir

Menara Alor Setar Menara Alor Setar terletak di tengah-tengah Alor Setar dan ia menjadi mercu tanda yang mewakili pembangunan pesat di Kedah. Ia adalah menara ke-2 tertinggi di Malaysia dan ke- 19 di dunia. Ia dibuka secara rasmi kepada pelawat pada 14 Julai 2007 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Masjid Zahir Masjid Zahir dibina pada tahun 1912 di mana ia di antara masjid yang cantik di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah bandar Alor Setar di mana rekabentuknya diilhamkan oleh lewat Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Balai Besar Balai Besar telah dibina pada tahun 1898. Ia terletak berhampiran padang dataran atau bandar utama Alor Setar. Balai Besar masih digunakan untuk upacara diraja dan beberapa fungsi negeri. Pengaruh Thai dalam seni bina ia dilihat dalam beberapa ukiran kayu yang kompleks. Balai Nobat Asalnya dibina pada tahun 1854 dan diubahsuai pada tahun 1906. Ia adalah sebuah rumah instrumen suci Orkestra Diraja, dimainkan hanya sepanjang upacara diraja sulung, perkahwinan dan pengebumian. Instrumen yang menghasilkan strain menghantui muzik nobat terdiri daripada tiga gendang, gong, dan seruling. Pekan Rabu Pasar Rabu yang dibuka setiap hari dari pagi hingga malam menjual pelbagai hasil ladang tempatan, kraftangan, hidangan tempatan, pakaian, buah-buahan dan perhiasan boleh didapati di sana. Istana Cik Spacendra Bangunan ini terletak di Alor Setar, yang dibina pada 1882.Ia juga dikenali sebagai Istana Kampung Bharu. Ia adalah istana Cik Spacendra isteri pertama Sultan Abdul Hanaid Halint Shah (1881-1943). Pusat Sains Negara Pusat Sains Negara adalah destinasi yang menarik untuk dilawati di Alor Setar. Ia terletak di Gunung Keriang kira-kira 8 km dari bandar Alor Setar. Ia memaparkan kepada awam tentang sains dan teknologi serta inovasi baru. Pusat ini dibuka bermula dari 9 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.

2 www.mbas.gov.m

Muzium Padi Muzium Padi ini terletak berhampiran Gunung Keriang yang merupakan di anatara tarikan pelancong apabila sampai di Kedah. Antara pameran yang menarik di dalam ialah terdapat pelbagai peralatan padi, basikal tua, perangkap ikan dan banyak lagi. Istana Anak Bukit Istana Anak Bukit merupakan tempat yang indah untuk pelawat kunjungi kerana ia dihiasi dalam gaya formal landskap yang unik dan cantik. Alor Star, ibu negeri Kedah mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik lagi bersejarah. Dengan penduduk kira-kira 400,000 orang, ia antara bandar tertua rantau ini. Bandar itu terletak 93 kilometer ke utara Butterworth, Pulau Pinang dan 45 kilometer ke selatan sempadan Malaysia-Thailand. Alor Star melahirkan ramai pemimpin negara seperti Perdana Menteri Malaysia pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad. Ayahanda Perdana Menteri kelima Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, iaitu Allahyarham Datuk Ahmad Badawi Abdullah, juga berasal dari Alor Star, walaupun lahir di Kepala Batas, Butterworth, Pulau Pinang. Alor Star telah diisytiharkan sebagai bandaraya pada Disember 21, 2003 oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Ini adalah antara tempat menarik di Alor Star. Balai Besar Bangunan ini dibina pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah. Dinding, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu. Bangunan ini rosak teruk ketika tentera Siam menyerang Kedah. Ketika pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, baginda yang merupakan ayahanda Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia pertama, membaik pulih bangunan ini. Banyak acara penting diadakan di bangunan ini, antaranya perkahwinan diraja dan persidangan Dewan Undangan Negeri dari tahun 1905 hingga 1973. Balai Nobat Bangunan ini dibina setinggi lapan meter dan lima meter lebar. Ia menyimpan pelbagai khazanah peralatan muzik diraja, antaranya serunai, nafiri, gendang dan gong.

3 www.mbas.gov.m

Galeri Seni Lukis Bangunan ini menghimpunkan pelbagai hasil seni termasuk seni lukis, fotografi, pertukangan tangan dan peralatan muzik. Pekan Rabu Pekan Rabu terletak berdekatan bangunan jabatan kerajaan. Walaupun namanya Pekan Rabu, perniagaannya dibuka setiap hari berikutan sambutan orang ramai. Anda boleh mendapatkan pelbagai barangan termasuk pakaian, kraftangan dan makanan tradisional. Masjid Zahir Masjid ini dibina pada tahun 1912 sebagai penghargaan kepada Tunku Mahmud Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tapak perkuburannya mengandungi makam pahlawan negeri yang mempertahankan Kedah dari serangan Siam pada 1821. Muzium Diraja Kedah Bangunan ini asalnya diperbuat daripada kayu dan dibina oleh Sultan Muhammad Jiwa Muadzam Shah pada 1735. Tunku Abdul Rahman dilahirkan dan dibesarkan di bangunan bekas istana ini. Menara Alor Star Ia terletak di tengah bandaraya Alor Star dengan ketinggian 165.5 meter. Ia adalah lambang kemodenan dan kepesatan pembangunan di Kedah. Ia berfungsi sebagai menara telekomunikasi dan tarikan pelancong. Menara ini adalah menara telekom kedua tertinggi di negara ini dan ke-19 di dunia. Terusan Wan Mat Saman Tali air terpanjang di negara ini. Ia menghubungkan Sungai Kedah di Alor Star dengan kaki Gunung Jerai di Gurun, Sungai Petani, di selatan Kedah. Ia dibina untuk memberi kemudahan pengairan kepada petani di Kedah sebab Kedah ialah periuk nasi Malaysia. Terusan ini dibina dari tahun 1885 ke 1895 tanpa peralatan sains dan teknologi moden oleh Datuk Wan Mat Saman Wan Ismail, Datuk Bendahara Kedah di zaman Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Wan Mat Saman adalah nenda saudara kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat.

4 www.mbas.gov.m

Tempat kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad

LOKASI BERSEJARAH

Kota Kuala Kedah

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang terletak di tebing utara muara sungai Kedah. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar. Sejarah Ringkas Kota yang dibina dalam tahun 1771 semasa zaman pemerintahan sultan Muhammad Jiwa ini siap pembinaanya dalam tahun 1780. Reka bentuk kota ini telah dilukis oleh Hafiz Sab yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya dibawa darpada India. Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri". Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Dalam tahun 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletak di bawah penguasaan British beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah rumah api. Sebuah pintu gerbang baru telah dibina yng wujud hingga ke hari ini. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu Kota ini dijadikan markas tenteranya sehinggalah kekalahan mereka kepada British dalam tahun 1945. Pada 31 Ogos 1978 kota ini telah diwartakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) sebagai "Tapak Tanah Bersejarah" mengikut peruntukan "Akta Benda Purba 1976" di bawah akta 165. Dalam bulan November 2000 Jabatan Muzium dan Antikuiti (sekarang Jabatan Muzium Malaysia) telah melaksanakan

5 www.mbas.gov.m

kerja-kerja konservasi tembok timur dan selatan, termasuk membina semula pintu Gerbang Kacapuri yang telah runtuh dalam tahun 1970.

Muzium Kota Kuala Kedah

Muzium Kota Kuala kedah terletak kira kira 1 km dari pekan kuala kedah. Muzium ini mempamerkan pelbagai barangan peninggalan sejarah Kota Kuala Kedah.

6 www.mbas.gov.m

Hari & Masa Lawatan Sabtu-Khamis : 9.00 pagi-6.00 petang Jumaat : 9.00 pagi-12.30 tengah hari (waktu rehat utk Solat Jumaat) Jumaat : 2.30 petang - 6.00 petang Bayaran Masuk : Percuma Kemudahan Pengangkutan

Pengunjung boleh menaiki Bas dari Alor Setar ke Kuala Kedah ataupun menaiki teksi dari Alor Setar atau Terminal feri Kuala Kedah.

Alamat Surat-Menyurat : Muzium Kota Kuala Kedah, Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Utara) Kampung Seberang Kota 06600 Kuala Kedah Kedah Darul Aman No.Telefon : 04-741 2152 Faksimili : 04-741 9297 Pegawai untuk dihubungi

En.Md.Zokhi bin Tahir Penolong Kurator email : [email protected]

Pelancongan dan Rekreasi.

Usaha mewujudkan kawasan rekreasi dan pelancongan dalam daerah ini adalah diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Kawasan rekreasi merupakan aktiviti riadah yang memerlukan kemudahan istirehat untuk orang ramai seperti hutan lipur, taman permainan, pantai dan sebagainya. Manakala pelancungan pula melibatkan tujuan dan aktiviti yang lebih luas menekankan kepada kawasan-kawasan yang menarik dengan rangkaian kemudahan yang baik seperti kawasan alam semulajadi, kawasan kemudahan membeli-belah, tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.

a) Rimba Rekreasi Bukit Wang.

Terletak di kompartmen 24 (2,140 ekar) Hutan Simpan Bukit Perangin dan mempunyai keluasan 9.09 hektar. Terletak 12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar dan boleh dihubungi dengan jalan raya. Terdapat beberapa ciri keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit wang iaitu Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok Permatang Seraya yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk jungle tracking, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.

b) Gua Kerbau, Kodiang.

Terletak di kaki Bukit Kepelu dan merupakan antara gua yang berpotensi dimajukan. Mempunyai keluasan kawasan lebih kurang 5.33 hektar. Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Kubang pasu bertanggungjawab membangunkan beberapa kemudahan seperti menyediakan bangku-bangku untuk pengunjung serta memperindahkan kawasan sekitarnya.

c) Kompleks Perdagangan Bebas Cukai.

Kompleks Perdagangan Bebas Cukai (Cergas Jaya) menawarkan berbagai barangan pada harga yang rendah berbanding dengan bandar-bandar besar yang lain. Ianya terdiri daripada 3 bahagian dengan lebih 5000 meter persegi, ruang runcit, tempat letak kereta dan bazaar yang berdekatan dengan gerai-gerai. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kaunter penukaran wang, kaunter insuran, kantin dan gerai jualan. Di samping itu, terdapat juga gerai buah-buahan dan barangan dari Negara jiran Thailand. Pelancong-pelancong yang bertumpu di Bukit Kayu Hitam adalah terdiri dari rakyat Malaysia dan Thailand di samping dari Negara-negara lain yang turut menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.

d) Makam Puteri Lindungan Bulan.

Terletak berdekatan Pekan Padang Sera. Makam ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan sesuai untuk dilawati.

e) Makam Tengku Anom.

Terletak di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang. Makam ini telah dikenalpasti oleh Muzium Negara sebagai kawasan sejarah dan usaha pemuliharaan serta pengekalan keindahan serta kebersihannya telahpun dilaksanakan.

f) Taman Rekreasi Air Darul Aman.

Taman Rekreasi Air Darul Aman berkeluasan 91.7 ekar adalah antara salah satu daya tarikan yang terdapat di daerah Kubang Pasu. Taman ini mempunyai tasik berkeluasan 26.3 ekar dan turut menyediakan trek pejalan kaki sepanjang 2.4 km. Taman Tema Air sesuai dikunjungi untuk tujuan beriadah kerana menyediakan kemudahan berkayak, serta permainan tema air yang menarik.

g) Padang Golf.

Di daerah Kubang Pasu terdapat 3 padang permainan golf yang mana telah dapat menyediakan kemudahan kepada peminat-peminat golf tempatan untuk beraktiviti. Black Forest Golf & Country Club terletak di Bandar Bukit Kayu Hitam dengan kedududukannya bersempadan dengan Negara Thailand dan Darul Aman Golf & Country Club terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, masing-masing menyediakan kemudahan bermain golf 18 lubang kepada para pengunjung yang berminat. Manakala Kelab Golf Universiti Utara Malaysia, Sintok pula menyediakan kemudahan bermain golf 9 lubang. Disamping menyediakan kemudahan beriadah, pengunjung juga dapat menikmatai pemandangan serta udara segar di persekitaran yang sentiasa dipelihara.

h) Wat Siam Padang Sera.

Merupakan tempat perayaan tahunan penganut-penganut agama budha bukan sahaja dari penganut tempatan malahan dari Negara asing seperti Thailand. Kawasan Wat Siam Padang Sera juga mempamerkan senibina menarik yang boleh dihayati oleh pengunjung-pengunjung yang berminat.

i) Universiti Utara Malaysia.

Kawasan ini terletak dikawasan istimewa iaitu dalam kawasan Hutan simpan KESBAN, dan bersempadankan sempadan antarabangsa Negara Thailand. Dalam usaha pembangunan yang dijalan disekitar kampus UUM, ciri-ciri keindahan alam semulajadinya seperti hutan dan tumbuhan asal, sungai mengalir, dan tasik masih lagi dikekalkan. Universiti Utara Malaysia juga menawarkan tempat-tempat penginapan, iaitu Rumah Universiti dan Apartment yang bertaraf hotel di samping kolej kediaman yang boleh disewakan pada masa cuti semester. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, Universiti ini memajukan kawasan hutan simpan seluas 107 hektar sebagai satu lagi tarikan pelancongan di Wilayah Utara dengan mengadakan beberapa projek seperti padang golf 9 lubang, kawasan perkhemahan, lapang sasar memanah dan taman rusa.