analisis sumber-sumber hukum islam semasa

41
ANALISIS SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM SEMASA AHLI KUMPULAN: WAN NUR SHUHADA BINTI W MOHAMAD 219690 NURUL ARMIZA BINTI MOHAMAD RAZALI 219928 SOLIHAH BINTI ABU BAKAR 220207 SITI SHAIFAH BINTI SUIT 223162 SITI NORAISYAH BINTI NORIZAN 223177

Upload: jiwa-kontrovesi

Post on 03-Oct-2015

76 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sumber hukum

TRANSCRIPT

QIYAS

ANALISIS SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM SEMASAAHLI KUMPULAN:

WAN NUR SHUHADA BINTI W MOHAMAD 219690NURUL ARMIZA BINTI MOHAMAD RAZALI 219928SOLIHAH BINTI ABU BAKAR 220207SITI SHAIFAH BINTI SUIT223162SITI NORAISYAH BINTI NORIZAN 223177

ALQURAN# PENURUNAN ALQURAN

# PENGUMPULAN ALQURAN

# PENTERJEMAHAN ALQURAN

DEFINISI AL-QURAN ;

Kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Jibrail a.s di dalam bahasa Arab bermula dari Surah Al-Fatihah hingga Surah An-Nas ditulis dalam mushaf yang periwayatan secara mutawwatir dan menjadi ibadah apabila membacanya.

# PENURUNAN AL-QURAN

Merupakan sumber utama dan pertama perundangan hukum Islam (As-Sajadah : 2)

Diturunkan secara beransur-ansur untuk menjawab persoalan dan peristiwa yang terjadi dalam masyarakat Islam. Ashab nuzul ( sebab penurunan wahyu) :merupakan istilah kepada hal-hal atau sebab-sebab yang menjadi latar belakang tuunnya ayat Al-quran.

Tempoh penurunan Alquran adalah 22 tahun

tempatMakkiyahMadaniyyahayatPendek (19/30 juzuk)Panjang ( 11/30 juzuk)tumpuanAgama, ibadah, Tauhid, ancaman, sirah, pengajaran, dosa pahala, keimanan dll.Kemasyarakatan, hukum tatanegara, hukum perang, hukum antrabangsa, hukum antara agama dlltempoh13 tahun10 tahun

Hukum dalam Alquran turun secara bertahap adalah berdasarkan ashababun nuzul yang sesuai dengan kesediaan masyarakat untuk membuang tradisi lama dan menggantikannya dengan aturan-aturan baru.

Alquran diturunkan dalam secara peringkat, iaitu :

ALLAH

LUH MAHFUZ

BAIT AL-IZZAH ( di langit dunia)

JIBRIL

RASULLAHDalil surah al-Isra : 106

Contoh hukum larangan minum arak :

Larangan berbentuk nasihat dan pengajaran serta tidak secara tegas. (dalil surah al-Baqarah : 219)

Larangan melakukan solat dalam keadaan mabuk. (dalil AnNisa : 43)

Larangan secara tegas, mutlak, dan tanpa syarat. (salil Al-Maidah : 90-91)

Hikmah alquran diturunkan secara berperingkat :

Untuk menentang hujah-hujah kaum musyrikin pada ketika itu dan untuk membuktikan kemukjizatan Rasulullah s.a.w.

Untuk mendidik masyarakat waktu itu secara beransur-ansur. Ini akan memudahkan mereka untuk memahami al-Quran dan menghafaznya serta dapat beramal dengannya berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kalangan mereka

Untuk menunjukkan bahawa sumber al-Quran itu Kalam Allah SWT semata-mata. Ia bukan ciptaan Nabi Muhammad s.a.w. atau makhluk lain.

# PENGUMPULAN AL-QURAN

Zaman Rasullah, Alquran tidak dikumpulkan atau dibukukan kerana baginda seorang yang ummi ( buta huruf). Oleh itu, baginda berpegang teguh pada kekuatan daya ingatan untuk menghafal setiap wahyu yang diturunkan kepadanya.

Pengumpulan Alquran terbahagi kepada tiga peringkat iaitu :

Peringkat pertama : Zaman Rasulullah.Ayat-ayat alquran dihafal oleh baginda dan para sahabat kerana kebanyakkannya buta huruf dan kekurangan bahan penulisan. Jikalau adapun, ianya di tulis dipelapah tamar, batu, tulang dan kulit kering.

Peringkat kedua : Zaman Abu Bakar Al-SiddiqSebuah Suruhanjaya yang diketuai oleh Zaid bin Thabit bekerja mengumpulkan Al-quran. Sebabnya ialah banyak al-Qurra (para hafiz) telah terbunuh dalam peperangan al-Yamamah. Di antara mereka ialah Salim Maula Abi Huzaifah yang mana Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan supaya belajar al-Quran daripadanya. Abu Bakar mengeluarkan perintah supaya al-Quran dikumpul agar tidak luput.

Peringkat ketiga : Zaman Uthman bin AffanBerlaku pada 30 H. Alquran secara julung kali dikumpulkan dalam satu versi menjadi sebuah mushaf dan kemudian dikirimkan keseluruh negeri yang menjadi wilayah Islam ketika itu.

Sebabnya ialah berlakunya perselisihan manusia dalam bacaan (qiraat) al-Quran berdasarkan perbezaan lembaran-lembaran al-Quran yang berada dalam tangan para sahabat. Apabila dikuartiri berlaku fitnah, Khalifah Uthman telah memerintahakan supaya lembaran-lembaran ini dikumpulkan ke dalam satu mushaf supaya manusia tidak berselisihan dan bertelagah

# PENTERJEMAHAN ALQURANAlquran diturunkan dalam bahasa Arab yang jelas. Dalil : syuara-195

Berlaku perdepatan oleh kelompok kontra dalam dunia Islam sama ada boleh atau tidak menterjemahkan Alquran kedalam bahasa lain kerana berpendapat bahawa bahasa Arab adalah bahasa syiar Islam dan simbol bahasa umat Islam.Di Mesir, pendebatan bertambah panas apabila pemerintahnya mengeluarkan keputusan yang menyetujui projek penterjemahan Alquran secara rasmi bertujuan untuk mempercepatkan dakwah dan petunjuk Islam ke seluruh dunia.

Sementara kelompok yang menyokong rancangan penterjemahan Alquran mengemukakan hujah seperti perikut :

Pertama :

Kisah orang-orang Parsi yang meminta Salman al-Farisi untuk menterjemahkan Al-Fatihah kedalam bahasa Parsi dan beliau menyatakan persediaannya. Dan pada kenyataan tersebut, Nabi tidak melarangnya.

Kedua :

Imam Abu Hanifah membenarkan perlaksanaan solat dalam bahasa Parsi dan mengisyaratkan ia dibolehkan hanya kepada seseorang yang benar-benar tidak memahami bahasa Arab.

Ketiga :

Misi agama Islam tidak hanya ditunjukkan bagi bahasa Arab sahaja, tetapi untuk seluruh manusia dari pelbagai bangsa dan bahasa. Hal ini disokong oleh ayat Alquran dalam surah Furqan ayat 1.

SunnahAtau hadis,adalah segala perkataan ,tindakan, atau penetapan oleh nabi Muhammad s.a.w .terbahagi dalam 3 bahagian iaitu qauliyah: penyataan atau perkataan nabifiliyah: tentang perbuatan nabiTaqriyah : ketetapan atau persetujuan nabi tanpa memerintahkannya atau melarangnya

Dalil berkaitan sunnahSebagai hamba Allah, al-Quran wajib dijadikan panduan hidup. Begitulah juga keadaannya dengan sunnah. Abu Abdillah Hakim mentakhrijkan daripada Ibnu Abbas, bahawasanya Rasulullah bersabda Sesungguhnya syaitan telah putus asa untuk menjadi sembahan di bumimu, tetapi ia senang untuk ditaati selain disembah daripada perbuatan-perbuatanmu yang merendahkan kamu, maka berhati-hatilah. Sesungguhnya aku telah meninggalkan kepadamu selama kamu bepegangan dengannya maka kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitabullah (al-Quran) dan sunnah nabi-Nya.

Sunnah menurut istilah ahli hadith:ialah segala yang dipindahkan darinabi sallallahu 'alayhi wa sallam baik yang merupakan perkataan,perbuatan, mahupun yang merupakan taqrir, sebelum nabi dibangkitkanmenjadi rasul, mahupun sesudahnya. Kebanyakan ahli hadith menetapkanbahawa pengertian yang demikian sama dengan pengertian hadith.

Sunnah menurut pengertian dan istilah ahli usul: ialah segala yangdipindahkan dari nabi sallallahu 'alayhi wa sallam sama ada perkataannyadan perbuatannya, mahupun taqrirnya yang bersangkutan dengan hukum.

Contoh hadis

1. Contoh sunnah (hadith) perkataan ialah: "Segala 'amal itu dengan niat." [Riwayat Bukhari, Muslim dan sekelianulama' hadith] 2. Contoh sunnah (hadith) perbuatan ialah: "Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."[Riwayat Bukhari dan Muslim]

3. Contoh sunnah (hadith) Taqrir ialah:Contohnya sebagaimana yang diriwayatkan bahawa Khalid bin Walid pernah memakan dab (serupa binatang biawak) kemudian dikemukakan orang kepada Nabi saw. Nabi saw sendiri enggan memakannya, maka bertanya sebahagian sahabat: "Adakah diharamkan makannya ya Rasulullah? Lalu ia bersabda: Tidak! Cuma binatang itu tidak ada di negeri kaumku, kerana itu aku tidak gemar kepadanya."

Model penyusunan hadis:Musnad: Ia juga disebutkan sebagai al-Musanid. Karya-karya yang bersangkutan dengan al-Musnad disusun hadisnya secara khusus dan lengkap meliputi sanad dan matan hadis. Ia disusun mengikut nama-nama sahabat sama ada berdasarkan susunan abjad atau mengikut keturunan.

Al-Musannaf: Penyusunan hadis di dalam kitab ini juga berdasarkan ilmu Fiqh. Ia juga merangkumi hadis Marfu' Mawquf dan Maqtu'.

Penelitian keatas hadisMereka akan menyusun hadis dengan memastikan keasliannyaAntara: sahih: hadith shahih aitu yang bersambung sanadnya, tidak mengandung syadz dan illat.Hasan: Hadits Hasan adalah hadith yang jalur periwayatannya maruf, akan tetapi perawinya tidak semasyhur hadith shahih.Gharib: Iaitu hadith yang seorang perawi berseorangan meriwayatkannya sama ada pada setiap tabaqat sanad atau pada sebahagiannya walaupun pada satu tabaqat sahaja. Takrif gharib tidak terjejas dengan adanya lebih daripada seorang perawi pada tabaqat-tabaqat yang lain kerana yang diambil kira ialah had minimum.

Periwayatan hadis:1) Mutawatir: Hadith mutawatir ialah hadits yang diriwayatkan oleh sejumlah besar perawi yang menurut adat, mustahil mereka bersepakat untuk berdusta.2) Mashyhur: Hadith masyhur ialah hadits yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih, selama tidak mencapai tingkatan mutawatir.3) Ahad: hadith yang diriwayatkan oleh seorang atau 2 orang perawi yang jumlahnya tidak mencapai darjat mutawatir.

Hadis-hadis palsu:HADITS MAUDHU: Berita yang dipercaya bukan menceritakan sunnah nabi saw. Diyakini bahwa isinya bukan cerita tentang sunnah nabi saw. Suasana penyebaran hadits seperti itu dimanfaatkan oleh orang2 tertentu untuk membuat-buat hadis demi kepentingan pribadi maupun kelompoknya.

Ijmak UlamakDefinisi Ijmak ulamak merupakan sumber hukum Islam yang ketiga.Kesepakatan para ulamak mujtahid sama ada dalam bentuk iItiqad, kata-kata, atau perbuatan untuk mengeluarkan hukum dalam sesuatu perkara selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.Ulama mempunyai kebolehan mengeluarkan hukum syarak daripada dalil yang terperinci.Mestilah dilakukan oleh umat Nabi Muhammad sahaja.Ijmak merupakan hasil ijtihad yang merupakan peranan penting dalam menetapkan sesuatu hukum.Kesepakatan ulamak dalam sesuatu perkara boleh dianggap ijmak apabila menepati segala rukun-rukunnya.

Rukun IjmakSemua ulamak mujtahid sepakat mengenai hukum syarak terhadap masalah yang berkaitan.Wujudnya sejumlah ulamak mujtahid pada masa berlakunya sesuatu masalah atau perkara.Sepakat ulamak mujtahid mengenai hukum terbabit.Sepakat ulamak mujtahid mengeluarkan pendapat masing-masing secara tegas, samada berupa perkataan atau perbuatan secara bersendirian atau secara berkumpulan.

23

Dalil penerimaanDalil Al-Quran Dan demekianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) suatu umat pilihan lagi adil. Supaya kamu layak menjadi orang yang memberikan penerangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). (Surah Al-Baqarah 2: 143)

Dalil Hadis Umatku tidak akan sepakat dalam perkara yang salah. (Riwayat Bukhari Dan Muslim)

QIYASPENGERTIAN QIYASMengkaji semua ketentuan hukum yang telah ada untuk dirumuskan alasan @ illat hukumnya.Hukum (illat) yang sudah ada ketentuan hukumnya dalam Al Quran mahupun hadis, kemudian dirumus dan dijadikan ukuran untuk hukum atas permasalahan lain yang tidak ada ketentuan hukumnya dalam nas dengan syarat ia memiliki kesamaan illat atau alasan hukum.

Contoh:Minuman arak telah dilarang dalam Al Quran kerana dengan alasan ia memabukkan.Meskipun minuman anggur(wine) tidak diharamkan secara nyata dalam nas, namun melalui qiyas ia kemudian dinyatakan haram kerana minuman tersebut boleh memabukkan.Dengan qiyas, boleh diharamkan segala jenis minuman yang boleh memabukkan kerana mempunyai kesamaan illat.

Landasan Hukum Qiyas

Pandangan ulama mengenai qiyas ini:1. Kelompok jumhur, mereka menggunakan qiyas sebagai dasar hukum pada hal-hal yang tidak jelas nasnya baik dalam Al Quran, hadits, pendapat sahabat mahupun ijma ulama.2. Mazhab Zhahiriyah dan Syiah Imamiyah, mereka sama sekali tidak menggunakan qiyas. Mazhab Zhahiri tidak mengakui adalanya illat nas. Sebaliknya, mereka menetapkan hukum hanya dari teks nas semata.3. Mazhab Iraqi (Kalangan rasionalis) menggunakan secara meluas manakala mazhab Hijaz menggunakan sebahagian.

A. Kelompok yang menolak qiyas:Mengatakan qiyas tidak diperlukan kerana Al Quran sudah menjawab segala persoalan.Antara hujah mereka:Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu (An Nahl:89)Tiadalah kami melupakan sesuatupun dalam Al Kitab(Al Anam:38)Hadis Nabi s.a.w: Fitnah terbesar atas umatku adalah kala sekelompok orang mengiyaskan permasalahan menurut logik pendapat sendiri, membolehkan apa yang dilarang dan mengharamkan apa yang dihalalkan

B. KELOMPOK YANG MENGAKUI QIYASKelompok ini juga mengemukan dalil dari Al Quran, hadis, perbuatan para sahabat:

Dan perumpamaan perumpamaan ini Kami buat untuk manusia, dan tiada yang memahaminya kecuali orang-orang yang berilmu(Al Ankabut:43)Maka ambillah(kejadian itu)utuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai wawasan(Al Hasyr:2)Nabi juga bersabda: Hukumilah perkara dengan dasar al Quran dan Sunnah jika kamu menemukanny. Namun jika kamu tidak menemukan hukum pada keduanya, maka berijtihadlah dengan pendapatmu

Rukun dan Syarat QiyasRukun: Maksud cabang ialah perkara yang diqiyaskan.Maksud asal ialah yang diqiyaskan kepadanya.Maksud hukum ialah wajib, haram , sah , fasad dan lain-lain yang ditentukan oleh dalil Syara'.Maksud sebab ialah perkara yang menjadi punca bagi hukum sesuatu asal.

Syarat- syarat:illat harus menjadi faktor pendorong atau motif yang diinginkan dalam Syariat. Ia mesti nyata, lengkap dan tidak samar.illat hukum harus sama antara persoalan asal dengan persoalan cabang, ia memiliki kesamaan yang jelas dengan persoalan yang diqiyaskan.Antara hukum dalam persoalan asal dapat dilaksanakan secara umum dan tidak dibolehkan dalam hal yang hanya untuk rujukan khusus.

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM YANG LAIN

Sebab dan prinsip wujudnya sumber tambahanSumber hukum Islam, ianya tidak disepakati oleh ulamak, namun masih digunakan terutamanya dalam muamalatSebab- Untuk sesuaikan dengan keadaan-keadaan tertentuPrinsip-Bersumberkan pada akal dan pengkajian-Berteraskan keadilan sejati & kebaikan mutlak-Dalil keadilan oleh firmanNya yang bermaksudSesungguhnya Allah menyuruh (kamu)berlaku adil dan berbuat kebajikan..(An-nahl:90)

Terdapat 5 sumber tambahan iaitu:Istihsan(Pilihan)Al-Masalih al-Mursalah(Kemaslahatan Umum)Istibhab/IstidlalSyariat Umat Terdahulu(Syaru Man Qablana)Fatwa Sahabat Nabi(Qaul Sahabi)

IstihsanMenentukan hukum berdasarkan kepentingan (maslahah) dengan menolak hukum qiyas kerana ia bertetangan dengan kepentingan secara khusus.Mengenepikan hukum yang ada dalil dgn mengambil hukumlain yg lbh kukuhberasaskan dalil syarak yg membolehkan tindakan sedemikian. Apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu baik, maka ia adalah baik di sisi Allah, dan apa yang dinilai oleh orang-orang Islam itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi Allah. (Riwayat Bukhari)

Syarak menegah melakukan akad atau jual beli terhadap barangan yang tidak ada pada waktu akad.Berdasarkan istihsan, harus akad jual beli bagi barang yang tiada pada waktu akadseperti salam, sewa-menyewa, upah-mengupah atau membuat tempahan atau semua bentuk urusan barangan yang tiada pada waktu akad.Hujah - manusia memerlukan dan berhajat dan sudah menjadi kebiasaan mereka menjalankan urusan dengan cara tersebut.Waqaf tanah untuk pertanianQiyas hanya tanah diwaqafkanIstihsan semua yang perlu untuk membangunkan tanah itu adalah waqaf spt terusan

Al-Masalih al-Mursalah(Kemaslahatan Umum)Definisi: menentukan hukum secara berasaskan kepentingan apabila tidak ada nas yang menentukannyamembuat hukum dan undang-undang yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan masyarakat yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar samada ia boleh dilaksanakan, harus atau tidak boleh dilaksanakan .membawa manfaat serta mencegah atau menolak kemudaratan.Untuk kemaslahatan manusia berdasarkan kepada asas Islam:1. Daruriyat2. Hajiyat3. Tahsiniyat.

lesen memandu kereta motor untuk mengelakkan daripada berlakunya kemalangan dan melahirkan pemandu yang mahir serta mengetahui peraturan jalan raya.denda terhadap orang-orang yang melintas jalan raya yang tidak menggunakan jejantas sewaktu melintas. Hal tersebut untuk mengelakkan daripada berlaku kemalangan jiwa dan kesesakan lalu lintas.Akad sewaan. Dengan adanya akad ini, ia boleh memenuhi keperluan orang lain. Sebaliknya, jika akad sewaan ini dilarang, kehidupan manusia akan menjadi rumit kerana terpaksa membeli barang keperluan tersebut sedangkan ia hanya untuk digunakan dalam tempoh yang sekejap sahaja.Kini,ia digunakan dalam urusan perkahwinan yang melalui proses pemohonan dan pendaftaran.Pernikahan berdasarkan undang-undang sahaja yang diterima untuk didaftarkan.Ia bertujuan untuk memastikan pernikahan dilaksanakan mengikut hukum syarak.Selain itu,hak suami isteri dapat dijamin oleh undang-undang.

Syarat-syarat1.Kemaslahatan hendaklah jelas bukan sangkaan2.Benar-benar bertujuan untuk memberi manfaat serta manolak kemudaratan.3.Maslahah bersifat umum, bukan peribadi.4.Tidak boleh bertentangan dengan hukum dan prinsip yang telah ditetapkan oleh nas serta ijmak ulamak.5.Maslahat itu utk menjaga agama, jiwa, keturunan, akal dan harta manusia.

Istishabialah sesuatu perkara atau keadaan yang dihukum pada zaman kedua (zaman sahabat) berdasarkan hukum zaman pertama. (zaman nabi)Iaitu menetapkan hukum yang berlaku pada masa kini berdasarkan hukum yang telah berlaku di masa lalu. Kecuali terdapat nas yang mengubahnya atau sesuatu yang dibuat oleh ulamak mujtahid dalam sesuatu perkara yang telah dikaji setelah mereka tidak menemui sesuatu dalil pun yang boleh mengubah hukumnyaImam al-Syawkani : sesuatu yang kekal keadaannya selama mana tiada sesuatu yang boleh mengubahnya.

Syariat Umat Terdahulu(Syaru Man Qablana)

Ketentuan hukum yang dibawa oleh para Nabi sebelum Nabi Muhammad Saw seperti Nabi Isa AS, Nabi Ibrahim, Nabi Musa. Hukum agama terdahulu yang disebutkan di dalam al Quran atau Hadis iaitu cerita mengenai nabi-nabi terdahulu.Mempunyai dua kategori;- hukum yang tidak dijelaskan dalam al Quran, maka tidak menjadi ketentuan secara sepakat.- hukum yang diceritakan dalam al Quran,

1. Perkara yang menjadi ketentuan: (Hadis: Halal bagiku rampasan, sekalipun tidak halal bagi nabi-nabi sebelumku).2. disebutkan dalam al Quran atau Hadis dan diceritakan hal tersebut menjadi kewajiban bagi umat sebelumnya, seperti puasa dan berkorban.

Fatwa Sahabat Nabi(Qaul Sahabi)Sahabat Nabi adalah orang yang hidup sezaman dengan Nabi Saw dan pernah bertemu dengan beliau walaupun sebentar.Qaul Sahabi: pendirian seorang sahabat mengenai suatu masalah hukum ijtihad baik didalam fatwanya mahupun dalam keputusannya yang menyangkut penegasan dalam al Quran. Apabila Qaul Sahabat merupakan bukan ijtihad murni, melainkan sesuatu yang diketahui oleh Rasulullah maka hal tersebut dapat dijadikan sumber hukum. Demikian halnya apabila para sahabat sepakat mengenai suatu masalah maka hal tersebut merupakan ijma.