sumber air

19
KAEDAH PEMBERSIHAN AIR BAB 5 : AIR & LARUTAN

Upload: sipiah

Post on 03-Dec-2015

249 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Sains Tingkatan 2

TRANSCRIPT

Page 1: Sumber Air

KA E DA H P E M B E R S I H A N A I R

BAB 5 : AIR & LARUTAN

Page 2: Sumber Air

SUMBER AIR SEMULA JADI

• Lebih kurang 75% permukaan bumi diliputi oleh air. • Hanya lebih kurang 3% merupakan air tawar dan

boleh diminum.• Air dalam atmosfera sebagai wap air.• Air hujan merupakan bentuk air yang paling tulen

di antara semua jenis sumber air semula jadi. Tetapi air hujan biasanya mengandungi gas-gas terlarut, mikroorganisma dan debu.

Page 3: Sumber Air

SUMBER AIR SEMULA JADI

• Air telaga, mata air dan air daripada oasis merupakan air hujan yang telah meresap ke dalam tanah. Air-air ini mengandungi garam mineral terlarut.• Air daripada kolam dan tasik mengandungi garam

mineral terlarut dan mikroorganisma.• Air sungai biasanya tidak tulen. Air sungai

mengandungi sampah sarap, garam mineral dan mikroorganisma.• Ais dan salji daripada kawasan yang tidak tercemar

boleh dileburkan dan digunakan sebagai air minuman. • Laut merupakan khazanah bagi air. Air laut

mengandungi banyak bahan terlarut.

Page 4: Sumber Air

SEBAB-SEBAB PEMBERSIHAN AIR

1. untuk menjadikan air bersih, tidak mempunyai rasa dan bau

2. Untuk menyingkirkan sampah sarap yang terapung, contohnya daun dan kotoran

3. Untuk menyingkirkan keladak yang terampai, contohnya lumpur dan alga

4. Untuk menyingkirkan bahan-bahan terlarut yang berbahaya

5. Untuk membunuh mikroorganisma6. Untuk menambah mineral-mineral penting yang

diperlukan oleh badan

Page 5: Sumber Air

KAEDAH PEMBERSIHAN AIR

• Air semula jadi biasanya mengandungi lumpur, mikroorganisma, dan bahan terlarut.• Air perlu dirawat dahulu sebelum selamat

digunakan.• Zarah pepejal di dalam lumpur boleh diasingkan

daripada air melalui penurasan. • Proses pendidihan dan pengklorinan dapat

memusnahkan mikroorganisma di dalam air.• Penyulingan pula dapat mengasingkan semua

bendasing daripada air termasuk bahan terlarut.

Page 6: Sumber Air

• Ada beberapa kaedah pembersihan air, antaranya pendidihan, pengklorinan, penurasan dan penyulingan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Air yang datang daripada sumber yang kita gunakan, sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini perlulah menjalani kaedah pembersihan air sebelum selamat untuk digunakan.

Page 7: Sumber Air

PENURASAN

• Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.

Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampaiKeburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut

Page 8: Sumber Air
Page 9: Sumber Air

B) PENDIDIHAN

• Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup

Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut

Page 10: Sumber Air

C) PENGKLORINAN

• Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma

• Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup

• Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut

Page 11: Sumber Air

D) PENYULINGAN

• Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.

• Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut

• Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan 

Page 12: Sumber Air
Page 13: Sumber Air

SISTEM BEKALAN AIR

• Di Malaysia, bekalan air bersih adalah berasal daripada air hujan yang  terkumpul di sungai dan mengalir ke empangan. Bekalan air kepada pengguna adalah melalui satu sistem rangkaian saluran paip yang membawa air dari loji pembersihan air. Dalam sistem bekalan air, air yang dirawat harus melalui 6 fasa pembersihan sebelum dapat diedarkan kepada pengguna.

Page 14: Sumber Air
Page 15: Sumber Air

• 1) Penapisan • Menyingkirkan bahan pepejal yang kasar

seperti daun dan ranting

• 2) Pengoksidaan• Oksigen dilarutkan dalam air untuk

menyingkirkan bau busuk•  • 3) Penggumpalan• Alum ditambah untuk membentuk bahan

mendak yang kasar• Kapur terhidrat ditambah bagi merendahkan

keasidan air 

Page 16: Sumber Air

• 4) Pengenapan• Mendakan, bakteria dan kotoran terampai

tenggelam ke dasar tangki

• 5) Penurasan• Air dialirkan melalui lapisan pasir untuk

menyingkirkan bahan pepejal yang lain

• 6) Pengklorinan dan Pengfluoridaan• Klorin dapat membunuh mikroorganisma.• Fluorida dapat mengurangkan pereputan gigi

Page 17: Sumber Air

JENIS-JENIS BAHAN YANG MENYEBABKAN PENCEMARAN AIR

• 1) Bahan buangan industri• Sumber : Kilang industri • Kandungan : Ianya mengandungi sisa kimia atau

sisa radioaktif• Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan

manusia yang memakan hidupan tersebut•  • 2) Bahan buangan domestik• Sumber : Kediaman • Kandungan : Sampah sarap dan air kumbahan• Kesan : Menghalang aliran air sungai, Kekurangan

oksigen terlarut dalam air•  

Page 18: Sumber Air

• 3) Bahan kimia pertanian• Sumber : Ladang pertanian dan sawah padi • Kandungan : Baja kimia dan pestisid• Kesan : Pertumbuhan alga yang menjejaskan hidupan

akuatik lain• 4) Pengelodakan sungai• Sumber : Pembangunan dan penebangan hutan • Kandungan : Lumpur dan kelodak• Kesan : Mengakibatkan banjir kilat, Sungai semakin

cetek• 5) Tumpahan minyak• Sumber : Kapal tangki minyak• Kandungan : Minyak• Kesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan burung di

kawasan laut berkenaan

Page 19: Sumber Air

CARA-CARA MENGAWAL PENCEMARAN AIR

• 1) Bahan buangan dan sisa kimia tidak boleh dibuang ke dalam sungai• 2) Sampah dilupuskan secara sistematik oleh

pihak pelupusan sampah• 3) Bahan beracun dari kilang hendaklah ditapis

atau dirawat sebelum disalurkan ke sungai• 4) Penjualan pestisid diperketatkan• 5) Bahan bukan organik hendaklah dikitar semula• 6) Mempergiatkan usaha mendapatkan tenaga

biojisim daripada sampah sarap