sumbangan intelektual islam dalam psikologi, falsafah dan pendidikan

40
SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM BIDANG PSIKOLOGI, FALSAFAH dan PENDIDIKAN

Upload: merseysiders

Post on 12-Jun-2015

5.981 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM

DALAM BIDANG PSIKOLOGI, FALSAFAH

dan PENDIDIKAN

Page 2: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

PENGENALAN Pengertian tamadun-menurut pendapat

sarjana Islam:a)Ibn Khaldun dalam kitabnya al-

Muqaddimah memperkenalkan 2 terminologi al-umran dan al-hadharah abad ke-14 membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota dan wilayah yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

Page 3: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

b)Abu Nasir al Farabi telah memperkenalkan istilah al-Madaniah dalam abad ke 11 Masihi dalam kitabnya as-Siyasah al Madaniah.Madaniah yang digambarkan oleh al-Farabi ialah pencapaian umat islam di kota yang berasaskan wahyu iaitu akidah,syarak dan akhlak.

Page 4: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM

BIDANG PSIKOLOGI

Page 5: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Psikologi Islam lebih mementingkan kejiwaan daripada tingkah laku

Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud, ‘Ketahuilah bahawa dalam tubuh itu ada sepotong daging,sekiranya ia elok maka eloklah seluruh tubuh badan itu.Sekiranya ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh badan pula. Ia merupakan hati’.

Page 6: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Ab. Alim Abdul Rahim (1994), konsep kejiwaan dalam Islam meliputi empat aspek iaitu nafs (jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal)

Istilah nafs lebih menyatakan unsur penggerak dan aktiviti biologi.

Istilah qalb (hati) selalu digunakan berkaitan dengan emosi dan akal pada manusia

Page 7: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

AL-FARABI Menurut Al-Farabi, akal adalah satu gejala

yang mempunyai daya kekuatan yang dapat memancarkan roh.

. Dalam daya kekuatan itu terdapat beberapa daya yang lain seperti daya keinginan untuk hidup (survival instinct), dalam pemeliharaan diri (self defence mechanism) dan pengembangan zuriat (breeding mechanism).

Page 8: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Menurut Al-Farabi lagi, akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang berbentuk abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya kekuatan untuk mencari sesuatu yang dapat memberi faedah,kebaikan dan kesempurnaan jasmani.

daya kekuatan yang kedua ini akan hancur jasad ditelan bumi sedangkan daya kekuatan yang pertama akan dibangkitkan bersama roh pada hari kiamat

Page 9: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

IBNU SINA terdapat tiga bahagian roh iaitu roh

manusia, roh haiwan dan roh tumbuh-tumbuhan yang mempunyai daya kekuatan masing-masing.

roh manusia menurutnya adalah unik kerana keupayaan roh untuk hidup tanpa jasad. Tetapi mustahil jasad hidup tanpa roh kerana sekiranya roh memisahkan dirinya dari jasad, jasad akan menjadi mayat.

Page 10: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

IBNU RUSYD dalam karya agungnya al-Tahafut

menyatakan bahawa roh membolehkan jasad seseorang itu hidup

apabila mati, roh itu akan terus hidup dalam alam kerohanian yang tidak berbentuk kebendaan.

Pada hari kiamat kelak, hanya roh sahaja yang akan dibangkitkan kembali, sedangkan jasad telah menjadi tanah tetap musnah

Page 11: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

IMAM GHAZALI menjelaskan bahawa rohanilah yang

menguasai jasad manusia menganggap bahawa jasad manusia

dengan segala anggotanya merupakan tentera kepada hati dan rohani manusia

karyanya Ihya’ Ulumuddin telah membezakan roh dan jasad manusia

Page 12: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Menurut Ghazali, terdapat tiga unsur di dalam roh manusia iaitu al-qalb (hati), al-nafs (nafsu) dan al-‘aql (akal).

Di dalam hati menurutnya, sifat semula jadinya cintakan kebaikan

Nafsu pula mempunyai dua unsur kekuatan iaitu kebaikan dan kejahatan yang mempengaruhi hati

Akal pula berfungsi untuk mencari ilmu bagi membersihkan hati ke arah kebaikan dan kebenaran

Page 13: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Menurut Ghazali, terdapat tiga unsur di dalam roh manusia iaitu al-qalb (hati), al-nafs (nafsu) dan al-‘aql (akal).

Di dalam hati menurutnya, sifat semula jadinya cintakan kebaikan

Nafsu pula mempunyai dua unsur kekuatan iaitu kebaikan dan kejahatan yang mempengaruhi hati

Akal pula berfungsi untuk mencari ilmu bagi membersihkan hati ke arah kebaikan dan kebenaran

Page 14: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM BIDANG

FALSAFAH

Page 15: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Falsafah Islam diasaskan atas kekuatan wahyu dan akal

Kedatangan Islam telah membawa perkembangan yang baharu di dalam falsafah dunia

Antara tokoh yang menyumbang dalam bidang falsafah Islam ialah Al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Rusyd, Al-Ghazali, Ibnu Hazm, Ibnu Maskawaih, Ibnu Sina

Page 16: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

AL-KINDI Orang pertama dalam Islam

membincangkan falsafah sebagai suatu ilmu yang tersendiri

Falsafah Al-Kindi membincangkan tentang :adanya Tuhan menyebabkan adanya alamkegiatan Tuhan berkembang di antara langit

dengan bumi

Page 17: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

jiwa bumi adalah daya penggerak Tuhan jiwa bumi telah menyebabkan terjadinya

langit, bintang dan planet-planet di angkasa lepas

jiwa manusia merupakan pancaran jiwa bumimanusia bersifat dualismekemerdekaan kekal dan abadi hanya dapat

dicapai dalam dunia akal budi keamanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t

orang yang hendak mencapai kemerdekaan dan kebebesan itu harus memperkembangkan kekuatan akalnya dengan jalan ilmu ketuhanan dan ilmu tentang alam semesta.

Page 18: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

AL- FARABI Nama sebenar beliau ialah Abu Nasr al-

Farabi (870-950 M) dan dikenali di dunia Barat dengan panggilan Alpharabius

mempelajari falsafah daripada Yuhanna Ibnu Khailan dan berminat dengan falsafah yang dikemukakan oleh Aristotles

Page 19: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

berpendapat bahawa kebenaran yang sempurna dan mutlak adalah berdasarkan kepada akidah Islamiah

Berpendapat bahawa seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik

mencadangkan agar diwujudkan sebuah Negara kebajikan

Page 20: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Antara buku-buku yang masyhur ialah seperti al-Mahaniyatul Fadhilah (bidang politik), Bandar yang Ideal ( al-Madinah al-Fadila) dan Bandar Kerajaan (al-Siyasah al-Madaniyyah).

Page 21: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

IBNU RUSYD buku-buku yang telah dihasilkan

mengenai falsafah ialah Mahadi al-Falasifah dan Tahafut al-Tahafut.

Menurut Mustafa Hj Daud (1991), Ibnu Rusyd telah membuat pembaharuan dalam bidang falsafah Islam dengan membawa pandangan baru berkaitan Al-Quran.

Page 22: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Beliau telah menjelaskan, “Al-Quran itu diturunkan oleh Tuhan untuk semua manusia.Oleh sebab manusia mempunyai tingkat-tingkat tertentu, ada yang berilmu, ada yang bodoh, maka pengertian Al-Quran itu pun, tentu bertingkat pula menurut tingkat mereka.”

Pada pertengahan abad ke 13 Masihi, hampir kesemua karya falsafah Ibnu Rusyd telah diterjemahkan ke bahasa latin dan telah mempengaruhi ahli pemikir Eropah.

Page 23: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

AL-GHAZALI nama sebenarnya Abu Hamid Ibnu

Muhammad al-Tusi al- Ghazali merupakan tokoh falsafah Islam yang

paling agung berjaya menggabungkan antara falsafah

dan tasauf dengan akidah, syarak dan akhlak.

Karyanya yang terkenal ialah Ihya Ulumuddin

Page 24: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Kitab Ihya disusun di dalam empat bahagian iaitu Ibadat, Adat, Muhlikat dan Mujiat

Dalam kitab ini beliau telah menghubungkan ilmu lahir dengan ilmu batin dan ilmu fekah dengan tasawuf

merupakan pandangan al-Ghazali mengenai akhlak hasil daripada penyelidikannya bertahun-tahun lamanya.

Kitab-kitab lain Al-Ghazali ialah Mizan al-Amal, Al-Arbain, Minhajul Abidin dan banyak lagi.

Page 25: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

TOKOH LAIN Ibnu Hazm

menyatakan bahawa mereka yang bertemankan ilmu dan mengetahui kegunaannya, patut pula menyampaikannya kepada orang lain dengan cara yang sebaik mungkin

Ibnu Hazm menganggap falsafah sebagai suatu alat yang boleh digunakan untuk membela agama.

Page 26: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Ibnu Maskawaih (936-1030 Masihi)sangat terkenal sebagai ahli falsafah akhlak,

terutama karyanya Tahzibul-Akhlakseorang teoritis dalam hal-hal akhlak iaitu

mengupas falsafah akhlakiah serta analisis pengetahuan.

Beliau telah mengupas dengan begitu mendalam tentang falsafah assa’adah (bahagia) dengan cara ilmiah.

Page 27: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Ibnu Sina ( 980-1037 Masihi)Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah (1988),

falsafah Islam telah mencapai kesempurnaanya di tangan Ibnu Sina

menghasilkan buku al-Shifa’ yang menerangkan dan menghuraikan semua sistem falsafah Yunani dengan cara yang mudah.

Antara karya falsafah beliau dalam falsafah ialah Danesh Nameh ( dalam bahasa Parsi), Uyun al-Hikmah (bahasa Arab), Mujiz Kahir dan Tis’u rasail fi hikmati wal tabi’iyyat

Page 28: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM BIDANG

PENDIDIKAN

Page 29: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

PENDIDIKANImam Al-Ghazali

Al-Farabi

Ibn Khaldun

Page 30: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

IMAM AL-GHAZALI Memegang falsafah :

"Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu sebelum kamu menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu diberikan kapada kamu, namun sebahagian lagi masih belum tentu untuk menerima kamu" (Mahayudin Yahaya, 2001)

Page 31: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Sambungan..

Menekankan aspek pembelajaran dan penyebaran ilmu

Menyarankan agar seseorang menuntut ilmu secara tertib mengikut keutamaan

Page 32: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

AL-FARABI Bertujuan untuk mencapai

kesempurnaan hidup yang dicapai melalui kebahagaian yang diperolehi

Page 33: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Teori

Praktikal

Konsep Pendidik

an

Page 34: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Pendidikan

Penerapan nilai

Pengetahuan intelektualKetrampilan

praktikal

Kesempurnaan kehidupan

Page 35: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Al-Farabi menyarankan negara harus menyediakan belanjawan khas untuk pendidikan

Belanjawan pendidikan diambil dari sebahagian zakat dan kharaj (pajak tanah).

Page 36: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

IBN KHALDUN Tujuan pendidikan :

memberi peluang kepada fikiran untuk aktif dan bekerja

mematangkan fikiran

memperoleh pelbagai cabang ilmu pengetahuan

memperoleh pekerjaan untuk mencari penghidupan

Page 37: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Pendidikan menurut Ibn Khaldun Transformasi nilai-nilai yang diperoleh dari

pengalaman untuk mempertahankan kewujudan manusia dalam peradaban masyarakat

Dengan adanya pendidikan manusia berupaya melestarikan dan mewariskan nilai-nilai yang ada dalam masyarakat agar masyarakat dapat mengadaptasi kehidupan dengan lebih sempurna

Page 38: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Aqli

•Matematik (al-hisab)•Geometri (al-handasa)•Astrologi (al-nujum)

Naqli

•Al-Quran•Hadis

Lisan

•Ilmu yang diperolehi melalui lisan

Pembahagian

Ilmu

Page 39: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

Jenis Kurikulum

Kurikulum alat bantu

pemahaman

ilmu bahasa, ilmu nahwu,

ilmu balaghah dan syair

Kurikulum sekunder

fizik, metafizik,

dan matematik

Kurikulum primer

ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu qiraat

Page 40: SUMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM DALAM PSIKOLOGI, FALSAFAH DAN PENDIDIKAN

SEKIAN TERIMA KASIH

LYN

DORIA

JAY