sulit majlis bandaraya petaling jaya jalan yong … · 6.5.1 mesyuarat telah menerima dan...

24
1/23 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ SULIT SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.5 (11) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 4 TAHUN 2018 Tarikh : 25 April 2018 (Rabu) Masa : 10.30 Pagi 12.10 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 12 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Mac 2018. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas segala nikmat kurniaan yang diberikan kepada kita semua. Beliau berharap agar semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan warga kerja Majlis sentiasa bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen kepada Majlis bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

1/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.5 (11)

MINIT MESYUARAT MAJLIS

(PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 4 TAHUN 2018

Tarikh : 25 April 2018 (Rabu)

Masa : 10.30 Pagi – 12.10 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 12 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Mac 2018.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas segala nikmat kurniaan yang diberikan kepada kita semua. Beliau berharap agar semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan, pegawai-pegawai dan warga kerja Majlis sentiasa bersama-sama dalam memberikan kerjasama dan komitmen kepada Majlis bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Page 2: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

2/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Dalam menghadapi arus globalisasi masa kini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bukan sahaja berdepan dengan proses pembangunan perbandaran, malah ianya juga berdepan dengan harapan penduduk yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai organisasi yang berteraskan perkhidmatan, Majlis perlu sentiasa prihatin dan peka terhadap keperluan dan ekspektasi penduduk khususnya penduduk Petaling Jaya. Justeru itu, beliau berharap agar perkhidmatan yang diberi kepada pelanggan Majlis adalah yang terbaik dan secara langsung mencerminkan kualiti, ketelusan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan secara keseluruhannya.

3.2 PELAKSANAAN TEMPOH PERCUBAAN SISTEM PARKIR &

KOMPAUN BERINTEGRASI NEGERI SELANGOR SMART SELANGOR PARKING (SSP)

Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menerusi SSDU Innovations Sdn. Bhd. akan melaksanakan tempoh percubaan Sistem Parkir & Kompaun Berintegrasi Negeri Selangor ‘Smart Selangor Parking’ (SSP) di Kawasan Letak Kereta On-Street Dataran Sunway, PJU 5 Kota Damansara Petaling Jaya berkuatkuasa mulai 1 Mei hingga 31 Mei 2018.

Pembangunan Modul sistem penguatkuasaan Enforcement Performance Administration (EPA) yang merupakan salah satu komponen utama Sistem Parkir & Kompaun Berintegrasi Negeri Selangor Smart Selangor Parking (SSP) turut dalam proses pengujian di kawasan yang sama.

Sistem SSP ini dilaksanakan bagi tujuan pengurusan kawalan letak kereta dan sebagai kemudahan kaedah alternatif bayaran caj letak kereta kepada pengguna awam selain menggunakan Sistem Letak Kereta Berkupon.

Melalui sistem SSP ini, pengguna boleh membuat tambah nilai ke dalam satu akaun atas talian menerusi aplikasi telefon pintar yang boleh digunakan untuk membayar caj letak kereta dan kompaun letak kereta.

Page 3: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

3/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Pengguna letak kereta diberi pilihan untuk menggunakan 2 jenis Kaedah bayaran letak kereta seperti berikut:-

Bil Kaedah Bayaran Keterangan

1 Pembayaran elektronik

menggunakan aplikasi pada

telefon pintar.

Aplikasi SSP boleh dimuat

turun daripada Apple AppStore

dan Android PlayStore.

Pengguna perlu membeli

tambah-nilai secara atas talian

menerusi aplikasi SSP.

2 Pembayaran melalui khidmat

pesanan ringkas ‘SMS’.

Pengguna boleh membuat

bayaran caj letak kereta

melalui SMS menerusi aplikasi

SSP

Pelaksanaan sistem ini tidak akan melibatkan sebarang perubahan kadar caj letak kereta sepertimana yang telah dikuatkuasakan pada masa ini.

3.3 SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI (SPAN)

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) yang

dilaksanakan di setiap Jabatan/Agensi pada setiap tahun adalah

merupakan satu ketetapan yang telah digariskan dalam arahan Y.A.B

Perdana Menteri Siri 7 No. 1 Tahun 2007: Pelaksanaan Sistem

Pengurusan Audit Nilai Dalam Perkhidmatan Awam.

Audit nilai ini dilaksanakan bagi mengukur tahap keberkesanan

penerapan, penghayatan dan pengamalan nilai murni dari segi

ideologi, peribadi, persepsi dan maklum balas pelanggan dengan

mengambil kira enam nilai teras iaitu amanah, benar, bijaksana, adil,

telus dan bersyukur.

Pada tahun 2016, Majlis secara keseluruhannya telah mendapat skor

sebanyak 77.71% berbanding 79.74% pada tahun 2015. Terdapat

sedikit penurunan bagi indeks komposit ini dan skor tersebut

dikategorikan pada tahap memerlukan penambahbaikan dengan

pemantauan.

Beliau berharap agar semua pihak terutama ketua jabatan dapat menerapkan dan meningkatkan program-program yang memberi

Page 4: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

4/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

penekanan kepada usaha membudayakan amalan serta tingkah laku positif dalam organisasi. Tingkah laku negatif perlu dikurangkan untuk mempertingkatkan persepsi yang lebih positif di kalangan pegawai dan kakitangan Majlis. Beliau juga berharap agar Majlis sentiasa komited, bekerjasama dan bekerja dalam satu pasukan yang besar bagi meningkatkan lagi prestasi perkhidmatan Majlis.

3.4 PENSIJILAN SEMULA DAN NAIKTARAF MS ISO 9001:2015

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah melaksanakan peralihan

pensijilan MS ISO 9001:2008 kepada versi MS ISO 9001:2015.

Pensijilan ini disokong dengan 4 proses utama dan 17 proses

sokongan.

Berdasarkan ini, Independent European Certification Group (IEC)

akan membuat pengauditan pensijilan MS ISO 9001:2015 pada 4 dan

5 Jun 2018. Objektif pelaksanaan audit oleh pihak IEC kali ini adalah

untuk memastikan Majlis telah bersedia dalam peralihan/migrasi

untuk memperoleh pensijilan semula dan naik taraf daripada MS ISO

9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015 yang mana sesebuah

Jabatan/Organisasi mesti mewujud, melaksana, menyelenggara dan

menambahbaik sistem pengurusan kualiti secara berterusan,

termasuk proses yang diperlukan selaras dengan keperluan piawaian

antarabangsa.

Sebagai makluman, MS ISO 9001:2015 adalah satu standard bertulis yang menetapkan keperluan asas dalam melaksanakan sistem pengurusan kualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan dan stakeholder (pihak berkepentingan).

3.5 KES DENGGI DI PETALING JAYA

Jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga 14 April 2018 (minggu epid ke 15/2018) adalah sebanyak 544 kes. Jumlah ini menunjukkan penurunan kes sebanyak 49% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 (1070 kes). Jumlah ini juga adalah yang terendah berbanding dua (2) PBT lain di daerah Petaling. Purata kes mingguan adalah sejumlah 36 kes seminggu.

Manakala jumlah lokaliti wabak sehingga minggu epid 15 adalah 14 lokaliti seperti berikut:

Page 5: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

5/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

LOKALITI WABAK

JUMLAH WABAK YANG

DILAPORKAN PADA 14 APRIL

2018

Wabak Baru (WB) 0

Wabak Terkawal (WT) 16

Wabak Tidak Terkawal (WTK) 0

Hotspot (HS) 1

JUMLAH LOKALITI WABAK 17

Jumlah bilangan kes denggi mengikut zon DUN tahun 2018 sehingga ME 15 (14/4/2018) adalah seperti berikut:

BIL DUN JUMLAH

PENDUDUK BIL. KES

KADAR INSIDEN /100000

1. Bukit Lanjan 193,454 110 57

2. Kota Damansara 140,960 136 96

3. Seri Setia 98,594 111 113

4. Taman Medan 92,710 58 63

5. Damansara Utama 73,859 48 65

6. Bukit Gasing 75,109 56 75

7. Kampung Tunku 38,314 25 65

Bilangan Kawasan Hotspot Terkini Dilaporkan (Sehingga 17/4/2018)

Bil Senarai Nama Lokaliti Wabak Jumlah Kes

Terkini

Wabak Di

JangkaTamat

1 Seksyen 17 Teres F 8 20/4/2018

JUMLAH KES LOKALITI HOTSPOT 8

Program SEDAR

Page 6: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

6/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Sehingga kini, sebanyak 194 pasukan SEDAR telah ditubuhkan dan di perluaskan kepada lokasi-lokasi seperti berikut:

1) 139 Pasukan SEDAR Komuniti 2) 40 Pasukan SEDAR Sekolah 3) 5 Pasukan SEDAR Tapak Binaan 4) 7 Pasukan SEDAR MBPJ 5) 2 Pasukan SEDAR Kilang (Western Digital dan Dutch Lady) 6) 1 Pasukan SEDAR Hospital (KPJ Damansara Specialist

Hospital)

3.6 OPERASI BERSEPADU MEMBANTERAS PENIAGA WARGA ASING

Majlis telah melaksanakan operasi bersepadu bersama Jabatan

Imigresen Malaysia pada 11 April 2018 tertumpu di beberapa

kawasan hotspot kebanjiran peniaga-peniaga warga asing tanpa

lesen di sekitar Bandar Sri Damansara dan Damansara Damai.

Operasi yang dijalankan adalah bertujuan mengekang kewujudan

peniaga-peniaga warga asing yang dilihat memonopoli aktiviti

perniagaan di lokasi-lokasi tersebut.

Hasil operasi tersebut, sejumlah 10 premis/gerai telah disemak

melibatkan 61 pemeriksaan ke atas warga asing terlibat. Ekoran itu,

sejumlah 35 warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjut oleh

Jabatan Imigresen. Kebanyakan warga asing yang ditahan terdiri dari

Bangladesh, Indonesia, India dan Myanmar. Operasi-operasi

sebegini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan kesemua

aktiviti perniagaan mematuhi syarat serta garis panduan yang

ditetapkan oleh Majlis.

Beliau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis,

Majlis Bandaraya Petaling Jaya sepanjang perkhidmatan yang

diberikan. Sebagai Datuk Bandar, beliau amat hargai sumbangan

yang telah dicurahkan. Beliau difahamkan terdapat dikalangan Ahli

Majlis yang menjadi calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14

nanti. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas serta selamat maju

jaya di atas segala lapangan bidang yang diceburi.

Page 7: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

7/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Di kesempatan ini juga, beliau mengucapkan selamat menyambut

Hari Pekerja dan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadan

al-Mubarak. Beliau mendoakan agar kita semua dapat menjalani

ibadah puasa dengan sebaiknya pada kali ini.

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:- 4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING

JAYA BILANGAN 3 TAHUN 2018 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 3 Tahun 2018 bertarikh 28 Mac 2018 telah diluluskan tanpa pindaan.

4.2 MINIT MESYUARAT KHAS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 1 TAHUN 2018 (PENGGAL 2016/2017)

4.2.1 Minit Mesyuarat Khas, Majlis bilangan 1 Tahun 2018 bertarikh

20 April 2018 telah diluluskan tanpa pindaan.

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 3 TAHUN 2018 YANG TELAH DIADAKAN PADA 28 MAC 2018.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

7.1

7.1.1

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN ERMEEMARIANNA BINTI SAADON Hab Bas Jalan Othman i) Berapa peratus projek

yang tidak siap

Projek Hab Bas Jalan Othman

telah siap pada 5/3/2018 dan

projek tersebut telah diserahkan

kepada Kementerian

Pengangkutan pada 13/4/2018.

Perasmian telah dilakukan pada

17/4/2018 oleh Ketua Setiausaha

Kementerian Pengangkutan.

Page 8: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

8/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

ii) Adakah kontraktor

Anugerah Rahmat Sdn. Bhd. masih menguruskan projek tersebut atau telah bertukar kontraktor lain.

iii) Perbelanjaan sebenar di

atas kelewatan.

iv) Bila tarikh sebenar hab

bas ini akan beroperasi. Hasil siasatan penduduk mendapati bangunan tersebut telah dijadikan tempat pembuangan sampah dan struktur bangunan telah rosak, syiling bangunan telah pecah dan bocor dan ada barangan yang dicuri.

Kontraktor Anugerah Rahmat menguruskan projek tersebut sehingga siap.

Kontrak asal = RM 3,935,451.00 Pembaikan = RM 98,395.88 Omission (-ve) = RM 78,400.00 Total sebenar = RM413,446.88

Tarikh sebenar operasi hab bas adalah mulai 2 Mei 2018 setelah persiapan siap sepenuhnya. Mengenai isu pembuangan sampah dan kerosakan di dalam bangunan tersebut, Jabatan Kejuruteraan telah pun melakukan pembaikan sebelum penyerahan dan perasmian dibuat seperti tarikh di atas.

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER

BERTARIKH 2 APRIL DAN 19 APRIL 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (93)) (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (95)) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ.

Page 9: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

9/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 6 APRILDAN 16 APRIL 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (39)) (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (41)) 6.1.2 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 10 APRIL 2018.

(RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (121))

6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan

Persekitaran, MBPJ. 6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 13 APRIL 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (26)) 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ. 6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 16 APRIL 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (98)) 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara 7.1 ii) di muka surat 16 iaitu:- ii) Beliau memaklumkan Jalan Tengkat Bandar Utama

sudah diambil alih DIPINDA KEPADA

Page 10: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

10/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

ii) Beliau memaklumkan Jalan Changkat Bukit Utama sudah diambil alih

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN

BERTARIKH 18 APRIL 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 4 (30)) 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ. 6.6.2 Mesyuarat mengambil maklum berkaitan:

a) Perkara yang dibangkitkan oleh Encik Derek John

Fernandes iaitu perkara 6.1.1 b) di muka surat 9 di para 8 kenyataan oleh Tuan Penolong Pengarah, Unit Perundangan telah memaklumkan bahawa skala fi Majlis tidak dapat digunapakai kerana kadar yang diberikan oleh pihak peguam adalah berdasarkan kerja yang telah dilaksanakan, kepakaran dan pengalaman.

Beliau memaklumkan perkara berkaitan dasar iaitu pelantikan peguam dan cara pembayaran telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Teknikal Perundangan yang dipengerusikan sendiri oleh beliau. Perkara yang masih belum dibincangkan adalah kadar fi. Akan tetapi Unit Perundangan tidak membentangkan perkara yang diluluskan tersebut di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan untuk makluman ahli jawatankuasa.

Walaubagaimanapun beliau menegaskan, Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan boleh dengan budibicara YBhg. Datuk Bandar meluluskan tuntutan yang dipohon.

Beliau turut memaklumkan bahawa terdapat dua (2) cara pelantikan peguam iaitu peguam mengemukakan sebutharga dan terpulang kepada majlis sama ada untuk menerima, menolak atau menimbang semula. Akan tetapi kebanyakkan pelantikan yang dibuat adalah tanpa persetujuan seperti di atas dan hanya surat tawaran dikeluarkan berdasarkan kepada skala fi majlis yang terpakai.

Page 11: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

11/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Oleh yang demikian beliau memohon agar Pengarah Unit Perundangan membentangkan perkara-perkara yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat teknikal perundangan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Kewangan.

YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan bahawa terdapat tiga jenis tuntutan yang dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan tersebut iaitu tuntutan bagi kes yang telah selesai, tuntutan yang perlu dilihat semula dan bayaran 30%. Bagi kes yang telah selesai, mesyuarat meluluskan tuntutan ke atas bayaran penuh.

Walaubagaimanapun, bagi mengelakkan perkara yang sama berulang, beliau meminta agar Tuan Timbalan Datuk Bandar mempengerusikan mesyuarat bagi melihat semula kadar fi serta garis panduan dan dasar serta cara tuntutan oleh peguam. Beliau memohon agar pegawai undang-undang dan ahli majlis teknikal hadir untuk membincangkan perkara ini agar ketidakpatuhan skala fi tidak timbul lagi di masa akan datang.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 18 APRIL 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (103)) 6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan tambahan ayat bagi perkara yang tidak diminitkan iaitu perkara 6.3.2 di muka surat 77:-

6.3.2 Ahli Majlis, Encik Terence Tan Teck Seng

mencadangkan supaya pemasangan pillar wrap terutamanya di kawasan Lebuhraya di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk menggunakan material jenis tumbuhan/green bagi mengurangkan pencemaran udara persekitaran dan juga mengurangkan karbon sempena ke arah misi Low Carbon Green City yang sedang diusahakan oleh pihak Majlis.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan

Pembangunan, MBPJ. 6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN

PENGURUSAN KORPORAT BERTARIKH 19 APRIL 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/15 JLD. 2 (30))

Page 12: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

12/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Audit Dalam, MBPJ.

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK BERTARIKH 19 APRIL 2018. (RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (60)) 6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, Sumber Manusia, MBPJ.

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN FERNANDEZ

7.1.1 Ucapan Penghargaan

Beliau mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap walaupun beliau bukan seorang calon yang bertanding di dalam pilihan raya.

Hari ini adalah merupakan hari terakhir Ahli Majlis bertugas walaupun pelantikan sehingga 30 Jun 2018. Keputusan sama ada disambung perkhidmatan atau sebaliknya adalah bergantung kepada keputusan pilihanraya. Beliau turut memaklumkan bahawa calon-calon Ahli Majlis yang bertanding akan meletak jawatan berkuatkuasa esok.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Majlis, Pengurusan serta warga kerja MBPJ dan berharap agar persahabatan akan berkekalan walaupun fahaman politik yang berlainan.

Sepanjang lima (5) tahun dan dua (2) tahun bersama MBPJ, kerjasama yang diberikan adalah memuaskan demi meningkatkan perkhidmatan yang berkualiti kepada penduduk Petaling Jaya. Beliau berharap agar majlis dan ahli majlis dapat meningkatkan lagi kerjasama dan bekerja kuat demi keselesaan penduduk Petaling Jaya. Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua dan berharap agar sentiasa dapat bekerjasama demi

Page 13: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

13/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk Petaling Jaya.

Tindakan : Makluman.

7.2 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH CIK LIM YI WEI

7.2.1 Ucapan Penghargaan Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat dan memaklumkan ini merupakan Mesyuarat Majlis terakhir memandangkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis PBT, MBPJ berkuatkuasa mulai 26 April 2018.

Beliau bersyukur kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada keluarga MBPJ dan banyak pengalaman paling berharga sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ahli Majlis.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Penguatkuasa yang sentiasa perihatin terhadap isu yang berlaku di zon permantauan beliau. Dan yang paling penting memastikan YB. Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak menjual ikan semasa perhimpunan anti kleptokrasi di Padang Timur pada tahun lepas. Ucapan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Kemasyarakatan kerana memudahkan urusan beliau semasa menggunakan dewan di Petaling Jaya walaupun permohonan last minute. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Jabatan Kejuruteraan terutama Tuan Haji Sazulazmi bin Rakip dan Encik Azhar bin Zakaria (mekanikal) serta Encik Zulkarnain bin Mohd Shariai (Penyelia longkang) kerana banyak membantu zon pemantauan beliau. Encik Zulkarnain bin Mohd Shariai bersama beliau telah sama-sama berganding bahu bagi kerja-kerja menaiktaraf longkang di zon beliau. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pengarah Jabatan Pelesenan kerana mengambil tindakan segera ke atas aduan yang dikemukakan terutama di zon pemantauan beliau.

Page 14: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

14/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Ucapan terima kasih kepada semua pengarah dan warga kerja MBPJ yang banyak membantu sepanjang beliau menjadi ahli majlis.

7.2.2 Peranan Ahli Majlis kepada Penduduk

Pengalaman menjadi Ahli Majlis cukup bermakna di mana beliau banyak mempelajari berkaitan fungsi dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan. Peranan dan bidangkuasa Ahli Majlis PBT amat dekat dengan semua aspek kehidupan seharian masyarakat seperti isu sampah, longkang dan lain-lain lagi. Beliau mengambil contoh Presiden Indonesia yang memulakan perjalanan politik beliau sebagai Walikota Solo atau Datuk Bandar Solo. Pengalaman sebagai Walikota telah menyedarkan beliau untuk memerintah dengan lebih rasional. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar MBPJ berkembang maju dan sentiasa memberi sokongan serta memupuk semangat kerjasama bersama penduduk (NGO). Di zon pemantauan beliau, bagi membina semangat kerjasama dengan penduduk, pejabat beliau sentiasa mengadakan perjumpaan bersama penduduk (NGO). Dalam hal teknologi pula, pejabat beliau bersama pejabat Ahli Majlis Encik Terence Tan Teck Seng, Puan Gandimathi a/p Suppiah, Puan Elaine Magdaline Nathaniel, Encik Derek John Fernandez dan Encik Tang Fuie Koh pernah menganjurkan PJ Startup Festival yang cuba memperkenalkan ekosistem permulaan perniagaan baru berteraskan teknologi terkini. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar festival ini diteruskan pada masa akan datang. Akhir sekali beliau berharap agar MBPJ memperolehi pencapaian cemerlang dan menjadi PBT terulung di Malaysia. Beliau turut memohon maaf di atas segala kesalahan sepanjang tempoh beliau bertugas sebagai Ahli Majlis, MBPJ.

Tindakan : Makluman.

7.3 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH CIK JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN

Page 15: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

15/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

7.3.1 Ucapan Penghargaan Beliau mengucapkan salam dan terima kasih kerana diberi peluang untuk berucap pada pagi ini. Beliau memaklumkan akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis PBT, Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi sesi ini memandangkan beliau telah dicalonkan di DUN Bandar Utama (N36). Beliau memaklumkan sepanjang bertugas di MBPJ, banyak pengalaman berharga yang diperolehi di samping dapat membantu majlis untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Petaling Jaya. Beliau berharap agar apa yang telah beliau lakukaan sepanjang penggal ini dapat membantu MBPJ memberikan perkhidmatan kepada penduduk. Budi baik dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dan berharap akan berterusan di masa akan datang. Beliau berharap agar MBPJ sentiasa komited dan konsisten di dalam memberikan pekhidmatan terbaik kepada masyarakat. Semoga keperluan dan kebajikan penduduk terpelihara dan aduan yang diterima dapat diselesaikan segera. Sepanjang menjadi Ahli Majlis, banyak perubahan yang telah dilakukan demi masyarakat Petaling Jaya. Oleh yang demikian, beliau berharap agar MBPJ sentiasa positif dalam memperbaiki perkhidmatan kepada penduduk terutama dari segi keselamatan, penyelenggaraan taman-taman dan tempat rekreasi. Beliau mengulas bahawa MBPJ adalah bandaraya tercanggih dari segi pentadbiran dan kebersihan. Beliau percaya komitmen cemerlang akan menjadikan MBPJ lebih cemerlang di masa akan datang. Sekiranya beliau dipilih sebagai ADUN, beliau berharap agar semangat kerjasama dapat diteruskan demi memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada MBPJ. Sekali lagi beliau mengucapkan terima kasih kepada semua di atas kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ahli Majlis. Beliau amat menghargai pengalaman tersebut kerana di samping dapat mempelajari perkara-perkara baru, beliau dapat memberikan perkhidmatan

Page 16: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

16/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

cemerlang kepada penduduk Petaling Jaya terutama di zon pemantauan beliau. Akhir sekali beliau memohon maaf di atas segala kesalahan dan dengan rasminya beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis dan akan menyerahkan surat peletakan jawatan beliau selepas mesyuarat bersidang.

Tindakan : Makluman.

7.4 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK ARIFFIN BIN MAHAIYUDDIN

7.4.1 Ucapan Penghargaan

Beliau mengucapkan syukur kerana diberi peluang untuk mempelajari hal-hal berkaitan pentadbiran PBT memandangkan sebelum menjadi Ahli Majlis beliau adalah peniaga dan ia merupakan dua bidang yang berbeza. Beliau mengucapkan terima kasih kepada YBhg. Datuk Bandar dan pengarah-pengarah jabatan kerana membantu dan bekerjasama di dalam menyelesaikan masalah-masalah di zon pemantauan beliau seperti menurap jalan dan pencahayaan. Ucapan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Kemasyarakatan di mana dewan-dewan di zon 18 iaitu zon pemantauan beliau telah dipasang alat penghawa dingin. Pengarah Jabatan Landskap pula bertanggungjawab untuk membuat pengindahan sementara Pengarah Jabatan Penguatkuasa pula membantu beliau di dalam operasi-operasi yang dijalankan seperti gerai haram dan video game. Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pelesenan yang mengenalkan zon pemantauan beliau sebagai kawasan lemang Taman Medan serta mendapat tempat kedua di dalam pertandingan kebersihan di peringkat Negeri Selangor. Ucapan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dengan kerjasama daripada Pengarah Jabatan Penguatkuasaan kerana mengadakan mesyuarat berkaitan illegal dumping di mana beliau sebagai pengerusi mesyuarat tersebut.

Page 17: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

17/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada Timbalan Setiausaha di atas kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Ahli Majlis.

Tindakan : Makluman. 7.4.2 Projek Yang Belum Selesai di zon 18

Beliau berharap agar jabatan terlibat melihat semula projek-projek yang masih belum selesai di zon pemantauan beliau seterusnya mengambil tindakan segera. Projek-projek yang belum selesai seperti: a) Pembinaan Jalan PJS 2 b) Pembinaan jambatan besi (laluan motorsikal yang telah

uzur dan merbahaya kepada pengguna) c) Pembinaan taman rekreasi

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ.

Akhir sekali, beliau memohon maaf di atas kekasaran bahasa yang digunakan semasa berinteraksi dengan warga kerja MBPJ atau semasa bermesyuarat. Beliau mengharapkan doa agar beliau bersama ketiga-tiga calon yang bertanding akan mendapat kemenangan. Beliau turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua ahli yang beragama Islam seterusnya menyeru agar kita sama-sama meningkatkan takwa dan melebihkan sembahyang sempena kedatangan bulan yang mulia ini. Beliau mengakhiri ucapan memanjatkan kesyukuran kepada Allah serta bacaan doa agar kita semua bertemu bulan Ramadhan bulan suci di dalam Islam.

Tindakan : Makluman

Page 18: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

18/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

7.5 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH TUAN HAJI MOHD GHAZALI BIN DAUD 7.5.1 Ucapan Penghargaan

Beliau mengucapkan salam kepada semua ahli mesyuarat. Beliau memaklumkan bahawa beliau masih boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat walaupun telah berusia 64 tahun. Beliau turut memaklumkan bahawa beliau telah dicalonkan untuk bertanding di DUN N32 Seri Setia oleh Parti PAS. Oleh yang demikian, beliau memaklumkan bahawa secara tidak langsung ini adalah merupakan hari terakhir beliau bermesyuarat di MBPJ. Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Beliau mula berkhidmat sebagai Ahli Majlis MBPJ semasa YBhg. Dato’ Mohd Roslan bin Sakiman menjadi Datuk Bandar MBPJ dan diikuti dengan YBhg. Datin Alinah binti Ahmad serta terkini bersama dengan YBhg. Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain. Sepanjang berkhidmat bersama MBPJ, beliau mendapat banyak pengalaman dan mempelajari perkara baru di mana ada yang baik dan sebaliknya sehingga menyebabkan beliau stress bila perkara yang diamanahkan kepada MBPJ masih belum diselesaikan sebagaimana yang dikehendaki Ahli Majlis dan penduduk. Sebelum menjadi Ahli Majlis, beliau terlibat di dalam bidang korporat. Oleh yang demikian banyak pengalaman di bidang korporat yang beliau terapkan di MBPJ seperti menghabiskan lebih banyak masa memikirkan cara memperbaiki dasar dan sistem pengurusan majlis berbanding dengan kerja-kerja turun padang di lapangan. Beliau berpendapat bahawa pembuat dasar dan pelaksanaannya adalah perkara penting di dalam sesebuah organisasi. Sehubungan itu, apabila Ahli Majlis melakukan tugasan turun padang untuk membuat keputusan bagi pihak majlis, ia adalah satu perkara yang tidak betul dan perkara ini perlu diperbaiki. Di dalam menjalankan tugas sebagai Ahli Majlis, terdapat perselisihan pendapat terutama bagi perkara-perkara yang

Page 19: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

19/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

tidak dipersetujui oleh sesetengah Ahli Majlis. Beliau faham Ahli Majlis yang dilantik adalah berkhidmat untuk masyarakat selain untuk meningkatkan perkhidmatan majlis serta bukan untuk kepentingan sendiri. Perbezaan pendapat adalah lumrah akan tetapi diharap persahabatan akan tetap kekal selamanya. Beliau amat berharap agar Ahli Majlis yang masih berkhidmat dengan MBPJ dapat menyokong segala keputusan yang telah dipersetujui di dalam mesyuarat dan jangan menikam majlis dari belakang. Oleh yang demikian, sekali lagi beliau mengucapkan terima kasih kepada MBPJ yang banyak membantu beliau sebagai Ahli Majlis dan mengucapkan selamat maju jaya.

Tindakan : Makluman.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10 tengahari. YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan jamuan mesyuarat tidak diadakan di sini malahan diadakan di Sheraton Hotel. Beliau menjemput semua Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah dan wartawan semua ke Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Tuan Haji Ahmat Mohaayen bin Haji Said dan Puan Hajah Sadiyah binti Khasiman. Akhir kata beliau mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat.

Bertarikh : 5 Mei 2018

Page 20: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

20/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

LAMPIRAN KEHADIRAN HADIR: 01. YBhg. Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Cik,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Azri bin Mohamad Arish,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Oon Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ. 10. Encik Tang Fuie Koh,

Ahli Majlis, MBPJ. 11. Encik Suriase a/l Gengiah,

Ahli Majlis, MBPJ.

Page 21: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

21/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

12. Encik Halimey bin Abu Bakar, Ahli Majlis, MBPJ.

13. Encik Ong Swee Long,

Ahli Majlis, MBPJ. 14. Puan Wong Yuet Leng,

Ahli Majlis, MBPJ. 15. Cik Jamaliah binti Jamaluddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 16. Puan Elaine Magdaline Nathaniel,

Ahli Majlis, MBPJ.

17. Encik Wong Swee Sang, Ahli Majlis, MBPJ.

18. Puan Gandimathi a/p Suppiah,

Ahli Majlis, MBPJ. 19. Puan Ermeemarianna binti Saadon,

Ahli Majlis, MBPJ. 20. Encik Derek John Fernandez,

Ahli Majlis, MBPJ. 21. Encik Sugumaran a/l R Annamalai,

Ahli Majlis, MBPJ.

22. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

23. Cik Lim Yi Wei, Ahli Majlis, MBPJ.

24. Encik Nor Azmi bin Abdul Kadir @ Ahmad Yuta, Ahli Majlis, MBPJ.

TIDAK HADIR: 01. Encik Ang Ming Ern, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ. 02. Puan Sia Siew Chin, (dengan maaf)

Page 22: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

22/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Ahli Majlis, MBPJ.

HADIR BERSAMA: 01. Puan Sharipah Marhaini binti Syed Ali,

Timbalan Setiausaha, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

02. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid,

Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Puan Farizan Atifah binti Muner,

Wakil Timbalan Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

04. Tuan Ir. Ismail bin Shafie, Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

05. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur,

Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 06. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 07. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 08. Puan Zuraidah binti Sainan,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 09. Tuan Dr. Abdul Ghalib bin Sulaiman,

Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Encik Mohd Fauzi bin Maarop,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 11. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ.

Page 23: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

23/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

12. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Norzita binti Mokhtar, Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

14. Encik Samsul Bahari bin Nonchi,

Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ. 15. Encik Ku Mustafa bin Ku Mohamad,

Wakil Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ. 16. Cik Noor Najwa binti Said,

Wakil Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ. 17. Encik Mohd Khairulfaiz bin Hairuddin,

Wakil Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ. 18. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman,

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 19. Puan Sr. Hajah Saliza binti Mohd Masri,

Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak). Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia,

Page 24: SULIT MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG … · 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi perkara

24/23

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 25.4.2018, MBPJ

SULIT

SULIT

Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.