majlis bandaraya petaling jaya jalan yong ... unit mesyuarat, mesy majlis 21.6.2017, mbpj majlis...

22
1/22 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (12) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 6 TAHUN 2017 Tarikh : 21 Jun 2017 (Rabu) Masa : 10.30 Pagi 11.50 Pagi Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 15 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Mei dan Jun 2017. 3. PERUTUSAN PENGERUSI 3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Majlis pada kali ini. Beliau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang Majlis. Segala pencapaian dan kejayaan pastinya

Upload: votuyen

Post on 10-Mar-2018

274 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

1/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.4 (12)

MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017)

BILANGAN 6 TAHUN 2017

Tarikh : 21 Jun 2017 (Rabu) Masa : 10.30 Pagi – 11.50 Pagi

Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO

2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 15 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis dan Ahli Majlis sepanjang bulan Mei dan Jun 2017.

3. PERUTUSAN PENGERUSI

3.1 YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana di atas limpah kurnia-Nya, kita semua dapat menghadiri Mesyuarat Majlis pada kali ini. Beliau ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai serta seluruh warga kerja Majlis Bandaraya Petaling Jaya di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan kepada Majlis khususnya di dalam merealisasikan segala perancangan dan program-program yang dirancang Majlis. Segala pencapaian dan kejayaan pastinya

Page 2: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

2/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

menuntut komitmen yang jitu selain semangat kerja berpasukan. Beliau juga mengharapkan agar tanggungjawab yang digalas dapat dipertingkatkan seiring dengan visi dan misi Majlis.

3.2 BANDAR RAYA PETALING JAYA BANDAR KITA SEMUA

Tarikh 20 Jun adalah suatu tarikh yang amat istimewa buat Petaling Jaya. Pada tarikh tersebut tahun 2006, Petaling Jaya telah diisytiharkan bandar raya kedua selepas bandar raya Shah Alam di negeri Selangor. Pada tahun ini, genap 11 tahun Petaling Jaya menjadi sebuah bandar raya yang pesat membangun. Seiring dengan visi dalam menjadikan Petaling Jaya Bandar Raya Peneraju, Dinamik Dan Lestari, pelbagai kemajuan dan kecemerlangan telah dicatatkan dalam menuju sebuah bandar raya yang mampan dan berdayahuni.

Menyelusuri sejarah Petaling Jaya, seawal tahun 1950-an kesan daripada kesesakan pertambahan penduduk di Kuala Lumpur, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti “Effingham Estate” iaitu tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama bagi mewujudkan sebuah petempatan baru.

Pihak yang diberi kepercayaan untuk mengurus tadbir petempatan baru ini diserahkan kepada Pegawai Daerah kuala Lumpur dan Lembaga Petaling Jaya sebelum diambil alih oleh sebuah badan berkanun iaitu Petaling Jaya Authority pada tahun 1954.

Petaling Jaya telah melakar sejarah baru pada 1 Januari 1964 apabila Negeri Selangor mewartakan sebuah Lembaga Bandaran yang mewakili autonomi kewangan bagi mentadbir bandar Petaling Jaya.

Pada 1 Januari 1977, Lembaga Bandaran Petaling Jaya telah dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) berikutan penggubalan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Setelah mengalami pelbagai cabaran dalam menyediakan perkhidmatan yang terbaik buat warga Petaling Jaya serta memenuhi syarat naik taraf bandar raya oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, pada 20 Jun 2006, Majlis Perbandaran Petaling Jaya telah diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Petaling Jaya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Page 3: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

3/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar negara. Pencapaian seperti Anugerah Kualiti Laman Terbaik di Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (2008), Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (2010), Pemenang Silver Green Apple Awards For The Built Environment And Architectural Heritage, National Self-Build & Renovation Centre, Swindon London (2013), Earth Hour Capital 2016 telah membuktikan bahawa Majlis Bandaraya Petaling Jaya terus unggul di peringkat nasional dan global.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan terus komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik buat penduduk Petaling Jaya. Majlis mengharapkan penglibatan yang menyeluruh masyarakat berbilang di Petaling Jaya agar dapat bersama-sama merealisasikan misi Menyediakan Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti Demi Kesejahteraan Petaling Jaya dan bermatlamatkan Menjadi Bandar Raya Terulung Dalam Penyediaan Perkhidmatan Dan Prasarana Yang Berkualiti Untuk Pelanggan.

3.3 CONNECTING PEOPLE TO NATURE

Hari Alam Sekitar Sedunia di sambut bermula pada tahun 1972 dan telah berkembang menjadi sambutan utama seluruh dunia dengan pembabitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam meningkatkan lagi tahap kesedaran masyarakat dunia mengenai isu alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar.

Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam.

Hari Alam Sekitar Sedunia di sambut pada 5 Jun setiap tahun dan pada setiap tahun tersebut terdapat sebuah negara yang dilantik untuk menjadi `tuan rumah’. Pada tahun ini, Negara Kanada menjadi tuan rumah selepas Negara Angola dengan menggunakan slogan “Connecting people to nature” bagi menggalakkan orang ramai untuk keluar menikmati dan menghargai keindahan ekosistem semula jadi yang memainkan peranan penting dalam kehidupan harian.

Page 4: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

4/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

Di peringkat antarabangsa, Malaysia telah menandatangani dan meratifikasi Perjanjian Paris dalam menunjukkan Kerajaan komited untuk melawan kesan perubahan iklim dengan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45% pada tahun 2030. Antara contoh kesan perubahan iklim adalah seperti cuaca panas melampau dan banjir kilat. Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia, kita sebagai rakyat secara tidak langsung boleh membantu mengurangkan kesan perubahan iklim dengan mengamalkan gaya hidup lestari seperti penjimatan tenaga elektrik dan air, mengurangkan penghasilan buangan, mengasingkan buangan yang boleh di kitar semula, tidak menggunakan polistirena, berbasikal atau berjalan kaki ke kawasan berdekatan selain tidak membuat pembakaran terbuka. Gaya hidup lestari ini adalah suatu yang boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat untuk menjadikan negara ke arah Low Carbon Society.

Di peringkat Majlis pula, komitmen ini akan di teruskan dengan penguatkuasaan dalam aspek penjagaan alam sekitar di kawasan Petaling Jaya. Berdasarkan laporan Kualiti Indeks Udara dari Jabatan Alam Sekitar (JAS), indeks kualiti udara untuk tahun 2017 bagi kawasan Petaling Jaya berada di tahap yang baik.

Seiring dengan dasar Kerajaan Negeri terhadap larangan penggunaan polistirena, pematuhan dan pelaksanaan dasar ini dapat di lihat di seluruh kawasan Negeri Selangor. Turut tidak ketinggalan, kempen pengurangan beg plastik menjadi satu bentuk pendidikan awal ke arah gaya hidup lestari.

3.4 TINDAKAN TEGAS KEPADA PENIAGA BAZAR YANG INGKAR SYARAT LESEN BAGI TAHUN 2017

Bagi tahun 2017, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menyediakan sebanyak 20 lokasi bazar Ramadan di seluruh kawasan pentadbiran Majlis dengan 1,551 petak yang berasaskan konsep mampan.

Bazar Ramadan Mampan telah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu, di mana Majlis telah menetapkan beberapa dasar dan kriteria bagi menjadikan bazar disekitar di Petaling Jaya bersih dan bebas daripada sampah. Beberapa kempen telah dijalankan antaranya pemberian mangkuk tingkat percuma pada 2014. Manakala bagi tahun 2015 dan 2016, Majlis telah menjalankan kempen penggunaan bekas makanan dan bekas pembungkusan jenis biodegradable kepada pengunjung dan juga peniaga bazar.

Page 5: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

5/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

Selepas tiga tahun kempen Bazar Ramadan Mampan dijalankan, Majlis memutuskan tindakan penguatkuasaan terhadap syarat lesen diperketatkan pada tahun ini. Larangan penggunaan polistirena telah dikuatkuasakan sebagai syarat lesen yang perlu dipatuhi peniaga bazar. Majlis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan kepada peniaga yang tidak mempunyai lesen atau permit.

Statistik tindakan terkini menunjukkan Majlis telah mengeluarkan 295 notis dan 72 kompaun bagi kesalahan Penjaja tanpa lesen dan Meninggalkan halangan di tempat awam. Jumlah pemantauan telah dilakukan sebanyak 157 kali bermula pada 29/05/2017 hingga 09/06/2017. Tindakan tegas ini dibuat adalah termaktub dalam akta seperti berikut:

i) Notis di bawah Seksyen 46 (1) (d), Akta Jalan, Parit dan

Bangunan 1974 (Akta 133). ii) Kompaun di bawah Seksyen 46 (1) (d), Akta Jalan, Parit dan

Bangunan 1974 (Akta 133). iii) Sitaan di bawah Seksyen 46 (3) (a), Akta Jalan, Parit dan

Bangunan 1974 (Akta 133). iv) Kompaun dibawah UUK 3, Undang-undang Kecil Penjaja (MBPJ)

2007. v) Sitaan dibawah UUK 42 (1), Undang-undang Kecil Penjaja

(MBPJ) 2007.

Selain itu, Majlis juga telah mengeluarkan sebanyak 30 kompaun dan 445 notis di atas pelbagai kesalahan dari segi aspek kebersihan dan kesihatan dalam mengendalikan makanan seperti tidak mendapatkan suntikan Tifoid (TY2), etika berpakaian yang tidak bersih, tidak mempamerkan lesen, dan lain-lain kesalahan.

Bagi kempen bebas plastik, Majlis telah mewujudkan program kesedaran terhadap pengurangan penggunaan beg plastik ini bermula pada tahun 2016 melalui kem pendidikan dan mensasarkan golongan pelajar-pelajar sekolah. Seperti mana di lihat pada 2017 juga, kempen ini telah dijadikan sebagai satu penanda aras bagi warga Selangor dalam menjadikan negeri Selangor komited terhadap amalan hijau.

Page 6: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

6/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

Pada tahun ini, Majlis melaksanakan kempen penggunaan sarung tangan dimana antara ciri-ciri kebersihan pengendali makanan adalah amalan penjagaan kesihatan. Pemakaian sarung tangan yang bersih semasa menyentuh makanan dapat membantu mengurangkan pencemaran makanan. Justeru, Majlis mengesyorkan penggunaan satu sarung tangan untuk satu tujuan sahaja. Di samping itu, peniaga digalakkan menggunakan sarung tangan yang diperbuat daripada plastik mesra alam dan mudah diurai.

Melalui bancian secara rawak bazar Ramadan pada tahun 2016, dengan semakan 11 lokasi bazar Ramadan, peratusan peniaga yang menggunakan polistirena pada 2016 adalah sebanyak 2.31 peratus. Perbandingan bancian antara 2016 dan 2017 juga di lakukan di 11 lokasi yang sama dengan seramai 281 peniaga terlibat seperti tahun sebelumnya. Melalui bancian ini, peratusan pengunaan polistirena di bazar Ramadan telah mencapai kadar sifar.

Oleh demikian, hasil bancian yang dilakukan ini telah menunjukkan keberkesanan kempen larangan polistirena ini di terima baik oleh setiap warga Petaling Jaya.

Indikator terhadap penggurangan beg plastik pula dilihat mendapat sambutan yang baik dari golongan pembeli. Rata-rata pembeli yang turun ke bazar Ramadan dilihat sudah mengamalkan penjimatan bekas pembungkusan beg plastik dengan membawa beg, bakul malahan beg pembungkusan plastik yang di guna pakai semula sewaktu membeli di bazar selari dengan kempen #bebas beg plastik yang giat dijalankan oleh Kerajaan Negeri.

Majlis meneruskan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai di kesemua lokasi bazar Ramadan. Melalui kempen ini, para peniaga dapat menjual minyak masak terpakai dengan kadar RM0.80 sen bagi setiap 1 Kilogram.

Majlis berharap dengan pelaksanaan penguatkuasaan ini dapat membantu dan merealisasikan hasrat Majlis dalam menuju ke arah kemampanan Bazar Ramadan di seluruh Petaling Jaya.

Page 7: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

7/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

3.5 BERSAMA-SAMA MENCEGAH AEDES

Sehingga 3 Jun 2017, jumlah kes demam denggi di Malaysia mencatatkan sebanyak 41,574 kes dengan penurunan kes 17.8%. Di Selangor, merekodkan sejumlah 22,282 kes yang menyumbangkan keseluruhan 53.4% kes di seluruh Negara.

Jumlah kes kumulatif demam denggi yang dilaporkan di Majlis bagi minggu epid ke 22/2017 adalah sejumlah 1,631 kes. Trend jumlah ini dilihat menurun sebanyak 31.9% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2016 sebanyak 2,391 kes.

Situasi ini jika dibandingkan kes mingguan tahun 2017 adalah jauh lebih rendah dari tahun 2016, dengan purata kes mingguan sebanyak 74 kes lebih rendah dari purata tahun 2016 dengan catatan 108 kes. Jumlah lokaliti sehingga 3 Jun adalah seperti berikut :-

LOKALITI WABAK JUMLAH WABAK ME 22/2017

(SEHINGGA ME 22)

Wabak Terkawal (WT) 29

Wabak Tidak Terkawal (WTK) 4

Hotspot (HS) 4

JUMLAH LOKALITI WABAK 37

Zon DUN Bukit Lanjan mencatatkan jumlah kes tertinggi sebanyak 416 kes di ikuti DUN Seri Setia (274 kes), DUN Kota Damansara (271 kes) dan DUN Taman Medan (270 kes).

Sebanyak 4 lokaliti hotspot wabak denggi dengan PJU 9, SD 7 (14 kes), PJU Flat Pelangi Damansara (13 kes), PJS 2C Taman Medan (12 kes) dan Seksyen 2 (14 kes).

97 kes kematian di catatkan di Malaysia dengan 36 kematian di Selangor, 7 kes kematian di Daerah Petaling. Namun, tiada kematian direkodkan di kawasan pentadbiran Majlis. Jumlah pasukan SEDAR Aedes/Denggi yang telah ditubuhkan adalah sejumlah 90 termasuk pasukan SEDAR dari Majlis.

Page 8: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

8/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

Sehubungan dengan ini, beliau menasihati agar kita semua bersama-sama menjaga kebersihan dengan meluangkan sekurang-kurangnya 10 minit untuk membersihkan persekitaran kawasan kediaman kita daripada menjadi tempat pembiakkan jentik-jentik dan nyamuk aedes. Pastikan tiada tempat air bertakung di dalam rumah mahupun di luar rumah kita.

3.6 OPERASI PENGUATKUASAAN BAZAR RAMADAN

Majlis telah melaksanakan kawalan, pemeriksaan, pemantauan dan menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas Bazar Ramadan bermula pada awal Ramadan, 27 Mei 2017. Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan pemeriksaan lesen dan lain-lain kesalahan bagi menyelesaikan masalah penjaja tanpa lesen dan penjaja yang meninggalkan halangan di tempat awam.

Selain daripada itu, Majlis juga melaksanakan kawalan lalu lintas bagi kawasan-kawasan hot spot supaya aliran trafik berada di dalam keadaan lancar. Sebanyak 98 buah kenderaan telah dipindahalih kerana meletakkan kenderaan di tapak bazar Ramadan serta menghalang peniaga untuk memulakan operasi perniagaan.

Sehingga kini, sebanyak 125 kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK 3, Undang-undang Kecil Penjaja (MBPJ) 2007. Manakala sejumlah 347 notis di serahkan di bawah Seksyen 46 (1) (d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Majlis akan sentiasa menjalankan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Kita semakin hampir menuju ke penghujung Ramadan. Hari ini merupakan hari yang ke 26 kita berpuasa bagi yang beragama Islam dan berbaki beberapa hari sahaja lagi memasuki bulan Syawal. Pada kesempatan ini, beliau ingin memohon maaf kepada semua sepanjang beliau menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar.

Beliau juga ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan kepada yang mahu pulang ke kampung, beliau menasihatkan agar berhati-hati di jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.

Majlis akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri pada 14 Julai 2017, jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Beliau berbesar hati menjemput semua kakitangan Majlis dan penduduk Petaling Jaya agar dapat bersama-sama meraikan majlis tersebut itu nanti.

Page 9: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

9/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA:-

4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 5 TAHUN 2017 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 5 Tahun 2017 bertarikh 24

Mei 2017 telah diluluskan tanpa pindaan.

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 5 TAHUN 2017 YANG TELAH DIADAKAN PADA 24 MEI 2017.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

6.6

CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 11 MEI 2017.

- Mesyuarat turut mengambil maklum bahawa hanya satu (1) mesin sahaja yang beroperasi dan pembakaran kurang sempurna. Pengarah Jabatan Kejuruteraan diminta untuk merujuk kepada Tenaga Nasional Berhad dan menggantikan atau menaiktaraf kabel sedia ada.

Setelah semakan dibuat, Jabatan Kejuruteraan mendapati bahawa bekalan yang sedia ada adalah 63 tpm dan tidak dapat menampung bebanan mesin krematorium. Pihak Jabatan mencadangkan agar kerja-kerja menaik taraf dibuat untuk mengatasi masalah ini. Pengarah Kejuruteraan turut memaklumkan bahawa pelantikan perunding untuk menaik taraf bekalan sedia ada sedang dalam proses bagi mengatasi masalah ini memandangkan perkara ini di bawah tanggungjawab Majlis.

Page 10: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

10/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud memohon penjelasan adakah masalah ini disebabkan oleh pembangunan yang padat di kawasan tersebut. Pendapat ini disokong oleh Encik Derek John Fernandez dan memohon agar tindakan ke atas perkara tersebut disegerakan. Sebuah mesin tidak mencukupi bagi menampung keperluan kepada perkhidmatan ini. Encik Suriase a/l Gengiah turut memaklumkan bahawa mesin yang ada tidak dapat membuat pembakaran sempurna. Mesin terpaksa diberhentikan sementara semasa proses pembakaran kerana mesin telah panas. Sepatutnya proses pembakaran ini berlaku sekali sahaja. Mesyuarat turut mencadangkan agar jabatan kejuruteraan membuat semakan dengan TNB agar tidak timbul masalah lain setelah kerja-kerja menaiktaraf bekalan dibuat.

Page 11: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

11/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

7.1

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN FERNANDEZ

- ”Security Plan” di Taman-Taman Rekreasi di kawasan Petaling Jaya.

Jabatan Penguatkuasaan mengambil maklum dan akan menjalankan kajian menyeluruh dan terperinci berhubung cadangan berkaitan "security plan" di taman-taman rekreasi di seluruh kawasan Petaling Jaya untuk menjaga aset-aset Majlis. Mesyuarat turut mengambil maklum dengan adanya Polis Bantuan seramai 22 orang, Jabatan Penguatkuasaan akan membuat pembahagiaan tugas ke kawasan-kawasan lain di Petaling Jaya seperti kawasan taman bagi menjaga aset majlis.

7.2

UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN ERMEEMARIANA BINTI SAADON

- Cadangan Tempat Letak Kereta Ibu Hamil

Jabatan Kejuruteraan akan meneliti dan membincangkan cadangan ini bersama jabatan teknikal yang berkaitan dan hasil perbincangan akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur untuk mendapatkan kelulusan majlis.

Page 12: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

12/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

Encik Ong Chong Ling mencadangkan agar tempat letak kereta OKU yang tidak digunakkan boleh digunakan secara bersama dengan ibu-ibu hamil. Cadangan ini disokong oleh YBhg. Datuk Bandar di mana tempat meletak kenderaan OKU boleh ditandakan sebagai OKU/Ibu Hamil. Cadangan di atas boleh dimasukkan ke dalam kertas kerja yang akan dibentangkan kelak. Puan Ermeemariana binti Saadon tidak bersetuju dengan cadangan tersebut dan menyatakan OKU dan Ibu Hamil adalah situasi berbeza. Mesyuarat memutuskan agar perkara ini dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur akan datang.

Page 13: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

13/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK

BERTARIKH 7 JUN 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (38) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, Sumber Manusia, MBPJ. 6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER

BERTARIKH 7 JUN 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (50)

6.2.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN

PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 13 JUN 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (101]

6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ.

6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 29 MEI 2017 DAN 14 JUN 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (101) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/5 JLD. 4 (103)

6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Pusat Setempat, MBPJ.

Page 14: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

14/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 14 JUN 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (78)]

6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan tambahan ayat bagi perkara 7.1.1 i. di muka surat 14 iaitu:- i. Minta penjelasan berkenaan kerja pemasangan `Road

Stud’ dan Alat Pemisah Jalan (Separator) di Jalan Sehala (One Way Loop) yang belum dilaksanakan di Jalan Changgai dan keseluruhan `One Way Loop’ berdasarkan saranan yang disyorkan oleh `Road Safety Auditor’.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BANTAHAN NILAIAN HARTA BERTARIKH 15 JUN 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/8 (49) 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Penilaian, MBPJ. 6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 15 JUN 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 3 (6)] 6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan tambahan ayat bagi perkara 7.1.1 di muka surat 12 iaitu:-

7.1.1 Encik Halimey bin Abu Bakar berharap Majlis dapat

melihat beberapa perkara atau tugas yang melibatkan banyak Jabatan atau Bahagian sehingga membuatkan sesuatu proses kerja itu lambat sebagai contohnya pemasangan khemah yang diuruskan oleh dua (2) jabatan perlu diselesaikan dengan segera.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ.

Page 15: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

15/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

6.7.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan pandangan daripada Ahli Majlis b agi perkara f) di muka surat 11 seperti berikut:-

a) Encik Tang Fuie Koh dan Encik Derek John Fernandez

berpendapat agar nama MBPJ diberi keutamaan kepada penjenamaan semula stadium MBPJ. Akan tetapi sekiranya nama AirAsia di hadapan, beliau mencadangkan agar AirAsia mempromosikan Stadium di peringkat luar negara.

b) YBhg. Datuk Pengerusi memaklumkan Syarikat AirAsia telah dikenali akan tetapi beliau bersetuju dengan cadangan mempromosikan stadium AirAsia-MBPJ ke luar negara oleh AirAsia. Perkara ini boleh dimasukkan di dalam syarat semasa MOU ditandatangani selepas perayaan Hari Raya Aidil Fitri akan datang.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Pembangunan

Kemasyarakatan, MBPJ.

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 16 JUN 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (83)]

6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan

Pembangunan, MBPJ.

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN BERTARIKH 19 JUN 2017. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 4 (4)] 6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

Page 16: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

16/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN

FERNANDEZ

7.1.1 Dasar Terhadap Bangunan Lama di MBPJ

Beliau membangkitkan baru-baru ini, pihak akhbar dan Berita TV telah menyiarkan berlakunya kebakaran yang melibatkan bangunan tinggi di Grenfell Tower, London dan api dikatakan cepat merebak. Perkara ini boleh dijadikan iktibar berkaitan tahap keselamatan bangunan tinggi atau flat kediaman lama di kawasan pentadbiran Majlis. Majlis perlu mengambil langkah-langkah keselamatan awal bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku ke atas bangunan lama di MBPJ.

Sehubungan dengan itu, beliau mencadangkan agar Majlis menyediakan satu dasar ke atas bangunan lama sekiranya berlaku nahas yang tidak diingini. Dasar ini boleh melindungi Majlis daripada dikenakan apa-apa tindakan undang-undang dan sebagainya pada masa akan datang.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ, Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ. Akhir sekali beliau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya kepada yang meraikan dan Selamat Bercuti dan berharap agar semua Ahli Mesyuarat dapat berehat sepenuhnya.

7.2 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH CIK JAMALIAH BINTI

JAMALUDDIN Beliau mengucapkan salam dan selamat pagi kepada semua Ahli Mesyuarat. Beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri pada umat-umat Islam yang meraikannya dan selamat bercuti kepada yang bukan Islam. 7.2.1 Implementasikan Sistem

Beliau mencadangkan agar Majlis mengimplementasikan sistem seperti Pengemaskinian Sistem Transit Secara Langsung ataupun Live Transit Updates yang telah dimajukan oleh Google, satu perkhidmatan, di mana jika ianya dilaksanakan, Google Map boleh menyediakan maklumat terkini tentang masa ketibaan dan pelepasan untuk bas-bas di bawah kendalian Petaling Jaya. Beliau

Page 17: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

17/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

merasakan sistem seperti ini amat diperlukan kerana beliau percaya ramai penumpang bas yang tidak tahu masa ketibaan dan pelepasan bas, malah ianya juga percuma. Oleh itu, dengan adanya perkhidmatan seperti ini, beliau yakin majlis akan dapat meningkatkan tahap kepuasan hati penumpang dan berpotensi untuk mengalakkan lebih ramai lagi penduduk-penduduk di Petaling Jaya untuk menggunakan perkhidmatan bas percuma.

Pada masa yang sama, beliau tahu bahawa Majlis sebenarnya mempunyai inisiatif untuk membina aplikasi yang hampir serupa tetapi mempunyai fungsi yang lebih daripada `Live Transit Updates’, di mana Majlis boleh melaksanakan sistem pengawasan, mengumpul data dan sebagainya. Pada pendapat beliau, ia merupakan salah satu usaha yang perlu bagi mempertingkatkan prestasi bas di bawah kawasan PJ terutamanya `PJ Free Bus’. Beliau amat bangga apabila MBPJ merupakan Majlis pertama yang melaksanakan program `free bus’ dan oleh sebab itu, beliau merasakan kita wajib meneruskan usaha untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan bas dan transportasi kita.

7.2.2 O-Bike

Sejak kebelakangan ini, beliau sedar perkhidmatan O-Bike semakin meluas di kawasan Petaling Jaya terutamanya di kawasan kommersial seperti SS2, Uptown (Damansara Utama) dan sebagainya. Beliau berpendapat, O-Bike ini sebenarnya merupakan satu inisiatif yang sangat bagus di mana ianya telah meningkatkan `connectivity’ di antara dua tempat dan menyediakan satu solusi yang baik sebagai transportasi untuk `last minute’ @ batu terakhir yang digalakkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Namun beliau merasakan ianya adalah penting bagi Majlis untuk menyediakan `regulatory framework’ untuk perkhidmatan seperti O-Bike serta mengkaji sama ada undang-undang kecil kerajaan tempatan sekarang adalah lengkap dan mencukupi bagi pasaran baru seperti O-Bike ini . Beliau turut mencadangkan agar Majlis dapat mengadakan satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pengangkutan di antara Majlis dan O-Bike untuk membincangkan perkara ini.

Page 18: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

18/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

Beliau turut memaklumkan bahawa pada Jun 2017, sudah setahun setengah beliau bersama dengan MBPJ. Sebagai seorang Ahli Majlis yang agak baru, banyak yang telah dipelajari daripada Majlis termasuk dari Ahli Majlis yang lebih senior dan pengarah-pengarah Jabatan. Oleh itu, sempena Hari Raya yang semakin hampir, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu serta beliau turut memohon maaf zahir dan batin, sekiranya ada apa-apa kesilapan sepanjang tempoh perkenalan.

7.3 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH PUAN SIA SIEW CHIN

7.3.1 Sustainable PJ Bebas Halangan kepada OKU

Beliau membangkitkan di dalam menyediakan rangka kearah Sustainable PJ pada tahun 2030, terdapat lima (5) hala utama yang diberi penekanan. Salah satu daripadanya adalah program bebas halangan kepada OKU. Akan tetapi beliau masih belum berpuas hati terhadap program bebas halangan OKU ini dan sebagai contohnya masih terdapat banyak halangan di dalam projek di SS2. Sehubungan dengan itu beliau mencadangkan agar:- a) Semua kontraktor diberi penerangan (`briefing’) b) Pegawai/kakitangan MBPJ yang terlibat memantau projek

berdasarkan garispanduan yang diberi. c) Melibatkan Ahli Majlis OKU di dalam setiap program atau

cadangan yang diambil.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.51 tengahari. YBhg. Datuk Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat dan mengucapkan selamat hari raya Aidil Fitri. Tidak lupa beliau turut menjemput semua ahli mesyuarat ke Majlis Jamuan Rumah Terbuka MBPJ 2017 pada 14 Julai 2017 bermula jam 3.00 petang – 5.00 petang.

Bertarikh : 22 Jun 2017

Page 19: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

19/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

LAMPIRAN KEHADIRAN

HADIR: 01. YBhg. Dato’ Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Azri bin Mohamad Arish,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Onn Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 08. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 09. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 10. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ.

11. Puan Sia Siew Chin, Ahli Majlis, MBPJ.

12. Encik Tang Fuie Koh, Ahli Majlis, MBPJ.

13. Encik Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis, MBPJ.

14. Encik Halimey bin Abu Bakar, Ahli Majlis, MBPJ.

Page 20: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

20/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

15. Encik Shatiri bin Mansor,

Ahli Majlis, MBPJ.

16. Encik Ong Swee Long, Ahli Majlis, MBPJ.

17. Puan Wong Yuet Leng, Ahli Majlis, MBPJ.

18. Cik Jamaliah binti Jamaluddin, Ahli Majlis, MBPJ.

19. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, Ahli Majlis, MBPJ.

20. Encik Wong Swee Sang,

Ahli Majlis, MBPJ.

21. Puan Ghandimathi a/p Suppiah, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Puan Ermeemarianna binti Saadon, Ahli Majlis, MBPJ.

23. Encik Derek John Fernandez, Ahli Majlis, MBPJ.

24. Encik Sugumaran a/l R Annamalai, Ahli Majlis, MBPJ.

25. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

26. Cik Lim Yi Wei, Ahli Majlis, MBPJ.

HADIR BERSAMA: 01. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid,

Wakil Timbalan Setiausaha, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

Page 21: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

21/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

02. Puan Hajah Sa’diyah binti Khasiman, Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

03. Puan Sharipah Marhaini binti Syed Ali, Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

04. Tuan Ir. Ismail bin Shafie,

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 05. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur, MISM,

Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 06. Puan Azizah binti Kosni,

Wakil Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 07. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 08. Puan Zuraidah binti Sainan,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 09. Tuan Dr. Abdul Ghalib bin Sulaiman,

Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Encik Mohd Fauzi bin Maarop,

Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 11. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 12. Puan Mahzura binti Mohd Amin,

Wakil Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Norzita binti Mokhtar, Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

14. Encik Samsul Bahari bin Nonchi,

Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ. 15. Puan Haniza binti Abdul Hamid,

Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ.

Page 22: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG ... Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ Majlis juga telah merangkul pelbagai anugerah dan pencapaian peringkat dalam mahupun luar

22/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 21.6.2017, MBPJ

16. Cik Noor Najwa binti Said, Wakil Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ.

17. Cik Nor Shabani binti Johari,

Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ. 18. Puan Hairulliza binti Abdul Rahman,

Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 19. Puan Sr. Saliza binti Mohd Masri, MRISM

Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak), Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Sunita binti Saad,

Pembantu Tadbir Kanan, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

04. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.