majlis bandaraya petaling jaya jalan yong shook … · minit mesyuarat majlis (penggal 2016-2017)...

22
1/22 Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN, 46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.3(47) MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 Tarikh : 30 November 2016 (Rabu) Masa : 10.30 Pagi 12.35 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA. Hadir : Seperti dilampiran kehadiran 1. DOA Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya. 2. TAYANGAN VIDEO 2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat mengambil masa selama 14 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis sepanjang bulan Oktober dan November 2016. 3. PERUTUSAN DATUK BANDAR 3.1 Beliau mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya untuk kita bersama-sama menghadiri Mesyuarat Majlis pada hari ini. Beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah dan kakitangan Majlis di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Beliau turut berharap agar kita semua terus beristiqomah dan meningkatkan kerja berpasukan ini dengan penuh rasa tanggungjawab, professional dan penuh berintegriti.

Upload: dinhnhi

Post on 19-Jan-2019

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

1/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN,

46675 PETALING JAYA. Telefon : 03-79563544

----------------------------------------------------------------------------------------------------------- Ruj. Kami : MBPJ/010103(U)/S/M9/1 Jld.3(47)

MINIT MESYUARAT MAJLIS

(PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016

Tarikh : 30 November 2016 (Rabu)

Masa : 10.30 Pagi – 12.35 Tengahari Tempat : Dewan Bunga Tanjung,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

Hadir : Seperti dilampiran kehadiran

1. DOA

Doa telah dibacakan oleh Encik Abdul Hakim bin Khairuddin, Penolong Pengarah (Penerbitan), Unit Komunikasi Korporat, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

2. TAYANGAN VIDEO

2.1 Tayangan video korporat daripada Unit Komunikasi Korporat

mengambil masa selama 14 minit yang memaparkan aktiviti-aktiviti Majlis sepanjang bulan Oktober dan November 2016.

3. PERUTUSAN DATUK BANDAR

3.1 Beliau mengucapkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan-Nya untuk kita bersama-sama menghadiri Mesyuarat Majlis pada hari ini. Beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Majlis, Pengarah-pengarah dan kakitangan Majlis di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Beliau turut berharap agar kita semua terus beristiqomah dan meningkatkan kerja berpasukan ini dengan penuh rasa tanggungjawab, professional dan penuh berintegriti.

Page 2: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

2/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

3.2 PENUBUHAN UNIT AUDIT KESELAMATAN MBPJ Peranan Majlis sebagai pengurus bandar raya Petaling Jaya yang sedang mengalami proses urbanisasi yang pesat sudah pastinya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran terutamanya dalam aspek pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur. Isu keselamatan dalam konteks persekitaran dan infrastruktur juga menjadi semakin mencabar apabila Majlis kini sering berhadapan dengan pelbagai aduan, rungutan dan juga tuntutan bayaran ganti rugi daripada orang awam yang mendapat kesan negatif daripada kemudahan infrastruktur dan persekitaran yang tidak diselenggara dan tidak selamat. Sebagai contoh, jalan raya yang berlubang dan tidak diturap dengan sempurna telah menyebabkan berlakunya kemalangan dan kerosakan kenderaan yang mendorong penduduk untuk membuat tuntutan ganti rugi daripada Majlis. Terdapat juga kes-kes kecuaian dari pihak kontraktor sendiri yang tidak mementingkan aspek keselamatan ketika melaksanakan kerja-kerja di tapak terutamanya penyelenggaraan pokok-pokok dan longkang yang lemah sehingga mengakibatkan kerosakan kepada harta benda awam dan kecederaan. Kesemua isu dan cabaran ini mengehendaki Majlis meningkatkan daya tahan dan keupayaan untuk mengurus dengan lebih sistematik, holistik, efektif dan kreatif serta mencari penyelesaian yang lebih erat dengan semua pihak berkepentingan terutamanya masyarakat dan penduduk Petaling Jaya. Bagi menunjukkan komitmen Majlis terhadap perkara ini, pada tahun lalu bengkel ‘Petaling Jaya Towards A Safe & Inclusive City’ telah diadakan bersama lebih 300 stakeholders bagi membincangkan isu keselamatan dan persekitaran secara menyeluruh dan seterusnya merangka satu perancangan strategik yang lebih holistik. Antara isu-isu utama yang telah dibangkitkan semasa bengkel tersebut termasuklah aspek keselamatan jalan raya, keselamatan bangunan, kemudahan awam dan infrastruktur yang tidak diselenggara, keselamatan dan kesihatan pekerja di tapak pembinaan, penyelenggaraan pokok, cctv dan sebagainya. Hasil daripada bengkel tersebut, satu Pelan Induk Keselamatan telah digubal bagi memandu perancangan dan pelaksanaan program ke arah menangani isu keselamatan secara menyeluruh termasuk keselamatan persekitaran, keselamatan infrastruktur, keselamatan digital serta pengurusan keselamatan dan penguatkuasaan.

Page 3: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

3/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

Bagi menunjukkan komitmen Majlis dalam aspek keselamatan, Unit Audit Keselamatan MBPJ telah ditubuhkan bagi menjalankan audit dan pemantauan terhadap pengurusan keselamatan persekitaran dan infrastruktur agar selaras dengan peruntukan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA 1994) dan Akta Kualiti Persekitaran (EQA 1974). Fungsi dan peranan Unit Audit Keselamatan ini boleh dikategorikan seperti berikut: Sebagai ‘Advisory Officer’ bagi perkara-perkara yang melibatkan

dasar keselamatan, garis panduan, SOP, sistem pengurusan keselamatan kesihatan pekerjaan dan alam sekitar, peraturan, arahan kerja dan lain-lain.

Menjalankan tugas-tugas audit keselamatan projek-projek pembangunan dan infrastruktur (jalan raya, laluan pejalan kaki, laluan basikal), penanaman pokok dan landskap, pemasangan cctv, pencahayaan, keselamatan tempat letak kenderaan dan reka bentuk bangunan.

Menjalankan audit dan pemantauan keselamatan semasa kerja-

kerja pembinaan dan penyelenggaraan projek di tapak.

Menjadi auditor keselamatan projek-projek utama Majlis seperti Projek Jalan Sehala (OWL), Taman Awam, Dewan Komuniti dan lain-lain.

Urusetia bagi Unit Audit keselamatan ini diletakkan dibawah Jabatan Perancangan Pembangunan.

3.3 PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN PERSEKITARAN DAN INFRASTRUKTUR BERDASARKAN OHSAS 18001 : 2007 STANDARD (OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY ASSESSMENT SERIES) DAN ISO 14001 : 2015 STANDARD (ENVIRONMENT MANAGEMENT SYSTEM) Selaras dengan objektif penubuhan Unit Audit Keselamatan MBPJ yang berfungsi untuk menyelesaikan isu-isu keselamatan meliputi keselamatan persekitaran dan keselamatan infrastruktur, MBPJ telah bersetuju untuk menjalankan latihan dan perundingan bagi pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan persekitaran dan infrastruktur berdasarkan OHSAS 18001 : 2007 Standard (Siri Penilaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan) Dan ISO 14001 : 2015 Standard (Sistem Pengurusan Alam Sekitar).

Page 4: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

4/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

Latihan dan perundingan bagi pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan persekitaran dan infrastruktur berdasarkan OHSAS 18001 : 2007 Standard (Siri Penilaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan) dan ISO 14001 : 2015 Standard (Sistem Pengurusan Alam Sekitar) juga bertujuan untuk mengetengahkan kepentingan keselamatan pekerja dan kontraktor serta keperluan untuk mewujudkan infrastruktur dan persekitaran yang selamat. Pada September yang lalu, Majlis telah melantik perunding yang pakar di dalam bidang pengurusan keselamatan untuk menjalankan satu latihan yang komprehensif dan menyeluruh kepada pihak berkepentingan temasuklah kakitangan Majlis di semua peringkat dan juga pihak kontraktor yang menjalankan kerja di tapak. Melalui bimbingan dan panduan daripada perunding ini, Majlis mensasarkan supaya MBPJ akan mendapat pensijilan secara berperingkat untuk tempoh 5 tahun iaitu: Tahun 1: Pensijilan OHSAS 18001 (Penilaian Keselamatan,

Kesihatan & Pekerjaan) Bagi Projek-Projek Infrastruktur. Tahun 2: Pensijilan OHSAS 18001 (Penilaian Keselamatan,

Kesihatan & Pekerjaan) Bagi Keselamatan Pejabat Dan Projek-Projek Selain Infrastruktur.

Tahun 3: Pensijilan ISO 14001 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar)

Bagi Projek-Projek Infrastruktur. Tahun 4: Pensijilan ISO 14001 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar)

Bagi Keselamatan Pejabat Dan Projek-Projek Selain Infrastruktur. Tahun 5: MBPJ menubuhkan satu Jabatan Audit Keselamatan di

MBPJ dan mengekalkan pematuhan & pensijilan OHSAS 18001 dan ISO 14001.

3.4 SMART TRAK

Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah melesenkan sebanyak 14 trak bergerak makanan pada 1 November 2016. Sebanyak 16 daripada 30 lokasi seluruh kawasan Petaling Jaya telah dimohon dan lokasi tersebut adalah seperti berikut: 1. Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya (2 lokasi) 2. Seksyen 14 3. Jalan SS 2/60

Page 5: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

5/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

4. Jalan SS 2/24 5. Jalan SS 21/60 6. Jalan SS 24/8 7. Jalan SS 25/2 8. Jalan PJU 5/21 9. Jalan PJU 5/8 10. Jalan PJU 7/2 11. Seksyen 3, Jalan Teknologi 12. Jalan PJU 3/9 13. Jalan PJS 8/11 14. LRT Asia Jaya 15. Taman Jaya

Setakat bulan November, sejumlah 7 permohonan telah diterima dan sedang diproses bagi pemeriksaan kenderaan dan sesi temuduga. Untuk makluman, lokasi-lokasi Smart Trak ini terletak di petak letak kereta Majlis dan kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan orang awam. Majlis memperuntukan 30 lokasi yang melibatkan 83 petak Smart Trak. Majlis telah membuat makluman pemberitahuan tapak smart trak dilokasi-lokasi yang telah dimohon bagi makluman orang awam dan sebahagian petak-petak Smart Trak telah dicat dan dalam tindakan meletakan ‘bollard’ dan lain-lain penyelenggaraan. Oleh yang demikian, orang awam diingatkan supaya tidak meletakan kenderaan di lokasi – lokasi tapak Smart Trak di bawah seliaan Majlis.

3.5 PETALING JAYA TAK NAK POLISTERIN Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menguatkuasakan larangan penggunaan polisterin/Styrofoam berkuatkuasa pada 28 April 2015. Langkah itu merupakan usaha Majlis bagi mengurangkan penggunaan polisterin yang memberi kesan buruk terhadap alam sekitar selain ianya sukar diurai walaupun dalam tempoh beratus tahun lamanya.

Usaha yang dijalankan Majlis ini adalah selari dengan misi kerajaan negeri mengenai Pelaksanaan Kempen Kesedaran Kitar Semula Kertas Serta Pengurangan Penggunaan Beg Plastik Dan Polisterin Di Bangunan-Bangunan Kerajaan Negeri Selangor bagi menjadikan negeri Selangor sebagai Bandar Hijau dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

Page 6: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

6/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

Kesungguhan Majlis dalam melaksanakan larangan polisterin ini dapat dilihat melalui usaha-usaha yang berkaitan seperti mengadakan pelancaran kempen Zero Polystyrene dan Dasar Larangan Menggunakan Styrofoam kepada golongan peniaga, penjaja, peruncit, pembekal, gerai-gerai, kantin-kantin sekolah dan pejabat kerajaan. Majlis menyeru agar kerjasama semua pihak berkepentingan dalam mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis.

3.6 JALINAN KERJASAMA DENGAN BANDARAYA QINGYUAN, GUANGDONG, REPUBLIK RAKYAT CHINA Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menerima jemputan dari Datuk Bandar Qingyuan, Mr Bou Feng untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Bandaraya Petaling Jaya. Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) telah dimeterai pada 25 November 2016 dan telah ditandatangani oleh Tuan Johary Anuar, Timbalan Datuk Bandar MBPJ dan Mr Peng Yudian, Timbalan Datuk Bandar Qingyuan. Majlis menandatangani MOU ini juga turut disaksikan oleh YB Hee Loy Sian, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan dan Ahli Majlis MBPJ. Bidang kerjasama yang telah dipersetujui ialah kebudayaan, pelancongan, perniagaan, pendidikan dan lain-lain bidang yang akan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Pada majlis yang sama juga, delegasi MBPJ turut dibawa melawat Pusat Pameran Perancangan Bandar Qingyuan dan Qingyuan Theme Park serta diberi penerangan mengenai bandar raya tersebut. Delegasi turut dibawa untuk sesi menanam pokok di taman di hadapan ibu pejabat Majlis Perbandaran Qingyuan.

3.7 MBPJ BANTU GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN BELI PERALATAN SEKOLAH Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) meneruskan keprihatinan terhadap nasib golongan yang kurang berkemampuan menerusi program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) ‘Jom Shopping’ Peralatan Sekolah. Dengan sumbangan berjumlah RM14,000, seramai 50 orang penerima bantuan ini berpeluang membelanjakan baucer tersebut untuk membeli peralatan sekolah seperti uniform sekolah, kasut dan alat tulis.

Page 7: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

7/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

Antara objektif pemberian sumbangan ini ialah untuk meringankan bebanan penduduk yang tidak berkemampuan dengan pendapatan RM2,000 ke bawah serta mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai. Bertempat di Hypermarket Mydin USJ Subang Jaya program ini dianjurkan untuk kali keenam dan merupakan program tahunan MBPJ. Di samping itu juga, ia merupakan salah satu tanggungjawab dan sumbangan khidmat sosial daripada MBPJ kepada komuniti setempat di bawah pentadbirannya. Kesemua penerima sumbangan ini merupakan penduduk yang berdaftar di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang berada di kawasan pentadbiran MBPJ iaitu PPR Kota Damansara, PPR Lembah Subang, Petaling Jaya Selatan (PJS), Desa Mentari dan lain-lain kawasan.

3.8 OPERASI PENGUATKUASAAN

3.8.1 OPERASI PUSAT HIBURAN Operasi bersepadu Pusat Hiburan bersama Jabatan Imigresen telah diadakan pada 24 November 2016 melibatkan kawasan di Damansara Perdana. Seramai 5 orang warga asing telah ditahan untuk siasatan lanjutan oleh Jabatan Imigresen. Hasil daripada tindakan penguatkuasaan tersebut 1 sitaan telah dibuat.

Manakala pada hari yang sama operasi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dijalankan. Hasil operasi tersebut, 5 hotel telah diperiksa dan seramai 12 orang telah ditahan atas kesalahan positif dadah.

3.9 BENCANA ALAM

Pihak Majlis sedia ada mempunyai Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) yang bertindak sebagai pasukan yang memberi bantuan awal (first responder) apabila berlakunya kecemasan dan bencana alam di sekitar kawasan MBPJ. Penyelarasan bantuan kecemasan dan bencana ini merangkumi aspek logistik, kebakaran dan kebajikan. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada unit PANTAS yang membuat kerja-kerja penyelamat awal dan pentas mengambil tindakan.

Page 8: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

8/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

Berikut merupakan laporan bagi sepanjang bulan November : i) Ribut - 20 ii) Banjir - 01 iii) Tanah Runtuh - 01

Di samping itu pada 19 November 2016, Pasukan PANTAS juga memberikan bantuan kawalan lalulintas bersama skuad PANTAS MBSA dan BOMBA bagi aduan pokok tumbang di Jalan Lapangan Subang.

4. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA

PETALING JAYA:-

4.1 MINIT MESYUARAT MAJLIS, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 10 TAHUN 2016 (PENGGAL 2016/2017)

4.1.1 Minit Mesyuarat Majlis bilangan 10 Tahun 2016 bertarikh 26

Oktober 2016 telah diluluskan tanpa pindaan.

5. LAPORAN MAKLUMBALAS KE ATAS MINIT MESYUARAT MAJLIS BILANGAN 10 TAHUN 2016 YANG TELAH DIADAKAN PADA 26 OKTOBER 2016.

RUJUKAN MINIT

PERKARA TINDAKAN YANG DIAMBIL

7.1.1

Ucapan Penangguhan oleh Encik Derek John Fernandez

- Halangan di dalam Petak Letak Kereta Beliau berharap agar tindakan tegas di ambil ke atas premis yang meletakkan kon/kerusi di dalam kawasan petak letak kereta.

Jabatan Penguatkuasaan mengambil serius di atas pemasalahan ini dan sering menjalankan tindakan penguatkuasaan ke atas kesalahan halangan yang dilakukan oleh premis di sekitar Petaling Jaya. Berikut adalah statistic tindakan penguatkuasaan yang telah diambil sepanjang tahun 2016:-

1. Jumlah kompaun halangan = 2,483 2. Jumlah Sitaan Halangan = 799 3. Jumlah Peniaga Tanpa

Lesen = 1,451 4. Jumlah Sitaan PTL = 893 5. Jumlah Pendakwaan jatuh

hukum = 38 kes 6. Jumlah pendawaan untuk

`followup’ = 70 kes

Page 9: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

9/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

6. MENIMBANGKAN CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA-JAWATANKUASA MAJLIS

6.1 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TENDER

BERTARIKH 8 NOVEMBER 2016, 22 NOVEMBER 2016 DAN 23 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (13) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (15) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 4 (17) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Juruukur Bahan, MBPJ. 6.2 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PUSAT

SETEMPAT (OSC) BERTARIKH 27 OKTOBER 2016, 14 NOVEMBER 2016 DAN 22 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 5 (73) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 5 (75) [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/6 JLD. 5 (77) 6.1.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Ketua Unit OSC, MBPJ. 6.3 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

PENGINDAHAN BANDAR BERTARIKH 14 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/21 (104)]

6.3.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan pindaan bagi:- perkara 3 para 7.8 di mukasurat 4:- Pencerobohan Di Taman PJS 4 Encik Ariffin bin Mahaiyuddin memaklumkan kawasan Taman PJS 4 yang sepatutnya dibangunkan....... DIPINDA KEPADA

Page 10: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

10/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

Pencerobohan di Taman PJS 5 Encik Ariffin bin Mahaiyuddin memaklumkan kawasan Taman PJS 5 yang sepatutnya dibangunkan....... Perkara 5.1 g) di muka surat 6 perenggan 3:- permainan di Jalan 14/4C dan 14/26. TAMBAHAN AYAT permainan di Jalan 14/4C dan 14/26 serta membaiki tangga pejalan kaki di Jalan 14/26. Perkara 7.5 muka surat 12:- Kebuk Sampah di Kg. Sungai Kayu Ara DIPINDA KEPADA 7.5 Program Kompos dan Website PJ Kita

Tindakan : Pengarah, Jabatan Jabatan Landskap, MBPJ.

6.3.2 Bagi perkara 3 para 7.8 di muka surat 4, Mesyuarat bersetuju agar Jabatan Kawalan Bangunan menyelaraskan tindakan bersepadu ke atas sebarang struktur di kawasan tersebut.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ.

6.4 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA

KEMASYARAKATAN, PERKHIDMATAN KORPORAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT BERTARIKH 15 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/10 JLD. 2 (130)] 6.4.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah, (Sumber Manusia), MBPJ.

Page 11: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

11/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

6.5 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA INFRASTRUKTUR DAN PENASIHAT LALULINTAS BERTARIKH 16 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/9 JLD. 2 (64)] 6.5.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 6.6 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA AUDIT DAN

PENGURUSAN KORPORAT BERTARIKH 17 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/15 JLD. 2 (11) 6.6.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Unit Audit Dalam, MBPJ.

6.6.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan cadangan Encik Tang Fuie Koh agar satu pembentangan khas atau taklimat kepada semua Ahli Majlis berkaitan kes-kes yang telah disiasat di dalam Mesyuarat Majlis. Mesyuarat memutuskan agar taklimat ini diadakan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Pengurusan Korporat mengikut keperluan. Semua Ahli Majlis boleh dijemput untuk mendengar taklimat tersebut.

Tindakan : Pengarah, Unit Audit Dalam, MBPJ.

6.7 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KAWALAN PERNIAGAAN DAN KESIHATAN BERTARIKH 18 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/7 JLD. 2 (87)]

6.7.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, MBPJ

Page 12: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

12/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

6.7.2 Mesyuarat turut mengambil maklum berkaitan kes saman 3R Box dan melibatjkan MBPJ sebagai pihak ketiga yang akan dibincangkan selepas mesyuarat Majlis petang ini.

Tindakan : Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ

6.8 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PERANCANGAN BANDAR BERTARIKH 21 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/14 JLD. 2 (69)] 6.8.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas dengan tambahan ayat bagi perkara 4.3.2 dimuka surat 28 iaitu:-

Mesyuarat mengambil maklum tindakan penguatkuasaan terhadap paparan iklan luaran dan syor Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Paparan Iklan Luaran (Penguatkuasaan) serta menarik balik lesen sekiranya memaparkan iklan yang tidak diizinkan.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perancangan dan Pembangunan, MBPJ.

6.9 CADANGAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KEWANGAN

BERTARIKH 22 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/2 JLD 3 (84)] 6.9.1 Mesyuarat telah menerima dan mengesahkan cadangan minit

Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ. 6.10 CADANGAN MINIT MESYUARAT PIHAK BERKUASA MELANTIK

BERTARIKH 23 NOVEMBER 2016. [RUJ.: MBPJ/010103(U)/S/M9/17 JLD. 2 (23) 6.10.1 Mesyuarat telah menerima dan mengambil maklum cadangan

minit Mesyuarat Jawatankuasa tersebut di atas.

Tindakan : Timbalan Pengarah (Sumber Manusia), MBPJ.

Page 13: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

13/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

7. UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DEREK JOHN

FERNANDEZ 7.1.1 Persediaan Menghadapi Musim Hujan

Beliau memaklumkan bahawa musim hujan telah melanda di beberapa daerah termasuk Petaling Jaya. Sehubungan dengan itu, sebagai langkah berjaga-jaga daripada musibah banjir, beliau berharap agar keadaan longkang yang rosak diperbaiki dengan segera. Kerosakan longkang dan kerja-kerja penyelenggaraan longkang terutama di PJ Old Town yang kerap kali dilanda banjir hendaklah dipantau. Beliau berpendapat kerja-kerja penyelenggaraan longkang yang dijalankan oleh kontraktor perlu diambil perhatian serius memandangkan terdapat pekerja pembersihan membersihkan pasir di dalam longkang dan menimbunkan longgokan pasir di tepi longkang. Bila hujan turun longgokan pasir tersebut masuk semula ke dalam longkang dan menyebabkan longkang tersumbat. Keadaan ini menyebabkan banjir melanda kawasan persekitaran. Beliau turut memaklumkan bahawa semasa Tengku Nazaruddin menjadi Pengarah Unit Aduan, terdapat program pembersihan longkang bersama penduduk. Perkara ini penting bagi mengelakkan musibah banjir sekiranya hujan turun.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

7.1.2 Jawapan kepada Maklumat yang dipohon oleh Ahli Majlis Beliau memaklumkan bahawa terdapat pertanyaan yang tidak berjawab melalui applikasi `WhatsApp’ yang disalurkan oleh Ahli Majlis kepada Ketua Jabatan. Menurut beliau maklumat yang dipohon memerlukan jawapan segera untuk disalurkan semula kepada ADUN atau penduduk walaupun jawapan yang diterima sekadar `dalam proses tindakan’ atau sebagainya. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar segala pertanyaan yang diutarakan oleh Ahli Majlis melalui applikasi `WhatsApp’ atau sebarang alat peranti yang lain dijawab dengan segera sebagaimana keputusan yang pernah dibuat dahulu.

Tindakan : Semua Ketua Jabatan/Pengarah, MBPJ.

Page 14: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

14/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

7.2 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH CIK JAMALIAH BINTI JAMALUDDIN Beliau mengucapkan selamat pagi kepada semua Jawatankuasa Mesyuarat dan memaklumkan bahawa ini merupakan ucapan penangguhan pertama semenjak dilantik sebagai Ahli Majlis.

7.2.1 Skim Komuniti Perumahan Berpengawal

Beliau menimbulkan satu (1) isu berkaitan ‘Gated and Guarded Communities’ atau Komuniti Perumahan Berpengawal di kawasan Petaling Jaya yang merupakan isu hangat dibincangkan sejak kebelakangan ini. Isu ini bertambah panas selepas Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) mengeluarkan pekeliling garis panduan baru untuk komuniti ‘Gated and Guarded’. Sehubungan dengan itu, Majlis sendiri telah mengambil pendekatan dalam proses mengemaskini dan memperbaiki garis panduan sedia ada. Beliau amat faham bahawa garis panduan ini diperlukan untuk melindungi penduduk-penduduk dari komuniti yang kadang-kala jelas melampaui batas dalam melaksanakan skim ‘Gated and Guarded’ dan tidak mengambil kira tentang kebajikan orang lain. Akan tetapi fokus beliau bukanlah pelaksanaan garis panduan yang baru, tetapi berpendapat bahawa garis panduan ini sebenarnya tiada banyak beza dengan yang sebelumnya. Dengan penggubalan garis panduan ini beliau merasakan perbincangan dan perbahasan megenai Skim `Gated and Guarded’ seolah-olah semakin berpanjangan. Sebelum ini terdapat pandangan awam yang meminta agar Majlis lebih tegas dalam proses membenarkan atau meluluskan skim perumahan berpengawal atau `guarded community’ di Petaling Jaya. Malah kerisauan beliau berpunca dari perbincangan yang akan menjadi titik permulaan atau pencetus yang akan menyukarkan hidup penduduk-penduduk yang terlibat dengan skim `Gated and Guarded’.

Page 15: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

15/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

Walaupun baru berkhidmat kurang setahun, beliau merasakan isu keselamatan di kalangan penduduk, terutamanya di Petaling Jaya adalah amat penting dan amat berharap agar skim `Gated and Guarded’ yang diwujudkan oleh penduduk berdaftar secara sah. Akan tetapi kesukaran untuk mendapatkan kebenaran daripada MBPJ merupakan antara sebab dan punca utama penduduk mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan skim mereka dengan MBPJ. Sebagai wakil kepada penduduk dan kerajaan tempatan beliau berharap agar kelulusan terhadap skim `gated dan guarded’, terutamanya pada skim sedia ada yang sudah wujud bertahun-tahun lamanya dipermudahkan. Secara peribadi beliau berpandangan hampir 80-90% skim `gated and guarded’ di Petaling Jaya tidak mencapai piawaian garis panduan yang dikeluarkan. Oleh yang demikian, beliau berpendapat bahawa apa yang penting adalah sifat timbang rasa dalam meluluskan skim ini dan selagi tiada aduan melampau tindakan tidak perlu dibuat demi menjaga keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan penduduk Petaling Jaya. Sekali lagi beliau menegaskan pendirian beliau di mana sekiranya skim `gated and guarded’ yang telah wujud sekian lama itu tidak begitu menyusahkan orang ramai, maka beliau berharap agar permohonan tersebut diterima walaupun tidak mematuhi salah satu daripada garis panduan yang disediakan oleh Majlis.

7.3 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH CIK LIM YI WEI Beliau mengucapkan salam sejahtera dan ucapan terima kasih kerana di beri peluang untuk memberi ucapan penangguhan buat pertama kali semenjak dilantik sebagai Ahli Majlis.

7.3.1 Isu pothole dan koordinasi antara jabatan.

Pada 11hb November 2016, beliau telah menyertai lawatan tapak pothole bersama beberapa Ahli Majlis yang lain dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan. Lawatan tapak ini dijalankan kerana banyak terdapat pothole dan manhole atau grating longkang yang tenggelam di jalanraya protokol di sekitar Petaling Jaya. Spray paint akan diletakkan pada pothole untuk dibaiki oleh MBPJ atau pihak utiliti.

Page 16: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

16/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

Sebagai Ahli Majlis junior, ia merupakan pengalaman yang unik. Akan tetapi persoalannya mengapa pothole terutamanya di jalanraya utama gagal dilaporkan dan dibaiki dengan kadar segera sedangkan di MBPJ terdapat road gang yang sepatutnya meronda, melapor dan membaiki pothole dalam sasaran tempoh 24 jam, kecuali dalam kes yang lebih serius.

MBPJ ialah sebuah entiti, dan setiap jabatan merupakan penggerak entiti ini secara bersama, bukan secara individualistik. Oleh itu, kita harus melakukan anjakan paradigma supaya prihatin terhadap isu-isu di sekeliling kita walaupun ianya bukan di bawah bidang kuasa kita, samada isu pothole atau lain-lain. Diharap semua akan bertindak proaktif dan memanjangkan isu kepada jabatan yang berkenaan. Pencapaian disambut bersama, masalah diselesaikan bersama.

Dalam ucapan Belanjawan Selangor 2017, Menteri Besar Negeri Selangor, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Mohamad Azmin Ali telah mengumumkan permeteraian kerjasama di antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan Google Asia Pacific menerusi Waze Connected Citizens Programme (CCP) pada 23 September 2016. MBPJ, MPSJ, MPAJ dan MPKj merupakan PBT yang terlibat dalam program Waze CCP ini. Ini sesuatu yang signifikan kerana negeri Selangor merupakan peserta kedua di Asia Pasifik selepas Jakarta, Indonesia.

Melalui Waze CCP, para pengguna jalanraya boleh melaporkan lokasi pothole menerusi aplikasi Waze yang kemudiannya akan disalurkan kepada PBT berkenaan untuk diperbaiki dalam tempoh maksima 5 hari. Sebuah sistem middleware juga akan dibangunkan untuk mengumpul aduan pothole dan memantau tempoh pembaikan. Dalam jangka masa panjang, data aduan dan pemantauan ini akan digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memetakan hayat jalan raya (heat map of road age) dan seterusnya, merancang program preventative maintenance tanpa menyusahkan pengguna jalan raya.

Selain itu, PBT akan bertanggungjawab memuat naik maklumat jalan yang ditutup supaya pengguna jalan raya dimaklumkan sebelum merancang perjalanan.

Page 17: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

17/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

Sementara sistem middleware ini dibangunkan, beliau berharap agar MBPJ membuat persediaan yang sewajarnya dari segi infrastruktur IT, kontraktor dan kelengkapan lain. Dengan adanya saluran aduan yang begitu mudah dan intuitif melalui aplikasi Waze, dijangka bahawa bilangan aduan pothole akan melambung tinggi. With real-time reporting, consumers will expect close to real-time responses and results.

Oleh itu, beliau berharap agar jabatan yang akan terlibat dengan implementasi Waze Connected Citizens Programme (CCP) ini bekerjasama secara holistik supaya projek ini akan menyenangkan kehidupan dan menjaga keselamatan penduduk Petaling Jaya. Pada masa yang sama, beliau turut berharap kita akan lebih prihatin dan proaktif dalam mengenalpasti dan menyelesaikan aduan pothole yang sedia ada selepas ini.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ, Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ,

Semua Ketua Jabatan/Pengarah, MBPJ.

7.4 UCAPAN PENANGGUHAN OLEH ENCIK DANIEL LEE MARN ZHI 7.4.1 Isu Musim Hujan dan Banjir

Beliau berharap agar adanya kerjasama di antara jabatan agar maklumat banjir disalurkan segera. Pengawas yang membuat kerja-kerja pemantauan dan pembersihan boleh memaklumkan segera kepada jabatan berkaitan sekiranya terdapat longkang-longkang tersumbat dan sebagainya. Beliau berharap dengan adanya kerjasama ini, Majlis dapat menangani sesuatu isu sebelum penduduk membuat aduan. Dengan cara ini prestasi perkhidmatan kepada rakyat dapat ditingkatkan.

Tindakan : Semua Ketua Jabatan/Pengarah, MBPJ.

7.4.2 Kebajikan dan Kemudahan Pegawai MBPJ Beliau mendapat aduan daripada kakitangan memaklumkan berkaitan kekurangan tempat untuk menempatkan anak-anak di Taska. Sehubungan dengan itu, beliau berharap agar masalah tersebut dapat diselesaikan bagi menjaga kebajikan kakitangan dalam menangani masalah pengasuh anak-anak mereka.

Tindakan : Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ.

Page 18: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

18/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

7.4.3 Prestasi Tempat Letak Kereta oleh Godell Beliau turut membangkitkan isu yang diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan berkaitan prestasi Godell. Menurut beliau prestasi perkhidmatan oleh Godell adalah kurang memuaskan. Sehubungan dengan itu beliau berharap agar syarikat lain diberi peluang untuk mengendalikan tempat letak kereta di Petaling Jaya. Beliau turut mencadangkan agar Majlis dapat membuat kutipan melalui sistem kupon sementara Syarikat Godell menggunapakai sistem yang baru. Kutipan boleh diperolehi secara terus kepada MBPJ. Dengan cara tersebut Majlis boleh meningkatkan hasil Majlis.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengahari. Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ahli mesyuarat. Tidak lupa harapan beliau agar warga kerja MBPJ dapat bekerjasama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada penduduk Petaling Jaya.

Bertarikh : 5 Disember 2016

Page 19: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

19/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

LAMPIRAN KEHADIRAN HADIR: 01. Tuan Mohd Azizi bin Mohd Zain, - Pengerusi

Datuk Bandar, MBPJ. 02. Tuan Johary bin Anuar,

Timbalan Datuk Bandar, MBPJ. 03. Tuan Haji Mohd Ghazali bin Daud,

Ahli Majlis, MBPJ. 04. Encik Oon Chong Ling,

Ahli Majlis, MBPJ. 05. Encik Ang Ming Ern,

Ahli Majlis, MBPJ. 06. Encik Ariffin bin Mahaiyuddin,

Ahli Majlis, MBPJ. 07. Encik Azizi bin Ariffin,

Ahli Majlis, MBPJ.

08. Encik Tang Fuie Koh, Ahli Majlis, MBPJ.

09. Encik Suriase a/l Gengiah, Ahli Majlis, MBPJ.

10. Encik Halimey bin Abu Bakar, Ahli Majlis, MBPJ.

11. Encik Ahmad Akhir bin Pawan Chik, Ahli Majlis, MBPJ.

12. Encik Ong Swee Long, Ahli Majlis, MBPJ.

13. Puan Wong Yuet Leng, Ahli Majlis, MBPJ.

14. Cik Jamaliah binti Jamaluddin, Ahli Majlis, MBPJ.

Page 20: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

20/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

15. Puan Elaine Magdaline Nathaniel, Ahli Majlis, MBPJ.

16. Encik Wong Swee Sang, Ahli Majlis, MBPJ.

17. Encik Terence Tan Teck Seng,

Ahli Majlis, MBPJ. 18. Puan Ermeemarianna binti Saadon,

Ahli Majlis, MBPJ.

19. Encik Derek John Fernandez, Ahli Majlis, MBPJ.

20. Encik Sugumaran a/l R Annamalai, Ahli Majlis, MBPJ.

21. Encik Daniel Lee Marn Zhi, Ahli Majlis, MBPJ.

22. Cik Lim Yi Wei, Ahli Majlis, MBPJ.

TIDAK HADIR:

01. Encik Azri bin Mohamad Arish, (dengan maaf) Ahli Majlis, MBPJ.

02. Puan Sia Siew Chin, (dengan maaf) Ahli Majlis, MBPJ.

03. Encik Shatiri bin Mansor, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ.

04. Puan Ghandimathi a/p Suppiah, (dengan maaf)

Ahli Majlis, MBPJ.

Page 21: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

21/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

HADIR BERSAMA: 01. Encik Mohamad Rosnani bin Haji Hamid,

Wakil Timbalan Setiausaha, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Puan Hajah Nik Nazli binti Nik Abdullah,

Wakil Pengarah, Jabatan Perbendaharaan, MBPJ.

03. Encik Zain Azly bin Abdul Rahman, Wakil Pengarah, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBPJ.

04. Tuan Ir. Ismail bin Shafie,

Pengarah, Jabatan Kejuruteraan, MBPJ. 05. YBhg. Datin Sr. Amreeta Kaur, MISM

Pengarah, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MBPJ. 06. Encik Aznan bin Haji Hassan,

Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan, MBPJ. 07. Puan Hamidah binti Ariffin,

Pengarah, Jabatan Kawalan Bangunan, MBPJ. 08. Puan Zuraidah binti Sainan,

Pengarah, Jabatan Landskap, MBPJ. 09. Puan Dr. Chithradavi a/p N Vadivellu,

Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Dan Persekitaran, MBPJ.

10. Encik Khir Johari bin Jamaludin,

Wakil Pengarah, Jabatan Penguatkuasaan, MBPJ. 11. Puan Hajah Sharinaz binti Haji Samsudin,

Pengarah, Jabatan Pelesenan, MBPJ. 12. Encik Lee Lih Shyan,

Pengarah, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MBPJ.

13. Puan Norzita binti Mokhtar, Pengarah, Unit Perundangan, MBPJ.

Page 22: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK … · MINIT MESYUARAT MAJLIS (PENGGAL 2016-2017) BILANGAN 11 TAHUN 2016 ... pengurusan projek-projek pembangunan dan infrastruktur

22/22

Unit Mesyuarat, Mesy Majlis 30.11.2016, MBPJ

14. Puan Haniza binti Abdul Hamid, Pengarah, Unit Komunikasi Korporat, MBPJ.

15. Puan Hajah Norlida binti Md. Isa,

Pengarah, Unit Audit Dalam dan Integriti, MBPJ. 16. Cik Nor Shabani binti Johari,

Pengarah, Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB), MBPJ. 17. Puan Noor Ashikin binti Abd. Rahman,

Wakil Pengarah, Unit Pusat Setempat (OSC), MBPJ. 18. Puan Zatul ’Iffah binti Azizan,

Wakil Pengarah, Unit Teknologi Maklumat, MBPJ. 19. Puan Sr. Saliza binti Mohd Masri, MRISM

Penolong Pengarah Kanan (Tender dan Kontrak), Jabatan Kejuruteraan, MBPJ.

AHLI PARLIMEN/ADUN: 01. Encik Ho Fook Chuan,

Wakil Parlimen Kelana Jaya. 02. Encik Ali Firdaus bin Othman,

Wakil ADUN Taman Medan. URUSETIA:

01. Puan Haslida binti Samat,

Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Urusetia), Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

02. Encik Mohd Sakri bin Mat Zin,

Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.

03. Puan Suriyati binti Othman, Pembantu Tadbir, Bahagian Pentadbiran Am dan Urusetia, Jabatan Khidmat Pengurusan, MBPJ.