majlis bandaraya petaling jaya jalan yong shook lin...

13
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s1 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN 46675 PETALING JAYA Tel. Petaling Jaya : 03-79563544 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL ICT, MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA BILANGAN 1 TAHUN 2018 Tarikh : 5 Februari 2018 Masa : 9.30 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat Inai Merah. Kehadiran : Sila rujuk Lampiran A Senarai Kehadiran BIL PERKARA 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa kecil ICT adalah keputusan bersama dalam semua perkara yang dibincangkan. 1.2 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa beliau menggantikan En.Halimey sebagai pengerusi mesyuarat hari ini kerana tidak dapat hadir berikutan masalah kesihatan. 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit mesyuarat Bil 3/2017 telah disahkan dengan persetujuan ahli mesyuarat yang hadir. 3.0 MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL ICT BIL 3/2017. Rujukan Minit Perkara 3 3.1 Cadangan Garis Panduan Pemasangan Tiang/Antena Telekomunikasi Dan Wifi Pembentangan Garis Panduan Pemasangan Tiang/Antena Telekomunikasi Dan Wifi terkini akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil ICT bil 1/2018. 3.2 Mesyuarat bersetuju dengan garis panduan tersebut. Walau bagaimanapun, garis panduan tersebut akan dibincangkan secara terperinci di Jawatankuasa Perancang Bandar.

Upload: others

Post on 11-Sep-2019

66 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s1

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

JALAN YONG SHOOK LIN

46675 PETALING JAYA

Tel. Petaling Jaya : 03-79563544

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL ICT,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

BILANGAN 1 TAHUN 2018

Tarikh : 5 Februari 2018

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Inai Merah.

Kehadiran : Sila rujuk Lampiran A Senarai Kehadiran

BIL PERKARA

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap

semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa kecil ICT adalah keputusan bersama

dalam semua perkara yang dibincangkan.

1.2 Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa beliau menggantikan En.Halimey sebagai

pengerusi mesyuarat hari ini kerana tidak dapat hadir berikutan masalah kesihatan.

2.0

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit mesyuarat Bil 3/2017 telah disahkan dengan persetujuan ahli mesyuarat yang

hadir.

3.0 MAKLUMBALAS MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL ICT BIL

3/2017.

Rujukan Minit Perkara 3

3.1 Cadangan Garis Panduan Pemasangan Tiang/Antena Telekomunikasi Dan Wifi

Pembentangan Garis Panduan Pemasangan Tiang/Antena Telekomunikasi Dan Wifi

terkini akan dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil ICT bil 1/2018.

3.2 Mesyuarat bersetuju dengan garis panduan tersebut. Walau bagaimanapun, garis

panduan tersebut akan dibincangkan secara terperinci di Jawatankuasa Perancang

Bandar.

Page 2: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2

3.2.1 Surat lantikan kepada syarikat telah diberikan pada 30 November 2017 kepada

syarikat yang telah dipilih dan dipersetujui dalam mesyuarat Jawatankuasa

Kecil ICT bertarikh 23 Oktober 2017.

3.2.2 Seterusnya pada 15 Januari 2018, satu surat sekali lagi telah dikeluarkan kepada

syarikat yang dilantik memaklumkan perkhidmatan yang perlu disediakan oleh

pihak syarikat.

Rujukan Minit Perkara 8

8.1 Hasil Laporan Audit yang dibentangkan oleh Cik Noor Najwa wakil Audit Dalam

memaklumkan berkaitan dengan penggunaan Sistem Pengurusan Klinik yang digunakan

oleh pihak Klinik MBPJ tiada integrasi dengan Sistem Stor Utama. Kekangan tersebut

menyebabkan kiraan pengeluaran ubat di farmasi klinik tidak dapat dilakukan dengan

tepat.

8.1.1 Sistem Pengurusan Klinik tidak berintegrasi dengan Sistem Pengurusan Stor.

Perbincangan telah diadakan bersama pihak pembekal dan wakil Bahagian

Klinik MBPJ pada 27 November 2017. Wakil Bahagian Klinik meminta agar

sistem pengurusan klinik ditambahbaik dengan menyediakan proses integrasi

dengan sistem pengurusan personel dan sistem pengurusan stor.

8.1.2 Pihak pembekal sistem pengurusan klinik telah menarik diri untuk proses

penambahbaikan tersebut.Perkara ini telah dimaklumkan dalam mesyuarat

pengurusan kewangan dan audit pada 23 Januari 2018 dan mesyuarat bersetuju

supaya sistem baru dibangunkan dan mengambilkira integrasi dengan lain-lain

sistem sedia ada majlis yang terlibat dengan sistem ini

Keputusan :

a) Mesyuarat bersetuju dengan maklumbalas tersebut.

b)

4.0 PEMBENTANGAN e-SPORT OLEH SYARIKAT ORANGE SDN. BHD

4.1 Pembentangan e-Sport oleh syarikat Orange Sdn Bhd telah dibentangkan oleh En.

Darrence. Pihak syarikat mencadangkan lokasi diadakan di Dewan Sivik dan tarikh

pelaksanaan adalah pada bulan September 2018.

Keputusan :

i. Pihak syarikat perlu menyediakan senarai program secara terperinci.

ii. Puan Nik Nazli meminta UTM membuat kertas cadangan dan dibentangkan

semula dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan, Korporat dan

Teknologi Makumat.

Page 3: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s3

5.0

PEMBENTANGAN CADANGAN e-WALLET OLEH SYARIKAT ZEN

TRILLION SDN BHD

5.1 Pembentangan cadangan e-Wallet telah dibentangkan oleh Syarikat Zen Trillion Sdn

Bhd. e-Wallet merupakan salah satu kaedah pembelian melalui atas talian dan melalui

telefon bimbit.

5.2 Syarikat mereka mempunyai lesen yang sah dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan

mempunyai pengalaman melaksanakan sistem e-wallet di Johor Bahru.

5.3 Sistem e-wallet adalah seperti beg duit elektronik yang memudahkan pengguna

membuat bayaran bil yang disediakan oleh pihak Majlis.

5.4 Antara jenis bayaran termasuk bayaran cukai, lesen, kompaun, sewa, parking kereta dan

sebagainya.

5.5 Aplikasi ini telah dilancarkan pada bulan Jun 2017, dan boleh dimuat turun melalui

google play (Android) atau play store (iOS) secara percuma.

Keputusan :

i. Pihak syarikat perlu menyediakan senarai cadangan secara terperinci termasuk

strategi pemasaran dan kos percuma yang ditawarkan.

ii. Puan Nik Nazli meminta UTM membuat kertas cadangan dan dibentangkan

semula dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan, Korporat dan

Teknologi Makumat.

6.0 PEMBENTANGAN CADANGAN FREE WIFI DI LAMPU JALAN OLEH

SYARIKAT WHITE RABBIT CONSULTING

6.1 Pihak syarikat membentangkan penerangan berkenaan dengan cadangan free wifi di

lampu jalan dan cadangan lokasi percubaan pemasangan. Pemasangan percubaan free

wifi tersebut telah dilaksanakan di Jalan Penkaka 8.

Keputusan :

i. Pihak syarikat perlu nmenyediakan senarai cadangan secara terperinci.

ii. Mesyuarat bersetuju pada dasarnya.Walaubagaimanapun, pihak syarikat perlu

mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis

7.0

CADANGAN RUNDINGAN TERUS UNTUK MEMBEKAL, MEMASANG,

MENGUJILARI, DAN MENAIKTARAF RANGKAIAN, PERKAKASAN DAN

PERISIAN INTERNET DEDICATED LINE – TM DOME DENGAN

MENAMBAHAN 50MBPS DARIPADA SEDIA ADA 20MBPS BAGI TEMPOH 1

TAHUN + 1 TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

7.1 Cik Ummu Fatin telah membentangkan Cadangan Rundingan Terus untuk

Membekal, Memasang, Mengujilari, dan Menaiktaraf Rangkaian, Perkakasan dan

Perisian Internet Dedicated Line – TM Dome dengan penambahan 50Mbps daripada

Page 4: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s4

sedia ada 20Mbps bagi tempoh 1 Tahun + 1 Tahun untuk Majlis Bandaraya

Petaling Jaya. (rujuk lampiran A)

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan rundingan terus yang telah dibentangkan dengan

anggaran kos sebanyak RM 436,768.30 (tidak termasuk jumlah GST 6%) seperti mana

yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2018 dan perlu mendapatkan kelulusan

PWN.

8.0 CADANGAN RUNDINGAN TERUS UNTUK MEMBEKAL, MEMASANG,

MENGUJILARI, DAN MENAIKTARAF RANGKAIAN, PERKAKASAN DAN

PERISIAN INTERNET PROTOKOL VIRTUAL PRIVATE NETWORK(IPVPN) –

DIRECT TM BERHAD DI CAWANGAN-CAWANGAN MAJLIS DENGAN

TEMPOH 2 TAHUN + 1 TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING

JAYA.

8.1 Cik Ummu Fatin telah membentangkan Cadangan Rundingan Terus untuk Membekal,

Memasang, Mengujilari, Dan Menaiktaraf Rangkaian, Perkakasan Dan Perisian

Internet Protokol Virtual Private Network(IPVPN) – Direct TM Berhad Di

Cawangan- Cawangan Majlis Dengan Tempoh 2 Tahun + 1 Tahun Untuk Majlis

Bandaraya Petaling Jaya.(Rujuk Lampiran B)

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan secara rundingan terus yang telah dibentangkan

dengan anggaran kos sebanyak RM281,594.50 (tidak termasuk jumlah GST 6%) seperti

mana yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2018 dan perlu mendapatkan

kelulusan PWN.

9.0 CADANGAN RUNDINGAN TERUS MEMBEKAL PERKHIDMATAN

PEMANTAUAN BERITA UNTUK MAJLIS BANDARAYA UNTUK TEMPOH 12

BULAN.

9.1 Encik Mat Nizam telah membentangkan Cadangan Rundingan Terus Membekal

Perkhidmatan Pemantauan Berita Untuk Majlis Bandaraya Untuk Tempoh 12 Bulan.

(Rujuk Lampiran C)

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan perolehan rundingan terus dengan melantik syarikat

ISentia (M) Sdn Bhd. dengan anggaran kos adalah berjumlah RM34,567.68 (tidak

termasuk GST 6%) untuk 12 bulan sepertimana yang telah diluluskan di dalam

pembentangan bajet 2018 dan perlu mendapatkan kelulusan PWN.

Page 5: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s5

10.0 MEMOHON KELULUSAN BAGI MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN

PENYELENGGARAAN SISTEM KEWANGAN MAJLIS BANDARAYA

PETALING JAYA BAGI TEMPOH SATU (1) TAHUN

10.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:

a) Kertas kerja ini dikemukakan untuk bagi mendapat pertimbangan dan

kelulusan Mesyuarat berhubung kelulusan melaksanakan perkhidmatan

penyelenggaraan Sistem Kewangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi

tempoh satu (1) tahun seperti kertas kerja di Lampiran D

10.2 Mesyuarat bersetuju dan memutuskan untuk:

a) Meluluskan permohonan perkhidmatan penyelenggaraan Sistem Kewangan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya bagi tempoh satu (1) tahun kepada syarikat

Software Wizards (M) Sdn Bhd dengan kos RM72,875.00 (tidak termasuk

GST 6%).

b) Kelulusan melantik syarikat melalui Perolehan Rundingan Terus kepada

Pegawai Kewangan Negeri perlu dibuat oleh Unit Teknologi Maklumat.

11.0 CADANGAN PEMBELIAN “MODUL SATELIT DAN TERMINAL SEVICES”

SECARA RUNDINGAN TERUS UNTUK KEGUNAAN PERPUSTAKAAN

KOMUNITI CAWANGAN BANDAR UTAMA, BAHAGIAN SUMBER ILMU,

JABATAN PEMBANGUNAN KEMASYARAKATAN MAJLIS BANDARAYA

PETALING JAYA.

11.1 Puan Mohana telah membentangkan Cadangan Pembelian “Modul Satelit Dan

Terminal Sevices” Secara Rundingan Terus Untuk Kegunaan Perpustakaan Komuniti

Cawangan Bandar Utama, Bahagian Sumber Ilmu, Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan

Majlis Bandaraya Petaling Jaya. (Rujuk Lampiran E)

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan perolehan rundingan terus yang telah dibentangkan

dengan melantik syarikat Paradigm System Berhad dengan anggaran kos bagi perolehan

pembekalan perkhidmatan ini adalah sebanyak RM39,057.00 (harga tidak termasuk

GST) dan perlu mendapatkan kelulusan PWN.

12.0 Pindaan Versi Dasar Keselamatan ICT (DKICT) Majlis Bandaraya Petaling Jaya

daripada Versi 3.0 Kepada 3.1.

12.1 Puan Hjh Jafizatul telah memaklumkan berkenaan pindaan versi baru DKICT MBPJ

daripada versi 3.0 kepada versi 3.1 serta perkara-perkara yang perlu diberi perhatian

dan diambil tindakan oleh semua jabatan/bahagian dibawah pentadbiran Majlis.

Page 6: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s6

12.2 Beliau memaklumkan pindaan DKICT versi 3.1 telah diluluskan dan

dipersetujui dalam Mesyuarat Kajian Pengurusan Semula (MKSP) bertarikh 6

Jun 2017 supaya ia ditambahbaik.

12.3 Objektif pindaan dibuat adalah untuk menerangkan peranan dan tanggungjawab

CIO (Chief Information System) dengan lebih jelas dan teratur dalam mencapai

objektif organisasi.

12.4 Pindaan versi 3.1 meliputi perkara-perkara berikut:-

a)Kemaskini pada polisi pada 020102 Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

b)Kemaskini Surat Akuan Pematuhan Dasar Keselamatan ICT

12.5 Beliau memaklumkan bahawa dokumen penuh DKICT versi 3.1 ini boleh dimuat

turun di Laman Web MBPJ (http://eps.mbpj.gov.my/dkictv3.1.pdf).

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum berkenaan pindaan Dasar Keselamatan ICT

Versi 3.1 yang telah dibentangkan.

13.0 LAPORAN STATUS KAJIAN SEMULA PELAN STRATEGIK ICT (PSICT) 2016 –

2020 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

13.1 Puan Hjh Jafizatul telah membentangkan Laporan Status Kajian Semula Pelan

Strategik ICT (PSICT) 2016 – 2020 Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

(Rujuk Lampiran G)

13.2 Beliau memaklumkan bahawa setelah dua tahun pelaksanaan, MBPJ perlu

melaksanakan kajian semula PSICT terhadap strategi, program, aktiviti dan objektif

yang telah dirancang bagi memastikan program/aktiviti yang dirancang masih

bersesuaian dan relevan dengan teknologi dan keperluan semasa.

13.3 Beliau menjelaskan sebanyak 10 template yang perlu diisi dan memerlukan semakan

semula bersama perunding MAMPU akan dijadualkan pada 28 Februari 2018.

13.4 Status pelaksanaan bagi setiap teras telah dibentangkan dalam bentuk pencapaian

peratus seperti berikut:-

a) Teras 1 Aplikasi mencapai 83.3%

b) Teras 2 Infrastruktur mencapai 92%

c) Teras 3 Modal Insan 90%

d) Teras 4 Tadbir Urus 92%

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju dan mengambil maklum laporan status yang telah dibentangkan.

Page 7: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s7

14.0 CADANGAN PELANTIKAN PEMBEKAL BAGI PEMBAYARAN

PEMBAHARUAN DAN PENYELENGGARAAN LESEN PERISIAN MAJLIS

BANDARAYA PETALING JAYA

14.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:

a) Kertas kerja ini dikemukakan untuk bagi mendapat pertimbangan dan

kelulusan Mesyuarat berhubung cadangan pelantikan pembekal bagi

pembayaran pembaharuan dan penyelenggaraan lesen perisian Majlis

Bandaraya Petaling Jaya seperti kertas kerja di Lampiran Lampiran H

14.2 Mesyuarat bersetuju dan memutuskan untuk:

a) Meluluskan permohonan cadangan pelantikan pembekal bagi pembayaran

pembaharuan dan penyelenggaraan lesen perisian Majlis Bandaraya

Petaling Jaya bagi tempoh satu (1) tahun dengan kos RM1,326,929.00 dan

GST 6% berjumlah RM79,615.74.

Bil Nama Syarikat Perisian Kos Lesen

Penyelenggaraan

(RM)

GST 6%

(RM)

Jumlah

(RM)

1. Array

Technology Sdn

Bhd

Oracle 12c – Database

(Pangkalan Data PJIIS)

476,782.50 28,606.95 505,389.45

2. Electric Library

(Malaysia) Sdn

Bhd

Radio Freuency Identification

(RFID)

33,240.00 1,994.40 35,234.40

3. Paradigm

Systems Berhad

Integrated Library

Management Utility (ILMU)

61,198.50 3,671.91 64,870.41

4. ZEN System Sdn

Bhd

VMWARE 49,688.00 2,981.28 52,669.28

5. GW Intech Sdn

Bhd

Antivirus Internet Security 137,000.00 8,220.00 145,220.00

6. Strategic

Alliance Sdn

Bhd

Lesen Perkhidmatan

keselamatan Pusat Data –

Firewall, Load Balancer, DHCP,

DNS dan IPAM

88,820.00 5,329.20 94,149.20

7. G-AsiaPacific

Sdn Bhd

Google Apps 414,000.00 24,840.00 438,840.00

8. Worldtech

Solutions Sdn

Bhd

Phantosys System – Bahagian

Sumber Ilmu

66,200.00 3,972.00 70,172.00

Jumlah Keseluruhan (RM) 1,326,929.00 79,615.74 1,406,544.74

Page 8: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s8

b) Kelulusan melantik syarikat melalui Perolehan Rundingan Terus kepada

Pegawai Kewangan Negeri perlu dibuat oleh Unit Teknologi Maklumat.

15.0 MEMOHON KELULUSAN UNTUK RUNDINGAN TERUS ARRAY

TECHNOLOGY SDN BHD BAGI PEMBAHARUAN LESEN DAN HEALTH

CHECK ORACLE 12C SERTA MENYELENGGARA SERVER T7 BAGI

TEMPOH 3 TAHUN UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

15.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:

a) Kertas kerja ini dikemukakan untuk bagi mendapat pertimbangan dan

kelulusan Mesyuarat untuk melantik Array Technology Sdn Bhd melalui

perolehan Rundingan Terus bagi pembaharuan lesen dan Health Check

Oracle 12c serta menyelenggara Server T7 bagitTempoh tiga (3) Tahun

untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Lampiran Lampiran I

15.2 Mesyuarat bersetuju dan memutuskan untuk:

a) Meluluskan permohonan kelulusan pelantikan pembekal bagi pembaharuan

lesen dan Health Check Oracle 12c serta menyelenggara Server T7

bagitTempoh tiga (3) Tahun untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan

kos RM1,466,347.50 (tidak termasuk GST 6%).

b) Kelulusan melantik syarikat melalui Perolehan Rundingan Terus

kepada Pegawai Kewangan Negeri perlu dibuat oleh Unit Teknologi

Maklumat.

16.0 CADANGAN RUNDINGAN TERUS BAGI PENYEWAAN 5 UNIT MESIN

DEPOSIT PEMBAYARAN (KIOSK) UNTUK TEMPOH 3 + 2 TAHUN UNTUK

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA – PERLANTIKAN KONTRAKTOR

SECARA RUNDINGAN TERUS

16.1 Puan Hjh Jafizatul telah membentangkan Cadangan Rundingan Terus Bagi

Penyewaan 5 Unit Mesin Deposit Pembayaran (Kiosk) Untuk Tempoh 3 + 2 Tahun

Untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya – Perlantikan Kontraktor Secara Rundingan

Terus.(Rujuk Lampiran J)

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju dengan cadangan perolehan rundingan terus dengan melantik syarikat

Pembinaan Ikhasas-Merak Sdn Bhd dengan kos RM684,000.00 (tidak termasuk GST)

seperti mana yang telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2018 bagi tempoh tiga(3)

tahun + dua(2) tahun dan perlu mendapatkan kelulusan PWN

Page 9: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s9

17,0 LAPORAN PELAKSANAAN PENSIJILAN SEMULA ISO/IEC 27001:2013

INFORMATION SECURITY MANAGEMENT SYSTEM (ISMS) SISTEM

PENGURUSAN KESELAMATAN BAGI MAKLUMAT ELEKTRONIK CUKAI

TAKSIRAN MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

17.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaan:

a) Pengarah Unit Teknologi Maklumat memaklumkan bahawa laporan tersebut

telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kemasyarakatan,

Perkhidmatan Korporat dan Teknologi Makumat pada 17 Januari 2018.

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju dengan laporan yang dibentangkan.

18.0 MEMOHON KELULUSAN PINDAAN VERSI DISASTER RECOVERY PLAN

(DRP) DARIPADA VERSI 1.0 KEPADA 1.1

18.1 Cik Ummu Fatin telah membentangkan pindaan versi Disaster Recovery Plan

(DRP) daripada Versi 1.0 Kepada 1.1. mengikut format daripada MAMPU (Rujuk

Lampiran L)

Keputusan :

Mesyuarat bersetuju dan meluluskan permohonan pindaan versi tersebut.

19.0 MEMOHON KELULUSAN BAGI CADANGAN MEMBANGUN, MEMASANG,

MENGUJILARI, MEMBERI LATIHAN, MENTAULIAH DAN

MENYELENGGARA PERISIAN DAN APLIKASI SISTEM PENGURUSAN

DOKUMEN DIGITAL (DIGITAL DOCUMENT MANAGEMENT SYSTEM - DDMS)

BAGI TEMPOH 6 BULAN UNTUK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA.

19.1 Mesyuarat mengambil maklum berkenaa

(a) Puan Hjh Jafizatul telah membentangkan kertas kerja bagi memohon

kelulusan bagi Cadangan Membangun, Memasang, Mengujilari, Memberi

Latihan, Mentauliah Dan Menyelenggara Perisian Dan Aplikasi Sistem

Pengurusan Dokumen Digital (Digital Document Management System -

DDMS) Bagi Tempoh 6 Bulan Untuk Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

(Rujuk Lampiran M)

Keputusan :

i. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan yang telah dibentangkan dengan anggaran kos

sebanyak RM 450,000.00 (tidak termasuk jumlah GST 6%.) seperti mana yang

telah diluluskan dalam pembentangan bajet 2018 bagi tempoh 6 bulan.

ii. Mesyuarat juga bersetuju untuk penambahan skop spesifikasi perkakasan seperti yang

dicadangkan oleh Ahli Majlis En.Sean Oon.

Page 10: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s10

20. PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan jam 12.30 tengahari. Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih

kepada ahli mesyuarat.

Disediakan Oleh,

Unit Teknologi Maklumat

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Bertarikh : 14 Februari 2018

Page 11: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s11

Lampiran A

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL ICT,

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

BILANGAN 3 TAHUN 2017

Tarikh : 5 Februari 2018

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Inai Merah.

YANG HADIR:-

1. Encik Azizi Bin Ariffin - Pengerusi

Ahli Majlis, MBPJ

2. Encik Sean Oon Chong Ling

Ahli Majlis, MBPJ

3. Encik Nor Azmi Bin Abd Kadir

Ahli Majlis, MBPJ

4. Puan Ghandimathi A/P Suppiah

Ahli Majlis, MBPJ

5. Encik Samsul Bahari Bin Nonchi

Pengarah Teknologi Maklumat

6. Puan Nik Nazli Binti Nik Abdullah

Timbalan Pengaran Jabatan Perbendaharaan

7. Puan Hjh Jafizatul Azlinda bt Jaafar

Pen Pengarah Kanan Teknologi Maklumat (QRD)

8. Puan Ruzaida Binti Tormodi

Pegawai Perundangan

9. Puan Suzana Bt Othman

Wakil Jabatan Perancangan Pembangunan

10. Encik Mohd Zulfadli Bin Burhan

Wakil Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta

11. Puan Mohana Sunthari

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Page 12: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s12

12. Cik Noor Najwa Binti Said

Wakil Unit Audit Dalam

13. Encik Ahmad Shahir Bin Ramli

Wakil Unit OSC

14. Puan Zaimi Binti Pardi

Wakil Jabatan Penguatkuasaan & Keselamatan

15. Encik Mohd Rosdi Bin Hadi

Wakil Jabatan Kawalan Bangunan

16. Encik Izhar Bin Juyahir

Wakil Jabatan Pelesenan

17. Cik Nurul Izzaty Binti Mohd Zahari

Pegawai Teknologi Maklumat

18. Cik Ummu Fatin Bt Maslan

Pegawai Teknologi Maklumat

19. Puan Fazila Bt Saleh

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

20. Puan Sahana Binti Hashim

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

21. Puan Aslin Bin Saiman

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

22. Encik Mat Nizam Bin Aziz

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

23. Encik Mohd Rozi Bin Ibrahim

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

24. Encik Khairul Nizam Bin Ab Jabar

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

25. Encik Mohammad Zamhana Bin Hassan

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

26. Puan Siti Suhaila Binti Mustafa

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

Page 13: MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA JALAN YONG SHOOK LIN …mykms.mbpj.gov.my/attachments/article/448/MINITAJKICTKECIL...MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s2 3.2.1 Surat lantikan kepada

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA ICT m/s13

27. Puan Nor Fazlina Bt Md Akhir

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

TIDAK HADIR (dengan Maaf)

1. Encik Halimey Bin Abu Bakar

Ahli Majlis, MBPJ

2. Puan Zatul ‘Iffah Azizan

Pen Pengarah Kanan Teknologi Maklumat (Aplikasi)

3. Puan Erwin Akhsan

Pegawai Teknologi Maklumat