sukar dapat pekerjaan (l)

3
Majikan sukar dapat pekerja Oleh AINUL ASNIERA AHSAN [email protected] KUALA LUMPUR 23 Ogos, Jumlah kadar pengangguran di Malaysia kini meningkat sebanyak empat peratus, kesan krisis ekonomi global. Walaupun kerajaan bimbang dengan kenaikan jumlah penganggur, tetapi hakikatnya pada masa ini masih banyak majikan di negara ini mengalami kesukaran untuk mendapat pekerja. Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin (gambar) antara majikan yang melahirkan rasa kehairanan yang mana ribuan rakyat Malaysia kini dikatakan menganggur. Ini kerana, menurut beliau, syarikat peruncitan itu mengalami masalah untuk mendapatkan pekerja-pekerja am meskipun menawarkan gaji yang lumayan. Mydin kini bukan berhadapan dengan masalah modal untuk meluaskan operasi syarikat sebaliknya berhadapan dengan kekangan pekerja. Memang menghairankan, mana perginya penganggur yang kehilangan pekerjaan? katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Upload: wawa-lee-saidin

Post on 01-Feb-2016

230 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BERITA

TRANSCRIPT

Page 1: Sukar Dapat Pekerjaan (L)

               

Majikan sukar dapat pekerjaOleh AINUL ASNIERA [email protected]

KUALA LUMPUR 23 Ogos, Jumlah kadar pengangguran di Malaysia kini meningkat

sebanyak empat peratus, kesan krisis ekonomi global.

Walaupun kerajaan bimbang dengan kenaikan jumlah penganggur, tetapi hakikatnya pada

masa ini masih banyak majikan di negara ini mengalami kesukaran untuk mendapat pekerja.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd. (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin

(gambar) antara majikan yang melahirkan rasa kehairanan yang mana ribuan rakyat Malaysia

kini dikatakan menganggur.

Ini kerana, menurut beliau, syarikat peruncitan itu mengalami masalah untuk mendapatkan

pekerja-pekerja am meskipun menawarkan gaji yang lumayan.

Mydin kini bukan berhadapan dengan masalah modal untuk meluaskan operasi syarikat

sebaliknya berhadapan dengan kekangan pekerja.

Memang menghairankan, mana perginya penganggur yang kehilangan pekerjaan? katanya

kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata, antara jawatan yang sukar mendapat pekerja dalam sektor itu ialah juruwang,

penjaga stor dan gudang serta pembantu jualan.

Difahamkan gaji yang ditawar untuk mengisi jawatan tersebut adalah dari RM7 bagi setiap

jam, jauh lebih tinggi berbanding bekerja di kilang.

Jelasnya, meskipun gaji yang ditawarkan lebih tinggi berbanding jawatan rendah di dalam

pejabat, namun gaji bukan segala-galanya.

Mengulas mengenai masalah yang dihadapi itu, Ameer berkata, masalah itu wujud kerana

rakyat Malaysia masih lagi cenderung memandang status jawatan berbanding gaji yang

diperoleh.

Page 2: Sukar Dapat Pekerjaan (L)

Dalam hal ini memang saya tidak menyalah sesiapa memandangkan sikap masyarakat

Malaysia yang memandang tinggi golongan yang bekerja di pejabat berbanding di luar

pejabat.

Ini stigma masyarakat Malaysia. Dan, sekiranya ia tidak berubah, masalah mencari pekerja

akan menjadi isu besar pada masa depan, jelasnya.

Ameer berkata, masalah mencari pekerja bukan dihadapi oleh industri peruncitan semata-

mata tetapi hampir semua sektor ekonomi.

Masalah itu dijangka lebih buruk sekiranya kerajaan terus mengetatkan peraturan

pengambilan pekerja asing dalam sektor tersebut.

Ameer memberitahu, keputusan kerajaan membekukan pengambilan pekerja asing dua bulan

lalu sedikit sebanyak memberi kesan kepada operasi sektor tersebut terutama bagi syarikat

yang tidak sempat mengambil pekerja asing yang baru.

Berikutan itu, beliau menyarankan kerajaan supaya meneliti semula pembekuan tersebut dan

pada masa sama mencadangkan agar pemilikan pekerja asing diberikan terus kepada syarikat

peruncitan berbanding kepada agensi-agensi pekerjaan.

Pendekatan ini lebih baik kerana majikan mampu bertanggungjawab terus kepada pekerja

berbanding agensi pekerjaan yang lebih cenderung untuk mendapat keuntungan, tambahnya.