isu pekerjaan bahas

22
1.PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang diilhamkan dari kejayaan Graduates Programme Bank Negara Malaysia bagi menangani isu graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat tempoh pengajian terutama kepada mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah serta tinggal di kawasan pedalaman. Objektif pelaksanaan program ini untuk membantu graduan yang tidak bekerja meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam pasaran tenaga kerja berkemahiran dan berkualiti seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Program ini diselia oleh Seksyen Pembangunan Modal Insan (PMI), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Dalam merealisasikan usaha Kerajaan untuk meningkatkan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, Insentif Potongan Cukai Berganda kepada syarikat yang menyertai Program SL1M telah diberikan ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan bagi melatih graduan di bawah Program SL1M. Dengan adanya insentif ini, ianya dapat menarik lebih banyak penglibatan syarikat di samping membantu mengurangkan kadar kos yang ditanggung oleh syarikat. Statistik setakat Mei 2013 telah menunjukkan Sekretariat SL1M telah menerima sebanyak 30,057 pemohonan graduan yang telah berdaftar dengan SL1M dan JobsMalaysia. Sebanyak 120 GLCs dan syarikat swasta telah menyatakan minat menyertai program SL1M secara CSR dan telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Bagi Sesi 2012/2013, seramai 10,897 graduan telah diterima masuk dan mendapat tempat di dalam Program SL1M. Daripada jumlah itu, seramai 9,250 (85%) graduan telah berjaya memperolehi pekerjaan manakala seramai 1,647 (15%) graduan lagi sedang dibantu dan masih menjalani latihan di syarikat-syarikat yang terlibat di bawah Program SL1M. 2. Punca Graduan Universiti Susah Isi Jawatan Kosong Sekarang?

Upload: ntahlah-wei

Post on 11-Feb-2016

240 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

lalalalalalala

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Pekerjaan Bahas

1.PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M)

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang diilhamkan dari kejayaan Graduates Programme Bank Negara Malaysia bagi menangani isu graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat tempoh pengajian terutama kepada mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah serta tinggal di kawasan pedalaman. Objektif pelaksanaan program ini untuk membantu graduan yang tidak bekerja meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan mendapatkan pekerjaan yang baik dalam pasaran tenaga kerja berkemahiran dan berkualiti seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka. Program ini diselia oleh Seksyen Pembangunan Modal Insan (PMI), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM).

Dalam merealisasikan usaha Kerajaan untuk meningkatkan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, Insentif Potongan Cukai Berganda kepada syarikat yang menyertai Program SL1M telah diberikan ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan bagi melatih graduan di bawah Program SL1M. Dengan adanya insentif ini, ianya dapat menarik lebih banyak penglibatan syarikat di samping membantu mengurangkan kadar kos yang ditanggung oleh syarikat.

Statistik setakat Mei 2013 telah menunjukkan Sekretariat SL1M telah menerima sebanyak 30,057 pemohonan graduan yang telah berdaftar dengan SL1M dan JobsMalaysia. Sebanyak 120 GLCs dan syarikat swasta telah menyatakan minat menyertai program SL1M secara CSR dan telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program ini. Bagi Sesi 2012/2013, seramai 10,897 graduan telah diterima masuk dan mendapat tempat di dalam Program SL1M. Daripada jumlah itu, seramai 9,250 (85%) graduan telah berjaya memperolehi pekerjaan manakala seramai 1,647 (15%) graduan lagi sedang dibantu dan masih menjalani latihan di syarikat-syarikat yang terlibat di bawah Program SL1M.

2. Punca Graduan Universiti Susah Isi Jawatan Kosong Sekarang?

Walaubagaimanapun, hasil kajian yang dihasilkan oleh Jobstreet menunjukkan di sini terdapat beberapa faktor menyebabkan ramai graduan universiti di luar yang masih menganggur. Antara puncanya ialah :

pengangguran graduan universitiMasalah penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah : 56%

Masalah sikap dalam diri yang teruk : 37%

Mengharapkan gaji yang tidak realistik : 33%

Kemahiran yang ada tidak berpadanan dengan kehendak pasaran : 30%

Terlalu memilih kerja dan syarikat : 28%

Page 2: Isu Pekerjaan Bahas

Tiada kemahiran menyelesaikan masalah : 26%

Tahap pengetahuan yang lemah : 24%

3. Malah Kementerian Pengajian Tinggi sebelum ini telah mengariskan beberapa masalah yang perlu diselesaikan segera bagi meningkat tahap mutu pendidikan di Malaysia antaranya :

93% daripada pemohon Sarjana Muda Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) berada di bawah tahap pencapaian minimum dalam akademik pada tahun 2010

67% daripada guru-guru yang menduduki ujian “Cambridge Palcement Test” gagal mencapai tahap penguasaa yang diperlukan untuk mengajar Bahasa Inggeris pada tahun 2012

50% daripada pengajaran hanya memfokuskan kepada pemahaman kandungan yang agak minimum berbanding mengalakkan anak murid berfikir secara kritis.

3. Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan kadar pengangguran tahun ini menunjukkan perkembangan yang baik. Ianya dikawalselia dan dipantau secara bulanan.

Satu pujian untuk badan berwajib dan ini menjadi bukti kerajaan mengambil serius inisiatif mengurangkan pengangguran di Malaysia. Jumlah penganggur untuk laporan April 2014 dilaporkan adalah 407,200 orang.

4. KUALA LUMPUR 26 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pencapaian kadar pengangguran Malaysia berada pada tahap baik apabila menyusut daripada 3.1 peratus awal tahun ini kepada 2.8 peratus pada Jun 2014.

5. Najib mengulas laporan Perangkaan Tenaga Buruh Malaysia bagi Jun 2014 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bermula semalam.

Jabatan itu dalam laporan pasaran buruh pada Februari lalu menyatakan pengangguran Malaysia pada Januari 2014 berada pada kadar 3.1 peratus.

Menurut laporan terbaharu itu, penyusutan sebanyak 2.8 peratus itu menjadikan jumlah pengangguran pada Jun 2014 menurun sebanyak 20,700 kepada 385,800 orang, susut 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Page 3: Isu Pekerjaan Bahas

Laporan itu turut menyatakan kadar penyertaan tenaga buruh pula menurun kepada 67.5 peratus pada Jun 2014 berbanding 67.9 peratus pada bulan sebelumnya.

Penurunan kadar sebanyak 0.4 mata peratus itu adalah lanjutan pengurangan penduduk dalam pasaran buruh sebanyak 0.3 peratus.

6. Sumber: Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia

Bidang pengajian yang mencatatkan bilangan terbesar pengangguran adalah bidang sains sosial, perniagaan dan undang-undang dan kedua terbesar adalah bidang kejuteraan pembuatan dan pembinaan dengan masing-masing mencatat bilangan 25,500 orang (33.64%) dan 15,300 orang (20.18%).

Manakala bidang pengajian yang mencatat bilangan terkecil pengangguran adalah bidang program asas/umum dan bidang pertanian, perhutanan, perikanan dan veterinar. Masing-masing mencatat bilangan 400 orang (0.53%) dan 800 orang (1.05%).

Sehingga 14 Jun 2013, seramai 124,164 siswazah mendaftar sebagai pencari kerja aktif di portal JobsMalaysia. Dari jumlah itu bidang pengajian Business Administration/Commerce dan Accounting menerima pendaftaran tertinggi dan kedua tertinggi dengan pendaftaran sebanyak 16,524 dan 8,694. Manakala bidang pengajian Alternative Medicine dan Dentistry pula adalah terendah dengan pendaftaran seramai 3 dan 1.

7. Kadar pengangguran di negara ini mencatatkan 3.3 peratus pada Mei 2013 berbanding 3.0 peratus pada April.

Menurut kenyataan Jabatan Perangkaan hari ini jumlah mereka yang menganggur meningkat 8.9 peratus atau 35,800 orang pada Mei, manakala bilangan yang bekerja menyusut seramai 80,000 (0.6 peratus) pada bulan sebelumnya.

Keadaan ini menjurus kepada peningkatan kadar pengangguran sebanyak 0.3 mata peratus kepada 3.3 mata peratus pada Mei berbanding Mei tahun lepas. Kadar pengangguran juga meningkat 0.3 mata peratus daripada 3.0 mata peratus, kata jabatan itu.

Sementara itu, kadar pengangguran yang diselaraskan meningkat 3.3 peratus daripada 3.1 peratus pada April kepada 3.4 peratus pada Mei. Pada Mei, kadar penyertaan tenaga kerja mencatatkan penurunan 0.4 peratus kepada 66.0 peratus berbanding 66.4 peratus pada bulan sebelumnya.

Penurunan itu disebabkan oleh kemerosotan bilangan pekerja dalam pasaran tenaga kerja sebanyak 45,000 atau 0.3 mata peratus dan peningkatan 110,000 orang atau 1.6 peratus di luar tenaga kerja. Berbanding Mei tahun lepas, kadar penyertaan tenaga kerja meningkat sebanyak 1.0 mata peratus, kata jabatan itu.

Faktor-faktor peningkatan pengangguran

Page 4: Isu Pekerjaan Bahas

Sikap terlalu memilih pekerjaan merupakan faktor utama meningkatnya bilangan pengangguran di negara ini. Walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan bagaimanapun jika pencari pekerjaan itu masih meletakkan beberapa syarat maka peluang pekerjaan seolah-olah tertutup buat mereka.

Menurut sumber kaji selidik mendapati rata-rata daripada mereka memilih untuk tinggal bersama keluarga dan bekerja di dalam pejabat sahaja.Ramai juga pencari kerja berminat bekerja di dalam pejabat yang berhawa dingin daripada bekerja di ladang.

Selain itu masalah utama yang menyebabkan kegagalan mereka mendapatkan pekerjaan ialah prestasi calon berkenaan yang terlalu tinggi daripada jawatan ditawarkan. Sebagai contoh, jawatan juruteknik hanya memerlukan kelulusan sijil tetapi kebanyakan calon yang hadir adalah di kalangan pemegang diploma dan ijazah.Jika mereka diterima bekerja akan menimbulkan masalah dari aspek skim gaji yang tidak sesuai dengan kelulusan.

8. Tindakan:

Merumus satu strategi pengambilan kerja nasional bagi pekerja wanita, yang bertujuan menyelaras pergerakan wanita ke peringkat yang lebih tinggi serta mendapatkan latihan dan hak untuk mendapatkan kemahiran bagi meningkatkan teknologi di kesemua sektor.

Memajukan satu pengetahuan yang komprehensif berkenaan pekerjaan wanita dan cara pengambilan pekerja wanita, termasuk kerja rumah. Pengetahuan ini perlu mencerminkan nilai yang konsisten dengan nilai utama nasional

Menyelaras dan mengubah perundangan yang sedia ada untuk memajukan status pekerjaan semua pekerja, termasuk pekerja domestik dan pekerja migran. Akta ini merangkumi:

Akta Pekerjaan (Employment Act) yang berhubung dengan upah minimum, keselamatan pekerjaan, jaringan keselamatan sosial serta insuran bagi golongan yang hilang pekerjaan/diberhentikan. Bidang kuasa Akta Pekerjaan perlu diteruskan ke Sabah dan Sarawak

Akta Kesihatan dan Keselamatan perlu diubahsuai bagi memerlukan majikan memberikan tempat kerja yang ergonomik, terutamanya bagi golongan yang terlibat di dalam industri teknologi maklumat dan untuk mengatasi masalah yang ditempuhi pekerja-pekerja wanita di kawasan ladang.

Akta Hubungan Perindustrian terutamanya yang berhubung dengan kuasa pendaftar untuk rayuan.

Akta Kesatuan Sekerja untuk memberikan pekerja hak untuk berorganisasi pada peringkat nasional terutamanya di dalam industri elektronik

Akta Keselamatan Sosial untuk melindungi semua pekerja yang terlibat di dalam sektor formal dan tidak formal termasuk golongan yang membuat kerja rumah

Page 5: Isu Pekerjaan Bahas

Menggubal perundangan baru dan memformulasikan polisi baru bagi memastikan kaum wanita dilindungi terutamanya di dalam arus globalisasi serta untuk mempertingkatkan penglibatan mereka di dalam tenaga buruh, termasuk:

Memperkenalkan beberapa praktis baik di dalam tempat kerja.

Merancang strategi bagi mengatasi dan mengelakkan gangguan seksual di tempat kerja.

Membekalkan kemudahan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti.

Menerima semua persidangan buruh antarabangsa bagi mengawasi mereka yang telah dipersetujui tetapi belum dilaksanakan. Persidangan yang belum diterima termasuk:

Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Keselamatan Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka (UN Convention on the protection of all Migrant Workers and Members of their Family)

Persidangan Organisasi Buruh Antarabangsa berkenaan Kerja Rumah ( ILO Convention on Home Work)

Persidangan ILO yang ke-82 ( hak untuk berorganisasi) dan ke-98 (hak kepada gabungan tawar-menawar).

9. Sehubungan itu, penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan swasta dan awam di negara ini semakin hari semakin bertambah. Kadar penyertaan tenaga kerja wanita di negara ini adalah 47.9 peratus (%).

Sehingga Julai tahun ini, jumlah keseluruhan penjawat awam wanita ialah 591,195, manakala dalam sektor swasta pula sudah tentu melebihi bilangan itu.

Di Malaysia, walau apa jua peranan yang dimainkan oleh kaum wanita, tidak kira menjadi ibu, isteri dan seorang penjawat awam atau swasta, golongan ini tidak akan terlepas pandang oleh kerajaan malah berbagai dasar dan insentif dibuat sebagai pembuka jalan dan unit-unit serta undang-undang diwujudkan untuk melindungi hak dan kebajikan wanita.

Pada kerajaan, golongan wanita bukan sekadar berperanan dalam mengukuhkan institusi sesebuah keluarga tetapi turut membantu menjana pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam pada itu, kerajaan juga membentuk dasar 30 peratus penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam. Pembentukan dasar ini menyaksikan bilangan wanita yang menyandang jawatan utama sektor awam (JUSA) meningkat daripada 18.8% pada 2004 kepada 31.7% pada 2011. Pun begitu, bilangan wanita yang memegang jawatan peringkat pengurusan tertinggi dalam badan berkanun menunjukkan penurunan daripada 17.8% pada 2004 kepada 13.6% pada Ogos 2012.

Sehingga Julai lalu, enam jawatan Ketua Setiausaha Kementerian disandang oleh wanita berbanding empat jawatan pada 2006 dan 2007. Dan, sebanyak 18 (30.5%) jawatan Timbalan Ketua Setiausaha

Page 6: Isu Pekerjaan Bahas

(TKSU) serta 13 atau 11.9% jawatan Ketua Pengarah di jabatan / agensi kerajaan disandang oleh wanita.

Sementara itu, bilangan wanita yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah di syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) meningkat daripada 11.0% pada 2005 kepada 14% pada 2012.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga melaksanakan Program Pengarah Wanita iaitu program yang dirangka bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kritikal calon wanita yang berpotensi tinggi untuk melaksanakan peranan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat.

10. Kerajaan menyasarkan pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan meningkat sehingga 55 peratus menjelang 2015 berbanding 47.9 peratus, tahun lalu. Mampukah misi itu dicapai dalam tempoh dua tahun lagi?.

11. Hakikatnya, sumbangan wanita dalam sektor pekerja amat besar tidak saja dari segi tenaga, ilmu dan pengalamannya, malah jauh daripada mereka antara penyumbang dalam Keluaran Negara Dalam Negara Kasar (KDNK). Laporan mendapati, Malaysia kehilangan pendapatan RM13 bilion setahun akibat kurang penyertaan wanita dalam sumber tenaga buruh.

Kekurangan penyertaan wanita juga menjadikan Malaysia ketinggalan jauh dari segi pendapatan berbanding negara jiran seperti Thailand, (70 peratus); Brunei Darussalam (61.2 peratus) dan Singapura (60.2 peratus).

Dalam senario lain, pembabitan wanita dalam pekerjaan formal atau tidak formal membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan sekali gus membolehkan pengagihan peningkatan pendapatan per kapita AS$5,000 (RM15,148) dengan lebih adil dan saksama.

Justeru, peranan wanita seharusnya digembeling sepenuhnya bagi membantu menjana pendapatan negara sejajar dengan kehebatan dan kecemerlangannya.

Jumlah pelajar wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) sentiasa melebihi lelaki. Mereka ini patut menjadi generasi masa depan untuk mengukuhkan pertumbuhan negara dan bukannya berhenti kerja sekerat jalan untuk memenuhi tanggungjawab sebagai isteri, menjaga anak dan pengurus rumah tangga.

Statistik dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 2010, mendapati 66.9 peratus wanita meninggalkan sektor pekerjaan atas sebab utama untuk menumpukan perhatian kepada keluarga. Banyak andaian lain dilontar berkaitan wanita dalam sektor pekerjaan.

Sumbangan wanita

Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporation Malaysia Berhad, Johan Mahmood Merican, berkata waktu kerja anjal boleh dijadikan ukuran keberkesanan menarik wanita untuk terus berada dalam sektor pekerjaan.

Page 7: Isu Pekerjaan Bahas

Katanya waktu kerja anjal sudah lama dipraktikkan di negara maju, demi menggalakkan lebih ramai wanita kekal dalam dunia pekerjaan kerana dapat menjadualkan semula tugas di pejabat, ibu dan isteri.

Sumber tenaga wanita amat diperlukan untuk menjana pembangunan dan menyumbang pertumbuhan ekonomi negara.

Laporan ‘Malaysia Economic Monitor April 2012’ dijadikan sandaran, mendedahkan di negara maju, corak penyertaan tenaga buruh wanita, menunjukkan peningkatan mendadak pada fasa pertama iaitu apabila wanita memasuki tenaga buruh.

Namun, fasa kedua berlaku penurunan apabila wanita berumahtangga dan membina keluarga dengan melahirkan anak.

Pada fasa ketiga berlaku kembali peningkatan kerana mereka memasuki semula sektor pekerjaan selepas melahirkan anak.

Beliau berkata, di Jepun dan Korea, contohnya, jumlah wanita memasuki sektor pekerjaan meningkat pada usia sekitar 25 hingga 29 tahun, bagaimanapun, jumlah itu kemudian menurun dan kembali meningkat apabila wanita mencecah usia 40-an.

“Bagaimanapun, senario ini berbeza di Malaysia. Pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan hanya meningkat pada fasa pertama tetapi menurun pada fasa kedua dan ketiga,” katanya.

Jika dilihat Laporan Bank Dunia mendapati, dua pertiga wanita dalam tidak bekerja kerana terikat dengan kerja rumah dan itu memberi gambaran dunia baru golongan itu hanya di rumah menguruskan rumah tangga dan anak.

“Situasi sama harus difikirkan negara untuk mengelak kepupusan wanita terutama yang berwibawa dalam sektor pekerjaan, pada masa depan,” dalam seminar bertajuk ‘Ke Arah Pasaran Buruh Lebih Inklusif: Menggalakkan Peningkatan Penyertaan Wanita’, anjuran Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP), baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kementerian Kanak-kanak, Kesaksamaan dan Sosial Norway, Arne Hole berkata, negara itu mengambil langkah proaktif dengan menggalakkan lebih ramai wanita menyertai membabitkan diri dalam pelbagai bidang.

Malah, wanita memberi sumbangan melebihi 15 peratus kepada Keluaran Negara Kasar (KNK), di Norway.

“Kira-kira 80 peratus wanita berusia antara 16 hingga 66 tahun terbabit dalam pasaran pekerjaan manakala 70 hingga 80 peratus bekerja tetap. Lebih menarik kerajaan negara itu memberi cuti bersalin sehingga 57 minggu kepada wanita manakala suami juga diberi cuti 12 minggu. Ini sebagai insentif menjaga kebajikan wanita, selain dapat memberi perhatian kepada anak dilahirkan.

Page 8: Isu Pekerjaan Bahas

“Antara inisiatif lain menyediakan Skim Insurans Kebangsaan melitupi aspek insurans kesihatan untuk setiap orang, faedah pengangguran, faedah hilang upaya, penjagaan hari tua dan pencen minimum,” katanya.

Penolong Wakil Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), James George Chacko berkata, sektor ekonomi tidak formal menjadi sumber utama pekerjaan penduduk di negara membangun, khususnya wanita.

“Namun, kajian menunjukkan 53 peratus wanita bekerja di sektor ‘rapuh’ termasuk bekerja di kedai atau ladang milik keluarga. Tanggungjawab seperti menguruskan kanak-kanak, warga tua kerja rumah, kewangan isi rumah juga selalu diuruskan wanita,” katanya.

INFO:

Laporan Pembangunan Manusia Asia Pasifik 2010 (AHDR) menganggarkan jika kadar penyertaan wanita meningkat ke 70 peratus, negara boleh meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara dua dan empat peratus.

12. Walaupun pelbagai inisiatif diberikan, bilangan wanita Malaysia yang bekerja dalam tenaga kerja formal kekal rendah iaitu di bawah 50% sejak sekian lama, manakala dalam ekonomi formal mereka berpendapatan kurang daripada lelaki di setiap peringkat spektrum pekerjaan, menurut Laporan Pembangunan Manusia Malaysia 2013.

13. Sejak 20 tahun lalu, kadar pekerjaan bagi wanita di Malaysia kekal di bawah 50%, 47.9% pada 2011 dan 49.5% pada 2012, berbanding kadar penyertaan tenaga kerja lelaki yang hampir 80%, kata laporan yang dirasmikan pada Selasa di Kuala Lumpur.

Ini merupakan kadar "luar biasa rendah" bagi penyertaan wanita dalam tenaga kerja, berbanding negara lain di rantau ini seperti Thailand (69.9%), Singapura (62.9%) dan Indonesia (53.3%) pada 2011, kata laporan itu.

"Kadar penyertaan tenaga buruh yang rendah juga bermakna daripada 9,555,700 wanita dalam kumpulan umur bekerja pada 2011, hanya 4,575,300 berada dalam golongan tenaga buruh," menurut laporan itu.

"Baki 4,980,400 – hampir 5 juta wanita, hampir dua kali ganda berbanding lelaki (2,009,900) – yang sepatutnya mampu mendapat pekerjaan secara rasmi dianggap sebagai tidak 'bekerja' atau ‘tidak mencari pekerjaan".

Laporan itu juga mengakui terdapat wanita yang melakukan kerja tidak berbayar dan juga menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat melalui peranan reproduktif dengan menjadi penjaga, atau melakukan kerja tidak formal lain.

14. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

Page 9: Isu Pekerjaan Bahas

14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15. Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

15. 17. Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.

18. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20. Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22. Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

Page 10: Isu Pekerjaan Bahas

25. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32. Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya.

33. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

Page 11: Isu Pekerjaan Bahas

35. Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36. Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38. Namun begitu sebaliknya, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41. Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah.

44. Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40.

NEXT

Page 12: Isu Pekerjaan Bahas

45. Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47. Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

Page 13: Isu Pekerjaan Bahas

54. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56. Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat.

57. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61. Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

Page 14: Isu Pekerjaan Bahas

62. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Page 15: Isu Pekerjaan Bahas

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63. Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Page 16: Isu Pekerjaan Bahas

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit.

1. Malaysia merupakan 10 negara teratas paling berdaya saing berbanding 58 ekonomi seperti mana yang dikeluarkan dalam World Competitiveness Yearbook 2010 (WCY 2010) oleh Institute Fo Management Development yang berpejabat di Switzerland.