wanita dan pekerjaan

27
GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAM WANITA DAN PEKERJAAN: SATU ANALISIS KONFLIK PERANAN I) Pengenalan Lima puluh tahun lalu, tempat wanita hanya di ceruk dapur. Dunia mereka semata-mata di rumah rumah. Di kelilingi ibu bapa, adik beradik dan yang berkahwin isteri dan keluarga mertua. Dari dapur rumah mereka bergerak keluar ke kebun, ladang getah, kelapa sawit dan lombong bijih untuk bekerja bagi menampung hidup keluarga. Ada masa terluang mereka mengikut suami ke mesyuarat kampung khusus berbincang mengenai keamanan dan kemasyarakatan hidup berjiran. Mereka diberi peranan menyediakan minuman dan sekeping dua kuih. Itupun dilakukan dengan gembira dan tekun. Kerana itulah permulaan mereka aktif. Ketika peperangan meletus pada 1947, mereka tersepit dalam sengsara. Namun itu semua ditempuh dengan tabah. Apabila perang tamat, ramai daripada mereka yang mula membuka mata. Peluang belajar semakin menyerlah. Kehidupan yang dulunya hanya di dapur telah berkembang. Anak perempuan mula dihantar ke sekolah. Mereka juga mula berjinak-jinak dengan aktiviti politik. Mulanya mengikut suami tapi kemudian turut memainkan peranan walaupun setakat menyediakan minuman dan makanan. Nama-nama besar Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ialah isteri kepada Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Dr Siti Hasmah belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya di Singapura bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. 1 MATRIK NO : 203090

Upload: musliha-ismail

Post on 06-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

wanita dan pekerjaan

TRANSCRIPT

GMGA 2033 ETIKA PENTADBIR AWAMWANITA DAN PEKERJAAN: SATU ANALISIS KONFLIK PERANAN

I) PengenalanLima puluh tahun lalu, tempat wanita hanya di ceruk dapur. Dunia mereka semata-mata di rumah rumah. Di kelilingi ibu bapa, adik beradik dan yang berkahwin isteri dan keluarga mertua.Dari dapur rumah mereka bergerak keluar ke kebun, ladang getah, kelapa sawit dan lombong bijih untuk bekerja bagi menampung hidup keluarga. Ada masa terluang mereka mengikut suami ke mesyuarat kampung khusus berbincang mengenai keamanan dan kemasyarakatan hidup berjiran. Mereka diberi peranan menyediakan minuman dan sekeping dua kuih. Itupun dilakukan dengan gembira dan tekun. Kerana itulah permulaan mereka aktif. Ketika peperangan meletus pada 1947, mereka tersepit dalam sengsara. Namun itu semua ditempuh dengan tabah. Apabila perang tamat, ramai daripada mereka yang mula membuka mata. Peluang belajar semakin menyerlah. Kehidupan yang dulunya hanya di dapur telah berkembang. Anak perempuan mula dihantar ke sekolah. Mereka juga mula berjinak-jinak dengan aktiviti politik. Mulanya mengikut suami tapi kemudian turut memainkan peranan walaupun setakat menyediakan minuman dan makanan. Nama-nama besar Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ialah isteri kepada Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Dr Siti Hasmah belajar di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya di Singapura bersama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara adik-beradik Dr Siti Hasmah ialah: Jenderal Bersara Tan Seri Hashim Muhammad Ali - Bekas Panglima Angkatan Tentera Tun Ismail Mohd Ali - bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, pengerusi PNB dan membawa 'balik' Guthtrie dari London ke Kuala Lumpur. Dato Ahmad Razali Mohd Ali - bekas Menteri Besar Selangor. Datin SalihaBeliau kini merupakan Canselor Universiti Multimedia (MMU).Proses industrialisasi dan urbanisasi telah meninggalkan kesan yang penting ke atas status dan peranan kaum wanita. Akibat daripada kedua-dua proses itu, lebih ramai kaum wanita yang mula bekerja di luar rumah pada umur yang masih muda lagi. Jelas di sini bahawa peluang-peluang pekerjaan yang baru itu telah memindahkan wanita dari ruang domestik'ke ruang swam "public" di rnana mereka memegang berbagai profesion di clalarn sektor-sektor industri, pentadbiran dan perdagangan. Perubahan-perubahan yang dialami oleh kaum wanita ini tidaklah pula mengurang atau mengubah peranan serta tanggungjawab mereka dalarn hidang dornestik. Apabila berkahwin, wanita dijangkakan dapat mmgendalikan urusan mmahtangga dan menjaga anak. Wanita yang sudah hrrkahwin dan yang bekerja di luar rumah rnendapati diri mereka terpaksa menggabungkan peranan tradisional mereka sebagai isteri dan ibu dengan peranan baru sebagai pekerja. Peranan di dalam bidang domestik dan awam ini lazimnya "demanding" dan memerlukan tenaga, masa dan perhatian. Besar kemungkinan wanita yang bergiat di dalam kedua-dua bidang ini mengalami konflik peranan memandangkan yang status dan peranan mereka di dalam ruang domestik dan awam ini dihalakan untuk mencapai matlamat-matlamat yang berbeza. Sepertimana yang sedia maklunm ahli dalam keluarga, seorang wanita yang telah berkahwin diharapkan dapat menjaga dan mendidik anak-anak di samping men,jadi teman kepada suaminya. Seorang anak perempuan pula diharap dapat menyumbangkan tenaga menolong ibunya di dapur dan mengasuh adik beradik yang masih kecil. Juga di dalam keluarga, seorang wanita dianggap sentiasa "tunduk" kepada lelaki tidak kira sama ada lelaki itu bapanya, suaminya ataupun saudara lelakinya. Pekerjaan di luar rumah sebaliknya, telah menemukan kaum wanita dengan orang-orang lain dan meletakkannya di dalam set jangkaan yang agak berlainan daripada yang dialaminya. Sebagai seorang pekerja, wanita perln menunjllkkan potensi yang sama dengan lelaki, boleh berdikari, bersikap tegas bila membuat sesuatu keputusan, mudah bergerak dan lain-lain lagi. Memandangkan yang kaum wanita kini mendapati diri mereka bergolak di dalam sistem jangkaan yang berbeza akibat daripada penglibatan mereka di dalam lapangan-lapangan domestik dan awam, artikel ini cuba mcmbicara dua fenomena yang berhubung rapat dt:ngan pengalaman-pengalaman kaum wanita yang bekerja.

ii) Penyataan Masalah

Pertama, konflik peranan yang mereka alami, sekiranya ada dan kedua cara bagaimana mereka mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat daripada konflik peranan tersebut. Analisis dan perbincangan di dalam artikel ini didasarkan kepada penemuan satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 1980 mengenai wanita Melayu profesional yang telah berkahwin dan tinggal di Kuala Lumpur dan sekitarnya Wanita tersebut berjumlah 100 orang kesemuanya, datang dari sepuluh kumpulan profesion (lihat Jadual I) dan berada dalam lingkungan umur 25 hingga 44 tahun. Kesemua wanita yang dikaji adalah lulusan universiti tempatan dan lusr negeri di mana 4. 4. Peratus daripada mereka mempunyai ijazah pertama 20 peratus memiliki ijazah pertama dan diploma lanjutan , 28 peratus ijazah sarjana dan 8 peratus lagi mrmpunyai ijazah doktol. Falsafah (lihat jadual 2) Selain dari itu, wanita yang dikaji mempunyai pengaraman kerja yang berbeza di mana 36 peratus telah bekerja di antara satu hingga tiga tahun, 47 peratus telah bekerja di antara tiga hingga sepuluh tahun sementara 17 peratus telah bekerja lebih dari 10 tahun.

JADUAL 1. Sampel Rambang Berstratifikasi Wanita Melayu ProfesionalProfesionBilangan

Ahli sains fizik2

Ahli sains hayat9

Akauntan Pegawai kewangan7

Doktor perubatan 2

Juruanalisa sistem-pengurusan/perangkaan 6

Jurutera 5

Pegawai tadbir 25

Pcguam1

Pensyarah30

Pegawai arkib dan pustakawan 13

JUMLAH 100

Melihat permasalahan dan peranan wanita, sebahagian besar masyarakat masih melihatnya melalui kacamata yang begitu subjektif. Wanita akan memandang permasalahan kaumnya dari sudut kewanitaannya, sedangkan lelaki dengan ukuran kelelakiannya, namun intipatinya, masing-masing memandang wanita hanya sebagai wanita dan walau seindah mana wanita mahupun lelaki memandang wanita daripada kepentingan masing-masing, selama itu pula permasalahan wanita akan tetap mengambang, tidak akan selesai.Kita tidak dapat menolak bahawa dalam faktanya, pada era globalisasi ini, wanita memang menghadapi masalah dan kita memerlukan pandangan yang bersih lagi jernih untuk menganalisis bagaimana permasalahan itu muncul. Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Pengenalan Globalisasi adalah ungkapan yang begitu popular sekarang ini. Istilah ini digunakan untuk hampir semua perkara yang berkaitan dengan ekonomi, sosial dan budaya. Namun maksud harafiah globalisasi ialah menjadikannya global. Penulisan tentang ekonomi menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkara yang dikaitkan dengan globalisasi: pasaran bebas, mencipta keuntungan, pengaruh institusi dan pasaran kewangan antarabangsa terhadap keutamaan dasar kebangsaan, peranan kecil kerajaan dan saiz belanjawan, penswastaan pelbagai fungsi yang dahulunya ditanggung oleh kerajaan (seperti bekalan air, tenaga, perubatan dan perkhidmatan pendidikan), penyusunan semula pelbagai aktiviti untuk memudahkan pelaburan yang memberi ganjaran terhadap inisiatif individu dan peningkatan peranan sektor swasta (Forum Dasar Global, 1998). Inilah amalan ekonomi bersifat kapitalistik-turbo yang diterima pakai pada dasarnya oleh negara maju. Kemajuan dalam teknologi komunikasi maklumat internet menjadikannya mustahil bagi mana-mana negara membebaskan dirinya daripada fenomena globalisasi. Justeru, globalisasi dilihat sebagai kuasa luaran yang datang dari barat atau negara maju yang boleh memberi kesan terhadap aktiviti ekonomi tempatan kita. Dasar pasaran terbuka adalah suatu cabaran kepada ekonomi tempatan kita kecuali kita boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih berkauliti dan infrastruktur kita pula lengkap dan pengurusan kita cekap. Ketidak tentuan pasaran kewangan berupaya dengan sekelip mata menjadikan kita lebih miskin, jika nilai saham di pasaran jatuh dengan mendadak. Penswastaan perkhidmatan beerti perbelanjaan pengguna. Kos sara hidup akan meningkat. Aktiviti ekonomi tidak diasingkan mahupun dipencilkan daripada dimensi kehidupan lain. Apapun, ekonomi merujuk kepada peraturan wang dan sumber di dalam sebuah negara terutama dari segi pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan. Globalisasi aliran dan dasar ekonomi amat jelas sekali mempunyai kesan terhadap sistem dan budaya di dalam negara.Dengan pengenalan ringkas mengenai globalisasi, kerta kerja ini memberi fokus kepada cabaran yang dihadapi oleh wanita, peranan yang boleh mereka mainkan dan tanggungjawab mereka. Kertas kerja ini berakhir dengan implikasi perbincangan terhadap peranan dan tanggungjawab wanita. Impak Globalisasi Terhadap Sosial Seiring dengan globalisasi ialah penggunaan teknologi tinggi moden yang mempertingkatkan kecekapan. Urusan boleh diselesaikan dengan lebih pantas, produktiviti meningkat berlipat ganda, dan tiada halangan kepada pengagihan produk dan perkhidmatan pada bila-bila masa dan di mana juga, suatu contoh mudah ialah penyerahan pizza ke pintu dengan hanya mendail nombor Pizza Hut. Dalam keadaan lain iklan dihantarkan kehadapan pintu yang memaklumkan orang ramai mengenai adanya produk yang sering dijual pada harga yang dikurangkan. Ia mengumpan orang ramai membeli produk ini. Dorongan untuk berbelanja sentiasa ada biarpun ia atas nama gaya hidup, keselesaan ataupun kualiti. Seterusnya, pasaran akan dipenuhi dengan semua jenis teknologi menggunakan ketuhar sebagai ganti kayu api untuk memasak bagi mengurangkan masa memasak sebanyak hampir 75 % daripada masa pernah diambil. Mesin basuh telah mengurangkan satu lagi beban kerja fizikal daripada banyak wanita. Tetapi pengurangan masa bagi aktiviti domestik ini tidak memberi kita lebih banyak masa untuk berehat. Sebaliknya kita penuhi masa kita dengan aktiviti lain seperti keluar bekerja. Satu-satu faktor yang menentukan sama ada kita menerima pakai penggunaan teknologi ini ataupun tidak, bergantung sama ada kita bekerja di luar rumah ataupun tidak dan mempunyai peruntukan dana yang mencukupi. Senario ini tentu sekali akan menjadi berbeza di kalangan wanita dari negara berstatus sosioekonomi yang lebih rendah atau di negara kurang membangun. Sifat semua aktiviti ekonomi berorientasikan keuntungan, akhirnya meningkatkan kos kehidupan. Penswastaan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, secara automatik akan membataskan akses kepada pelbagai aktiviti pendidikan dan budaya hanya kepada mereka yang kaya atau mewah. Jadi, hanya orang yang mewahsahaja akan mendapat faedah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Apabila situasi ekonomi jatuh, para pekerja dalam perbadanan multinasional atau sektor swasta diberhentikan dengan pampasan yang terhad, mungkin juga cukup untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga untuk beberapa bulan yang berikut.Peranan sebagai wanita boleh dilaksanakan dengan banyak cara bergantung pada kecenderungan, kecekapan, minat dan tentu sekali peluang mereka. Peranan biologi wanita sebagai seorang wanita akan tetap tidak berubah. Mereka mesti teruskan dengan proses pembiakan (penambahan) manusia. Ini bukan hanya untuk kehidupan manusia tetapi untuk membiarkan kita mengalami faedah, keseronokkan dan rahmat menjadi seorang wanita dan seorang ibu. Islam sebagai suatu cara hidup mengutamakan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan biarpun ia fizikal, intelektual, emosional, kerohanian, mahupun sosial. Sebagai contoh, wanita mengambil wuduk lima kali sehari dengan penuh kesedaran bukan hanya membersihkan diri kita secara fizikal tetapi membersihkan jiwa kita secara simbolik. Mereka memaaf dan melupakan demi memastikan yang kita bersih dari segi emosi. Peranan Biologi Sebagai Seorang Wanita Menurut banci penduduk tahun 2000, penduduk Malaysia sekitar 23 juta orang dengan 65.1 %Bumiputera, 49 % wanita dan tahap ubanisasi kurang daripada 40 % bagi negeri Perlis, Kelantan, Kedah dan Pahang. Nisbah wanita di Malaysia hampir 50 %. Angka ini hampir setengah daripada keseluruhan penduduk. Wanita adalah sumber manusia negara. Kita boleh dan harus bergantung pada kuasa wanita untuk membantu mengekalkan komitmen negara untuk menjadi negara perindustrian dan maju. Dari satu segi, Malaysia bernasib baik mempunyai sebilangan wanita dengan pendidikan di peringkat ketiga (tereiary) yang meneroka ke dalam pelbagai jenis profesion dan menjawat pelbagai jenis jawatan termasuk jawatan pengurusan tinggi.Wanita Malaysia, oleh itu boleh diharapkan untuk memainkan peranan bermakna apabila berhadapan dengan cabaran globalisasi. Apa yang kita perlukan ialah supaya semua orang bekerja secara kerjasama untuk menangani cabaran ini. Justeru, dengan cara itu bolehlah kita mengharapkan keselarasan dalam rentak tingkahlaku sosial rakyat Malaysia merealisasikan matlamat pembangunan negara. Dengan peranan biologi itu, wanitalah yang akan mengandungkan anak. Bagaimanapun perindustrian, pendidikan dan kelayakkan yang lebih baik telah menarik wanita untuk menyertai tenga kerja. Tentu sekali ini mempunyai kesan terhadap kehidupan keluarga. Peranan ini kelihatan janggal antara satu sama lain. Juga tidak mudah bagi wanita yang benar-benar berminat dalam kedua-dua kerjaya dan kehidupan keluarga meninggalkan salah satu daripadanya. Tambahan pula tidak semua wanita boleh berhenti kerja tetapi semua kanak-kanak memerlukan penjagaan yang baik. Pengasuh anak yang diamanahkan penjagaan anak-anak mereka oleh ibu adalah orang yang sangat penting bagi anak-anak kita. Kita perlu pastikan yang khidmat penjagaan kanak-kanak terus memenuhi standard bagi pembesaran dan perkembangan awal alam kanak-kanak yang teratur. Bagaimanapun, suami dan isteri tidak boleh mengabaikan peranan mereka sebagai ibubapa. Paling tidak yang boleh mereka lakukan ialah memastikan bahawa mereka menjadi model contoh untuk anak-anak mereka terutama dalam mengekalkan hubungan suami isteri yang baik. Tahap hubungan antara pasangan mesti menggambarkan kasih sayang dan hormat menghormati antara satu sama lain. Cara pasangan melayan dan berinteraksi antara satu sama lain boleh memberi kesan kepada kestabilan dan keselamatan emosi dalam diri kanak-kanak kerana ciri-ciri tersebut sangat penting bagi pembangunan keperibadian normal kanak-kanak itu. Dengan menyelesaikan masalah-masalah emosi itu, kita dapat mengharapkan anak-anak kita membesar dan berkembang dengan baik dalam aspek lain keperibadian mereka. Sungguh membimbangkan bagi kita untuk melihat pasangan muda yang bercerai hanya selepas dua tahun berkahwin. Kanak-kanak dinafikan kasih sayang ibubapa, kemesraan dan perhatian. Keperitan hidup dengan ibu atau bapa tunggal atau tanpa ibubapa adalah berpanjangan. Masyarakat cenderung mempunyai lebih banyak individu bermasalah apabila anak-anak kecil ini membesar menjadi remaja dan orang dewasa. Mungkin ibubapa masa kini untuk memainkan peranan mereka secara berkesan. Mereka memerlukan kaunseling dan bimbingan ketika ikatan kasih mereka masih kuat dan bukannya ketika penceraian akan berlaku. Kursus mengenai perkahwinan diberikan kepada pasangan yang akan berkahwin. Mungkin juga lebih baik jika pasangan ini juga diberikan kursus mengenai keibubapaan yang berkesan dan bermakna. Lembaga Penduduk Dan Perancangan Keluarga Malaysia (LPKM) mempunyai objektifnya mengukuhkan institusi keluarga dengan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi dan membangunkan serta mempromosi program keluarga dan keibubapaan dengan matlamat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab. Semoga ibubapa muda kita akan bertindak pantas dan menyokong usaha yang diambil oleh lembaga untuk memastikan institusi keluarga di Malaysia kukuh dan kanak-kanak di Malaysia gembira dan sihat sejahtera.Sebagai Pemeliharaan Budaya Dan Persekitaran Islam Globalisasi aliran dan dasar ekonomi mempunyai kesan terhadap sistem sosial dan budaya di dalam negara. Ini termasuklah kemasukan budaya Barat yang terdiri daripada makanan segera, perlumbaan Formula 1 menerusi program budaya dan sukan di TV melalui satelit. Penggunaan bahasa Inggeris dipromosikan secara hebat dan ini menjadikan penggunaan bahasa tempatan, iaitu Bahasa Malaysia kurang berfungsi. Akar budaya keagamaan Bumiputera bagi gaya hidup kita akan digantikan oleh elemen-elemen asing apabila kita mengizinkan diri kita sendiri didedahkan pada maklumat dan pengaruh asing tersebut. Kita mungkin boleh menerima gaya pakaian moden dengan syarat tidak melanggar batas syariah iaitu menutup aurat. Apa yang lebih mengancam ialah kemasukan nilai bukan Islam ke dalam masyarakat kita terutama di kalangan pera belia dan kanak-kanak- kehidupan bebas antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram seperti kebebasan menzahirkan perasaan seperti berpelukkan dan berkucupan di tempat awam cara hidup yang sangat kebendaan dan individualistik. Nilai yang disebarkan adalah kehidupan bagi yang paling layak, kesombongan hingga kepada tingkahlaku lucah apabila cuba mengatasi orang lain, menerima pakaicara hidup berseronok bagi kehidupan seperti hiburan dan sukan.Dalam 30 tahun yang lalu, kaum perempuan telah melangkah begitu jauh. Kehidupan kita lebih mulia dan bernilai daripada dahulu, tetapi kehidupan kita juga begitu susah percanggahan-percanggahan yang dihadapi oleh kaum perempuan tidak pernah sebegini menyakitkan. Di setiap penjuru, perempuan yang tidak bersuara mengalami kesengsaraan tanpa akhir, kepedihan dan kesakitan dalam sistem dunia yang mewujudkan berbilion-bilion orang yang kalah bagi beberapa orang pemenang. Ia sudah tiba masanya untukmenjadi marah sekali lagi.Globalisasi telah membawa kesan-kesan yang begitu negatif bagi kaum perempuan dan kanak-kanak sehingga beberapa orang pengulas berkata bahawa globalisasi adalah sama dengan kaum lelaki. Mereka menunjukkan cara kaum perempuan merana akibat polisi-polisi Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, apabila perkhidmatan awam dipotong dan mereka terpaksa menjaga mereka yang sakit, kurang bernasib baik dan saudar-mara yang tua, sambil mencari pendapatan. Tetapi globalisasi boleh juga dikatakan sama dengan perempuan. Peluasan kapitalisme ke merata dunia telah bergantung kepada kemasukan berjuta-juta orang perempuan ke dalam tenaga pekerja, yang secara tradisional telah bergantung kepada suami-suami dan saudara lelaki. Globalisasi telah membawa kesan-kesan yang bercanggah bagi kaum perempuan. Mereka yang menyamakan globalisasi dengan jantina lelaki memang betul untuk menunjukkan bagaimana peranan perempuan dalam pengeluaran dan keluarga bermaksud mereka mengalami kesengsaraan yang lebih akibat agenda neo-liberal tetapi itu hanyalah sebahagian daripada ceritanya. Ia juga telah membawa kebebasan bagi kaum perempuan, terutamanya bagi mereka yang hidup di negaranegara konservatif seperti Indonesia, Ireland dan Negara Thai, di mana kaum perempuan dapat hidup dengan bebas, dari segi ekonomi, dari kaum lelaki dan sekurang-kurangnya mempunyai pilihan terhad dalam kehidupan peribadi mereka. Akhirnya, dengan membawa kaum perempuan ke dalam tenaga pekerja, globalisasi telah memberikan kaum perempuan kuasa yang tidak dipegang pada masa dahulu iaitu kuasa untuk mengakhiri sistem yang menjana kemiskinan, pengeksploitasian dan penindasan.Semenjak gerakan perempuan berhenti berjuang untuk kebebasan dan bermula berusaha untuk kesama-rataan, dengan menyasarkan Kesatuan Eropah, Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu dan Bank Dunia, ia telah mengabaikan kaum perempuan. Ia mengabaikan mereka kepada kesama-rataan kemiskinan dan gaji rendah bersama juga dengan kaum lelaki, dibebankan oleh jagaan kanak-kanak yang buruk dan keselamatan ubat pencegah kehamilan dan pengguguran yang tidak selamat. Gerakan anti-kapitalis sedang menentang ketidaksamarataan asas dalam masyarakat iaitu di antara mereka yang kaya dan merekayang miskin dan ini menunjukkan jalan kembali kepada perjuangan bagi kebebasan perempuan, perjuangan untuk menumbangkan kapitalisme global dan membina kesama-rataan benar dalam sebuah dunia yang adil.iiii) Objektif kajian Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah mengenal pasti cabaran yang di hadapi oleh wanita bekerjaya dalam menguruskan rumahtangga serta mengenalpasti cara-cara mengatasi cabaran yang di hadapi wanita yang bekerja rumahtangga. Persaingan perniagaan yang wujud dalam pasaran global sememangnya sengit. Disamping peluang perniagaan yang mungkin dapat direbut, wanita juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kerajaan pada peringkat negeri atau pusat mengambil pelbagai langkah bagi memastikan peniaga wanita tidak terkeluar dari arus persaingan global.Oleh kerana kajian ini adalah kajian awalan dan data yang didapati adalah dari sampel yang kecil, maka sebarang penemuan yang didapati tidaklah dapat digunakan untuk membuat sebarang generalisasi. Kajian ini juga hanya melihat satu aspek konflik yang dialami oleh wanitayang bekerja, sedangkan konflik peranan yang dihadapi oleh wanlta yang bekerja mempunyai hubungan secara langsung dengan angkubah-angkubah lain yang terdapat dalam kehidupan famili. Angkubah-angkubah itu ialah seperti suami, anak-anak bahkan juga para majikan mereka. Oleh yang demikian, satu kajian yang lebih menyeluruh berhubung dengan konflik peranan yang dialami oleh wanita terutamanya wanita yang bekerja, perlu juga mengambilkira angukubah-angkubah yang telah disebutkan itu. Walau bagaimanapun secara umum kajian ini diharapkan dapat membuka jalan kepada kajian-kajian yang selanjutnya dan juga dapat menambahkan pemahaman mengenai masalah wanita khususnya wanita Melayu professional yang sudah berkeluarga.

iv) Metodogi Kajian Berdasarkan penemuan-penemuan kajian, sebahagian besar wanita yang dikaji mengalami konflik oleh kerana :'structurdly imposed demands", "personal role conception" dan "role behaviour" seperti yang disebutkan oleh Levinson (1959). Wanita yang mengakui mengalami koflik berkata bahawa mereka mendapati agak sukar bagi mereka memenuhi tuntutan peranan yang telah ditentukan oleh masyarakat dari segi tingkahlaku yang wajar dan yang diharapkan daripada seorang yang menduduki status tertentu. Konflik begini biasanya berlaku bagi pasangansuami isteri yang bekerja. Siisteri misalnya menghadapi masalah berada didua tempat pada masa yang sama atau melaksanakan dua tugas pada masa yang sama. Tegasnya wanita itu mbnghadapi masalah semasa melaksanakan peranan sebagai pekerja dan peranan, sebagai isteri dan ibu. Masalah ini ada dijelaskan oleh responden-responden apabila mereka membuat kenyataan-kenyataan berikut:

"Saya tidak pasti sama ada perlu rnengikut suami saya apabia dia ada tugas di luar daerah. Biasanya dia rnenghendaki saya rnengikutnya bersama a. Walaupun saya dapat mengambil cuti tapi saya rnernpunyai tugas-tugas di pejabat yang perlu saya ambil tindakan. Kadangkala saya terpaksa gandakan kerja saya kerana hendak bercuti dan mengikut suaminya saya. Adakalanya saya tidak dapat rnengikutnya kerana kerja yang banyak." (responden R)

"Saya rnenghadapi masalah bila terpaksa ke luar negeri kerana urusan pekerjaan. Selalunya ibu atau ibu rnertua saya tinggal bersama anak-anak dan suami saya."(responden Z)

"Biasanya saya menghadapi konflik sebagai ibu dan pekeja dan tidak sangat sebagai isteri. Adakalanya saya tidak boleh cuti walaupun anak saya sakit."(responden S)

"Saya tidak mempunyai pembantu rumah atau saudara mara lain yang tinggal bersama. Oleh itu saya menghadapi masalah untuk menyediakan penjagaan anak, terutamanyasewaktu lepas sekolah."(responden F)

Satu cara mengatasi konflik yang disebabkan oleh tuntutan peranan yang telah ditentukan oleh masyarakat ialah dengan membuat pendefinisian semula peranan berkenaan. Strategi ini hampir sama dengan konsep "role bargain" yang telah dikemukakan oleh Goode (1960). Satu pendekatan yang telah digunakan oleh responden-responden ialah menghadkan masa tertentu untuk peranan tertentu. Ini jelas kelihatan di dalam kenyataan-kenyataan berikut:

"Saya terlalu sibuk dengan pekerjaan. Oleh itu selepas masa pejabat, saya menyelesaikan urusan rurnahtangga seperti menyediakan makan malam, memilih pakaian untuk dibasuh dengan mesin basuh. Setelah itu saya melayan an&-anak kerana seharian saya tinggalkan mereka pada penjaga. Sebab kesuntukan masa, kadang-kadang saya tidak mempunyai masa untuk membaca akhbar atau majalah apa lagi menumpukan perhatian kepada hobi yang sudah lama saya tinggalkan.(responden K)Satu lagi strategi yang digunakan oleh responden-responde bersama- sama dengan strategi pertama tadi ialah dengan cara mengagihkan tugas-tugas mereka kepada orang lain atau berkongsi tugas-tugas itu dengan orang lain. Rapoport and Kapoport (1976) telah mengburaikan bagaimana kaedah ini telah membukajalan kepada pasangan suami isteri untuk bekerja di luar rumah. Tugas-tugas yang biasa diserahkan kepada orang lain atau dibuat bersama ialah membersih rumah, mencuci pakaian dan menjaga anak. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan didapati bahawa urusan rumahtangga tidaklah begitu membebankan. Ini ialah kerana kerja rumah telah dikongsi dengan pembantu mmah dan responden sendiri. Umpamanya, 37 peratus daripada responden menyatakan babawa kerja-kerja mencuci pakaian diiakukan oleh pembantu rumah, sementara 18 peratus daripada responden memberitahu yang mereka melakukannya bersama-sama suami. Hakikat ini telah disebutkan oleh responden seperti berikut:

"Masalah yang saya hadapi tidaklah begitu berat kerana saya mempunyai pembantu rumah. Di samping itu juga saya menggunakan kemudahan-kemudahan peralatan modrn seperti mesin basuh. Saya juga merencanakan jadual waktu untuk peranan tertentu."(respanden Y)

Ada responden yang menyebut mereka dibantu oleh anak-anak seperti berikut:

"Saya mengadakan projek khas bersama anak-anak saya seperti menyuruh merekamengemaskan bilik tidur mereka sendiri dan membersih rumab."(responden K)

Ataupun,

"Saya menganggap hahawa konflik peranan ini sebagai suatu yang tidak dapat dielakkan. proses penyesuaian mengambil masa yang lama dan memerlukan kejasama dari suami. Kemudahan-kemudahan tambahan scperti "labour saving devices" memang menolong saya."(responden S)

Sementara yang lain menyebut

"Saya menghadapi masalah menyediakan penjagaan anak. Di tempat saya tinggal tidak ada institusi khas yang menyediakan pengasuhan untuk an&-anak. Apa yang ada ialah penjagaan aleh famili atau "family care". Oleh kerana anak saya masih kecil dan tidak sesuai untuk tadika - saya terpaksalah menghantar an& saya ke famili berkenaan sebelum saya pergi kerja dan mengambil selepas pejahat." (responden M)

v) Analisis Kajian

Pola pembahagian tugas dalam mmahtangga di antara ahli-ahli dalam keluarga yang ditemui dari kajian yang telah dilakukan memperlihatkan persamaan dengan penemuan-penemuan dari kajian-kajian yang telah dilakukan di barat oleh Safilios-Rothschild (1970) dan Holmstorm (1972). Safdios-Rothschild berkata bahawa penyibaran peranan di antara suami dan isteri tidak penting jika isteri juga berpendapatan tinggi. Ini kerana pasangan itu lazimnya mampu mengupah orang lain untuk membuat kerja rumah. Holmstrom pula mendapati bahawa wanita professional menerima sebahagian pertolongan daripada suami tetapi ramai yang bergantung kepada pembantu mmah. Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang telah dikemukakan oleh responden jelaslah bahawa strategi lain yang diamhil oleh responden ialah menggunakan kemudahan-kemudahan peralatan moden seperti mesin basuh, mengupah orang lain membersih halaman, membeli kueh muih dan makanan yang sudah siap, makan di restoran, membeli pakaian siap atau menghantar baju kepada tukang jahit. Dari data yang dikumpulkan, kira-kira 40 peratus responden-responden mengakui bahawa kerja mencuci pakaian telah diambilalih sama ada oleh pembantu mmah atau mesin basuh. Sernentara itu, 21 peratus daripada responden telah mengupah orang lain untuk membersih halaman, dan 37 peratus responden menyebut bahawa mereka tidak memhuat kuih muih sendiri tetapi sebaliknya membeli atau dibuat oleh pembantu rumah. Konflik jenis kedua yang dialami oleh responden ialah yang berkaitan dengan konsepsi seseorang tentang peranan mana yang harus ditekankan. Tindakbalas kepada masalah ini ialah dengan cara mendefinisikan semula peranan "personal role redefinition". Salah satu caia yang biasa digunakan untuk mengatasi konflik yang timbul kerana faktor itu ialah dengan mengaturkan prioriti di antara tugas-tugas mana yang hams dimainkan. Ini dijelaskan oleh responden yang berkata bahawa:

"Biasanya saya mengalami konflik sebagai ibu dan pekerja dan tidak sangat sebagai isteri. Adakalanya saya tid& holeh cuti walaupun anak saya sakit kuat. Bila ini berlaku saya terpaksa meminta bantuan suami saya untuk menjaga anak (responden S)

Ada pula responden-responden yang menjelaskan dengan berkata,"Saya tidak mempunyai pembantu rumah atau saudara mara lain yang tinggal bersama-sama. Oleh itu saya menghadapi masalah menyediakan penjagaan anak, terutamanyaa sewaktu lepas sekolah. Anak saya tinggal bersendirian selepas waktu sekolah. Untuk memastikan dia selamat saya sentiasa huhungnya melalui telefon." (responden F)Satu lagi tindakbalas terhadap konflik yang timbul kerana tuntutan peranan adalah dengan cara mengambil pendirian bahawa konflik peranan merupakan suatu kenyataan yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan. Oleh kerana itu apa yang dapat dibuat oleh seseorang yang menghadapi konflik ini malah cuma berharapkan agar konflik akan berkurangan mengikut masa. Maklumat yang didapati dari pertanyaan-pertanyaan yang dikemukakan kepada responden-responden mengenai pembahagian peranan dalam rumahtangga, menunjukkan ramai di antara mereka yang mengambii pendekatan ini. Berdasarkan penemuan-penemuan kajian jelas bahawa ketiga-tiga strategi penyesuaian yang diutarakan oleh Levinson itu telah digunakan oleh responden untuk mengatasi konflii peranan. Ketiga-tiga cara ini saling berhubungan dan bertindan lapis di antara satu sama lain.

vi) CADANGAN PENYELESAIAN

Dasar kerajaan terhadap kesaksamaan gender dan tentang kepentingan wanita dan keluarga dalam arus pembangunan Negara jelas ditunjukkan melalui pelbagai rancangan lima tahun, khususnya Rancangan Malaysia Ke-8 (RMKe-8) dan Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9). Rancangan-rancangan ini berusaha menangani isu berkaitan gender dan wanita bagi membolehkan wanita menggunakan potensi mereka sepenuhnya dan melibatkan diri dengan lebih berkesan sebagai rakan dalam pembangunan bersama-sama dengan kaum lelaki selaras dengan prinsip Islam Hadhari. Melalui pelbagai rancangan itu, kekangan perundangan dan institusi yang menghalang penyertaan wanita yang lebih besar dalam bidang ekonomi dikaji semula untuk menggalakkan penglibatan yang aktif serta menyumbang kepada kemajuan Negara yang lebih baik. Penekanan diberikan bagi memperkasa wanita dengan menyediakan akses yang lebih baik kepada pendidikan dan program meningkatkan kemahiran serta melibatkan wanita dalam proses membuat dasar.VII) KESIMPULAN Sebagai rumusan, kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa wanita yang dikaji menghadapi kesuntukan masa dalam melaksanakan perananperanan sebagai isteri, ibu dan pekerja sekaligus. Sungguhpun brgitu tidaklah bermakna bahawa konflik peranan yang mereka hadapi sangat serius dan meluas. Rata-ratanya mereka dapat menyediakan system sokongan untuk mengurang atau menghindarkan konflik daripada berpanjangan. Dalam melaksanakan peranan sebagai pekerja umpamanya, wanita yang dikaji cuba menentukan masa yang tertentu untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan profesion mereka. Mereka juga memastikan agar masa bekerja tidak melampaui masa yang diperlukan untuk keluarga. Selain dari wanita ini juga tidak membawa balik urusan pejabat ke rumah. Kemampuan mereka membuat penyesuaian itu juga adahubungan rapat dengan taraf pendidikan mereka dan suami mereka. Suami mereka mempunyai pendidikan tinggi dan oleh itu mempunyai pandangan yang lebih terbuka tentang masalah dari pelbagai peranan yang dipegang oleh para isteri mereka. Selain dari itu pendapatan tinggi yang diperolehi oleh wanita ini memungkinkan mereka menyediakan "labour saving devices" atau membayar perkhidmatan pembantu rumah. Saiz keluarga wanita yang dikaji juga adalah kecil dan ini memudahkan mereka untuk menguruskan keluarga. Tidak kurang juga penting ialah hakikat bahawa wanita-wanita ini mempunyai ibu-ibu yang juga bekerja. Dalam apa jua bidang yang diceburi, wanita terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam menghadapi abad ke-21 , temyata cabaran menjadi semakin meningkat. Pada tahap ini, masalah modal dan bentuk-bentuk halangan yang lain tidak boleh lagi dijadikan alasan oleh peniaga wanita untuk tidak turut serta dalam persaingan global. Wanita tidak boleh lagi bergantung kepada kerajaan. Pembukaan pasaran global menuntut para peniaga sentiasa bersikap proaktif dan berusaha meningkatkan kualiti produk dan memasarkannya pada harga yang kompetitif. Matlamat ini hanya dapat dicapai sekiranya wanita berusaha secara bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam memenuhi tuntutan cabaran globalisasi. Justeru perlu wujud satu anjakan ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan sekiranya wanita ingin berdaya saing dalam pasaran global. Anjakan sebegini penting kerana ia boleh menghasilkan produk yang bermutu yang sekali gus mencerminkan juga aplikasi i1mu pengetahuan yang dipelajari.

VIII) RUJUKAN

Abu Hassan Othrnan 1972. "Struktur famili dan tingkahlaku kekeluargaan di Selernak:Satu kajian kes, Akodmiko, No. 1 , Julai, 15 - 41.Banton, M. 1965. Rolo, London: TavistockBott, E. 1957. Fmily and Social Network, London: TavistockBoserup, E. 1970. Wormnr Role in Economic Deuclopmenf, London Allen and UnwinEpstein, C.F. 1970. Woman's Place. Berkeley: University of California Press.Fatimah Abdullah. 198213. Wanita Melnyu don Pckqaan Sofu Analiris Konflik Peranon. TesisSarjana Sastera, UKM.Goode, J.W. 1960. "The theory of role strain", Amriccn Socioloxicnl Rcoiew, 25.Hall, D.T. 1972. "A model for coping with role conflict: the role behaviour of collageeducated women". Adminirtrafivc Scicncc Quarterly, 17.a n dHa ll, F.S. 1979. 77u Tw Caren Couples, Phillipines: Addison Wesley Publication.Holmstrom. L.L. 1972. f i e Two Carcn Family, Cambridge Mass: S~kenmanHomer, M.S. and Walsh, M.R. 1974. "Psychological Barriers to success in women" dalamKundsin, R.B. Womm and Success. New York: William Morrow Co.Jackson, J.A. (ed.) 1972. Rolc, Cambridge: Cambridge at the University PressLinton, R. 1936. Thc Sludy of Man. New York: Appleton Century.Mandersan, L. 1980. Wanita Polilik don Pmbohon, K. Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.Mazidah Zakaria. 1890. "Sikap dan nilai masyarakat mengenai pergerakan wanita". h nBudnyo, Ogos.Oakley, A. 1974. Hournoifc, London: Penguin Books. 1 MATRIK NO : 203090