sukaneka pelajar pmr

Upload: thy93dont90

Post on 08-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Masa Aktiviti

0730-0750 am Pelajar berkumpul Pelajar berada di dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru. Ice breaking Bermain dengan ruang.

0750-0900 am Aktiviti sukaneka dimulakan.1. Belon di kaki 2. Ikatan kasih.(tali)3. Hoki leret4. Belon berair.5. Baldi berair (lumba)6. Bola jaring.7. Lumba ikat kaki.8. Mencari harta karun.9. Isi air di dalam botol.10. Lari bawa bola ping pong.

0900-0940 am Explorace

0940-0950 am Acara pemberian hadiah kepada kumpulan pemenang. Pelajar bersurai Tamat

Maklumat setiap permainan sukaneka.1. Belon di kaki Pelajar di minta mencari pasangan masing-masing. Setiap pasangan diberikan satu belon. Seorang pelajar dari pasangan perlu mengikat belon tersebut di kaki. Pasangan yang tidak diikat dengan belon perlu menjadi penghalang supaya pihak lawan tidak memecahkan belon mereka. Permainan menggunakan ruang yang telah disediakan oleh guru. 5 pasangan yang masih tinggal dikira sebagai pemenang .2. Ikatan kasih (tali) Pelajar diarahkan untuk mencari pasangan masing-masing. Setiap pasangan akan diberikan 2 tali. Pasangan cuba untuk memisahkan mereka dari ikatan tersebut. Masa yang diberikan adalah terhad. 5-10 pasangan yang Berjaya akan dikira sebagai pemenang.3. Hoki leret Pelajar berada di dalam kupulan yang telah ditetapkan. Pelajar akan meleret dan mengelecek bola melalui kon yang berada di hadapan. Setelah sampai di hujung kon, pelajar akan mencuba untuk memasukkan bola ke dalam baldi yang berada di hadapan pelajar tersebut. Sekiranya tidak masuk ke dalam baldi, pelajar harus kembali dan memberi peluang kepada pelajar lain yang berada di dalam kumpulan masing-masing untuk mencuba. Pemenang dikira dari bola yang telah masuk ke dalam baldi.4. Belon berair. Setiap kumpulan akan diarakan untuk membuat satu barisan panjang. Jarak antara pelajar haruslah jauh. Guru harus memerhatikan jarak antara setiap pelajar di dalam kumpulan. Pelajar yang berada di hadapan, akan membaling belon kepada pelajar di belakang dan perlu ditangkap menggunakan tangan. Setiap kumpulan disediakan 10 belon. Setelah selesai acara, guru akan mengira belon dapat dikumpul oleh setiap kumpulan. Belon yang paling banyak terkumpul dikira sebagai pemenang.

5. Baldi berair.(lumba) Pelajar berada di kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan disediakan satu baldi yang diisi penuh dengan air. Kerjasama diantara kumpulan sangat diperlukan untuk memastikan baldi tersebut dapat dibawa ke garisan penamat. Pelajar harus duduk dan mengangkat baldi tersebut dengan menggunakan hujung kaki.

6. Bola jaring. Guru akan menghadkan masa sebanyak 3 minit untuk setiap kumpulan menjaringkan bola ke dalam jaring. Pelajar yang membaling wajib berada di dalam bulatan yang telah disediakan oleh guru. Mata dikira melalui bola yang masuk ke dalam jaring.

7. Lumba ikat kaki Setiap kumpulan perlu mencari pasangan masing-masing. Satu kaki setiap pasangan akan diikat sebelum memulakan larian. Kumpulan yang dahulu menamatkan larian akan dikira sebagai pemenang.

8. Mencari harta karun. Pelajar berada di dalam kumpulan masing-masing. Pelajar perlu mengambil gula-gula di dalam pinggan yang telah diisikan penuh dengan tepung. Pelajar harus menggunakan mulut untuk mengambil gula-gula tersebut. Seorang pelajar harus mengambil gula-gula tidak lebih dari satu biji. Kumpulan yang Berjaya mengumpul gula-gula mengikut jumlah yang ditetapkan dikira sebagai pemenang. Setiap pelajar didalam kumpulan wajib terlibat.

9. Isi air di dalam botol. Pelajar berada di dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan disediakan satu span dan satu botol kosong. Masa permainan adalah 3-5 minit. Setiap kumpulan harus mengisi air di dalam botol dengan menggunakan span yang telah diberikan oleh guru. Baldi yang telah diisi penuh dengan air juga disediakan kepada setiap kumpulan. Setelah masa tamat, pelajar perlu berhenti. Guru akan memerhati botol setiap kumpulan. Pemenang dikira mengikut air yang telah diisikan ke dalam botol tersebut.

10. Lari bawa bola ping pong Pelajar berada di dalam kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan disediakan 10 sudu plastik dan satu biji bola ping pong. Bola ping pong haruslah berada di dalam sudu ketika berlari. Sudu juga haruslah diletakkan di mulut sebelum memulakan larian. Sekiranya bola jatuh pelajar harus mengambil kembali bola tersebut dengan menggunakan sudu yang berada di mulut. Kumpulan yang berjaya menghabiskan pusingan dikra sebagai pemenang.

Alatan Bil.Alatan Jumlah

1Tali

2Kayu hoki

3kon

4Bola hoki

5Bola jaring

6Tepung

7Gula-gula

8Span

9Botol mineral

10Baldi

11Sudu plastik

12Bola ping pong