sukan forum 3

2
Sukan forum 3 (CHAN ) 31/10 due Huraikan kepentingan pukulan kilas dalam permainan skuasy. 1) Peri 20/10 Di dalam permainan skuasy, terdapat pelbagai jenis kemahiran pukulan yang perlu dikuasai oleh pemain. Antara pukulan yang terdapat dalam permainan skuasy ialah pukulan kilas atau backhand. Kemahiran pukulan kilas atau backhand terbahagi kepada tiga teknik iaitu: pukulan kilas atas kepala (overhead backhand) pukulan sisi kilas(foreswing backhand ) pukulan bawah kilas (underswing backhand ). Lazimnya, pukulan kilas atas kepala tidaklah sekuat pukulan hadapan (forehand ) kerana pukulan kilas tersebut dibatasi oleh sendi bahu berbanding dengan pukulan hadapanyang mempunyai julat pergerakan yang sangat luas. Untuk membuat pukulan backhand yang kuat, anda boleh menggunakan raket skuasy yang dihayun ke depan dan kebelakang mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Di samping itu,disaran juga mengamalkan penggunaan dum bell sebagai alat sokongan untuk menguatkan pergelangan jari. Dengan kekuatan ini, ia akan memudahkan latihan pukulan menggunakan raket skuasy. Latihan hayunan ini hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Namun, ianya tidak semestinya dilakukan di gelanggang skuasy sahaja tetapi boleh dilakukan di mana-mana sahaja tempat yang sesuai. Kemahiran pukulan kilas dalam permainan skuasy amat penting untuk mengeliru dan mematikan langkah pihak lawan. Seorang pemain skuasy perlu memiliki kemahiran pukulan kilas yang mantap untuk membolehkannya beraksi dengan baik dan mampu menyaingi atau menundukkan pihak lawan kerana ia merupakan salah satu senjata utama dalam memerangkap pihak lawan. 2) Chan yan hun 19/10 Skuasy ialah permainan sukan raket yang dimain oleh dua atau empat pemain di dalam gelanggang tertutup dengan memukul bola ke dinding, di mana pemain lawannya akan mengambil bola yang melantun kembali. Pukulan kilas pula ialah satu daripada pukulan dalam permainan skuasy yang dilakukan dengan mengayun tangan dari sisi badan bahagian yang tidak memegang raket kemudian menuju ke depan atau menggunakan bahagian belakang raket untuk

Upload: julia-tan

Post on 30-Jun-2015

374 views

Category:

Internet


4 download

DESCRIPTION

12

TRANSCRIPT

Page 1: Sukan forum 3

Sukan forum 3 (CHAN ) 31/10 due

Huraikan kepentingan pukulan kilas dalam permainan skuasy. 

1) Peri 20/10

Di dalam permainan skuasy, terdapat pelbagai jenis kemahiran pukulan yang perlu dikuasai oleh pemain. Antara pukulan yang terdapat dalam permainan skuasy ialah pukulan kilas atau backhand.

Kemahiran pukulan kilas atau backhand  terbahagi kepada tiga teknik iaitu:

pukulan kilas atas kepala (overhead backhand) pukulan sisi kilas(foreswing backhand )

pukulan bawah kilas (underswing backhand ). 

Lazimnya, pukulan kilas atas kepala tidaklah sekuat pukulan hadapan (forehand ) kerana pukulan kilas tersebut dibatasi oleh sendi bahu berbanding dengan pukulan hadapanyang mempunyai julat pergerakan yang sangat luas. Untuk membuat pukulan backhand yang kuat, anda boleh menggunakan raket skuasy yang dihayun ke depan dan kebelakang mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Di samping itu,disaran juga mengamalkan penggunaan dum bell sebagai alat sokongan untuk menguatkan pergelangan jari. Dengan kekuatan ini, ia akan memudahkan latihan pukulan menggunakan raket skuasy.

Latihan hayunan ini hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Namun, ianya tidak semestinya dilakukan di gelanggang skuasy sahaja tetapi boleh dilakukan di mana-mana sahaja tempat yang sesuai. Kemahiran pukulan kilas dalam permainan skuasy amat penting untuk mengeliru dan mematikan langkah pihak lawan. Seorang pemain skuasy perlu memiliki kemahiran pukulan kilas yang mantap untuk membolehkannya beraksi dengan baik dan mampu menyaingi atau menundukkan pihak lawan kerana ia merupakan salah satu senjata utama dalam memerangkap pihak lawan.

2) Chan yan hun 19/10

Skuasy ialah permainan sukan raket yang dimain oleh dua atau empat pemain di dalam gelanggang tertutup dengan memukul bola ke dinding, di mana pemain lawannya akan mengambil bola yang melantun kembali.

       Pukulan kilas pula ialah satu daripada pukulan dalam permainan skuasy yang dilakukan dengan mengayun tangan dari sisi badan bahagian yang tidak memegang raket kemudian menuju ke depan atau menggunakan bahagian belakang raket untuk memukul bola dan tapak tangan pemain membelakangi bola. Pukulan ini lebih sukar dipelajari dan selalunya menjadi kelemahan sesetengah pemain. Walau bagaimanapun sekiranya seseorang pemain dapat menguasai kemahiran ini dia akan dapat mengelirukan pihak lawan.

       Oleh itu, kepentingan pukulan kilas dalam permainan skuasy adalah untuk mengelirukan pihak lawan bagi menyukarkan pihak lawan untuk menganggar arah pukulan bola. Bola yang deras ini mengakibatkan pihak lawan kekurangan masa untuk berfikir tentang pukulan berikutnya atau tindakan seterusnya. Ini juga akan mengakibatkan pihak lawan berasa letih dan tidak bertenaga kerana terpaksa berlari ke sana sini untuk menyambut bola yang deras ini. Dengan itu, pemain yang menggunakan pukulan kilas ini akan mudah untuk mendapat mata serta mengekalkan servis.

Sekian, terima kasih.

Page 2: Sukan forum 3

3) Adrian bin suntek 20/10

 Pukulan asas kilas ialah pukulan yang dibuat di sisi badan pada bahagian yang tidak memegang raket. Pukulan ini lebih sukar untuk dipelajari dan selalunya menjadi kelemahan sesetengah pemain. Pukulan Kilas boleh dilakukan bagi menghadapi putaran belakang, tetapi lebih baik untuk membalas pukulan atas. Ketekalan dan kepantasan lebih penting. Pukulan ini dilakukan secara berbeza berdasarkan ktiga-tiga gengaman. Pukulan depan umumnya lebih kuat daripada pukulan kilas kerana badan tidak menghalang apabila pemain membuat ayunan belakang dan otot yang digunakan lebih kuat. Pukulan kilas melengkapi pukulan depan dalam mengawal meja. Ia diperlukan pukulan pepat ke arah sangga belakang pemain dan diguna untuk memaksa lawan melakukan kesilapan dengan melakukan kembalian pantas. Pukulan kilas yang baik boleh digunakan dengan lebih agresif. Pemain yang boleh menyerang menggunakan pukulan kilas yang kuat akan mempunyai banyak kelebihan. Kekuatan yang seimbang antara kedua-dua pukulan ini perlu dibina untuk memastikan lawan tidak mengambil kesempatan menghantar bola ke bahagian yang disedari lemah.