strategi pengajaran dan pembelajaran

14
KBC 3023 PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS TAJUK: STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT NAMA NO. MATRIK NURUL ASYIKIN BINTI ABU BAKAR D20091034743 MASAZIATIE BINTI AZIZ D20091034757 KUMPULAN : A PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN

Upload: norizan-izan

Post on 20-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

NHJJJ

TRANSCRIPT

Page 1: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

KBC 3023

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK

PINTAR CERDAS

TAJUK:

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

PINTAR CERDAS DAN BERBAKAT

NAMA NO. MATRIK

NURUL ASYIKIN BINTI ABU BAKAR D20091034743

MASAZIATIE BINTI AZIZ D20091034757

KUMPULAN : A

PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN

Page 2: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PINTAR

CERDAS DAN BERBAKAT

1.0 Pengenalan

Definisi pembelajaran secara umumnya, “learning is about how we perceive and understand the

world, about making meaning” (Marton & Booth, 1997; dirujuk oleh Fry et al., 2003) dan oleh

itu pembelajaran merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan

pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali

sesuatu, dan penaakulan (reasoning) (Fry et al., 2003). Pembelajaran dikatakan berlaku apabila

terdapat perubahan dalam perlakuan pelajar hasil daripada penglibatannya dalam suatu

pengalaman pendidikan (Nicholls, 2002).

Strategi merujuk kepada kebolehan guru dalam memilih, menyusun dan mengurus

sesuatu rancangan dengan tujuan menghasilkan pencapaian yang optimum. Memahami

pendekatan dan gaya pembelajaran pelajar dapat membantu para guru ke arah menghasilkan

pengajaran berkesan. Kajian tentang kaitan antara pelajar dan tugasan pembelajaran yang

diberikan (Morton, 1975; Morton & Saljo, 1984, dalam Fry et al., 2003) mendapati bahawa

pendekatan pelajar terhadap tugasan mereka ditentukan oleh tahap penglibatan mereka dalam

subjek berkenaan iaitu menjurus kepada pendekatan pembelajaran yang dipilih oleh pelajar.

Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, guru perlu

memainkan peranan yang penting dalam menentukan kaedah dan strategi pengajaran yang

efektif untuk memaksimakan pencapaian kanak-kanak mereka. Terdapat pelbagai kaedah yang

dapat digunakan antaranya kaedah pecutan, penggayaan, pengelompokan dan pembelajaran

koperatif. Oleh itu, setiap pendidik memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam

menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada anak didiknya melalui strategi berkesan.

Page 3: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

2.0 Kurikulum Pelajar Pintar Cerdas

Mulai tahun 1999, satu kurikulum bestari dibentuk dan dilaksanakan secara berperingkat-

peringkat. Kurikulum bagi pelajar pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum bagi pelajar

biasa. Perkara yang membezakan program pelajar pintar cerdas dengan pelajar biasa ialah

pengayaan kurikulum atau asas kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan yang berfokus

kepada bidang yang diminati pelajar.

Tahap kecerdasan pelajar amat berperanan dalam menentukan keberhasilan pembelajaran

seseorang itu. Di dalam kelas mungkin terdapat satu atau dua orang pelajar yang tergolong dalam

kategori pelajar pintar atau pintar cerdas dan ada juga golongan pelajar yang tergolong dalam

kategori lemah.

Dalam keadaan begini, pelajar yang cerdas akan merasa mereka tidak diberi perhatian

yang sewajarnya kerana guru mengajar pelajaran yang senang bagi mereka. Manakala pelajar

lemah pula akan merasa tertekan kerana sukar memahami apa yang diajar. Akibatnya, kedua-dua

golongan ini akan merasa bosan. Guru perlu peka dalam menangani masalah pelajar seperti ini

sama ada berusaha memberi pengayaan kepada pelajar pintar cerdas atau pemulihan kepada

pelajar lemah.

2.1 Ciri dan Keperluan Kanak-Kanak Pintar

Sally (2007) menyenaraikan tiga kaedah mengajar pelajar-pelajar pintar iaitu yang pertama

menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan memberi tugasan yang

mencabar, yang kedua memulakan unit pelajaran dengan memilih konsep dalam kurikulum atau

disiplin teras, mengenal pasti satu atau lebih generalisasi yang sesuai, dan mereka bentuk tingkat

pelajaran yang berkaitan dengan generalisasi tersebut. Tingkat pelajaran adalah strategi pelajaran

di mana guru-guru mentaksir tahap kesediaan minat, pengetahuan sedia ada dan tahap kemahiran

pelajar-pelajar dan mengumpulkan mereka mengikut pengajaran dan penghasilan yang

sewajarnya.

Keperluan yang ketiga pula ialah, bagi pelajaran atau unit yang diberi, guru boleh

merancang dari tiga hingga enam latihan yang berlainan yang memfokuskan kepada konsep dan

generalisasi yang sama tetapi menggunakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras

Page 4: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

kesukaran yang meningkat dan semakin kompleks. Disebabkan tahap kesediaan pelajar akan

berbeza bagi setiap topik, kumpulan pelajar dalam kelas akan berbeza bergantung pada

perubahan kurikulum. Tingkat pelajaran menyesuaikan semua pelajar dengan tahap kesediaan

individu dan tahap kandungan, dan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mencabar diri

mereka sendiri.

Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk

pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa. Guru kelas perlu

mengetahui apakah keupayaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk kecerdasannya

berdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin-menyalin, menghafal fakta dan latih tubi tidak

akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya ia hanya akan melatih

kemahiran motor halus mereka sahaja. Mereka memerlukan cabaran dari segi kualiti bukannya

kuantiti.

Kenal pasti keupayaan kecerdasan pelajar sama ada dari segi akademik, seni ataupun

kecerdasan dari segi lapangan lain seperti pengubahsuaian dari segi isi kandungan pelajaran,

kemahiran dan hasil pembelajaran yang diharapkan. Ini semua sukar untuk didapati dalam

konteks bilik darjah aliran perdana yang mana tidak semua kanak-kanak mempunyai keupayaan

untuk belajar secara pantas dan memahami konsep-konsep yang kompleks. Kanak-kanak yang

lebih pintar perlu diberikan peluang untuk mendapat kurikulum yang lebih laju mengikut tahap

keupayaan mereka berbanding rakan-rakan yang kurang pintar. Pembelajaran kanak-kanak pintar

cerdas perlu mengandungi aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar dan lebih ke hadapan.

3.0 Kaedah Pecutan

Kaedah pecutan juga boleh dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa belajar.

Kaedah ini merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan tugasan yang

kebiasaanya diesediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi. Kaedah pecutan ini

melibatkan penggunaan kurikulum sekolah yang sedia ada walaupun terdapat penggunaan bahan

tambahan dalam pembelajaran. Program pecutan lebih berkesan sekiranya sekolah mempunyai

kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan sekolah berterusan.

Page 5: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

3.1 Jenis Kaedah Pecutan

Kaedah pecutan melibatkan kanak-kanak pintar cerdas akedemik akan belajar dengan lebih

banyak dan kehadapan melalui sistem sekolah daripada pelajar lain. Ini bermakna kurikulum

penyesuaian (adapting curriculum) kepada kanak-kanak dinilai daripada penguasaan dan

bukannya menggunakan kurikulum yang seragam yang digunakan oleh semua kanak-kanak di

peringkat yang sama. Ini bermaksud, kanak-kanak yang menguasai tahap mata pelajaran yang

lebih tinggi akan menerima kredit akademik berdasarkan tahap penguasaan mereka dan

bukannya pencapaian dalam kurikulum tahap darjah atau tingkatan di sekolah.

Kaedah ini dapat dicapai dalam beberapa langkah yang berbeza merangkumi mula

bersekolah fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping atau double promotion). Seterusnya

ialah kelas tidak bergred di mana kanak-kanak pelbagai umur dikumpulkan bersama dan

kurikulum yang digunakan adalah berdasarkan penguasaan individu dan bukan diambil kira

berdasarkan umur kanak-kanak. Selain itu, cara menyesuaikan kurikulum di mana bahan atau

topik yang telah dikuasai kanak-kanak dilangkau dan diteruskan dengan bahan atau topik yang

lain. Grade telescoping pula memerlukan kanak-kanak menyelesaikan sesuatu program dalam

masa yang singkat yang sepatutnya memerlukan masa beberapa tahun.

Pecutan subjek (acceleration subject) pula menawarkan kanak-kanak yang menguasai

sesuatu subjek tertentu. Dalam subjek lain, mereka akan ditempatkan sama dengan rakan sekelas

mereka. Perubahan dalam sukatan pelajaran membolehkan pelajar pintar cerdas ini menyiapkan

program pendidikan biasa dalam masa yang singkat. Namun, kaedah ini memerlukan pendidikan

lanjutan yang baik agar kanak-kanak pintar ini dapat mengisi masa dengan produktif.

3.2 Kesan Kaedah Pecutan Terhadap Akademik

Banyak keterangan yang menyatakan bahawa manfaat terhadap akademik daripada kaedah

pecutan. Kemampuan pengelompokan dengan sendirinya telah dijumpai untuk menghasilkan

manfaat yang terhad bagi kanak-kanak berbakat kecuali disertai dengan kurikulum yang

diperkaya atau dipercepat.

Page 6: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Karen Rogers pada tahun 1991 dan Kulik pada tahun 1992 mendapati bahawa manfaat

dari kaedah pecutan bagi kanak-kanak tersebut secara keseluruhannya lebih besar daripada

pengayaan: apabila kanak-kanak berkebolehan diletakkan dalam kumpulan dan diberikan

kurikulum standard, mereka mengungguli kawalan bersamaan dengan satu bulan; dengan arahan

yang diubahsuai mereka mengungguli rakan-rakan mereka tiga atau lebih bulan, ketika mereka

yang ditawarkan kurikulum yang diperkaya mereka melebihi rakan sebaya di kelas campuran

empat hingga lima bulan, dan ketika mereka menawarkan kurikulum yang dipercepat (pecutan),

meraka mengungguli rakan-rakan mereka hampir setahun.

4.0 Kaedah Pengayaan

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988) mendefinisikan program pengayaan sebagai aktiviti

asas pembelajaran yang mengandungi unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta

mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Kaedah ini juga merupakan satu kaedah yang

baik bagi memenuhi keperluan murid pintar cerdas ini dan didasarkan mengikut kemampuan dan

kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ia memberi peluang murid mendalami dan meluaskan

pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang diberi. Melalui aktiviti ini,

pelajar akan mendapat peluang tambahan untuk mengembangkan lagi minat, sifat ingin tahu dan

kebolehan yang ada pada diri mereka.

Renzulli (1997) berpendapat guru sepatutnya melatih pelajar untuk mencari dan

menggunakan maklumat dengan memberikan kemahiran dalam kaedah penyelidikan. Antara

program yang sering dirujuk ialah program pengayaan Renzulli’s Schoolwide Enrichment Model

atau SEM yang sudah dilaksanakan di Maktab Rendah Sains mara (MRSM). Model ini direka

bagi menggalakkan pelajar didedahkan kepada pelbagai bidang melalui aktiviti seperti ceramah,

lawatan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan aktiviti lain. Pengalaman yang dikutip

mampu membantu pelajar untuk mengenalpasti bidang dan minat bagi menjalankan penyelidikan

dan guru bertindak sebagai mentor.

SEM ini bermula dari Aktiviti Jenis I, Jenis II dan Jenis III. Aktiviti Jenis I mendedahkan

pelajar kepada dunia luar dan pelajaran yang tidak diajar di dalam kelas formal. Pengalaman dan

penemuan yang diperolehi dapat membantu pelajar mengenalpasti minat dan bidang untuk

diteroka dan diselidik seterusnya. Aktiviti Jenis II bertujuan untuk memberikan pelajar

Page 7: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

kemahiran-kemahiran asas bagi mengembangkan minat mereka. Antara kemahiran yang

diberikan ialah Kursus Kemahiran Berfikir yang memberikan pendedahan dan latihan kepada

pelajar untuk berfikir secara meluas, kreatif, analisis, inovatif, kritis dan bentuk pemikiran yang

lain lagi. Aktiviti Jenis III pula merupakan gerak kerja pelajar sama ada menjalankan

penyelidikan, mereka cipta atau aktiviti-aktiviti yang mencabar kepada mereka. Guru haruslah

sentiasa mengawal perjalanan kumpulan masing-masing.

Terdapat dua bentuk pengayaan iaitu pengayaan yang mendalam dan pengayaan yang

meluas. Pengayaan yang mendalam bermaksud membuka peluang untuk pelajar belajar dengan

lebih mendalam berkaitan bidang yang menjadi sebahagian kurikulum biasa di sekolah.

Manakala pengayaan yang meluas ialah para pelajar akan dibimbing untuk mempelajari sesuatu

bidang yang di luar daripada aktiviti kurikulum biasa iaitu bidang yang tidak ada di dalam silibus

pelajaran mereka. Kaedah pengayaan adalah kaedah pendekatan pendidikan yang didasarkan

mengikut kemampuan dan kekuatan mental seseorang pelajar itu. Ini merupakan satu pendekatan

alternatif bagi model pendidikan luar biasa.

Pendekatan ini melibatkan tugasan bagi mengetahui sejauh mana kebolehan pelajar dan

menggunakan maklumat tersebut sebagai titik tolak dalam mencipta lingkungan belajar.

Implikasi daripada program pengayaan ini antaranya ialah objektif bagi setiap mata pelajaran

dapat dicapai di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik

dan bermakna. Kaedah ini juga dapat mengelakkan pelajar dari kebosanan. Penguasaan ilmu

yang lebih luas juga turut berlaku kerana pelbagai maklumat dapat disampaikan.

Bagi memantapkan program pengayaan, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam

diri pelajar menerusi aktiviti seperti slot ceramah dan tazkirah supaya pelajar mempunyai nilai-

nilai semangat kewarganegaraan yang berlandaskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Selain itu, semua pihak perlu melibatkan diri dalam membangunkan sistem pengurusan

kolaborasi di antara ibu bapa, guru, pihak sekolah dan pelajar. Ini penting supaya semua pihak

merasa bahawa diri mereka dihargai selain dapat membantu merancang aktiviti yang

bersesuaian.

Page 8: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

4.1 Konsep dan Aktiviti Pengayaan

Kaedah ini merujuk kepada penyediaan pengalaman belajar yang berbeza oleh guru dalam kelas.

Konsep pengayaan ialah satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras

kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam

bilik darjah. Hal ini bertujuan dalam memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada

pada kanak-kanak, meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka, memberi ruang untuk

mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan

murid-murid dalam pelbagai bidang serta memperkembangkan potensi murid kepada tahap yang

paling maksimum.

Aktiviti pengayaan dijalankan dengan keperluan kognitif kanak-kanak sama ada bercorak

belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri atau berbentuk lembaran kerja

atau projek. Aktivitinya pula dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual

waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan

bercorak belajar kendiri. Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian

guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai

Kaedah pengayaan mengisi masa kanak-kanak yang belajar lebih cepat dengan

menawarkan bahan atau kegiatan yang tidak membolehkan kemajuan cepat melalui kurikulum

yang ditetapkan. Kaedah pengayaan mungkin termasuk kanak-kanak diperkenalkan ke bidang

lain atau aktiviti lain seperti seni, muzik, menulis jurnal, kelab atau kunjungan lapangan atau

diberikan tanggungjawab seperti pembantu guru di dalam kelas.

Sebagai contoh pengayaan program matematik untuk kanak-kanak berumur lapan tahun.

Kanak-kanak tersebut tidak diperkenalkan dengan kurikulum untuk umur yang lebih tinggi tetapi

kanak-kanak tersebut diberikan soalan yang lebih kompleks yang memerlukan kemahiran kanak-

kanak tersebut. Selain itu, aktiviti pengayaan dapat dijalankan dengan melibatkan aktiviti yang

tidak disediakan dalam bilik darjah seperti permainan catur, sudoku dan sebagainya.

Kaedah ini mengambil kira bahawa kanak-kanak yang pintar cerdas adalah cepat dalam

menyiapkan latihan, kerja atau aktiviti yang diberikan kepada mereka. Konsep ini dilaksanakan

melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di

dalam atau di luar bilik darjah.

Page 9: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Aktiviti ini mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman

serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari oleh kanak-kanak. Aktiviti pengayaan juga

dapat membuka peluang kepada mereka untuk mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin

tahu, bakat kepimpinan serta dapat melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri,

kumpulan dan juga masyarakat.

Tujuan bagi kaedah pengayaan adalah untuk membolehkan kanak-kanak menjalani

aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka serta menambahkan minat dan pengalaman yang

dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Aktiviti ini juga dapat

menambahkan minat mereka untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi

membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup serta melahirkan daya kreativiti.

5.0 Kaedah Pengelompokan

Pengkelompokan merujuk kepada penempatan kanak-kanak yang mempunyai kebolehan yang

hampir sama dalam suatu kelas yang khusus. Sebuah tinjauan kajian utama daripada kumpulan

praktis oleh Karen Rogers pada tahun 1991 mendapati bahawa, pengelompokan sepenuh masa

(tracking) arahan rutin tidak memberi sebarang perbezaan dalam kemampuan pencapaian

akademik bagi pelajar biasa, tetapi pengelompokan ini memberi perbezaan besar dalam

pencapaian akademik pelajar yang berbakat. Rogers juga mendapati bahawa kemampuan

pengelompokan untuk pengayaan dan bentuk lain dari kemampuan pengelompokan, seperti

pengelompokan di dalam kelas juga memberi manfaat kepada pelajar berbakat.

Pengelompokan untuk pecutan menghasilkan manfaat yang besar jika ianya dijalankan

dalam kelas tidak bergred, pemadatan kurikulum (curriculum compacting), grade telescoping

(menghabiskan sekolah menengah lebih awal), pecutan subjek atau mata pelajaran dan

kemasukkan ke peringkat lebih tinggi (kolej atau universiti) pada usia lebih muda. Kaedah

pecutan tidak memberi kesan langsung terhadap harga diri (self-esteem) mereka. Kaedah pecutan

bukan hanya mampu untuk mendapatkan keputusan akademik yang menakjubkan, tetapi juga

mampu untuk menyelesaikan masalah lain. Hal ini kerana kanak-kanak yang dikumpulkan

bersama akan lebih dekat antara rakan-rakan sekelas mereka yang mempunyai kemampuan,

minat dan tahap yang sama.

Page 10: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Kajian telah membuktikan keberkesanan kaedah pengelompokan yang membolehkan

kanak-kanak yang mempunyai tahap yang sama dan dikumpulkan bersama untuk mendapatkan

pembelajaran yang lebih mencabar. Kaedah pengelompokan merangkumi pengelompokan

sepenuh masa, pengelompkan kluster, pengelompkan dalam kelas, pengelompkan silang kelas

(cross-class/grade grouping) dan pull-out grouping.

Kajian menunjukkan pencapaian akademik yang signifikan dicapai oleh kanak-kanak

pintar cerdas yang menjalankan kaedah pengelompokan dalam kumpulan yang mempunyai

minat dan kemampuan yang sama. Selain itu, pengelompokan juga mempunyai kesan positif

terhadap motivasi dan sikap terhadap pembelajaran, serta membantu kanak-kanak berbakat

untuk mengembangkan persepsi diri yang lebih realistik. Kajian mendapati bahawa jika strategi

ini digunakan secara fleksibel, ianya dapat memberi cabaran dalam pembelajaran kanak-kanak

dan memberi banyak kesan positif kepada mereka.

6.0 Kaedah Koperatif

Layanan di antara pelajar pintar cerdas dan pelajar biasa tidak boleh kelihatan terlalu ketara agar

pelajar pintar tidak merasa disisihkan oleh guru atau kawan-kawan. Bagi memastikan pelajar

pintar cerdas ini tidak diasingkan oleh kawan-kawan, guru boleh menggunakan kaedah

pembelajaran koperatif. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran umum yang

boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil di mana pelajar berinteraksi sesama

sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Ianya

melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam kumpulannya.

Jenis pembelajaran koperatif ada enam jenis iaitu yang pertama kaedah jigsaw. Setiap

ahli kumpulan menyumbangkan sekeping jigsaw dengan berkongsi maklumat yang mereka

perolehi. Idea dari aktiviti jigsaw ialah seorang akan menjadi ketua dalam bab tertentu dan

seterusnya membantu ahli kumpulan memahaminya. Jenis yang kedua pula ialah belajar bersama

iaitu semua ahli kumpulan berusaha keras untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Seterusnya

ialah Team Games Tournament yang dicipta oleh Robert Slavin. Ia berkonsepkan putaran biasa

seperti dalam pengajaran, guru menyampaikan pelajaran yang berkaitan dan pelajar cuba untuk

menyelesaikan lembaran kerja untuk menguasai konsep. Selepas itu pelajar akan bersaing dalam

satu pertandingan yang diwakili oleh pelajar yang berkebolehan akademik yang hampir sama.

Page 11: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Jenis pembelajaran koperatif yang keempat ialah Student Team Achievement Division

atau dikenali juga sebagai STAD. Ia diilhamkan oleh Hopkins. Menerusi kaedah ini,guru

mengikut satu pusingan mengajar, kumpulan pembelajaran dan juga penilaian secara individu.

Seterusnya ialah Team Accelerated Instruction Mathematics iaitu pendekatan secara menyeluruh

dalam bidang matematik. Menerusi jenis pembelajaran ini, murid ditentukan berdasarkan

kumpulan heterogenius iaitu mereka yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Selain itu,

penyiasatan secara berkelompok antara kaedah koperatif yang membolehkan pelajar merancang

satu kursus pembelajaran.

Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang kumpulan umur dan sebarang

matapelajaran. Ianya merupakan satu pendekatan yang baik dan perlu digunakan di dalam

pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan

bersemangat di kalangan pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar

dalam peperiksaan. Ia sesuai digunakan apabila populasi mempunyai sifat yang hampir seragam.

Pembelajaran koperatif memerlukan interaksi dua hala yang baik. Pelajar ditempatkan di dalam

kumpulan yang kecil, iaitu seramai empat ke enam orang sahaja dan dikendalikan oleh guru yang

telah dilatih dalam bidang pintar cerdas.

Jika terdapat lebih dari enam orang pelajar yang cerdas, kumpulan boleh dibesarkan atau

dua kumpulan dibentuk. Bagi pemilihan pelajar yang ingin ditempatkan dalam kumpulan

koperatif, kriteria yang paling penting ialah pelajar itu harus menunjukkan pencapaian yang

melebihi tahap umurnya. Di dalam amalan pembelajaran koperatif, guru yang cekap dan

berwibawa dapat mencorakkan pengajarannya dengan baik. Secara tidak langsung dapat

meningkatkan keyakinan pelajar, menjadikan pembelajaran menarik dan disukai pelajar,

menghidupkan semangat dan sentiasa memberi rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk

berusaha dan bercita-cita tinggi.

Secara umumnya guru akan sentiasa mempelbagaikan corak pengajarannya semasa

pembelajaran koperatif dilaksanakan yang bertujuan untuk menjadikan sesuatu pembelajaran

menarik dan disukai pelajar. Ianya akan menghidupkan semangat dan sentiasa memberi

rangsangan kepada pelajar-pelajarnya untuk terus mencapai kejayaan. Ini bermakna

pembelajaran koperatif wajar digunakan sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran di

dalam pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Guru yang ingin melaksanakan

Page 12: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

strategi pembelajaran jenis ini perlu membuat perancangan pengajaran yang rapi dan teliti

supaya waktu pengajaran mencukupi. Selain itu juga, agihan tugas yang sesuai diberikan kepada

pelajar supaya pelajar berupaya melibatkan diri secara koperatif dan membentuk suasana

persaingan yang sihat.

Guru yang melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif hendaklah sentiasa berwaspada

supaya dapat memastikan bahawa pelajar menerima arahan yang boleh memberikan

perkembangan pelajaran yang lengkap, berpeluang untuk berinteraksi secara aktif di antara satu

sama lain. Komitmen guru amat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,

pendedahan kepada guru yang ingin melaksanakan pembelajaran secara koperatif amat perlu

sebagai panduannya semasa melaksanakannya.

Persekitaran pembelajaran yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan juga

perlu disediakan bagi peningkatan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kini, kaedah

pembelajaran tidak hanya berkisar dalam bilik darjah sahaja dengan guru hanya menggunakan

buku teks tetapi diperluaskan ke seluruh dunia dengan menggunakan internet dan bahan

multimedia semasa sesi P&P sedang berlangsung. Kaedah pembelajaran koperatif adalah

berkesan dalam meningkatkan tahap pemahaman, kemahiran menyelesaikan masalah dan dapat

menimbulkan keseronokan untuk belajar di samping mengeratkan perhubungan sosial di antara

pelajar dengan guru.

Terdapat pelbagai cadangan untuk membantu kanak-kanak pintar cerdas ini. Misalnya

dalam pengajaran matematik, pelajar pintar akan lebih berminat untuk mengetahui sejarah atau

asal usul sesuatu konsep matematik itu terjadi. Golongan pelajar pintar cerdas sukar untuk

mencari jawapan bagaimana wujudnya sesuatu konsep matematik itu walaupun mereka dapat

menguasai tajuk itu dengan mudahnya. Di sini, guru harus melakukan perubahan dalam teknik

pengajaran agar pembelajaran mudah diterima oleh pelajar pintar cerdas.

Page 13: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

7.0 Penutup

Kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar. Jika pelajar

merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan secara tidak

langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan strategi yang

pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk

membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa

jemu dan bosan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat, terdapat

beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian

pemilihan terhadap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti supaya kanak-kanak dapat

mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka.

Page 14: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran

Bibliografi

Buku

Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009). Permatapintar

negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATApintar Negara, UKM.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2001). Pengurusan perkhidmatan personalia murid. Selangor:

Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Rogers, K. (2001). The relationship of grouping practices to the education of the gifted and

talented learner: researchbased decision making. The National Research Center on the

Gifted and Talented.

Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan pelbagai: aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Internet

Sen Fa, N (2005). Rahsia individu pintar cerdas dan masalah mereka pada September 5 2010

daripada http://www.freewebs.com/truesenfa/bab1.htm.

Intan Sapinas Binti Bahuri (2008). Tinjauan amalan pembelajaran koperatif di kalangan pelajar

tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak pada September 5 2010 daripada

http://eprints.utm.my/6039/1/FULL_THESIS.pdf.

Margaret DeLacy (1996). Acceleration for gifted students: a background paper created for the

Portland public school district talented and gifted advisory committee pada September 6

2010 daripada http://www.tagpdx.org/accelera.htm.