strategi pembelajaran bahasa
TRANSCRIPT
• Strategi pembelajaran bahasa (SPB) ialah langkah atau tindakan khusus yang diambil oleh pelajar untuk memudahkan pemerolehan, penyimpanan, pemerolehan semula dan penggunaan maklumat.
(Rigney, 1978)
• SPB menjadikan pembelajaran lebih mudah, cepat, menyeronokkan, kendiri, efektif, dan senang dipindahkan ke suasana baru
(Oxford, 1990)
• Ia melibatkan prosedur mental dan komunikatif untuk mempelajari dan menggunakan bahasa (Nunan, 1999)
SPB ialah kerangka mempertingkatkan pencapaian dan penguasaan bahasa sasaran (Mohamed Amin, 2000)
• Sesetengah pelajar belajar bahasa baru dengan lebih cepat dan mudah berbanding orang lain. Sesetengah pelajar bahasa berjaya disebabkan oleh keazaman dan ketekunan. Walau bagaimanapun, terdapat faktor-faktor penting lain yang mempengaruhi kejayaan yang sebahagian besarnya di luar kawalan pelajar (Shoebottom 2014)
SPB yang berbeza dipengaruhi oleh faktor kognitif, metakognitif, afektif, sosial, psikologi dan lain-lain
(Oxford 1990)
Stern (1983) pula telah mengemukakan lima kelompok pemboleh ubah dalam model pembelajaran bahasa keduanya: konteks sosial, ciri-ciri pelajar, suasana pembelajaran, proses pembelajaran dan hasilan pembelajaran.
JANTINA
MOTIVASI
BUDAYA
GAYA PEMBELA
JARAN
KECERDASAN
LIMA FAKTOR MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA
KECERDASAN
• "Dalam pembelajaran bahasa, kecerdasan adalah salah satu faktor yang dianggap mempengaruhi pemerolehan struktur formal bahasa kedua apabila diajar dalam suasana yang formal. Walau bagaimanapun, ia tidak memberikan kesan kepada pembangunan kecekapan komunikatif bahasa "(Chowdhury, 2010)
JANTINA
• Zamri, Mohamed Amin, Noriah dan Juriah (2002) -pelajar lelaki lebih banyak menggunakan SPB bagi meningkatkan kemahiran bertutur, manakala pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB bagi meningkatkan kemahiran mendengar, membaca dan menulis
• Abu Talib (1998) mendapati pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB ketika belajar di dalam kelas.
• Bacon (1992) mendapati pelajar perempuan lebih banyak menggunakan strategi metakognitif berbanding pelajar lelaki.
• Pelajar perempuan: merancang untuk latihan pendengaran, memantau kefahaman dan menilai strategi terjemahan.
• Pelajar lelaki lebih gemar menggunakan strategi terjemahan dan strategi kognitif berbanding metakognitif.
M0TIVASI
• motivasi ialah usaha yang dilakukan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa kedua hasil daripada keperluan dan keinginan untuk mempelajarinya (Ellis, 1994).
• Sekiranya pelajar bermotivasi tinggi, kebarangkalian untuk berjaya adalah amat besar dan begitulah sebaliknya. Pada waktu yang sama, hubungan di antara motivasi pelajar dengan penggunaan SPB yang sesuai lagi ekstensif telah dapat dikesan oleh penyelidik SPB (Oxford & Nyikos, 1989; Ehrman, 1990; Macaro, 2001).
• Motivasi memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran bahasa. Keyakinan diri terbina hasil daripada motivasi individu yang mempelajari sesuatu bahasa (Ebata, 2010)
• Motivasi boleh secara amnya dibahagikan kepada dua jenis - intrinsik dan ekstrinsik.
• Motivasi ekstrinsik pula memperkatakan motivasi yang berada di luar keinginan anda, harga diri. (Woolfolk, 2007)
• Motivasi intrinsik berlaku apabila pelajar meneruskan pembelajaran kerana minat mereka dalam topik tertentu - semangat, kepentingan (Gurian, Kathy & King, 2011)
BUDAYA• Etnik dan budaya dianggap sebagai salah satu pembolehubah yang
mempengaruhi penggunaan SPB. (Griffiths 2003; Macaro 2001)• Perbezaan latar belakang budaya dan sistem pendidikan menghasilkan
kekuatan dan kelemahan yang berbeza dalam diri pelajar. (Sutridge 1997)
• Sesetengah pelajar gemar bercakap kerana dibesarkan dalam masyarakat yang bebas melahirkan idea masing-masing. Sesetengahnya pula, kurang bercakap kerana mereka dibesarkan dalam masyarakat yang sentiasa berfikir senelum bercakap dan berasa tidak sopan untuk memaksa orang lain menerima ideanya. (Corbett 1999)
• Kajian menunjukkan individu dalam sesuatu kelompok etnik atau budaya mempunyai corak belajar yang hampir sama tetapi berbeza apabila dibandingkan dengan kelompok etnik atau budaya lain. (Liu & Littlewood 1997)
GAYA PEMBELAJARAN
• "Gaya pembelajaran bahasa dan strategi adalah antara faktor utama yang membantu menentukan bagaimana dan bagaimana pelajar belajar bahasa kedua atau asing“
(Oxford, 2001)• "Strategi Pembelajaran digunakan oleh pelajar untuk
membantu mereka memahami maklumat dan menyelesaikan masalah. Strategi pembelajaran adalah pendekatan seseorang untuk belajar dan menggunakan maklumat “
• (Universiti Kansas, 2014)
• Rosniah (2007) mendapati bahawa pelajar boleh mengadaptasi gaya pembelajaran mereka di luar mod keutamaan mereka dengan membuat latihan. Latihan yang diberikan adalah dalam bentuk mod visual dan auditori serta cara bekerja secara individu yang dijalankan oleh penyelidik selama lapan bulan.
• Gaya pembelajaran adalah tabiat individu atau corak dalam memperoleh dan memproses maklumat dalam situasi pembelajaran
• Terdapat tiga gaya pembelajaran utama iaitu:
1. Pelajar visual; penglihatan 2. Pelajar auditori ; pendengaran. 3. Pelajar kinestetik ; tindakan fizikal
RUJUKAN• Abu Talib Abdullah. (1998). Gaya dan Strategi Pemelajaran Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Daerah Johor Bahru. Tesis
Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor• Chowdhury, T. (2010). The impact of intelligence on second language acquisition (Doctoral dissertation, Department of English and
Humanities, BRAC University).• Ebata, M. (2008). Motivation Factors in Language Learning• Mohamed Amin Embi, Juriah Long dan Mohd Isa Hamzah. (1999). Language Learning Strategies Used by Secondary School Students in
Malaysia: A Preliminary Study. Laporan Akhir Penyelidikan G1/97. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor• Mohamed Amin Embi dan Abu Talib Abdullah. (1997) Penyelidikan Strategi Pembelajaran Bahasa: Implikasi Terhadap Pendidikan Bahasa
di Malaysia. Kerta Kerja dibentangkan di Seminar Kebangsaan Lingusitik (SKALI) Ke-3, anjuran Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
• Mohamed Amin Embi, Mohd Isa Hamzah, Zamri Mahamod dan Jamaluddin Badusah. (2002). E-Learner Training. Net: An Interative Online Model for Learning to Learn Language. Paper Presented at the Learning Conference 2002, Beijing, China
• Nunan, D. (1999). Second language teaching and learning. Massachusetts: Heinle & Heinle Publishers.• Rosniah Mustaffa (2007). Kajian Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes Pelajar Tahun Satu di UKM• Rigney, J. W. (1978). Learning strategies: A theoretical perspective. Dalam H. F. O’Neil, Jr. (ed.). Learning strategies. New York: Academic
Press, 164–205. • Shoebottom, P. (n.d.). The Factors That Influence The Acquisition of A Second Language. Retrieved March 29, 2015 from
http://esl.fis.edu/teachers/support/factors.htm • Stern, H. H. (1983). Fundamental concepts of language teaching. Oxford: Oxford University Press. • Oxford, R. L. (2001). Language Learning Styles and Strategies. In M. Celce-Murcia (Ed.). Teaching English as a Second or Foreign
Language• Zamri Mahamod, Jamaludin Badusah dan Mohamed Amin Embi. (2003). Memperkasakan Pembelajaran Pelajar Melalui Kepelbagaian
Strategi Pembelajaran Bahasa. Prosiding Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan 2003. • Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak dan Juriah Long. (2002). Strategi Pembelajaran Bahasa dari Segi Jantina
Pelajar Cemerlang: Satu Kajian Perbandingan. Proceeding of The International Conference on Education for All 2002.