strategi pembelajaran e-learning

Upload: rukiah-ibrahim

Post on 05-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    1/19

    1.0 PENGENALAN

    Agenda IT Kebangsaan (National IT Agenda, NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh

    National IT Council (NITC) dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir

    Mohamad. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi

    (information and communication, ICT) dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju

    selaras dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah mewujudkan

    Multimedia Super Corridor, MSC bagi mencapai agenda IT kebangsaan. Beberapa strategi telah

    dirancang oleh pihak NITC untuk membawa Malaysia ke era globalisasi. Lima bidang utama yang telah

    dikenalpasti untuk diberi tumpuan khas adalah E-Community, E-Public services, E-Learning, E-

    Economy dan E-Sovereignity. Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta

    dipertanggungjawabkan untuk menjayakan agenda E-Learning atau E-Pembelajaran ini (Jaya Kumar,

    2001).

    Perkembangan teknologi dan usaha yang dilakukan untuk menggunakan teknologi dan internet

    serta E-Pembelajaran mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif (Rubiah & Jamilah

    2009). Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum Sains mengutamakan pembelajaran

    bermakna. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran bermakna mesti yang dapat mencetuskan

    pemikiran kritis dan kreatif pelajar dan bukan berbentuk rutin. Pembelajaran Sains yang hanya

    berpusatkan guru dan menggunakan buku teks sahaja akan mengekang pelajar menguasai pembelajaran

    bermakna (Johari Surif et. Al 2007). Pembelajaran bermakna akan berlaku jika murid dapat

    menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pernyataan ini disokong oleh

    Herliani (2008) mengatakan bahawa hasil temubual dengan pelajar mendapati pelajar-pelajar masa kini

    telah terbiasa berada dalam kelas yang klasikal, jarang bekerja dalam kumpulan dan berbincang, tidak

    dilatih untuk memecahkan permasalahan serta pembelajaran yang dilakukan tidak mengembangkan

    kreativiti dan pemikiran saintifik sebagaimana sepatutnya.

    Penggunaan E-Pembelajaran mampu mengubah pelajar daripada pasif kepada aktif dengan

    penggunaan teknologi Internet melalui talian (Rubiah & Jamilah 2009). Kertas konsep ini akan meninjau

    tentang aplikasi strategi penggunaan E-Pembelajaran dalam pendidikan Sains. Perbincangan dan tinjauan

    akan dimulai dengan definisi E-Pembelajaran serta perbandingan antara pembelajaran tradisional dengan

    E-Pembelajaran. Seterusnya membincangkan rasional E-Pembelajaran dalam pengajaran dan

    pembelajaran. Akhir sekali kertas konsep ini akan membincangkan cabaran yang dihadapi dalam

    pelaksanaan E-Pembelajaran.

    1

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    2/19

    2.0 DEFINISI E-PEMBELAJARAN

    Banyak istilah yang berlainan tentang E-Pembelajaran digunakan oleh para cendekiawan (Rubiah &

    Jamilah 2009). Ting (2007) menjelaskan E-Pembelajaran adalah pembelajaran secara atas talian,

    pembelajaran secara rangkaian serta arahan pembelajaran berasaskan web. Definisi E-Pembelajaran ini

    seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan teknologi pada masa kini (Jaya Kumar 2001). E-

    Pembelajaran boleh berdasarkan media seperti CD-ROM, rangkaian setempat, internet ataupun intranet.

    E-Pembelajaran biasanya menggunakan elemen-elemen teks, audio, video, audio, animasi dan

    persekitaran maya. E-Pembelajaran boleh memperkayakan pengalaman belajar yang mampu mengatasi

    tahap latihan dalam suatu bilik darjah. Pendek kata, E-Pembelajaran adalah pembelajaran secara hands-on

    dan mengikut kapasiti diri-sendiri (Abdul Razaket al. 2004).

    Melalui kaedah E-Pembelajaran, proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif boleh berlaku

    dengan berkesan. Melalui interaktiviti juga seseorang pelajar akan mencari maklumat selanjutnya untuk

    memenuhi keperluan ingin tahu dan membina pengetahuan baru mengenai sesuatu konsep dan kefahaman

    (Rubiah & Jamilah 2009). Secara kesimpulannya, E-Pembelajaran merupakan suatu sistem yang mana

    maklumat mata pelajaran, nota, kemudahan komunikasi dan lain-lain aktiviti pembelajaran seperti kuiz,

    ujian dan tugasan boleh diakses melalui rangkaian komputer di mana sahaja pelajar berada.

    3.0 PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN TRADISIONAL DAN E-PEMBELAJARAN

    Di dalam sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung kepada usaha guru dan juga

    pelajar. Bagaimana pun untuk tujuan perbandingan diberikan perbezaan antara pembelajaran tradisional

    dan E-Pembelajaran.

    Di dalam kelas tradisional, guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan juga ditugaskan

    untuk menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan pada

    kebiasaannya adalah berpusatkan guru. Manakala di dalam pembelajaran E-Pembelajaran, fokus

    utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggungjawab untuk

    pembelajarannya. Suasana pembelajaran E-Pembelajaran akan memaksa pelajar memainkan peranan

    yang lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan atau

    maklumat dengan daya usaha dan inisiatif sendiri (Tsai 2009).

    2

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    3/19

    E-Pembelajaran membolehkan pembelajaran kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar

    boleh memilih masa, kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar

    tajuk yang susah berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam suasana

    yang selamat tanpa merasa malu untuk bertanya. Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian.

    4.0 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN HUMANIS

    Teori sosial atau neobehavioris menyarankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori behavioris

    dengan teori kognitif.

    4.1 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

    Teori pembelajaran sosial melibatkan tiga unsur asas yang utama. Di antaranya ialah individu (personal),

    persekitaran (environment) dan tingkah laku (behavior).

    Tiga unsur Asas :

    I = individu

    P = Persekitaran

    T = Tingkah laku

    Rajah 1 : Interaksi tiga unsur asas dalam pembelajaran sosial

    (Sumber : Ting 2007)

    3

    P T

    I

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    4/19

    Di dalam tiga unsur asas ini, individu dirujuk sebagai keadaan motivasi intrinsiknya, persekitaran

    sebagai rangsangan luaran dan tingkah laku sebagai perlakuannya. Mengikut teori pembelajaran sosial,

    pembelajaran merupakan interaksi di antara motivasi intrinsik dan tingkah laku individu dengan

    persekitarannya. Ringkas kata, pembelajaran = I X P X T (Ting 2007). Terdapat hubungan antara

    personaliti dan demografi pengguna dengan pengaruh alam sekitarnya seperti tekanan sosial dan keadaan

    situasi (Bandura 1977; Campeau & Higgins 1995; Ting 2007). Tingkah laku di sini merujuk kepada

    kecekapan diri seseorang. Halangan-halangan dalam penggunaan E-Pembelajaran dalam kajian Ting

    (2007) adalah menggunakan kerangka konsep yang dihasilkan oleh Schilkes (2001).

    Terdapat dua aspek kecekapan diri (self-efficacy) yang diaplikasikan dalam kajian ini iaitu

    kecekapan diri terhadap komputer dan kecekapan diri terhadap internet. Menurut Eastin & LaRose

    (2000), seseorang yang memiliki tahap kecekapan diri terhadap internet yang kurang akan kurang yakin

    terhadap kebolehan mengakses internet dan tidak cekap dalam menggunakan kemahiran tersebut dalam

    kehidupan.

    4.2 TEORI PEMBELAJARAN CARL ROGERS

    Mengikut pandangan ahli psikologi teori humanis, fitrah manusia pada dasarnya adalah mulia dan baik.

    Individu akan membesar secara semula jadi sekiranya persekitaran yang mereka hidup adalah sesuai.

    Oleh itu, guru harus mengikut keperluan pelajar, membantu mereka mempelajari ilmu pengetahuan yang

    mereka suka dan dianggap bermakna. Dengan perkataan lain, sekolah harus mengutamakan pendidikan

    afektif, disokong dengan pendidikan berasaskan ilmu pengetahuan.

    Kajian ahli psikologi teori humanis telah menunjukkan bahawa pembelajaran manusia

    bergantung kepada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan setiap individu mempunyai cara belajar

    yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah

    diaturkan mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Mengikut ahli-ahli humanis,

    termasuk Carl Rogers, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan

    kendiri.

    Teori pembelajaran yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri iaitu yang

    pertama ialah pengalaman setiap individu adalah fenomena-logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami

    dan difahami oleh individu sendiri sahaja, kedua ialah setiap individu mempunyai kecenderungan dan

    4

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    5/19

    hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri, ketiga ialah setiap individu membentuk konsep

    kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain,

    keempat pula ialah tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan

    kepercayaannya dan terakhir sekali ialah kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui

    proses komunikasi.

    Mengikut Rogers, pengalaman peribadi setiap individu adalah unik dan tersendiri, serta berbeza

    dengan individu yang lain. Ia juga banyak dipengaruhi oleh persekitarannya. Setiap individu mempunyai

    hasrat untuk menjadi manusia yang sempurna melalui cara pengawalan dan autonomi sendiri. Mereka

    masing-masing mempunyai motivasi intrinsik yang mendorongkannya ke arah mencapai kesempurnaan

    dan kecemerlangan kendiri. Sehubungan ini, pengalaman yang dialami dan ilmu pengetahuan yang

    diperolehi daripada persekitaran akan membolehkan individu masing-masing membentuk konsep kendiri,

    sama ada positif atau negatif, bergantung kepada ciri unsur pengaruh persekitaran itu. Bagaimanapun,

    setiap langkah yang ditonjolkan oleh seseorang individu biasanya mencerminkan konsep kendirinya serta

    sistem kepercayaan yang dimiliki (Ting 2007).

    4.3 PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN PENDIDIKAN ROGERS

    Berdasarkan kajian, Rogers mengutarakan beberapa prinsip pendekatan pendidikan yang sangat

    berpengaruh dalam perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Di antaranya ialah

    mengutamakan pendidikan berpusatkan pelajar dan mengutamakan prinsip pembelajaran yang berasaskan

    kebebasan (freedom to learn). Prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan termasuk pembelajaran

    merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu (Curiosity), pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan

    pelajaran adalah bermakna serta seiras dengan objektif pelajaran pelajar, keberkesanan pembelajaran

    hanya dapat dicapai di bawah situasi pendidikan yang kurang berancam, keberkesanan pembelajaran

    hanya dapat dihasilkan apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuhnya dalam

    aktiviti pembelajaran, membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya, demi

    mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya dan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran hendaklah dikaitkan dengan hidup nyata, demi memupuk kemahiran hidup pelajar.

    5

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    6/19

    5.0 CIRI DAN KOMPONEN PERSEKITARAN E-PEMBELAJARAN

    E-Pembelajaran mempunyai rekabentuk yang baik dapat menyediakan pelbagai ciri yang kondusif untuk

    proses pembelajaran. Walaubagaimanapun ciri-ciri tersebut perlu diintegrasikan dengan efektif untuk

    mencapai matlamat pembelajaran.

    CIRI KOMPONEN PERSEKITARAN

    E-PEMBELAJARAN

    Mudah penggunaan Sistem navigasi yang piawai,

    antaramuka pengguna yang selalu

    digunakan, enjin carian dan pautan.

    Boleh menjangkakan keperluan pelajar,

    membenarkan pelajar meneroka dan

    menemui sumber mengikut keperluan

    mereka.Interaktiviti Internet tools, hyperlinks, browsers,

    servers, authoring program, reka

    bentuk pengajaran

    Pelajar dapat berinteraksi antara satu

    sama lain.

    Multiple Expertise Internet dan WWW Dapat menjemput kepakaran dari luar

    institusi yang terdiri dari pelbagai

    bidang untuk memberi ceramah dan

    bengkel.

    Pembelajaran

    Kolaboratif

    Internet tools, reka bentuk

    pengajaran

    Menyediakan medium untuk

    perbualan, perbincangan, menukar danberkongsi idea. Menyediakan platform

    untuk pelajar belajar secara

    berpasukan.

    Pelajar dapat meningkatkan kemahiran

    komunikasi, pemikiran kritis,

    pemimpin, interpersonal dan koperatif

    melalui pelbagai pandangan dan

    pengalaman ahli kolaboratif.Keaslian Internet & WWW, rekabentuk

    pengajaran.

    Boleh direkabentuk untuk

    menggalakkan pembelajaran

    persekitaran yang sebenar dengan

    mengutarakan masalah dunia nyata

    serta isu yang relevan kepada pelajar.

    Dengan ini, ianya dapat menghapuskan

    6

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    7/19

    tembok yang memisahkan bilik darjah

    dan dunia nyata.

    Kawalan Pelajar Internet tools, authoring

    programmes, hyperlinks, reka

    bentuk pengajaran.

    Membenarkan pelajar yang mengambil

    bahagian secara aktif dalam

    perbincangan atau membuatpemerhatian. Pelajar mempunyai

    kawalan sepenuhnya dari segi isi

    kandungan, masa dan maklum balas.

    Jadual 1 : Ciri dan Komponen Persekitaran E-Pembelajaran

    (Sumber : Karan Kumar 2001)

    6.0 KERANGKA E-PEMBELAJARAN

    Menurut Khan (2005), untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan efektif,

    perekabentuk mesti mempertimbangkan lapan dimensi yang saling berkait dan bergantung antara satu

    sama lain.

    Dimensi E-Pembelajaran Deskripsi

    Institusi Berkaitan dengan isu-isu pentadbiran, akademik dan perkhidmatan

    pelajar yang berkait dengan E-Pembelajaran.Pengurusan Merujuk kepada penyelenggaraan persekitaran pembelajaran dan

    pengagihan maklumat.

    Teknologi Mengenalpasti isu yang berkaitan teknologi infrastruktur

    perancangan, perkakasan dan perisian.

    Pedagogi Merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan

    mengambil kira isu-isu seperti analisis kandungan, pelajar,

    matlamat, media, pendekatan reka bentuk, organisasi dan strategi

    pembelajaran.

    Etika Berhubung dengan pengaruh politik dan sosial, perbezaan budayadan geografi serta perbezaan pelajar, jurang digital, etika dan isu

    perundangan.

    Rekabentuk antaramuka Merujuk kepada paparan program E-Pembelajaran iaitu meliputi

    rekabentuk setiap muka dan halaman utama, rekabentuk kandungan,

    navigasi, capaian dan ujian penggunaan.

    Sokongan sumber Mengenalpasti sokongan dan sumber atas talian yang diperlukan

    untuk pembelajaran yang efektif.

    7

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    8/19

    Penilaian Termasuk penilaian ke atas pelajar dan juga penilaian terhadap

    persekitaran E-Pembelajaran dan arahannya.

    Jadual 2 : Kerangka E-Pembelajaran

    (Sumber : Karan Kumar 2001)

    7.0 STRATEGI DALAM E-PEMBELAJARAN

    Pelbagai strategi boleh digunakan dalam E-Pembelajaran untuk proses pembelajaran dan juga membantu

    pelajar mencapai matlamat dan objektif iaitu :-

    7.1 PERSEMBAHAN

    Persembahan ialah satu set teknik untuk mempersembahkan fakta, konsep, prosedur dan prinsip. Ianya

    boleh dihasilkan dengan menggunakan satu atau lebih mod persembahan atas talian seperti teks, grafik,

    foto, klip audio, klip video, animasi, slaid persembahan dan video konferen. Persembahan perlulah

    mudah difahami, skrin yang tidak terlalu padat dengan elemen-elemen multimedia. Selain itu perkara

    yang perlu diberi perhatian ialah mengambilkira faktor platform yang berbeza semasa mencipta

    persembahan iaitu memastikan persembahan dapat dilaksanakan tanpa sebarang masalah didalam

    perkakasan dan perisian yang berbeza.

    7.2 DEMONSTRASI

    Merupakan satu kaaedah untuk menunjukkan atau simulasi bagaimana sesuatu benda berfungsi. Ianya

    boleh digunakan didalam bidang seperti prosedur pengajaran untuk menunjukkan bagaimana hendak

    mengendalikan sesuatu peralatan, mengilustrasi prinsip dan mendemonstrasi kemahiran interpersonal.

    7.3 TUTORIAL

    Menyampaikan kandungan, mengemukakan masalah atau persoalan meminta pelajar memberi respon dan

    seterusnya memberi maklumbalas yang sesuai.

    7.4 PERBINCANGAN

    8

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    9/19

    Membenarkan pelajar menganalisa maklumat, meneroka idea dan berkongsi pandangan sesama mereka.

    Kaedah perbincangan boleh berbentuk asynchronous (e-mail, mailing lists atau newsgroup) atau

    synchronous (messaging tools, audio dan video conferencing tools). Sebelum menjalankan perbincangan,

    soalan perlu dirancang dan direka supaya perbincangan atas talian menjadi efektif. Pelajar-pelajar juga

    perlu menjaga etika semasa menjalankan perbincangan.

    8.0 MODEL

    STRATEGI E-

    PEMBELAJARAN

    Beberapa model

    dicadangkan untuk

    9

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    10/19

    pelaksanaan E-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2

    :-

    Rajah 2 : Model yang dicadangkan untuk pelaksanaan E-Pembelajaran

    ( Sumber Jaya Kumar (2001) )

    8.1 SELECTIVE MODEL

    Jika bilangan komputer di sekolah adalah sangat terhad maka model ini sesuai digunakan. Di

    dalam model ini, guru terpaksa memilih salah satu alat yang paling berkesan untuk menyampaikan

    pengajaran. Jika guru mempunyai bahan E-Pembelajaran yang berkualiti maka ianya hanya dapat

    ditunjukkan kepada pelajar sebagai bahan demostrasi sahaja. Jika ada lebih dari satu komputer, maka

    pelajar harus diberi peluang untuk mendapat sedikit pengalaman hands-on. Kelas di mana pengajaran

    10

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    11/19

    dilaksanakan tidak semestinya bilik darjah tetapi boleh juga di bilik simulasi, bilik sumber atau bilik khas

    lain yang ada komputer.

    8.2 SEQUENTIAL MODEL

    Jika bilangan komputer di sekolah adalah kecil maka model ini sesuai digunakan. Pelajar dalam

    kumpulan kecil bergerak dari satu set sumber maklumat ke sumber yang lain. Pelajar menggunakan

    bahan E-Pembelajaran sebagai bahan rujukan atau mencari maklumat baru. Jika ada beberapa komputer,

    maka pelajar harus diberi peluang untuk mendapat pengalaman hands-on.

    8.3 STATIC STATION MODEL

    Jika bilangan komputer di sekolah adalah kecil maka model ini sesuai digunakan. Di dalam

    model ini, guru mempunyai beberapa sumber berbeza untuk mencapai objektif pengajaran yang sama.

    Bahan E-Pembelajaran digunakan oleh satu atau dua kumpulan pelajar untuk mencapai objektif pelajaran

    berkenaan. Kumpulan pelajar yang lain menggunakan sumber yang lain untuk mencapai objektif

    pelajaran yang sama.

    8.4 LABORATORY MODEL

    Jika bilangan komputer mencukupi untuk semua pelajar, maka bahan E-Pembelajaran dapat

    digunakan oleh pelajar sebagai bahan pembelajaran kendiri. Model ini dapat digunakan jika sekolah

    mempunyai makmal komputer yang dilengkapi dengan talian Internet.

    Setiap model yang dinyatakan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

    Pemilihannya bergantung kepada infrastuktur telekomunikasi dan perkakasan yang sedia ada di sekolah.

    Sedikit kelonggaran dan kepercayaan perlu diberikan kepada pelajar untuk bergerak ke bilik yang ada

    komputer (termasuk Internet) dari masa ke masa jika diperlukan. Bagaimanapun usaha perlu diambil

    untuk mengatasi sebarang cabaran yang dihadapi.

    9.0 CABARAN DALAM E-PEMBELAJARAN

    11

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    12/19

    Menurut Pollard & Hillage (2001), bukan semua pelajar atau organisasi yang menikmati kelebihan E-

    Pembelajaran. Belanger dan Jordan (2000) memberi komen bahawa kewujudan teknologi dalam

    persekitaran kelas tradisional boleh membawa kesan yang sangat banyak dalam meningkatkan kualiti

    latihan, pengekalan pembelajaran dan pengelakkan kos. Tujuan kajian adalah mengkaji mengenai

    pengaktifan menentukan wujudnya halangan dalam E-Pembelajaran, menyediakan masa depan E-

    Pembelajaran dan mengurangkan halangan E-Pembelajaran.

    Rajah 3 : Model bagi halangan-halangan dalam E-Pembelajaran (Schilke, 2001)

    9.1 HALANGAN SITUASI

    Halangan situasi adalah dikaitkan dengan situasi atau persekitaran seseorang itu berada (Schilke, 2001).

    Pembolehubah yang berkaitan dengan situasi adalah termasuk masa untuk belajar (Garland, 1993;

    Morgan & Tam 1999; Ting 2007), dan perubahan kehidupan seseorang (Ting 2007). Harapan yang lain

    termasuk perasingan, kurang sokongan, persekitaran pembelajaran yang tidak sesuai.

    Halangan seperti kekurangan sosial (Masie 2001) membawa kepada perasaan terasing (Bischoff

    2000) adalah selalu disebut kerana ini merupakan cabaran kepada pelajar untuk berurus dengan lebih baik

    dalam pembelajaran atas talian (Ting 2007). E-Pembelajaran adalah kurang berinteraksi semuka dan

    dikatakan adalah tidak mesra, mengecewakan dan kesunyian (Ting 2007).

    E-Pembelajaran memerlukan sokongan (Polland & Hillage 2001). Kekurangan sokongan

    daripada orang lain selalu dikatakan merupakan satu halangan (Ting 2007). Pengurusan sokongan untuk

    E-Pembelajaran adalah faktor utama untuk menggalakkan E-Pembelajaran (Rosenberg 2001). Pelajar

    bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan (Ting

    2007). Ini menunjukkan persekitran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan dalam proses

    pembelajaran.

    12

    Halangan E-Pembelajaran

    Teknologikal Situasi Institut Personaliti

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    13/19

    Halangan situasi berkenaan dengan situasi, persekitaran atau keadaan pelajar. Terlalu sibuk

    dengan kerja lain, gangguan daripada kerja lain, hal rumah dan tempat belajar, kekurangan masa untuk

    belajar atas talian dan faktor pengurusan masa merupakan faktor halangan situasi (Ting 2007).

    9.2 HALANGAN TEKNOLOGIKAL

    Teknologi membawa perubahan sama ada untuk kita bekerja, bermain dan juga kehidupan seharian kita

    (Ting 2007). Teknologi baru mampu merevolusikan kerja, permindahan pembelajaran, mereka

    infrastruktur pekerjaan dan pembelajaran (ASTD 1998). Internet merupakan punca kepada pembangunan

    teknologi pembelajaran di mana ia mampu memperluaskan arena pembelajaran (ASTD 1998). Internet

    telah menjadi saksi pertumbuhan yang dinamik dengan membawa banyak perubahan terhadap

    perniagaan, perindustrian dan komuniti (Ting 2007).

    Teknologi mengakses komputer menjadi isu yang penting dalam latihan dan pendidikan.

    Halangan teknologikal adalah termasuk keupayaan mengakses komputer, konsisten untuk mengakses

    internet, kos komputer dan kos pengaksesan internet, masalah teknikal, pengaksesan kepada teknologi

    dan kebolehpercayaan teknologi (Ting 2007). Halangan teknologikal yang lain termasuk kualiti

    teknologi, kekurangan bantuan teknikal, kekurangan kemahiran teknikal, keselesaan penggunaan

    teknologi, perubahan teknologi dan masalah log in(Schilke 2001). Ketakutan terhadap teknologi adalah

    isu utama dalam halangan teknologikal (Ting 2007).

    9.3 HALANGAN INSTITUSI

    Halangan institusi mengambil kira dua aspek iaitu pengajar dan reka bentuk pengajaran (Schilke 2001).

    Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting dalam E-Pembelajaran.

    Halangan institusi berkenaan dengan kurang sokongan daripada pentadbir terhadap penggunaan E-

    Pembelajaran (Ting 2007).

    Halangan mengenai pengajar juga merupakan aspek yang penting dalam halangan institusi.

    Halangan mengenai pengajar meliputi pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku pengajar, pengaksesan

    kepada pengajar serta kejelasan arahan yang diberikan oleh pengajar (Ting 2007). Komunikasi dan

    maklum balas termasuk kekerapan berhubung dengan pengajar, hubungan pengajar dan pelajar, kepuasan

    belajar adalah sangat penting. Maklum balas yang lambat daripada pengajar akan menjadi halangan

    dalam E-Pembelajaran (Ting 2007).

    13

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    14/19

    Halangan reka bentuk pengajaran berkaitan kualiti bahan pembelajaran, halangan bahasa dan

    kebolehan untuk penggunaan media. Kandungan yang terlalu banyak, kandungan yang mengambil masa

    untuk mencetak dan informasi berlebihan akan menjadi halangan kepada E-Pembelajaran.

    9.4 HALANGAN PERSONALITI

    Halangan personaliti memainkan peranan yang penting. Halangan ini merangkumi gaya pembelajaran

    yang berlainan, kemahuan untuk berubah, motivasi, pengurusan masa, masalah kesihatan fizikal dan

    psikologikal.

    Pembelajaran sepatutnya mengambil kira keperluan dan minat pelajar itu sendiri (ASTD 1998).

    Oleh itu, gaya pelajar mesti diambil kira semasa menerangkan program E-Pembelajaran. Di kelas

    tradisional, pengajar perlu mengetahui bukan semua pelajar belajar menggunakan kaedah yang sama dan

    begitu juga E-Pembelajaran. Halangan personaliti meliputi pengalaman asas dengan E-Pembelajaran.

    Minat dan pengalaman pelajar menentukan keperluan dalam alam pembelajaran.

    Kemahuan untuk berubah merupakan salah satu halangan untuk halangan personaliti. Keinginan

    untuk menerima perubahan dan inovasi merupakan halangan kepada pelajar dalam penggunaan E-

    Pembelajaran. E-Pembelajaran memerlukan motivasi diri sendiri, dedikasi dan disiplin diri. E-

    Pembelajaran biasanya berpandukan kepada diri sendiri. Maka, kemahiran pengurusan masa adalah

    sangat penting. Kekurangan pengurusan mada merupakan halangan. Masalah kesihatan fizikal dan

    psikologikal merujuk kepada halangan personaliti. Tekanan yang wujud daripada tanggungjawab lain di

    rumah dan sekolah akan menjadi halangan kepada E-Pembelajaran. Isu kesihatan dan ketakutan (Palloff

    &Praff 1999) juga menghalang E-Pembelajaran. Halangan ini juga meliputi isu persendirian, sikap

    seseorang dan personaliti seseorang.

    Selain itu, halangan atau cabaran dalam melaksanakan E-Pembelajaran adalah akses kepada ICT

    itu sendiri merupakan masalah utama di negara kita . Masyarakat di kawasan luar bandar mendapati akses

    kepada ICT adalah terlalu mahal. Dari 1.5 juta rakyat Malaysia yang menggunakan internet, 50% berada

    di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Jaya Kumar 2001). Ini mewujudkan jurang digital yang ketara

    dalam masyarakat Malaysia.

    10.0 KELEBIHAN E-PEMBELAJARAN

    14

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    15/19

    E-Pembelajaran dapat membawa satu senario pembelajaran yang lebih efisien dari pelbagai aspek (Ismail

    2002). Antara kelebihan E-Pembelajaran adalah keluwesan penggunaan, kos efektif, kandungan terkini,

    perkongsian maklumat, penyebaran serentak dan interaktif.

    Keluwesan penggunaan bermaksud pengguna dapat mengakses bahan serta mempelajarinya

    mengikut keperluan sendiri dari segi masa dan teknik juga dalam keadaan yang tidak formal. E-

    Pembelajaran dapat diakses sama ada menggunakan secara dalam talian atau di luar talian, mencetak atau

    menyimpan serta menggunakan teknik salin dan tampal untuk membina bahan (Ismail 2002). Menurut

    Abdul Razak et al. (2004), pelajar boleh menggunakan E-Pembelajaran untuk mempelajari sesuatu pada

    bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada. Kelebihan Just-In-Time (JIT) ini membuka peluang

    untuk mempelajari perkara baru bagi orang yang tidak mampu memuatkan pendidikan dalam jadual

    harian mereka. Selain itu, program E-Pembelajaran adalah mengikut keupayaan pelajar. Kebanyakan

    program E-Pembelajaran boleh diambil apabila perlu sahaja. Kandungan yang disusun dalam buku

    maya dalam perisian E-Pembelajaran menghasilkan sejenis reka bentuk berasaskan modul yang

    membenarkan pelajar mempelajari suatu perkara dalam bahagian-bahagian kecil yang boleh diamati

    dengan mendalam dahulu sebelum beralih ke topik yang seterusnya.

    Kos efektif adalah bermaksud bahan yang begitu banyak yang terdapat pada pelbagai laman

    mampu diakses oleh pengguna tanpa menggunakan kos yang mahal. Malah sumber percuma dalam

    internet banyak mendatangkan keuntungan kepada pengguna untuk tujuan E-Pembelajaran dan juga

    bidang-bidang lain. Ini berbeza dengan cara tradisional di mana kosnya lebih mahal untuk membeli buku,

    jurnal dan sebagainya. Menurut Abdul Razak et al. (2004), mengimplementasi E-Pembelajaran adalah

    lebih murah untuk dihasilkan dengan menggunakan perisian pengarangan E-Pembelajaran seperti

    trainersoft. Pembinaan program latihan tidak segerak boleh dihasilkan oleh pengguna sendiri. Apabila

    kos pembinaan diatasi, E-Pembelajaran boleh dijadikan hampir percuma. Program latihan segerak

    mempunyai kos berterusan seperti kos komunikasi dan peralatan, tetapi jumlah kos adalah jauh lebih

    murah berbandingkan kursus-kursus biasa.

    E-Pembelajaran boleh dikemaskinikan dengan murah dan segera. Sesi E-Pembelajaran atas talian

    adalah sangat mudah untuk dikemaskinikan kerana bahan kandungan yang terkini boleh dimuat-naik ke

    komputer pelayan apabila perlu. Perisian yang berasaskan CD-ROM mungkin lebih mahal sedikit untuk

    dikemaskini dan diedar semula, tetapi ia jauh lebih murah daripada mencetak semula suatu buku teks atau

    manual dan melatih semula tenaga pengajar (Abdul Razal et al. 2004).

    Bahan yang terdapat dalam internet mudah dikemaskini dan maklumatnya adalah terkini. Ini

    bermakna para pengguna khususnya pengajar dan pelajar boleh mendapat maklumat yang terkini yang

    15

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    16/19

    tidak ada dalam buku teks dengan cepat. Laman-laman web jabatan kerajaan, agensi kerajaan dan swasta

    mampu menampung dan menjadikannya sebagai rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Kelebihan E-Pembelajaran juga bermaksud pengguna mampu menikmati perkongsian maklumat. Setiap

    pengguna akan mendapat maklumat yang sama di serata dunia. Melalui kemudahan seperti forum dalam

    talian, e-mel, video konferen, chatting dan sebagainya, pengguna di seluruh dunia dapat berkongsi

    pengalaman dan membina satu masyarakat siber.

    Selain itu, penyebaran maklumat dapat dijalankan secara serentak. Ini bermakna pengguna tidak

    perlu menunggu giliran untuk mendapat maklumat atau meminjam sesuatu bahan seperti mana yang

    berlaku pada kaedah tradisional. Persekitaran E-Pembelajaran mampu diakses oleh semua pengguna di

    seluruh dunia secara serentak. Ini menjimatkan masa pengguna serta tidak berlaku satu kesesakan

    (kadang kala disebabkan masalah teknikal kesesakan dalam talian boleh juga berlaku yang menyebabkan

    proses mengakses menjadi lambat) dalam mengakses maklumat. Tambahan pula, bahan-bahan yang

    bersifat interaktif mampu memberi maklumat serta memudahkan mendapat maklum balas. Menurut

    Abdul Razak et al. (2004), E-Pembelajaran mampu bergerak dengan lebih lancar. Kursus-kursus E-

    Pembelajaran bergerak 50 peratus lebih laju berbanding kursus tradisional. Ini disebabkan pendekatan

    individu yang membenarkan pelajar-pelajar mengabaikan bahan kandungan yang mereka telah pun tahu

    dengan mendalam dan beralih kepada isu dan topik yang mereka belum pernah belajar.

    KESIMPULAN

    16

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    17/19

    Kecanggihan IT dan ICT boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan E-

    Pembelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan keberkesanan dan

    menggalakkan pendidikan. Institut Pengajian Tinggi Awam, Institut Pengajian Tinggi Swasta dan Kolej

    Swasta sedang berusaha untuk menggunakan E-Pembelajaran sebagai teknik yang terkini untuk

    menyampaikan modul-modul mereka. Maka adalah wajar E-Pembelajaran digunakan dengan meluas

    kepada semua pelajar di sekolah-sekolah di Malaysia supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus

    perkembangan IT yang begitu pesat sekali. Kita tidak seharusnya tunggu sehingga semua infrastruktur

    telekomunikasi, perkakasan dan perisian E-Pembelajaran siap sebelum ianya diperkenalkan kepada

    pelajar kita. Perlu diingatkan juga bahawa unsur Kemahiran berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK)

    perlu diselitkan secara bijak ke dalam bahan E-Pembelajaran. Walau bagaimanapun E-Pembelajaran yang

    dicadangkan hanya sebagai tambahan kepada semua sumber yang sedia ada di sekolah. Guru masih akan

    memainkan peranan penting dalam mendidikan pelajar kita.

    REFLEKSI

    Sebelum menghasilkan dokumen ini, penulis mempunyai tanggapan bahawa E-Pembelajaran hanya

    melibatkan internet semata-mata. Online learningtelah dianggap sebagai E-Pembelajaran. Sebenarnya E-

    Pembelajaran membentuk pembelajaran jarak jauh dan merupakan subset bagi pembelajaran jarak jauh

    (distance learning). Manakala Online learningadalah subset bagi E-Pembelajaran dan computer based

    learningpula adalah subset bagi online learning. E-Pembelajaran adalah bersumberkan media seperti CD-

    ROM, internet dan intranet di mana maklumat, nota, aktiviti pembelajaran seperti kuiz, ujian dan tugasan

    dihasilkan dan dapat digunakan oleh pelajar tanpa mengira waktu dan tempat.

    RUJUKAN

    17

  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    18/19

    Abdul Razak, et al. (2004). Teknologi Maklumat & Komunikasi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:McGraw-

    Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

    ASTD. (1998).Learning Technology Research Report. Alexandria. VA:ASTD.

    Badrul Khan. (2005).Managing E-Learning Strategies, Information Science Publishing.

    Campeau, D.R. & Higgins, C.A. (1995). Computer Self-Efficacy: Development of a Measure and Initial

    Test. MIS Quaterly, 189 211.

    Eastin, M.S & LaRose, R. (2000). Internet Self-Eficacy and the Psychology of the Digital Divide. Journal

    of Computer-Mediated Communication, 6(1).

    Herliani. (2008).Penggunaan Pendekatan Sains Teknologi Masyarakat Terhadap Peningkatan Kreativitas

    Berpikir Pada Mata Kuliah Dasar-Dasar PBM Biologi. Universitas Mulawarman, Indonesia.

    Jaya Kumar C. Koran. (2001). Aplikasi E-Learning Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah-

    Sekolah Malaysia : Cadangan Perlaksanaan Pada Senario Masa Kini. Bahagian Teknologi Pendidikan,

    Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Meng Jung Tsai. (2009). The Model of Strategic e-Learning: Understanding and Evaluating Student e-

    Learning from Metacognitive Perspectives. Educational Technology & Society, 12(1), 34 48.

    National Information Technology Council, NITC (2001). [Dalam Talian].

    http://www.nitc.org.my/nitc/index.html

    Nor Hasniza Ibrahim, Johari Surif & Mohd Yusof Arshad. (2007). Kajian Pembinaan Konsep Sains

    Berdasarkan Model Generatif-Metakognitif Di Kalangan Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia.

    Pollard, E. & Hillage, J. (2001). Exploring E-Learning. The Institute for Employment Studies. Report no.

    376. Brighton: UK.

    Rubiah Omar & Jamilah Ahmad. (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan E-Pembelajaran dalam

    Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1)(2009) : 155 172.

    18

    http://www.nitc.org.my/nitc/index.htmlhttp://www.nitc.org.my/nitc/index.html
  • 8/2/2019 Strategi Pembelajaran E-learning

    19/19

    Schilke, R.A. (2001). A Case Study of Attrition in Web-Based Instruction For Adults:Updating Garlands

    Model of Barriers to Persistence in Distance Educational.Northern Illinois University.

    Ting Kung Shiung. (2007).Kajian Mengenai Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Jurusan

    Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Institut Pengajian Tinggi (IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi

    Malaysia.

    19