strategi ~ pelbagai budaya (sains)

Upload: delvin-ang

Post on 01-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

~

TRANSCRIPT

Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kanak-Kanak Berbeza Budaya 11.1.1Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)Terdapat pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai digunakan di dalam bilik darjah bagi murid yang terdiri daripada berbilang budaya. Contohnya, kartun sebagai BBM. Ternyata kartun dapat menghiburkan murid dan menjadikan suasana pembelajaran lebih berkesan. Hal ini kerana pembelajaran akan berlangsung dalam suasana yang ceria dan secara tidak langsung dapat menyampaikan mesej yang berguna dengan berkesan kepada murid. Tambahan pula, aspek kebudayaan boleh dipaparkan secara jelas dalam sesebuah lukisan kartun. Oleh itu, penggunaan komik terutamanya komik hasil karya tempatan amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran berkaitan kebudayaan masyarakat Malaysia.

11.1.2 Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina, keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing. Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secara ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah seperti papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar perlulah berada di dalam keadaan bersih dan berfungsi untuk semua murid tanpa mengira latar belakang budaya mereka. Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan yang melibatkan semua murid.

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, komputer dan CD serta LCD.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan dan kehidupan yang berkualiti .

Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasana pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disipilin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.11.1.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan rekfleksi. Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, rujukan tambahan dan maklumat tambahan termasuk laman web. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis bagi mengembangkan minda murid dan diperluas kepada kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan perkembangan tingkahlaku. Pembelajaran perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid dan mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif yang dirancang perlulah tepat,jelas dan mampu dicapai oleh murid berbilang budaya dan latar belakang.

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid. Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti perlulah melibatkan interaksi murid berbilang budaya.Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan dijalankan dalam pengajaran berikutnya. Bagi peringkat pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif yang dirancang perlulah dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami perbezaan diantara mereka. Aplikasi sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang dipilih.Semasa kelas dijalankan, murid digalakkan bertanya dan bersoal jawab serta melahirkan perasaan ingin tahu mereka. Interaksi yang aktif dikalangan murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role model kepada pelajar.Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus menjadi pencetus minda dan motivasi kearah pembelajaran aktif, interaktif dan konstruktif. Guru boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik, bukan elektronik atau sumber lain.

Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu ke arah pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih berani, yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati, bantu membantu diantara satu sama lain.

11.1.4 Penilaian Berasaskan Budaya

Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek sains akan memudahkan proses penilaian terhadap murid. Penilaian terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain. Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid.Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi, perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah yang berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza.Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid terhadap over-dependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain untuk belajar dan mendapatkan maklumat.Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran murid. Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana bilik darjah yang tegang.Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan murid.11.1.5 Pedagogi Relevan Budaya

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Diantara teknik dan kaedah yang boleh di gunakan adalah

Rajah 11.1 Kaedah dan Teknik yang boleh digunakan

Ringkasan ciri terhadap setiap kaedah dan teknik yang dianjurkan:Kaedah Direktifi. belajar melalui penerangan dan diikuti oleh ujian kefahaman dan latihanii. fokus kepada kemahiran asasiii. guru sebagai model

Kaedah Mediatifi. menggunakan bahan mediaii. diajar mengaplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenal pasti andaian dan menilai andaian

Kaedah Generatifi. menggalakkan penjanaan idea kritis dan kreatifii. murid diminta membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang releven

Kaedah Kontekstuali. boleh diaplikasi dalam amalam pedagogi supaya budaya yang releven dengan murid dapat diterimaii. mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenariii. boleh dikaitkan dengan pengalaman hidup sebenar

Kaedah Metakognitifi. memberi peluang untuk memikir tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiriii. murid akan berbincang tentang tugasan dan mempraktikkan strategi semasa latihan praktikal/kerja lapangan

Kaedah di luar bilik darjahi. menjalankan aktiviti di luar bilik darjahii. guru menjadi fasilitatoriii. murid menjalankan aktiviti penyelesaian dan membuat laporan kepada guru secara bertulis selepas aktiviti.

Kajian Masa Depani. murid mengambil bahagian mencipta rekaan masa hadapanii. membantu murid berfikiran jauh

Kaedah Koperatifi. murid dapat berbincang secara berkumpulan dan harmonisii. belajar bekerjasama dan berinteraksi sesama merekaiii. sesi yang menarik kerana penglibatan aktif muridiv. meningkatkan akauntabiliti diri sesama ahliv. memupuk kemahiran interaksi sosial

Pembelajaran Koloboratifi. dapat bekerjasama erat di antara satu dengan lainii. berusaha bersama mencapai matlamat pembelajaraniii. mendorong murid berkerja kuat untuk mencapai prestasi cemerlangiv. meningkatkan keberkesanan pembelajaran

11.2Teknik Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Yang Tidak Pandai Berbahasa Inggeris Gunakan alat bantuan visual seperti gambar, poster, carta untuk berkomunikasi dengan murid di dalam bilik darjah. Gunakan kaedah pengajaran hands on di dalam bilik darjah. Dapatkan murid yang dapat menguasai kedua-dua bahasa untuk membuat terjemahan petikan/tugasan dalam Bahasa Inggeris yang diberikan di dalam bilik darjah. Pelajari bahasa tersebut. Gunakan Bahasa Inggeris di dalam aktiviti ko kurikulum sains11.3 Strategi Mengelakkan Bias Jantina Dalam Kelas Sains

Berikut adalah di antara strategi yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan kesan diskriminasi jantina yang mungkin berlaku di dalam kelas sains:1.Pertingkatkan persediaan untuk pengajaran sains contoh membuat kumpulan eksperimen yang terdiri daripada kumpulan homogenus dan heterogenus dan bandingkan keputusan 2.Menjadikan sains sebagai subjek gender free di mana prinsip kesamarataan diamalkan di dalam bilik darjah kerana setiap murid tanpa mengira apa sekalipun jantinanya mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.3.Guru boleh membantu murid perempuan mengendalikan peralatan/radas sains yang tidak biasa digunakan meraka.4.Gunakan kaedah pengajaran koperatif di mana murid lelaki dan perempuan diletakkan di dalam kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sains5.Membuat ekspektasi yang tinggi dan adil tetapi realistik terhadap semua muridNota: Buat bacaan tambahan tentang Pembelajaran Inklusif