stm individu-falsafah kejadian manusia

19
1.0 Pengenalan Terdapat pelbagai persoalan bagaimana kejadian alam dan manusia ini berlaku dan sehingga kini masih ramai manusia yang cuba mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Setiap agama yang terdapat di muka bumi ini menpunyai teori yang berbeza mengikut kepercayaan masing-masing. Antara agama yang memberikan konsep mengenai kejadian manusia adalah agama Buddha, agama Hindu, agama Yahudi, agama Kristian dan juga agama Islam. Bagi ajaran Islam setiap proses kejadian alam dan manusia ini hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya seperti yang kita sedia maklum Allah s.w.t menpunyai 99 nama indah termasuklah yang Maha Mengetahui. Dia mengetahui segala yang tersembunyi mahupun yang ghaib. 2.0 Teori Kejadian Manusia Dari Pandangan Agama 2.1 Agama Buddha Dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi ini terdiri dari air dan gelap gelita. Segala makhluk tidak dapat dibezakan jantan betinanya, semuanya memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah melalui proses dalam jangka waktu yang sangat 1

Upload: irfan-suhaimi

Post on 07-Nov-2015

242 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

good

TRANSCRIPT

1.0PengenalanTerdapat pelbagai persoalan bagaimana kejadian alam dan manusia ini berlaku dan sehingga kini masih ramai manusia yang cuba mencari jawapan kepada persoalan tersebut. Setiap agama yang terdapat di muka bumi ini menpunyai teori yang berbeza mengikut kepercayaan masing-masing. Antara agama yang memberikan konsep mengenai kejadian manusia adalah agama Buddha, agama Hindu, agama Yahudi, agama Kristian dan juga agama Islam. Bagi ajaran Islam setiap proses kejadian alam dan manusia ini hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahuinya seperti yang kita sedia maklum Allah s.w.t menpunyai 99 nama indah termasuklah yang Maha Mengetahui. Dia mengetahui segala yang tersembunyi mahupun yang ghaib.2.0Teori Kejadian Manusia Dari Pandangan Agama2.1Agama BuddhaDalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi ini terdiri dari air dan gelap gelita. Segala makhluk tidak dapat dibezakan jantan betinanya, semuanya memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. Setelah melalui proses dalam jangka waktu yang sangat lama, tanah dengan sarinya telah muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu.Segala makhluk yang tamak dan serakah mula menduduki bumi, dan semuanya tergiur kepada sari tersebut. Akibat kelakuan para makhluk tersebut, maka cahaya tubuh mereka telah lenyap dan terus menghilang, dan timbullah matahari, bulan dan bintang. Setelah sekian masa yang sangat lama, tubuh para makhluk menjadi padat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang hodoh sesuai dengan acuan sari tanah yang mereka makan. Mereka yang indah memandang rendah mereka yang hodoh. Lama-kelamaan sari tanah telah menghilang dan lenyap, maka muncullah tumbuhan dari tanah. Setelah tumbuhan ini lenyap, muncul tumbuhan menjalar, setelah tumbuhan menjalar lenyap, muncullah tanaman padi. Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka tubuh mereka telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas. Yang lelaki jelas kelihatan kelelakiannya dan yang wanita jelas kelihatan kewanitaannya. Kemudian mereka saling memperhatikan keadaan diri antara satu sama lain, dan kerana tumpuan perhatian yang semakin mendalam, keinginan pancaindera telah membakar mereka dan seterusnya. 2.1.1Ajaran Buddha Mengenai Manusia:a) Kehidupan ini adalah suatu penderitaan - Kelahiran, menjadi tua, penyakit, mati, perpisahan, kehadiran yang dibenci, perpisahan, tidak memperolehi yang dikehendaki dan lain-lain.b) Penderitaan berpunca kemahuan dan hawa nafsu manusia c) Memusnahkan penderitaan adalah dengan melenyapkan perasaan dan menghilangkan nafsu serta kemahuan, melemparkannya jauh-jauh dan mengikisnya dari kita.d) Hukum Karma: Nasib manusia sekarang ini ditentukan oleh perbuatan-perbuatannya dimasa kehidupan yang lalu.e) Tujuan hidup adalah berjuang dan beramal untuk mencapai nirwana iaitu musnahnya semua nafsu dan kehendak. Tidak ada lagi karma yang menyebabkan kelahiran kembali setelah tercapai nirwana.2.2Agama HinduMenurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta dalam suatu proses yang sangat panjang. Pada mulanya alam ini kosong, yang ada hanyalah Tuhan, sering disebut sebagai zaman: duk tan hana paran-paran an rawang an ruwung yang bermaksud: ketika itu belum ada apa-apa dan semuanya belum menentu. Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama yang disebut Purusa, iaitu roh sebagai asas yang menghidupkan segala makhluk, sama ada makhluk yang maujud mahupun yang mujarad. Lima jasad maujud atau panca maha bhuta; iaitu akasa angkasa, bayu angin, teja cahaya, apah - zat cair dan pretiwi - zat padat .Kelima-lima unsur alam ini pada mulanya masih dalam bentuk Paramanu atom. Gabungan kelima-lima unsur ini telah menghasilkan wujud baru yang disebut Brahmanda, iaitu segala planet dan bintang sebagai sebahagian dari isi alam semesta. Brahmanda maknanya benda bulat berbentuk telur ciptaan Brahman. Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan mencipta isinya, seperti haiwan, tumbuhan dan manusia.Proses penciptaan manusia adalah sari dari panca maha bhuta, iaitu enam jenis rasa, seperti manis, pahit, masin, masam, pedas dan kelat. Semua unsur ini telah berpadu dengan unsur lain, iaitu cita, budi, ahangkara, dasendria, panca tanmatra dan panca maha bhuta. Sebatian kesemua unsur ini telah menghasilkan dua unsur benih kehidupan, iaitu sukla - benih lelaki dan swanita - benih perempuan. Yang demikian, maka terciptalah manusia. Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu, yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri. Manu maknanya berfikir. Dari akar kata Manu timbul kata manusia yang bermaksud keturunan Manu. Selanjutnya, setelah manusia pertama tercipta atas kehendak Tuhan, maka manusia itu sendirilah yang berkembang. Dahulu kala Prajapati mencipta manusia bersama Bhakti persembahannya dan berkata dengan ini engkau akan berkembang biak dan biarlah dunia ini menjadi sapi perahanmu. (Bhagavad-Gita iii Sloka 10).2.2.1Ajaran Hindu Mengenai Manusia:a) Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan.b) Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila insaf sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan.c) Falsafah Sangkya: Manusia akan terlepas dari penderitaan apabila insaf bahawa jiwanya tidak bersangkut-paut dengan benda. Cita-cita tertinggi manusia adalah berpisah selama-lamanya dari benda (material).d) Manusia dibahagikan mengikut kasta (Brahmin, Ksyatria, Vasya dan Syudra).e) Kasta adalah berkaitan dengan Hukum Karma dan Kelahiran Semula.

2.3Agama YahudiKitab Kejadian (Genesis) Tuhan menciptakan alam dengan segala isi-isinya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia dalam enam hari. Pada hari ketujuh Tuhan berhenti mencipta dan beristirehat serta disucikannya hari itu.Manusia pertama, Adam dijadikanNya dari tanah dan ditempatkan dalam Taman Eden. Dari tulang rusuk Adam diciptakan pula isterinya, Hawa. Seekor ular (iblis) telah menipu Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Ini mengakibatkan kemurkaan Tuhan lalu dikeluarkan keduanya dari Taman Eden dan hiduplah mereka menempuh kesengsaraan hidup dunia biasa. Mereka berdualah menjadi nenek moyang kepada segala manusia di muka bumi ini.2.3.1Ajaran Yahudi Mengenai Manusia:a) Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad b) Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.c) Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.d) Manusia dianggap kotor atau bernajis apabila melakukan perkara-perkara tertentu seperti menjamah mayat (najis selama tujuh hari), melahirkan anak maka si ibu dianggap kotor (jika anak lelaki selama 40 hari dan jika anak perempuan selama 80 hari) dan sebagainya.e) Orang Yahudi menganggap mereka keturunan Nabi Yaaqub adalah putera-putera terpilih yang dimuliakan Tuhan berbannding bangsa-bangsa lain.

2.4Agama KristianPenciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada perspektif agama Kristian sama dengan agama Yahudi kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis dalam Perjanjian Lama.

Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir. ADAM PERTAMA disebutkan sebagai berikut: Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi mahluk yang hidup. (ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang perempuan. Ia adalah manusia pertama. seperti ada tertulis: manusia pertama, Adam menjadi mahluk yang hidup. (1 korintus 15:45) Namun Adam sebagai manusia pertama melakukan dosa dengan melanggar perintah Tuhan. Sejak itu, tidak ada lagi manusia yang sempurna dalam dunia sepanjang zaman, bahkan semua manusia memiliki dosa dalam gen mereka yang boleh bermutasi atau diwariskan dalam keturunan manusia.sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut telah menjalar kepada semua orang, kerana semua orang telah berbuat dosa. (Roma 5:12)Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan Adam Kedua. Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus dosa. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun ke bumi dan hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai peribadi Tuhan yang maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar dapat dikorbankan dengan sempurna.Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan yang maha pencipta itu, namun Jesus juga adalah manusia biasa seperti yang Tuhan maksudkan, iaitu manusia ciptaan Tuhan yang sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung dan maha pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. Tuhan sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa Adam. 2.4.1Ajaran Kristian Mengenai Manusiaa) Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad b) Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.c) Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.d) Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dolakukan oleh Adam.e) Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.f) Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya.

2.5Agama IslamSebagaimana Yahudi dan Kristian, Islam juga menjelaskan bahawa manusia pertama adalah Adam a.s. Daripada Adam Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini.

2.5.1Peringkat Kejadian Manusia Menurut Islami.Penciptaan Nabi Adam a.sNabi Adam a.s merupakan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t daripada tanah dengan kalimah-Nya kun fayakun yang kemudiannya diarahkan untuk tinggal di muka bumi ini. Terdapat beberapa peringkat penciptaan jasad Nabi Adam a.s iaitu:1. Peringkat Tanah (turab)2. Peringkat Sari Tanah (tin)3. Peringkat Lumpur Hitam (hamaim masnun)4. Peringkat Tanah Liat Kering (salsal)5. Peringkat Pembentukan Jasad6. Peringkat Ditiupkan Roh

ii.Penciptaan HawwaSepertimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a, seorang wanita telah diciptakan oleh Allah s.w.t daripada tulang rusuk di sebelah kiri Nabi Adam a.s ketika sedang tidur. Beliau diberi name Hawwa kerana telah diciptakan daripada sesuatu yang hidup yakni tulang rusuk Adam a.s. Hal ini kerana, Nabi Adam a.s berasa kesunyian kerana tiada pasangan ketika tinggal di syurga.iii.Penciptaan Keturunan Adam a.sPenciptaan manusia yakni keturunan Adam a.s adalah berbeza jika dibandingkan dengan penciptaan Adam a.s dan Hawwa. Keturunan Adam a.s diciptakan daripada titisan air mani dan setiap perkembangan janin tersebut terjadi di dalam rahim seorang perempuan (surah al-Muminun 23:12-14). Penciptaan manusia akan melalui enam peringkat iaitu nutfah, alaqah, mudghah, tulang, daging, dan peniupan roh.1.Peringkat nutfah (gamet dan zigot)Berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah Fatir 35:11 dan surah Ghafir 40:67, nutfah berasal daripada tanah yang hina. Peringkat pertama kejadian manusia adalah peringkat pensenyawaan antara benih lelaki dan perempuan yakni nutfah. Pensenyawaan antara kedua-dua gamet dipanggil sebagai nutfat al-amshaj(zigot).2.Peringkat alaqah (epigenesist)Peringkat ini dikenali sebagai darah beku setelah berlakunya pencantuman daripada dua gamet lelaki dan perempuan. Al-Quran menjelaskan al-alaqah ini sebagai ketulan darah yang melekat pada dinding Rahim seorang ibu. Peringkat ini mula terjada pada hari ke-7 hingga hari ke-21.3.Peringkat mudghah (somit)Pada peringkat ini, al-Quran menjelaskan mudghah ini seperti seketul daging yang telah dikunyah dan tanda-tanda kesan gigit padanya. Mudghah terbahagi kepada dua iaitu mudghah mukhallaqah (pembentukkan organ) dan mudghah ghayr mukhallaqah (pengguguran yang berlaku).4.Peringkat izam (sklerotom)Pada peringkat ini, mudghah telah ditukar menjadi tulang yang diseliputi dengan daging dan dikenali sebagai izam. Seterusnya berkembang dan menjadi sesuatu yang kelihatan tersusun yang dipanggil nunshizuha. Sklerotom yang menghasilkan tulang-belulang bagi ketulan daging tersebut.5.Peringkat lahm (miotom)Menurut firman Allah s.w.t di dalam surah al-Muminun, pada peringkat ini Allah telah menciptakan daging bagi membaluti tulang tersebut sehinggalah terbentuknya seorang manusia.6.Peringkat peniupan rohKemudiannya, selepas kejadian seorang manusia itu sempurna, Allah s.w.t telah meniupkan roh ke dalam jasad tersebut.2.5.2Peringkat Kehidupan Manusia dalam Agama IslamTerdapat beberapa tahap kehidupan yang akan dilalui oleh seorang manusia seperti yang terdapat di dalam ayat al-Quran dan hadis Nabi. Antaranya adalah seperti alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat.a.Alam Roh Alam pertama yang akan dilalui oleh seorang manusia itu adalah alam roh. Pada tahap ini, hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui tentang alam ini dan tiada seorang manusia pun yang mengetahui di mana letaknya alam ini. Selain itu, Allah s.w.t telah memberitahu bahawa pada tahap ini semua manusia telah bersumpah bahawa hanya Allah s.w.t yang layak disembah eperti yang terkandung di dalam firman Allah s.w.t dalam surah al-Araf. Walaubagaimanapun, setelah manusia memasuki alam dunia, sumpah dan pegangan mereka itu telah hilang kerana telah dicemari oleh pelbagai kepercayaan yang khurafat dan syirik. Tempoh manusia tinggal di tahap ini tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah s.w.t.b.Alam RahimSetelah berada di alam roh, setiap manusia akan pergi kepada alam rahim. Pada ketika ini, setiap manusia mengetahui bahawa alam ini berada di dalam rahim seorang perampuan selama 9 bulan 10 hari sebelum dilahirkan ke dunia ini. Semasa berada di alam rahim, Allah s.w.t telah menetapkan qada dan qadar bagi setiap manusia seperti ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki dan sebagainya.c.Alam DuniaSetelah lahirnya bayi dari kandungan ibunya, mereka akan masuk ke tahap kehidupan manusia yang seterusnya. Pada tahap ini, kehidupan pada alam ini akan menjadi kayu pengukur kepada alam yang seterusnya iaitu alam barzakh. Setiap manusia akan menghadapi pelbagai ujian dan cabaran. Allah s.w.t telah mengurniakan akal dan fikiran kepada semua manusia untuk membezakan di antara yang baik dengan yang buruk, yang betul dengan yang salah serta yang nyata dengan yang tersembunyi. Selain itu, Allah s.w.t telah memberikan manusia ajaran agama yakni ajaran islam untuk dijadikan sebagai penduan hidup di dunia ini. Setiap manusia akan bertanggungjawab terhadap semua perbuatannya di dunia ini.d.Alam BarzakhSetiap yang hidup pasti akan mati dan apabila meninggal seorang anak adam itu, mereka akan berada pada alam kubur atau alam barzakh. Manusia akan tinggal di alam kubur sehinggalah berlakunya hari kiamat sebelum dibangkitkan untuk menghadap Allah s.w.t. Pada tahap ini, setiap manusia akan menerima balasan terhadap perbuatan mereka di dunia. Bagi mereka yang baik, patuh dengan perintah Allah s.w.t, mereka akan mendapat ganjaran kubur yang selesa manakala bagi mereka yang jahil serta kufur dengan perintah Allah s.w.t akan diseksa sehingga hari kiamat.e.Alam AkhiratAlam akhirat merupakan alam terakhir bagi setiap manusia dan mereka akan tinggal di alam ini untuk selamanya. Walaubagaimanapun, sebelum sampainya alam akhirat, akan berlakunya hari kiamat yang mana tiada satu manusia pun yang mengetahuinya melainkan Allah s.w.t. Setiap manusia akan dibangkitkan dan dipanggil menghadap Allah s.w.t untuk dihisab segala perbuatan mereka di dunia dahulu. Jika kebaikkan yang dilakukan lebih banyak dari kejahatan, maka manusia tersebut akan tinggal di syurga Allah s.w.t yang indah, manakala jika sebaliknya manusia itu akan diseksa di neraka Allah s.w.t yang dasyat untuk selamanya.3.0KesimpulanKesimpulannya, agama adalah satu set kepercayaan, nilai dan amalan yang berasaskan pengajaran. Agama menyediakan satu model untuk diri dan masyarakat dalam pembentukan nilai dan amalan serta ia membantu manusia memahami kejadian di dunia. Konsep ketuhanan merupakan satu aspek luas namun semua agama menekankan kebaikan dan kebenaran. Setiap manusia yang menghuni alam maya ini mempunyai fitrah beragama, sama ada mereka beragama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Konsep dan teori mengenai kejadian manusia menunjukkan manusia cuba mencari sesuatu perkara itu hanya menggunakan logik akal dan pancaindera mereka melainkan agama Islam. Walaupun manusia leka dengan kemewahan duniawi, namun jauh di sudut hati seseorang manusia itu masih ada ruang untuk beriman kepada Allah S.w.t. Semua agama di dunia ini percaya bahawa setiap manusia yang dilahirkan ke dunia dilahirkan dengan sifat-sifat baik dalam dirinya.Akal yang dianugerahkan oleh Tuhan membezakan manusia dengan segala ciptaannya. Sebagai seorang muslim, kita hendaklah menyiapkan diri ke arah yang lebih baik dan sempurna sebelum kembali kepada Pencipta kita yakni Allah s.w.t di akhirat kelak.4.0Rujukan1) Muthahhari, M. (2007).Manusia dan Agama: Membumikan Kitab Suci.

2) ANWAR-NIM, Z. U. R. Q. O. N. I. (2010).EKOLOGI DALAM PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA

3) MUJAB, S. (2003).KONSEP KELAHIRAN KEMBALI DALAM PANDANGAN AGAMA KRISTEN DAN BUDDHA (STUDI PERBANDINGAN)

4) Rahardjo, M. D. (Ed.). (1987).Insan kamil: konsepsi manusia menurut Islam. Pustaka Grafitipers.

5) Gazalba, S. (1978).Ilmu, filsafat dan Islam tentang manusia dan agama. Bulan Bintang.

6) Mutahhari, M., & Rahmat, J. (1986).Perspektif Al Qur'an tentang manusia dan agama.

7) Daudy, A. (2002).Allah dan manusia dalam konsepsi Syekh Nuruddin ar-Raniry. Bulan Bintang.

8) Groves, W. B., McCleary, R., & Newman, G. R. (1985). Religion, modernization, and world crime.Comparative social research,8, 59-78.

9) Perry, M. J. (2006).Toward a theory of human rights: religion, law, courts. Cambridge University Press.

10) Stark, R., & Finke, R. (2000).Acts of faith: Explaining the human side of religion. Univ of California Press.

1