standard kompetensi pembantu makmal · pdf fileberupaya mengurus stok di dalam stor mengikut...

9
STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 1 STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIMENSI 1: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN 1. Pengurusan Makmal ASPEK DESKRIPSI A. Pengurusan Peruntukan Kewangan Makmal 1. Berupaya membantu mengurus perolehan dengan mematuhi prosedur dan pekeliling semasa. 2. Berupaya mengenal pasti peralatan, bahan dan radas mengikut kuantiti dan kualiti yang diperlukan dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). 3. Berupaya membantu menyediakan cadangan anggaran peruntukan bagi perolehan makmal. 4. Berupaya membantu mengurus pembelian mengikut prosedur dan pekeliling semasa. B. Pengurusan Aset Alih 1. Berupaya membantu mengurus dokumen aset mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan atau arahan perbendaharaan semasa. 2. Berupaya membantu mengurus kod nombor pendaftaran seperti yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran. 3. Berupaya mengurus penempatan aset seperti yang telah ditetapkan oleh pegawai yang bertanggungjawab. 4. Berupaya mengurus dokumentasi aset mengikut prosedur dan tatacara.

Upload: vanquynh

Post on 05-Mar-2018

247 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL  · PDF fileBerupaya mengurus stok di dalam stor mengikut ... ‘regulator’ gas jika berlaku ... Berupaya menyediakan laporan kerosakan

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 1

STANDARD KOMPETENSI

PEMBANTU MAKMAL

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DIMENSI 1: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN

1. Pengurusan Makmal

ASPEK DESKRIPSI

A. Pengurusan Peruntukan Kewangan Makmal

1. Berupaya membantu mengurus perolehan dengan mematuhi prosedur dan pekeliling semasa.

2. Berupaya mengenal pasti peralatan, bahan dan radas mengikut kuantiti dan kualiti yang diperlukan

dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP).

3. Berupaya membantu menyediakan cadangan anggaran peruntukan bagi perolehan makmal.

4. Berupaya membantu mengurus pembelian mengikut prosedur dan pekeliling semasa.

B. Pengurusan Aset Alih

1. Berupaya membantu mengurus dokumen aset mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

atau arahan perbendaharaan semasa.

2. Berupaya membantu mengurus kod nombor pendaftaran seperti yang telah ditetapkan oleh pihak

pentadbiran.

3. Berupaya mengurus penempatan aset seperti yang telah ditetapkan oleh pegawai yang

bertanggungjawab.

4. Berupaya mengurus dokumentasi aset mengikut prosedur dan tatacara.

Page 2: STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL  · PDF fileBerupaya mengurus stok di dalam stor mengikut ... ‘regulator’ gas jika berlaku ... Berupaya menyediakan laporan kerosakan

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 2

ASPEK DESKRIPSI

C. Pengurusan Stor

1. Berupaya mengurus dokumen stok mengikut Tatacara Pengurusan Stor atau arahan

perbendaharaan semasa.

2. Berupaya mengurus stok di dalam stor mengikut prosedur dan tatacara yang ditetapkan.

3. Berupaya mengurus pengagihan stok ke lokasi yang telah ditentukan mengikut permohonan.

D. Pengurusan Keselamatan Makmal Sains

1. Berupaya mengendalikan alat keselamatan dengan kaedah yang betul.

2. Berupaya memastikan alat keselamatan berfungsi.

3. Berupaya menyediakan pelan laluan kecemasan, carta keselamatan dan cara penggunaan alat

pemadam api.

4. Berupaya memaparkan notis/peraturan makmal.

5. Berupaya menyediakan panduan pertolongan cemas dan melengkapkan peti pertolongan cemas.

6. Berupaya merekodkan sebarang kemalangan dalam makmal.

7. Berupaya merujuk agensi yang berkenaan untuk melaksanakan ujian ke atas alat keselamatan

tertentu.

Page 3: STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL  · PDF fileBerupaya mengurus stok di dalam stor mengikut ... ‘regulator’ gas jika berlaku ... Berupaya menyediakan laporan kerosakan

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 3

ASPEK DESKRIPSI

E. Pelupusan Aset

dan Bahan Kimia

1. Berupaya mengenal pasti bahan kimia yang perlu dilupus.

2. Berupaya mematuhi Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan atau arahan perbendaharaan semasa.

3. Berupaya mematuhi prosedur pelupusan sisa bahan kimia.

4. Berupaya mengumpul bahan kimia yang hendak dilupuskan di tempat yang ditetapkan sebelum

mendapat kelulusan.

5. Berupaya mengemas kini rekod bahan kimia yang telah dilupuskan.

6. Berupaya mengenal pasti kelengkapan dan peralatan yang perlu dilupus.

7. Berupaya mematuhi Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan atau arahan perbendaharaan semasa.

8. Berupaya mengemas kini rekod aset alih kerajaan yang telah dilupuskan.

Page 4: STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL  · PDF fileBerupaya mengurus stok di dalam stor mengikut ... ‘regulator’ gas jika berlaku ... Berupaya menyediakan laporan kerosakan

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 4

2. Penyediaan dan Pengendalian Bahan dan Radas Bagi Kegunaan Amali

ASPEK DESKRIPSI

A. Penyediaan Larutan/ Bahan Kimia

1. Berupaya mengenal pasti sifat kimia dan fizikal bahan kimia.

2. Berupaya mengenal pasti kepekatan larutan berdasarkan borang pesanan amali.

3. Berupaya menyediakan kepekatan larutan yang diperlukan mengikut pengiraan formula yang betul dan tepat.

4. Berupaya menggunakan alat penimbang dan penyukat yang sesuai.bagi mendapatkan bacaan yang tepat.

5. Berupaya menyediakan larutan menggunakan peralatan/radas di tempat yang sesuai mengikut prosedur dan teknik yang betul.

6. Berupaya mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan proses penyediaan.

B. Penyediaan Radas

1. Berupaya menyediakan radas berdasarkan borang pesanan amali.

2. Berupaya menggunakan peralatan dan teknik yang betul semasa penyediaan radas.

3. Berupaya mengamalkan dan mematuhi langkah keselamatan semasa melakukan proses penyediaan.

C. Penyediaan Spesimen

1. Berupaya menyediakan bekalan spesimen berdasarkan borang pesanan amali.

2. Berupaya menyediakan spesimen segar, media kultur dan mikroorganisma untuk keperluan amali.

3. Berupaya menggunakan pelbagai teknik dan kaedah pensterilan.

4. Berupaya membasmi spesimen mikroorganisma selepas proses amali berdasarkan prosedur yang ditetapkan.

5. Berupaya mengurus pelupusan spesimen dan media kultur dengan cara yang betul mengikut prosedur pemeliharaan alam sekitar.

Page 5: STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL  · PDF fileBerupaya mengurus stok di dalam stor mengikut ... ‘regulator’ gas jika berlaku ... Berupaya menyediakan laporan kerosakan

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 5

ASPEK DESKRIPSI

D. Pengawetan

1. Berupaya mengawet spesimen mengikut teknik tertentu dengan menggunakan peralatan/bahan kimia/masa/suhu yang tepat dan prosedur yang betul.

2. Berupaya menyimpan dan mempamerkan spesimen mengikut prosedur yang betul dan kreatif.

3. Berupaya mendokumentasi spesimen mengikut kesesuaian dan kreativiti.

E. Penyimpanan Dan Pelabelan Radas Dan Bahan

1. Berupaya mengenal pasti kelengkapan, radas dan bahan untuk tujuan pelabelan.

2. Berupaya mengenal pasti tempat penyimpanan yang sesuai mengikut kategori kelengkapan, radas dan bahan.

1. Berupaya mengamal dan mematuhi langkah keselamatan semasa proses penyimpanan radas dan bahan.

F. Pengurusan

Pembersihan

Radas

1. Berupaya mengenal pasti jenis kekotoran radas yang perlu dibersihkan menggunakan kaedah yang sesuai.

2. Berupaya melaksanakan langkah keselamatan semasa mengumpul dan membersih alat dan radas.

Page 6: STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL  · PDF fileBerupaya mengurus stok di dalam stor mengikut ... ‘regulator’ gas jika berlaku ... Berupaya menyediakan laporan kerosakan

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 6

3. Penyelenggaraan Peralatan Makmal

ASPEK DESKRIPSI

A. Penyelenggaraan Peralatan Makmal

1. Berupaya mengenal pasti jenis dan fungsi kelengkapan/peralatan makmal.

2. Berupaya memastikan peralatan/kelengkapan makmal berfungsi.

3. Berupaya menyelenggara pelbagai peralatan makmal dengan kaedah yang betul.

4. Berupaya mengguna perkakasan (tools) atau alat pengujian yang sesuai.

5. Berupaya merujuk kepada personel yang berkaitan untuk mengurus kerosakan lain pada peralatan/ kelengkapan makmal.

6. Berupaya melaksanakan servis secara berkala.

7. Berupaya mengamalkan langkah keselamatan semasa membuat kerja penyelenggaraan.

B. Penyelenggaraan Kerosakan Kecil

1. Berupaya mengesan kerosakan perabot, kebocoran paip air/gas dengan menggunakan kaedah yang betul.

2. Berupaya membaiki kerosakan kecil pada perabot, paip air/gas.

3. Berupaya mengesan perubahan meter pada silinder gas dan mengambil langkah segera menutup ‘regulator’ gas jika berlaku kebocoran gas.

4. Berupaya menyediakan laporan kerosakan kepada pgawai penyelia (Ketua Pembantu Makmal/ Ketua Panitia/Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dll.)

Page 7: STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL  · PDF fileBerupaya mengurus stok di dalam stor mengikut ... ‘regulator’ gas jika berlaku ... Berupaya menyediakan laporan kerosakan

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 7

4. Penyeliaan (Bagi Pembantu Makmal Gred C22/26)

ASPEK DESKRIPSI

Pelaksanaan Tugas

1. Berupaya membuat pemantauan ke atas tugas pembantu makmal.

2. Berupaya merancang dan menyediakan jadual penyeliaan untuk pembantu makmal.

3. Berupaya menyelia pelaksanaan tugas pembantu makmal di bawah seliaan.

4. Berupaya memastikan langkah keselamatan dipatuhi semasa melaksanakan tugas.

5. Berupaya memberi maklum balas prestasi kerja pembantu makmal di bawah seliaan.

6. Berupaya memberi bimbingan dan panduan kepada pembantu makmal di bawah seliaan.

7. Berupaya menyelia dan memastikan kerja pembersihan fizikal makmal yang tidak melibatkan bahan

kimia/radas/peralatan makmal dilaksanakan oleh kontraktor pembersihan yang dilantik.

8. Berupaya memastikan makmal sains dalam keadaan bersih, kondusif, ceria dan selamat digunakan.

Page 8: STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL  · PDF fileBerupaya mengurus stok di dalam stor mengikut ... ‘regulator’ gas jika berlaku ... Berupaya menyediakan laporan kerosakan

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 8

DIMENSI 2: SAHSIAH

ASPEK DESKRIPSI

A. Komunikasi

Berkesan Berupaya menyampaikan maklumat dengan jelas, cepat, tepat dan mudah difahami.

B. Keterampilan

Diri

1. Berupaya menjalankan tugasan dengan yakin.

2. Berupaya menampilkan personaliti yang positif.

3. Berupaya mengurus emosi.

C. Nilai 1. Bertanggungjawab ke atas tugas yang diamanahkan.

2. Berintegriti dan komited dalam melaksanakan tugas.

3. Teliti dalam penyediaan bahan amali.

DIMENSI 3: KREATIVITI DAN INOVASI

ASPEK DESKRIPSI

A. Kreativiti Berupaya mencetus idea baharu dan penambahbaikan untuk menyediakan persekitaran makmal yang sentiasa selamat, ceria dan kondusif.

B. Inovasi 1. Berupaya menjana idea/mencipta produk yang dapat membantu PdP.

2. Berupaya menjana idea untuk pengurusan makmal yang lebih berkesan.

Page 9: STANDARD KOMPETENSI PEMBANTU MAKMAL  · PDF fileBerupaya mengurus stok di dalam stor mengikut ... ‘regulator’ gas jika berlaku ... Berupaya menyediakan laporan kerosakan

STANDARD KOMPETENSI AKP/PEMBANTU MAKMAL, KPM 9

DIMENSI 4: POTENSI

ASPEK DESKRIPSI

A. Penyertaan dan Penglibatan

1. Menghadiri kursus/seminar/bengkel dalam bidang yang berkaitan.

2. Meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

B. Sumbangan 1. Berminat dalam memperoleh ilmu dan kemahiran untuk meningkatkan kualiti kerja.

2. Memberi sumbangan dalam aktiviti/program di pelbagai peringkat.