stail b

12
1.0 Pengenalan Pendidikan adalah bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan membina pengalaman bagi menyediakan seseorang individu untuk menghadapi masa akan datang. Di samping itu, melalui pendidikan juga, seseorang individu akan dapat memperkembangkan lagi potensinya secara menyeluruh dan bersepadu untuk memajukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial. 2.0 Definisi Stail pengajaran merupakan satu kaedah pengajaran yang dijalankan oleh seseorang guru dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru dengan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai akan memastikan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan tercapai seperti yang dirancangkan 3.0 Konsep Bagi mencapai matlamat dan objektif dalam pengajaran dan pembelajaran terdapat pelbagai teori, kaedah, strategi dan stail pembelajaran direkacipta untuk diamalkan oleh guru. Seseorang guru dikatakan berkesan dalam sesuatu pengajaran itu apabila pelajar dapat mengikuti, memahami, menghayati dan mengalami apa yang ingin diajarkan kepada mereka. Hasil dari pengajaran yang berlaku akan

Upload: muhammad-amin

Post on 16-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

hjhj

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Pendidikan adalah bertujuan untuk memperoleh pengetahuan dan membina pengalaman bagi menyediakan seseorang individu untuk menghadapi masa akan datang. Di samping itu, melalui pendidikan juga, seseorang individu akan dapat memperkembangkan lagi potensinya secara menyeluruh dan bersepadu untuk memajukan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.

2.0 Definisi

Stail pengajaran merupakan satu kaedah pengajaran yang dijalankan oleh seseorang guru dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran guru dengan menggunakan kaedah yang betul dan sesuai akan memastikan objektif sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan tercapai seperti yang dirancangkan

3.0 Konsep

Bagi mencapai matlamat dan objektif dalam pengajaran dan pembelajaran terdapat pelbagai teori, kaedah, strategi dan stail pembelajaran direkacipta untuk diamalkan oleh guru. Seseorang guru dikatakan berkesan dalam sesuatu pengajaran itu apabila pelajar dapat mengikuti, memahami, menghayati dan mengalami apa yang ingin diajarkan kepada mereka. Hasil dari pengajaran yang berlaku akan menyebabkan perubahan tingkahlaku, pemikiran dan perasaan pelajar. .Perubahan tingkah laku ini boleh terjadi semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Segala perubahan yang berlaku boleh dinilai berdasarkan kepada tiga domain iaitu domain psikomotor , kognitif dan efektif.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep pendekatan, kaedah, teknik dan strategi sering digunakan. Ciri-ciri yang terdapat diantara keempat-empat konsep ini saling berkait di antara satu sama lain.

Merujuk kepada stail atau teknik pengajaran seseorang pendidik. Stail-stail ini melibatkan 11 cara iaitu stail perintah, latihan, semak bergandingan, semak kendiri, peningkatan, penemuan berbimbing, penemuan berpusat, hasilan tercapah, program individu, pembelajaran terdorong dan pengajaran kendiri (Mok Soon Sang, 2002).

Contohnya Stail latihan ialah satu kaedah pengajaran di mana guru memberikan tugasan kepada pelajar, pelajar melakukan tugasan tersebut untuk satu tempoh masa tertentu. Guru akan memerhati prestasi murid dan memberikan maklum balas kepada pelajar

4.0 Objektif

1. Mewujudkan hubungan baru antara guru dengan pelajar, pelajar dengan tugasan dan diantara pelajar sendiri.2.Mempraktikkan tugasan seperti yang didemonstrasikan atau yang telah diterangkan.3.Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi adalah berkaitan dengan masa.4.Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang baik adalah berkaitan dengan pengulanggan tugasan5.Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang cekap adalah berkaitan denganpengetahuan keputusan.6.Menyedari melalui pengalaman bahawa pengetahuan keputusan diperolehi melaluiberbagai bentuk maklumbalas yang diberikan oleh guru.5.0 Struktur Stail Untuk membolehkan kita mengenal stail latihan ini, perubahan mesti berlaku iaitu dengan memindahkan kuasa membuat keputusan daripada guru kepada pelajar. Perubahan ini berlaku di dalam sembilan kategori berikut dalam satu set impak :1.Kedudukan2.Tempat3.Turutan/susunan tugasan4.Kadar kemajuan5.Masa permulaan setiap tugasan6.Masa tamat setiap tugasan7.Masa rehat8.Penonjolan9.Mengajukan soalan untuk penjelasan.

Keputusan-keputusan dalam set pra impak dan post impak kekal seperti guru-guru membuat keputusan.Dalam set impak , guru memberi peluang kepada pelajar membuat keputusan dalam kesemua sembilan kategori.Peranan pelajar dalam stail ini ialah melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru dan membuat kesemua sembilan keputusan dalam set impak.Pemindahan kuasa membuat keputusan ini adalah permulaan proses keindividuan, menimbulkan perlakuan yang berbeza daripada guru dan pelajar.Guru tidak seharusnya memberi komen kepada setiap pergerakan, tugasan atau aktiviti, pelajar pula mempunyai peluang untuk belajar bagaimana membuat sembilan keputusan dalam parameter yang telah ditetapkan oleh guru.Dalam keputusan set post impak , guru memerhati persembahan dan memberi maklumbalas secara individu kepada setiap pelajar.5.0 Pelaksanaan StailBagi melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran Stail latihan ia boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu : i.Pra impakii.Impak iii.Pasca impakKetiga-tiga fasa ini menjelaskan bagaimana peranan yang dimainkan oleh guru dan pelajar dalam ketiga-tiga fasa ini.5.1 Fasa Pra ImpakDalam fasa ini guru hendaklah menyediakan satu ringkasan mengajar sebagai panduan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu merancang dan memikirkan apakah gaya yang akan digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan sesuatu pelajaran. Guru berperanan mengenalpasti dan membentuk sesuatu permasalahan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Permasalahan yang diberikan hendaklah berkaitan dengan objektif pembelajaran yang akan diberikan kepada pelajar untuk diselesaikan. Arahan yang diberikan ini boleh diberikan dalam bentuk lisan sahaja ataupun boleh juga diberikan dalam bentuk tulisan. Stail ini melibatkan pelajar dalam membuat keputusan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Dalam stail latihan, pelajar bukan sahaja dilatih menyelesaikan tugasan, tetapi proses pertimbangan dalam membuat keputusan.Guru belajar untuk percaya kepada pelajar dalam membuat keputusan yang sesuai semasa menyelesaikan tugasan.Langkah-langkah berikut menerangkan penggunaan rangka stail latihan sebagai garis panduan perlaksanaan. Proses ini melibatkan membuat keputusan di dalam set pra impak, impak dan post impak.5.2 Fasa ImpakDalam set ini terdapat beberapa urutan dalam menerangkan episod tersebut :

1.Guru menetapkan satu-satu keadaan dengan memanggil pelajar mendampingi guru.2.Guru menentukan objektif stail ini.3.Menyediakan masa untuk pelajar melakukan aktiviti dengan sendiri.4.Menyediakan masa kepada guru untuk menyediakan maklumbalas individu kepada setiap orang.5.Guru menerangkan peranan pelajar dan giliran dalam membuat keputusan.6.Guru menerangkan peranan guru.a.memerhati prestasi dan maklumbalas individu.b.bersedia menjawab soalan pelajar.7.Guru menyediakan tugasan-tugasan yang mengandungi komponen-komponen komunikasi.a. Kandungan .Setiap tugasan mesti mengandungi kandungan khusus apa yang hendak dilakukan.b. Modul.Guru mengealpasti modul yang sesuai dalam persembahkan tugasan tersebut. ( audio, visual, audiovisual, dan sebagainya)c.Perlakuan.Setiap modul yang dikenalpasti perlu mempunyai perlakuan yang sesuai ( demonstrasi, menerangkan dan sebagainya)d.Media.Tugasan boleh dipersembahkan melalui berbagai media ( guru, filem, video atau kertas tugasan )8.Pelajar mengetahui dapatan daripada peranan dan tugasan.9.Apabila satu keadaan situasi telah ditetapkan guru perlu bertanya kepada pelajar sekiranya mereka sudah faham atau tidak.10.Pelajar mula melakukan tugasan dan membuat keputusan yang telah dipindahkan pada mereka dalam set impak.11.Guru memerhati keadaan semasa dan berhubung secara individu dengan pelajar.5.3 Fasa Pasca ImpakDalam set post impak ini keperluannya adalah dalam menyediakan maklumbalas-maklumbalas individu kepada semua pelajar. Semasa dalam proses ini guru perlu mengikuti aspek-aspek berikut ;

1.Kenalpasti dengan segera kesilapan pelajar dalam prestasi tugasan dan dalam membuat keputusan.2. Menyediakan maklumbalas individu yang betul kepada pelajar.3. Berada di sebelah pelajar sehingga melakukan perlakuan yang betul.4. Beredar kepada pelajar lain.5. Melawat , menyelia, memerhati dan menyediakan maklumbalas kepada pelajar yang Melakukan tugasan yang betul. Mereka juga perlukan masa daripada guru.6. Untuk sesetengah tugasan memerlukan lebih daripada satu pemerhatian.7. Peka dalam pemilihan maklumbalas.

Pada akhir pelajaran guru memanggil semua murid untuk berkumpul dalam beberapa minit , ini boleh dilakukan dengan cara mengulangkaji secara ringkas kandungan pelajaran pada hari itu, maklumbalas secara umum kepada kelas dan sebagainya.6.0 Peranan Guru dan PelajarPeranan guru :-1.Guru menilai perkembangan dalam membuat keputusan yang meluas.2.Guru mempercayai pelajar dalam membuat sembilan keputusan tersebut3.Guru menerima idea di mana kedua-dua guru dan pelajar boleh memperkembangkan nilai-nilai dalam sesuatu stail.Peranan pelajar :-1.Pelajar boleh membuat kesemua sembilan keputusan semasa sedang melatih dan melakukan tugasan.2.Pelajar boleh bertanggungjawab uantuk hasilan daripada keputusan mereka apabila mereka melibatkan dalam proses individu.3.Pelajar boleh mengalami permulaan dalam berdikari7.0 Kekuatan Stail 1.Isi pelajaran yang diajar adalah tetap dan tidak berubah 2.Isi pelajaran mudah untuk dipelajari oleh murid 3.Masa dan peluang pelajar melakukan sendiri aktiviti dengan tetap dan mengikut panduan.4.Guru dapat menegur dan menunjuk cara jika ada kesilapan dan secara langsung dapat mendampingi pelajar di dalam kelas. 5.Komunikasi secara dua hala iaitu antara guru dengan murid. 6.Guru memberi peluang pelajar membuat keputusan sendiri 7.Dapat memperkembangkan daya kreativiti pelajar secara maksimum 8.Guru hanya bertindak sebagai fasilitator.

8.0 Kelemahan Stail 1. Pelajar cepat menyelesaikan masalah sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar tamat. 2.Perkembangan minda atau kognitif pelajar kurang digunakan. 3.Pelajar akan merasa terkongkong kerana terikat dengan aktiviti yang dijalankan 4.Aktiviti yang dijalankan tertumpu kepada maklumbalas guru. 5.Murid tidak dapat motivasi dari guru akibat menjalankan aktiviti sendiri9.0 Kesimpulan 1.Terdapat sembilan struktur kaedah latihan yang perlu diikuti. 2.Jika beberapa orang pelajar melakukan kesilapan guru hendaklah memberhentikan aktiviti kumpulan mereka. Ini akan membantu guru dalam :-a. Kecekapan mengurus masa.b. Kedudukan guru yang hampir dengan murid di dalam kelas mewujudkan satu suasana yang selesac. Jika pelajar bertanyakan soalan, guru membantu mereka.d. Guru akan memerhatikan mereka untuk melakukan kemahiran dengan betul.

3.Oleh kerana stail latihan ini direka untuk individu sahaja, komunikasi di antara murid-murid harus diminimumkan. 4.Dua keadaan akan berlaku di mana pelajar individu akan mengikut arahan guru mereka atau menuggu tindakbalas dari guru selepas sesuatu persembahan.5.Guru akan memberi tugasan mengikut tahap kedudukan pelajar. Di dalam stail latihan ini, guru berbuat demikian untuk mencapai kelainan dalam persembahan.6.Kadang-kadang pelajar menyelesaikan masalah sebelum masa yang yang diperuntukkan itu tamat. Ini berlaku di dalam semua stail kecuali stail A ( arahan ). Dalam masa rehat guru harus merancang aktiviti dan pembelajaran yang sesuai supaya pelajar tidak terikat dengan aktiviti yang tidak berkaitan. 7.Salah satu alat bantu mengajar yang sesuai dalam stail latihan ialah carta dinding. Ia mengingatkan tentang tugasan yang perlu dilakukan di setiap stesen. Ini menyenangkan guru.8.Di dalam stail latihan ini , pelajar lebih berdikari di dalam membuat keputusan tentang persembahan masing-masing jika dibandingkan dengan stail perintah.9.Dari segi kognitif terdapat sedikit perubahan terhadap pelajar kerana ia harus menggabungjalinkan dengan ingatan serta persembahan yang dipersembahkan oleh guru.10.Stail Latihan bermula dari proses weaning iaitu satu proses di mana guru dan murid akan mengikut laluan masing-masing. Guru akan menerangkan 9 keputusan tadi terhadap pelajar dan berharap mereka akan melakukannya dengan baik.Berdasarkan penerangan yang telah diberikan terhadap penggunaan kaedah pengajaran Stail latihan, dapat dinyatakan dan dibuat kesimpulan bahawa kaedah pengajaran jenis ini amat berupaya membentuk dan mencapai objektif setiap domain dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap dan kukuh dalam diri pelajar. Melalui kaedah latihan yang yang dilakukan oleh pelajar akan membentuk keupayaan domain kognitif, psikomotor dan afektif yang tersendiri mengikut keupayaan pelajar bekenaan.Peranan guru yang bertindak sebagai pemudah cara atau fasilitator akan memberikan ruang yang bebas dan selesa kepada pelajar dalam menghasilkan keputusan yang terbaik bagi diri mereka. Di dalam stail latihan ini , pelajar lebih berdikari di dalam membuat keputusan tentang persembahan masing-masing jika dibandingkan dengan stail perintah. Dari segi kognitif terdapat sedikit perubahan terhadap pelajar kerana ia harus menggabungjalinkan dengan ingatan serta persembahan yang dipersembahkan oleh guru.