stail b

30
Stail B: Stail Latihan Ahli Kumpulan: Lee Xiao Ying Lim Yuen Theng

Upload: yjie-tan

Post on 18-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fdf

TRANSCRIPT

Stail latihan

Stail B:Stail LatihanAhli Kumpulan: Lee Xiao YingLim Yuen Theng

Apa itu Stail Latihan?Satu kaedah pengajaran di mana guru memberikan tugasan kepada pelajar, pelajar melakukan tugasan tersebut untuk satu tempoh tertentu. Guru akan memerhati prestasi murid dan memberikan maklum balas kepada pelajar.

Objektif Mewujudkan hubungan baru antara guru dengan pelajar, pelajar dengan tugasan dan di antara pelajar sendiri.Mempraktikan tugasan seperti yang didemonstrasikan atau yang telah diterangkan.Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi adalah berkaitan dengan masa.Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang baik adalah berkaitan dengan pengulangan tugasan.

Menyedari melalui pengalaman bahawa prestasi yang cekap adalah berkaitan dengan pengetahuan keputusan.Menyedari melalui pengalaman bahawa pengetahuan keputusan diperolehi melalui berbagai bentuk maklumbalas yang diberikan oleh guru.

Struktur Stail LatihanPerubahan berlaku: memindahkan kuasa membuat keputusan daripada guru kepada pelajarPerubahan ini berlaku di dalam 9 kategori berikut dalam satu set impak: Kedudukan Tempat Turutan/susunan tugasanKadar kemajuanMasa permulaan setiap tugasanMasa tamat setiap tugasanMasa rehatPenonjolanMengajukan soalan untuk penjelasan

Permindahan kuasa membuat keputusan ini adalah permulaan proses keindividuan, menimbulkan perlakuan yang berbeza daripada guru dan pelajar.Guru tidak seharusnya memberikan komen kepada setiap pergerakan, tugasan atau aktiviti.Pelajar mempunyai peluang untuk belajar bagaimana membuat sembilan keputusan dalam parameter yang telah ditetapkan oleh guru.

Perlaksanaan Stail LatihanKaedah PdP Stail Latihan boleh dibahagikan kepada 3 fasa iaitu:Pra impakImpakPasca impakKetiga-tiga fasa ini menjelaskan bagaimana peranan yang dimainkan oleh guru dan pelajar dalam ketiga-tiga fasa ini.

Pra ImpakGuru hendaklah:Menyediakan satu ringkasan mengajar sebagai panduan untuk sesi PdPMerancang dan memikirkan apakah gaya yang akan digunakan dalam aktiviti PdP bagi menyampaikan sesuatu pelajaran

Guru hendaklah:Mengenalpasti dan membentuk sesuatu permasalahan dalam sesuatu sesi PdP (permasalahan yang diberikan hendaklah berkaitan dengan objektif pembelajaran yang akan diberikan kepada pelajar untuk diselesaikan)Memberikan arahan dalam bentuk lisan dan tulisan sahajaBelajar untuk percaya kepada pelajar dalam membuat keputusan yang sesuai semasa menyelesaikan tugasan

Pelajar:Membuat keputusan semasa proses PdPDilatih menyelesaikan tugasan, proses pertimbangan dalam membuat keputusan

Set ImpakDalam set ini terdapat beberapa urutan dalam menerangkan episod tersebut:Guru menetapkan satu-satu keadaan dengan memanggil pelajar mendampingi guru.Guru menentukan objektif stail ini.Menyediakan masa untuk pelajar melakukan aktiviti dengan sendiri.Menyediakan masa kepada guru untuk menyediakan maklumbalas individu kepada setiap orang.

Guru menerangkan peranan pelajar dan giliran dalam membuat keputusan.Guru menerangkan peranan guru:memerhati prestasi dan maklumbalas individubersedia menjawab soalan pelajarGuru menyediakan tugasan-tugasan yang mengandungi komponen-komponen komunikasi.Kandungan Setiap tugasan mesti mengandungi kandungan khusus apa yang hendak dilakukan.

Modul Guru mengenalpasti modul yang sesuai dalam persembahan tugasan tersebut. (audio, visual, audiovisual, dan sebagainya)Perlakuan Setiap modul yang dikenalpasti perlu mempunyai perlakuan yang sesuai (demonstrasi, penerangan, dan sebagainya)Media Tugasan boleh dipersembahkan melalui berbagai media (guru, filem, video atau kertas tugasan)

Pelajar mengetahui dapatan daripada peranan dan tugasan.Apabila satu keadaan situasi telah ditetapkan, guru perlu bertanya kepada pelajar sekiranya mereka sudah faham atau tidak.Pelajar mula melakukan tugasan dan membuat keputusan yang telah dipindahkan kepada mereka dalam set impak.Guru memerhati keadaan semasa dan berhubung secara individu dengan pelajar.

Set Pasca ImpakDalam set post impak ini keperluannya adalah dalam menyediakan maklumbalas-maklumbalas individu kepada semua pelajar.Semasa dalam proses ini guru perlu mengikuti aspek-aspek berikut:Kenalpasti dengan segera kesilapan pelajar dalam prestasi tugasan dan dalam membuat keputusan.Menyediakan maklumbalas individu yang betul kepada pelajar.

Berada di sebelah pelajar sehingga melakukan perlakuan yang betul.Beredar kepada pelajar lain.Melawat, menyelia, memerhati dan menyediakan maklumbalas kepada pelajar yang melakukan tugasan yang betul.Untuk sesetengah tugasan memerlukan lebih daripada satu pemerhatian.Peka dalam pemilihan maklumbalas.

Pada akhir pelajaran, guru memanggil semua murid untuk berkumpul dalam beberapa minit, ini boleh dilakukan dengan cara mengulangkaji secara ringkas kandungan pelajaran pada hari itu, maklumbalas secara umum kepada kelas dan sebagainya.

Isi pelajaran mudah untuk dipelajari oleh murid.Guru memberikan masa yang bebas kepada murid untuk melakukan latihan selepas guru demokan pergerakan atau perbuatan tertentu.

Kekuatan Stail Latihan

Murid-murid dapat belajar nilai berdikari. Guru memberi peluang murid membuat keputusan sendiri. Murid-murid bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat sendiri.

Guru dapat menegur dan menunjuk cara jika ada kesilapan dan secara langsung dapat mendampingi murid di dalam kelas.Semasa murid sedang membuat latihan, guru berpeluang untuk mengawasi semua murid di kelas dan memberi pembetulan semasa murid telah melakukan kesilapan.

Komunikasi antara guru dengan murid.Guru dapat melakukan interaksi dengan murid-murid semasa latihan dijalankan dan semasa sesi maklum balas. Murid-murid juga berpeluang untuk berinteraksi semasa latihan.

Guru bertindak sebagai fasilitator.Guru tidak akan mencampur tangan dalam aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid. Guru hanya akan menegur dan memberi tunjuk ajar sahaja sekiranya murid-murid telah melakukan kesilapan.

Murid tidak mempunyai tekanan semasa belajar.Guru memberi peluang murid membuat keputusan sendiri.

Dapat memperkembangkan daya kreativiti pelajar secara maksimum.Guru memberi permasalahan untuk diselesaikan oleh murid akan meningkatkan daya kreativiti murid.

Pelajar akan merasa terkongkong kerana terikat dengan aktiviti yang dijalankan.Murid-murid hanya akan menjalankan latihan yang diarahkan oleh guru sahaja. Kelemahan Stail Latihan

Murid cepat menyelesaikan masalah sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran sebenar tamat.Ini disebabkan oleh guru akan memberi masa untuk menyelesaikan pemasalahan yang diberi oleh guru. Oleh itu, murid-murid yang lebih pandai akan dapat menyelesaikan masalah tersebut lebih awal.

Motivasi dikurangkanGuru hanya akan mengawasi persembahan murid di tepi sahaja. Ganjaran atau pujian tidak akan diberikan.

Implikasi Stail LatihanRealiti episod-episod dalam stail latihan ini menghasilkan satu set implikasi yang baru:Guru menilai perkembangan dalam membuat keputusan yang meluas.Guru mempercayai pelajar dalam membuat sembilan keputusan tersebut.Guru menerima idea di mana kedua-dua guru dan pelajar boleh memperkembangkan nilai-nilai dalam sesuatu stail.

Pelajar boleh membuat kesemua sembilan keputusan semasa sedang melatih dan melakukan tugasan.Pelajar boleh bertanggungjawab untuk hasilan daripada keputusan mereka apabila mereka melibatkan dalam proses individu.Pelajar boleh mengalami permulaan dalam berdikari.

Terima Kasih!