soalan tutorial penilaian (1-5)

11
Soalan tutorial 1: Bezakan pengujian, pentaksiran, dan penilaian dari segi kegunaan, bentuk, dan proses. Pengujian Pentaksiran Penilaian Kegunaa n Proses pengukuran untuk memperoleh dan membezakan tahap pencapaian pelajar dalam pelbagai subjek di sekolah Untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran Untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam kelas Untuk menentukan kualiti, keberkesanan atau nilai suatu program, produk, projek, proses, objektif, atau kurikulum. Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum Bentuk Instrumen pengukuran: Pemerhatian dan ujian formal Ujian lisan, ujian bertulis atau ujian kemahiran Pengutipan maklumat dan interpretasi Merangkumi penggunaan skala ordinal dan skala selang Kaedah penyelidikan atau penyiasatan Menghakimi program atau pengendalian kursus pendidikan (Taras, 2005) Proses 1. Persediaan ujian dan pengujian melibatkan penyediaan kertas soalan yang mengandungi soalan- soalan yang releven, berkesahan, boleh dipercayai, boleh ditadbir dan mudah ditafsirkan. Soalan ujian mestilah bersesuaian dengan apa yang hendak diuji dan bertepatan dengan 1. Merancang: Sebelum pentaksiran dijalankan, guru harus merancang perkara seperti berikut: i) mengenal pasti murid yang hendak dinilai. ii) 1. Proses pengukuran Menentukan alat pengukuran (contoh: ujian) Penyediaan alat pengukuran (merangka soalan ujian) Pentadbiran alat pengukuran (ujian diberikan kepada pelajar untuk dijawab)

Upload: herwin-ronny

Post on 27-Jun-2015

1.015 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Tutorial Penilaian (1-5)

Soalan tutorial 1:

Bezakan pengujian, pentaksiran, dan penilaian dari segi kegunaan, bentuk, dan proses.

Pengujian Pentaksiran PenilaianKegunaan

Proses pengukuran untuk memperoleh dan membezakan tahap pencapaian pelajar dalam pelbagai subjek di sekolah

Untuk mengukur perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti pembelajaran

Untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian pelajar

Menentukan pencapaian sesuatu pembelajaran

Untuk membuat pengelasan bagi pencapaian dan kedudukan dalam kelas

Untuk menentukan kualiti, keberkesanan atau nilai suatu program, produk, projek, proses, objektif, atau kurikulum.

Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran, kaedah mengajar, dan kurikulum

Bentuk Instrumen pengukuran: Pemerhatian dan ujian formal

Ujian lisan, ujian bertulis atau ujian kemahiran

Pengutipan maklumat dan interpretasi

Merangkumi penggunaan skala ordinal dan skala selang

Kaedah penyelidikan atau penyiasatan

Menghakimi program atau pengendalian kursus pendidikan (Taras, 2005)

Proses 1. Persediaan ujian dan pengujian melibatkan penyediaan kertas soalan yang mengandungi soalan- soalan yang releven, berkesahan, boleh dipercayai, boleh ditadbir dan mudah ditafsirkan. Soalan ujian mestilah bersesuaian dengan apa yang hendak diuji dan bertepatan dengan objektif subjek.2. Pentadbiran ujian adalah berkaitan dengan suasana ujian yang sesuai bagi pelajar untuk menjawab ujian tanpa gangguan. Berikut merupakan panduan untuk memastikan pentadbiran ujian dilaksanakan dengan sempurna:

1. Merancang: Sebelum

pentaksiran dijalankan,guru harus merancang perkara seperti berikut:i) mengenal pasti murid yang hendak dinilai.ii) menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilaiiii) menentukan instrument

1. Proses pengukuran Menentukan alat

pengukuran (contoh: ujian)

Penyediaan alat pengukuran (merangka soalan ujian)

Pentadbiran alat pengukuran (ujian diberikan kepada pelajar untuk dijawab)

2. Proses penganalisisan

Hasil pengukuran diperiksa (jawapan ujian pelajar disemak)

Hasil pengukuran dianalisis secara numerical (mewakilkan

Page 2: Soalan Tutorial Penilaian (1-5)

Arahan tentang cara menjawab soalan ujian mestilah diberi dengan tepat, jelas, dan ringkas.

Soalan mesti disusun dari tahap mudah ke tahap yang sukar.

Guru perlu memadankan bilangan dan kesukaran soalan dengan masa yang diperuntukkan untuk menjawab.

Masa yang dicadangkan agar soalan jawapan yang dipilih mengandungi 5 pilihan diperuntukkan 45 saat untuk pelajar menjawab.

Tempat di mana ujian dilaksanakan perlulah selamat, ceria dan sempurna dengan kerusi serta meja yang berkeadaan baik dan sesuai, jarak yang sesuai, pencahayaan terang, suhu sederhana, sistem siaraya yang sempurna dan tidak berdekatan dengan punca kebisingan seperti jalanraya.

Ujian boleh ditadbirkan oleh sesiapa saja

Masa yang terganggu perlulah ditambah bagi menggantikan masa yang sepatutnya.

3. Pemeriksaan ujian adalah melibatkan penyemakan kertas ujian yang telah dijawab.

yang hendak digunakaniv) menentukan aspek yang hendak diperhatikanv) menentukan tempoh masa pemerhatianvi) menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran

2. Membina Instrumen

Instrumen yang dibina perlu memenuhi ciri-ciri berikut:i) tujuan yang jelasii) menepati apa yang hendak dinilaiiii) Item boleh diukuriv) Setiap item hanya mengukur satu kemahiran saja

pengukuran berangka kepada prestasi pelajar untuk menggambarkan keupayaannya)

3.Proses interpretasi Daripada hasil

analisis numerical, maklumat tentang tahap penguasaan & kemahiran yang telah diajar dapat ditentukan (tahap kemajuan: sangat memuaskan @ memuaskan @ sederhana @ lemah @ tidak ada kemajuan)

4. Proses melapor Hasil analisis

numerical dicatatkan dan diberikan kepada pihak yang lebih berkuasa (contoh: Ketua Panitia @ Ketua Bidang)

5. Proses tindakan Hasil analisis

numerical jadi panduan bagi guru untuk buat keputusan tentang aktiviti P&P. (Pelajar cerdas perlu aktiviti pengayaan, pelajar lemah perlu aktiviti pemulihan)

Guru boleh buat keputusan samada perlu mengubah strategi pengajaran atau tidak.

Page 3: Soalan Tutorial Penilaian (1-5)

Pemeriksaan kertas jawapan ini perlu dilakukan secara tertutup dan calon ujian tidak boleh terlibat dalam pelaksanaan ini.

Soalan Tutorial 2:

Bezakan penilaian formatif dan penilaian sumatif dari segi makna,

tujuan, proses dan produk.

Penilaian formatif Penilaian sumatif

Makna-penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang P&P.

-penilaian yang dibuat diakhir pengajaran (akhir penggal/akhir tahun).-penilaian yang menjumlahkan atau merumuskan satu unit pembelajaran.

Tujuan -membantu guru merancang untuk meneruskan pengajaran seterusnya.-mengesan kekuatan dan kelemahan penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran yang diajar.-mengesan kemajuan para pelajar dalam kelas.-berkongsi pendapat dengan pelajar.-mengesan kemajuan pelajar-pelajar dalam kelas.-mengatasi masalah pelajar dengan mengadakan aktiviti pemulihan/ubah kaedah/pendekatan pengajaran.

-menentukan pencapaian pelajar dalam beberapa unit pembelajaran. Cthnya: keputusan ujian digunakan untuk merancang aktiviti P&P, aktivti pengayaan dan pemulihan, merekod keputusan dalam rekod profil serta menempatkan semula kedudukan pelajar dalam kumpulan sesuai.- mengesan pencapaian dalam kelas atau membuat perbandingan pencapaian mereka antara kelas.

Proses 1) Menentukan topik pembelajaran.

- Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya

1) Sebelum pengujian

- Mesyuarat peringkat panitia membincangkan

Page 4: Soalan Tutorial Penilaian (1-5)

dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.

- Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.

- Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu.

- Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.

- Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.

- Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.

- Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.

- Dalam hal ini apabila

panduan-panduan membina soalan dan tajuk-tajuk yang perlu diuji agar peperiksaan berjalan lancar.

- Membina soalan mengikut JSU dan aras Taksonomi Bloom yang telah disediakan berdasarkan sukatan pelajaran.

- Guru-guru menjaga kerahsiaan soalan.

2) Semasa pengujian:

- Murid-murid menduduki peperiksaan.

- Guru-guru memberi taklimat mengenai peperiksaan.

- Guru-guru bertanggungjawab memastikan peperiksaan berjalan lancar.

3) Selepas pengujian:

- Guru mata pelajaran memeriksa kertas jawapan mengikut skema.

- Slip keputusan yang telah siap diserah kepada murid dan ibu bapa.

- Majlis Kurikulum Sekolah berbincang dan mengambil tindakan bagi mengatasi masalah berbangkit.

Page 5: Soalan Tutorial Penilaian (1-5)

keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

3)Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.

- Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.

-Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

4) Membentuk soalan ujian.

- Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan

- setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.

5) Mencadangkan langkah susulan.

- Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi

Page 6: Soalan Tutorial Penilaian (1-5)

oleh murid-murid.

- tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.

- Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.

Produk Bentuk:- Boleh mengelaskan

pelajar mengikut level/aras.

- Buat kumpulan mengikut tahap (pengayaan,pemulihan)

- Gred untuk bagi anugerah.

- Pembahagian kelas,pembahagian aliran dan sebagainya.

Page 7: Soalan Tutorial Penilaian (1-5)

Soalan tutorial 3:

Terangkan kepentingan penilaian program dalam pendidikan.

Dalam menjalankan sesuatu program dalam pendidikan, penilaian program

adalah sangat penting. Berikut merupakan kepentingan-kepentingan penilaian

program dalam pendidikan:

Memantau pencapaian pelajar dari semasa ke semasa sepanjang program

dijalankan

Mengetahui keberkesanan program tersebut

Mendokumentasikan setiap pencapaian objektif program

Memberi maklumat tentang pembekalan perkhidmatan yang berfaedah

Membolehkan ahli jawatankuasa program membuat perubahan yang boleh

meningkatkan keberkesanan program

Page 8: Soalan Tutorial Penilaian (1-5)

Soalan tutorial 4:

Apakah perbezaan antara penilaian dan penyelidikan pendidikan?

Berikan contoh-contoh projek penilaian dan penyelidikan pendidikan.

Penilaian Pendidikan Penyelidikan Pendidikan

Penggunaan kaedah-kaedah

penyelidikan dalam menjelaskan

sesuatu masalah yang berkaitan

dengan tindakan.

Contoh projek penilaian adalah

seperti satu penilaian projek yang

mengutamakan penilaian kegunaan

(utiliti) dan kebolehpercayaan

(kredibiliti). Penilaian ini

mengutamakan faedah (worth) yang

diperolehi.

Usaha yang dikehendaki secara

sistematik, objektif dan dinamik

menerusi langkah-langkah

menentukan masalah dan alat

kajian, mengumpul dan

menganalisis data, mentafsir dan

melaporkan hasil penyelidikan.

Contoh projek penyelidikan adalah

suatu projek yang mementingkan

kesahan dalaman dan kesahan

luaran. Penyelidikan mementingkan

kebenaran (truth) yang harus

dibuktikan.

Page 9: Soalan Tutorial Penilaian (1-5)

Soalan tutorial 5:

Bandingkan model objektif dan model goal free.

Model Objektif Model Goal Free

Ditakrifkan sebagai kejayaan atau

kegagalan sesebuah program atau

pengajaran dalam kadar

kesepadanan di antara prestasi

pelajar-pelajar yang dijangkakan

dengan prestasi yang sebenar.

Menerusi model objektif, penilaian

dikaitkan dengan usaha menentukan

nilai sesuatu hasil.

Menekankan bahawa pertimbangan

dan penilaian matlamat bukan

sahaja tidak diperlukan tetapi

mungkin merupakan langkah yang

mengganggu penilaian.

Fokus utama dalam penilaian tanpa

matlamat adalah hasil sebenar dan

bukannya setakat hasil yang

dikehendaki oleh program.