soalan tutorial bab 2

6
Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan 23 BAB 2 : KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN Soalan 1 a. Bagi setiap kes berikut, kenalpasti dan terangkan prinsip-prinsip atau andaian-andaian perakaunan yang tidak dipatuhi. i. Kenderaan dalam Kunci kira-kira direkodkan pada nilai saksama yang mana nilainya adalah kurang RM 70,000 daripada nilai kosnya. ii. Gaji pekerja dalam bulan Disember 2002 belum lagi direkodkan sebagai perbelanjaan dalam tahun tersebut kerana belum dibayar. iii. Tunai dari hasil jualan barangniaga telah dimasukkan ke dalam akaun bank pemilik perniagaan. b. Pada 1 Ogos 2003, Basiron telah menubuhkan Perniagaan Rantau. Berikut adalah transaksi yang berlaku sepanjang bulan Ogos : Ogos 1 Memulakan perniagaan dengan tunai RM 48,000. 3 Membeli peralatan secara tunai RM 9,600. 8 Memperolehi hasil RM 15,600. Sejumlah RM 7,200 diterima secara tunai manakala bakinya akan diterima dalam bulan November, 2003. 14 Belanja pengiklanan RM 7,000 belum dibayar. 20 Membuat pinjaman bank RM 24,000 menerusi terbitan nota belum bayar. 25 Membayar bil uitiliti RM 360. 30 Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi RM 3,600. DIKEHENDAKI : Sediakan analisis transaksi di atas menggunakan format berikut : Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilik Tarikh Tunai ABT Peralatan = Belanja Belum bayar NBB Ekuiti Pemilik Butiran Soalan 2 a) Piawaian perakaunan adalah penting dalam pelaporan kewangan sesebuah perniagaan. Pada pandangan anda, kenapakah piawaian perakaunan penting ? b) Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip-prinsip perakaunan berikut : (i) konsep usaha berterusan (ii) konsep pemadanan (iii) konsep materialiti (iv) konsep kos sejarah Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Upload: muhammad-syawal

Post on 26-Dec-2015

403 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

stpm matriks akaun

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Tutorial bab 2

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan

23

BAB 2 : KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

Soalan 1

a. Bagi setiap kes berikut, kenalpasti dan terangkan prinsip-prinsip atau andaian-andaianperakaunan yang tidak dipatuhi.

i. Kenderaan dalam Kunci kira-kira direkodkan pada nilai saksama yang mananilainya adalah kurang RM 70,000 daripada nilai kosnya.

ii. Gaji pekerja dalam bulan Disember 2002 belum lagi direkodkan sebagaiperbelanjaan dalam tahun tersebut kerana belum dibayar.

iii. Tunai dari hasil jualan barangniaga telah dimasukkan ke dalam akaun bankpemilik perniagaan.

b. Pada 1 Ogos 2003, Basiron telah menubuhkan Perniagaan Rantau. Berikut adalahtransaksi yang berlaku sepanjang bulan Ogos :

Ogos 1 Memulakan perniagaan dengan tunai RM 48,000.

3 Membeli peralatan secara tunai RM 9,600.

8 Memperolehi hasil RM 15,600. Sejumlah RM 7,200 diterima secara tunaimanakala bakinya akan diterima dalam bulan November, 2003.

14 Belanja pengiklanan RM 7,000 belum dibayar.

20 Membuat pinjaman bank RM 24,000 menerusi terbitan nota belum bayar.

25 Membayar bil uitiliti RM 360.

30 Ambilan tunai untuk kegunaan peribadi RM 3,600.

DIKEHENDAKI :

Sediakan analisis transaksi di atas menggunakan format berikut :

Aset = Liabiliti + Ekuiti pemilikTarikhTunai ABT Peralatan = Belanja Belum

bayarNBB Ekuiti

PemilikButiran

Soalan 2

a) Piawaian perakaunan adalah penting dalam pelaporan kewangan sesebuah perniagaan.Pada pandangan anda, kenapakah piawaian perakaunan penting ?

b) Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip-prinsip perakaunan berikut :(i) konsep usaha berterusan(ii) konsep pemadanan(iii) konsep materialiti(iv) konsep kos sejarah

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 2: Soalan Tutorial bab 2

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan

24

c) Encik Ahmad adalah pemborong barang-barang plastik, Maju Jaya Enterprise. Dalamtahun kewangan 1998, Encik Ahmad membuat keputusan untuk menukar pengiraansusutnilai daripada kaedah garis lurus kepada kaedah baki berkurangan. Dalam tahunyang sama jumlah perbelanjaan Maju Jaya Enterprise adalah tinggi memandangkanbelanja operasi yang dilaporkan adalah termasuk belanja ke atas kereta peribadi EncikAhmad.

Terangkan dua konsep perakaunan yang berkaitan dengan kes di atas. Adakah konsep inidipatuhi atau tidak ? Huraikan jawapan anda.

Soalan 3

a) Apakah yang dimaksudkan dengan Konsep konservatisma dan terangkan secara ringkas.

b) Tunjukkan kesan urusniaga berikut ke atas persamaan perakaunan.

Aset = Liabiliti + EkuitiContoh:Membeli mesin dengan tunai

+ Mesin- Tunai

i) Membeli bekalan secara kredit

ii) Membeli tanah dan bangunan melaluipinjaman dari syarikat kewangan

iii) Pemilik mengambil tunai untukkegunaan sendiri

iv) Pelanggan membayar hutang dengancek

Soalan 4

a) Berdasarkan kepada setiap kes berikut nyatakan secara berasingan apakah prinsipperakaunan yang terlibat.

(i) Encik Badri bercadang untuk memperuntukkan belanja susutnilai ke atas asettetap yang dimiliki.

(ii) Encik Asmad memiliki hartanah seperti rumah, kereta dan tanah yang merupakanaset yang bernilai tinggi. Mengapakah tiada catatan dilakukan dalam akaunperniagaan En. Asmad ?

(iii) Pada akhir tahun pertama perniagaan Encik Meor pada 31 Disember 2001 beliaumenggunakan kaedah garis lurus dalam menentukan susutnilai komputer tetapimemilih untuk menggunakan kaedah baki berkurangan bagi tahun kedua.

(iv) Kelab Wira adalah pelanggan Kafe Cyber yang telah membayar RM 800 bagimenyewa 10 buah komputer bulan Februari 2002. Kafe Cyber telah memasukkanRM 800 sebagai hasil perniagaan pada 31 Disember 2001.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 3: Soalan Tutorial bab 2

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan

25

Soalan 5

a) Bagi setiap urusniaga berikut, jelaskan kesannya ke atas persamaan perakaunan iaitusama ada aset, liabiliti atau ekuti pemilik meningkat atau berkurangan. Nyatakan jugaamaun peningkatan atau pengurangan bagi aset, liabiliti dan ekuiti pemilik tersebut.

(i) Membeli sebuah mesin bernilai RM 23,000 dengan membayar tunai RM 15,000dan bakinya dibayar secara kredit.

(ii) Membayar bil elektrik dan air berjumlah RM 1,700.(iii) Menjual perabot sebagai barang niaga secara kredit kepada Ang Sdn. Bhd.

sebanyak RM 32,000.(iv) Membayar sewa sebanyak RM 6,000. Termasuk dalam jumlah ini ialah bayaran

yang didahulukan untuk 4 bulan sebanyak RM 2,000.(v) Membuat pinjaman bank sebanyak RM 40,000 yang akan dibayar selepas 2

tahun.(vi) Menjual kenderaan pejabat dengan harga RM 8,000 secara tunai.

b) Encik Muhammad ialah seorang peniaga buah-buahan dan sayur-sayuran. Beliaumenyediakan sendiri akaun perniagaannya bagi tahun berakhir 31 Disember 2000. Beliauyang kurang mahir tentang perakaunan telah mengambilkira perkara-perkara berikut :

(i) Pada 15 November 2000, seorang pelanggan, Haji Ismail, menempah buah epalpada harga anggaran RM 2,000 untuk bulan Januari 2001, Encik Muhammad telahmerekodkan urusniaga ini sebagai sebahagian daripada jualan untuk tahun 2000.Pada bulan Januari 2001, buah-buahan yang ditempah telah dihantar kepada HajiIsmail dengan harga RM 2,400. RM 400 dicatatkan sebagai jualan tahun 2001.

(ii) Encik Muhammad telah mengambil sebahagian daripada inventori buah-buahannya untuk kegunaan sendiri bernilai RM 300 setiap bulan. Jumlah ini tidakdirekodkan dalam buku perniagaan kerana pada pendapat beliau, barang-barangperniagaan adalah barangnya juga.

Nyatakan dan huraikan dengan ringkas prinsip-prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi olehEncik Muhammad dalam kes-kes di atas secara berasingan.

Soalan 6

a) Maklumat yang berguna ialah maklumat yang boleh digunakan oleh pengguna untukmembuat keputusan. Jelaskan dengan ringkas DUA ciri penting maklumat yang berguna.

b) Malik baru sahaja mendapat keputusan SPM dan beliau bercadang untuk melanjutkanpelajaran dalam bidang Perakaunan di Kolej Matrikulasi. Beliau pernah mendengarbahawa dalam matapelajaran perakaunan terdapat istilah debit dan kredit dalam sistemcatatan bergu. Anda dikehendaki menerangkan peraturan merekod dalam sistem catatanbergu kepada beliau.

c) Bagi setiap urusniaga di bawah, jelaskan kesannya ke atas persamaan perakaunan iaitusamada aset, liabiliti dan ekuiti pemilik meningkat atau berkurangan. Nyatakan jugajumlah peningkatan dan pengurangan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Andaikan setiapurusniaga adalah berasingan dan tiada berkaitan antara satu sama lain.

i) Membeli kelengkapan pejabat bernilai RM 15,000 dengan membayar tunaisebanyak RM 10,000 dan bakinya dengan menandatangani nota belum bayar.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 4: Soalan Tutorial bab 2

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan

26

ii) Membayar tunai RM 1,000 untuk belanja mengiklankan perniagaan dalam akhbarharian.

iii) Memberi perkhidmatan rundingan kepada pelanggan bernilai RM 900 di manapelanggan membayar tunai sebanyak RM 500 dan bakinya akan dibayar padabulan hadapan.

iv) Pelanggan membayar tunai sebanyak RM 800 untuk khidmat rundingan yang akandiberikan pada masa hadapan.

d) Encik Kadir mejalankan perniagaannya sendiri tetapi beliau kurang mahir tentang urusanperakaunan perniagaan tersebut. Beliau telah menyediakan sendiri akaun-akaunperniagaannya untuk tahun berakhir 31 Disember 1999 dengan mengambilkira perkara-perkara berikut :

i) Pada 15 Disember 1999 Encik Kadir telah menerima pesanan daripada seorangpelanggan untuk membeli barangan berharga RM 12,000 . Memandangkanbarangan yang dipesan tidak ada dalam inventori, Encik Kadir telah berjanji untukmenghantar barangan tersebut kepada pelanggannya pada 15 Januari 2000.Encik Kadir telah memasukkan jumlah RM 12,000 itu sebagai sebahagiandaripada jualan untuk tahun semasa.

ii) Encik Kadir telah mengambil sejumlah RM 500 setiap bulan sepanjang tahundaripada akaun bank perniagaannya untuk membayar yuran pengajian anaknya disebuah kolej swasta. Pengeluaran wang ini tidak dicatatkaan di dalam rekodperniagaannya kerana pada pendapat Encik Kadir wang perniagaan adalahwangnya.

Terangkan kepada Encik Kadir tentang konsep-konsep perakaunan yang tidak dipatuhibagi setiap perkara di atas. Berikan alasan anda.

Soalan 7

Nyatakan sama ada kenyataa-kenyataan di bawah Benar atau Salah

a. Konsep entiti berasingan menghendaki rekod-rekod kewangan direkod padakos

b. Jika satu bangunan ditawarkan untuk jualan pada harga RM 100,000 danpembeli membayar tunai RM 95,000, pembeli berkenaan akan merekodkanbangunan pada harga RM 100,000

c. Konsep kematerialan memerlukan sesebuah entiti perniagaan merekodpembelian pensel bernilai RM 18 sebagai aset dan disusutnilaikan sepanjangusia guna aset tersebut

d. Catatan di sebelah kredit akaun aset menunjukkan ada pertambahan didalam jumlah aset

e. Baki normal bagi akaun liabiliti adalah di sebelah debitf. Tambahan dalam jumlah belanja sewa direkod di sebelah debit akaun belanja

sewa dan akaun berbaki normal debitg. Ketentusahan persamaan debit dan kredit dalam lejer pada akhir tempoh

perakaunan dikenali sebagai imbangan dugah. Permulaan di dalam proses perakaunan ialah penyediaan Penyata Kewangani. Untuk memudahkan perbandingan dibuat ke atas penyata kewangan di

antara syarikat-syarikat, adalah perlu bagi setiap syarikat mengadakanperaturan perakaunan dan praktis tersendiri

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 5: Soalan Tutorial bab 2

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan

27

Soalan 8

Penuhkan ruangan yang bertanda soal (?) untuk setiap perniagaan A hingga E di bawah. Semuanilai yang ditunjukkan adalah dalam RM.

A B C D E31 Disember 1998: Aset Liabiliti

90,00047,000

70,00045,000

58,00028,000

40,00019,000

82,000?

31 Disember 1999: Aset Liabiliti

96,000?

82,00055,000

?38,000

62,50032,000

75,00050,000

Sepanjang tahun 1999: Pelaburan tambahan Untung bersih Ambilan

10,00015,0005,000

3,000?

7,000

15,5009,0006,500

?6,000

0

3,00012,0006,000

Soalan 9

Berikut adalah amalan di Perniagaan Zoomi :

a. En. Zazmi, pemilik perniagaan Zoomi, menggunakan wang perniagaan untuk membayarsewa beli kereta kegunaan peribadi dan merekodnya sebagai belanja operasi.

b. Merekodkan belanja susutnilai alatan menggunakan kaedah garis lurus atau bakiberkurangan bergantung kepada untung berkenaan pada tempoh perakaunan.

c. Merekodkan komputer yang dibeli dengan harga RM 5,000 pada harga pasaran semasa.

d. Merekodkan hasil yang diterima terdahulu, sebagai hasil di tempoh di mana tunai diterima.

e. Merekod inventori pada kos walaupun nilai pasaran lebih rendah dari kos.

DIKEHENDAKI :Nyatakan konsep perakaunan yang tidak dipatuhi oleh perniagaan Zoomi bagi setiap item di atas.

Soalan 10

Padankan kes-kes di bawah dengan prinsip-prinsip perakaunan yang berkaitan. Nyatakan samaada prinsip tersebut dipatuhi atau tidak.

a. Syarikat Harapan Menggunung Bhd. (HMB) telah ditubuhkan pada tahun 1991 denganmenjalankan perniagaan kasut kulit. Syarikat mengamalkan sistem pengiraan stok kaedahMasuk Kemudian Keluar Dahulu (MKKD). Berikutan kenaikan harga kulit di pasaran telahmeningkat, keuntungan syarikat telah menurun kerana menggunakan sistem MKKD. PihakLembaga Pengarah Syarikat telah mengarahkan pihak pengurusan untuk menggunakankaedah Masuk Dahulu Keluar Dahulu (MKKD) sebagai cara baru untuk pengiraan stoksyarikat supaya keuntungan dapat ditingkatkan.

b. Ahmad Bajuri, seorang pembantu akauntan sedang membuat pengiraan stok pada 31Disember 1999 untuk syarikat di mana beliau bekerja. Beliau mendapati terdapat sejenisstok yang telah dibeli pada 1 Januari 1999 dengan kos RM 15.00 seunit. Harga pasaranstok tersebut pada 31 Disember 1999 ialah RM 14.50. Ahmad Bajuri telah merekodkannilai stok tersebut pada harga RM 14.50 iaitu harga pasaran semasa.

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online

Page 6: Soalan Tutorial bab 2

Bab 2 : Konsep-konsep Asas Perakaunan

28

Soalan 11

Tunjukkan kesan urusniaga di bawah ke atas persamaan perakaunan. Nyatakan amaunpeningkatan atau pengurangan serta akaun yang terlibat.

a. Pemilik memulakan perniagaan dengan tunai RM 2,000.b. Membuat pinjaman sebanyak RM 2,000 dan menerima tunai.c. Membeli peralatan pejabat bernilai RM 500 secara kredit.d. Pemilik menambahkan modal sebanyak RM 4,500 secara tunai.e. Membeli kereta pada harga RM 3,000 di mana RM 1,000 di bayar tunai dan bakinya

secara hutang.f. Memindahkan wang RM 2,400 tunai ke dalam bank.g. Membuat bayaran ke atas pinjaman sebanyak RM 1,000 dengan tunai.

Soalan 12

Bincangkan setiap kes berikut (secara berasingan) dengan menyatakan apakah prinsipperakaunan diterima umum yang diikuti serta nyatakan sama ada ianya telah dipatuhi mengikutsepatutnya.

a. Abdul Halim menjalankan perniagaan perundingan secara persendirian telahmengeluarkan wang tunai RM 20,000 dari perniagaannya untuk membeli saham BSKLsebagai hadiah kepada isterinya. Urusniaga ini telah direkodkan sebagai :

Pelaburan - meningkat RM 20,000Tunai - berkurang RM 20,000

b. Dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang, satu syarikat yang mengalamikebankrapan telah menjual secara lelong satu mesinnya yang dibeli pada hargaRM 200,000 pada harga RM 180,000 kepada syarikat Mustaqim. Rekod yang dibuat diSyarikat Mustaqim adalah seperti berikut :

Mesin - bertambah RM 180,000Tunai - berkurang RM 180,000

c. Sivox Sdn. Bhd. telah menerima tawaran bernilai RM 96,000 untuk sebidang tanahnyayang dahulunya telah dibeli pada nilai RM 68,000. Walau bagaimanapun, tawaran tersebutkemudiannya telah ditolak. Syarikat telah merekod kenaikan nilai tanah sebagai untungseperti berikut :

Tanah - meningkat RM 28,000Hasil dari peningkatan nilai tanah - meningkat RM 28,000

Koleksi Bahan STPM Cg Narzuki Online