soalan temuduga hlp 2013

4
SOALAN TEMUDUGA HLP 2013 1. Kenapa memohon/memilih universiti/kursus tersebut Kerana saya rasa ia merupakan peluang yang terbaik untuk mengembangkan lagi tahap keprofesionalan dan ilmu saya ke peringkat yang lebih tinggi terhadap karier hidup saya, tambahan pula ianya berkaitan dengan option yang saya yang saya ambil di institusi perguruan iaitu dalam bidang pendidikan jasmani. Bukan itu sahaja, saya rasa sudah tiba masanya masyarakat membuka mata mereka yang selama ini memandang rendah terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan ataupun pj (di peringkat sekolah), supaya mereka menganggap pj ini bukan sahaja penting malahan boleh dijadikan sebagai salah satu kerjaya pada masa kini. 2. Apa sumbangan yg boleh berikan kpd perkhidmatan awam setelah tamat belajar nanti melalui tajuk kajian yg dicadangkan ini Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa sumbangan buat masa ini. Sebabnya bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Namun jika ada sedikit kepercayaan dan saya diberikan peluang, saya akan menyumbangkan sesuatu yang berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara dan mengikut pengetahuan serta kemahiran saya, namun apa yang saya boleh harapkan, cadangan yang saya utarakan dan sampaikan dapat di jadikan sebagai penambahbaikan dalam institusi pendidikan terutamanya bagi sekolah di kawasan-kawasan pedalaman seperti saya sekarang ini yang rata-rata saya berani katakan tidak dapat melaksanakan sepenuhnya dengan berkesan sistem pendidikan KSSR yang sedang dijalankan sekarang disebabkan faktor-faktor yang disebutkan dalam kertas cadangan yang telah saya berikan. Sekiranya ini dapat diatasi, secara tidak langsung dapat membantu sekolah di kawasan-kawasan ini menjayakan sistem pendidikan baru dengan berkesan dan lancar. 3. Kenapa tidak memilih utk buat research? Research, ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti tidak mempunyai sumber dan maklumat yang mencukupi untuk membuat research, 4. Di mana kesarjanaannya dgn memilih utk buat coursework -? bukankah menghadiri kelas & ambil exam sama sahaja spt buat degree.

Upload: mohdyus

Post on 03-Aug-2015

754 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

temuduga

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Temuduga Hlp 2013

SOALAN TEMUDUGA HLP 2013

1. Kenapa memohon/memilih universiti/kursus tersebut

Kerana saya rasa ia merupakan peluang yang terbaik untuk mengembangkan lagi tahap keprofesionalan dan ilmu saya ke peringkat yang lebih tinggi terhadap karier hidup saya, tambahan pula ianya berkaitan dengan option yang saya yang saya ambil di institusi perguruan iaitu dalam bidang pendidikan jasmani. Bukan itu sahaja, saya rasa sudah tiba masanya masyarakat membuka mata mereka yang selama ini memandang rendah terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan sukan ataupun pj (di peringkat sekolah), supaya mereka menganggap pj ini bukan sahaja penting malahan boleh dijadikan sebagai salah satu kerjaya pada masa kini.

2. Apa sumbangan yg boleh berikan kpd perkhidmatan awam setelah tamat belajar nanti melalui tajuk kajian yg dicadangkan ini

Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa sumbangan buat masa ini. Sebabnya bidang pendidikan ini dinamik, sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Namun jika ada sedikit kepercayaan dan saya diberikan peluang, saya akan menyumbangkan sesuatu yang berguna mengikut situasi pendidikan semasa negara dan mengikut pengetahuan serta kemahiran saya, namun apa yang saya boleh harapkan, cadangan yang saya utarakan dan sampaikan dapat di jadikan sebagai penambahbaikan dalam institusi pendidikan terutamanya bagi sekolah di kawasan-kawasan pedalaman seperti saya sekarang ini yang rata-rata saya berani katakan tidak dapat melaksanakan sepenuhnya dengan berkesan sistem pendidikan KSSR yang sedang dijalankan sekarang disebabkan faktor-faktor yang disebutkan dalam kertas cadangan yang telah saya berikan. Sekiranya ini dapat diatasi, secara tidak langsung dapat membantu sekolah di kawasan-kawasan ini menjayakan sistem pendidikan baru dengan berkesan dan lancar.

3. Kenapa tidak memilih utk buat research?

Research, ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti tidak mempunyai sumber dan maklumat yang mencukupi untuk membuat research,

4. Di mana kesarjanaannya dgn memilih utk buat coursework -? bukankah menghadiri kelas & ambil exam sama sahaja spt buat degree.

Memang tidak sama, contohnya belajar dan mengajar dua perkara yang berbeza, tetapi setiap daripadanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing, ini terpulang kepada cara pemikiran seseorang, bagi saya, cara ini adalah yang terbaik untuk diri saya dan keluarga saya dalam mencambahkan lagi ilmu yang saya ada ke arah yang saya inginkan kerana setiap manusia mempunyai ideologi dan cara mereka masing-masing, Cuma cara mereka hendak capai sahaja yang berbeza, tetapi matlamat tetap sama iaitu kea rah yang lebih baik..

5. Apa keistimewaan awak berbanding dengan org lain?

Page 2: Soalan Temuduga Hlp 2013

Keistimewaan saya berbanding orang lain, apa yang saya usahakan sekarang, dan apa matlamat yang saya cuba capai, itu yang membuatkan saya istimewa daripada orang lain di mana saya memandang sesuatu peluang itu walaupun susah untuk kita dapat contohnya macam sekarang ini, sebelum saya memohon untuk sambung belajar di bawah pihak KPM, saya ada bertanyakan kepada guru-guru yang lain apa pendapat mereka mengenai perkara ini, majoritinya banyak yang negatifnya berbanding positifnya, salah satu yang mereka kata, ialah cara pemilihan yang kurang adil untuk layak mendapat tawaran ini, mereka mengatakan mesti mempunyai kenalan yang boleh tolong untuk mendapatkan tawaran ini

6. Kenapa perlu anugerahkan HLP ini kepada awak?

Kenapa perlu saya mendapat tawaran ini ialah, saya ingin membuktikan kepada keluarga dan rakan-rakan dan pihak sekolah bahawa dengan kemampuan yang saya ada sekarang, saya mampu mendapatkan HLP ini, sekaligus menepis sangkaan dan apa yang mereka anggap HLP ini hanya diberikan kepada mereka yang sudah ada kenalan yang kuat khususnya dalam pemilihan ini. Malahan, sekiranya anugerah HLP ini diberikan kepada saya sedikit sebanyak dapat membuka minda dan semangat mereka untuk sama-sama memohon dan menyambung pelajaran dalam peringkat yang lebih tinggi dan jangan menganggap tempoh belajar menjadi ukuran, dan sekarang kalau kita tengok pendidikan bermula daripada kita lahir, ini bermaksud semuanya mesti bermula pada usia yang awal kerana pada usia awallah banyak idea-idea baru yang boleh kita jana dan boleh kita ketengahkan ke arah pembentukan sistem pendidikan yang lebih bermutu dan berpotensi tinggi dan memartabatkan sistem pendidikan Negara di amata dunia.

7. Tambahan isi-isi yang boleh diguna pakai nanti

Kepimpinan sekolah masih tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebagai pemimpin pengurusan dan pemimpin pengajaran (instructional leadership) yang berkesan;

Pengupayaan kepada sekolah adalah terhad. Semua sekolah masih perlu mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri;

Layanan yang sama diberi kepada semua sekolah walaupun pada realitinya sekolah mempunyai keperluan, kekuatan dan kelemahan serta keupayaan yang berbeza;

Keselamatan di sesetengah sekolah masih belum terjamin sepenuhnya; Penandaarasan bagi menjamin sekolah di Malaysia setanding dengan sekolah di negara

maju adalah terhad; Struktur organisasi antara lapisan pentadbiran di KPM yang tidak setara menyebabkan

penyaluran dasar dan pelan pelaksanaan kurang sistematik dan berkesan; Sistem penyampaian masih belum cekap dan berkesan khususnya daripada aspek

pemberian bantuan; dan Sistem maklumat tidak menyeluruh dan tidak bersepadu.

Page 3: Soalan Temuduga Hlp 2013

8. Sokongan isi

Akses PendidikanSelaras dengan perkembangan teknologi semasa, KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. KPM telah melaksanakan pelbagai projek ICT dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara masalah tersebut adalah berkaitan dengan:

pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah bandar dan luar bandar; perisian komputer untuk P&P yang sesuai sukar diperoleh; latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah

yang kurang berkesan; penyenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah; dan bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.

Justeru adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk memastikan setiap sekolah akan memperoleh komputer menjelang usaha menjadikan setiap murid dan guru celik ICT.

Ekuiti PendidikanDalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan. Oleh itu, input pendidikan yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan akan diagih secara adil ke semua sekolah bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung (advantaged school) dan sekolah kurang beruntung (disadvantaged school). (Sumber: Pembangunan Pendidikan 2001-2010, KPM).

Namun, setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut, masih terlalu banyak sekolah-sekolah di Malaysia yang belum dapat menikmati kemudahan yang dijanjikan. Ini menyebabkan timbulnya beberapa isu yang dikaitkan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh, kementerian tidak menyediakan prasarana yang amat diperlukan, seperti bilik darjah yang mempunyai kemudahan khusus, terutamanya sekolah-sekolah luar bandar atau pedalaman. Selain itu, kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

9.