soalan pjk tahun 4

8

Click here to load reader

Upload: najmuddin-jaafar

Post on 18-Dec-2015

50 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pendidikan jasmani dan kesihatan tahun 4

TRANSCRIPT

Latihan Pendidikan KesihatanJawab semua soalan:

1. Semasa aktiviti perkhemahan kita mestilah mendirikan khemah di

A. bawah pokok B. tepi semak C. tepi laut D. tempat lapang

2. Kita tidak dibenarkan bermain di padang atau gelanggang terbuka apabila.. A. hujanrenyai B. ribut petir C.panas D. sejuk

3. Acara lari berganti-ganti melibatkan pertukaran antara empat pelari sehingga tamat larian. A. Kayu B. baton C. rotan D. lidik

4. Ansur maju dalam lompat jauh ialah A. latihan melompat B. latihan melonjak C. latihan meleret D. latihan berlari

5. Peralatan sukan hendaklah disimpan di dalam .dengan kemas dan teratur. A. stor sukan B. kantin C. padang D. makmal

6. Kejayaan dapat dicapai melalui latihan sukan yang berterusan bukan melalui..yang berlebihan. A. Pengambilan ubat B. Pengambilan makanan C. pengambilan air D. pengambilan dadah

7. Penerapan disiplin yang tinggi dalam sukan dan permainan adalah I Pakaian yang sesuai dengan permainan II Mematuhi undang-undang dan permainan III Tidak menepati masa latihan IV Mengawal perasaan semasa bermain A. I dan II B. III dan IV C. I, II dan III D. I, II dan IV

8. Akil baligh perempuan bermula dari umur A. 7 hingga 10 tahun B. 8 hingga 11 tahun C. 9 hingga 12 tahun D. 8 hingga 12 tahun

9. Kita mestilah memakai pakaian yang bersih dan kering untuk . A. Mengelak jangkitan kuman B. Mengelak jangkitan otot C. Mengelak jangkitan paru-paru D. Mengelak jangkitan otak

10. Kita boleh mengawal perasaan negatif dengan. A.Berbual B. bergaduh C. bersukan D. berbohong

11. Hubungan antara ahli keluarga sangat penting untuk. A. Keburukan B. perpecahan C. Keharmonian D. kebencian

12. Merosakkan harta benda awam merupakan salah satu.. A. gejala sosial B. gejala bersopan C. gejala politik D. gejala baik

13. Makan makanan .. dan bersenam untuk kesihatan tubuh badan. A. Berlemak B. berminyak C. basi D. seimbang

14. Ubat ialah bahan yang digunakan untuk.

A. Memberi penyakit B. Menambah kesakitan C. Menyembuhkan sakit D. Menyebabkan kematian

15. Amalan yang selamat untuk melintas di jalan raya ialah

A. Berlari dengan pantas B. Bertolak-tolak C. Melihat kiri dan kanan D. Berbual-bual

16. Sekiranya berlaku kebakaran hubungi .di talian 994.

A. Pihak polis B. pihak bomba C. pihak tentera D. pihak hospital

17. Penyakit berjangkit merebak melalui berbagai cara iaitu

I gigitan serangga II Udara III makanan IV sentuhan A. I dan II B. I dan III C. I ,II ,III D. I, II, III, IV

Latihan Pendidikan Jasmani

Jawab semua soalan

1.Aktiviti yang boleh meningkatkan daya tahan kardiovaskular ialah

A.Tidur B. makan C. berjoging D. rehat

2.Aktiviti .. perlu kerap dilakukan untuk meningkatkan tahap fleksibiliti.

A.Regangan B. lompatan C. larian D . permainan

3.Dalam aktiviti menjaring bola ke dalam jaring memerlukan koordinasi. dan..

A.Kaki dan tangan C. kepala dan kaki B.Mata dan tangan D. kaki dan mata

4.Kedudukan dalam Rajah 1 ialah Rajah 1

A. Imbangan E C. Imbangan Y B. Imbangan V D. Imbangan A

5.Sebelum melakukan sesuatu latihan permainan kita perlu. A.Memanaskan badan C. minum air B.Makan banyak D. berehat

6.Semua tujuan di bawah adalah betul mengenai kemahiran memukul bola hoki KECUALI A.Untuk hantaran jauh B.Untuk menjaringkan bola hoki C.Untuk melambungkan bola hoki D.Untuk menyelamatkan bola daripada memasuki gol

7.Semasa membuat lontaran ke dalam permainan bola sepak , pemain tidak dibenarkan. A.melompat B. berlari C. mengilas D. berjalan

8.Kemahiran asas dalam permainan bola jaring adalah I menghantar dan menerima bola II menjaring bola III mengacah IV mengawal A.I dan II C. II dan III B.I , II, IV D. Semua di atas

9.Kemahiran ..sesuai digunakan untuk menghantar bola kepada rakan yang berada di belakang pihak lawan. A.Hantaran aras dad B.Hantaran aras bahu C.Hantaran lantun D.Hantaran atas kepala

10. Teknik asas menamatkan larian seperti Rajah 2 ialah Rajah 2

A. Teknik dekam C. Teknik lonjakan B. Teknik mendada D. Teknik hayunan

11. menggunakan iringan muzik dalam pergerakan ritma dengan alatan atautanpa alatan. A. Gimnastik C. Gimnastik irama B. Gimnastik artistik D. Gimnastik asas

12. Semasa aktiviti perkhemahan kita mestilah mendirikan khemah di. A. bawah pokok C. tepi semak B. tepi laut D. tempat lapang

13. Kita tidak dibenarkan bermain di padang atau gelanggang terbuka apabila.. A. hujanrenyai C. ribut petir B.panas D. sejuk

14. Acara lari berganti-ganti melibatkan pertukaran antara empat pelari sehingga tamat larian.

A. kayu C. batonB. rotan D. lidi 15. Ansur maju dalam lompat jauh ialah A. latihan melompat C. latihan meleret B. latihan melonjak D. latihan berlari