soalan mei 2010hbml

6
HBML3103_MEI’10/SMP/MHAA BAHAGIAN A ARAHAN Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah 1 . Jelaskan dengan ringkas konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS: ( 4 ) (i) Penyepaduan ilmu – apabila pengajaran mata pelajaran ini menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa Malaysia. Hal ini bermakna, dalam masa pengajaran Kesusasteraan Melayu, pelajar-pelajar akan diajarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa Malaysia seperti diksi, ayat, gaya bahasa, dan sebagainya. (ii) Penyepaduan bahan pengajaran – dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel, dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Penyepaduan ini juga boleh dikaitkan dengan pengintegrasian elemen-elemen terkini dalam pendidikan seperti kemahiran bernilai tambah, peraturan sosiobudaya, kewarganegaraan, dan nilai kemanusiaan. 2 . Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa objektif. Jelaskan EMPAT objektif KOMSAS dalam pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah. ( 4 ) (a) Menerapkan minat membaca pelbagai bahansastera dikalangan pelajar (b) Meningkatkan kemahiran bahasa. (c) Meransang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera. (d) Memupuk semangat yakin diri 3 . Nyatakan DUA perbezaan antara pengajaran komponen sastera dengan pengajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah. ( 4 ) (i) Mata pelajaran elektif bagi tingkayan 4 dan tingkatan 5 (ii) suatu mata pelajaran yang mendedahkan para pelajar kepada karya-karya sastera Melayu, sama ada dalam bentuk prosa, puisi atau drama. (iii) meengimbangi perkembangan aspek rohani dan emosi para pelajar, selaras denagn aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 4 Terangkan secara ringkas kaedah analisis struktural dan berikan DUA ciri utama kaedah tersebut. ( 4 ) Ialah penghasilan buah fikiran yang mengandungi pengalaman, imaginasi dan emosi, yang saling berkait antara satu dengan lain. Cirri kaedah ini ialah; (a) Kajian bahan sastera dibuat secara induktif [Type text] Page 1

Upload: xiao-ling-lo

Post on 22-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Mei 2010hbml

HBML3103_MEI’10/SMP/MHAA

BAHAGIAN A

ARAHAN

Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan. SOALAN Markah

1.

Jelaskan dengan ringkas konsep bersepadu dalam pendidikan KOMSAS: ( 4 )

(i) Penyepaduan ilmu – apabila pengajaran mata pelajaran ini menyepadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa Malaysia. Hal ini bermakna, dalam masa pengajaran Kesusasteraan Melayu, pelajar-pelajar akan diajarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa Malaysia seperti diksi, ayat, gaya bahasa, dan sebagainya.

(ii) Penyepaduan bahan pengajaran – dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel, dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Penyepaduan ini juga boleh dikaitkan dengan pengintegrasian elemen-elemen terkini dalam pendidikan seperti kemahiran bernilai tambah, peraturan sosiobudaya, kewarganegaraan, dan nilai kemanusiaan.

2.

Pengajaran dan pembelajaran KOMSAS digubal untuk memenuhi beberapa objektif.

Jelaskan EMPAT objektif KOMSAS dalam pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah. ( 4 )

(a) Menerapkan minat membaca pelbagai bahansastera dikalangan pelajar(b) Meningkatkan kemahiran bahasa.(c) Meransang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera.(d) Memupuk semangat yakin diri

3.

Nyatakan DUA perbezaan antara pengajaran komponen sastera dengan pengajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah. ( 4 )

(i) Mata pelajaran elektif bagi tingkayan 4 dan tingkatan 5

(ii) suatu mata pelajaran yang mendedahkan para pelajar kepada karya-karya sastera Melayu, sama ada dalam bentuk prosa, puisi atau drama.

(iii) meengimbangi perkembangan aspek rohani dan emosi para pelajar, selaras denagn aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4 Terangkan secara ringkas kaedah analisis struktural dan berikan DUA ciri utama kaedah tersebut. ( 4 )

Ialah penghasilan buah fikiran yang mengandungi pengalaman, imaginasi dan emosi, yang saling berkait antara satu dengan lain. Cirri kaedah ini ialah;

(a) Kajian bahan sastera dibuat secara induktif(b) Perlukan pembacaan secara rafi dan terperinci(c) Pemahaman terhadap karya berkait rapat dengan struktur karya.

5.

Berikan DUA perbezaan antara kaedah global dengan kaedah eklektik dalam pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu. ( 4 )

(a) Kaedah global – hasil kesatuan daripada pelbagai elemen. Oleh itu, hasil sastera perlu dilihat secara global(keseluruhan) untuk membolehkan pemahaman secara spontan terhadap bahan tersebut, sekadar untuk mendapatkan gambaran awal terhadap karya tersebut. Justeru kaedah ini dikatakantidak dapat mendalami sesuatu aspek sastera secara rinci, dan kebiasaannya kaedah ini digunakan sebagai aktiviti pemanas dalam pengajaran seterusnya. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pengkajian terhadap karya dibuat berdasarkan analisis atau penilaian kepada aspek-aspek yang membangunkan karya tersebut secara keseluruhan(impression) dan spontan.

[Type text] Page 1

Page 2: Soalan Mei 2010hbml

Walaubagaimanapun kaedah ini biasanya diikuti dengan kaedah separa global yang menjuruskan kajian kepada aspek atau bahagian tertentu dalam karya terseebut.

(b) Kaedah elektrik – suatu kaedah yang menggabungkan semua cirri terbaik dalam pelbagai kaedah lain. Tegasnya kaedah ini tidak terikat kepada mana-mana kaedah tertentu, dan guru boleh menggunakan kretiviti mereka untuk disesuaikan dengan pelajar sasaran.

(Jumlah: 20)

ARAHAN

Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Abdul Aziz Abdul Talib (1996), menjelaskan bahawa tugas seseorang guru itu sebenarnya ialah mengajar dan menguji.

Berdasarkan pernyataan di atas:

(a) Terangkan TIGA objektif utama seseorang guru menguji kemahiran bahasa. ( 6 )

(i) untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang keberkesanan pengajarannya. Markah yang diperolehi pelajar, bahagian atau aspek yang tidak difahami dan gaya berbahasa pelajar tersebut boleh menjadi maklumat yang berguna kepada guru.

(ii) ujian memberikan maklum balas kepada pelajar tentang kekuatan dan kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran berbahasa. Hai ini boleh dilihat daripada komen guru, atau merkah yang mereka peroleh dalam sesuatu ujian.

(iii) untuk tujuan pemilihan dan pentadbiran. Maklumat daripada ujian formatif misalnya boleh digunakan untuk memperbaik atau mempertingkat sesuatu kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar. Selain itu, ujian tersebut boleh digunakan sebagai satu criteria pemilihan dan pengesahan dalam sesuatu jawatan.

(b) Terangkan TIGA kekuatan ujian objektif sebagai alat ukur pengujian dalam kemahiran bahasa. ( 6 )

(i) membataskan tindak balas pelajar yang terarah kepada bentuk respon yang terkawal sahaja.

(ii) mudah dimarkah dan keputusannya adalah adil dan objektif

(iii) membolehkan guru menguji ruang lingkup pengajaran yang luas dan pelbagai.

(c) Terangkan EMPAT keperluan Jadual Penentuan Ujian (JPU) dalam penyediaan sesuatu ujian yang melibatkan kemahiran bahasa. ( 6 )

(i) sebagai panduan untuk guru menggubal soalan-soalan yang akan ditanyakan dalam sesuatu ujian.

(ii) penentuan yang melibatkan tajuk-tajuk atau skop pengajaran dan aras kesukaran bagi setiap soalan yang dirancang

(iii) supaya soalan seimbang mengikut pemberat.

(iv) aras kesukaran berpandukan indeks dalam taksonomi Bloom; iaitu bermula dengan aras pengetahuan sebagai aras paling rendah dan berakhir dengan aras penilaian sebagai aras paling tinggi

(Jumlah: 20)

. 2. Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar khususnya melibatkan kemahiran menulis.

[Type text] Page 2

Page 3: Soalan Mei 2010hbml

(a) Jelaskan TIGA ciri teks sastera yang sesuai dan wajar digunakan untuk mengajarkan aktiviti menulis. (6)

(b) Jelaskan EMPAT tujuan penggunaan bahan sastera dalam mengajarkan kemahiran menulis. (8)

(c) hasilkan SATU aktivitipenulisanberdasarkan bahan sastera yang digunakan dalam pembelajaran bahasa (6)

(20)

3. 3. Penggunaan bahan sastera dalam pembelajaran bahasa antara lain untuk memperkukuh penguasaan sistem bahasa.

Berdasarkan pernyataan di atas:

(a) Jelaskan DUA konsep sistem bahasa dalam konteks pembelajaran bahasa. (4)

(b) Jelaskan aspek sistem bahasa dengan mengemukakan DUA contoh yang sesuai.(8)

(c) Jelaskan EMPAT masalah yang dihadapi dalam mengajarkan sistem bahasa menggunakan bahan sastera. (8)

(Jumlah: 20)

4. 4. Pembelajaran bahasa tidak hanya memberi tumpuan kepada penggunaan bahan yang bersifat konvensional tetapi mempelbagai guna bahan lain. (Arba’ie Sujud: 2010)

Berdasarkan pernyataan di atas:

(a) Terangkan TIGA prinsip pemilihan bahan sastera dalam pengajaran bahasa. (6)

(i) sesuai dengan objektif pengajaran dan pembelajaran

(ii) berkaitan dengan falsafah Pendidikaan Kebangsaan

(iii) sesuai dengan tahap pemikiran,umur, persekitaran

(iv) mengandung aspek bahasa yang ingin diajarkan

(v) boleh menjadi penggerak(motivasi) kepada pelajar untuk membaca.

(b) Terangkan TIGA kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam sesuatu pembelajaran KOMSAS. (6)

(c) Hasilkan SATU aktiviti yang menggunakan bahan sastera bagi menguasai kemahiran bahasa.

( 8 )

(Jumlah: 20)

5. 5. Pemilihan bahan kesusasteraan untuk pengajaran bahasa, sama ada di peringkat rendah atau menengah perlu dibuat berdasarkan perspektif bahan dan prinsip pemilihan bahan itu sendiri.

(Kamarudin Husin, 1998)

Berdasarkan pernyataan di atas:

[Type text] Page 3

Page 4: Soalan Mei 2010hbml

(a) Terangkan EMPAT sumber bahan yang sesuai dijadikan bahan pengajaran bahasa Malaysia. (i) cerpen(ii) petikan novel(iii) petikan prosa klasik

(b) Terangkan TIGA perspektif penilaian yang boleh digunakan sebagai panduan memilih bahan.

(I) perspektif komunikatif – bentuk dan gaya bahasanya

(ii) perspektif structural – aspek tatabahasa

(iii) perspektif kemahiran berbahasa – kemahiran lisan, membaca, menulis

(c) Terangkan LIMA rasional pemilihan bahan kesusasteraan sebagai bahan pengajaran bahasa.

(i) mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu karya sastera mempunyai daya tarikan yang boleh menimbulkan minat kepada pelajar untuk terus membaca kerana bahan sastera mempunyai cirri-ciri hiburan yang beremosi

(ii) mempunyai pelbagai bentuk dan laras bahasa yang boleh dipelajari dan didedahkan kepada pelajar.

(iii) mempunyai unsure-unsur ilmu dalam pelbagai perkara (aspek intelek dan emosi). Pada masa yang sama penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan yang boleh memantapkan aspek emosi pelajar

(iv) menggunakan medium bahasa yang sama dan kedua-duanya boleh diajar denagn gaya pembelajaran yang samaiaitu secara lisan atau bertulis.

BAHAGIAN C ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teknik ialah strategi untuk mencapai matlamat dan tujuan yang dirancangkan. Guru sewajarnya mengetahui teknik yang terbaik yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. (Nadzeri Isa: 2008)

Berdasarkan pernyataan di atas, hasilkan SATU rancangan pengajaran yang menerapkan teknik atau strategi pengajaran tertentu untuk mencapai objektif yang ditetapkan. (Jumlah: 20)

2.

Bahan sastera mampu memberikan kelainan dan nafas baru dalam iklim pembelajaran bahasa sekiranya guru benar-benar memahami dan menghayati fungsinya. (Ramli Isin: 2007) Berdasarkan pernyataan di atas, hasilkan SATU rancangan pengajaran untuk mata pelajaran bahasa Melayu yang menggunakan bahan sastera yang dapat menimbulkan kelainan dalam pembelajaran bahasa.

(Jumlah: 20)

[Type text] Page 4

Page 5: Soalan Mei 2010hbml

[Type text] Page 5