panduan pelaksanaan instrumen penentu ...erph2020.com/pk/dokumen/instrumen pentaksiran/panduan...bil...

22
PANDUAN PELAKSANAAN INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M) DAN INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MATEMATIK (IPPKAM) PROGRAM PEMULIHAN KHAS TAHAP 2 (TAHUN 4, 5, 6) SK & SJK EDISI 2019 BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PANDUAN PELAKSANAAN INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN

    MEMBACA DAN MENULIS (IPP2M)

    DAN INSTRUMEN PENENTU PENGUASAAN

    KEMAHIRAN ASAS MATEMATIK (IPPKAM)

    PROGRAM PEMULIHAN KHAS

    TAHAP 2 (TAHUN 4, 5, 6)

    SK & SJK

    EDISI 2019

    BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • 1

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2 2.0 MATLAMAT 3 3.0 OBJEKTIF 3 4.0 KUMPULAN SASARAN 3 5.0 PENTADBIR INSTRUMEN 4-5 6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

    6.1 JADUAL PELAKSANAAN 6 6.2 BAHAN MUAT TURUN 7

    7.0 SENARAI SEMAK KEMAHIRAN PEMULIHAN DALAM ITEM SOALAN

    7.1 IPP2M 8 7.2 IPPKAM 9-10

    8.0 SENARAI SEMAK SOALAN & ITEM DALAM BORANG SKOR

    8.1 IPP2M 11 8.2 IPPKAM 12-13

    9.0 PANDUAN PENGSKORAN 14-16 10.0 BORANG PELAPORAN PENTAKSIRAN INDIVIDU (BPPI)

    10.1 IPP2M 17 10.2 IPPKAM 18-21

    11.0 PENEMPATAN 21 12.0 PETUNJUK 22

  • 2

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    1.0 PENGENALAN

    Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan

    Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960-an bagi membantu murid-murid di sekolah

    rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai

    kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Melalui Transformasi

    Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) diperkenalkan pada bulan

    Ogos 2009 sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara

    (NKRA). Objektif Program LINUS adalah untuk memastikan 100% murid boleh

    menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas mengikuti 3 tahun

    pendidikan rendah (Tahap I) di sekolah rendah kecuali murid berkeperluan khas

    sebelum mereka melangkah ke Tahap 2 (Tahun 4, 5 & 6)

    Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan

    Pemulihan Khas Kebangsaan Bil. 1/2015 pada 7 Julai 2015 untuk menggunakan

    Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M) dan Instrumen

    Penentu Penguasaan Kemahiran Asas Matematik (IPPKAM) bagi murid Tahap 2

    (Tahun 4, 5 & 6) SK, IPP2M & IPPKAM Edisi 2019 dihasilkan untuk mula

    digunakan pada tahun 2018. Instrumen ini dibina hasil kerjasama Bahagian-

    Bahagian KPM dan JPN. Tujuan utama pelaksanaan instrumen ini adalah untuk

    memastikan murid Tahap 2 yang tidak menguasai kemahiran asas 3M supaya

    pentaksiran bersesuaian dapat dijalankan.

    IPP2M dibina berdasarkan 32 kemahiran Bahasa Melayu yang terdapat di

    dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah

    Penguasaan 3M) terbitan Jabatan Pendidikan Khas, KPM (2003). Manakala

    IPPKAM dibina berdasarkan 22 Kemahiran Asas Matematik yang terdapat dalam

    Buku Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M)

    terbitan Jabatan Pendidikan Khas, KPM (2003).

  • 3

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    2.0 MATLAMAT

    Matlamat secara umumnya adalah untuk meningkatkan penguasaan kemahiran

    asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan Murid Pemulihan Khas

    Tahap 2.

    3.0 OBJEKTIF

    Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:

    1. Menguasai 32 kemahiran pemulihan khas Bahasa Melayu.

    2. Menguasai 22 Kemahiran Asas Matematik.

    Rujukan: Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2012, Bahagian

    Pendidikan Khas

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Murid Pemulihan Khas

    1. Murid Tahun 4, 5 dan 6

    1.1 Murid yang memperolehi skor 0 – 39 dalam Ujian IPP2M

    1.2 Murid yang memperolehi skor 0 – 59 dalam Ujian IPPKAM.

    5.0 PENTADBIR INSTRUMEN

    5.1 SEKOLAH

    5.1.1 Pelaksanaan di sekolah rendah seluruh negara.

    5.2 GURU

    5.2.1 Bilangan murid pemulihan khas hendaklah tidak melebihi 15 orang

    dalam satu-satu masa PdPc guru dan sekurang-kurang 5 orang.

    5.2.2 Instrumen dijalankan berpandukan Panduan Pelaksanaan IPP2M dan

    IPPKAM Tahap 2 yang berkuatkuasa.

    5.2.3 Guru mesti akur kepada arahan Panduan Pelaksanaan.

  • 4

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    5.2.4 Proses pelaksanaan ujian ini boleh dibantu oleh Guru Pemulihan

    Khas LINUS dan guru mata pelajaran yang terlibat.

    5.2.5 Guru hendaklah menerangkan arahan-arahan soalan secara ringkas.

    5.2.6 Guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik

    boleh mencalonkan murid mereka melalui keputusan mesyuarat

    pengurusan kuriklulum, atau pemulihan khas sekolah.

    5.2.7 Ujian dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut ketetapan

    jadual pelaksanaan. Sebagai contoh cadangan pelaksanaan:-

    Bil Ujian 1 Tarikh Soalan

    1 Peringkat 1 1 Mei 2018 1 – 15

    2 Peringkat 2 3 Mei 2018 16 - 30

    3 Peringkat 3 7 Mei 2018 31 - 40

    4 Peringkat 4 9 Mei 2018 41 - 50

    5.2.8 Selesai penandaan, guru yang bertanggungjawab hendaklah

    melengkapkan keputusan ujian ke softcopy excel borang skor IPP2M

    & IPPKAM yang telah dimuat naik dalam portal KPM.

    5.2.9 Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) serta Headcount

    Pencapaian mesti dilengkapkan, dicetak dan difailkan.

    5.2.10 Keputusan prestasi setiap ujian hendaklah dibentangkan dalam

    mesyuarat pengurusan sekolah untuk perhatian dan tindakan susulan.

    5.3 PEMANTAUAN

    5.3.1 Pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

    dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan menjalankan

    pemantauan di sekolah berdasarkan ketetapan jadual pelaksanaan.

  • 5

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    5.4 PENTADBIRAN

    5.4.1 IPP2M dan IPPKAM

    5.4.1.1 Tempoh masa pelaksanaan adalah selama 1 jam 30 minit

    dan boleh dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

    5.4.1.2 Item soalan dibina mengandungi 32 kemahiran pemulihan

    Bahasa Melayu.

    5.4.1.3 Item soalan dibina berdasarkan 22 Kemahiran Asas

    Matematik.

    5.4.1.4 Headcount Pencapaian IPP2M dan IPPKAM hendaklah

    dilengkapkan seawal minggu pertama Januari dan berakhir

    minggu ke 2 Oktober. Guru perlu membentang dan

    mengemukakan prestasi pencapaian di peringkat

    mesyuarat pengurusan kurikulum untuk tindakan susulan.

    5.4.1.5 Ujian ditadbir oleh guru pemulihan khas di waktu PdPc

    mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik, Program

    Pemulihan Khas dan boleh dibantu oleh Guru Pemulihan

    Khas LINUS dan guru mata pelajaran yang terlibat

    mengikut kesesuaian jadual waktu semasa ujian

    dilaksanakan.

    5.4.1.6 Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI) Bahasa

    Melayu dan Matematik hendaklah dilengkapkan mengikut

    peringkat-peringkat soalan yang telah dijalankan.

    5.4.1.7 Borang skor IPP2M dan IPPKAM dalam bentuk softcopy

    excel hendaklah diisi apabila selesai semua soalan dijawab.

  • 6

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    6.0 STRATEGI PELAKSANAAN

    6.1 JADUAL PELAKSANAAN

    BIL AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN TINDAKAN

    1 Pelaksanaan Ujian Awal IPP2M &

    IPPKAM. Pengesanan dan

    penempatan murid Tahap 2.

    Minggu 2 dan 3 - (2 minggu)

    Januari

    Sekolah.

    (Pemantauan

    PPD & JPN)

    2 Ujian Diagnostik – Mengesan aras kelemahan dan kekuatan murid. Ujian Pengamatan – Mengenal & mengesan tindakbalas pancaindera.

    Minggu 2 dan 3 - (2 minggu)

    Januari

    Sekolah.

    (Pemantauan

    PPD & JPN)

    3 Penetapan murid pemulihan khas

    (Tahun 4, 5 dan 6)

    Minggu 4 - (1 minggu)

    Januari

    Sekolah.

    (Pemantauan

    PPD & JPN)

    4 Kutipan Data 1

    (berakhir 31 Januari)

    1 – 15 Februari

    Rumusan selesai 28 Februari

    JPN ke

    BPKhas

    5 Pelaksanaan Ujian 1 Minggu 1 dan 2 - (2 minggu)

    Mei

    Sekolah.

    (Pemantauan

    PPD & JPN)

    6 Pengisian Data Ujian 1 (Borang Skor)

    Minggu 3 dan 4 - (2 minggu)

    Mei

    Sekolah.

    (Pemantauan

    PPD & JPN)

    7 Analisis & Rumusan Data Ujian 1 Minggu 1 - (1 minggu)

    Jun

    PPD dan JPN

    8 Penyatuan dan Penyemakan Data

    Ujian 1

    Minggu 2 - (1 minggu)

    Jun

    JPN

    9 Kutipan Data 2

    (berakhir 30 Jun)

    1 – 15 Julai

    Rumusan selesai 31 Julai

    JPN ke

    BPKhas

    10 Pelaksanaan Ujian 2

    Minggu 1 dan 2 - (2 minggu)

    September

    Sekolah.

    (Pemantauan

    PPD & JPN)

    11 Pengisian Data Ujian 2

    (Borang Skor)

    Minggu 3 dan 4 - (2 minggu)

    September

    Sekolah.

    (Pemantauan

    PPD & JPN)

    12 Analisis & Rumusan Data Ujian 2 Minggu 1 - (1 minggu)

    Oktober

    PPD dan JPN

    13 Penyatuan dan Penyemakan Data

    Ujian 2

    Minggu 2 - (1 minggu)

    Oktober

    JPN

    14 Kutipan Data 3

    (berakhir 31 Oktober)

    1 – 15 November

    Rumusan selesai 30 November

    JPN ke

    BPKhas

  • 7

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    6.2 BAHAN-BAHAN MUAT TURUN

    Bahan-bahan boleh dimuat turun dari portal rasmi Bahagian Pendidikan Khas di laman sesawang, Kementerian Pendidikan Malaysia: (http://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-khas/program-pemulihan-khas)

    1. Manual Am Pentadbiran Pelaksanaan Ujian IPP2M & IPPKAM

    2. Instrumen Penentu Penguasaan Membaca Dan Menulis (IPP2M) Edisi 2016

    2.1 IPP2M : SK & SJK - Bahan Guru

    2.2 IPP2M : SK & SJK - Bahan Murid

    2.3 Borang Skor IPP2M

    2.4 Borang Pelaporan Pelepasan Individu (BPPI) IPP2M

    2.5 Headcount Pencapaian IPP2M

    3. Instrumen Penentu Penguasaan Kemahiran Asas Matematik (IPPKAM) Edisi 2016

    3.1 IPPKAM : SK - Bahan Guru

    3.2 IPPKAM : SK - Bahan Murid

    3.3 IPPKAM : SJKC - Bahan Guru

    3.4 IPPKAM : SJKC - Bahan Murid

    3.5 IPPKAM : SJKT - Bahan Guru

    3.6 IPPKAM : SJKT - Bahan Murid

    3.7 Borang Skor IPPKAM

    3.8 Borang Pelaporan Pelepasan Individu (BPPI) IPPKAM

    3.9 Headcount Pencapaian IPPKAM

    4. Power Point Standard Pelaksanaan IPP2M & IPPKAM

    http://www.moe.gov.my/index.php/my/pendidikan-khas/program-pemulihan-khas

  • 8

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    7.0 SENARAI SEMAK KEMAHIRAN PEMULIHAN DALAM ITEM SOALAN

    7.1 IPP2M

    Bil Kemahiran Pemulihan Item soalan

    1. Huruf

    (a) Huruf Vokal a, e, i, o, u

    (b) Huruf Kecil m, p, c, g

    (c) Huruf Besar T, K, N, J

    2 Suku Kata

    (a) Suku Kata Terbuka kv bi, pi, su, ba, ke

    (b) Perkataan vkv, kvkv, kvkvkv ibu, lori, kelapa

    3 Perkataan dan Suku Kata Tertutup

    (a) Perkataan vkvk, kvkvk, kvkkv, kvkvkvk , kvkkvkvk

    adik, pokok, kunci, basikal, rambutan

    (b) Perkataan dan suku kata tertutup kvkvk, , kvkkv, kvkkvk

    kipas, baldi, landak

    4 Perkataan yang mengandungi suku kata tertutup “ng”

    Perkataan vkvkk, kvkkvkk, kvkkkv, kvkkkvk

    udang, kambing, mangga, tongkat

    5 Perkataan Diftong dan Vokal Berganding

    pisau, paip, kerbau, tupai

    6 Perkataan Digraf dan Konsonan Bergabung

    khemah, nyamuk, singa, syiling

    7 (a) Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul

    1. Raket badminton abang Misbun telah patah. 2. Emak membeli buah belimbing di pasar. 3. Teropong Ah Choi baharu dan mahal.

    (b) Membina ayat berpandukan gambar dan frasa.

    1. Bapa membaca surat khabar di ruang tamu. 2. Tina menanam pokok bunga di dalam pasu.

    8 Bacaan dan Pemahaman 1. Bilakah mereka pergi berkelah? Mereka pergi berkelah pada hari Sabtu. 2. Di manakah keluarga Sani berkelah? Keluarga Sani berkelah di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson. 3. Siapakah yang membawa pelampung? Adik yang membawa pelampung. 4. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan di pantai? Berenang/bermain pasir/bermain bola/berkelah.

  • 9

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    7.2 IPPKAM

    Bil Kemahiran Pemulihan Item soalan

    1 Nombor Bulat Hingga 10 9

    2 Nombor Bulat Hingga 20 15

    3 Nombor Bulat HIngga 100 41

    4 Nombor Bulat Hingga 1000 200

    5 Melengkap turutan nombor 0, 5, 10, 15, 20, 25, 30, 35, 40

    6 Melengkap turutan nombor 100, 90, 80, 70, 60

    7 Menyusun nombor 14, 37, 52, 60, 83

    8 Menulis angka 27

    9 Nilai tempat puluh

    10 Nilai digit 200

    11 Nilai nombor 2 puluh 3 sa

    12 Nilai digit 30 + 4

    13 Tambah dalam lingkungan 10 2

    14 Tambah dalam lingkungan 18 13

    15 Tambah dalam lingkungan 100 tanpa

    mengumpul semula 48

    16 Tambah dalam lingkungan 100 tanpa

    mengumpul semula 96

    17 Tambah dalam lingkungan 100 dengan

    mengumpul semula 52

    18 Tolak dalam lingkungan10 3

    19 Tolak dalam lingkungan18 17

    20 Tolak dalam lingkungan100 tanpa mengumpul

    semula 30

    21 Tolak dalam lingkungan100 tanpa mengumpul

    semula 11

    22 Tolak dalam lingkungan100 dengan mengumpul

    semula 18

    23 Operasi Darab - Ayat Matematik 4 X 3 = 12

    24 Sifir 2 7 X 2 = 14

    25 Sifir 6 8 X 6 = 48

    26 Sifir 6 10 X 6 = 60

    27 Operasi Darab - Ayat Matematik 5 + 5 + 5 = 15

    3 X 5 = 15

    28 Operasi Bahagi - Ayat Matematik 8 ÷ 2 = 4

  • 10

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Bil Kemahiran Pemulihan Item soalan

    29 Operasi Bahagi - Ayat Matematik

    30 Operasi Bahagi - Bentuk lazim 2

    31 Operasi Bahagi - Ayat Matematik 32 ÷ 4 = 8

    32 Operasi Bahagi - Ayat Matematik 45 ÷ 9 = 5

    33 Wang syiling 10 sen

    34 Nilai wang RM 5.20

    35 Hasil tambah wang RM 8

    36 Hasil tambah wang 90 sen

    37 Menulis masa 8.00 / 8

    38 Melukis jarum jam

    39 Menulis bilangan hari 31

    40 Mengira jumlah hari Rabu

    41 Penyelesaian Masalah 29

    42 Penyelesaian Masalah 43

    43 Penyelesaian Masalah 15

    44 Penyelesaian Masalah 5

    45 Penyelesaian Masalah 19

    46 Penyelesaian Masalah 13

    47 Penyelesaian Masalah 18

    48 Penyelesaian Masalah 7

    49 Penyelesaian Masalah 2

    50 Penyelesaian Masalah 6 petang

    O O O

    O O O

    O O O

  • 11

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    8.0 SENARAI SEMAK SOALAN & ITEM DALAM BORANG SKOR 8.1 IPP2M

    Bahagian No. Soalan

    Arahan Bilangan Item

    dalam soalan

    Mesti Menguasai

    (MM)

    Tidak Mesti

    Menguasai (TMM)

    1

    1a Tulis huruf vokal berdasarkan gambar

    5 (MM) -

    1b Tuliskan huruf awal dengan menggunakan huruf kecil berdasarkan gambar

    4 (MM) -

    1c Tuliskan huruf awal dengan menggunakan huruf besar berdasarkan gambar.

    4 (MM) -

    2 2a

    Lengkapkan perkataan dengan suku kata yang diberi.

    5 (MM) -

    2b Pilih dan tulis perkataan berdasarkan gambar

    3 - (TMM)

    3

    3a Lengkapkan suku kata dan tulis semula perkataan

    10 item jawapan/ 5 soalan

    - (TMM)

    3b Lengkapkan suku kata dan tulis perkataan berdasarkan gambar

    3 (MM) -

    4 4 Lengkapkan suku kata dan tulis perkataan berdasarkan gambar

    8 item jawapan/ 4 soalan

    - (TMM)

    5 5 Pilih dan isi perkataan yang betul pada tempat kosong yang sesuai

    4 (MM) -

    6 6 Pilih dan tulis semula ayat yang sesuai berpandukan gambar

    4 (MM) -

    7 7a

    Susun semula perkataan-perkataan supaya menjadi ayat yang betul

    3 (MM) -

    7b Bina ayat berpandukan gambar dan frasa yang diberi.

    2 - (TMM)

    8 8 Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya

    4 - (TMM)

    8 Bahagian

    13 Soalan

    50 + 9 = 59 item

    8 5

  • 12

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    8.2 IPPKAM

    Bahagian No. Soalan

    Arahan Bilangan Item

    dalam soalan

    Mesti Menguasai

    (MM)

    Tidak Mesti

    Menguasai (TMM)

    Soalan 1 dan 4

    1 Bilang dan tulis jumlah 1 (MM) -

    2 1 (MM) -

    3 1 (MM) -

    4 1 (MM) -

    Soalan 5 dan 6

    5 Lengkapkan turutan nombor berikut

    3 (MM) -

    6 2 (MM) -

    Soalan 7 dan 12

    7 Susun semula nombor berikut ikut susunan menaik

    5 - (TMM)

    8 Tulis dalam angka 1 (MM) -

    9 Tulis nilai tempat bagi nombor yang bergaris

    1 (MM) -

    10 Tulis nilai digit bagi nombor yang bergaris

    1 (MM) -

    11 Tulis nilai puluh dan sa berdasarkan pembilang

    2 (MM) -

    12 Tulis nilai digit 2 (MM) -

    Soalan 13 hingga 17

    13 Selesaikan 1 (MM) -

    14 1 (MM) -

    15 1 (MM) -

    16 1 (MM) -

    17 1 (TMM)

    Soalan 18 hingga 22

    18 Selesaikan 1 (MM) -

    19 1 (MM) -

    20 1 (MM) -

    21 1 (MM) -

    22 1 (MM) -

    Soalan 23 hingga 26

    23 Selesaikan 1 (MM) -

    24 1 (MM) -

    25 1 (MM) -

    26 1 (MM) -

    Soalan 27dan 28

    27 Lengkapkan ayat matematik berikut

    4 (MM) -

    28 3 (MM) -

    Soalan 29 29 Lukiskan bilangan objek di

    dalam petak berdasarkan ayat matematik yang diberi

    3 - (TMM)

    Soalan 30 hingga 32

    30 Selesaikan 1 - (TMM)

    31 1 - (TMM)

    32 1 - (TMM)

  • 13

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    Bahagian No. Soalan

    Arahan Bilangan Item

    dalam soalan

    Mesti Menguasai

    (MM)

    Tidak Mesti

    Menguasai (TMM)

    Soalan 33 dan 34

    33 Tulis nilai wang berdasarkan gambar

    1 (MM) -

    34 1 (MM) -

    Soalan 35 dan 38

    35 Kira jumlah 1 (MM) -

    36 Kira dan tulis jumlah wang yang perlu dibayar

    1 (MM) -

    37 Tuliskan masa berdasarkan muka jam yang diberi

    1 (MM) -

    38 Lukis jarum jam dan minit bagi masa berikut

    1 (MM) -

    Soalan 39 dan 40

    39 Tandakan ( ) pada

    jawapan yang betul.

    Lihat kalendar dan jawab soalan berikut

    1 (MM) -

    40

    1 (MM) -

    Soalan 41 hingga 50

    41 Selesaikan masalah berikut 1 - (TMM)

    42 1 - (TMM)

    43 1 - (TMM)

    44 1 - (TMM)

    45 1 - (TMM)

    46 1 - (TMM)

    47 1 - (TMM)

    48 1 - (TMM)

    49 1 - (TMM)

    50 1 - (TMM)

    50 Soalan

    67 item

    34 16

    Jumlah 50 Soalan

  • 14

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    9.0 PANDUAN PENGSKORAN

  • 15

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • 16

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • 17

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    10.0 BORANG PELAPORAN PENTAKSIRAN INDIVIDU (BPPI) 10.1 IPP2M

  • 18

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    10.2 IPPKAM

  • 19

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • 20

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    11.0 PENEMPATAN

    11.1 KEPUTUSAN SKOR IPP2M

    1. Bahasa Melayu – Mesti menguasai (MM) semua item soalan 1a, 1b, 1c, 2a, 3b, 5,

    6, dan 7a (8 soalan / 32 item)

    2. Bahasa Melayu – Tidak mesti menguasai (TMM) ialah item soalan 2b, 3a, 4, 7b,

    dan 8 (5 soalan / 27 item)

    3. Tahap minimum telah menguasai skor ialah 40/50 (MM + TMM)

    4. Tahap maksimum telah menguasai ialah skor 50/50 (MM + TMM)

    SKOR KETERANGAN

    0 - 13

    Murid yang mendapat skor ini perlu membuat rujukan terus kepada pegawai

    perubatan. Murid ini kebarangkalian murid berkeperluan khas (MBK)

    Penjelasan: Murid yang tidak menguasai semua kemahiran asas huruf

    Murid ini perlu mengikuti Program Pemulihan Khas.

    14 - 39 Murid ini perlu mengikuti Program Pemulihan Khas.

    40 - 50 Murid ini mengikuti Intevensi Bimbingan guru mata pelajaran di Kelas

    Perdana.

    11.2 KEPUTUSAN SKOR IPPKAM

    1. Matematik – Mesti menguasai (MM) semua item soalan 1-6, 8-16, 18-28 dan 35-40

    (34 soalan / 54 item)

    2. Matematik – Tidak mesti menguasai (TMM) ialah item soalan 7, 17, 29-32 dan 41-

    50 (16 soalan / 13 item)

    3. Tahap minimum telah menguasai skor ialah 40/50 (MM + TMM)

    4. Tahap maksimum telah menguasai ialah skor 50/50 (MM + TMM)

    SKOR KETERANGAN

    0 - 21

    Murid yang mendapat skor ini perlu membuat rujukan terus kepada pegawai

    perubatan. Murid ini kebarangkalian murid berkeperluan khas (MBK)

    Penjelasan: Murid yang tidak menguasai semua kemahiran asas nombor

    Murid ini perlu mengikuti Program Pemulihan Khas.

    22 - 39 Murid ini perlu mengikuti Program Pemulihan Khas.

    40 - 50 Murid ini mengikuti Intevensi Bimbingan guru mata pelajaran di Kelas

    Perdana.

  • 21

    PANDUAN PELAKSANAAN IPP2M & IPPKAM

    ©HAK CIPTA BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    12.0 PETUNJUK

    1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

    2. Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

    3. Program Literasi dan Numerasi (LINUS)

    4. Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPPI)

    5. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)

    6. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

    7. Instrumen Penentu Penguasaan Membaca dan Menulis (IPP2M)

    8. Instrumen Penentu Penguasaan Kemahiran Asas Matematik (IPPKAM)

    9. Mesti Menguasai (MM)

    10. Tidak Mesti Menguasai (TMM)

    11. Guru Pemulihan Khas

    12. Guru Pemulihan Khas LINUS

    13. Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu

    14. Guru Mata Pelajaran Matematik