14 mei 2011

of 33/33
1 TEKS UCAPAN DATO’ DR. TAM WENG WAH KETUA PENGARAH BIRO PENGADUAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI PROGRAM MESRA RAKYAT DEWAN SUARAH SIBU SARAWAK 14 MEI 2011 (SABTU)

Post on 29-Jan-2017

226 views

Category:

Documents

5 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1

    TEKS UCAPAN

    DATO DR. TAM WENG WAH KETUA PENGARAH

    BIRO PENGADUAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI

    PROGRAM

    MESRA RAKYAT DEWAN SUARAH SIBU

    SARAWAK

    14 MEI 2011 (SABTU)

  • 2

    Terima kasih,

    Saudari Pengacara Majlis;

    Yang Berbahagia,

    Datu Ose Murang,

    Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak 1;

    Yang Berusaha,

    Tuan Mohamed Zahari bin Razali,

    Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak;

  • 3

    Yang Berusaha,

    Tuan Sim Kok Kee,

    Residen Bahagian Sibu;

    Yang Berusaha,

    Encik Philip Stephen Shim

    Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri

    Pejabat Negeri Sarawak.

  • 4

    Yang Berusaha,

    Ketua-ketua Jabatan Peringkat Persekutuan, Negeri, Bahagian dan

    Badan-badan Berkanun;

    Yang Dihormati,

    Dif-dif Jemputan,

    Ketua-ketua Masyarakat,

    Ketua-ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan;

    Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

  • 5

    Selamat Pagi,

    Salam Sejahtera,

    Salam 1 Malaysia.

    1. Sebagai pemula kata, saya amat berbesar hati dan dengan

    penuh takzim, mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Datu

    Ose Murang, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak

    kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama kita bagi

    merasmi Program Mesra Rakyat pada pagi ini.

  • 6

    2. Kehadiran dan kesudian Yang Berbahagia Datu ke majlis ini,

    kesediaan Yang Berusaha, Tuan Mohamed Zahari bin Razali,

    Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Yang Berusaha Ketua-

    ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri memberi kerjasama serta

    kesanggupan tuan-tuan dan puan-puan mengorbankan masa

    untuk hadir dan mengambil bahagian serta sama-sama

    menjayakan Program Mesra Rakyat pada pagi ini. Ini

    mencerminkan kesungguhan dan keikhlasan semua pihak, lebih-

  • 7

    lebih lagi pucuk pemimpinan tertinggi sektor awam, pelbagai

    peringkat pegawainya Negeri Sarawak memberikan komitmen

    dan keprihatinan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat di

    Negeri Sarawak amnya, dan di Sibu ini khususnya dalam usaha

    memartabatkan sistem penyampaian Kerajaan.

    3. Sebelum saya meneruskan ucapan, saya mengambil kesempatan

    ini untuk mengucapkan setinggitinggi tahniah dan penghargaan

    kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan seluruh penjawat awamnya

  • 8

    kerana telah berjaya menyelesaikan 100 % aduan bagi tahun 2010.

    Pihak BPA turut berasa bangga dan memandang tinggi atas

    komitmen dan kesungguhan semua dalam menyelesaikan aduan-

    aduan yang diterima. TAHNIAH.

    Hadirin yang saya hormati,

    4. Biro Pengaduan Awam sebagai agensi pusat yang menyelaras

    aduan awam, tanpa jemu menapak ke hadapan dengan

  • 9

    mengadakan berbagai-bagai penambahbaikan dari segi

    pendekatan dan saluran penerimaan aduan. Program MESRA

    Rakyat pada pagi ini merupakan salah satu dari pendekatan

    proaktif Biro Pengaduan Awam dengan kerjasama agensi-agensi

    awam. Program Mesra Rakyat kali ini adalah kali yang kedua

    diadakan di Bumi Kenyalang ini. Sebelum ini, ia diadakan di Dewan

    Masyarakat Kuching Selatan pada 27 Mei 2010.

  • 10

    5. Dalam zaman serba moden ini, kelangsungan atau survival

    sesebuah organisasi adalah bergantung pada kemampuannya

    berkerjasama dengan agensi-agensi lain. Di samping itu,

    kecekapannya memanfaatkan kearifan khalayak atau crowd

    wisdom. Atas kesedaran inilah, maka BPA berasa

    bertanggungjawab mengadakan Program Mesra Rakyat atau

    MESRA di seluruh negara.

  • 11

    6. Program ini memberi peluang kepada masyarakat setempat

    menyuarakan masalah mereka dan mendekati agensi Kerajaan

    dengan lebih mudah. Justeru, adalah diharapkan agar program ini

    dapat memberi manfaat semaksimum mungkin kepada

    masyarakat di Sibu. Bagi agensi pula, inilah peluang yang terbaik

    untuk mendekati orang ramai dan cuba memahami masalah yang

    mereka hadapi secara lebih dekat dan terbuka.

  • 12

    7. Peranan mana-mana jabatan kerajaan pun, adalah bertujuan

    menyampaikan perkhidmatan kepada orang ramai, selaras dengan

    apa yang telah disuratkan dalam matlamat penubuhannya. Sejak

    dahulu hingga kini, orang ramai mendampingi jabatan kerajaan

    untuk urusan rasmi dan mendapatkan perkhidmatan yang tidak

    boleh diberikan oleh agensi lain seperti swasta. Misalannya, urusan

    membayar cukai, permohonan lesen, permohonan MyKad,

    pendaftaran kelahiran, permohonan tanah dan lain-lain.

  • 13

    8. Pada hemat saya, pengaduan awam adalah gambaran rasa

    ketidakpuasan hati seseorang terhadap sebarang tindakan

    pentadbiran kerajaan yang dirasakan lambat, tidak adil, tidak

    mematuhi undang-undang dan peraturan yang sedia ada,

    termasuk salah laku, penyelewengan, salah guna kuasa, salah

    tadbir dan seumpamanya. Ringkasnya, aduan adalah imbasan

    orang awam tentang pengalaman mereka semasa berurusan

  • 14

    dengan jabatan, yang mereka berasa tidak selari dengan konsep

    jabatan yang baik mengikuti kaca mata dan tanggapan mereka.

    9. Sungguhpun begitu, peranan agensi-agensi bukanlah sekadar

    menghitung bilangan aduan dan menyelesaikan semata-mata.

    Kita perlu mengambil pendekatan walk extra mile dalam

    menguruskan aduan, dengan menganalisis isu-isu yang diterima.

    Sebenarnya, isu-isu yang ketengahkan rakyat itulah yang menjadi

    input berguna bagi agensi mengenal pasti kekuatan dan

  • 15

    kekurangannya dalam menyampaikan perkhidmatan kepada

    rakyat. Malah, input-input tersebut boleh menjadi sumber inovasi

    untuk mempertingkatkan penambahbaikan perkhidmatan masing-

    masing.

    10. Selaku penjawat awam, kita tidak ada banyak pilihan, melainkan

    mempersiapkan diri dengan kemahiran dan ilmu baru, mengubah

    cara bekerja serta mempelbagaikan penambahbaikan.

  • 16

    Sementelah, orang ramai inginkan perkhidmatan sektor awam yang

    lebih responsif, mesra pelanggan, melayani pelanggan secara

    sama rata, menepati piagam pelanggan dan telus. Lagipun,

    kemampuan mengenal pasti kehendak pelanggan serta kebolehan

    menanganinya dengan cekap dan berkesan boleh memantapkan

    penyampaian perkhidmatan. Biarlah usaha yang dijalankan hari ini

    adalah lebih dari semalam dan besok lebih baik dari hari ini.

  • 17

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

    11. Untuk makluman hadirin sekalian, sepanjang tahun 2010, BPA telah

    menerima sebanyak 14,700 aduan dan 98.7% darinya telah berjaya

    diselesaikan. Berdasarkan 10 kategori yang ditetapkan oleh BPA,

    secara umumnya, kategori kelewatan atau tiada tindakan

    merupakan peratus tertinggi iaitu 40.2%, kualiti perkhidmatan yang

    tidak memuaskan 19.1%, tindakan tidak adil 16.9%, kegagalan

    penguatkuasaan 9.0% dan kekurangan kemudahan awam 4.2%.

  • 18

    Bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 April 2011, aduan yang telah

    diterima BPA secara keseluruhannya adalah sebanyak 4,560 kes,

    yang mana 3,711 atau 81.4 % berjaya diselesaikan.

    12. Untuk pengetahuan Datu, tuan-tuan dan puan-puan, pada tahun

    2010 BPA Negeri Sarawak telah menerima 441 aduan yang mana

    seperti di katakan awal tadi, kesemua aduan telah berjaya

    diselesaikan. Mengikut pecahan kategori aduan yang diterima di

    Negeri Sarawak, kategori kelewatan atau tiada tindakan sebanyak

  • 19

    228 aduan (51.7 %), kategori kualiti perkhidmatan yang tidak

    memuaskan termasuk kaunter dan telefon 109 (24.7 %), kekurangan

    kemudahan Awam 44 aduan (10.0 %), kategori tindakan tidak adil

    sebanyak 26 aduan (5.9 %) dan kegagalan penguatkuasaan, 20

    aduan (4.5 %).

    Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,

    13. Penganjuran majlis ini tidak bermakna Biro Pengaduan Awam

    mencari kelemahan mana-mana agensi awam. Sebaliknya, Biro

  • 20

    Pengaduan Awam memainkan peranannya sebagai penghubung

    antara agensi dengan pengadu atau orang ramai dalam

    mengendalikan pengurusan aduan. Ini amat penting bagi

    membantu agensi memperbaiki kualiti serta menambah baik

    penyampaian perkhidmatan yang sedia ada.

    14. Dengan kata-kata itu, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima

    kasih kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan

    Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak atas kerjasama yang

  • 21

    diberikan serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung

    mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Bagi

    pihak Biro Pengaduan Awam, saya amat menghargai setiap

    sokongan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak

    dalam usaha merealisasikan program yang dapat membantu

    rakyat dalam menguruskan dan menyelesaikan aduan mereka.

    Diharap aktiviti turun padang ini dapat membantu kerajaan dalam

    memberi perkhidmatan penyampaian yang terbaik.

  • 22

    15. Saya dengan takzimnya menjemput dan mempersilakan Yang

    Berbahagia Datu Ose Murang, Timbalan Setiausaha Kerajaan

    Negeri Sarawak untuk menyampaikan serta merasmikan Program

    MESRA Rakyat di Sibu, Sarawak pada pagi ini.

    Sekian, terima kasih.

  • 23

    MAKLUMAT TAMBAHAN

  • 24

    ATURCARA PERGERAKAN KETUA PENGARAH BPA, DATO DR. TAM WENG WAH

    13 MEI 2011

    Bil. Masa Aktiviti Catatan

    1. 1930 Bertolak dari KLIA MH 2718.

    2. 2125 Tiba di LT Sibu Bilik Menunggu VIP.

    3. 2140 Bertolak ke RH Hotel, Sibu Diiringi Pengarah Negeri

    Kenderaan Fortuner BPA

    (Pemandu Hipni Basri)

    012 8493557.

    4. 2210 Check-in di RH Hotel Junior Suite Ref No.

    R2BD8E

    No. Bilik 737 (Aras 7).

    5. BEBAS

  • 25

    14 MEI 2011

    Bil. Masa Aktiviti Catatan

    1. 0830 Sarapan di RH Hotel. Oriental Bistro (Ground Floor).

    2. 0930 Bertolak dari RH Hotel ke Dewan Suarah Sibu. Diiringi Pengarah Negeri.

    Kenderaan (Fortuner) BPA.

    3. 1000 Tiba di Dewan Suarah Sibu. Terus ke Bilik Menunggu.

    4. 1015 Menyambut ketibaan Tim. Setiausaha

    Persekutuan Sarawak (TSP), En. Mohamed Zahari

    bin Razali).

    Di pintu Utama Dewan.

    Diiringi Pengarah Negeri.

    5. 1030 Menyambut Ketibaan Tim. Setiausaha Kerajaan

    Negeri Sarawak 1 (TSKN 1), Datu Ose Murang.

    Pintu Utama. Terus ke dalam

    Dewan. Sofa bertagging

    disediakan diatas pentas.

    6. 1045 Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu Pertiwiku. Berdiri.

    7. 1100 Bacaan Doa. Jabatan Kemajuan Islam

    Malaysia.

  • 26

    8. 1105 Ucapan dari Ketua Pengarah BPA. Rostrum Disediakan.

    9. 1120 Ucapan Perasmian dari Tim. Setiausaha

    Kerajaan Negeri Sarawak 1.

    10. 1135 Penyampaian Cenderahati. Ketua Pengarah BPA kepada

    TSKN 1 dan TSP.

    11. 1140 Barisan panel mengambil tempat. KP mengiringi TSKN 1 dan TSP

    ke meja pengerusi panel.

    Diiringi Pengarah BPA.

    12. 1150 Sesi dialog dimulakan. Dipengerusikan oleh TSKN 1.

    13. 1250 Rumusan dan Ucapan Penangguhan sesi

    dialog.

    Oleh TSKN 1.

    14. 1300 Jamuan tengahari. KP mengiringi TSKN 1 dan TSP

    ke Restoran Kasturi. Diiringi

    Pengarah BPA. Menggunakan

    kenderaan Jabatan.

    15. 1345 Menghantar TSKN 1 dan TSP ke kereta. Diiringi Pengarah BPA Negeri.

  • 27

    16. 1350 Bertolak pulang ke Hotel RH. Kenderaan Jabatan.

    17. 1400 Tiba di RH Hotel

    18. 1430 Urusan Check-out.

    19. 1440 Bertolak ke LT Sibu. RH hotel ke TL Sibu.

    20. 1510 Tiba di LT Sibu. Bilik menunggu VIP.

    21 1610 Bertolak dari LT Sibu ke LTA Kuching. MH 3695.

    22. 1650 Tiba di LTA Kuching. Bilik menunggu VIP.

    23. 1745 Bertolak dari LTA Kuching ke KLIA. MH 2529.

    24. 1925 Tiba di KLIA

  • 28

    ATURCARA MAJLIS

    8.30 am - Ketibaan peserta

    9.30 am - Ketibaan ketua-ketua Jabatan dan Ahli-ahli Panel

    10.00am - Ketibaan Ketua Pengarah BPA

    10.15am - Ketibaan Tim. Setiausaha Persekutuan Sarawak

    10.30am - Ketibaan Tim. Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak 1

    - Nyanyian Negaraku & Ibu Pertiwiku

    - Bacaan doa

    - Ucapan Aluan oleh Ketua Pengarah BPA, Dato Dr. Tam Weng

    Wah

    - Ucapan Perasmian oleh Tim. Setiausaha Kerajaan Negeri

    Sarawak 1, Datu Ose Murang

    - Penyampaian Cenderahati

  • 29

    - Sesi Dialog

    - Rumusan dan Penangguhan oleh Pengerusi Panel

    1.00 pm - Jamuan Tengahari / Majlis Bersurai.

    SENARAI AHLI-AHLI PANEL

    1. Tim. Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak - Pengerusi

    2. Tim. Setiausaha Persekutuan Sarawak

    3. Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri

  • 30

    4. Residen Sibu

    5. Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan

    Perhubungan Sarawak

    6. Setiausaha Tetap Kementerian Perumahan dan Pambangunan

    Bandar Sarawak

    7. Setiausaha Tetap Kementerian Luar Bandar Sarawak

    8. Setiausaha Tetap Kementerian Kemajuan Tanah Sarawak

    9. Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak

    10. Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak

    11. Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sarawak

    12. Pegawai Kemajuan Negeri Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak,

    Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri

  • 31

    13. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak

    14. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak

    15. Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sarawak

    16. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak

    17. Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sarawak

    18. Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri Sarawak

    19. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak

    20. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan

    Kepenggunaan Negeri Sarawak

  • 32

    21. Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PEKESO)

    22. Pengurus Bank Negara Malaysia Cawangan Sarawak

    23. Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil

    Perusahaan Getah (RISDA) Negeri Sarawak

    24. Pengurus Besar Wilayah Lembaga Penyatuan dan Pemulihan

    Tanah Persekutuan (FELCRA) Berhad Sarawak

    25. Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak

    26. Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak

    27. Pengarah Jabatan Saliran dan Pengairan Negeri Sarawak

    28. Pengarah Unit Perancangan Negeri, Jabatan Ketua Menteri

    29. Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SESCO Berhad

    30. Pengurus Besar Lembaga Air Sibu

  • 33

    31. Pengurus Besar Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah

    Sarawak (SALCRA)

    32. Setiausaha Perbandaran Majlis Perbandaran Sibu

    33. Setiausaha Majlis Dearah Luar Bandar Sibu

    34. Penolong Setiausaha Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

    Malaysia (SUHAKAM) Cawangan Sarawak

    35 Penolong Pegawai Tadbir Lembaga Pelesenan Kenderaan

    Perdagangan, Sibu