soalan kh sem mei 2011

12

Click here to load reader

Upload: mohammad-juhairi

Post on 03-Jul-2015

776 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Kh Sem Mei 2011

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASANASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

KOD KURSUS /COURSE CODE : HBLS 3103 TAJUK KURSUS /COURSE TITLE : ASAS KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL

SEMESTER /SEMESTER : MEI/MAY 2011

ARAHAN KEPADA PELAJAR / INSTRUCTIONS TO STUDENTS

1. Tugasan ini mengandungi TIGA (3) soalan yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. / This assignment contains THREE (3) question that is set in the language of the printed module for the course.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. / Answer in Malay or English.

3. Muatturunkan templet tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. / Download the language version of the assignment template concerned from the MyVLE for preparation and submission of your assignment. Your assignment should be typed using 12 point Times New Roman font and 1.5 line spacing.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan dan lampiran. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. / Your assignment should be between 2500 to 3000 words excluding references. The number of words should be shown at the end of your assignment. Do not copy the assignment question and instructions to your answer.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. / You must submit your assignment TO TUTOR. You are advised to keep a copy of your submitted assignment for personal reference.

6. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. / You can submit your assignment ONCE only in a SINGLE file.

7. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 28 Jun 2011 hingga 10 Julai 2011. Serahan selepas 10 Julai 2011 TIDAK akan diterima. / Your assignment must be submitted between 28 June 2011 and 10 July 2011. Submission after 10 July 2011 will NOT be accepted.

8. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri. / Your assignment should be prepared individually. You should not copy another person’s assignment. You should also not plagiarise another person’s work as your own.

1

Page 2: Soalan Kh Sem Mei 2011

SOALAN TUGASAN / ASSIGNMENT QUESTION

SOALAN 1

Pintu panel merupakan jenis pintu yang paling popular digunakan untuk rumah kediaman kerana ia

mempunyai ciri-ciri egronomik dan tahap kekuatan yang tinggi. Pembinaannya terdiri daripada sisi-

sisi bingkai yang memegang panel kayu yang biasanya berjumlah dari satu hingga dua belas atau

lebih, bergantung kepada saiz, reka bentuk dan juga kehendak pelanggan.

Anda dikehendaki membuat laporan/kajian terhadap pembinaan dan reka bentuk pintu panel

merujuk kepada butiran berikut:

Tajuk : Pintu Panel

Saiz : 900mm X 2100mm X 45mm

Panel : Sekurang-kurangnya pintu 3 panel

Laporan/ tugasan anda perlu merangkumi:

(a) Lukisan Kerja

(i) Lukisan Ortografik

- Pandangan Hadapan

- Pandangan Sisi (Keratan)

- Pandangan Atas (Pelan)

(ii) Lukisan Isometri

(iii) Lukisan ceraian/pemasangan

- Pemasangan setiap tanggam

- Pemasangan panel

(b) Langkah kerja pembinaan dan kaedah penyambungan setiap bahagian. Setiap

penyambungan tanggam dan panel mestilah disertakan lukisan pemasangan yang sesuai.

(c) Jenis kayu dan alatan yang digunakan.

2

Page 3: Soalan Kh Sem Mei 2011

(d) Kaedah pemasangan pintu panel pada jenang/kerangka.

(e) Cadangan kemasan yang digunakan.

**Rajah 1 menunjukkan contoh pintu panel (4 panel)**

(14 markah)

Rajah 1: Contoh Pintu Panel (4 Panel)

SOALAN 2

3

Page 4: Soalan Kh Sem Mei 2011

Sistem agihan saliran bawah tanah merupakan sebahagian daripada sistem sanitari bertujuan untuk

mengalirkan najis, air sisa dan air permukaan dari sesebuah bangunan ke loji rawatan kumbahan.

Anda dikehendaki menghuraikan dengan jelas sistem saliran bawah tanah yang melibatkan TIGA

jenis seperti berikut:

(i) Sistem Bergabung

(ii) Sistem Berasingan

(iii) Sistem Berasingan Separa

Huraian anda perlu merangkumi perkara-perkara berikut:

(a) Anda boleh menggunakan Rajah 2 sebagai idea bagi melengkapkan agihan sistem paip

tersebut bermula dari sebuah rumah.

(b) Setiap sistem yang dihuraikan mestilah disertakan dengan lukisan/rajah yang lengkap dan di

labelkan.

(c) Rajah/Lukisan agihan paip mestilah dari rumah kediaman ke paip betung di bahu jalan.

(d) Anda hendaklah menghuraikan dengan jelas jenis paip, sistem saliran dan

kelebihan/kekurangan setiap sistem tersebut.

(6 markah)

4

Page 5: Soalan Kh Sem Mei 2011

Rajah 2: Contoh Sistem Paip Air buang Yang Tidak Lengkap

5

Page 6: Soalan Kh Sem Mei 2011

SOALAN 3

Dalam sistem enjin pembakaran dalam jenis empat lejang, terdapat dua kaedah yang digunakan

untuk mencampurkan bahan api dan udara iaitu menggunakan kaburator atau suntikan elektronik.

(a) Dengan bantuan lakaran, huraikan bagaimana kedua-dua kaedah ini berfungsi.

Huraian anda perlu meliputi aspek-aspek seperti berikut:

(i) Prinsip

(ii) Binaan dan komponen-komponen utama

(8 markah)

(b) Jelaskan kelebihan dan kelemahan sistem suntikan bahan api elektronik berbanding

kaburator.

(2 markah)

(Jumlah: 10 markah)

[Jumlah Keseluruhan: 30 markah]

6

Page 7: Soalan Kh Sem Mei 2011

PANDUAN PELAJAR

SOALAN 1

Pelajar bebas memilih reka bentuk dan jumlah panel tapi tidak kurang daripada tiga panel

yang bersesuaian dengan saiz yang dipilih. Rajah 1 boleh digunakan sebagai idea reka

bentuk pilihan anda. Gunakan contoh tersebut hanya sebagai idea asas sahaja.

Menyertakan Lukisan Kerja dengan jelas, sebaik-baiknya menggunakan CAD.

i. Lukisan Kerja

- Ketiga-tiga lukisan dilukis dengan kemas dan tepat mengikut skala yang sesuai

- Sekurang-kurangnya terdapat 6 tandaan dimensi bagi setiap lukisan

ii. Lukisan Isometri

- Mengikut skala yang sesuai

- Paksi isometri tepat

iii. Lukisan ceraian/pemasangan

- Lukisan pemasangan penuh

- Lukisan ceraian sebahagian bagi tanggam

- Lukisan ceraian sebahagian bagi panel

Menghuraikan langkah-langkah pembinaan/langkah kerja dengan jelas.

Menyatakan dengan jelas bahan-bahan yang digunakan dengan memberikan sebab-sebab

kesesuaian bahan tersebut digunakan.

Menyenaraikan alatan/mesin yang terlibat.

Menghuraikan cadangan kaedah pemasangan pintu panel pada jenang/kerangka pintu:

- Kaedah pemasangan yang digunakan

- Jenis engsel yang digunakan dan cara pemasangan engsel

- Menunjukkan lukisan/lakaran pemasangan

7

Page 8: Soalan Kh Sem Mei 2011

Memberi cadangan kemasan yang akan digunakan sama ada cat, varnis, syelek, dan

sebagainya mengikut kesesuaian.

SOALAN 2

Menghuraikan dengan menyertakan lukisan yang menunjukkan sistem saliran dari rumah

kediaman melalui paip saliran ke paip pembentung.

Anda boleh menggunakan Rajah 2 sebagai permulaan aliran paip dari rumah kediaman.

Huraikan bagaimana sistem berkenaan beroperasi dengan jelas.

Menghuraikan jenis paip yang digunakan.

Huraikan kelebihan/kekurangan penggunaan setiap sistem tersebut.

SOALAN 3

Berikan pengenalan kepada sistem kaburator dan suntikan elektronik.

Huraikan prinsip-prinsip bagi kaburator dan suntikan bahan api elektronik dengan jelas.

Lukiskan rajah binaan dan komponen-komponen utama dalam sistem kaburator dan

suntikan bahan api elektronik.

Jelaskan kelebihan dan kelemahan sistem suntikan bahan api elektronik berbanding

kaburator.

8

Page 9: Soalan Kh Sem Mei 2011

Pelajar dinasihatkan:

1. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang

boleh dipercayai (contohnya sumber yang disediakan oleh orang atau organisasi yang

mempunyai reputasi yang baik) diperlukan bagi melicin/ memudahkan pemahaman sebelum

memulakan tugasan.

2. Membuat lawatan dan kajian ke kedai-kedai perabot atau bengkel kerja kayu bagi

mendapatkan idea kaedah binaan/ kerja amali.

3. Anda dicadangkan menggunakan aplikasi AutoCAD merujuk kepada kemahiran sedia ada

dari subjek Reka cipta dan Lukisan Teknik yang lepas.

4. Berbincang dan meminta pandangan guru-guru teknikal di Politeknik, SM Teknik dan lain-

lain yang berkenaan.

5. Menggunakan persembahan dan gaya bahasa sendiri.

________________________________________________________________________________

PENILAIAN / EVALUATION

Tugasan ini akan menyumbangkan 30 % daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik / Skema Jawapan. / This assignment accounts for 30 % of the total marks for the course and shall be assessed based on the Rubrics / Answer Scheme.

Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula / You would be given feedback of the assignment before the Final Semester Examination commences.

PLAGIARISME : POTONGAN MARKAH / PLAGIARISM : MARKS DEDUCTION

Amaran : Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk menentukan kadar pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut: / Warning : The submitted assignment will automatically undergo a similarity check. If plagiarism is detected, marks would be deducted as follows:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperolehi.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 30 % : Markah sifar akan diberikan. Assignments with 10 - 30 % overlap with others : 20% deduction from the total marks scored. Assignments with more than 30% overlap with others : Zero mark would be given

MUKA SURAT TAMAT / END OF PAGE

9