myrakyat mei 2012

8
my KHAMIS 31 MEI 2012 / 10 REJAB 1433H Menu Harga Patut 5 7 Peluang calon kedai pilihan rakyat Bank Rakyat komited penjagaan alam sekitar BILANGAN 5

Upload: skali-sws

Post on 14-Mar-2016

272 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

MyRakyat Mei 2012

TRANSCRIPT

Page 1: MyRakyat Mei 2012

my KHAMIS 31 MEI 2012 / 10 REJAB 1433H

Menu HargaPatut

5

7 Peluang calon kedai pilihan rakyat

Bank Rakyat komited penjagaan alam sekitar

BILANGAN 5

Page 2: MyRakyat Mei 2012

Kepenggunaan2

PROGRAM Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) terus m e n d a p a t s a m b u t a n

menggalakkan di kalangan pengusaha dan pengendali makanan di seluruh negara apabila sejumlah 2,000 restoran kini mengambil bahagian sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat. Malah, ia juga mendapat perhatian pengedali pusat makanan dan restoran di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan 362 premis makanan di 108 IPT turut menyertai program ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sentiasa mengalu dan menggalakkan operator makanan termasuk kafeteria di IPT menjayakan program MR1M dalam usaha meringankan beban rakyat serta membolehkan mereka menikmati hidangan di restoran pada harga berpatutan.

“Menu berkenaan sangat membantu rakyat. Sasaran kita adalah untuk melahirkan sebanyak 3,000 premis MR1M menjelang penghujung tahun ini,” kata beliau baru-baru ini.

Sajian MR1M yang diwujudkan oleh KPDNKK di setiap institusi pengajian tinggi awam dan swasta ternyata sudah menjadi idaman warga mahasiswa sejak sekian lama.

Dengan tersajinya menu makanan pada harga minimum ini di kantin dan kafeteria sekitar kampus IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), ia bukan sahaja dapat menjimatkan kos sara hidup golongan mahasiswa, malah turut menjanjikan

diet berkhasiat.MR1M yang ditawarkan pada

harga antara RM2 hingga RM2.50 bagi sarapan dan RM4 hingga RM5.50 bagi makan tengahari sememangnya berada pada kos mesra pelajar dengan mengambil kira status kewangan mereka yang bergantung kepada sumber pinjaman pendidikan atau biasiswa.

Ketika ini MR1M berjaya diwujudkan oleh KPDNKK di 178 IPTA dan 28 IPTS seluruh negara dengan Universiti Malaya menjadi universiti pertama menawarkan menu itu pada November tahun lalu. Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)

pula menjadi universiti tertinggi menawarkan MR1M dengan 23 kafetaria di dalam kampus universiti itu menyertai program terbabit.

Ismail Sabri berkata, MR1M adalah inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan memperkenalkan menu sarapan pagi dan makan tengah hari pada harga paling minimum tetapi berkualiti dan berkhasiat hasil kerjasama pengusaha premis makanan seluruh negara.

“Setakat ini sambutan di kalangan pengusaha premis menjual makanan terhadap pengenalan menu nyata amat memberangsangkan kerana

pengusaha juga yakin melalui penyediaan pakej MR1M ini, bilangan pelanggan mereka akan meningkat.

“KPDNKK juga mempergiatkan promosi di kantin dan kafetaria IPT kerana kerajaan amat memahami beban kewangan para pelajar yang sentiasa ingin meminimumkan kos perbelanjaan makanan dan minuman harian untuk menampung kos pengajian mereka.

“Ia juga selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu MR1M dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dapat dinikmati segenap lapisan rakyat,” katanya.

Najib dan Ismail Sabri turut meluangkan masa menikmati hidangan MR1M di kafeteria Universiti Malaya pada 22 Disember tahun lalu bagi menilai sendiri kualiti makanan yang ditawarkan kepada pelajar.

Secara tidak langsung, ia turut menepis tohmahan sesetengah pihak bahawa MR1M adalah sajian makanan berkualiti rendah yang dipromosikan oleh kerajaan untuk menganiaya rakyat.

Pelaksanaan MR1M di IPT juga banyak disokong dan dipantau oleh Gerakan Pengguna Siswa (GPS) yang berperanan sebagai mata dan telinga KPDNKK di samping mewujudkan masyarakat pengguna yang sedar akan hak-hak mereka.

Pengerusi GPS Universiti Malaysia Sabah (UMS), Resty Ratty Anak Duka, 22, berkata, sebelum MR1M diperkenalkan di universiti berkenaan, pelajar terpaksa membelanjakan antara RM6 hingga RM8 untuk set

makan tengahari.“Namun dengan adanya MR1M,

kami bukan saja dapat berjimat malah dapat mrmprtunyukksn masa makan lebih singkat kerana tidak perlu keluar dari kawasan kampus untuk mencari premis makanan lebih murah,” katanya.

Ahli Jawatankuasa GPS Unimas, Monira Lasikan, 22, mencadangkan pe nye r t a an M R1M t e r u s diperbanyakkan lagi di sesebuah universiti supaya wujudnya persaingan sihat di kalangan pengusaha premis makanan.

“Dengan cara demikian, tidak mustahil harga pakej MR1M yang ditentukan itu mampu turun pada kadar yang lebih rendah kerana pengusaha premis makanan ingin bersaing memastikan lebih ramai pelanggan datang ke kedai mereka,” katanya.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Muhammad Saufi Abdullah, 21, berkata, MR1M yang disediakan di kafetaria Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan menawarkan menu makanan pada kualiti dan sajian ala hotel.

“Banyak pilihan makanan bagi set MR1M untuk sarapan pagi termasuk nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, bihun, roti canai dan bubur nasi yang ditawarkan pada harga RM2 berserta kopi ‘O’ atau teh ‘O’,” katanya.

Menurutnya, MR1M di IPTA dan IPTS perlu diperluaskan sehingga ke pakej makan malam kerana ramai pelajar di IPT yang tinggal di dalam kampus memerlukan sajian makan malam pada harga rendah.

PROGRAM MR1M mendapat pujian Najib sewaktu menikmati hidangan berkenaan di sebuah restoran baru-baru ini.

KHAMIS 31 MEI 2012 UTUSAN MALAYSIA

2,000 restoran sertai MR1M

NAJIB dan Ismail Sabri sempat beramah mesra

dengan pelajar Universiti Malaya ketika meluangkan

masa mencuba MRIM di kafetaria universiti

berkenaan akhir tahun lalu.

Page 3: MyRakyat Mei 2012

KHAMIS 31 MEI 2012 UTUSAN MALAYSIA

3Berita Korporat

BANK Rakyat terus kekal berdaya saing dalam industri perbankan dengan memperluaskan sistem

pajak gadai Islam, Ar-Rahnu X’change melalui sistem francais. Ciri produk yang telus dan adil serta bebas dari unsur riba, ia semakin mendapat sambutan yang luas.

Selaras melebarkan rangkaian operasinya di pasaran tempatan, Ar-Rahnu X’change membuka francais terbarunya di Meru, Klang dan Bandar Darulaman Jaya, Jitra, masing-masing pada 10 dan 16 Mei lalu, sekali gus menjadikannya rangkaian Ar-Rahnu X’change ke-28 dan 29 di seluruh negara.

Paling menarik, biarpun hanya baru seminggu beroperasi, Ar-Rahnu X’change Meru yang diuruskan oleh Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS) mendapat sambutan memberangsangkan dar ipada pelanggan dan penduduk setempat.

Pengurus Besar Kewangan dan Operasi KOWAMAS, Siti Shaharatulfazzah Mohd Saad berkata, kebanyakan pelanggan yang berurusan dengan Ar-Rahnu X’change adalah pelanggan baru yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai produk Ar-Rahnu.

“Soalan lazim yang sering diutarakan pelanggan ialah mengenai kadar upah dan jumlah pembiayaan yang boleh dikeluarkan iaitu 65% daripada nilai marhun semasa.”

“Pelanggan yang berurusan buat kali pertama terus memutuskan untuk membuat gadaian dan lebih membanggakan kami ialah golongan pelanggan ini terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Siti Shaharatulfazzah, antara sebab utama mendorong orang ramai meminati produk Ar-Rahnu ialah wujudnya ketelusan dalam urusan gadaian. Ini kerana penilaian barang kemas dilakukan di hadapan penggadai.

“Malah, pembiayaan yang diberi tidak dikenakan faedah, sebaliknya mereka hanya dikenakan caj upah simpan yang minimum.

“Ket ika berurusan , kami menjelaskan kepada pelanggan bahawa sekiranya mereka tidak berkemampuan membayar balik jumlah pembiayaan termasuk upah simpan apabila tamat tempoh perjanjian, mereka akan dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dilelong melalui notis makluman sebanyak empat kali dalam tempoh satu setengah bulan.

“Jika harga lelong melebihi baki pembiayaan, lebihan tersebut akan dikembalikan kepada penggadai dan nilai emas yang digadai di Ar-Rahnu X’change adalah mengikut harga emas semasa di pasaran,” katanya.

Siti Shaharatulfazzah berkata,

jalinan kerjasama erat dengan Bank Rakyat bukanlah suatu perkara baru bagi KOWAMAS kerana ia sudah dipraktikkan dalam perniagaan teras KOWAMAS.

Malah, untuk menggerakkan operasi Ar-Rahnu X’change di Meru, Bank Rakyat melalui anak syarikatnya Rakyat Management Services Sdn Bhd memberi sokongan padu dalam membantu memantau operasi dan sistem teknikal di premis terbabit.

Pembukaan Ar-Rahnu X’change di

Meru menjadikannya rangkaian francais ke enam milik KOWAMAS selain di Kota Bharu, Johor Bahru, Ipoh, Bangi dan Bandar Seri Permaisuri, Cheras.

“KOWAMAS mensasarkan keuntungan kira-kira RM1 juta bagi setiap cawangan Ar-Rahnu X’change apabila perniagaan ini mencapai

tahap kematangannya,” jelas Siti Shaharatulfazzah.

Dalam pada itu, Ar-Rahnu X’change di Bandar Darulaman Jaya yang dikendalikan oleh Koperasi Ilham Kedah Berhad berjaya mencatat jumlah pengeluaran pembiayaan di luar jangkaan.

Pengurusnya, Mohd. Affwan Izam Romli berkata, sambutan baik yang diterima itu adalah berdasarkan cara pengendalian urus niaga Ar-Rahnu yang jelas memberi kesaksamaan dan keadilan kepada semua pihak.

“Di s in i , k ami sent i a s a mementingkan kepuasan pelanggan, perkhidmatan mesra dan telus bermula dari awal urus niaga seperti menimbang berat emas hingga ke proses pengeluaran pembiayaan.

Proses penilaian dilakukan di hadapan pelanggan dan simpanan dijamin selamat, malah pelanggan juga tak perlu risau kerana simpanan dilindungi insurans selain premis sentiasa dikawal oleh pengawal keselamatan,” katanya.

Mohd Affwan berkata, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran jumlah pinjaman mencecah RM600,000 setahun menerusi operasi francais Ar-Rahnu X’change berkenaan.

Francais Ar-Rahnu X’change raih sambutan pelanggan baru

Info Cawangan Ar-Rahnu X change

Meru

No.15, Jalan Batu 6, Pekan Meru (KU-8),

Daerah Klang, Klang Utara, 41050 Klang, Selangor

Telefon: 03-3392 1777

Faksimili: 03-3392 1757

Bandar darulaMan

Jaya

No.10, Bandar Darulaman Jaya,

06000 Jitra, Kedah

Telefon: 04-9188814

Faksimili: 04-9188813

MOHD AffwAN menunjukkan premis Ar-Rahnu X’change cawangan Bandar Darulaman Jaya yang baru dibuka.

wARGA kerja Ar-Rahnu X’change Meru melayani pertanyaan pelanggan.

Page 4: MyRakyat Mei 2012

Berita Korporat4 KHAMIS 31 MEI 2012 UTUSAN MALAYSIA

KEMPEN Jom Simpan & Menang! anjuran Bank Rakyat yang bermula dari 1 Mei hingga

30 November mendapat sambutan hangat daripada sekolah angkat bank berkenaan.

Menerusi penyertaan terbuka untuk kategori sekolah rendah dan menengah yang dipilih menjadi Sekolah Angkat Bank Rakyat, tidak hairanlah kehadiran wakil bank berkenaan di sekolah terbabit sentiasa disambut dengan rasa teruja.

S e t i a p p e l a j a r dilihat menanam tekad un t uk me n abung melepasi simpanan minimum RM1,000 bagi melayakkan diri memenangi hadiah yang ditawarkan. Perkara sama turut diimpikan pihak sekolah yang akan mendapat imbalannya menerusi tabungan tertinggi pelajar.

Bagi murid dan warga guru Sekolah Kebang s a an (SK) Kampung Jawa, Klang, Selangor, Bank Rakyat bukanlah asing kepada mereka. Ini kerana dianggarkan kira-kira 500 daripada keseluruhan 970 pelajarnya sudah pun memiliki Akaun Simpanan-i Nuri.

Menurut guru besarnya, Syed Sharapudin Syed Yahaya, berikutan keaktifan murid-muridnya menabung di Bank Rakyat, maka pada awal 2011 sekolah berkenaan berjaya memasuki

senarai enam sekolah angkat Bank Rakyat Cawangan Bandar Baru Klang.

M a l a h , l e b i h m e m b a n g g a k a n pihak sekolah lagi ialah apabila turut terpilih menyertai Kempen Jom Simpan & Menang.

“Minat murid-murid kami terhadap kempen ini semakin baik. Ini berikutan komitmen pihak bank yang memberi hadiah kepada murid setiap kali menabung.

“Di sekolah ini ada murid yang menyimpan sehingga RM2 ,0 0 0 da l am Akaun Simpanan-i Nuri. Sebab itu saya yakin usaha Bank Rakyat menggalakkan pelajar menabung patut dialu-alukan,” katanya.

Sempena Kempen Jom Simpan & Menang!, Syed Sharapudin dan Mohd Syeddan secara simbolik menyempurnakan kempen berkenaan di pekarangan

tapak perhimpunan sekolah dengan tema `Semarakkan Budaya Menabung’ sambil disertai kira-kira 30 murid sekolah berkenaan.

Mohd . Shar apud in berkata, pihaknya menaruh keyakinan tinggi untuk merebu t kedudukan terbaik dalam kempen yang menawarkan hadiah yang agak lumayan itu.

Dalam pada itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, KM11, Jalan Gombak, Ngaedah Saleh, 58, berkata, pihaknya akan menggerakkan secara agresif kempen Jom Simpan & Menang! tersebut sebaik sahaja sesi persekolahan penggal kedua kembali pada 11 Jun ini.

“Pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka dan akan menjemput Bank Rakyat membuka kaunter di pekarangan sekolah untuk menarik penyer taan pelajar menerusi ibu bapa mereka menabung dalam kempen ini,” katanya.

Bank Rakyat turut menyumbang kepada kebajikan sekolahnya termasuk bantuan RM15,000 dalam melengkapkan bahan pembelajaran termasuk makmal komputer, naskhah Al-Quran dan menambahbaik surau sekolah, Ngaedah berkata, inisiatif

Bank Rakyat menggerakkan kempen sedemikian adalah satu usaha yang baik untuk perkembangan akademik dan sahsiah pelajar.

“Pada Februari tahun ini Bank Rakyat turut menyalurkan sumbangan zakat kepada 140 murid-murid sekolah ini. Komitmen Bank Rakyat dalam

tanggungjawab sosial korporat (CSR) memang tidak boleh dipertikaikan,” katanya.

Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu adalah sekolah angkat ketiga Cawangan Bank Rakyat Selayang selepas Sekolah Menengah Ideal Height dan Sekolah Menengah Hill Crest di ibu negara.

SYED SHARAPUDIN menerima bahan promosi kempen manakala Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) SK Sungai Pusu, Mohd Yazid Mohidin menerima tabung dan buku Akaun Simpanan-i Nuri daripada wakil Bank Rakyat.

SYED SHARAPUDIN

NgAEDAH

`Demam’ Kempen Jom Simpan & Menang!

Landa SK Kampung Jawa, Sungai Pusu

Landa SK Kampung Jawa, Sungai Pusu

Page 5: MyRakyat Mei 2012

5Berita KorporatKHAMIS 31 MEI 2012 UTUSAN MALAYSIA

SUMBANGAN… Sejajar melaksanakan tanggungjawab sosial korporat, Bank Rakyat menyumbangkan sebuah mesin fotostat bernilai kira-kira RM2,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Selasih, Kulim, Kedah.

Ia bertujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar kelas pendidikan khas di sekolah berkenaan. Sumbangan disampaikan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Kulim, Mohd Salleh Talib kepada Pengetua SMK Taman Selasih, Zulkifli Mohamed.

Menurut Mohd Salleh,

Bank Rakyat sent i asa m e m a s t i k a n a s p e k pembangunan pendidikan turut menjadi sebahagian dar ipada per ancangan dan penekanan dalam melaksanakan tanggungjawab korporatnya.

Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu kemudahan mes in fo tos t a t amat diperlukan bagi memudahkan guru menyediakan bahan pengajaran yang khusus untuk pelajar pendidikan khas.

Sehingga kini terdapat 54 pelajar pendidikan khas yang ditempatkan dalam lapan kelas di SMK Taman Selasih.

Bank Rakyat komited penjagaan alam sekitar

PRIHATIN... Warga kerja Bank Rakyat melaksanakan aktiviti pembersihan

pantai.

KOMITMEN Bank Rakyat dalam program pembersihan pantai dan kesedaran alam sekitar

diteruskan di Pantai Tanjung Biru, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 31 Mac lalu.

Pada program berkenaan , Bank Rakyat bekerjasama dengan Braveheart Adventura Enterprise untuk menggerakkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) tersebut. Ini adalah inisiatif kali ke empat Bank Rakyat sejak 2010. Program pembersihan pantai dan kesedaran alam sekitar sebelum ini diadakan di Taman Laut Pulau Redang dan Pulau Perhentian (Terengganu), Pulau Tioman (Pahang) dan Pulau Kuraman (Labuan).

Page 6: MyRakyat Mei 2012

KHAMIS 31 MEI 2012 UTUSAN MALAYSIA

Koperasi dan Keusahawanan6

KOPERASI Celcom Berhad (KOPCEL) akan terus meningkatkan daya usaha mengembangkan

perkhidmatan kredit untuk ahli, terutama kepada 1,500 anggotanya yang aktif.

S e j a k d i t u b u h k a n pada Januari 1994, teras perkhidmatan itu menjadi p e n y u m b a n g u t a m a pendapatan koperasi menerusi komisen bank melibatkan penyertaan hampir 70 peratus ahli dengan aktiviti pembiayaan setakat ini mencecah RM20 juta.

Pengerusi KOPCEL , Mohd. Mudasir Abdullah berkata, pihaknya ketika i n i sed ang berus aha memohon peruntukan dana semaksimum RM2 juta dari Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menerusi dana ini, KOPCEL yakin mampu memberi kemudahan perkhidmatan kredit yang lebih baik untuk ahlinya dari segi kadar faedah yang rendah.

“Dengan dana ini juga koperasi bercita-cita mahu memberi dividen lebih tinggi berbanding kadar 3.2 peratus sebelum ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mohd. Mudasir berkata, KOPCEL dilantik sebagai Panel Bestari Bank Rakyat pada 24 April 2008 bagi menguruskan potongan gaji kakitangan Celcom yang membuat pembiayaan di Bank Rakyat.

Menerusi skim ini, Bank Rakyat menawarkan Pembiayaan Peribadi-i

1Aslah, Perumahan-i Manzili, Sewa beli kenderaan-i Naqlu dan Pendidikan-i Falah kepada warga kerja Celcom yang layak.

“Kedai serbaneka KOPCEL di Menara Celcom, Kuala Lumpur juga terbabit

dengan program Transformasi Kedai Runcit (Tukar) di atas penjenamaan kedai serbaneka COOP Mart,” jelas Mohd Mudasir.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kad COOP tanpa cip mula diperuntukkan koperasi kepada 500 anggotanya selepas KOPCEL dilantik sebagai Rakan Dagang Kad COOP Bank Rakyat pada 10 Jun 2011 sekali gus membolehkan pemegang kad terbabit memperolehi diskaun lima peratus bagi

pembelian produk di kedai serbaneka itu.

M e n g e n a i u s a h a mengembangkan produk makanan KOPCEL best iaitu pes Asam Pedas Johor, Pes Mee Bandung Muar, Nasi Kurzi Johor dan Nasi Beriani Darat , Mohd. Mudasir berkata, pihaknya masih di peringkat percubaan dalam menilai strategi pemasaran. Ini termasuk memberi tumpuan pemasaran produk ke luar negara yang memerlukan penelitian semula ke atas terma-termanya.

“Ketika ini empat produk berkenaan dijual di lapan pasar raya besar dan premis Halal Mart,” katanya.

BERBEKALKAN modal hanya RM3,500 dan dibantu tujuh pekerja ketika memulakan perniagaan lebih 30 tahun lalu, kini Era Edar Marketing Sdn Bhd muncul antara syarikat pemasaran makanan kesihatan berjaya di negara ini.

Syarikat yang dimiliki Kumpulan Syarikat Dr. Azizan (KUSDA) itu terus

berkembang menerusi pengeluaran 50 rangkaian produknya, disokong 11 pusat khidmat dan 299 cawangan dengan kira-kira 110,000

ahli berdaftar di seluruh negara.Ketua Pegawai Eksekutif KUSDA, Prof. Dr.

Hamsiah Ismail, 57, berkata, perniagaannya bermula dengan klinik homeopati yang diusahakan oleh Allahyarham suaminya, Prof. Dr. Azizan Ismail pada 1981 bagi menyediakan rawatan homeopati membantu masyarakat yang menghadapi masalah kesihatan.

Seterusnya, syarikat Era Edar Sdn Bhd ditubuhkan pada 1991 untuk menghasilkan empat produk makanan kesihatan iaitu Salindah (untuk ibu bersalin), Examo CKM500 (makanan menguatkan minda), Growell (makanan bayi) dan

Jitra Teablet (teh herba). Menurut Hamsiah, sambutan

terhadap produk tersebut begitu menggalakkan khususnya Examo CKM500 apabila ia didapati berkesan mengatasi masalah dalam kalangan pelajar yang malas belajar, lambat

bercakap dan sindrom down.Selaras perkembangan semasa, maka pada 13 Disember 1999 mereka menubuhkan Era Edar Marketing

Sdn Bhd dan kaedah pemasaran diubah daripada

sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kepada pemasaran satu aras bagi memudahkan pengurusan.

Berkat kegigihan melaksanakan konsep halalan toyyiba, kini lebih 1.92 juta unit Examo CKM500 sudah terjual kepada lebih 100,000 pelanggan setia.

Antara produk lain yang turut dihasilkan termasuk Bio-Lac, Intel-Lac, Nadya Diafood, Gastro-Lac, Biofiber, Teh Tarik Tudya, Rasko Tamara dan barangan kosmetik serta kecantikan bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei.

Operasi penghasilan ubatan dan produk kosmetik tersebut turut mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 sejak 11 tahun lalu dengan bekalan bahan pengeluaran diperolehi dari dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, Hamsiah berkata Era Edar Marketing turut aktif sebagai rakan strategik Kelab Nuri dan sering diberi peluang terbabit dalam program seperti karnival dan aktiviti promosi perniagaan yang dianjurkan oleh Bank Rakyat.

“Sikap pengurusan dan warga kerjanya yang profesional, peramah dan bersedia memberi layanan yang baik memang cukup membanggakan,” katanya.

Halalan toyyiba pemangkin kejayaan Era Edar Marketing

KOPCEL Panel Bestari Bank Rakyat

HAMSIAH menunjukkan beberapa produk keluaran Era Edar yang boleh didapati di kedainya di Bandar Darulaman, Jitra.

SEBAHAGIAN pes masakan dan produk makanan keluaran KOPCEL.

MOHD. MUDASIr

EXAMO CKM500 antara

produk keluaran Era Edar Marketing yang mendapat sambutan

menggalakkan.

Page 7: MyRakyat Mei 2012

7Kepenggunaan

PENCALONAN Anugerah Kedai Pi l ihan Rakyat 1Malaysia (AKPR1M) kini

boleh dibuat mulai 27 Mac 2012 dengan mengisi borang pencalonan yang boleh diperolehi di bahagian Urusetia Anugerah Kedai Harga Patut, Bahagian Pembangunan Pern i ag aan , Kementer i an Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). Alternatif capaian borang itu juga boleh dibuat melalui www.1pengguna.com dan facebook kementerian berkenaan.

Menurut portal KPDNKK, AKPR1M yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah Kedai Harga Patut telah dilaksanakan buat pertama kali pada 2003.

Ia susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 November 2002 supaya kedai yang menjual barangan tarikan pelancong pada harga berpatutan harus mempamerkan logo ‘Kedai Harga Patut’.

Langkah itu bertujuan untuk menarik para pelancong bagi mengunjungi kedai berkenaan.

Bagaimanapun, bermula 2010, Jawatankuasa Anugerah telah membuat beberapa pindaan kepada format pelaksanaan anugerah ini bertujuan memberikan lebih banyak

pilihan kepada pengguna untuk membeli-belah dengan memilih kedai yang menawarkan harga barangan yang berpatutan dan perkhidmatan yang baik kepada mereka.

Kumpulan sasaran juga tidak hanya tertumpu kepada pelancong luar negara semata-mata tetapi turut menrangkumi pengguna dan pelancong tempatan.

Antara lain objektif AKPR1M bertujuan mengiktiraf premis

perniagaan yang menjual barangan dengan harga berpatutan serta kompetitif dan mempunyai sistem perniagaan runcit yang menjamin kualiti barangan, perkhidmatan jualan dan etika perniagaan.

Pada masa sama, ia bertujuan mempromosi premis perniagaan yang menawarkan barangan dan perkhidmatan jualan berkualiti pada harga yang berpatutan dan kompetitif.

Peluang calon kedai pilihan rakyat

INFOGRAFIK

DEFINISIlKedai Pilihan Rakyat 1Malaysia ialah premis

perniagaan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti

barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

TUJUANlProgram ini dilaksanakan bertujuan untuk

mengenalpasti, menilai dan mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan pada harga yang berpatutan dan berdaya saing setanding dengan kualiti

barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan.

OBJEKTIFProgram ini menggariskan beberapa

objektif bagi mencapai impak positif terhadap kestabilan ekonomi negara iaitu:

1. Menggalakkan wujudnya premis perniagaan yang menjual barangan yang menjadi pilihan pengguna dengan harga yang berpatutan dan kompetitif tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan.

2. Mengiktiraf premis perniagaan yang menjual barangan dengan harga berpatutan serta kompetitif dan mempunyai sistem perniagaan runcit yang menjamin kualiti barangan, perkhidmatan jualan dan

etika perniagaan.3. Mempromosi premis perniagaan yang

menawarkan barangan dan perkhidmatan jualan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan kompetitif.

4. Meningkatkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan pusat membeli-belah yang mesra pelanggan dan berdaya saing.

Penyertaan dibuka di seluruh negara kepada premis perniagaan yang menjual barangan mengikut kategori berikut: JENIS PERNIAGAAN1. Barangan Pengguna Kedai Runcit > Mini Market > Kedai

Serbaguna > Kiosk > Pinggan mangkuk > Perabot

2. Makanan Gerai Makan > Restoran > Kopitiam >

Rangkaian Francais Makanan > Restoran Hotel > Kedai kek dan bakeri

3. Ketrampilan Tekstil > Pakaian > Kasut > Beg tangan

> Minyak wangi > Jam > Cermin Mata > Produk Kecantikan > Produk Kesihatan

Spa > Barangan Kemas dan Aksesori4. Gajet Komputer dan Aksesori > Kamera dan

Aksesori > Telefon dan Aksesori > GPS > Aksesori Kenderaan > Peralatan Elektrik dan Elektronik > Perisian

5. Informasi Kedai Buku dan Majalah > Kedai Alat Tulis >

Kedai Cakera Optik > Perisian Kandungan (e-Book / e-Tution/ e-Learning)

6. Pasar raya Pasaraya > Departmental Store

KATEGORI PENYERTAAN

>> Sebarang pertanyaan mengenai AKPR1M boleh hubungi Urusetia Anugerah Kedai Harga Patut, Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Aras 5 (Menara), No.13, Persiaran Perdana Presint 262623 Putrajaya atau telefon 03-8882 6203 / faksimili 03-8882 5826.

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), Datuk Daud Tahir menekan bebola kaca melancarkan Sistem Undian Awam pemilihan AKPR1M.

ISMAIL SABRI

melihat sistem undian

AKPR1M dalam

komputer riba.

KHAMIS 31 MEI 2012 UTUSAN MALAYSIA

Page 8: MyRakyat Mei 2012

Koperasi8

Selaras Konsep rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, suruhanjaya

Koperasi Malaysia (sKM) sentiasa komited da lam member ikan perkhidmatan yang cemerlang kepada gerakan koperasi.

Warga kerja sKM menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan gerakan koperasi terus kukuh, berdaya saing, progresif, berintegriti serta berada di landasan yang betul untuk memartabatkan gerakan koperasi ke arah kecermerlangan di samping menyumbang kepada pembangunan negara.

Perkembangan dan prestasi koperasi pada masa ini banyak dipengaruhi oleh perubahan ekonomi, politik dan persekitaran yang semakin kompleks. Ia menuntut kepada pelaksanaan dan pemantauan undang-undang yang berterusan bagi meningkatkan kecekapan dan integriti di kalangan koperasi.

Walaupun tindakan perundangan melalui penguatkuasaan akta dan Peraturan yang ketat boleh menghalang kreativiti dan inovasi pengurusan koperasi bagi menjana pendapatan, tetapi perlu diingat bahawa dalam masa yang sama jika dibiarkan, kreativiti dan inovasi tanpa kawalan juga akan memusnahkan pasaran dan gerakan koperasi.

sebagai satu-satunya badan yang diamanahkan untuk menyelia koperasi, sKM menjalankan penyeliaan secara menyeluruh terhadap koperasi iaitu membuat penilaian dari aspek perundangan dan akauntabiliti pengurusan.

P e n g u r u s a n k o p e r a s i bertanggungjawab memastikan agar rekod kewangannya dapat diaudit dan dibentangkan pada mesyuarat agung tahunannya. seksyen 58 dan 59, akta Koperasi 1993 memperuntukkan supaya pengurusan wajib berbuat demikian. sKM menetapkan bahawa bilangan koperasi yang dapat diaudit ini melebihi 85 peratus.

Justeru, sKM mengambil pendekatan turun padang untuk membantu menyelesaikan isu rekod kewangan koperasi yang tertangguh. Inisiatif lain yang turut diambil oleh sKM iaitu menganjurkan program klinik akaun dan menjalinkan kerjasama dengan angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (aNGKasa) melalui program pra-audit yang dilhat berjaya membantu koperasi mengatasi masalah terbabit.

Tugas dan tanggungjawab berkenaan terletak bawah program kawal selia yang dilaksanakan oleh Bahagian audit Koperasi yang mengendalikan urusan pengauditan dan perakaunan koperasi.

antara objektif Bahagian audit Koperasi ialah mewujudkan sistem perakaunan yang seragam dan teratur serta pengurusan kewangan yang cekap bagi pergerakan koperasi. Bahagian ini juga akan memastikan pelaksanaan proses pengauditan yang berkesan dan kemaskini ke atas akaun koperasi serta memberi pandangan sKM ke atas akaun yang diaudit.

Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, beberapa perkhidmatan dilaksanakan seperti memberi pandangan suruhanjaya ke atas akaun

koperasi, mengeluarkan Panduan audit dan akaun, memberi kelulusan mengaudit akaun koperasi kepada Juruaudit luar, menjalankan audit berkanun yang dilaksanakan oleh sKM Ibu Pejabat dan juga Negeri ke atas akaun koperasi, memproses permohonan bayaran dividen melebihi 10% dan bayaran honorarium.

Bahagian audit Koperasi turut menjalankan fungsinya dalam mengurus dan memantau hasil Fi audit suruhanjaya, Kumpulan Wang amanah Pendidikan Koperasi, Kumpulan Wang amanah Pembangunan Koperasi dan juga mengurus akaun Pelikuidasian dan akaun Kumpulan Wang Pusat Koperasi.

aktiviti pemantauan audit ini

memberi kesan baik kepada pengurusan kewangan dan perakaunan koperasi. Malah, menjelang 2013, berdasarkan Dasar Koperasi Negara 2011-2020, sKM mensasarkan 90 peratus daripada bilangan koperasi akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Mesyuarat agung tahunan merupakan komponen utama dalam pengurusan sesebuah koperasi.

Bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap gerakan koperasi, sKM sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti secara berterusan supaya koperasi yang didaftarkan dapat mencapai tujuan penubuhannya dan pada masa sama berjalan mengikut lunas undang-undang dan peraturan.

Rekod kewangan koperasi perlu sentiasa dikemaskini

PESERTA program taklimat peraturan dan garis panduan penyeliaan koperasi tekun mendengar penerangan.

KHAMIS 31 MEI 2012 UTUSAN MALAYSIA

Inisiatif lain yang turut diambil oleh SKM iaitu menganjurkan program klinik akaun dan menjalinkan kerjasama dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) melalui program pra-audit yang dilhat berjaya membantu koperasi mengatasi masalah terbabit