citra mampu mei

8
CITRA MAMPU EDISI 5 MEI 2016 U nit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Perubahan Enterprise Architecture Sektor Awam (1GovEA) Siri 1 pada 5, 6, 9 dan 23 Mei 2016 di Bilik Serbaguna 1 & 3, Aras 3, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Bengkel ini melibatkan 105 orang pegawai yang merupakan wakil daripada setiap kementerian yang bertanggungjawab terhadap transformasi proses bisnes kementerian serta penjajaran bisnes dan ICT kementerian. Pegawai-pegawai yang menghadiri bengkel ini kemudiannya dipecahkan mengikut sektor iaitu Kumpulan 1 (Sosial) pada 5 Mei 2016, Kumpulan 2 (Keselamatan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) pada 6 Mei 2016, Kumpulan 3 (Perkhidmatan Awam, Ekonomi dan Industri) pada 9 Mei 2016 dan Kumpulan 4 (Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri) pada 23 Mei 2016. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman terhadap inisiatif MAMPU ke arah “Memacu Transformasi Kerajaan Digital melalui Enterprise Architecture (EA)” di sektor awam. Objektif utama bengkel ini adalah memberikan kesedaran pelaksanaan EA sektor awam bagi mentransformasikan perkhidmatan kerajaan ke arah menyediakan perkhidmatan digital bersepadu. Sesi bengkel ini dibahagikan kepada aktiviti-aktiviti berikut: y Pembentangan pertama disampaikan oleh YBrs. Dr. Fazidah binti Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT, MAMPU, merangkap Pengurus Projek 1GovEA dengan tajuk “Aspirasi Ke Arah Perkhidmatan Digital Bersepadu Sektor Awam”. y Pembentangan kedua disampaikan oleh En. Hassan Ganny, Chief Enterprise Architect dengan tajuk “Memacu Transformasi Kerajaan Digital di Sektor Awam Berpandukan Kerangka 1GovEA”. y Perbincangan dan pembentangan mengikut kumpulan yang memfokuskan kepada mentransformasikan perkhidmatan kerajaan berpaksikan rakyat dan kolaboratif antara agensi. BENGKEL PENGURUSAN PERUBAHAN ENTERPRISE ARCHITECTURE SEKTOR AWAM (1GovEA) SIRI 1 Oleh: Pejabat Pengurusan Projek 1GovEA Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT Pemerhatian pasukan projek 1GovEA mendapati kesemua peserta memahami tujuan, konsep dan kepentingan pelaksanaan EA di sektor awam dalam memudah cara transformasi perkhidmatan kerajaan ke arah perkhidmatan digital bersepadu yang menjadi elemen penting Kerajaan Digital. Pemerhatian ini diperoleh hasil daripada sesi perbincangan peserta dalam mencadangkan penyelesaian kepada masalah perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. Penyelesaian masalah perkhidmatan yang dicadangkan oleh peserta bengkel menunjukkan keperluan terhadap kolaborasi antara agensi terutama perkongsian penyampaian perkhidmatan dan data merentasi agensi. Peningkatan keupayaan dan kompetensi peserta dan kesediaan agensi dalam menyediakan perkhidmatan merentasi fungsi agensi turut dibincangkan bagi memastikan pelaksanaan EA di sektor awam tercapai. 1

Upload: lyque

Post on 09-Dec-2016

293 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: citra mampu mei

CITRA MAMPU EDISI 5 MEI 2016

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan

Perubahan Enterprise Architecture Sektor Awam (1GovEA) Siri 1 pada 5, 6, 9 dan 23 Mei 2016 di Bilik Serbaguna 1 & 3, Aras 3, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Bengkel ini melibatkan 105 orang pegawai yang merupakan wakil daripada setiap kementerian yang bertanggungjawab terhadap transformasi proses bisnes kementerian serta penjajaran bisnes dan ICT kementerian. Pegawai-pegawai yang menghadiri bengkel ini kemudiannya dipecahkan mengikut sektor iaitu Kumpulan 1 (Sosial) pada 5 Mei 2016, Kumpulan 2 (Keselamatan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam) pada 6 Mei 2016, Kumpulan 3 (Perkhidmatan Awam, Ekonomi dan Industri) pada 9 Mei 2016 dan Kumpulan 4 (Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri) pada 23 Mei 2016.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan pemahaman terhadap inisiatif MAMPU ke arah “Memacu Transformasi Kerajaan Digital melalui Enterprise Architecture (EA)” di sektor awam. Objektif utama bengkel ini adalah memberikan kesedaran pelaksanaan EA sektor awam bagi mentransformasikan perkhidmatan kerajaan ke arah menyediakan perkhidmatan digital bersepadu.

Sesi bengkel ini dibahagikan kepada aktiviti-aktiviti berikut:

y Pembentangan pertama disampaikan oleh YBrs. Dr. Fazidah binti Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT, MAMPU, merangkap Pengurus Projek 1GovEA dengan tajuk “Aspirasi Ke Arah Perkhidmatan Digital Bersepadu Sektor Awam”.

y Pembentangan kedua disampaikan oleh En. Hassan Ganny, Chief Enterprise Architect dengan tajuk “Memacu Transformasi Kerajaan Digital di Sektor Awam Berpandukan Kerangka 1GovEA”.

y Perbincangan dan pembentangan mengikut kumpulan yang memfokuskan kepada mentransformasikan perkhidmatan kerajaan berpaksikan rakyat dan kolaboratif antara agensi.

BENGKEL PENGURUSAN PERUBAHAN ENTERPRISE ARCHITECTURE SEKTOR AWAM (1GovEA) SIRI 1

Oleh: Pejabat Pengurusan Projek 1GovEA Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT

Pemerhatian pasukan projek 1GovEA mendapati kesemua peserta memahami tujuan, konsep dan kepentingan pelaksanaan EA di sektor awam dalam memudah cara transformasi perkhidmatan kerajaan ke arah perkhidmatan digital bersepadu yang menjadi elemen penting Kerajaan Digital. Pemerhatian ini diperoleh hasil daripada sesi perbincangan peserta dalam mencadangkan penyelesaian kepada masalah perkhidmatan yang berpaksikan rakyat.

Penyelesaian masalah perkhidmatan yang dicadangkan oleh peserta bengkel menunjukkan keperluan terhadap kolaborasi antara agensi terutama perkongsian penyampaian perkhidmatan dan data merentasi agensi. Peningkatan keupayaan dan kompetensi peserta dan kesediaan agensi dalam menyediakan perkhidmatan merentasi fungsi agensi turut dibincangkan bagi memastikan pelaksanaan EA di sektor awam tercapai.

1

Page 2: citra mampu mei

PROGRAM #FIT

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)MAMPU TAHUN 2016M ini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)

MAMPU telah diadakan pada 18 Mei 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Objektif Mini Konvensyen KIK MAMPU adalah untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga MAMPU yang terlibat dengan projek KIK, dan seterusnya memberi peluang kepada kumpulan KIK untuk mempersembahkan idea-idea penghasilan mereka untuk dikongsi bersama-sama seluruh warga MAMPU. Pemenang Konvensyen KIK MAMPU juga akan mewakili MAMPU ke peringkat yang lebih tinggi.

Mini Konvensyen KIK MAMPU telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Aizi Razman bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (TPP). Tiga orang panel hakim telah dijemput khas iaitu Tuan Haji Hussaini bin Morid, dari QKM Consults Sdn Bhd, selaku Ketua Hakim, Encik Hasrizal bin Bakar dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan juga Tuan Haji Mohd Tahir bin Mohamad Abd Kapi, selaku panel hakim yang dilantik.

Terdapat tiga kumpulan yang menyertai Mini Konvesyen KIK MAMPU yang melibatkan tiga Bahagian iaitu Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT (kumpulan C.I.A), MAMPU Sarawak (kumpulan Rentap 2015) dan Bahagian 1MOCC (kumpulan The Inventors). Pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan The Inventors, tempat kedua pasukan Rentap 2015 dan seterusnya pasukan C.I.A. Pasukan The Inventors seterusnya dipilih untuk mewakili MAMPU ke Konvesyen KIK Jabatan Perdana Menteri yang dijadualkan pada 9 Ogos 2016.

P rogram #fit@MAMPU bersama TV Al Hijrah telah diadakan pada 8 Mei 2016 bertempat di Dewan Tertutup INSPEN, Institut

Penilaian Negara, Kajang. Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Promosi MAMPU Tahun 2016 yang menekankan mengenai kerjasama strategik MAMPU dengan media tempatan.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU dan Ketua Pegawai Operasi TV Al Hijrah, YBrs. Dr. Abu Bakar Sarpon serta 150 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai MAMPU dan TV Al Hijrah.

Tujuan program ini dijalankan adalah bukan sahaja untuk memupuk semangat muhibah, persefahaman dan keharmonian dalam kalangan pegawai, tetapi juga untuk menanamkan budaya hidup yang sihat dan cergas melalui aktiviti sukan dan

riadah. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Ketua Pengarah MAMPU melalui slot sepakan penalti yang telah menerjah jaring dengan jayanya.

Seterusnya, slot senamrobik telah dijalankan selama 30 minit yang bertujuan menjadi pemanas badan untuk kesemua peserta. Program kemudian diteruskan dengan perlawanan persahabatan bola jaring dan futsal antara MAMPU dengan TV Al Hijrah, dan keputusannya adalah seperti yang berikut:

y Bola Jaring Wanita : MAMPU (14) TV Al Hijrah (1) y Futsal Lelaki : MAMPU (1) TV Al Hijrah (2) y Futsal Lelaki (VIP) : MAMPU (3) TV Al Hijrah (2)

Penutupan program ini telah berlangsung pada jam 11.45 pagi dengan sesi penyampaian hadiah kepada pemenang perlawanan persahabatan tersebut. Penganjuran program #fit@MAMPU Bersama TV Al Hijrah sememangnya telah berjaya mengeratkan hubungan kerjasama dan silaturrahim antara pegawai MAMPU dengan TV Al Hijrah. Melalui wadah sebegini pada masa akan datang, warga MAMPU akan berpeluang terlibat dalam pelbagai aktiviti riadah dan sukan yang dapat membentuk jati diri dalam memastikan kesihatan dan kecergasan mereka terpelihara dan terjaga.

Oleh: Siti Khadijah binti Jadam Bahagian Khidmat Pengurusan

MAMPU BERSAMA TV AL HIJRAH Oleh: Mohd Nazim bin Annas Kelab MAMPU

MINI KONVENSYEN

2

Page 3: citra mampu mei

SEMINAR PENAMBAHBAIKANGARIS PANDUAN PEROLEHAN ICT KERAJAAN 2016

Oleh: Muamillah binti Haji Anuar | Rossey Ginsawat Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menganjurkan Seminar

Penambahbaikan Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan 2016 pada 10 Mei 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Tujuan penganjuran seminar ini adalah bagi melihat secara menyeluruh isu-isu perolehan ICT sedia ada dengan mengambil kira perkara-perkara baharu seperti Halatuju Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), Perkhidmatan Independent Verification and Validation ( IV V ) dan Dasar Teknologi Hijau sejajar dengan keputusan Kementerian Kewangan untuk MAMPU melihat secara menyeluruh pindaan terhadap Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan (PK2.1 Lampiran 2.27) dengan mengambil kira isu-isu baharu pada 16 Disember 2015 lalu. Seminar ini juga bertujuan untuk memberi pencerahan berkaitan implikasi perkara-perkara yang berkaitan terhadap perolehan ICT kerajaan.

Seramai 106 orang peserta daripada beberapa agensi kerajaan terpilih dan wakil bahagian di MAMPU telah menghadiri seminar ini. Terdapat lima kertas pembentangan telah dikongsikan dalam seminar ini iaitu:

1. Government Procurement (GP) Chapter in Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) - Implications on ICT Procurement – oleh Kementerian Kewangan.

2. Dasar Teknologi Hijau dan Inisiatif Perolehan Hijau Air – oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

3. Garis Panduan Perolehan Hijau Kerajaan – oleh GreenTech Malaysia, KeTTHA.

4. Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam – oleh Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.

5. Garis Panduan dan Pelaksanaan Independent Verification and Validation ( IV V ) Sektor Awam – Bahagian Perundingan ICT, MAMPU.

Seminar yang dianjurkan ini telah berjalan dengan lancar dan maklum balas yang diterima daripada peserta adalah memuaskan. Maklum balas dan cadangan yang diutarakan semasa seminar ini membantu Pasukan Kerja Penambahbaikan Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan untuk mendapatkan input dalam penyediaan penambahbaikan Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan. Sesi taklimat ini juga membantu meningkatkan kefahaman terhadap perkara-perkara yang dititikberatkan oleh Kementerian Kewangan dalam penyediaan garis panduan ini terutama implikasi pelaksanaan TPPA.

3

Page 4: citra mampu mei

Ketua Pegawai Maklumat (CIO) memainkan peranan yang amat penting dalam mentransformasikan hala tuju

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam sesebuah organisasi. Selaras dengan peredaran era ICT pada masa kini, CIO juga turut berhadapan dengan cabaran era globalisasi ICT. Oleh yang demikian, MAMPU telah merangka dan melaksanakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan serta memodenkan penyampaian perkhidmatan kerajaan selaras dengan peranan MAMPU selaku peneraju dalam meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

Sepanjang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), kerajaan telah memulakan usaha ke arah menerapkan pendekatan keseluruhan kerajaan (whole-of-Government) dalam perkhidmatan yang ditawarkan. Dalam Bab 9 Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), 2016 – 2020, perkhidmatan kerajaan yang ditawarkan akan lebih berpaksikan rakyat serta menumpukan kepada peningkatan produktivti dan kecekapan perkhidmatan awam. Penyampaian perkhidmatan akan terus ditingkatkan dan dilaksanakan dengan lebih cepat dan tepat menerusi pendekatan kreatif dan inovatif. Antara fokus utama adalah:

1. Mempertingkatkan dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan;

2. Memanfaatkan data bagi meningkatkan outcome dan mengurangkan kos;

3. Memperluas jangkauan perkhidmatan dengan peningkatan libat urus bersama rakyat; dan

4. Meningkatkan akauntabiliti dengan memfokuskan ketelusan dan outcome.

Seiring dengan RMKe-11, Pelan Strategik ICT Sektor Awam (PSICTSA) 2016 – 2020, yang telah dikeluarkan oleh MAMPU menggariskan hala tuju strategik pelaksanaan ICT sektor awam untuk tempoh 5 tahun akan datang. Ia memberi penekanan kepada kecekapan, produktiviti dan inovasi ICT bagi tujuan mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Lima Teras Strategik ICT di bawah PSICTSA ialah perkhidmatan digital bersepadu, kerajaan berpacukan data, perkhidmatan

MESYUARAT KHASKETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) SEKTOR AWAM

Oleh : Urus Setia Mesyuarat Khas Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Bahagian Pembangunan Strategik dan Arkitektur ICT

guna sama yang optimum dan pengukuhan keselamatan siber, tadbir urus ICT yang kolaboratif dan dinamik serta modal insan yang profesional dan berkeupayaan.

Selaras dengan perkembangan tersebut, Mesyuarat Khas Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Sektor Awam telah diadakan pada 18 Mei 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Aras 17, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, Presint 5, Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah MAMPU.

Mesyuarat dihadiri oleh CIO dan Pengurus ICT daripada kementerian dan agensi barisan hadapan. Mesyuarat Khas CIO Sektor Awam menjadi platform strategik untuk menggalakkan perkongsian amalan terbaik dan kerjasama strategik dalam kalangan CIO Sektor Awam. Mesyuarat ini juga merupakan medium perkongsian maklumat amalan terbaik pelaksanaan ICT sektor awam serta berupaya meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat.

Sebanyak 5 kertas telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut iaitu:

Kertas 1 : Pelan Strategik ICT Sektor Awam 2016-2020;

Kertas 2 : Pelaksanaan Enterprise Architecture Sektor Awam (1GovEA);

Kertas 3 : Pemantauan Penyampaian Perkhidmatan Dalam Talian Sektor Awam;

Kertas 4 : Penilaian Laman Web Agensi Ke Arah Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Bertaraf Global; dan

Kertas 5 : Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA).

Hasil daripada mesyuarat ini, peranan CIO Sektor Awam dapat diperkukuhkan dalam menentukan hala tuju pelaksanaan ICT di agensi masing-masing dan turut sama merealisasikan hasrat yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan PSICTSA dalam mencapai aspirasi menjadi negara maju yang inklusif dan mampan menjelang tahun 2020.

4

Page 5: citra mampu mei

Sesi Latihan Simulasi Fire Drill bagi tahun 2016 telah dijalankan di MAMPU Cyberjaya pada 19 Mei 2016. Latihan simulasi fire

drill tersebut telah dilaksanakan dengan kerjasama antara Pasukan Tindak Balas Kecemasan MAMPU Cyberjaya (ERT Cyberjaya), Pasukan Komunikasi Krisis MAMPU (CCT MAMPU) dan Urus Setia Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT).

Latihan simulasi fire drill tersebut telah dijalankan bersekali dengan simulasi komunikasi krisis yang dikendalikan oleh Pasukan Komunikasi Krisis MAMPU. Latihan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zon Cyberjaya.

Seramai 253 orang warga MAMPU Cyberjaya termasuk para pelawat, urus setia dan pasukan Bomba telah terlibat dalam latihan simulasi fire drill pada kali ini. Latihan yang mengadaptasi senario kebakaran di Bilik Mesyuarat, Aras 1, Blok B, MAMPU Cyberjaya dimulakan pada jam 9.23 pagi dan tamat keseluruhannya pada jam 11.00 pagi.

Latihan simulasi fire drill dilaksanakan dengan objektif untuk:

y Memberikan kesedaran kepada semua warga tentang kesiapsiagaan apabila berlaku kejadian kecemasan, bencana dan sebagainya;

y Memberi pendedahan kepada semua warga mengenai laluan kecemasan serta tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kejadian kecemasan, bencana dan sebagainya;

y Menjelaskan tentang peranan Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) MAMPU serta warga MAMPU sendiri sekiranya berlaku kejadian kebakaran dan kecemasan; dan

y Dapat melindungi nyawa sekiranya kecemasan yang sebenar berlaku.

SESI LATIHAN SIMULASI FIRE DRILL DI MAMPU CYBERJAYA

Oleh: Azizi bin Salim Bahagian Khidmat Pengurusan

Secara keseluruhannya, latihan simulasi fire drill tersebut berjalan lancar. Kesemua warga MAMPU Cyberjaya, termasuk pelawat yang berada di dalam bangunan ketika latihan diadakan dapat memahami, mengetahui dan mengalami secara sendiri tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan/ bencana di dalam bangunan, khususnya bangunan pejabat Blok B, MKN Embassy Techzone, Cyberjaya yang menempatkan MAMPU Cyberjaya.

Walaupun latihan berjalan dengan lancar, warga MAMPU perlu meningkatkan tahap kesedaran berkenaan keselamatan nyawa sendiri serta bersegera ketika mengosongkan bangunan, iaitu perlu berada di Tempat Berkumpul (Assembly Point) di bawah 9 minit apabila penggera kecemasan diaktifkan.

Latihan simulasi fire drill ini telah mencapai objektif pelaksanaannya. Diharapkan dengan latihan sebegini, warga MAMPU akan menjadi lebih peka dan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi bencana atau kecemasan di bangunan pejabat, ataupun di rumah.

5

Page 6: citra mampu mei

LAWATAN DELEGASI DALAM NEGARAOleh: Nurnadia binti Zainal Abidin Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

3. MAMPU telah menerima lawatan kerja dari 19 orang pegawai Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor pada

23 Mei 2016. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut serta kriteria berkaitan Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) dan Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) yang telah disampaikan oleh Bahagian Perundingan Pengurusan 2, MAMPU.

Semasa lawatan tersebut, taklimat mengenai AIPM dan AISA telah disampaikan kepada delegasi. Hasil daripada lawatan tersebut, delegasi dari Majlis Perbandaran Pasir Gudang berhasrat untuk mengaplikasikan perkongsian ilmu berkaitan kriteria AIPM dan AISA daripada MAMPU untuk penyertaan Majlis Perbandaran Pasir Gudang bagi memantapkan lagi penyertaan mereka dalam AIPM dan AISA kelak.

1. MAMPU telah menerima lawatan kerja dari 6 orang pegawai Majlis Perbandaran Melaka Bersejarah pada

16 Mei 2016. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pusat Data Sektor Awam (PDSA) dan mendapat gambaran sebenar persekitaran, perancangan serta pengoperasian PDSA.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa lawatan kerja tersebut adalah mengenai perkhidmatan Pusat Data (DC) dan Pusat Pemulihan Bencana (DRC), penyediaan infrastruktur PDSA, penyediaan server (ICT) PDSA, pemantauan dan pengoperasian 24x7, Service Level Agreement (SLA) PDSA kepada agensi, tatacara dan prosedur permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan PDSA, serta perancangan masa hadapan PDSA.

2. P ada 20 Mei 2016, MAMPU telah menerima lawatan kerja dari 27 orang pegawai Universiti Malaysia Pahang dan

Jabatan Perangkaan Malaysia. Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bahagian Pembangunan Aplikasi, MAMPU.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan semasa lawatan kerja tersebut adalah mengenai perkhidmatan GAMMA, perkhidmatan AppGen dan Pelan Strategik ICT Sektor Awam. Hasil daripada lawatan tersebut, delegasi Universiti Malaysia Pahang dan Jabatan Perangkaan Malaysia berminat untuk menggunakan Aplikasi AppGen yang disediakan oleh MAMPU bagi agensi mereka.

6

Page 7: citra mampu mei

3. MAMPU telah menerima lawatan delegasi dari Malaysia Technical Cooperation Programme (MTCP) pada 23 Mei

2016. Lawatan ini melibatkan seramai 20 orang pegawai kanan dari Negara MTCP iaitu dari Brunei, Bangladesh, Cambodia, Myanmar, Viet Nam, Uganda dan Zimbabwe serta 3 orang pegawai dari Akedemi Audit Negara (AAN), Negeri Sembilan, dan diketuai oleh En. Rabianto Sokam.

Sesi taklimat kepada delegasi ini telah dipengerusikan oleh Pn. Salmah binti Khairuddin, Ketua Perunding ICT (Teknikal) dan taklimat telah disampaikan oleh Pn. Safiah binti Ghani, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Perkhidmatan Gunasama Infrastruktur dan Keselamatan ICT, MAMPU.

Satu sesi lawatan ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA) juga telah diadakan untuk tujuan mendedahkan para peserta MTCP berkenaan langkah pengurusan data sektor awam Kerajaan Malaysia.

LAWATAN DELEGASI LUAR NEGARAOleh: Jonathan Lim Jiun Yenn Bahagian Perancangan dan Komunikasi Korporat

1. MAMPU telah menerima lawatan delegasi dari Ministry of Interior and Kingdom Relations, Netherlands pada

4 Mei 2016. Lawatan ini melibatkan seramai 30 orang pegawai muda dari Kerajaan Belanda dan diketuai oleh Mr. Jose Dominguez Alvarez.

Hasil daripada sesi lawatan ini, pihak delegasi menyatakan hasrat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai sistem transformasi dan pemodenan ICT yang diterajui oleh MAMPU, khususnya dalam E-Kerajaan dapat diadaptasikan dengan sistem pentadbiran di Ministry of Interior and Kingdom Relations, Netherlands.

2. L awatan delegasi dari Kerajaan Persekutuan Republik Sudan ke MAMPU telah diadakan pada 20 Mei 2016.

Lawatan ini melibatkan seramai 28 orang pegawai kanan dari Kerajaan Persekutuan Republik Sudan dan 5 orang pegawai dari Institut Dasar Awam dan Pengurusan (INPUMA), yang diketuai oleh En. Imad Salih Yassin.

Hasil daripada sesi lawatan ini, pihak delegasi menyatakan hasrat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai peranan MAMPU sebagai satu agensi pusat dalam mentransformasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dengan berkesan.

7

Page 8: citra mampu mei

Ulasan :

Setiap tahun, MAMPU akan membekalkan Buku Harian Rasmi (Diari Tahunan) dan Perancang Tahunan (Planner) kepada warga MAMPU. Penggunaan Diari Tahunan dan Planner terhad pada tahun tersebut dan memerlukan edaran baharu pada setiap tahun. Perkara ini akan memerlukan kos berulang setiap tahun dan melibatkan perbelanjaan yang besar. Selain itu, Diari Tahunan dan Planner juga tidak dapat ditambah nilai dengan elemen teknologi kerana bersifat fizikal.

Bagi mengatasi kekangan tersebut, cadangan yang ingin dikemukakan adalah untuk mewujudkan Mobile Apps Diari Tahunan dan Planner. Mobile Apps Diari Tahunan dan Planner boleh digunakan pada smart phones / tablet warga MAMPU. Penggunaan mobile apps juga tidak terhad pada tahun semasa sahaja di mana mobile apps boleh terus digunakan pada tahun berikutnya. Kos pembangunan yang terlibat juga hanya sekali (one time cost) dan tidak memerlukan perbelanjaan berulang pada setiap tahun. Perluasan mobile apps boleh dilaksanakan dengan mudah ke seluruh agensi/jabatan kerajaan dan hanya memerlukan perubahan minima. Pelaksanaan mobile apps juga menggalakkan penggunaan secara mobile dan paperless – seiring dengan penggunaan smart phones / tablet yang amat meluas oleh masyarakat.

Selain itu, mobile apps juga boleh ditambah nilai dengan pelbagai fungsi tambahan seperti:

1. Senarai tugasan (task)2. Agihan tugasan3. Semakan status tugasan4. Alert tugasan penting/segera5. Kemas kini status/maklum balas secara realtime6. Notifikasi e-mel7. Kalendar8. Pengeditan teks

Pewujudan Mobile Apps Diari Tahunan dan Planner akan memberikan pelbagai faedah kepada warga MAMPU dan jabatan di mana penyebaran dan perkongsian maklumat dapat dilaksanakan secara pantas, meringkaskan dan mempercepatkan pengagihan tugasan serta akses maklumat dan pemantauan tugasan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Impak pelaksanaan pula dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan / MAMPU bagi mencetak buku harian rasmi dan perancang tahunan dalam jangka masa panjang serta meningkatkan imej MAMPU sebagai peneraju dan sumber rujukan oleh jabatan / agensi Kerajaan dalam mengaplikasikan teknologi terkini.

Walls of

Ideas

JEMPUT atau UNDANG?Jemput. Disambut, dialu-alukan dan disongsang (orang yang datang disambut).

1. Ismadi diminta oleh Ustaz Mohamad untuk mengundang Hasnan di Stesen Kereta Api Wakaf Bharu. (SALAH)

2. Ismadi diminta oleh Ustaz Mohamad untuk menjemput Hasnan di Stesen Kereta Api Wakaf Bharu. (BETUL)

Undang. Mempersilakan datang, memanggil supaya datang dan menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dan sebagainya).

1. Mazinah telah menghantar surat jemputan mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa (SALAH)

2. Mazinah telah menghantar surat undangan mesyuarat kepada semua ahli jawatankuasa (BETUL)

Assalamualaikum WBT,

Salam Kegemilangan, Salam 1Malaysia

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

YBrs. Dr. / Tuan / Puan,

UNDANGAN MENGHADIRI SEMINAR FRANCAIS SEMPENA PROGRAM HARI

FRANCAIS 2015

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

UJI KEFAHAMAN ANDA: YANG MANA SATU YANG BETUL?

memperkasakan ATAU memperkasa

Kata adjektif (kata sifat) tidak boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan untuk membentuk kata kerja

besar (kata adjektif) memperbesarkan memperbesar

cepat (kata adjektif) mempercepatkan mempercepat

Kata nama dan kata kerja bergabung dengan apitan memper-...-kan membentuk kata kerja

suami (kata nama) mempersuamikan (kata kerja)

lihat (kata nama) memperlihatkan (kata kerja)

Nama : Mohd. Syahmi bin MustaphaTajuk Idea : Buku Harian Rasmi (Diari Tahunan)

dan Perancang Tahunan (Planner) secara Mobile Apps

Assalamualaikum WBT,

Salam Kegemilangan, Salam 1MalaysiaRakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

YBrs. Dr. / Tuan / Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI KURSUS PEMANTAPAN DIRI DAN KEUTUHAN PERIBADI SIRI 2/2015 BERTAJUK “KOMUNIKASI 3 SEGI YANG BERKESAN: DI TEMPAT KERJA, RUMAHTANGGA DAN MASYARAKAT”

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

KURIKKUNDIMERAHSAGA

8