soalan bm t2 ogos

8
UJIAN PENILAIAN 3 BAHASA MELAYU 2015 BAHAGIAN A [25 markah] 1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu. ___________________________________________ (ii) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah. ___________________________________________ (iii) Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah- buahan tempatan seperti durian dan manggis. ___________________________________________ (iv) "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Tingkatan Tiga Kreatif. ___________________________________________ (8 markah) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang- benderang. __________________________________________ (ii) Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas. __________________________________________ (iii) Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka. 1

Upload: haslinda-linda

Post on 12-Jan-2016

23 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Bm t2 Ogos

UJIAN PENILAIAN 3 BAHASA MELAYU 2015

BAHAGIAN A[25 markah]

1. Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.___________________________________________(ii) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.___________________________________________(iii) Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.___________________________________________(iv) "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Tingkatan Tiga Kreatif.___________________________________________

(8 markah)

2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang- benderang.__________________________________________

(ii) Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.__________________________________________

(iii) Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.__________________________________________

(3 markah)3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.

(i) Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini. Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1

Page 2: Soalan Bm t2 Ogos

UJIAN PENILAIAN 3 BAHASA MELAYU 2015

(ii) Pulau peranginan itu cantik. Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(iii) Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran. Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(iv) Saya ada masa pada hujung minggu ini. Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(v) Azwana membaca surat. Afifah membaca surat. Surat dikirim oleh Tengku Zaril.____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(10 markah)

4 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut. (i)

_____________________________________________

(ii)

_____________________________________________ (4 markah)

2

Page 3: Soalan Bm t2 Ogos

UJIAN PENILAIAN 3 BAHASA MELAYU 2015

BAHAGIAN B[30 markah]

5 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

"Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksapaksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang." Begitulah lontaran ayat adik. Selamba.

"Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur, makan tidur? Sanggup turun ke bendang? Sanggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu merewang?"

"Hoi... Kak Cik apa tau? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak fahamkah? Lagi pun, kilang kan banyak? Susah apa?" jerkah adik biadab.

Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban."Adik... sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya orang

berilmu dipandang mulia, nak." Sopan berhikmah pujukan bonda.Adik mendengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda protes.Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik ke

sekolah agama setelah adik menamatkan sekolah rendahnya. Bonda mahu adik bergelar Ustaz Mohd. Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik berjuang hingga Jiang syahid seperti arwah ayahnya.

(i) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga harapan bonda terhadap adik.(3 markah)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(ii) Huraikan perwatakan adik yang negatif berdasarkan petikan di atas.(3 markah)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan murid suka ponteng sekolah pada masa ini?

(4 markah)____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3

Page 4: Soalan Bm t2 Ogos

UJIAN PENILAIAN 3 BAHASA MELAYU 2015

6 Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAJAK LAUT

Laut ini begitu birulaut ini begitu luas

laut ini begitu indah.

Betapa bahagianya hatilaut ini membuatku bahagia

laut ini begitu tenangbegitu kaya.

Kulihat pasir putihkulihat kerang

kurasakan ombak menyapa kakidan kurasakan

angin pantai membelai.

Seorang nelayan jauh di sanaberdiri di atas perahu kecil

menebarkan jalamencari ikan untuk keluarga.

Burung laut menari-nari di sanamengepak-ngepakkan sayapnya

begitu gembira mereka bernyanyibagai berlumba

dengan nyanyian ombak.

Setengah matahari kulihat di seberangdi seberang laut biru ini

bagai malu-malu ia mengintipnamun dengan setiamemberi sinarnya.

Hai, laut biruhari ini juga aku nyatakan

kau adalah saudaraku!

ISMAIL SHARIF(Dipetik daripada antologi Gema Sepi Gadis Genius,

Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka

4

Page 5: Soalan Bm t2 Ogos

UJIAN PENILAIAN 3 BAHASA MELAYU 2015

(i) Bagaimanakah keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak? (3 markah)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(ii) Nyatakan contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut. (3 markah)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(iii) Pada pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh manusia sehingga menjejaskan laut?

(4 markah)____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

7 Jawapan anda hendaklah berdasarkan Novel Lestari Bukit Menghijau iaitu novel yang

telah anda kaji diTingkatan 2.

Berdasarkan sebuah novel yang anda telah kaji, huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Berikan satu contoh bagi setiap latar masyarakat tersebut.

(10 markah)

5

Page 6: Soalan Bm t2 Ogos

UJIAN PENILAIAN 3 BAHASA MELAYU 2015

BAHAGIAN C[15 markah]

8 Lihat gambar Kempen Kitar Semula di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

BAHAGIAN D[30 markah]

9 Pilih satu daripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

(i) Andaikan anda ketua pengawas. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan anda.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

(ii) Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang remaja. Jelaskan pendapat anda tentang kepentingan memilih rakan sebaya yang baik.

(ii) Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi amat penting dalam memajukan negara, namun penyalahgunaannya telah memberikan impak negatif terhadap masyarakat.Bincangkan pernyataan ini.

6

kelebihan amalan membaca

Meningkatkan kemahiran berbahasa

Meluaskan pengetahuan

Memenuhi masa lapang