soalan aplikasi pengurusan sumber manusia pendidikan

2
Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi. Iaitu : 1) Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan dalam latihan dari segi aspek peningkatan taraf profesionalisme; 2) Meluaskan program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru ; 3) meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global ; 4) meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting ; 5) Perluaskan pengetahuan guru secara global Bincangkan kesan dan akibat perkembangan yang diperolehi menerusi kesan globalisasi ini kepada bidang Pendidikan. (25 markah) Skema jawapan : 1) Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan. 2) Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya. Cth: OUM, PJJ, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana

Upload: jayappriya

Post on 07-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PENDIDIKAN

TRANSCRIPT

Page 1: soalan APLIKASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PENDIDIKAN

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi. Iaitu :

1) Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan dalam latihan dari segi aspek peningkatan taraf profesionalisme;

2) Meluaskan program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru ;

3) meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global ;4) meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting ;5) Perluaskan pengetahuan guru secara global

Bincangkan kesan dan akibat perkembangan yang diperolehi menerusi kesan globalisasi ini kepada bidang Pendidikan.

(25 markah)

Skema jawapan :

1) Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.

2) Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya. Cth: OUM, PJJ, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana

3) Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, frog,

4) Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan

Page 2: soalan APLIKASI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PENDIDIKAN

membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.

5) Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling.