soalan amali pdk

5
SULIT PPG - PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN / PENDENGARAN / PEMBELAJARAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 6 AMBILAN JANUARI 2010 NAMA KURSUS : PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KOD KURSUS : PKU 3112 SOALAN UJIAN AMALI ARAHAN KEPADA CALON: 1. Pentaksiran amali ini dijalankan berdasarkan perancangan yang telah anda sediakan. 2. Anda perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. 3. Pelaksanaan projek hendaklah menunjukkan pengetahuan mengenai prinsip dan konsep serta peranan Pemulihan Dalam Komuniti. 4. Projek yang dianjurkan hendaklah menekankan penglibatan untuk penambahbaikan program pemulihan dalam komuniti dan mencadangkan pelaksanaan yang ideal hasil pembacaan dari artikel jurnal.

Upload: keisuke-eymran

Post on 20-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN AMALI PDK

SULIT

PPG - PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENGLIHATAN / PENDENGARAN / PEMBELAJARAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEMESTER 6

AMBILAN JANUARI 2010

NAMA KURSUS : PEMULIHAN DALAM KOMUNITIKOD KURSUS : PKU 3112

SOALAN UJIAN AMALI

ARAHAN KEPADA CALON:

1. Pentaksiran amali ini dijalankan berdasarkan perancangan yang telah anda sediakan.

2. Anda perlu menyelesaikan tugasan yang diberikan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

3. Pelaksanaan projek hendaklah menunjukkan pengetahuan mengenai prinsip dan konsep serta peranan Pemulihan Dalam Komuniti.

4. Projek yang dianjurkan hendaklah menekankan penglibatan untuk

penambahbaikan program pemulihan dalam komuniti dan mencadangkan pelaksanaan yang ideal hasil pembacaan dari artikel jurnal.

5. Anda juga dikehendaki membuat perbandingan situasi PDK yang dilawati dengan artikel yang dibaca.

________________________________________________________________

Page 2: SOALAN AMALI PDK

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) diwujudkan sebagai program alternatif berkonsepkan pemulihan di institusi kepada orang kelainan upaya (OKU). Pendekatan ini dijalankan berasaskan rasional bahawa sebahagian besar daripada OKU tidak memerlukan rawatan pemulihan sepenuh masa di institusi. Program ini memerlukan penglibatan aktif ibu bapa / penjaga, ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu OKU hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program pencegahan, pembangunan dan pemulihan secara bersepadu daripada pelbagai sektor perlu dijelmakan melalui kerjasama yang erat antara pihak OKU sendiri, keluarga, komuniti, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) dan agensi kerajaan yang berkaitan.

SOALAN TUGASAN

Secara berkumpulan, anda dikehendaki menyediakan aktiviti

kemasyarakatan yang dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti yang

terletak di bawah tanggungjawab Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

(JKMM). Kumpulan anda perlu merancang dan melaksanakan program tersebut

dalam tempoh yang ditetapkan. Anda juga dikehendaki membaca dan merumus

dua jurnal berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan di pusat-pusat

yang mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas. Buat rumusan, dan

analisis tentang perkhidmatan-perkhidmatan tersebut dengan membuat

perbandingan dengan perkhidmatan yang disediakan di PDK yang anda

jalankan. Membuat refleksi tentang tugasan yang telah dilaksanakan.

PERINCIAN TUGASAN

1. Memilih sebuah Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

2. Merancang dan melaksanakan aktiviti di pusat penyediaan perkhidmatan

untuk OKU. Pelaksanaan aktiviti hendaklah sekurang-kurang tiga kali

lawatan.

3. Pelaksanaan aktiviti perlu berfokuskan kepada penambahbaikan program

dengan cara:

2

Page 3: SOALAN AMALI PDK

a. Sebelum pelaksanaan

Penyediaan kertas kerja,

Meninjau keadaan PDK sebelum aktiviti dijalankan

Membuat jadual pelaksanaan,

Cadangan aktiviti

Plan penyediaan laporan dan sebagainya

b. Melaksanakan program seperti

Tugas dan peranan anggota kumpulan.

Membuat perancangan berdasarkan jadual

laporan pelaksanaan mengikut jadul perancangan

Penglibatan komuniti (JK PDK)

c. Membuat penilaian.

Membuat laporan keseluruhan aspek penambahbaikan yang

dibuat.

Membuat perbandingan dengan artikel yang dibaca

Mencadangkan pelaksanaan program PDK yang ideal.

3. Aktiviti penambahbaikan boleh dilaksanakan dalam bentuk fizikal dan

prasarana serta pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran. Bukti-

bukti pelaksanaan seperti gambar dan video perlulah disertakan.

4. Tugasan ini adalah tugasan individu. Bagaimana pun anda boleh bergerak

secara berkumpulan untuk menjalankan aktiviti di pusat yang memberi

perkhidmatan.

5. Kreativiti, kemahiran bahasa dan cara penulisan yang baik diambil kira

dalam penyediaan penulisan ini.

6. Kuiz berkaitan PDK akan diberi di akhir kursus.

ARAHAN PENTADBIRAN

1. Tugasan ini hendaklah ditaip di kertas saiz A4 dengan menggunakan font

jenis Arial, saiz 12 dan langkau 1.5 baris .

3

Page 4: SOALAN AMALI PDK

2. Sumber / bahan rujukan/maklumat perlu dinyatakan mengikut format yang

ditentukan (Contoh : APA).

3. Bahagian kulit luar laporan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat

berikut:

3.1. Nama Institusi

3.2. Nama Program

3.3. Nama PDK

3.4. Nama Ahli dan No.Kad Pengenalan

3.5. Angka Giliran

3.6. Nama Penilai

3.7. Tarikh Penyerahan

4. Menyerahkan laporan lengkap projek PDK dua minggu selepas projek

dilaksanakan.

@ Hak Cipta Kerajaan Malaysia

4