soalan amali hbpe 2103 mei 2013

4
1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SOALAN AMALI PERGERAKAN ARTISTIK DAN KREATIF (HBPE 2103) SEMESTER MEI 2013

Upload: musnmanariffin

Post on 22-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SOALAN AMALI

PERGERAKAN ARTISTIK DAN

KREATIF (HBPE 2103)

SEMESTER MEI 2013

2

SOALAN AMALI

Pendidikan pergerakan memberi penegasan kepada kemahiran-kemahiran yang terdapat

dalam empat komponennya yang terdiri daripada gimnastik artistik, gimnastik pendidikan,

gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Bagi menghasilkan satu persembahan yang baik dan

menarik, kemahiran-kemahiran tersebut perlu dirangkaikan secara kreatif dan tersusun.

Secara individu, anda dikehendaki membuat rangkaian pergerakan dengan menggunakan

sekurang-kurangnya dua jenis alatan berpandukan kepada lakaran pelan lantai yang

disediakan di bawah. Persembahan anda hendaklah mengandungi elemen-elemen pergerakan

yang terdapat dalam gimnastik pendidikan dan gimnastik irama diiringi muzik yang

bersesuaian.

ARAHAN

1. Pelan lantai akan disediakan oleh penguji berdasarkan lakaran yang dibekalkan oleh

pihak OUM. Manakala alatan yang hendak digunakan dalam persembahan perlu

disediakan oleh pelajar sendiri.

2. Persembahan anda perlu diringi dengan muzik yang sesuai.

3. Pakaian hendaklah yang sesuai bagi persembahan anda.

4. Pelan pergerakan perlu disediakan oleh setiap pelajar dan diserahkan kepada

pensyarah sebelum persembahan dimulakan.

5. Penilaian ujian amali tersebut akan dilaksanakan pada Tutorial ke-4.

3

Panduan persembahan :

i. sekurang-kurangnya LIMA (5) pergerakan lokomotor yang melibatkan pelbagai aras

ii. sekurang-kurangnya LIMA (5) pergerakan bukan lokomotor

iii. sekurang-kurangnya LIMA (5) manipulasi alatan bagi setiap alatan yang dipilih

iv. rangkaian aktiviti yang menarik dan bersesuaian dengan muzik serta alatan yang

digunakan.

Panduan pemarkahan :

1. Mempersembahankan sekurang-kurangnya lima (5) pergerakan lokomotor pelbagai

aras.

(5 markah)

2. Mempersembahkan sekurang-kurangnya lima (5) pergerakan bukan lokomotor.

(5 markah)

3. Melakukan sekurang-kurangnya lima (5) manipulasi alatan bagi setiap alatan yang

dipilih.

(5 markah)

4. Merangkaikan pergerakan yang menarik dan sesuai dengan iringan muzik.

(2 markah)

5. Menyediakan pelan pergerakan yang lengkap bagi persembahan

(3 markah)

Jumlah = (20 markah)

4

PELAN LANTAI KAWASAN PERSEMBAHAN

N Gelung rotan Bangku gimnastik Tilam

Skital Batang kayu Papan lonjak