soal & jawab unit perjawatan akademik …bsm.upsi.edu.my/download/soalan_lazim/unit...

6
1 SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM) 1) PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK S : Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan akademik di UPSI? J : Secara online, www.upsi.edu.my . S : Apakah kelayakan minimum bagi permohonan jawatan akademik di UPSI? J : Tutor : Sarjana atau Sarjana muda kelas pertama. Pensyarah : Doktor Falsafah (Ph.D). Lantikan calon dengan kelayakan Sarjana akan dipertimbangkan bagi bidang-bidang kritikal dengan kelulusan pihak pengurusan Universiti. S : Bagaimanakah cara untuk mengetahui status permohonan jawatan akademik di UPSI? J : Boleh membuat semakan di laman web. S : Berapa lamakah tempoh masa diperlukan untuk mengetahui status permohonan jawatan akademik di UPSI? J : Sebaik sahaja selepas memohon. 2) TEMU DUGA S : Bagaimanakah cara untuk memaklumkan kepada calon bahawa calon layak untuk ditemu duga? J : Surat temu duga atau panggilan telefon. S : Bilakah sesi temu duga akan dijalankan? J : Dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh memohon. S : Berapa lamakah tempoh keputusan temu duga akan dimaklumkan kepada calon? J : Dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh temu duga.

Upload: ngohuong

Post on 21-Jul-2018

297 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK …bsm.upsi.edu.my/download/Soalan_Lazim/unit perjawatan.pdf · J : Skim yang menawarkan biasiswa kepada calon yang berminat untuk melanjutkan

1

SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM) 1) PERMOHONAN JAWATAN AKADEMIK S : Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan akademik di UPSI? J : Secara online, www.upsi.edu.my. S : Apakah kelayakan minimum bagi permohonan jawatan akademik di UPSI?

J : Tutor : Sarjana atau Sarjana muda kelas pertama. Pensyarah : Doktor Falsafah (Ph.D). Lantikan calon dengan kelayakan Sarjana

akan dipertimbangkan bagi bidang-bidang kritikal dengan kelulusan pihak pengurusan Universiti.

S : Bagaimanakah cara untuk mengetahui status permohonan jawatan

akademik di UPSI?

J : Boleh membuat semakan di laman web.

S : Berapa lamakah tempoh masa diperlukan untuk mengetahui status

permohonan jawatan akademik di UPSI?

J : Sebaik sahaja selepas memohon. 2) TEMU DUGA S : Bagaimanakah cara untuk memaklumkan kepada calon bahawa calon layak

untuk ditemu duga?

J : Surat temu duga atau panggilan telefon. S : Bilakah sesi temu duga akan dijalankan? J : Dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh memohon. S : Berapa lamakah tempoh keputusan temu duga akan dimaklumkan kepada

calon?

J : Dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh temu duga.

Page 2: SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK …bsm.upsi.edu.my/download/Soalan_Lazim/unit perjawatan.pdf · J : Skim yang menawarkan biasiswa kepada calon yang berminat untuk melanjutkan

2

S : Adakah pihak universiti akan memaklumkan kepada calon sekiranya gagal dalam temu duga?

J : Ya, surat dukacita. 3) LAPOR DIRI S : Bilakah tarikh lapor diri di UPSI? J : 1 atau 16 haribulan. Sekiranya pada tarikh berkenaan merupakan tarikh cuti

umum, maka pegawai diminta untuk melapor diri pada hari berikutnya. Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam perlu

mendapat surat pelepasan dengan izin daripada ketua jabatan. Kegagalan mengemukakan surat pelepasan dengan izin akan mengakibatkan perkhidmatan pegawai dalam perkhidmatan awam yang terdahulu terputus dan tidak dapat diambikira bagi faedah persaraan.

S : Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum melapor diri di UPSI? J : Melengkapkan semua borang yang disediakan. S : Bolehkah pegawai menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat perubatan

swasta?

J : Tidah dibenarkan.

S : Bolehkah pegawai melapor diri sekiranya pemeriksaan kesihatan dan

akuan sumpah di mahkamah belum dilengkapkan?

J : Tidak dibenarkan. Pegawai perlu menjalani dahulu pemeriksaan perubatan dan membuat akaun bersumpah.

S : Adakah pegawai dikehendaki untuk terus berkhidmat selepas melapor diri

di UPSI?

J : Ya.

Page 3: SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK …bsm.upsi.edu.my/download/Soalan_Lazim/unit perjawatan.pdf · J : Skim yang menawarkan biasiswa kepada calon yang berminat untuk melanjutkan

3

4) PENETAPAN GAJI PERMULAAN DAN RAYUAN GAJI S : Bagaimanakah cara memohon dan prosedur yang diperlukan bagi

permohonan semakan gaji permulaan?

J : Memohon semakan gaji permulaan kepada Pendaftar UPSI secara bertulis.

S : Apakah sistem atau peraturan yang digunapakai dalam menentukan

penetapan gaji permulaan seseorang pegawai yang dilantik ke perkhidmatan awam?

J : Pekeliling Perkhidmatan Bil 7/2007.

S : Siapakah yang layak memperakukan penetapan gaji permulaan bagi

seseorang pegawai yang telah dilantik?

J : Pendaftar UPSI. 5) SKIM FELLOWSHIP S : Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Pelatih Akademik (Fellowship

Scheme)?

J : Skim yang menawarkan biasiswa kepada calon yang berminat untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.

S : Bagaimana cara memohon skim tersebut? Adakah secara online? J : ‘Download’ borang dari laman web, www.upsi.edu.my. S : Apakah kelayakan minimum untuk memohon skim tersebut? J : Mempunyai CGPA sarjana muda sekurang-kurangnya 3.00. S : Perlukah calon mendapatkan surat tawaran tempat pengajian Sarjana @

Ph.D dan mengambil peperiksaan IELTS @ TOEFL terlebih dahulu sebelum memohon?

J : Keutamaan diberikan kepada calon yang telah memenuhi syarat dan mendapat tawaran pengajian.

Calon dinasihatkan untuk mendapatkan surat tawaran daripada beberapa universiti bagi memastikan calon mempunyai alternatif universiti sekiranya pilihan universiti yang dipilih calon ditolak oleh pihak KPTM.

Page 4: SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK …bsm.upsi.edu.my/download/Soalan_Lazim/unit perjawatan.pdf · J : Skim yang menawarkan biasiswa kepada calon yang berminat untuk melanjutkan

4

S : Berapa lamakah tempoh ikatan perjanjian calon dengan pihak universiti setelah tamat pengajian nanti?

J : Tidak kurang dari tempoh pengajian bergantung kepada kadar biasiswa yang

diberikan dan dinyatakan dalam ikatan perjanjian. S : Adakah pegawai akan dilantik sebagai Pensyarah Gred DS45 selepas tamat

pengajian Sarjana? J : Tidak, pegawai hanya akan diberikan pelarasan elaun berdasarkan kelayakan

Sarjana. S : Apakah perbezaan Pelatih Akademik dengan Tutor? J : Pelatih Akademik akan diberi elaun manakala Tutor akan diberi gaji mengikut

Gred Gaji DA41. S : Sekiranya sekarang calon berkhidmat dengan perkhidmatan awam,

perlukah calon meletak jawatan selepas mendapat tawaran skim tersebut? J : Perlu. S : Apakah status jawatan Fellowship? J : Sementara, pegawai akan dilantik sebagai Pensyarah Universiti Gred DS45

berjawatan tetap selepas tamat pengajian Ph.D. S : Berapa lamakah tempoh pengajian yang diberikan oleh pihak universiti

kepada calon untuk menamatkan pengajian Sarjana dan Ph.D? J : Bagi peringkat Sarjana, tempoh yang diberikan adalah dua (2) tahun dan

peringkat Ph.D adalah tiga (3) tahun. S : Bolehkah pegawai memohon pelanjutan sekiranya tidak dapat menamatkan

pengajian dalam tempoh yang ditetapkan? J : Boleh, tiga (3) kali pelanjutan sahaja dibenarkan dan tempoh satu (1) tahun

untuk setiap pelanjutan. S : Adakah pihak universiti akan memaklumkan kepada calon sekiranya

permohonan tidak diperakukan? J : Ya, pihak universiti akan memaklumkan permohonan tidak diperakukan melalui

surat dukacita.

Page 5: SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK …bsm.upsi.edu.my/download/Soalan_Lazim/unit perjawatan.pdf · J : Skim yang menawarkan biasiswa kepada calon yang berminat untuk melanjutkan

5

S : Di manakah tempat pengajian yang boleh calon memohon? J : Calon digalakkan memohon universiti dalam atau luar negara yang mempunyai

kedudukan(rangking) tertinggi di dunia. 6) SAMBILAN S : Adakah tuntutan untuk pensyarah/tutor/penunjuk ajar sambilan diuruskan

oleh Unit Perjawatan Akademik, BSM? J : Tidak, diuruskan oleh Bendahari. S : Berapakah tuntutan sebagai penunjuk ajar sambilan yang memiliki

kelayakan sarjana muda? J : RM25 / jam. S : Bagaimanakah cara untuk memohon sebagai pensyarah/tutor sambilan? J : Melalui Pensyarah dan Dekan fakulti yang berkenaan. S : Berapakah jumlah jam maksimum sebagai pensyarah, tutor dan penunjuk

ajar sambilan bagi pelajar untuk tempoh seminggu? J : Pensyarah dan tutor maksimum 6 jam seminggu. Penunjuk ajar di kalangan pelajar : Maksimum empat (4) jam seminggu. S : Adakah perlu bagi kakitangan swasta yang dilantik sebagai pensyarah

sambilan / tutor sambilan melampirkan slip gaji terakhir? J : Perlu. S : Adakah terbatal lantikan pensyarah/tutor/penunjuk ajar sambilan sekiranya

ada kesalahan maklumat di dalam borang permohonan? J : Tidak, tetapi perlu mengisi borang permohonan semula. S : Bolehkah bagi pemohon yang sudah bersara untuk memohon sebagai

pensyarah / tutor sambilan? J : Boleh, mengikut kelayakan masing-masing.

Page 6: SOAL & JAWAB UNIT PERJAWATAN AKADEMIK …bsm.upsi.edu.my/download/Soalan_Lazim/unit perjawatan.pdf · J : Skim yang menawarkan biasiswa kepada calon yang berminat untuk melanjutkan

6

S : Adakah permohonan perlu mendapat perakuan dari dekan fakulti yang berkenaan?

J : Ya. S : Perlukah borang tuntutan disertakan sekali dengan surat lantikan untuk

dihantar ke jabatan Bendahari? J : Ya, bersama salinan surat lantikan yang telah disahkan. S : Di manakah pensyarah/tutor/penunjuk ajar sambilan boleh mendapatkan

borang tuntutan? J : Laman web Bendahari. 7) PERMOHONAN / PELANJUTAN JAWATAN AKADEMIK BERTARAF KONTRAK S : Bagaimanakah cara untuk memohon jawatan akademik bertaraf kontrak di

UPSI? J : Bagi permohonan baru, calon diminta memohon secara ‘online’ di laman web

dan bagi permohonan pegawai selepas bersara (Staf UPSI), pegawai diminta mengisi borang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi permohonan pelantikan kontrak.

S : Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon jawatan akademik

bertaraf kontrak di UPSI? J : Calon yang telah bersara dalam perkhidmatan dan bukan warganegara

Malaysia. S : Bagaimanakah cara untuk memohon pelanjutan tempoh perkhidmatan

kontrak di UPSI? J : Pengawai diminta mengisi borang Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan

menghantar ke fakulti untuk dibawa ke Mesyuarat Kesepakaran Fakulti. S : Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon pelanjutan tempoh

perkhidmatan kontrak di UPSI? J : Pegawai sepatutnya mencapai Petunjuk Prestasi utama (KPI) dan memohon

dalam tempoh enam (6) bulan sebelum kontrak tamat. S : Berapakah tempoh masa proses permohonan jawatan akademik bertaraf

kontrak di UPSI? J : Dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan.