slides pragmatik

Upload: siti-elfera

Post on 07-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Slides Pragmatik

    1/6

    Teori Pragmatik

    Teori Pragmatik Grice

    Dicetuskan oleh seorang tokoh yang bernama Grice

    Mengemukakan perbezaan jitu antara ilmu Semantik dan Pragmatik melalui

    konsep yang telah dicetuskan oleh beliau

    Konsep tersebut adalah apa yang diperkatakan dengan apa yang diimplikasikan.

    Ruang lingkup bagi ilmu semantik adalah apa yang diperkatakan. Manakala,

    konsep apa yang diimplikasikan adalah ruang lingkup untuk ilmu pragmatik.

    Mengemukakan satu prinsip yang utama sebagai garis panduan dalam

    perbualan iaitu Prinsip Kerjasama.

  • 8/6/2019 Slides Pragmatik

    2/6

    Menurut Grice, Prinsip Kerjasama adalah prinsip percakapan yang

    membimbing penuturnya agar dapat melakukan percakapan secara kooperatif

    dan dapat menggunakan bahasa secara efektif dan efisien.

    Prinsip Kerjasama akan terjalin sekiranya komunikasi itu wujud empat

    maksim. Keempat-empat maksim ini seolah-olah menjadi peraturan dalam

    perbualan.

    Kegagalan dalam mematuhi prinsip dan keempat-empat maksim ini, penuturdianggap melanggar tatacara perbualan yang berkesan dan kegagalan dalam

    tujuan sebenar perbualan.

    Empat maksim tersebut ialah

    a) Maksim Kualiti

    b) Maksim Kuantiti

    c) Maksim Relevans

    d) Maksim Perlakuan

  • 8/6/2019 Slides Pragmatik

    3/6

    Teori Relevans

    Dipelopori oleh Sperber dan Wilson (1986)

    menjadi pilihan dalam ilmu pragmatik kerana kejayaan Sperber dan Wilson

    yang telah memberikan garis pemisah objektif antara Semantik dan Pragmatik

    bagi memudahkan penutur menentukan sempadan Pragmatik

    Mengkritik idea Grice dan kritikan yang diberikan adalah kukuh dan

    meringkaskan teori Pragmatik Grice kepada 1 prinsip yang dikenali sebagai

    prinsip Relevans

    Sperber & Wilson memberikan garis panduan mengenai sesuatu ujaran iaitu

    bagaimana ujaran harus diinterpretasikan bersandarkan konsep-konsepkonteks, kesan konteks dan usaha dalam memproses teori Pragmatik mereka.

    konteks dan kesan konteks perlu dikenal dan difahami kerana kedua-dua

    istilah ini adalah penting dalam teori relevans.

  • 8/6/2019 Slides Pragmatik

    4/6

    Menurut (Sperber dan Wilson; 1986:15) mendefiniskan konteks

    merupakan seberkas andaian tentang dunia yang dibina secara psikologi oleh

    pendengar. Ia tidak terhad kepada maklumat tentang persekitaran fizikal yang

    paling dekat dan ujaran terdahulu yang paling hampir. Konteks juga

    melibatkan masa depan, hipotesis saintifik, kenangan yang lucu dan sebagainya

    terhadap pemikiran penutur. Kesemuanya telah memainkan peranan dalam

    interpretasi.

    Maklumat yang baru ditambah memerlukan konteks yang berbeza. Hal inipenting dilakukan dalam interpretasi ujaran.

    Pembinaan konteks amat penting dalam penginterpretasian ujaran. Dalam

    menginterpretasikan ujaran, pendengar akan menetapkan konteks yang sesuai

    bagi melahirkan kesan konteks. Kesan konteks ini akan menghuraikan proses

    pemahaman sesuatu uajran. Sekiranya mempunyai banyak kesan konteks

    maka ujaran itu dianggap lebih relevan.

  • 8/6/2019 Slides Pragmatik

    5/6

    Kesan konteks bermaksud andaian awalan yang ada pada pendengar. Semasa

    perbualan berlangsung, konteks yang dikemukakan oleh penutur akan

    memberikan andaian awalan yang sedia ada bagi menghasilkan kesan konteks

  • 8/6/2019 Slides Pragmatik

    6/6

    TEORI KESANTUNAN

    Teori kesantunan (Politeness

    ) telah dibincangkan oleh Leech (1983). Leechtelah membahaskan teori kesantunan ini dalam rangka retorik interpersonal.

    Terdapat 6 prinsip iaitu;

    a) Maksim kebijaksanaan

    b) Maksim penerimaan

    c) Maksim bermurah hati

    d) Maksim merendah diri

    e) Maksim Persetujuan

    f) Maksim simpati