slide sej dr.ramli.pptx

17
SJH 3102 PENSEJARAHAN MALAYSIA (PISMP 1G) Anggota Kumpulan: 1. Umi Saidatul Arryennah bt Madsah 2. Elizabeth Mapong anak Peter TAJUK PEMBENTANGAN: SINOPSIS SULALATUS SALATIN/SEJARAH MELAYU DAN NYATAKAN ASPEK-ASPEK SOSIAL, EKONOMI DAN POLITIK YANG DINYATAKAN.

Upload: elizabeth-peter

Post on 30-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

SJH 3102 PENSEJ

SJH 3102 PENSEJARAHAN MALAYSIA(PISMP 1G)Anggota Kumpulan:Umi Saidatul Arryennah bt Madsah Elizabeth Mapong anak PeterTAJUK PEMBENTANGAN: SINOPSIS SULALATUS SALATIN/SEJARAH MELAYU DAN NYATAKAN ASPEK-ASPEK SOSIAL, EKONOMI DAN POLITIK YANG DINYATAKAN.Apa itu Sejarah Melayu/SS?Mengisahkan pengalaman-pengalaman sejarah yang dialami oleh raja-raja Melayu yg memerintah Melaka, dari awal abad ke-15 hingga awal abad ke-17.Inti ceritanya ialah berkenaan raja-raja Melaka yang pertama hinggalah yg terakhir dan seterusnya penulisan dilanjutkan hingga ke zaman awal penubuhan raja-raja Melayu dari Melaka ke Johor.Senarai raja-raja ini juga didahulukan dgn sejarah asal-usul mereka.SM-kitab yang bercorak sejarah ini dikenali juga dgn judul arabnya Sulalatul-Salatin bererti Salasilah Sultan-sultan.Sejarah Melayu Yg AsalNaskhah asal Sulalatus Salatin - dipercayai HikayatMelayu yang dibawa dari Goa. Dipercayai naskhah awal tamat penulisannya sebelum tahun Masihi 1536. Disusun semula pada tahun 1612 oleh Tun Seri Lanang/Tun Muhammad setelah diperintahkan oleh Sultan Johor pada masa itu.Pada asalnya cuma terdapat satu catatan ringkas tentang senarai raja Melaka sahaja(tarikh2 kenaikan, kemangkatan dan tempoh pemerintahan)Dari masa ke semasa, senarai raja yang ringkas ini semakin berkembang dan jadi bertambar besar kerana dimasukan isi2 baru, ditokok-tambah ataupun dikurangkan.Isi2 baru ini mungkin bersifat sejarah ataupun sebaliknya.

ASPEK SOSIAL DALAM SEJARAH MELAYUSosialialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Sebelum kedatangan Islam. Penceritaan Sejarah Melayu sebelum Islam datang didapati terdapat pelbagai cerita mitos dan dongeng sekalipun bercampur dengan cerita benar. Cerita tentang pembukaan negeri dan tempat sering dikaitkan dengan kejadian-kejadian ajaib. Umpamanya singa besar di Temasik ketika pembukaan Singapura. Begitu juga kisah semut besar yang dijumpa dan dimakan oleh Merah Silu ketika pembukaan Semundra dan kisah seekor pelanduk putih menerajang dua ekor anjing perburuan ketika pembukaan Melaka. Semua perkara yang disebutkan menggambarkan budaya kehidupan masyarakat dahulu yang mempercayai unsur keajaiban dan mengamalkan pantang larang tentang sesuatu perkara. Sultan sanggup mencampakkan mahkota diraja kerana mengharapkan akan ribut taufan reda dalam pelayaran mereka.Selepas kedatangan Islam terdapat amalan hidup beragama. Penduduk Melaka dan Samundera telah berubah cara hidup apabila agama Islam datang ke negara mereka. Antaranya gelaran raja telah ditukar kepada sultan dan nama mereka telah bertukar kepada nama Islam..Dalam SM, gambaran kedudukan wanita juga turut dimasukkan. Contohnya umpama kata-kata Tun Teja ...Beta perempuan, diperintah menurut, ditinggal enggan. Kata-kata tersebut secara tidak langsung menggambarkan kelemahan kaum wanita yang boleh disumh dan oleh kaum lelaki. SM juga mencatatkan adanya golongan wanita yang dijadikan hadiah kepada sesuatu pihak sebagai membalas hadiah atau jasa. Contohnya seperti Dang Bunga dan Dang Buba yang dijadikan hadiah oleh Sultan Mansur Syah.Dalam SM juga, kita dapat lihat wanita dijadikan sebagai alat demi kepentingan politik. Contohnya seperti Sultan Mansur Syah yang sanggup menceraikan isterinya, Tun Kudu semata-mata untuk dikahwinkan dengan Bentara Seri Nara Di Raja yang sudah tua. Secara tidak langsung. Tun Kudu terpaksa turun darjat daripada seorang permaisuri kepada isteri pembesar sahaja. Demikian juga halnya dengan Puteri Hang Li Po yang dijadikan alat kepentingan politik di antara China dengan Melaka. Sebagai bukti persaudaraan diantara kedua-dua kerajaan, Puteri Hang Li Po telah dihadiahkan sebagi isteri kepada Sultan Mansur Syah.

ORGANISASI SOSIAL DALAM SEJARAH MELAYUASPEK EKONOMI DALAM SEJARAH MELAYUEkonomi merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkansumber-sumber ekonomi yang terhaduntuk memenuhikehendak-kehendak manusia yang tidak terhad.Kegiatan ekonomi yang penting bagi teks Sulalatus Salatin dikaitkan dengan kegiatan pertanian. Melalui aspek sosio ekonomi, SM memperlihatkan tentang sistem-sistem ekonomi awal masyarakat di Kepualauan Melayu amnya. Pada tahap awal, masyarakat digambarkan dengan kegiatan ekonomi berbentuk sara diri. Antara yang diusahakan ialah seperti kegiatan pertanian, nelayan dan berburu. Ini adalah gambaran ekonomi sebelum kedatangan pedagang luar. Selepas itu barulah muncul kegiatan perdagangan sehingga Melaka terkenal sebagai pelabuhan enterport. Dalam SM, Tun Mutakhir dan Tun Tahir adalah golongan bangsawan yang bergiat dalam bidang perdagangan ini.

ASPEK EKONOMI DALAM SEJARAH MELAYUBukit Siguntang adalah kawasan perhumaan yang menggambarkan wujud kegiatan pertanian dan cita masyarakat setempat yang ingin kaya raya punya emas segala. Lalu anganan para penduduk yang ingin kaya -raya itu diimaginasikan melalui cerita ajaib dengan harapan menjadi kenyataan. Kedatangan keturunan raja Melaka dikatakan telah mengubah tanaman berkenaan iaitu pokok padi berbuah emas, berdaun perak dan berbatangkan suasa.Sejarah Melayu juga telah mengemukakan aspek ekonomi lampau yang menjurus kepada sistem ekonomi sara diri sebagaimana yang digambarkan dalam cerita Badang. Badang digambarkan sebagai seorang penangkap ikan yang berperang dengan unsur alam termasuk unsur ghaib seperti hantu. Persoalan tentang kaedah untuk mendapat sumber pendapatan ini ditunjukkan bagaimana Badang menggunakan lukah untuk menangkap ikan. Namun lukahnya sering tidak berhasil dan rosak kerana ada faktor halangan yang diungkap melalui kehadiran seekor hantu.

Terdapat juga unsur ekonomi yang berkait dengan perniagaan yang dapat dibuktikan melalui aktiviti pedagang Arab yang datang berniaga di Melaka dan pada masa yang sama mengembangkan agama Islam. Usaha golongan peniaga yang datang ke Melaka bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan para pedagang, malah ia akan mampu memberikan peluang kepada penduduk tempatan dari sudut memenuhi keperluan hidup samada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan. Jika orang Melaka ingin mendapatkan pakaian, maka para pedagang akan dapat memenuhi kehendak mereka. Jika Melaka memerlukan sejumlah barangan yang lebih banyak, maka kegiatan import perlu dilakukan. Hal ini telah dilakukan oleh Sultan Mahmud, di mana beliau telah mengarahkan Hang Nadim supaya membeli kain di India. Hang Nadim telah diminta membeli 40 jenis kain dengan 40 warna. Setiap jenis kain pula mengandungi mengandungi 40 corak. Malangnya usaha terebut tidak berjaya, kerana kapal Hang Nadim telah tenggelam dipukul ribut.Perkataan "mengenali dagang dan santeri" adalah menggambarkan betapa pembesar negara amat menjaga kepentingan golongan peniaga. Golongan peniaga dianggap sebagai sangat penting kerana mereka menyumbang kepada pendapatan negara. Banyak golongan berkepentingan (stakeholder) yang mengharapkan sumbangan kekayaan peniaga. Namun malangnya keadaan menjadi tidak terkawal dan wujudlah rasuah dan pembunuhan. Hal ini boleh memberi kesan kepada kejatuhan negara seperti Melaka. ASPEK POLITIK DALAM SEJARAH MELAYUPolitikadalah proses dan caramembuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain.Melaka ialah sebuah empayar Melayu yg teguh dan stabil dibawah satu susunan politik tradisional yg tersusun.Pusat kekuasaan terletak di tangan seorang sultan.Bendahara, Penghulu Bendahari, Perdana Menteri, Laksamana, Temenggung dan lain-lain.Dalam SM, aspek politik boleh dikatakan antara yang paling banyak dimuatkan. Kita dapat lihat peranan raja sebagai pemerintah dan kekuasaan mutlak yang ada pada raja. Dengan kuasa yang ada pada mereka, raja berhak melantik beberapa orang pembesar. Kuasa mutlak yang ada pada raja pula ialah baginda berhak menitahkan rakyatnya. Sekiranya ada rakyat yang didapati enggan menurut perintah, maka rakyat tersebut berhak dijatuhkan hukuman mengikut budi bicara raja. Namun, daulat yang ada pada raja menyebabkan rakyat jarang bertindak menentang. Ini disebabkan mereka takut ditimpa oleh suatu musibah yang dikenali sebagai tulah raja.Kuasa raja serta peranannya jelas dapat dilihat dalam SM. Bermula dengan wa'adat/waad(perjanjian) di antara Demang Lebar Daun dengan Nila Utama (Sang Sapurba) yang mengisytiharkan tentang hak rakyat yang sepatutnya mendapat lindungan daripada pemerintah. Manakala raja pula berhak melindungi rakyat di bawahnya. Contoh-contoh peranan dan kekuasaan raja ialah seperti Paduka Seri Maharaja yang menitahkan orang supaya membunuh Tun Jana Khatib. Tun Jana Khatib dijatuhkan hukuman bunuh kerana difitnah menunjukkan kepandaiannya di hadapan permaisuri baginda. Akibat daripada peristiwa itu, todak telah menyerang Singapura.Dalam pada itu, ada juga sikap raja yang mementingkan diri semata-mata. Contohnya Sultan Mahmud yang ingin mengahwini Puteri Gunung Ledang. Baginda telah menitahkan Hang Tuah, Tun Mamat serta orang-orang besar pergi melamar Puteri Gunung Ledang. Sikap Sultan Mahmud juga dilihat sebagai seorang yang suka berpakaian mewah. Contohnya baginda ingin memakai pakaian dari benua Keling dan Hang Nadim telah ditugaskan melukis corak serta memesannya. Segala apa yang dipaparkan dalam SM, sebagai gambaran sebenar sikap sesetengah pemerintah pada masa itu. Di samping semata-mata untuk kepentingan raja, SM juga berani untuk mendedahkan tentang sikap positif dan negatif golongan pembesar sebagaimana yang dinyatakan di atas.Dalam aspek politik juga, SM ada menceritakan tentang wujudnya hubungan diplomatik. Ini dipaparkan dalam ceritera 20, 21, 22 mengisahkan hubungan Pasai dengan Melaka digambarkan sebagai begitu akrab sekali. Pasai juga diceritakan sebagai pusat penyebaran Islam terpenting di rantau Nusantara pada zaman itu. Contohnya apabila Sultan Mansur Syah pernah bertanya masalah tentang isi syurga dan neraka kepada ulama terkenal dari Pasai, Makhdum Patakan.

Melaka dan JiranSiam, China, Majapahit, Haru dan Pasai, dari segi politik, kerajaan2 ini merupakan kuasa2 yg menyaingi kekuatan Melaka pada masa itu.Melaka membuat hubungan baik secara diplomasi atau sebaliknya secara perang dengan sesebuah negara.China dan Majapahit (Perkahwinan dgn puteri2 dari negara berkenaan)Perkahwinan politik memberi keuntungan dalam bidang politik dan ekonomi kpd Melaka.Melaka mendapat perlindungan daripada kuasa besar ini utk menangkis ancaman2 politik daripada kerajaan lain seperti Siam.Pasai dan Siam (berbaik-baik setelah berlaku beberapa peperangan.)Pasai bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum-hukum Islam.

Dalam usaha meluaskan kuasa, Melaka menjalankan dasar penaklukan ke atas negeri-negeri jiran.Antaranya ialah Kampar, Siak, Siantan, Manjung, Inderagiri di Sumatera dan Bruas, Terengganu, Kelang, Kelantan dan Pahang di Semenanjung.Untuk mengukuhkan kekuasaan Melaka, raja-raja yang dilantik merajai negeri-negeri itu berasal daripada putera raja-raja Melaka sendiri dan pemerintah Melaka sendiri melantik para pembesarnya memegang beberapa kawasan yang telah ditakluk.Misalnya, Raja Menawar Syah , putera Sultan Alauddin Riayat Syah dijadikan raja di Kampar.Antara negeri yg dinaungi dengan kerelaan sendiri ialah seperti negeri Patani, Palembang, Jambi, Tungkal dan Lingga.Kerelaan memeluk Islam dan mengakui taat setia kepada kerajaan Melaka.