slide present p.india baharu

8
Perubahan daripada Aspek Ekonomi(Pendapatan) Sebelum berlakunya Proses Industrialisasi dan Urbanisasi Tawaran pekerjaan adalah terhad. Kebanyakan masyarakat India bekerja di ladang setelah berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka hanya terlibat dalam sektor perladangan dan perlombongan. Kebanyakan mereka bekerja sebagai penoreh getah. Oleh itu,gaji yang mereka dapat adalah sedikit. Gaji yang sedikit itu tidak dapat menampung keperluan belanja mereka terutama daripada kalangan joint family. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak dapat dihantar ke sekolah dan ada yang terpaksa berhenti sekolah. Namun, kaum lelaki masih mampu menjana pendapatan yang tinggi berbanding kaum wanita. Oleh sebab itu, kaum wanita kebanyakannya menjadi suri rumah tangga kerana gaji yang diperoleh itu sedikit walaupun bekerja di ladang getah.

Upload: sha-smile

Post on 11-Apr-2016

233 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

aa

TRANSCRIPT

Page 1: Slide Present P.india Baharu

Perubahan daripada Aspek Ekonomi(Pendapatan) Sebelum berlakunya Proses Industrialisasi dan Urbanisasi

Tawaran pekerjaan adalah terhad.

Kebanyakan masyarakat India bekerja di ladang setelah berhijrah ke Tanah Melayu.

Mereka hanya terlibat dalam sektor perladangan dan perlombongan. Kebanyakan mereka bekerja sebagai penoreh getah.

Oleh itu,gaji yang mereka dapat adalah sedikit.

Gaji yang sedikit itu tidak dapat menampung keperluan belanja mereka terutama daripada kalangan joint family.

Hal ini menyebabkan anak-anak tidak dapat dihantar ke sekolah dan ada yang terpaksa berhenti sekolah.

Namun, kaum lelaki masih mampu menjana pendapatan yang tinggi berbanding kaum wanita.

Oleh sebab itu, kaum wanita kebanyakannya menjadi suri rumah tangga kerana gaji yang diperoleh itu sedikit walaupun bekerja di ladang getah.

Page 2: Slide Present P.india Baharu

Sebagai contoh yang dapat dilihat adalah seperti berikut.

1920-1930an

50 sen (lelaki)

40 sen(perempuan)

Page 3: Slide Present P.india Baharu

Selepas Proses Industrialisasi Kebanyakan industri kecil

telah berkembang dengan pesat.

Malah , masyarakat India mulai berhijrah ke bandar kerana banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Proses industrialisasi ini menyebabkan banyak sektor baharu diwujudkan seperti sektor perkilangan dan pembuatan.

Hal tersebut telah menyebabkan banyak peluang pekerjaa ditawarkan kepada kaum lelaki dan wanita.

Malah, gaji yang dibayar juga lebih tinggi berbanding gaji yang ditawarkan ketika bekerja di ladang getah.

Waktu bekerja juga lebih sistematik dan keselamatan juga terjamin berbanding bekerja di ladang getah.

Pendapatan yang diperoleh itu adalah tetap dan ini membolehkan mereka menyara kehidupan keluarga mereka serta dapat menyara anak-anak ke sekolah.

Page 4: Slide Present P.india Baharu

Selepas Proses Urbanisasi Proses urbanisasi telah

menghadkan perkembangan keluarga.

Hal ini kerana saiz rumah di bandar adalah kecil dan terhad.

Maka, joint family ini akan berpecah dan ianya akan menyebabkan berlakunya kewujudan keluarga yang moden iaitu nuclear family.

Bukan itu sahaja, pertalian sesama keluarga juga akan mulai renggang.

Kos perumahan yang sentiasa meningkat juga menyebabkan sebilangan masyarakat India tidak mampu untuk membeli rumah.

Oleh itu, mereka hanya mampu menyewa rumah sewa atau duduk seorang diri.

Walaupun mereka mempunyai pekerjaan dan gaji yang baik tetapi mereka masih tidak mampu untuk membeli rumah terutama mereka yang menetap di bandar.

Orang-orang tua pula tidak mahu ikut berpindah ke bandar bersama-sama anak mereka.

Page 5: Slide Present P.india Baharu

PERUBAHAN DARIPADA ASPEK PERUBATAN

Sebelum berlaku proses Industrialisasi dan Urbanisasi

Masyarakat India banyak mengamalkan perubatan secara tradisional.

Pathi Vaithiyam

Sitha Vaithiyam

Page 6: Slide Present P.india Baharu

Tetapi,kedua-dua jenis rawatan tersebut tidak mampu untuk merawat penyakit yang kronik.

Sistem perubatan tradisional India lebih dikenali sebagai Ayurveda dan Siddha Vaidyam. Ayurveda juga disebut sebagai I-your-vay-da.

. Topik-topik mengenai perubatan tradisional ini ada terkandung di dalam buku-buku suci veda iaitu Rigveda, Samaveda, Yajurveda dan Atharveda

Perubatan tradisional ini terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu herba, aroma, makanan, warna, yoga, mantra, pembedahan, dan amalan hidup yang sihat.

Banyak jenis herba yang digunakan dalam perubatan tradisional India seperti Lawsonia Alba (Marathonri), Phyllantus Emblica (Nelli), daun mambu dan sebagainya.

Page 7: Slide Present P.india Baharu

Selepas Proses Indsutrialisasi dan Urbanisasi

Perubatan tradisional sedikit demi sedikit digantikan dengan perubatan moden.

Perubatan moden dikatakan lengkap dan memberi kesan yang cepat

Hal ini menyebabkan perubatan tradisional jarang digunakan.

Namun, golongan elit dan profesional telah mengembangkan perubatan tradisional ini dengan menggunakan teknologi.

Antara contoh yang dapat dilihat adalah seperti pusat rawatan tradisional India, Agastiar Siddha Vaidya Nilayam yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Pusat itu juga turut mengeluarkan pelbagai jenis produk herba dan produk tersebut berada di bawah penguatkuasaan General Manufacturin Products (GMP).

Antara contoh produknya ialah Neem Promotil, Sidhas Green Tea, Thanga Paspam Powder, Krim Fairever, dan lain-lain lagi.

Page 8: Slide Present P.india Baharu