slide pp(2)

31
PROPOSAL: MENINGKATKANPEMAHAMAN PRINSIP-PRINSIP INSURANS,MURID TINGKATAN 5 PERDAGANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POKOK MINDA. DISEDIAKAN UNTUK: PROF MADYA DR. ABD. LATIF BIN HJ. GAPOR DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK JAMNAH BT. ISHAK L 20111006510 FARINA BT. PAUZAN L 20111006498 MARZILPAH BT. ABDUL HAMID L 20111006492 MAIZATUL AKMAR BT. MOHD SUKERI L 20111006536

Upload: maizatul86

Post on 18-Jul-2015

167 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROPOSAL:

MENINGKATKANPEMAHAMAN PRINSIP-PRINSIP INSURANS,MURID TINGKATAN 5 PERDAGANGAN MENGGUNAKAN KAEDAH POKOK MINDA.

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF MADYA DR. ABD. LATIF BIN HJ. GAPOR

DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIK

JAMNAH BT. ISHAK L 20111006510

FARINA BT. PAUZAN L 20111006498

MARZILPAH BT. ABDUL HAMID L 20111006492

MAIZATUL AKMAR BT. MOHD SUKERI L 20111006536

Mata pelajaran Perdagangan di dalam KBSM

merupakan mata pelajaran elektif

Untuk memberi pendidikan perdagangan supaya

pelajar mengetahui, memahami dan dapat

menggunakan prinsip-prinsip dan amalan-amalan

positif dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan

yang berkaitan.

Kedudukan mata pelajaran Perdagangan sebagai

subjek elektif juga telah menyebabkan sekumpulan

pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran

sambil lewa

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pelajar tidak berupaya untuk mengenal pasti

dan mengingat prinsip-prinsip insurans dalam bab

9 Insurans mata pelajaran perdagangan tingkatan

lima.

Huraian buku teks atau buku-buku rujukan

perdagangan yang terdapat di pasaran terlalu

panjang dan sukar difahami

PENYATAAN MASALAH

Minat dan kemahiran belajar para pelajar

dalam mata pelajaran perdagangan akan menurun.

Akibatnya keputusan bagi mata pelajaran

perdagangan turut semakin merosot.

Masalah ini juga terjadi kerana

kebolehan pelajar yang berbeza tahapnya.

Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan

untuk meningkatkan pemahaman prinsip-prinsip

insurans, murid tingkatan 5 Perdagangan

menggunakan kaedah pokok minda.

Objektif Umum

Meningkatkan tahap pemahaman dan daya

ingatan pelajar untuk mengingati prinsip-prinsip

insurans menggunakan pokok minda dan

seterusnya menarik minat pelajar terhadap mata

pelajaran ini.

Objektif khusus

Selepas kajian ini selesai dijalankan, 8 orang

pelajar diharapkan dapat mencapai objektif

khusus seperti berikut:

Memahami sekurang-kurangnya dua ciri-ciri

dalam setiap prinsip insurans dalam tempoh masa

pengajaran dan pembelajaran

Pelajar dapat menjawab soalan-soalan isi tempat

kosong dengan tepat.

Reka bentuk kajian

Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses

dan prosedur kajian tindakan seperti berikut :

Langkah 1 – Pengenalpastian Isu dan Masalah

Melalui temubual bersama guru dan

pemerhatian yang dibuat, didapati 8 orang

pelajar tidak dapat mengenalpasti dan

memahami prinsip-prinsip insurans dan ciri-

cirinya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Mereka hilang fokus dan

tidak mengambil perhatian semasa guru

mengajar.

Langkah 2 – Perancangan Tindakan

Aktiviti yang dicadangkan ialah mengunakan kaedah

Pokok Minda.

Langkah 3 – Pelaksanaan Tindakan

Setelah mengetahui kelemahan kumpulan pelajar

tersebut, kami telah mengambil tindakan untuk

memperkenal kaedah Pokok Minda.

Pelaksanaan tindakan dijalankan dalam tempoh

empat kali pertemuan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Aktiviti ini hanya melibatkan 8 orang pelajar yang

mempunyai masalah dalam memahami prinsip-

prinsip insurans dan ciri-cirinya.

Antara tindakan yang dijalankan ialah:

Sesi 1

Kumpulan pelajar tersebut telah dimaklumkan

terlebih dahulu bahawa mereka akan

diperkenalkan satu kaedah yang lain bagi topik

yang sama iaitu prinsip-prinsip insurans.

Guru memberi nota Pokok Minda yang mengandungi

nota lengkap mengenai 4 prinsip-prinsip insurans

beserta ciri-cirinya kepada 8 orang pelajar tersebut

sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Guru memberi penerangan ringkas mengenai nota

pokok minda tersebut dan aktiviti yang akan

dijalankan terhadap 8 orang pelajar tersebut.

Prinsip-prinsip

insurans

•Insurans yang diuruskan secaraislam.•Tidak ada unsurriba dan tidakmenerima ataumembayar faedahkepada peserta.

• Dibayar ganti rugimengikut kerugiansebenar.

GAMBARAJAH 1

Sesi 2

Pada pertemuan kelas kedua, guru memberikan

pokok minda yang sama tetapi mengosongkan

beberapa ciri-ciri dan meminta pelajar mengisi

setiap tempat kosong tersebut.

Pelajar diminta menyiapkan dan menyerahkan

kepada guru untuk semakan.

Prinsip-prinsip

insurans

•Insurans yang diuruskan secaraislam.•Tidak ada unsurriba dan tidakmenerima ataumembayar faedahkepada peserta.

GAMBARAJAH 2

Sesi 3

Pada pertemuan kelas ketiga, guru memberikan

pokok minda sekali lagi dengan pengosongkan

prinsip-prinsip insurans dan meminta pelajar

mengisi setiap tempat kosong tersebut seterusnya

guru menyemak latihan tersebut.

GAMBARAJAH 3

- Sesi 4

Pada sesi ini guru meminta pelajar melukis semula

pokok minda tersebut lengkap dengan prinsip-prinsip

dan ciri-cirinya.

Pelajar diminta menjawab soalan objektif yang

berkaitan dengan subtopik tersebut. Ini adalah untuk

melihat sejauhmana pelajar tersebut dapat memahami

dan mengingati subtopik ini

1. Antara berikut, yang manakah bukan prinsip

insurans?

A. Indemniti C. Penuh percaya mutlak

B. Tanggungjawab D. Kepentingan boleh insurans

2. Antara berikut, jenis insurans yang manakah

dikecualikan daripada prinsip indemniti?

I Insurans kemalangan III Insurans Kecurian

II Insurans Kebakaran IV Insurans Hayat

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

3. Pernyataan di atas menerangkan tentang prinsip insurans

__________

A. Ganti rugi C. Penuh percaya

B. Prinsip Takaful D. Kepentingan boleh insurans

4. Berikut adalah prinsip insurans kepentingan boleh insurans

kecuali

A.Mesti memilik harta

B. Mengelakkan orang lain mendapat keuntungan.

C. Dibayar ganti rugi mengikut kerugian sebenar.

D. Tidak boleh menginsurans harta orang lain

•Insured mesti memberikan maklumat yang tepat.

•Insurans akan terbatal jika maklumat palsu.

Langkah 4 – Pemerhatian dan Menganalisis Data

Guru akan membuat pemerhatian terhadap pelajar

tersebut ketika aktiviti dijalankan.

Guru akan menganalisis hasil jawapan yang dibuat

oleh pelajar tersebut dan mengenalpasti perubahan

mereka setelah diperkenalkan kaedah Pokok Minda.

Langkah 5 – Refleksi dan Penilaian

Guru akan membuat refleksi selepas kajian

tindakan ini dilaksanakan dan berharap pelajar-

pelajar tersebut dapat memahami prisnip-prinsip

insurans dan memcapai objektif yang ditetapkan.

Lembaran kerja pokok minda

Nota lengkap pokok minda

Latihan-latihan mengisi tempat kosong

pokok minda

Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam

kajian ini adalah 8 daripada 30 orang pelajar

sebuah kelas sederhana pelajar tingkatan 5

Perdagangan, Sekolah Menengah Kebangsaan

Pekula Jaya Tikam Batu Sungai Petani Kedah.

Dalam kajian ini akan 2 kaedah pengumpulan

data iaitu:

(a) Soalan-soalan latihan

(b) Pemerhatian

Ujian pos – analisis pencapaian pelajar

Pemerhatian – pemerhatian terhadap tindak balas

pelajar dalam menyiapkan tugasan.

Dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi

bersama dengan guru-guru Sekolah Menengah

Kebangsaan Pekula Jaya, Tikam Batu, Sg. Petani,

Kedah.

ANGGARAN PERBELANJAAN

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pelajar tingkatan 5 Perdagangan Sekolah

Menengah Kebangsaan Kebangsaan Pekula Jaya,

Tikam Batu Kedah menghadapi masalah dalam

proses pengajaran dan pembelajaran terutama

dalam bab insurans.

8 daripada 30 orang pelajar di dalam kelas, tidak

dapat menjawab latihan yang diberikan

sewaktu pengajaran dan pembelajaran yang

lepas.

ISU KEPRIHATINAN

Satu kajian akan dijalankan kepada 8 orang

pelajar yang mengalami masalah dalam

memahami dan mengenalpasti prinsip-prinsip

insurans dan ciri-cirinya untuk meningkatkan

pemahaman prinsip-prinsip insurans,

menggunakan kaedah pokok minda.