slide pendekatan humanistik

Upload: nur-hani

Post on 20-Jul-2015

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDEKATAN HUMANISTIKSetiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan dirinya Setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar

Carl Rogers

Apa itu Pendekatan Humanistik Pendekatan Humanistik menekankan perasaan seseorang itu terhadap pengalaman pembelajaran. Fokus ditumpukan kepada seseorang pelajar dan memberi peluang untuk penglibatan individu secara mendalam. Pembelajaran adalah melalui pengalaman di mana pelajar digalakkan untuk bertindak sendiri untuk menemui sesuatu. Pendekatan ini mementingkan pelajar sebagai individu yang berpotensi dan menitikberatkan pembangunan sosial dan emosi individu.

Ciri-ciri pendekatan Humanistik1.Guru menentukan kurikulum dan pelajar menetapkan matlamat.

2.Mementingkan pembelajaran

3.Tidak mementingkan piawai, gred bukan ukuran pengajaran 4.Guru berperanan mencungkil potensi pelajar, memberikan galakan dan maklumbalas perlakuan aktiviti

Cara perlaksanaannya: Guru dapat memanfaatkan pendekatan ini dengan cara membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajar belajar. Guru boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menyediakan persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar pelajar dapat belajar dengan selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar pelajar berasa seronok ketika berada dalam bilik darjah tersebut dan tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran. Guru perlu peka terhadap aspek perkembangan diri setiap pelajar dengan memastikan keperluan asas wujud dalam persekitaran bilik darjah. Guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

KesimpulanGuru hendaklah menerima pelajar tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru perlu faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang pelajar tidak semuanya sama. Guru haruslah memainkan peranan penting dan memastikan mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling sesuai bagi memastikan pelajar dapat belajar dan menerima pelajaran yang disampaikan dengan berjaya dan berkesan.