skrip teater

8
PERTANDINGAN TEATER PEMBACA Persembahan Oleh : SK Lereh. Tajuk Cerita : Bunga Matahari Yang Sombong Pencerita : Pak Kassim sangat rajin menghias rumahnya . Halaman rumah Pak Kassim penuh dengan bunga- bungaan yang cantik dan harum. Macam- macam pokok bunga ditanamnya. Ada bunga melur, bunga kertas , bunga matahari, dan banyak lagi. Hari ini cuaca sangat baik. Bunga-bunga yang ditanamnya berkembang dengan cantik. Jiran yang lalu memuji- muji kecantikan bunga-bunga itu. Bunga Matahari : ( menyanyi ) Pagi yang gelap kini sudah terang Aku yang cantik kini sedang kembang

Upload: nor-aini-yusop

Post on 01-Dec-2015

72 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

skrip

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Teater

PERTANDINGAN TEATER PEMBACA

Persembahan Oleh : SK Lereh.

Tajuk Cerita : Bunga Matahari Yang Sombong

Pencerita : Pak Kassim sangat rajin menghias rumahnya .

Halaman rumah Pak Kassim penuh dengan bunga-

bungaan yang cantik dan harum. Macam-macam pokok

bunga ditanamnya. Ada bunga melur, bunga kertas ,

bunga matahari, dan banyak lagi. Hari ini cuaca sangat

baik. Bunga-bunga yang ditanamnya berkembang

dengan cantik. Jiran yang lalu memuji-muji kecantikan

bunga-bunga itu.

Bunga Matahari : ( menyanyi )

Pagi yang gelap kini sudah terang

Aku yang cantik kini sedang kembang

( Lagu : Pagi Yang Gelap, Kumpulan : Hujan )

Oh, cantiknya kelopakku ini. Berseri-seri bak matahari

yang sedang memancar. Dengar tu bunga kertas. Kakak

tu puji aku.

Bunga Kertas : ( Tersenyum sinis..) Yelah…. Aku tumpang gembira

mendengar dia puji kau. Akupun dipujinya jugalah

matahari. Bukankah kita semua bunga yang cantik.

Page 2: Skrip Teater

Bunga Matahari : ( Menggeleng-geleng sambil meninggi suara ) Eh, aku

sahajalah yang dipujinya. Kalian ni semua menumpang

saja.

Bunga Kertas : Kau…. Kau jangan perasanlah Matahari.Kakak tu

pun puji bunga-bunga yang lain.

Bunga Matahari : Ah! Aku lagi cantiklah..

Pencerita : Warna bunga matahari memancar ke seluruh

halaman rumah Pak Kassim. Bunga Kertas

memandang cemburu kecantikan bunga matahari.

Tidak lama kemudian, muncul Pak Kassim

berjalan-jalan di halaman rumahnya.

Pak Kassim memuji-muji kecantikan bunga matahari.

Bunga Matahari : Ha! Tengok. Semua orang terpegun dengan

kecantikanku. ( tersenyum bangga sambil meliuk-liukkan

kelopaknya)

Bunga Kertas : Matahari, Matahari. ( Menggeleng-gelengkan

kepalanya). Tak habis-habis lagi ke kau nak berbangga?

Page 3: Skrip Teater

Bunga matahari : ( Tersenyum bangga ) Tak…. Kalau aku saja bunga yang

ada di sini, lagi bagus. Kamu ni semua menyemakkan halaman Pak Kassim ni saja.

Bunga Kertas : Kau jangan berlagaklah matahari, nanti memakan diri.

Aku tahu aku tak cantik, tetapi aku bersyukur kerana Pak

Kassim menjagaku dengan baik.

Bunga matahari : ( Marah ) Argh… diamlah kau bunga kertas.

Sebenarnya engkau cemburu akan kecantikanku.

Kan…kan..kan…

Pencerita : Di hadapan pagar rumah Pak Kassim dan Mak

Munah kelihatan dua orang budak lelaki sedang

berjalan-jalan sambil memegang sebatang kayu di tangan.

Hakim : Eh….eh… berhenti….! Wah cantiknya bunga

yang kembang tu. Kau nampak tak Amir apa yang aku

lihat?

Amir : Mana? Mana? Aku tak nampak pun. Ha…. dah

nampak, dah nampak.

Pencerita : Kemudian, kedua-dua mereka menyelinap masuk

ke halaman rumah Pak Kassim.

Page 4: Skrip Teater

Hakim : Cantiknya bunga-bunga di sini. Rasa macam dalam filem

Bollywood pulak.

Ham to hamise coralo….. ( lagu Hindustan )

Amir : Hish, diamlah sikit…. Nanti Pak Kassim keluar.

Mati kita dikerjakannya. ( Takut)

Hakim : Ala… jangan takut lah. Eh, apa kata kita cabut

semua kelopak bunga matahari ni. Aku teringin

nak tengok bunga matahari togel. Macam mana

agaknya bentuknya nanti.

Amir : Apa…. tunggu lagi. Satu kelopak, dua kelopak….,

tiga kelopak…..( sambil mencabut kelopak bunga matahari)

Bunga Matahari : Aduh… sakitnya…. Bunga kertas, tolonglah aku!

Bunga melur selamatkanlah aku.. Aduh … sakitnya…

Bunga Kertas : Maaflah bunga matahari, aku tidak dapat

menolong kamu.

Amir : Ha..ha..ha… lucunya bunga matahari ni. Hakim, apa kita

hendak namakan bunga ni sekarang?

Page 5: Skrip Teater

Hakim : Matahari Si Bunga …… ah, tak tergamak aku hendak

menyebutnya… ha..ha..ha…

Amir : Hakim, jom lari. Pak Kassim datang tu…

Bunga Matahari : ( Menangis ) Kenapalah mereka tergamak melakukan

perbuatan itu kepada aku. Habis kelopakku gugur ke

tanah. Aku sudah tidak cantik lagi.

Bunga Kertas : Sudahlah Matahari. Tidak guna engkau menangis lagi.

Itu semua gara-gara sikap kamu yang terlalu sombong.

Bunga Matahari : ( Menyesal ) Aku minta maaf Bunga Kertas. Aku

menyesal sekarang.

Sudah, cukup-cukup sudah…

Cukup sampai di sini saja,

Daripada diri tersiksa, lebih baik ku pergi saja..

Pencerita : Pak Kassim dan Mak Munah keluar dari rumah mereka

untuk membersihkan halaman rumah. Mereka terperanjat

melihat keadaan bunga matahari . Pak Kassim lantas

mencantas pokok bunga matahari . Bunga-bunga lain

berasa sedih melihat Pak Kassim memangkas batang

pokok Bunga Matahari.

Rakan-rakan semua, kita tidak boleh berlagak sombong

dengan kelebihan yang kita miliki. Sepatutnya kita

hendaklah bersyukur dengan setiap pemberian Allah

kepada kita.

Page 6: Skrip Teater