skrip penutupan bulan kemerdekaan 2015

8
SKRIP PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2015 Majlis dengan sukacitanya memohon kepada hadirin sekalian untuk sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku, diikuti Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah. Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan mempersilakan hadirin sekalian untuk duduk dan mengambil tempat masing- masing. Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mohamad Saadon b. Haron, Pengetua SMK Sungai Besi. Yang Berusaha, Puan Yap Chooi Phin, Penolong Kanan Sesi Petang. Encik Loke Kai Hoong, Guru Kanan Bidang kemanusiaan. Ketua-ketua bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, majlis dengan rasa penuh kesyukuran dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis Penutupan Bulan Patriotik SMK Sungai Besi bagi tahun 2015. Sebagaimana yang dimaklumi, sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 58 ini telah berlangsung dalam suasana penuh gilang gemilang. Melalui program-program yang telah dijalankan, kita mengharapkan akan wujud kesedaran kepada generasi hari ini dalam menghargai pengorbanan pejuang-pejuang silam dan seterusnya melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi. Seterusnya, bagi memberkati majlis kita pada kali ini, dijemput Al Fazil Ustaz Muhammad Rahim Che Razak untuk menyempurnakan bacaan doa. Majlis mempersilakan. *** Bacaan Doa***

Upload: akira

Post on 23-Jan-2016

274 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Penutupan Bulan Kemerdekaan 2015

SKRIP PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Majlis dengan sukacitanya memohon kepada hadirin sekalian untuk sama-sama berdiri dan menyanyikan lagu Negaraku, diikuti Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu Sekolah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan mempersilakan hadirin sekalian untuk duduk dan mengambil tempat masing-masing.

Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mohamad Saadon b. Haron, Pengetua SMK Sungai Besi. Yang Berusaha, Puan Yap Chooi Phin, Penolong Kanan Sesi Petang. Encik Loke Kai Hoong, Guru Kanan Bidang kemanusiaan. Ketua-ketua bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu, majlis dengan rasa penuh kesyukuran dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran semua ke Majlis Penutupan Bulan Patriotik SMK Sungai Besi bagi tahun 2015. Sebagaimana yang dimaklumi, sambutan Hari Kemerdekaan kali ke 58 ini telah berlangsung dalam suasana penuh gilang gemilang. Melalui program-program yang telah dijalankan, kita mengharapkan akan wujud kesedaran kepada generasi hari ini dalam menghargai pengorbanan pejuang-pejuang silam dan seterusnya melahirkan pelajar yang berkeyakinan tinggi.

Seterusnya, bagi memberkati majlis kita pada kali ini, dijemput Al Fazil Ustaz Muhammad Rahim Che Razak untuk menyempurnakan bacaan doa. Majlis mempersilakan.

*** Bacaan Doa***

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih Al Fazil Ustaz.

Untuk meneruskan kelangsungan majlis pada hari ini, pihak majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohamad Saadon b. Haron, Pengetua SMK Sungai Besi untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penutupan Bulan Patriotik dan Kemerdekaan Smk Sungai Besi. Majlis mempersilakan.

*** Ucapan Pengetua***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan Tuan Pengetua sebentar tadi.

Page 2: Skrip Penutupan Bulan Kemerdekaan 2015

Tarian gemalai Warisan tradisi

Seni budaya cerminan generasi

Tangan dihulur seikhlas hati

Persembahan pelajar menyusul kini

Majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 iaitu

Adik Nur Ain Sakinah, Shahmi Mirza, Neyvashri, Fong Siew Fei dan Siti Fatimah.

Majlis mempersilakan.

*** Persembahan***

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Hadirin yang dihormati, majlis diteruskan dengan Pertandingan Peragaan Pakaian

Tradisional yang akan dipimpin oleh Pn Nurul Aida dan Pn Masnizam.

Majlis mempersilakan.

*** Pertandingan Peragaan Pakaian Tradisional***

Terima kasih diucapkan kepada para peserta atas persembahan yang sungguh menarik

itu tadi.

Awan bersua citra berkisah

Ukiran sukma kilauan kelisa

Pertandingan Peragaan selesai sudah

Persembahan pelajar menyusul pula

Majlis dimeriahkan lagi dengan Persembahan Tarian 1 Malaysia yang dipimpin oleh Pn. Norhafizah. Majlis mempersilakan.

*** Persembahan***

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang sungguh bertenaga itu tadi

Page 3: Skrip Penutupan Bulan Kemerdekaan 2015

Hadirin yang dihormati , kini, tibalah masanya acara kemuncak majlis pada petang ini iaitu Penyampaian Hadiah. Sehubungan itu, pihak majlis mempersilakan _____________________________ untuk mengiringi _______________________ bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

1. Pertandingan Foto Senyuman 1 Malaysia

Tempat kelima :__________________________________________________________

Tempat keempat :__________________________________________________________

Tempat ketiga :__________________________________________________________

NAIB JOHAN :__________________________________________________________

JOHAN :__________________________________________________________

2. Pertandingan Masakan Nasi Goreng 1 Malaysia

Tempat kelima :__________________________________________________________

Tempat keempat :__________________________________________________________

Tempat ketiga :__________________________________________________________

NAIB JOHAN :__________________________________________________________

JOHAN :__________________________________________________________

3. Pertandingan Rekacipta Bangunan Bersejarah

Tempat kelima :__________________________________________________________

Tempat keempat :__________________________________________________________

Tempat ketiga :__________________________________________________________

NAIB JOHAN :__________________________________________________________

JOHAN :__________________________________________________________

4. Pertandingan Pakaian Tradisional

Page 4: Skrip Penutupan Bulan Kemerdekaan 2015

5. Pertandingan Kolaj Tempat kelima :__________________________________________________________

Tempat keempat :__________________________________________________________

Tempat ketiga :__________________________________________________________

NAIB JOHAN :__________________________________________________________

JOHAN :__________________________________________________________

6. Pertandingan Lagu Patriotik Tempat kelima :__________________________________________________________

Tempat keempat :__________________________________________________________

Tempat ketiga :__________________________________________________________

NAIB JOHAN :__________________________________________________________

JOHAN :__________________________________________________________

7. Pertandingan Futsal Tempat kelima :__________________________________________________________

Tempat keempat :__________________________________________________________

Tempat ketiga :__________________________________________________________

NAIB JOHAN :__________________________________________________________

JOHAN :__________________________________________________________

8. Pertandingan Menghias Kelas Tempat kelima :__________________________________________________________

Tempat keempat :__________________________________________________________

Tempat ketiga :__________________________________________________________

NAIB JOHAN :__________________________________________________________

JOHAN :__________________________________________________________

Page 5: Skrip Penutupan Bulan Kemerdekaan 2015

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan hadiah

sebentar tadi.Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan

ini dapat memberi semangat dan suntikan untuk terus berusaha dan melakukan yang

terbaik.

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan Persembahan Tarian #SehatiSejiwa yang dipimpin oleh _____________________________Majlis mempersilakan.

Sebelum melabuhkan tirai, dijemput __________________________________________

________________________________________________________________________

Untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Tema Hari Kebangsaan #Sehati Sejiwa, Disini

Lahirnya Sebuah Cinta dan Warisan.

***Persembahan***

Dengan ini, pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis penutupan bulan Patriotik dan Kemerdekaan pada petang ini.

Terima kasih diucapkan.