skrip majlis tadika al farabi 2009

4
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.... Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan di malam hari Kami mengucapkan selamat datang Ke Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Al Farabi Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin serta anak-anak didik Tadika Islam Al Farabi ke Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Cerdik Al Farabi bagi tahun 2010. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian yang masih belum menjamu selera, dipersilakan menjamu makanan dan minuman yang telah disediakan oleh pihak Tadika Islam di luar dewan ini. Sukacita diingatkan agar kita semua dapat menjaga kebersihan dan keceriaan di kawasan Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala ini. Kerjasama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak semua amat-amat dihargai. Pohon Meranti tiga sebatang Ditebang orang tiga pemuka Tuan dinanti sudahlah datang Berbesar hati kami menerima Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Ahmad Saruji bin Abd Hamid; Ketua Eksekutif Pemasaran, Amanah Raya Berhad merangkap Pengerusi Tadika Islam Cerdik Al Farabi ke Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Cerdik Al Farabi bagi tahun 2010. Yang berbahagia En Ahmad Saruji bin Abd Hamid; Ketua Eksekutif Pemasaran, Amanah Raya Berhad merangkap Pengerusi Tadika Islam Cerdik Al Farabi. Yang dihormati En. Mohd Zain bin Abd Ghani selaku Pengurus Tadika Islam Cerdik Al Farabi. Yang dihormati Pn Noraini bt Nayan, Guru Besar Tadika Islam Cerdik Al Farabi. Guru-guru, ibu bapa dan para murid sekalian.

Upload: mohamed-rasul

Post on 28-Jun-2015

858 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Majlis Tadika Al Farabi 2009

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Buat ketupat bersama rendangJadi hidangan di malam hari

Kami mengucapkan selamat datangKe Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Al Farabi

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan, para hadirin serta anak-anak didik Tadika Islam Al Farabi ke Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Cerdik Al Farabi bagi tahun 2010.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian yang masih belum menjamu selera, dipersilakan menjamu makanan dan minuman yang telah disediakan oleh pihak Tadika Islam di luar dewan ini.

Sukacita diingatkan agar kita semua dapat menjaga kebersihan dan keceriaan di kawasan Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala ini. Kerjasama dari pihak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak semua amat-amat dihargai.

Pohon Meranti tiga sebatangDitebang orang tiga pemukaTuan dinanti sudahlah datang

Berbesar hati kami menerima

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Ahmad Saruji bin Abd Hamid; Ketua Eksekutif Pemasaran, Amanah Raya Berhad merangkap Pengerusi Tadika Islam Cerdik Al Farabi ke Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Cerdik Al Farabi bagi tahun 2010.

Yang berbahagia En Ahmad Saruji bin Abd Hamid; Ketua Eksekutif Pemasaran, Amanah Raya Berhad merangkap Pengerusi Tadika Islam Cerdik Al Farabi.Yang dihormati En. Mohd Zain bin Abd Ghani selaku Pengurus Tadika Islam Cerdik Al Farabi.Yang dihormati Pn Noraini bt Nayan, Guru Besar Tadika Islam Cerdik Al Farabi.Guru-guru, ibu bapa dan para murid sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan Kasih dan RahmatNya dapat kita bersama-sama berada dan hadir dalam Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Cerdik Al Farabi 2010. Saya bagi pihak majlis, sekali lagi mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.

Page 2: Skrip Majlis Tadika Al Farabi 2009

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Cerdik Al Farabi ini.

Tetak buluh panjang sepuluhMari jolok sarang penyengatAngkat tangan jari sepuluhDoa diminta biar selamat

Majlis mempersilakan Tn Hj. Mukhtaruddin untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Amin Ya Rabbal Alamin. Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan haji .......... di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Kalau dilipat sebesar kukuKalau dibentang seluas alam

Yang jauh diimbauYang dekat digamit

Seuntai salam sejambak kataDegup bicara, merisik rasa.

Benarlah kata orang, jika tak kenal maka tak cinta,Kalau dah cinta, ingin pula bertentang mata,Pabila bertentang mata, ingin pula mendengar suara.Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada Y. Bhg En Ahmad Saruji bin Abd Hamid; Ketua Eksekutif Pemasaran, Amanah Raya Berhad merangkap Pengerusi Tadika Islam Cerdik Al Farabi

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Tanam lenggun tumbuhnya kelapaTerbit bunga pucuknya matiBudi tuan kami takkan lupa

Sudah tersemat di dalam hati

Terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar tadi....

Page 3: Skrip Majlis Tadika Al Farabi 2009

Seterusnya, Adik Adib Adha bin Muhd Sofian (6 tahun) akan membacakan Surah Al Baqarah ayat 119 - 123. Diikuti oleh Hafazan Al Quran oleh :Adik Nur Hadirah Batrisyia bt Sayuti (Surah Al Ikhlas , Al Falak, An Naas dan Al Kafirun)Adik Muhd Hadi (Terjemahan Surah Al Ikhlas)Adik Muhd Aidil (Terjemahan Surah Al Falak)Adik Muhd Aiman (Terjemahan Surah An Nas)Adik Muhd Fikri Iman (Terjemahan Surah Al Kafirun)

Terbang bebas si rama-ramaTeratai mekar di tengah lembah

Menyusun langkah semerdu iramaPertandingan Pakaian Beragam kini dipersembah

Buat pengetahuan hadirin semua, persembahan pakaian beragam ini terdiri daripada 5 orang anak-anak Taska Al Farabi yang berumur 4 tahun ke bawah. Baca senarai nama peserta....

Skrip Penutup

Hadirin dan hadirat sekalian,

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi maka sempurnalah sudah Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Cerdik Al Farabi bagi tahun 2009 pada malam ini. Semoga kecemerlangan akan sentiasa mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan, masyarakat dan negara. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan dan menghadiri majlis ini dan majlis ini diakhiri dengan ENAM rangkap pantun

Kok berkayuh dah sampai ke muaraKok berenang dah sampai ke tepianKok berlari dah sampai ke garisan

Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Bunga selasih dapat di pangkalharga serupa kain kesturi

terima kasih selamat tinggalhingga berjumpa di lain hari

Hinggap merpati di tunggul jeramiberenang laju selam kemumunamun di hati tetap bersemi

kenang Al Farabi dalam doamu

Page 4: Skrip Majlis Tadika Al Farabi 2009

Resah hati diperalat tuan,terduga rasa dalam gelora;

berpisah jadi adat pertemuan,semoga sentiasa dalam sejahtera.

Kalau ada jarum yang patahJangan disimpan didalam peti

Majlis Penyampaian Sijil selesailah sudahJumpa lagi kita di lain kali

Kiri jalan kanan pun jalanTengah-tengah pohon mengkudu

Selamat jalan kami ucapkanBerhati-hati ketika memandu

Dengan kata-kata ini maka.....

Selesailah sudah Majlis Penyampaian Sijil Tadika Islam Cerdik Al Farabi bagi tahun 2010.

Saya bagi pihak majlis mengucapkan terimakasih di atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.