skrip forum

5
(WATAK DALAM FORUM INI HANYA REKAAN) SKRIP FORUM (MASALAH GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA) Pengacara(P): Mohd Ruzaini Ahli Panel 1(A1): Taufik Isyhamudin Ahli Panel 2(A2): Mohd Hafiz P : Assalamualaikum dan selamat pagi. Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja pada masa kini kian meruncing seperti yang dapat kita dapat lihat melalui media massa kini terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan para remaja telah berlaku daripada sekadar memontang kelad hinggalah kesanggupan untuk membunuh insan lain dan hal ini telah membawa kepada pelbagai masalah samaada dari segi sosio masyarakat dan juga ekonomi negara. Oleh itu, bersama kita pada pagi ini bagi membincangkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ialah dua orang doktor terkemuka iaitu Dr.Hafiz dan Dr.Taufik. DR.hafiz merupakan pakar motivasi diri dan beliau juga merupakan penceramah motivasi diri dan telah berceramah hingga ke luar negara manakala Dr.Taufik pula merupakan pakar psikologi daripada HUKM dan beliau telah terlibat dalam pemulihan akhlak di Pusat Pemulihan Akhlak, Cheras. P : Pada pandangan Dr.Taufik, Apakah penyebab masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ini berlaku. A1 : Pada pandangan saya, faktor utama kepada berlakunya masalah gejala sosial dalam kalangan remaja adalah disebabkan daripada pengaruh media. Media pada masa kini banyak memaparkan unsur lucah dan ganas yang mana telah membawa pengaruh negatif dalam diri remaja. Terdapat juaga ceriata yang pada asalnya bertujuan untuk mendidik tentang keburukan dan akibat daripada gejala negatif seperti Bohsia, KL menjerit, dan KL drift sebaliknya umpama keris makan tuan mendedahkan lagi remaja kepada unsur negatif. Dalam dunia tanpa sempada mudah untuk para remaja mendapatkan akses kepada bahan negatif contohnya melalui internet yang mana tidak terdapat sebarang penapisan yang boleh digunakan

Upload: taufik-ahmad

Post on 04-Jul-2015

12.088 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Forum

(WATAK DALAM FORUM INI HANYA REKAAN)

SKRIP FORUM (MASALAH GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA)

Pengacara(P): Mohd RuzainiAhli Panel 1(A1): Taufik IsyhamudinAhli Panel 2(A2): Mohd Hafiz

P : Assalamualaikum dan selamat pagi. Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja pada masa kini kian meruncing seperti yang dapat kita dapat lihat melalui media massa kini terdapat banyak kes jenayah yang melibatkan para remaja telah berlaku daripada sekadar memontang kelad hinggalah kesanggupan untuk membunuh insan lain dan hal ini telah membawa kepada pelbagai masalah samaada dari segi sosio masyarakat dan juga ekonomi negara. Oleh itu, bersama kita pada pagi ini bagi membincangkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ialah dua orang doktor terkemuka iaitu Dr.Hafiz dan Dr.Taufik. DR.hafiz merupakan pakar motivasi diri dan beliau juga merupakan penceramah motivasi diri dan telah berceramah hingga ke luar negara manakala Dr.Taufik pula merupakan pakar psikologi daripada HUKM dan beliau telah terlibat dalam pemulihan akhlak di Pusat Pemulihan Akhlak, Cheras.

P : Pada pandangan Dr.Taufik, Apakah penyebab masalah gejala sosial dalam kalangan remaja ini berlaku.

A1 : Pada pandangan saya, faktor utama kepada berlakunya masalah gejala sosial dalam kalangan remaja adalah disebabkan daripada pengaruh media. Media pada masa kini banyak memaparkan unsur lucah dan ganas yang mana telah membawa pengaruh negatif dalam diri remaja. Terdapat juaga ceriata yang pada asalnya bertujuan untuk mendidik tentang keburukan dan akibat daripada gejala negatif seperti Bohsia, KL menjerit, dan KL drift sebaliknya umpama keris makan tuan mendedahkan lagi remaja kepada unsur negatif. Dalam dunia tanpa sempada mudah untuk para remaja mendapatkan akses kepada bahan negatif contohnya melalui internet yang mana tidak terdapat sebarang penapisan yang boleh digunakan bagi mengawal penyebaran unsur lucah dan keganasan dalam kalangan remaja.

P : Pada pandangan Dr.Hafiz pula, Apakah mungkin lagi penyebab kepada berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja?

A2 : Selain daripada pengaruh media yang dinyatakan oleh Dr.Taufik tadi terdapat juga faktor rakan sebaya. Rakan sebaya merupakan individu yang paling memahami diri remaja terbabit disebabkan daripada mereka berada dalam lingkungan umur yang sama menjadikan remaja lebih mudah untuk mempercayai dan mengikuti tingkah laku, aktiviti dan pengaruh negatif yang dibawa oleh rakan sebaya mereka. Contoh paling senang ialah merokok iaitu masalah disiplin yang banyak dan sukar untuk ditangani di sekolah-sekolah di Malaysia dan ramai daripada

Page 2: Skrip Forum

remaja yang terlibat dalam aktiviti merokok akibat daripada pengaruh dan ajakan rakan sebaya. Lantas menjerumuskan mereka dalam persekitaran yang negatif. Bercakap tentang pengaruh persekitaran kita boleh bahagikan kepada dua iaitu masyarakat dan kawasan kediaman. Bercakap tentang masyarakat ini saya merujuk kepada masyarakat yang tidak mnghiraukan tentang kegiatan yang dilakukan oleh para remaja dan ini menyebabkan remaja lebih berani untuk melakukan kegiatan yang tidak berfaedah tersebut seperti berdua-duaan, merokok, ponteng kelas dan bergaduh. Terdapat juga masyarakat yang sebaliknya menggalakkan remaja untuk terlibat dengan aktiviti tak senonoh dan ini yang merunsingkan kita sekarang. Bagi kawasan kediaman pula contohnya kelab malam yang beroperasi tanpa had masa bahkan membenarkan lagi remaja bawah umur memasuki premis mereka. Tempat terbabit merupakan sarng kepada pelacuran, dadah, dan kongsi gelap yang mana akan merosakkan remaja kita. Seterusnya, kurangnya didikan agama secara formal mahupun tidak formal kerana sesungguhnya setiap agama tidak mengajar kemungkaran dan dengan kurang didikan agama remaja akan kurang ambil peduli tentang hal-hal kemungkaran.

P : Dr.Taufik ada apa-apa yang ingin ditambah?

A1 : Penerangan yang dilakukan Dr.Hafiz tadi amat terperinci tetapi tidak dilupakan peranan ibu bapa yang kian hilang kurang memberikan perhatian akibat kesibukan bekerja turut merupakan faktor kepada masalah ini. Sistem pendidikan Malaysia yang terlalu berorientasikan kepada peperiksaan telah menyebabkan pengiktirfan pelajar dilihat lebih kepada akademik dan bukannya daripada pembentukan sahsiah dan jati diri mereka. Lantas memnyebabkan mereka yang mempunyai bakat lain berasa tersisih semasa mengikuti program yang dilakukan di sekolah. Maka hilanglah peranan sekolah dalam membentuk generasi muda kita.

P : Dapat kita rumuskan daripada apa yang dikatakan oleh kedua-dua saudara kita penyebab kepada masalah gejala sosial dalam kalangan remaja adalah pengaruh daripada media yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik telah mendedahkan remaja kepada unsur negatif dan akibat daripada kurangnya kawalan terhadap sistem maklumat memudahkan lagi untuk bahan-bahan berunsur negatif sampai kepada remaja. Selain itu, pengaruh daripada rakan sebaya ngatif terhadap diri remaja menjerumuskan lagi mereka dengan gejala sosial. Pengaruh persekitaran masyarakat dan kawasan kediaman mereka telah mendorong mereka untuk terlibat dengan gejala sosial dan hal ini amat sukar untuk dikawal. Kelemahan sistem pendidikan negara yang lemah menyabakan keciciran perhatian terhadap remaja yang kurang menyerlah dalam akademik menjadikan mereka hilang semangat untuk meneruskan hidup sebaliknya melibatkan diri dengan gejala sosial.

P : Soalan seterusnya saya tujukan kepada Dr.Taufik. Pada pendapat doktor, Apakah kesan daripada masalah gejala sosial dalam kalangan remaja?

A1 : Pada pendapat sayalah, kesan yang pertama semestinya akhlak remaja akan rosak dan menjadikan mereka kurang ajar terhadap orang yang lebih tua dari mereka hinggakan ada yang menjadi anak derhaka melawan cakap ibu bapa mereka. Remaja terbabit akan selalunya terlibat

Page 3: Skrip Forum

dengan kes jenayah seperti merogol, membunuh, kongsi gelap dan peras ugut. Hal ini, amat membimbangkan kerana akan hilanglah pelapis generasi muda kita.

P : Bagaimana pula dengan Dr.Hafiz, Apakah pandapat doktor dalam kesan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja?

A2 : Pada pendapat saya, seperti yang dapat kita lihat pergaulan bebas sesama remaja lelaki dan perempuan makin menjadi-jadi hinggakan ada yang sudah pun bersekedudukan. Akibat daripada itu terdapat banyak kes buang bayi yang telah terjadi ada yang dibuang di tong sampah, di masjid dan di tandas pun ada. Ini menunjukkan betapa rosaknya akhlak mereka sedangkan binatang pun sayangkan anak. Tetapi ramai juga yang cuba menjadi ibu tetapi gagal kerana kurangnya sokongan ahli keluarga.

P : Begitu teruknya kesan daripada masalah sosial dalam kalangan remaja tuan-tuan semua. Akhlak mereka rosak hingga sanggup menderhaka kepada ibu bapa dan akibat dari itu mereka terlibat pula dengan kes jenayah. Manakala mereka yang telah terlanjur pula sanggup membuang anak kecil yang tidak berdosa dalam tempat yang amatlah menyedihkan.

P : Oleh itu Dr.Hafiz, bagaimanakah cara yang boleh kita lakukan bagi menyelesaikan masalah gejala sosial ini?

A2 : Kita perlulah meningkatkan pendidikan agama di Malaysia dari segi formal ataupun tidak formal kerana agama dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik. Program seperti JQAF iaitu pembelajaran Al-Quran dan fardhu ain perlu dipergiatkan lagi mahupun di sekolah ataupun di surau dan masjid. Penekanan terhadap pemakaian menutup aurat perlu lebih ditekankan dan begitu juga batas pergaulan antara remaja lelaki dan perempuan. Perlulah juga kita mengadakan ceramah keagamaan bagi membentuk sahsiah diri remaja mengelakkan mereka dari terlibat dengan gejala sosial mahupun bila sudah meningkat dewasa. Selain itu, ibu bapa perlu mula kembali memainkan peranan mereka mendidik anak remaja dan memberikan lebih kasih saying dan perhatian kepada mereka. Ini akan membolehkan ibu bapa untuk mengawal anak remaja mereka daripada terlibat daripada gejala sosial.

P : Dr.Taufik pula, bagaimanakah cara yang boleh kita lakukan bagi menyelesaikan masalha gejala sosial ini.

A1 : Bagi sayalah yang pertama adalah dengan mengubah sistem pendidikan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan kepada lebih bersifat pembentukan sahsiah diri seperti yang dilakukan kerajaan iaitu 1 murid 1 sukan yang mana dapat menerapkan semangat kesukanan dalam diri pelajar. Dalam semangat kesukanan terbabit pelajar akan dapat belajar tentang bekerjasama, keyakinan diri, berani menyuarakan pendapat dan dapat membentuk jati diri yang kuat. Komponen sastera dalam Bahasa Melayu seperti sajak, syair dan pantun jika diterapkan dalam kehidupan pelajar pasti dapat memberikan iktibar melalui nilai-nilai murni yang disampaikan. Masyarakat zaman sekarang perlu kembali ke waktu dula ketika masih lagi sibuk

Page 4: Skrip Forum

menjaga tepi kain orang dan menganggap anak kau anak aku, anak aku anak kau juga bukannya marah-marah bila orang menegur anak kita.

P : Kesimpulannya bagi menyelesaikan masalah sosial daripada berlaku kita perlulah mengutamakan didikan agama dan menerapkan didikan agama dalam hal sehari-hari seperti menutup aurat dan batas pergaulan remaja lelaki dan perempuan. Peranan kita sabagai ibu bapa juga perlu lebih ditekankan agar dapat memberikan kasih saying dan perhatian kepada aanak remaja. Didikan di rumah turut perlu ditekankan bagi membentuk rohani diri yang baik. Disamping itu, sistem pendidikan negara perlu diubah agar dapat membentuk remaja yang mempunyai sahsiah diri yang baik. Seni kusateraan juga perlulah diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Akhirnya, semangat rukun tetangga juga perlu disemarakkan semula bagi kebaikan mengatasi masalah gejala sosial mahupun untuk merapatkan hubungan silaturrahim.

P : Nampaknya masa tidak mengizinkan kita untuk berbual panjang. Oleh itu, terima kasih kepada kedua-dua Dr.Hafiz dan Dr.Taufik kerana hadir pada pagi ini. Saya berharap kita dapat bersama-sama membanteras gejala sosial di Malaysia bagi kesejahteraan hidup bersama. Assalamualaikum dan jumpa lagi dilain hari.