skrip emcee sukan 1

Upload: noor-azlina-said

Post on 10-Mar-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

skrip emcee sukan

TRANSCRIPT

SKRIP JURUACARA PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELUK BAHANG KALI KE - 12KETIBAAN VVIP

- Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia En. Amir Amzah bin Abdul Hamid , Pegawai LINUS (Numerasi), PPD Daerah Barat Daya berserta rombongan dengan diiringi oleh En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.PEMERIKSAAN KHEMAH RUMAH SUKANMajlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia En. Amir Amzah bin Abdul Hamid diiringi oleh En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh untuk meyempurnakan sesi pemeriksaan khemah rumah sukan bagi Rumah Delima, Mutiara, Nilam dan Zamrud.Untuk makluman hadirin sekalian,

TEMA Kejohanan Sukan Tahunan SMK Teluk Bahang kali ke 12 bagi tahun 2013 ialah bertemakan cakerawala. Semua rumah sukan telah berganding bahu menggarapkan idea yang kreatif serta inovatif demi memastikan kejayaan rumah sukan masing-masing.(tunggu sehingga perasmi ke khemah VVIP)

Terima kasih diucapkan kepada En. Amir Amzah bin Abdul Hamid kerana sudi memeriksa khemah rumah-rumah sukan sebentar tadi. Para hadirin dipersilakan duduk.KATA-KATA ALUAN

Melati kuntum tumbuh sekata,

Saying merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Sayang kumbang mencari makan,Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiring restu ilahi.BismillahirrahmaanirrahiimSegala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan kita nabi Muhamad saw. Dengan izin dari Allah s.a.w dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari yang indah dan penuh ceria hari ini.

- Yang Berbahagia, En. Amir Amzah bin Abdul Hamid, Pegawai LINUS (Numerasi), PPD Daerah Barat Daya.- Yang Berusaha, En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.

- Yang Berbahagia, En. Abdul Majeed bin Shariff, Yang di Pertua Persatuan Ibu bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.

- Yang Dihormati En Omar Bin Abdul Rashid, Penolong Kanan Pentadbiran, Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.

- Yang Dihormati Ustaz Mohd Siroj bin Abdul Latiff, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.

- Yang Dihormati Puan Jamilah binti Shaharom, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.

-Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru, Guru-Guru, Ibu Bapa dan seterusnya warga pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.UPACARA PERASMIAN

Para hadirin yang dihormati sekalian

- Selamat datang ke Kejohanan Sukan Tahunan SMK. Teluk Bahang Kali ke-12 bagi tahun 2013.

- Kejohanan Sukan Tahunan pagi ini akan membuka tirai dengan perarakan masuk bendera kejohanan Sukan Sekolah oleh 4 orang anggota Kadet Remaja Sekolah.Pertandingan perarakan perbarisan pada hari ini akan diadili oleh tiga orang hakim iaitu:

i- EN. AMIR AMZAH BIN ABDUL HAMID, Pegawai LINUS (Numerasi), Daerah Barat Daya.ii- EN. ABDUL NASIR BIN HJ. SALLEH, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.

iii- EN. ABDUL MAJEED BIN SHARIFF, Yang di Pertua Persatuan Ibu bapa dan Guru, Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.(Tunggu sehingga kontinjen perbarisan menghampiri padang)

Bagi menyempurnakan acara lintas hormat pada hari ini, majlis menjemput dan mempersilakan tetamu kehormat kita pada hari ini untuk berdiri bagi menerima lintas hormat daripada kontinjen-kontinjen perbarisan yang terdiri daripada Pasukan Kadet Remaja Sekolah disusuli pula oleh Kontinjen-Kontinjen Rumah Sukan yang akan mengambil bahagian pada hari ini.PERBARISAN LINTAS HORMAT

Hadirin sekalian,1. Pasukan Kadet Remaja SekolahLintas hormat pada pagi ni dihadului oleh Pasukan Kadet Remaja Sekolah yang melangkah segak dengan kekuatan kontinjen seramai 35 orang yang terdiri daripada Platun Puteri. Platun Puteri KRS ini telah dibimbing oleh En. Mohd Rahimi bin Abdul Manaf.*Untuk makluman hadirin sekalian, Platun Puteri KRS telah menjadi Johan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.2. Pasukan Rumah Delima

Seterusnya perarakan lintas hormat oleh Pasukan Rumah Delima yang diketuai oleh Adik Muhammad Syukri Bin Amir. Pasukan ini telah dibimbing oleh Cik Keerthana a/p Veeriah yang telah memilih tema Matahari. Matahari bukan sahaja menyinari seluruh pelusuk bumi dan alam cakerawala malah ianya juga sentiasa memberi tenaga dan harapan yang cerah kepada masa depan atlit Pasukan Rumah Delima.3. Pasukan Rumah Mutiara

Kontinjen yang akan melakukan lintas hormat seterusnya ialah Pasukan Rumah Mutiara dengan memegang motto Pelajar Cemerlang Mutiara Gemilang. Pasukan ini telah diketuai oleh Adik Mohd Qayyum bin Raimi. Pasukan ini telah dibimbing oleh Cik Norhabibah Naquiah Binti Zainal Abidin yang memilih tema dan maskot Minions Despicable. Bagi mereka asas kejayaan yang penting adalah usaha, menang kalah belakang kira. Luaskan, Sebarkan kuasamuWahai Mutiara. 4. Pasukan Rumah Nilam

Perarakan lintas hormat seterusnya ialah pasukan Rumah Nilam dengan mottonya Man Jadda Wa Jada yang bermaksud Siapa yang berusaha, dia yang Berjaya atau dalam bahasa Inggeris yang disebut Winners Never Quit. Pasukan ini diketuai oleh Adik Sulaiman bin Iliyas dan dibimbing bersama oleh Cik NoorAdillah bt Hashim. Pasukan Nilam telah memilih maskot bertemakan Warriors from the Space. Pasukan Nilam memastikan kejayaan pada kali ini adalah milik mereka dan pantang menyerah sebelum mencuba.*Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pasukan ini adalah juara keseluruhan bagi kejohanan sukan bagi tahun 2012. Kita akan sama-sama saksikan sama ada mereka berjaya mengekalkan kejuaraan tersebut pada tahun ini.

5. Pasukan Rumah Zamrud

Seterusnya kontinjen terakhir ialah Pasukan Rumah Zamrud melangkah segak bergaya untuk melakukan lintas hormat. Dengan bertemakan Planet of Monsters, pasukan ini diketuai oleh Mohd Azrul Azwa bin Mohd Yusuf. Pasukan Rumah Zamrud telah memilih Mike Wazowski dan Rose yang merupakan watak utama dalam filem animasi Monster Incorporated sebagai maskot. Ia juga merupakan sebagai simbolik mesej yang ingin disampaikan oleh kedua watak yang saling kerjasama dan kegembiraan yang merupakan kunci kejayaan dan tunjang kekuatan Rumah Zamrud. Pasukan ini telah dibimbing oleh Cik Nur Zahidah bt Shah Kholit.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Amir Amzah bin Abdul Hamid atas kesudian menerima lintas hormat sebentar tadi.UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN SUKANSeterusnya ialah upacara menaikkan Bendera Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang Kali Ke 12. Upacara ini diketuai oleh 4 orang anggota Kadet Remaja Sekolah. Demikianlah tadi berakhirnya upacara menaikkan bendera Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang tahun 2013.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU/NEGERIHadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian, dijemput untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu Kebangsaan iaitu Lagu Negaraku dan disusuli Negeri Pulau Pinang. BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Hadirin sekalian.

- Kejohanan Sukan Tahunan pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Adik Mohd Qayyum bin Raimi. Bacaan ikrar ini akan diiringi oleh pembawa-pembawa bendera.

- Begitulah tadi pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet kepada kejohanan sukan ini.

PEMBACAAN DOAHadirin yang dihormati sekalian,

- Bagi memberkati majlis, dengan ini dipersilakan Adik Mohd Aiman Bin Sabri untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya Jua maka kita diberikan kecergasan fizikal dan mental untuk sama-sama memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Teluk Bahang kali ke 12.Semua hadirin dijemput duduk.UCAPAN

Hadirin sekalian,

- Bagi meneruskan majlis kita pada pagi yang indah ini, dijemput En. Abdul Nasir bin Hj. Salleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang, untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormat mempersilakan.

- Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.

- Kini, majlis menjemput En. Amir Amzah Bin Abdul Hamid memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Teluk Bahang kali ke 12. Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

- Terima kasih diucapkan En. Amir Amzah Bin Abdul Hamid kerana sudi merasmikan merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Teluk Bahang

- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia dan Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

GIMIK PERASMIAN DAN PERSEMBAHAN

Majlis menjemput yang berbahagia En. Amir Amzah bin abdul Hamid, En. Abdul Nasir bin Hj. Salleh dan En. Abdul Majeed bin Shariff diiringi oleh En. Omar bin Abdul Rashid, En. Mohd Siroj bin Abdul Latiff dan Puan Jamilah Binti Shaharom bagi menyempurnakan upacara perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang kali ke -12. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang kali ke -12.

Dengan berakhirnya ucapan En Amir Amzah tadi maka rasmi sudah Kejohanan Sukan Tahunan SMK Teluk Bahang pada tahun 2013Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan Tempur tanpa Senjata yang telah dibimbing oleh En. Irsaili Rafifi, En. Mohd Rahimi Abdul Manaf dan En. Bahtia bin Jaafar.

PENYAMPAIAN HADIAH-pemenangBagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis mempersilakan En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh, Pengetua SMK Teluk Bahang mengiringi En. Amir Amzah Bin Abdul Hamid, untuk menyampaikan hadiah kepada pemenangRujuk Jadual Pemenang Cikgu Han

Majlis merakamkan jutaan terima kasih En. Amir Amzah Bin Abdul Hamid atas penyampaian hadiah kepada pemenang.PENYAMPAIAN CENDERAMATA-PENGHARGAANBagi meneruskan acara kita pada hari ini, majlis mempersilakan En. Abdul Nasir Bin Hj. Salleh, Pengetua SMK Teluk Bahang, untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia En. Amir Amzah Bin Abdul Hamid sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia hadir merasmikan majlis kita pada pagi ini.

.Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua atas penyampaian cenderahati tadi.

Dengan berakhirnya upacara penyampaian cenderahati sebentar tadi maka berakhirlah majlis perasmian Kejohanan Sukan Tahunan SMK Teluk Bahang kali ke 12 tahun 2013. Hadirin sekalian, Rujuk kad acara

Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan upacara _______________________________.Pegawai-pegawai kejohanan yang terlibat di dalam acara ini diminta untuk turun ke arena bagi melicinkan perjalanan acara.Marilah kita beralih ke acara yang dinanti-nantikan , iaitu acara ______________________ PENYAMPAIAN HADIAH DAN HAMPER

Seterusnya dijemput _____________________________ dengan diiringi oleh ____________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang1. Perbarisan terbaik dimenangi oleh Rumah ___________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.2. Maskot terbaik keseluruhan dimenangi oleh Rumah ___________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.3. Hiasan khemah terbaik Intellectual

dimenangi oleh Rumah ___________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.4. Hiasan khemah terbaik Quality

dimenangi oleh Rumah ___________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.5. Hiasan khemah terbaik Reliable

dimenangi oleh Rumah ___________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.6. Hiasan khemah terbaik Ambitious.

dimenangi oleh Rumah ___________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan, naib johan, dan tempat ketiga secara keseluruhan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

7. Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.8. Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-12 jatuh kepada:Rumah Sukan__________________________. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.9. Seterusnya Johan Tarik Tali (L1), berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.10. Seterusnya Johan Tarik Tali (L2), berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.11. Seterusnya Johan Tarik Tali (P1), berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.12. Seterusnya Johan Tarik Tali (P1), berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______. Dipersilakan Ketua Guru Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.13. Hadiah bagi kategori Ibu bapa @ guru dimenangi oleh_____________________14. Hadiah seterusnya ialah kepada AJK Sukan Tahunan. Dijemput En. Han Kaw Sey untuk menerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada En. Amir amzah bin Abdul Hamid dan En. Abdul Nasir bin Hj. Salleh atas kesudian menyampaikan hadiah.PENUTUP

Semoga kita bersua kembali pada Kejohanan Sukan Tahunan SMK Teluk Bahang pada tahun hadapan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Kuasa, dan setiap kesilapan yang ada datangnya daripada kesilapan kami berdua dan diakhiri dengan serangkap pantun:

bunga seroja di atas para,jatuh ditimpa buah berangan,

andai kata tersilap kata,

kemaafan jua kami pohonkan.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TAALA WABARAKATUH.