skor mentah ujian bahasa inggeris 5 newton

22
1.0)PENGENALAN Pengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan. Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku. Guru membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek- aspek yang yang masih lemah akan diberikan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Guru di sekolah kerap kali mengadakan ujian dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana ujian merupakan cara tunggal guru dan pelajar dapat mengetahui keberkesanan pembelajaran yang telah berlaku dalam bilik darjah atau sebaliknya. Jelas ternyata bahawa ujian sangat penting untuk menilai kemajuan pelajar dan kejayaan guru, juga mengesan kebolehan dan kelemahan pelajar serta menilai pembelajaran yang sedang berlaku. Dengan cara ini, pelajar atau guru dapat mengetahui tindakan susulan yang seharusnya diambil. Pengujian boleh

Upload: sharminikumari

Post on 26-Sep-2015

251 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Skor Mentah Ujian Bahasa Inggeris 5 Newton

TRANSCRIPT

1.0) PENGENALANPengujian, pengukuran dan penilaian telah dilakukan dalam semua situasi yang memerlukan keputusan atau pertimbangan.Begitu juga dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.Tugas dan tanggungjawab seorang guru bukan hanya setakat mengajar dan melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran , malah dia perlu mendapat maklumbalas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku.Guru membuat penilaian untuk mengetahui aspek yang yang telah diajar dikuasai dengan baik oleh pelajarnya, dan aspek-aspek yang yang masih lemah akan diberikan tumpuan dalam pengajaran akan datang. Guru di sekolah kerap kali mengadakan ujian dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana ujian merupakan cara tunggal guru dan pelajar dapat mengetahui keberkesanan pembelajaran yang telah berlaku dalam bilik darjah atau sebaliknya. Jelas ternyata bahawa ujian sangat penting untuk menilai kemajuan pelajar dan kejayaan guru, juga mengesan kebolehan dan kelemahan pelajar serta menilai pembelajaran yang sedang berlaku.Dengan cara ini, pelajar atau guru dapat mengetahui tindakan susulan yang seharusnya diambil. Pengujian boleh dijalankan sebelum pengajaran untuk mengetahui pencapaian asas pelajar supaya guru dapat memililh aktiviti yang sesuai dengan pencapaian pelajar tersebut. Pengujian yang dilakukan pada akhir pelajaran pula adalah untuk menilai kesan pelajaran pada pelajar dan aspek-aspek pelajaran yang perlu dibaiki. Oleh itu,bab ini membincangkan tentang cara-cara menyediakan soalan-soalan ujian dan membuat penilaian.

Jadual Penentuan UjianUntuk menggubal sesuatu

Jadual 1: Skor Mentah Ujian Bahasa Inggeris 4Newton

BilNama Markah

1Ashwind Kanth82

2Darrshen 86

3Darien Jared Zuzartee92

4Sashwin 82

5Tejesh80

6Thaddeus T. Virgis80

7Praveen 84

8Maneswaran64Min :32

9Vimalarasu66Median:65

10Keeran74

11 Siaw Yong Jun68

12Rubendran76

13Shireetzharan72

14Sanjaythran66

15Kashrethen72

16Sahrvin Kumar66

17Muhd Azriq Najmi76

18Neo Qi Hock68

19Cheng Alan 76

20Vimaleswaran60

21Ahmad Hariz Luqman42

22Dinesh Nair54

23Ahmad Afiq Aiman54

24Muhd Akmal54

25Muhd Aswan Farez56

26Nevagaram56

27Chan Ka Hoe40

28Denishroy48

29Yugadevanaikar46

30Mohd Arif Sufi50

31Luftfil Khaliq56

32Muhd Syahir Aiman58

33Darvin 58

34Muhammad Azrul 58

35Sufi Aziq Iqbal32

36Mohd Arif Syahmi38

Jadual 2: Skor Mentah yang disusun secara menaikBilNama Markah

1Sufi Aziq Iqbal32

2Mohd Arif Syahmi38

3Chan Ka Hoe40

4Ahmad Hariz Luqman42

5Yugadevanaikar46

6Denishroy48

7Mohd Arif Sufi50

8Dinesh Nair54

9Ahmad Afiq Aiman54

10Muhd Akmal54

11Muhd Aswan Farez56

12Nevagaram56

13Luftfil Khaliq56

14Muhd Syahir Aiman58

15Darvin 58

16Muhammad Azrul 58

17Vimaleswaran60

18Maneswaran64

19Vimalarasu66

20Sanjaythran66

21Sahrvin Kumar66

22 Siaw Yong Jun68

23Neo Qi Hock68

24Shireetzharan72

25Kashrethen72

26Keeran74

27Rubendran76

28Muhd Azriq Najmi76

29Cheng Alan 76

30Tejesh80

31Thaddeus T. Virgis80

32Ashwind Kanth82

33Sashwin 82

34Praveen 84

35Darrshen 86

36Darien Jared Zuzartee92

Jadual 3:Jadual Kekerapan

SKOR (x)KEKERAPAN (f)KEKERAPAN LONGGOKAN (fx)

3211

3812

4013

4214

4615

4816

5017

54310

56313

58316

60117

64118

66321

68223

72225

74126

76329

80231

82233

84134

86135

92136

Rajah1: Graf Ogif Markah Penilaian Bahasa Inggeris 4 Newton

Jadual 4: Jeda kelas untuk Markah Penilaian Bahasa Inggeris 4 NewtonSkor (x) jeda kelasSkor (x) Sempadan KelasKekerapan (f)Kekerapan Himpunan (fx)

32-3931.5-39.522

40-4739.5-47.535

48-5547.5-55.5510

56-6355.5-63.5717

64-7163.5-71.5623

72-7971.5-79.5629

80-8779.5-87.5635

88-9587.5-95.5136

Rajah 2: Histogram Skor Penilaian Bahasa Inggeris 4 Newton

Jadual 5: Skor Sempadan dan nilai titik tengah Skor Penilaian Bahasa Inggeris 4 Newton.Skor (x) Sempadan KelasNilai Titik tengahKekerapan (f)

31.5-39.535.52

39.5-47.543.53

47.5-55.551.55

55.5-63.559.57

63.5-71.567.56

71.5-79.575.56

79.5-87.583.56

87.5-95.591.51

Rajah 3:Poligon Kekerapan Skor Penilaian Bahasa Inggeris 4 Newton

4.0) LAPORAN PENCAPAIAN MURID YANG MENYELURUHDaripada data dan graf yang di peroleh daripada ogif markah penilaian Bahasa Inggeris kita dapat tafsir bahawa median skor ialah 65%, Seramai 18 pelajar telah mendapat markah kurang daripada 65%. Seramai 18 pelajar yang lain telah mendapat markah lebih daripada median iaitu 65%. Kita boleh lihat fenomena ini berdasarkan ogif yang dihasilkan dengan menggunakan data yang diperolehi.Lengkung kekerapan himpunan merupakan graf yang dipindahkan daripada jadual taburan kekerapan himpunan atau kekerapan himpunan peratusan. Ogif dilukis dengan bantuan kekerapan himpunan sebagai paksi menegak dan skor sebagai paksi mendatarnya. Dibantu oleh ogif yang dihasil daripada data yang diperolehi kita dapatmenafsirkan yang separuh daripada pelajar 4 Newton telah mendapat mekah kurang daripada median skor yang diperolehi iaitu 65. Selainnya, lebih daripada 65 peratus markah.Daripada histogram yang dihasilkan dengan menggunakan skor jeda kelas, Skor sempadan kelas, kekerapan dan kekerapan dalam bentuk jadual. Jadual tersebut dihasil menggunakan markah mentah yang telah diproses semasa menghasilkan ogif. Histogram dihasilkan dengan kekerapan markah mengikut jeda kelas sebagai paksi menegak, Sebagai paksi mendatar, sempadan kelas telah digunakan. Hasil daripada data yang diproses dalam bentuk histogram sebanyak 7 orang pelajar telah mendapat markah daripada 56- 63 mengikut jeda kelas markah penilaian tersebut. Daripada histogram yang dihasilkan, kita dapat mengetahui bahawa mod atau kekerapan tertinggi yang diterima hasil analisis skor penilaian yang dijalankan. Mod untuk skor markah penilaian Bahasa Inggeris Tahun 4 Newton ialah 7 mewakil 7 orang pelajar mengikut skala markah yang dinyatakan di atas. Markah mengiikut jeda kelas kedua tertinggi ialah 64-71, 72- 79 dan 80-87. Masing-masing dicapai sebanyak 6 orang pelajar. Ketiga ialah 5 orang pelajar yang mendapat markah 48 hingga 55.Seorang pelajar yang mendapat markah dalam lingkungan 88 hingga 95 merupakan data terendah dapatan histogram.Data yang diperolehi daripada histogram menyatakan bahawa penilaian yang dijalankan merupakan boleh dijawab oleh majority pelajar dalam kelas tersebut. Hanya dua orang pelajar yang gagal penilaian tersebut. Kebanyakan pelajar telah lulus penilaian tersebut. Ini menunjukkan tahap penguasaan pelajar terhadap Bahasa Inggeris amat memuaskan. Kelas 4 Newton merupakan kelas kedua daripada 4 kelas yang terdapat dalam darjah 4 S.K.St. Paul, Seremban. Bilangan soalan ialah 30, cukup untuk satu jam.

5.0) KEOBJEKTIFAN PENILAIANUjian penilaian dijalankan mengikut tahap dan kebolehan para pelajar. Soalan yang terlalu susah akan menyebabkan pelajar gagal. Soalan atau item perlu dibuat bersesuaian dengan tahap pelajar yang diuju. Item perlu merangkumi semua tahap kesukaran iaitu dari mudah ke yang sukar. Ini member peluang kapada pelajar yang lemah menjawab soalan dan peratusan gagal dapat dapat dikuarangkan.Item- item penilaian perlu dihasilkan mengikut kemahiran yang telah dipelajari oleh para pelajar. JIka kriteria ini tidak tepati, penilaian tersebut tidak mempunyai keesahan isi. Sebagai contoh, ujian menguji bab-bab yang tidak dipelajari olah para pelajar dan ini menyebabkan pelajar gagal.Keobjektifan penilaian ini adalah sederhana kerana saya telah menggunakan 15 soalan 25 soalan objektif dan 5 soalan subjekfif. 25 soalan mempunyai jawapan yang terhad dan pelajar dapat menjawab dengan tepat. Ianya antara jawapan yang diberi itu betul atau salah. 5 soalan pemahaman subjektif mempunyai keobjektifan yang rendah kerana boleh dipengarui oleh emosi pemeriksa. Saya telah memberikan markah yang berlainan jika menilai jawapan yang sama pada masa yang berbeza.Berikut adalah 9 prinsip untuk menyediakan soalan berbentuk beraneka pilihan atau soalan objektif :

Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu memilih jawapan yang betul atau paling tepat atau terbaik, sebab ada kalanya semua jawapan yang diberi adalah betul. Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga, supaya murid tidak membuang masa untuk memahaminya. Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan pilihan, tetapi dimasukkan dalam badan soalan. Tuliskan setiap jawapan pilihan secara yang menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah. Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak, iaitu tidak mengikut sistem tertentu, untuk mengelak daripada murid meneka jawapan betul. Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang, supaya tidak memberi petanda kepada murid tentang jawapan betul. Jawapan berbentuk Semua di atas atau Tiada satu pun di atas sebagai jawapan pilihan perlu dikurangkan, supaya murid tidak mudah memilih jawapan betul. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan mempunyai aras kesukaran yang sama. Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud satu sistem susunan jawapan pilihan.

Soalan jenis beraneka pilihan atau soalan objektif ini dikatakan sukar dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar, tetapi mudah diperiksa. Jawapan murid boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang OMR.

6.0) Jelaskan segala persiapan sebelum, semasa dan selepas ujian serta kekangan yang dialami dalam pelaksanaan pengujian dan penilaian

6.1 PERSIAPAN SEBELUMSebagai langkah persiapan untuk penilaian Bahasa Inggeris tahun 4 saya telah menghasilkan kertas soalan yang mempunyai item yang mencakupi sukatan pelajaran yang dipelajari dan telah dipelajari oleh para pelajar tahun 4. Setelah menghasilkan soalan-soalan saya telah meminta bantuan Guru Pembimbing saya, Puan Amuthavalli untuk memeriksa kertas soalan yang telah saya hasilkan. Beliau berkata ia sesuai untuk menguji para pelajar tahun 4. Ujian tersebut mencakupi tatabahasa, soalan pemahaman, dan pembinaan ayat. Ia menguji pemahaman dan kemahiran membaca dan menulis pelajar. Setelah mendapat kebenaran daripada Puan Amutha saya telah memilih kelas 4 Newton untuk mentadbir ujian saya. Saya telah meminta kebenaran guru relief untuk masa Bahasa Inggeris untuk mentadbir ujian tersebut.

6.2 SEMASA PENILAIAN Saya telah memasuki kelas tersebut 10 minit awal untuk menguruskan para pelajar. Meja pelajar telah diatur mengikut situasi peperiksaan sebenar. Guru telah mengedarkan kertas soalan dan telah menjelaskan peraturan dan bahagian-bahagian kertas soalan. Arahan telah diberikan dalam Bahasa Inggeris. Tepat pada 12.00 peperiksaan telah bermula. Saya selaku pengawas telah memantau perjalanan peperiksaan supaya tidak ada pelajar yang meniru dan menipu. Tepat pada pukul 1.00 saya meminta para pelajar berhenti menjawab dan saya telah mengutip kertas-kertas soalan yang telah dijawab murid.

6.3) SELEPAS PENILAIANTugas paling berat ialah menanda 36 kertas jawapan pelajar yang aneka ragam jawapan. Tulisan pelajar yang pelbagai rupa merupakan satu masalah kerana ia menykarkan saya menanda kertas jawapan. Saya telah berusaha dengan penuh gigih menanda kertas kertas soalan tersebut dan amat puas hati dengan keputusan yang diperolehi selepas menanda kertas jawapan penilaian telah dijalankan.Berpandukan keputusan yang diperolehi saya telah menghasilkan tugasan ini. Dengan keputusan pelajar 4 Newton, saya dapat mengetahui tahap para pelajar kelas tersebut. Segala kelemahan yang dapat dikenalpasti dan diatasi.

7.0) PANDANGAN SAYA TENTANG CADANGAN PELAKSANAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH RENDAHPenilaian Berasaskan Sekolah (PBS) ialah bertujuan mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.,mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa,mengetahui keberkesanan pengajaran guru. Dengan ini, guru dapat merancang dan mengubahsuai pengajarannya dan menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta. PBS dijalankan mengikut matlamat dan keobjektifan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penilaian berlaku secara berperingkat mengikut pengajaran dan pembelajaran dan ianya dilakukan secara berterusan. Dengan penilaian yang dijalankan para guru dapat mengetahui kelemahan dalam penguasaan kemahiran yang telah diajar. Dengan ini, langkah-langkah untuk memperbaiki kelemahan kelemahan yang dikesan diambil serta merta supaya tidak berhimpun ke suatu tahap yang tidak dapat diperbaiki lagi. PBS harus menolong para pelajar untuk memperbaiki kelemahan yang ada, memangkin pelajar berusaha secara mambina dalam usaha mencapai kecemerlangan.Pada pendapat saya, penilaian berasaskan penting kerana ia mencerminkan pencapaian sebenar pelajar. Ini kerana guru yang mengajar akan tahu kebolehan para pelajar mereka dan menguji mereka. Penilaian Berasaskan Sekolah membolehkan para guru membimbing pelajar untuk menerima teguran dan komen. Ini akan menjadikan para pelajar matang dan sedar akan kelemahan mereka. Kelemahan dapat diatasi dengan bimbingan guru-guru berserta usaha para pelajar untuk mencapai kecemerlangan.Guru- guru juga dapat memperbaiki kemahiran- kemahiran dalam membina jenis ujian yang mantap. Ia dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Jika guru berprestasi dalam kelas, ianya dapat menaikan semangat guru untuk mengajar dan pelajar untuk belajar. Masing- masing berusaha untuk memantapkan diri dalam pelbagai aspek kearah Falsafah Pendidikan Negara. Ianya dapat dicapai dengan Guru dan Pelajar yang berusaha kearah menambahbaik potensi diri.Secara keseluruhannya, Penilaian Berasaskan Sekolah mungkin membebankan guru dari segi beban kerja. Untuk jangka masa yang panjang ianya suatu yang berbaloi jika guru dan pelajar berusaha untuk memnatapkan diri untuk cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar kini, lebih fokus terhadap peperiksaan umum seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM. Mereka belajar untuk setakat cemerlang peperiksaan tersebut. Lupa akan kepentingan penilaian berasaskan sekolah terutamanya sekolah rendah. PBS dapat menguji para pelajar dari pelbagai aspek merentasi kurikulum dan ko-kurikulum. Ia juga melatih guru-guru untuk menilai pelajar dan membimbing pelajar dari pelbagai aspek rohaniah dan jasmaniah. 8.0) RUMUSANDalam konteks pendidikan di Malaysia kebanyakan ujian bilik darjah adalah berbentuk pencapaian iaitu ujian untuk menentukan setakat mana murid telah menguasai apa yang telah diajar. Jadual Penentuan Ujian perlu disediakan oleh guru apabila ingin membuat satu-satu ujian untuk menentukan sama ada ujian itu sah atau boleh dipercayai. Pembinaan item soalan yang teliti mengelakan keputusan ujian yang diragui. Setiap guru yang mengajar dalam satu- satu mata pelajaran perlu bertanggungjawab memastikan pencapian murid setara dengan apa yang diharapkan. Jadual Penentuan Ujian bukan sahaja membantu guru-guru untuk mengenalpasti kandungan pelajaran yang diajar di bilik darjah tetapi juga turut membantu mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain.

.

REFLEKSI:Saya amat gembira selepas dapat menyiapkan tugasan ini. Dengan kekangan semasa praktikum yang amat mendesak dan penuh stress saya hanya dapat mengendalikan peperiksaan pada minngu akhir praktikum. Bebanan kerja yang agak berat semasa praktikum menyebabkan saya menyiapkan tugasan ini agak lambat. Saya mencadangkan tarikh tugasan ini dilanjutkan dua minngu selepas praktikum. Ini kerana seminggu selepas praktikum, saya amat sibuk dengan hal-hal yang perlu di selesaikan dengan unit praktikum termasuk kelas-kelas yang kadang kala sampai ke malam hari. Dimana saya hendak saya menyiapkan tugasan dalam seminggu. Dengan tugasan lain perlu dihantar. Saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan bantuan rakan serumah.