proses rawatan air mentah

16
Pemendapan Awal • Dilakukan hanya untuk air mentah yg mempunyai kandungan pepejal terampai yg sangat tinggi & mengakibatkan air menjadi keruh • Air yg mempunyai kandungan bahan terampai di bawah 1,000 mg/l tidak memerlukan pemendapan awal • Sekiranya diperlukan, masa tahanan yg digunakan ialah antara 30 – 60 minit

Upload: salihah-mohamad-salim

Post on 31-Jul-2015

245 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Proses Rawatan Air Mentah

Pemendapan Awal

• Dilakukan hanya untuk air mentah yg mempunyai kandungan pepejal terampai yg sangat tinggi & mengakibatkan air menjadi keruh

• Air yg mempunyai kandungan bahan terampai di bawah 1,000 mg/l tidak memerlukan pemendapan awal

• Sekiranya diperlukan, masa tahanan yg digunakan ialah antara 30 – 60 minit

Page 2: Proses Rawatan Air Mentah

Pembauran Kimia

• Tujuan utama proses ini adalah untuk mendapatkan pembauran bahan kimia secara pantas dan menyeluruh dalam air yang dirawat.

• Campuran bahan kimia yang tidak mencukupi dan tidak mengikut peraturan akan merosakkan proses penggumpalan di dalam tangki penggumpalan. Ini akan memberi kesan buruk kepada keupayaan loji dan juga pembaziran bahan-bahan kimia.

Page 3: Proses Rawatan Air Mentah

Pengentalan dan Penggumpalan ( Flokulasi)

• Pengentalan dan penggumpalan dalam proses pengenapan dan penapisan air asasnya adalah untuk mendapatkan kadaralir yang tinggi secara ekonomi.

• Pengentalan ialah proses di mana bahan-bahan kimia dicampur dan diaduk ke dalam air lalu berlaku tindakbalas yang menghasilkan zarah mikroskopik dan seterusnya mendak ke bawah.

• Penggumpulan ialah proses zarah halus dan koloid bergabung sesama sendiri dan mendap apabila halaju air diperlahankan.

Page 4: Proses Rawatan Air Mentah

• Bahan-bahan pengental yang biasa digunakan ialah :

Aluminium sulfat [Al2(SO4)3] atau alum, digunakan dengan meluas kerana harganya murah dan berkesan.

Ferik klorida (Fe Cl3) dan ferik sulfat [Fe2(SO4)3], merupakan agen pengoksida yang kuat. Bahan ini jarang digunakan kerana mempunyai sifat menghakis yang kuat.

Koperas berklorin (Fe SO4), iaitu campuran ferik klorida, ferik sulfat dan klorin. Ia merupakan bahan pengental yang kuat.

Natrium aluminat (Na2Al2NO4), jarang digunakan sebagai bahan pengental kerana harganya mahal.

Page 5: Proses Rawatan Air Mentah

• Terdapat beberapa kaedah digunakan dalam proses penggumpulan, di antaranya ialah :

Tangki beradang

Tangki penggumpalan dengan pengayuh berputar

Page 6: Proses Rawatan Air Mentah

Pemendapan utama / Pengenapan ( Sedimentation )

• Pengenapan ialah proses pemberbukan mengalami endapan dan enapan.

• Melalui proses ini dapat mengurangkan jumlah zarah terampai yang akan dibuang melalui proses penapisan.

• Selain dari itu, ia juga dapat menghapuskan bakteria di dalam air. Kajian menunjukkan 90 – 99% bakteria di dalam air dapat dihapuskan jika pengendalian sistem pengenapan dilakukan dengan teliti.

Page 7: Proses Rawatan Air Mentah

• Tiga jenis tangki pengenapan utama iaitu :

Tangki aliran mendatar (horizontal flow tank). Tangki aliran menaik (rising flow tank). Tangki aliran pilin (spiral flow tank)

Page 8: Proses Rawatan Air Mentah
Page 9: Proses Rawatan Air Mentah

Rajah : Tangki mendapan aliran mendatar

Page 10: Proses Rawatan Air Mentah

Rajah : Tangki mendapan aliran jejari

Page 11: Proses Rawatan Air Mentah

Rajah : Tangki aliran menaik

Page 12: Proses Rawatan Air Mentah

Penurasan

• Penapisan ialah proses membuang zarah bukuan yang halus dan bahan-bahan terampai yang lain. Bahan-bahan ini tidak dapat dibersihkan semasa proses penyaringan dan pengenapan.

• Antara jenis-jenis penapis yang digunakan ialah :Penapis pasir perlahan (slow sand filter)Penapis pasir gravity deras (rapid sand filter)Penapis tekanan – tegak atau mendatar

(pressure filter)

Page 13: Proses Rawatan Air Mentah

Rajah : Penapis pasir perlahan

Page 14: Proses Rawatan Air Mentah

Rajah : Penapis pasir graviti deras

Page 15: Proses Rawatan Air Mentah

Rajah : Penapis tekanan mendatar

Page 16: Proses Rawatan Air Mentah

Rajah : Penapis tekanan tegak