skema tatacara pembentukan istilah dlm bm

18
Oleh: Adilah Che Ismail Fadhilah Atikah Ahmad Asli SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH BAHASA MELAYU

Upload: fadhilah-atikah

Post on 01-Dec-2015

605 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

Oleh:

Adilah Che IsmailFadhilah Atikah Ahmad Asli

SKEMA TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH

BAHASA MELAYU

Page 2: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

Konsep ISTILAH

• kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591)

Page 3: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

LANGKAH PEMBENTUKAN ISTILAH

Dewan Bahasa Dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum pembentukan Istilah Bahasa Melayu (DBP, 1992), menggariskan tujuh langkah dalam proses pembentukan istilah.

Page 4: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

Penggunaan perkataan Bahasa Melayu yang lazim digunakan dan dikhususkan maknanya untuk mendukung makna istilahnya. Contohnya :

gaya garis pusattapak hasil keluarandefisit kuasa

LANGKAH 1

Page 5: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

• Penggunaan perkataan dalam bahasa melayu yang kurang lazim digunakan. Contohnya :

peka cerakinmendap hablurjisim ketuhar

LANGKAH 2

Page 6: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

• Penggunaan perkataan bahasa serumpun ataupun dialek Melayu yang lazim digunakan. Contohnya :

gambut (Banjar) nyeri (Sunda) engkabang (Iban) awet (Jawa)dermaga (Jawa) labur (N.Sembilan)

LANGKAH 3

Page 7: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

• Penggunaan perkataan bahasa serumpun atau dialek yang sudah tidak lazim digunakan. Contohnya :

dening (Kelantan) riam (Johor)engkabang (Iban) nyeri (Sunda)

LANGKAH 4

Page 8: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

• Perkataan atau istilah daripada Bahasa Inggeris. Contohnya :

atom – atom electron- elektron professional – profesional psychology - psikologi structure - struktur

LANGKAH 5

Page 9: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

• Penggunaan perkataan atau istilah daripada bahasa lain. Istilah asing (ungkapan) tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak sendeng. Contohnya :

bona fide esprit de corpsfait accompli weltanschauung

LANGKAH 6

Page 10: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

• Pemilihan yang terbaik antara 1-6 di atas, jika terdapat beberapa kemungkinan. Dalam pembentukan istilah yang menggunakan ketujuh-tujuh cara di atas, ada empat syarat yang perlu dipatuhi iaitu :– Ungkapan yang paling singkat– Ungkapan yang maknanya tidak menyimpang– Ungkapan yang tidak berkonotasi buruk– Ungkapan yang sedap di dengar

LANGKAH 7

Page 11: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

• Diterbitkan oleh penulis-penulis di dalam karya mereka seperti cerpen, sajak, dan tulisan-tulisan kreatif .

• Perkataan baharu mula-mula diperkenalkan secara ciptaan sendiri, melalui terjemahan atau secara ambilan keseluruhannya.

• Bentuk-bentuk ini kemudiannya menjadi popular dan digunakan umum.

PENGGUNAAN POPULAR

Page 12: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

• Antara contoh perkataan ialah :

temu ramah tarik dirimeja berita tajuk kecilibu kota sidang medialidah pengarang nama penakempen

Page 13: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

1. Kata atau frasa yang dipilih sebagai

istilah adalah yang paling tepat untuk

mengungkap konsep yang dimaksudkan

dan yang stabil dari segi maknanya

dalam bidang ilmu.

2. Kata atau frasa yang dipilih hendaklah

yang paling ringkas antara pilihan yang

ada dan mempunyai rujukan yang

sama.

3. Kata atau frasa haruslah mempunyai

konotasi yang baik, iaitu tidak berbau

lucah atau boleh membawa implikasi

buruk dari segi agama, norma suku

kaum, dan hubungan antara bangsa.

SYARAT-SYARAT

PEMBENTUKAN

ISTILAH

Page 14: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

Dari aspek bunyi pula :

1. Kata atau frasa mestilah memiliki bunyi

yang disedap didengar iaitu

mempunyai ciri keindahan bunyi atau

eufoni. Kata ini dibentuk berdasarkan

kaedah yang diterima.

Kesimpulannya, syarat-syarat

pembentukan istilah merupakan salah satu

garis

panduan dalam membentuk istilah baru

bagi memastikan istilah yang dibentuk

boleh

diterima masyarakat dan setaraf dengan

istilah yang lain.

SYARAT-SYARAT

PEMBENTUKAN

ISTILAH

Page 15: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

PEMBENTUKAN ISTILAH BAHARU

Peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Oleh itu, antara peranan yang dilaksanakannya ialah;

Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Page 16: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.

Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Page 17: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

Satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:

 

Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang

progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,

Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau

masyarakat pemakai bahasa,

Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular,

hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,

Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa

Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-

Indonesia; dan

Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan

istilah asal atau istilah antarabangsa.

Page 18: Skema Tatacara Pembentukan Istilah Dlm Bm

RUJUKAN

• Dewan Bahasa dan Pustaka (1992)

Pedoman umum Pembentukan Istilah

Bahasa Melayu. Kuala Lumpur

• Nik Safiah Karim et. All (1993).

Tatabahasa Dewan Edisi Baru. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka