skema sejarah 2 an tahun 2011

117
SKEMA Sejarah 2 –STPM- Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 1. Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat A. Pengenalan (2/3 Markah) Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai kuasa dalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di dalam pemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golongan bangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golongan rakyat dan hamba Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum

Upload: mala-visuanathan

Post on 03-Jul-2015

1.524 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

SKEMA Sejarah 2 –STPM- Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

1. Huraikan bagaimana kuasa raja-raja diperkukuhkan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum campur tangan Barat

A. Pengenalan (2/3 Markah) Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan kuasa Barat meletakkan

raja/sultan sebagai kuasa tertinggi dalam sistem pemerintah. Sultan mempunyai kuasa dalam menentukan aspek politik, ekonomi , negeri , sosial dan pola hidup di dalam pemerintahannya,dan mempunyai kuasa mutlak

Sultan dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik terdiri daripada golonganbangsawan atau kerabat diraja. Sultan juga mendapat kesetiaan daripada golonganrakyat dan hamba

Sebelum kedatangan kuasa Barat (1874) raja atau sultan di negeri-negeri Melayumempunyai kuasa pemerintahan dengan menggunakan hukum yang tidak bertulis

Sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikaitkan sebagai sistem Yang terawal dengan penggunaan konsep sultan dalam pemerintahan

B. Isi (20 Markah)

Pengukuhan Kuasa Raja /Sultan sebagai Kuasa Tertinggi Dalam Sistem Politik Melayu

a. Sebagai Ketua Pentadbiran Merupakan ketua di dalam sesebuah negara pemerintahannya Mempunyai kuasa mutlak dan boleh melantik sesiapa sahaja untuk menjadi Pembesar dalam membantu urusan pentadbiran negeri. Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah

penguasaannya sahaja dan perlu taat setia kepada raja/sultan Rakyat patuh dan taat setia kepada raja/sultan dan tidak boleh menderhaka Segala arahan raja/sultan yang diperintah dilakukan tanpa bantahan Boleh memecat pembesarb. Sebagai Ketua Agama Islam Dianggap sebagai ketua agama Islam dalam negari pemerintahannya Dilambangkan sebagai khalifah ataupun sebagai pembantu Allah di muka bumi Boleh memutuskan atau menyelesaikan masalah berkaitan agama Islam Dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal agama Islam Memastikan peraturan Islam dilaksanakanc. Sebagai Pelindung Adat Resam dan Adat Istiadat Dianggap mempunyai kuasa memelihara adat resam dan istiadat Mempunyai kuasa dalam menentukan jenis hukuman Dapat menerima anugerah atau pemberian daripada rakyat dan pembesar Dikecualikan daripada sebarang tindakan /hukuman atas sebarang pelanggaran

hukum

Page 2: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

d. Dipelihara dengan Hak Keistimewaan Untuk membezakan taraf antara raja dengan rakyat biasa Mempunyai penggunaan bahasa khusus seperti tuanku ,beta dan sebagainya yang

dikenali sebagai Bahasa Istana Mempunyai tempat kediaman khusus seperti istana Mempunyai cop mohor atas nama baginda Mempunyai alat kebesaran seperti kendi, ketur, tepak sirih dan sebagainya Payung dan pakaian berwarna putih dan kuning juga dikhususkan kepada raja/sultan dan kerabat diraja sahaja.

e. Diperkukuhkan Unsur Mitos Diperkuatkan dengan perkaitan daripada tokoh-tokoh utama Sebagai contoh,Kesultanan Melayu Melaka dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain Menunjukkan ketokohannya sebagai raja/sultan yang berdaulat Bertujuan untuk mempertingkatkan status seseorang sultan tersebut Kesultanan Melayu Melaka yang agung juga dikaitkan susur galurnya dengan

Kesultanan Melayu lainnya seperti Johor, Perak dan Pahangf. Diperkuatkan dengan Konsep Daulat Mempunyai daulat yang tidak boleh diderhakai Meliputi keistimewaan sebagai seorang pemimpin Rakyat perlu patuh dan taat setia terhadap raja/sultan Penderhaka akan menyebabkan individu itu dimakan sumpahg. Dibantu oleh Pembesar Keteguhan peranan raja/sultan diperkuatkan oleh pembesar yang dilantik Mempunyai jawatan/gelaran tertentu seperti Bendahara, Seri Paduka Tuan, Maha

Menteri, Seri Paduka Laksamana dan sebagainya Pembesar diperingkat daerah dibahagi pula kepada beberapa lapisan dengan Sistem

Empat Lapisan (kecuali Kelantan dan Negeri Sembilan) dengan susunan seperti orang Besar Berempat,Orang Besar Berlapan ,Orang Besar Enam Belas dan Orang Besar Tiga Puluh Dua

Perlantikan melalui sultan yang menurunkan cop mohor Membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan negeri dengan menguruskan

ekonomi dan sosial kawasan jagaan masing-masing

h. Hubungan Saling Bergantungan Antara Raja/Sultan dan Pembesar Pembesar menguasai kawasan luar yang dianugerah tetapi tanpa gelaran dan

perlantikan secara rasmi oleh sultan dengan cop mohor tiada membawa makna Raja/sultan akan mempunyai kedudukan tanpa digugat sekiranya mendapat

sokongan para pembesar.Contohnya di Perak, Sultan Perak berhak menerima $6 daripada setiap bahara bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak sebagai perlambangan taat setia pembesar kepada raja/sultan.

Page 3: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Bidang kehakiman/perundangan sebelum kedatangan kuasa Barat tiada berdasarkantulisan tetapi berdasarkan hukuman bersifat adat.Sultan masih memegang peranandalam menjatuhkan hukuman berat seperti hukuman mati termasuk seluruh negeripemerintahannya yang dikuasai oleh pembesar

Hukuman jenayah dan hukuman lain dapat dijatuhi oleh pembesar dalam kawasanmereka secara tidak langsung membantu raja/sultan dalam mengekalkan keamanan dalam negeri

Pembesar juga dapat membekalkan tenaga kerja untuk keperluan sultan sepertimembina istana raja/sultan, kapal, keperluan raja/sultan, pentas untuk istiadat diraja, membekalkan tenaga rakyat untuk tujuan peperangan dan mempertahankan Negara daripada ancaman

Secara umumnya, pengkhususan berlaku dengan raja/sultan menumpukan kepadapemerintahan kerajaan pusat, menguruskan hubungan luar, menyatupadukan Rakyat, mengerahkan tenaga askar dalam petempuran dan membantu negeri Sekutunya daripada ancaman musuh, dan mengekalkan keamanan,keadilan dan Kesejahteraan rakyat

Sementara pembesar berperanan dengan membantu raja/sultan dalam mengekalkandan membatu raja/sultan dalam pemerintahan

Oleh itu, Majlis Pembesar Perak sering kali campur tangan dalam perlantikan sultan dan pemilihan takhta sultan

Pentingnya hubungan antara pembesar dan juga raja/sultan saling mendukung Antara satu dengan yang lain.

C. Penutup ( 2 /3 Markah )

1. Kesimpulannya, sebelum kedatangan kuasa Barat di Negeri-negeri Melayu raja/sultan sememangnya berada pada kedudukan yang tertinggi dalam sistem pemerintahan. Kedudukan ini membolehkan baginda berperanan sebagai ketua pemerintah, ketua agama Islam, ketua adat istiadat dan adat resam.2. Peranan raja diperkukuhkan lagi dengan keistimewaan raja/sultan dengan unsur

mitos,keistimewaan dalam bahasa dan peralatan khas termasuk tempat tinggal di istana. Dalam memperteguhkan kedudukan dan peranan raja/sultan, sokongan pembesar juga amat penting bagi mengekalkan kesejateraan dan keamanan serta bertindak sebagai pelaksana atau pembantu raja/sultan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara.

Page 4: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.

A. PENGENALAN: (3/2 markah)1. Sebelum tahun 1874, masyarakat Melayu di Tanah Melayu telah mempunyai hierarki

sosial tersendiri yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah.2. Golongan pemerintah menduduki hierarki teratas yang terdiri daripada raja, golongan

bangsawan atau kerabat diraja, pembesar, golongan ulamak atau agama dan pendeta.3. Tujuan utama hierarki ini diamalkan untuk menentukan kedudukan dan tugas golongan

pemerintah serta memastikan keharmonian dalam masyarakat.

B. ISI: (20 markah)

1. Raja/ Sultan:a) Kedudukani. Raja atau sultan merupakan golongan pemerintah yang menduduki hierarki tertinggi

dalam masyarakat Melayu.ii. Mereka merupakan ketua pemerintah dan bertanggungjawab melaksanakan semua

aspek pentadbiran di negeri baginda.iii. Mereka juga menjadi ketua angkatan tentera, ketua agama, pemodal dalam

perdagangan dan lain-lain.

b) Keistimewaan rajai) Raja atau sultan juga mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna, alat

dan lambang kebesaran. Bahasa yang digunakan oleh raja ialah bahasa istana atau juga

dikenali sebagai bahasa dalam seperti beta, baginda, santap, gering, beradu, makam dan

sebagainya,ii) Dari segi warna, warna di raja ialah warna kuning untuk pakaian rasmi dan peralatan

istana. Alat-alat kebesaran pula merupakan peralatan yang hanya boleh digunakan di

istana seperti ketur, kendi, tombak berambu, kipas besar berambu dan lain-lain, Lambang kebesaran pula adalah lembing yang digunakan untuk memperlihatkan kekuasaan baginda seperti tengkolok, pending, mahkota, cap mohor dan nobat.

c) Peranan raja:i) Politik

Page 5: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

• Raja atau sultan juga memainkan peranan yang sangat penting terutama dari aspekpolitik, ekonomi dan sosial.

• Dari segi politik misalnya baginda merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak,mempunyai kuasa dari aspek hal ehwal luar negeri, ketua hakim dan perundangan

danberkuasa melantik pembesar terutama pembesar-pembesar di peringkat negeri dandaerah.

ii) Ekonomi• Dari segi ekonomi, baginda menguasai semua sumber ekonomi negeri seperti cukai danpercukaian, hasil hutan, pelombongan, perdagangan dan menentukan sistem sukatan,ukuran dan timbangan.

• Baginda juga berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual dan memajakcukai kepada pedagang.

iii) Sosial• Sultan atau raja berperanan sebagai ketua angkatan tentera, memelihara undang-undangdalam negeri serta mengawal ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.

• Selain itu, baginda juga menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu,mengurniakan anugerah kepada rakyat yang berjasa serta mengesahkan keputusan Majlis

Penasihat Raja.2. Golongan kerabat dirajai. Merupakan golongan kedua dalam hierarki masyarakat Melayu.ii. Golongan ini kebanyakannya terdiri daripada saudara mara terdekat raja atau sultan.

Golongan ini memliki keistimewaan seperti menggunakan gelaran Tengku. Engku, Tuan, Wan, Nik dan lain-lain, menggunakan warna kuning sebagai warna rasmi, menggunakan bahasa istana dan lain-lain.

iii. Ada dalam kalangan kerabat di raja ini dianugerahkan oleh raja daerah-daerah tertentu untuk ditadbir dan sekaligus menjadi pembesar daerah seperti Engku Wan Ahmad yang menjadi pembesar daerah Jeram di Kelantan, Raja Mahadi menjadi pembesar daerah Kelang di Selangor dan lain-lain.

3. Golongan Pembesari. Merupakan golongan ketiga dalam hierarki pemerintah. Mereka terdiri daripada

kerabat-kerabat diraja dan rakyat biasa yang dilantik oleh raja sebagai pembantu baginda dalam pentadbiran. Pembesar-pembesar ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringakat negeri atau pusat, daerah dan kampung. Mereka dilantik

Page 6: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

melalui dua cara iaitu secara warisan atau keturunan dan melalui lantikan oleh raja. Pembesar mempunyai kawasan pegangan dan cap mohor sendiri.

ii. Peranan pembesar meliputi politik, ekonomi dan sosial. Dari segi politik, golongan ini

menjadi ketua pemerintah,dan menjaga keamanan di kawasan masing-masing.iii. Dari segi ekonomi pula, mereka memungut cukai seperti cukai kepala, pertanian,

perdagangan dan lain-lain, kemudian menyerahkan hasil kutipan sebanyak 10% kepada pembesar di peringkat pusat. Mereka juga menguasai semua hasil ekonomi seperti cukai, hasil hutan, perlombongan dan lain-lain di kawasan pegangan masing-masing.

iv. Dari segi sosial pula, pembesar memainkan peranan menjaga kebajikan rakyat,memastikan pelaksanaan undang-undang, menyediakan tenaga kerja dan tentera kepada raja, memastikan rakyat taat setia kepada raja serta melaksanakan adat istiadatmenjunjung duli setiap sambutan perayaan Islam seperti Hari Raya Puasa.

4. Golongan Ulamaki. Golongan ini merupakan mereka yang mahir dalam hal ehwal yang berkaitan denganhukum syarak dan selok belok agama Islam termasuk mengeluarkan fatwa tentang isu-isu agama.

ii. Mereka menjadi penasihat sultan dalam aspek agama Islam. Gelaran ulamak berbeza

mengikut negeri seperti Dato’ Mufti di Kelantan,iii. Orang Kaya Imam Besar di Perak, Tokku di Terengganu dan lain-lain. Golongan ini

sangat dihormati dalam masyarakat kerana kemahiran keagamaan mereka.5. Golongan Pendetai. Golongan pendeta pula menduduki hierarki terakhir dalam golongan pemerintah.ii. Mereka sangat mahir dan menjadi pakar rujuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan

kesusasteraan, kesenian, kebudayaan, adat istiadat dan salasilah raja seperti Tun SriLanang, Abdullah Munsyi dan lain-lain. Golongan ini sangat rapat dengan istana kerana menjadi pencatat bagi diari diraja.

C. KESIMPULAN:(2/3 markah)

1. Sebagai kesimpulannya kita dapati, golongan pemerintah telah mengekalkankedudukan mereka dalam hierarki sosial masyarakat Melayu.

2. Walau bagaimanapun, kedudukan ini mula mengalami perubahan selepas kedatangan

British. Golongan pemerintah mula hilang kuasa dari segi politik dan ekonomi.Walaupun begitu, kedudukan dalam hierarki sosial masih dikekalkan.

Page 7: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

3.Huraikan sebab-sebab tercetusnya kebangkitan Pahang pada tahun 1891.

Pendahuluan

British campur tangan di Pahang pada tahun 1888. J. P. Rodger dilantik

sebagai Residen Pahang. Beliau melaksanakan beberapa pembaharuan yang akhirnya

menimbulkan kebangkitan Pahang. Sultan Ahmad tidak puas hati dengan pelaksanaan

sistem residen kerana kehilangan kuasa dan hak istimewa. J.P.Rodger telah

menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang menyebabkan Sultan semakin

kehilangan kuasa kerana segala keputusan MMN dibuat oleh residen. Terdapat banyak

faktor yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan Pahang pada tahun 1891.

Salah satu sebab tercetusnya kebangkitan Pahang ialah perasaan tidak puashati

Sultan terhadap pentadbiran British . Dengan pengenalan Sistem Residen di Pahang,

Sultan Ahmad telah kehilangan kuasa dan hak istimewa. Sultan Ahmad murka apabila

dipaksa menanda tangani pengistiharan melantik putera baginda iaitu Tengku

mahmud sebagai Pemangku Raja dengan sepenuh kuasa. Oleh sebab ugutan dan

tekanan yang diterima Sultan Ahmad terpaksa mengisytiharkan pelantikan tersebut.

Page 8: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

British memberi alasan bahawa Sultan Ahmad disyaki tidak taat kepada British.

Sebagai protes baginda telah meninggalkan Pekan dan berpindah ke Pulau Tawar dan

berkerjasama dengan pembesar-pembesar Pahang untuk menentang British.

Langkah-langkah yang diambil secara terburu-buru oleh J.P Rodger telah

membangkitkan perasaan tidak puashati di kalangan pembesar-pembesar di Pahang.

J.P Rodger telah memperkenalkan beberapa peraturan-peraturan baru yang

menyebabkan pembesar-pembesar Pahang tidak puas hati dengan perubahan-

perubahan tersebut. Perubahan tersebut adalah berkaitan dengan tanah, sistem kerah

dan penghapusan sistem perhambaan. Perubahan ini dianggap bercanggah dengan

sistem tradisional Pahang yang membenarkan pembesar-pembesar mengutip cukai,

menyimpan hamba, mengamalkan sistem kerah dan menghakimi kes-kes jenayah dan

sivil kawasan masing-masing. Dengan ini pembesar-pembesar telah kehilangan hak

mereka sebagai pemungut cukai dan pentadbiran keadilan.

Kebangkitan Pahang 1891 juga disebabkan oleh pembentukan jajahan atau

daerah yang diperkenalkan oleh British. Daerah-daerah diwujudkan dan diletakkan

dibawah pegawai-pegawai British yang dipanggil pemungut cukai dan Majistret.

Contohnya, Daerah Pekan di bawah jagaan A.H. Wall dan Temerloh di bawah E.A.

Wise. Mereka telah mengambil alih tugas yang sebelum ini dikendalikan oleh

pembesar-pembesar tempatan. Pembentukan daerah ini menyebabkan pembesar

Melayu tidak boleh bertindak dengan bebas sebaliknya terpaksa menurut arahan

British. Ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan pembesar-pembesar tempatan.

Di samping itu juga pembesar-pembesar telah kehilangan kuasa ekonomi dan

hak memungut cukai. Peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan oleh British ini

banyak mendatangkan kesan buruk kepada pembesar-pembesar Pahang. Pembesar-

pembesar yang kehilangan kuasa diberi pencen dan ganti rugi. Walaubagaimanapun

ganti rugi yang diberikan sangat sedikit dan ini menimbulkan rasa tidak puashati

dalam kalangan pembesar di Pahang. Contoh Orang Besar Berempat hanya diberi

Page 9: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

$100 ringgit sebulan, Orang Kaya Semantan menerima 70 ringgit sebulan. Pembesar-

pembesar yang tidak puashati seperti Dato’ Bahaman dan Tok Gajah mula bangkit

menentang pentadbiran British.

Sebab seterusnya yang mencetuskan Kebangkitan Pahang 1891 adalah

berpunca daripada perasaan tidak puashati Dato’ Bahaman. Dato’ Bahaman

menentang British kerana beliau tidak dibenarkan memungut cukai dan tidak diberi

elaun yang setanding dengan elaun Orang Berempat, iaitu sebanyak $500. Beliau

hanya ditawarkan elaun sebanyak $70. Tindakan British ini telah menyinggung

perasaan Dato’ Bahaman. Beliau juga berasa marah apabila British membina balai

polis di Lubuk Trua di daerah Semantan tanpa kebenaran beliau. Dato’ Bahaman telah

diberi amaran oleh Majistret di Temerloh kerana tindakan beliau menulis sepucuk

surat bantahan. Malangnya beliau gagal mendapat keadilan sebaliknya diberi amaran

kerana tindakannya itu.

Selain itu kebangkitan Pahang juga tercetus akibat perasaan tidak puashati Tok

Gajah. Beliau menguasai banyak lombong emas di Pahang. Kedudukan beliau

terancam apabila kedatangan pelombong-pelombong British. Tok Gajah juga

merupakan Orang Besar Raja. Kedudukannya terjejas apabila menjadi pembesar yang

tidak penting dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Contohnya permintaan beliau untuk

menangguhkan pembayaran cukai tanah keatas orang melayu dan rayuannya untuk

pertambahan elaun telah ditolak oleh British. Penentangannya menentang British

disokong oleh anaknya Mat Kilau.

Rakyat jelata juga merupakan pencetus kepada Kebangkitan Pahang 1891.

Undang-undang baru yang diperkenalkan seperti cukai tanah iaitu tanah paya, tanah

kampung, dusun dan tanah nipah dengan kadar 40 sen seekar membebankan rakyat.

Sistem lesen dan permit yang diperkenalkan oleh J.P Rodger menjejaskan semua

aspek kehidupan rakyat Pahang. Menurut sistem ini rakyat perlu mendapatkan lesen

Page 10: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

untuk memungut hasil hutan atau mencari atap nipah yang dahulunya dipungut secara

percuma. Rakyat Pahang juga dikehendaki bekerja sebagai buruh paksa bagi

menyiapkan projek-projek awam. Rakyat Pahang tidak suka dengan kehadiran askar

Sikh yang garang dan jahil tentang adat melayu. Sebagai contoh, rakyat tidak

dibenarkan memakai keris yang merupakan tradisi mereka sejak turun temurun.

Perasaan tidak puashati ini telah mendorong mereka untuk menyokong pembesar-

pembesar menentang pihak British.

Kesimpulannya, banyak faktor yang menyebabkan tercetusnya kebangkitan

Pahang. Penduduk Pahang menentang Sistem Residen kerana berasa tertindas. British

memperkenalkan peraturan-peraturan baru tanpa memikirkan kepentingan sultan,

pembesar dan rakyat. Kemarahan golongan ini memuncak dengan tercetusnya

kebangkitan Pahang.

4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua.

A. Pengenalan ( 3/2 markah ) Perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu berkembang padapertengahan tahun 1890-an. Ia diusahakan secara ladang dan berkembangpesat menjadi tanam dagangan yang utama selepas Perang Dunia Pertama. H.N Ridley memainkan peranan penting dalam memajukan getah di TanahMelayu. Beliau memperkenalkan baka getah jenis Hivea Brasillensiskerana sesuai dengan iklim di Tanah Melayu. Beliau berusahamenghasilkan cara penorehan terbaik untuk menghasilkan susu getahyang banyak tanpa merosakkan pokok getah.

B. Isi-Isi ( 20 markah )

1. Peranan HN.Ridley.Faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayusehingga Perang Dunia Kedua ialah sumbangan H.N Ridley yangmenggalakkan penanaman getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1888, H.NRidley dilantik sebagai Pengarah Taman Botanical di Singapura. Beliaubertindak aktif dalam usaha menggalakkan penanaman getah di Tanah

Page 11: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Melayu.Beliau menyedari keadaan iklim dan bentuk mukabumi yang bersesuaiandengan pokok getah akan membolehkan penanaman getah secara besarbesarandijalankan di Tanah Melayu.2. Kejatuhan harga kopi.Selain itu, berlaku kemerosotan atau kejatuhan harga kopi di pasaran dunia.Menjelang tahun 1890-an, pokok-pokok kopi diserang penyakit yangmengakibatkan kegagalan penanaman kopi. Selepas tahun1895, harga kopitelah jatuh teruk akibat penawaran berlebihan dari negara-negara baratkhususnya dari Brazil. Fenomena tersebut menyebabkan penduduk di TanahMelayu berpaling kepada penanaman getah untuk mengganti perusahaan kopi.3. Permintaan tinggi bagi getah.Perkembangan revolusi perindustrian di Eropah menyebabkan permintaanterhadap getah asli meningkat di pasaran dunia. Juga merupakan faktorperkembangan perusahaan tanaman getah di Tanah Melayu. Perkembanganpesat perusahan kereta di Barat pada tahun 1889 telah menyebabkanpermintaan getah meningkat. Dalam dekad pertama kurun ke-20 getahdiperlukan dalam perusahaan kereta terutamanya untuk membuat tayar. Selainitu, getah juga di perlukan dalam perusahaan membuat alat-alat elektrik dankasut. Harga getah yang tinggi mendorong mendorong orang Eropah dan Cinamenanam getah secara ladang dan kebun kecil. Orang Melayu turut jugamengusahakan penanaman getah secara kebun kecil.4. Peranan buruh India.Peranan buruh India amat penting dalam perkembangkan perusahaan getah diTanah Melayu. Pembukaan ladang-ladang getah telah menyediakan peluangpeluangpekerjaan yang banyak kepada orang-orang India. Kestabilan hargagetah telah menjadi pendorong kemasukan lebih ramai buruh dari selatanIndia. Mereka dibawa masuk secara sistem kontrak dan sistem kangani olehBritish.5. Galakan kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Kestabilan politik di Negeri-negeri Melayu Bersekutu turut menjadi faktorgalakan dalam penanaman getah. Kerajaan NNMB telah mengambil langkahmengenakan cukai tanah yang rendah 10 sen setiap ekar untuk 10 tahunpertama. Duti eksport hanya 2.5% untuk 10 tahun pertama. Syarikat-syarikatEropah mengambil peluang dari intensif kerajaan yang menyebabkansejumlah 142 buah ladang getah dibuka menjelang tahun 1910.6. Kemudahan infrastruktur.Kemudahan infrastruktur dibangunkan seperti pembinaan jalanraya, jalankeretapi dan sistem komunikasi. Pembinaan kemudahan infrastrukturmembantu kemudahan pengangkutan getah untuk eksport , kemasukan tenagakerja dan sebagainya.7. Kemasukan pelabur-pelabur asingKemasukan pelabur-pelabur asing melalui penubuhan syarikat-syarikat yangmendapat modal dari penjualan saham di London menyebabkab mereka

Page 12: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

mampu membuka ladang-ladang besar dengan kemampuan mengurus,mengawal ladang getah serta mengurus aktiviti pengeksportan getah.8. Penubuhan Institut Penyelidikan GetahPenubuhan Institut Penyelidikan Getah banyak membantu membaiki mutu danpeningkatan kadar pengeluaran getah. Institut yang ditubuhkan pada tahun1926 bertanggungjawab membuat penyelidikan seperti percantuman tunas,perumputan pilihan, rawatan tanah dan mencari kegunaan getah yang lebihpelbagai. Penyelidikan yang dijalankan telah menghasilkan kejayaan sepertikaedah penanaman yang santifik, kaedah torehan betul, cara pengawetan susugetah serta penghasilan baja kimia yang menyuburkan tanah danmenghasilkan susu yang lebih banyak.

C. Kesimpulan ( 2/3 markah )1. Menjelang tahun 1920, Tanah Melayu telah mengeluarkan 52%daripada pengeluaran getah dunia dan lebih sejuta hektar tanah telahditanam dengan tanaman getah.2. Perusahaan getah turut meningkatkan perkembangan ekonomi dansosial Tanah Melayu khasnya sebagai sumber pendapatan kepadaBritish dan Tanah Melayu dan memperbaiki sistem perhubungan danperkhidmatan sosial.3. Selain itu perusahaan getah menyebabkan pembinaan kilang untukmemproses susu getah serta membuat barangan daripada getah. Inisecara tak langsung mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada

penduduk tempatan serta dapat membaiki sedikit taraf hidup mereka.

5. Bincangkan dasar politik, sosial dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu antaratahun 1942 hingga tahun 1945.A. Pengenalan ( 3 Markah )1. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 apabilaSingapura jatuh ke tangan Jepun dan berakhir pada 12 September 1945.Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu berlangsung selama 3 tahun 8 bulan.2. Jepun mengambil tindakan menyerang negara-negara di Asia termasuk TanahMelayu kerana kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan sektorindustri dan ketenteraannya.3. Jepun telah melaksanakan beberapa dasar dalam bidang politik, sosial danekonomi untuk menguasai negara dan penduduk di Tanah Melayu supayamemberikan sokongan kepada pemerintahan Jepun.B. Dasar Politik, sosial dan ekonomi Jepun di Tanah Melayu ( 20 Markah )Dasar Politik1. Jepun melaksanakan corak pemerintahan tentera di Tanah Melayu. Tanah Melayudiletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera yang berpusat di Singapuradiketuai oleh Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Pada peringkat pertamacorak pemerintahan Jepun keras dan zalim. Selepas Jun 1943, Jepun mengubah

Page 13: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

dasarnya kepada bertolak ansur dengan penduduk tempatan untuk mendapatkansokongan mereka kerana mengalami banyak kekalahan.2. Pentadbiran Tanah Melayu dibahagikan kepada dua bahagian, iaitua) Pentadbiran Negeri-Negeri Selat dijalankan oleh Gabenor yang berpusatdi Singapura. Nama Singapura ditukar kepada Syonan yang bermaksudCahaya Selatan.b) Tanah Melayu ditadbir oleh Gunseikan dan dinamakan sebagai MalaiBaru. Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayahditadbir oleh Gabenor. Gabenor menerima arahan daripada Gabenor diSingapura. Pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera telah disatukansehingga tahun 1943.3. Pada Ogos 1943, Negeri-Negeri Melayu Utara telah diserahkan kepada Thailandselaras dengan perjanjian pada 11 Disember 1941. Tindakan ini sebagaimembalas jasa Thailand membenarkan Jepun melalui negara itu untuk menyerangTanah Melayu.4. Jepun telah mewujudkan tiga jenis pasukan perisik tentera:a) Kempeitai: menjadi perisik dalam masyarakat untuk mendapatkanmaklumat anti-Jepun. Mereka sangat kejam dan membunuh ramai orangyang disyaki anti-Jepun.b) Tekikan: mat-mata yang bertugas mencari musuh-musuh yang pro Britishuntuk menentang Jepun. Mereka menjalankan propaganda, sabotaj danpembunuhan.c) Toko: pegawai-pegawai Jepun yang bertugas untuk merisik di seluruhTanah Melayu sehinggakan Jepun tidak menghadapi ancaman dari dalamnegeri.5. Jepun memberikan keistimewaan kepada orang Melayu untuk mendapatkansokongan daripada mereka. Ramai orang Melayu dilantik berkhidmat denganJepun sebagai Pegawai Daerah, polis dan tentera. Raja-raja Melayu diiktiraf dankedudukan mereka dikekalkan.6. Walaupun Jepun mengamalkan dasar pro Melayu tetapi orang Melayu tetap tidakberpuas hati kerana kezaliman Jepun, kesengsaraan, kebuluran, penderitaan danketakutan. Perkara ini membangkitkan kesedaran politik di kalangan orangMelayu.7. Jepun mengamalkan dasar diskriminasi terhadap orang Cina kerana permusuhanorang Cina dan Jepun sejak Perang China-Jepun 1937. Tambahan pula orang Cinamembantu British menentang Jepun. Selepas British menyerah kalah ramai orangCina dibunuh oleh tentera Jepun. Pada tahun 1944, Jepun mula bertolak ansurkepada orang Cina kerana bergantung kepada orang Cina dalam bidang ekonomi.Jepun memerlukan bantuan makanan daripada orang Cina. Walau bagaimanapunkekejaman Jepun kepada orang Cina telah mengukuhkan lagi fahamankebangsaan Cina dan sentimen anti-Jepun.8. Jepun memberi layanan yang baik kepada orang India. Untuk menarik sokonganorang India, Jepun membantu menubuhkan Liga Kebangsaan India dan TenteraNasional India. Jepun menyokong penubuhan kerajaan buangan Azad Hind yang

Page 14: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

dipimpin oleh Subha Chandra Bose. Walau bagaimanapun orang India masihmenderita kerana kesengsaraan hidup, dipaksa bekerja di ladang, menjadi buruhpaksa membina jalan kereta api maut di sempadan Thailand, tiada pekerjaan, dandiseksa.Dasar Sosial1. Jepun berusaha mengukuh kedudukan mereka di Tanah Melayu dengan memaksapenduduk menerima dan mengamalkan nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun.2. Jepun telah mengharamkan semua akhbar yang diterbitkan sebelum penjajahanJepun. Jepun juga mengambil langkah menukar nama akhbar-akhbar tempatankepada nama Jepun seperti Malai Shimbun untuk Utusan Melayu3. Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah, kelab-kelab dan pejabat. Sekolah Cinadan sekolah Inggeris ditutup dan digantikan dengan sekolah mengajar bahasaJepun. Peluang kenaikan pangkat dan kemudahan-kemidahan lain diberikanmengikut kebolehan dan kemahiran bertutur dalam bahasa Jepun.4. Hari-hari cuti am adalah berdasar kepada kalendar Jepun seperti hari jadimaharaja, hari angkatan tentra darat, laut dan musim menuai di Jepun. Semua inibertujuan menaikan semangat nasionalisme rakyat Tanah Melayu terhadap negaraJepun.5. Jepun cuba menghapuskan pengaruh Barat dalam kalangan penduduk TanahMelayu dengan cara mengharamkan penggunaan radio gelombang pendek,mengharamkan filem-filem Barat, dilarang mendengar lagu-lagu Barat danmenutup tempat tari-menari di pusat-pusat hiburan.6. Jepun mengambil langkah memburuk-burukkan kebudayaan Barat supaya dibencipenduduk tempatan .Dasar Ekonomi1. Pemerintahan Jepun mengamalkan dasar ekonomi bersifat berdikari dan dasartutup pintu. Jepun menggalakkan penubuhan industri ringan bagi menghasilkanbarangan keperluan dalam negeri seperti minyak, sabun dan tali serta tidakmenggalakkan barangan tersebut dieksport.2. Perusahaan-perusahaan penting diambil alih dan dikuasai oleh syarikat-syarikatJepun seperti Mitsui dan Mitsubishi.3. Jepun juga memperkenalkan mata wang “Pokok Pisang”. Keadaan tidak terkawalserta kekurangan barang-barang pengguna menyebabkan berlakunya inflasidengan harga barangan melambung tinggi dan nilai mata wang Jepun menjunamjatuh.4. Kegiatan ekonomi yang dulunya dikuasai oleh pengusaha Cina dan British telahdiambil alih oleh tentera Jepun menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot.5. Jepun membangunkan bidang pertanian untuk mengatasi masalah kekuranganmakanan. Jepun memperkenalkan Rancangan Tiga Tahun Sara Diri untukmeningkatkan pengeluaran pertanian khususnya tanaman padi. Jepun turutmenggalakkan rakyat menanam ubi kayu, keledek dan keladi di sekeling rumahmereka untuk mengatasi masalah kekurangan makanan.6. Pada tahun 1943 Tanah Rizab Melayu dibuka kepada orang bukan Melayu untukdijadikan kawasan pertanian bagi mengatasi masalah kekurangan makanan.

Page 15: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

7. Dasar ekonomi Jepun telah menyebabkan ekonomi Tanah Melayu merosot teruk.Keadaan ini menimbulkan masalah kebuluran, pengangguran dan masalah sosial.C. Kesimpulan ( 2 Markah )

Mana-mana yang berkaitan

Soalan No 6

HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN NEGARA KITA SEJAK TAHUN 1957

SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA TAHUN 1963.

Pengenalan(2-3 markah)

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menjadi teras sistem pemerintahan

demokrasi berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Sistem ini

kemudiannya diperkenalkan di Sabah dan Sarawak apabila Persekutuan Malaysia

dibentuk pada tahun 1963.

Perlembagaan ini berasaskan kepada teori pengasingan kuasa. Sistem pemerintahan

dipisahkan kepada tiga badan iaitu badan perundangan, badan pentadbiran dan badan

kehakiman.

Kuasa tertinggi yang mengetuai ketiga-tiga badan tersebut ialah Yang di-Pertuan

Agong.

Badan perundangan

Badan perundangan ialah institusi yang bertanggunjawab menggubal rang undang-

undang dan meliputi Sabah dan Sarawak selepas tahun 1963.

Badan perundangan Malaysia terdiri daripada tiga peringkat iaitu peringkat

Page 16: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

persekutuan, peringkat negeri dan peringkat kerajaan tempatan.

Mengikut undang-undang parlimen Malaysia terdiri daripada Yang dipertuan Agong,

Dewan Negara, Dewan Rakyat dan badan Kehakiman.

Dewan Rakyat

Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang diadakan

lima tahun sekali.

Setiap seorang ahli Dewan Rakyat mewakili sebuah kawasan pilihan raya. Dewan

Rakyat berperanan membentang, membahas dan meluluskan rang undang-undang.

Perbahasan hanyalah meliputi perkara yang terdapat dalam Senarai Persekutuan dan

Senarai Bersama sahaja. Senarai Negeri pula tidak dibahaskan.

Dua rang undang-undang yang dibahaskan ialah undang-undang biasa dan rang

undang-undang kewangan.

Yang dipertuan Agong berperanan memanggil, menangguh dan membubarkan dewan

rakyat dan meluluskan undang-undang daripada Dewan Negara.

Perlembagaan boleh diubah dengan keizinan sekurang-kurang 2/3 ahli Dewan rakyat.

Dewan Negara

Merupakan majlis tertinggi parlimen

Mengandungi 69 orang ahli yang dipilih dan dilantik, 26 orang ahli dipilih oleh

Dewan Undangan Negeri dan 43 orang ahli dilantik oleh yang dipertuan Agong.

Dewan Negara akan membahas dan meluluskan rang undang-undang yang

dikemukakan oleh Dewan Rakyat.

Dewan Negara tidak boleh membuat pindaan ke atas rang undang-undang tetapi

boleh meminta Dewan Rakyat membetulkan semula undang-undang tersebut.

Rang undang-undang yang telah diperkenankan oleh Yang dipertuan Agong akan

menjadi peraturan dan diterima pakai oleh seluruh persekutuan secara rasmi.

Page 17: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Ahli Dewan Negara yang dikenali sebagai Senator bertindak sebagai anggota Dewan

selama tiga tahun dan tertakhluk sama ada akan dilantik atau dipilih semula.

Senator dilantik daripada pelbagai golongan yang telah menyumbang khidmat dengan

cemerlang dalam profesion masing-masing seperti perdagangan, industri, pertanian,

kebudayaan, perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti

seperti orang Asli.

Badan Pentadbiran (Eksekutif)

Merupakan badan pentadbiran menjalankan kuasa mentadbir.

Pentadbiran kerajaan terbahagi kepada peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan

tempatan.

Peringkat Persekutuan

Kabinet atau jemaah menteri merupakan pembuat dasar tertinggi negara yang

menjalankan kuasa eksekutif.

Menjalankan dasar-dasar pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-

undang yang ada.

Fungsi ketua kabinet adalah memberikan nasihat kepada yang Dipertuan Agong

tentang pemerintahan negara.

Kabinet dan jemaah menteri menjalankan pentadbiran peringkat persekutuan.

Anggota kabinet dilantik oleh Yang dipertuan Agong setelah mendapat nasihat

daripada Perdana Menteri.

Perdana Menteri mengetuai jemaah menteri dan dibantu Timbalan Perdana Menteri,

manakala menteri-menteri lain sebagai ahli.

Beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun diwujudkan bagi

menjalankan tugas-tugas eksekutif peringkat persekutuan.

Peringkat Negeri

Pada peringkat negeri kuasa eksekutif terletak pada sultan/raja/Yang dipertuan

Besar/Yang Dipertua Negeri.Pentadbiran pada peringkat negeri diketuai oleh Menteri

Page 18: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Besar dan Ketua Menteri yang dilantik oleh sultan/raja/Yang dipertuan Besar/Yang

dipertuan Negeri.

Bekerjasama dengan Dewan Undangan Negeri.

Pelaksanaan dasar pemerintahan dilakukan oleh Anggota Ahli Majlis Mesyuarat

Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang beberapa potfolio seperti kementerian di

peringkat Persekutuan.

Setelah kemasukan sabah dan Sarawak, EXCO dipanggil Majlis Terttinggi di Sarawak

dan jemaah Menteri di Sabah.

Kerajaan Tempatan

Terdiri daipada Majlis perbandaran dan majlis Daerah.

Majlis Perbandaran yang diketuai oleh yang diPertua dan ditadbir oleh sebuah majlis

yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Di Sarawak pentadbirannya dipecahkan kepada beberapa bahagian, daerah, daerah

kecil dan kampung. Seseorang residen mentadbir setiap bahagian dengan dibantu oleh

Temenggung.

Pegawai Daerah dan pegawai perkhidmatan tadbir Sarawak mentadbir di bahagian

daerah, manakala penghulu pula mentadbir kawasan kampung.

Di Sabah terdapat 2 peringkat pentadbran iaitu daerah dan kampung. Bagi pentadbiran

peringkat daerah, pegawai daerah akan dibantu oleh Ketua Anak Negeri.

Pada perngkat kampung, kampung ditadbir oleh ketua kampung.

Badan Kehakiman

Berperanan menjaga sistem keadilan dan keamanan serta kuasa peimbang antara

badan perundangan dan badan pentadbiran.

Hakim mahkamah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan agong membuktikan badan

Page 19: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

kehakiman ialah badan bebas.

Badan kehakiman membicarakan kes sivil dan jenayah.

Kuasa tertinggi pentadbiran kehakiman terletak pada yang di-Pertuan Agong.

Kuasa pentadbiran ialah ketua hakim yang berperanan sebagai penyelaras sistem

kehakiman.

Terdapat tiga jenis mahkamah iaitu mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan

Mahkamah Rendah.

Mahkamah Agung bertanggungjawab menasihati Yang di-pertuan Agong dan

mentafsir undang-undang yang dibentuk oleh Parlimen.

Mahkamah Agung berperanan sebagai mahkamah Rayuan Tertinggi Negara yang

boleh mendengar kes rayuan daripada perbicaraan yang dilakukan di mahkamah yang

lebih rendah daripadanya.

Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa mendengar kes jenayah berat dan boleh

menjatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Rendah pula terdiri daripada mahkamah Sesyen, Mahkamah majistret dan

mahkamh penghulu.

Mahkamah Sesyen merupakan Mahkamah Rendah yang tertinggi.

Mahkamah Majistret pula terbahagi kepada dua, iaitu Mahkamah Majistret.

Kelas Satu dan mahkamah Majistret kelas Kedua.

Mahkamah penghulu dikendalikan oleh penghulu mukim.

Mahkamah Penghulu diberi kuasa untuk mengadili sivil yang tidak melebihi RM50

dan mengenakan denda tidak melebihi RM25 bagi perkara-perkara jenayah.

Mahkamah syariahpula mengendalikan kes undang-undang islam.

Mahkamah Juvana mempunyai kuasa membicarakan kes kanak-kanak berusia 18

tahun ke bawah.

Mahkamah tentera mengendalikan kes-kes disiplin dan salah laku anggota tentera.

Selepas Penubuhan malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai mahkamah undang-

undang Adat Bumiputera yang dikendalikan oleh mahkamah majistret dan Mahkamah

Ketua Anak Negeri.

Page 20: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Kesimpulan(2-3 markah)

Secara keseluruhannya, selepas mencapai kemerdekaan sistem pentadbiran Malaysia

telah distruktur dengan jelas di peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Ketiga-

tiga komponen penting sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan eksekutif

dan badan kehakiman diasingkan bagi mengelakan wujudnya eksploitasi dan

pemusatan kuasa antara badan-badan tersebut.

Bahkan wujud pembahagian kuasa yang jelas antara kejayaan pusat dan kerajaan

negeri. Kuasa membuat undang-undang diperuntukkan dalam perkara yang disebut.

Senarai Persekutuan, senarai Negeri dan Senarai Bersama sistem keadilan pula

dijamin sebagai badan bebas dalam menegakkan keadilan.

Selepas 1963, Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia tanpa menjejaskan sistem pemerintahan yang telah diperkenalkan sejak tahun 1957

7.Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat di China dan di

India sebelum kedatangan Barat.

A. PENGENALAN (3M)

1. Adat bermaksud peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga dianggap hukum yang harus dipatuh. Ia disampaikan secara lisan daripada satu generasi ke generasi yang lain.2. Masyarakat Cina tradisional mula mengamalkan adat sejak dilahirkan hinggalah pada hari kematian mereka. Mereka dipengaruhi oleh ajaran Confucius manakala masyarakat India mengamalkan hukum adat yang berkaitan dengan pengaruh agama Hindu.3. Semua adat ini bertujuan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan masyarakat.

Page 21: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

B. ISI (20M)

I. Adat di China (10 M)

1.1 Adat kowtowAdat mengadap maharaja China dengan cara meniarap atau berlutut sebanyak sembilan kali di hadapan maharaja. Maharaja dianggap suci dan perlu disembah sedemikian rupa. Adat ini mengangkat darjat raja ke tahap yang paling tinggi sebagai wakil tuhan. Adat ini dipatuhi oleh semua termasuklah duta-duta Barat sewaktu mengadap maharaja China.

1.2 Adat wanita hamilDiamalkan sejak mula kehamilan hingga ke seratus hari selepas bersalin. Dilarang menyertai majlis perkahwinan dan pengkebumian sehingga 100 hari selepas bersalin.. Perlu berehat dan mengambil makanan yang baik dan mengelakkan makanan yang sejuk kerana dikatakan akan menyebabkan ibu tersebut ditimpa penyakit.

1.3 Adat mementingkan anak lelaki.Anak lelaki mengekalkan nama keluarga. Anak perempuan yang berumahtangga secara langsung memutuskan hubungan dengan keluarga dan menggunakan nama keluarga suaminya. Bagi bapa yang tidak mempunyai anak lelaki tidak akan mempunyai persembahan yang diletakkan di atas meja pujaan rohnya selepas meninggal kerana dianggap gagal memenuhi tanggungjawabnya.

1.4 Adat mengikat kaki anak gadis.Kaki anak perempuan yang berumur antara tiga ke lapan tahun diikat/bebat (dibalut dengan kain ketat) supaya kecil dan cantik. Wanita Cina berasa bangga jika mempunyai kaki yang kecil kerana melambangkan status tinggi dan kemuliaan. Saiz kaki besar melambangkan kehinaan dan kemiskinan. kerja-kerja pertanian.

1.5 Adat memuja roh nenek moyangNenek moyang dianggap sebagai ketua keluarga. Bapa yang tidak ada anak lelaki tidak akan disembah. Penghormatan ini akan dilakukan terutama pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru. Adat ini turut dipertanggungjawabkan kepada golongan tua atau majlis orang tua.

1.6 Adat berkenaan bayi atau anak kecil

Page 22: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Bagi masyarakat Cina , ketika bayi itu dilahirkan dia telah berusia satu tahun dan apabila dia berusia satu tahun sebenarnya dia telah pun berusia dua tahun. Masyarakat Cina amat menitikberatkan soal pendidikan sejak kanak-kanak lagi terutamanya menghormati keluarga.

1.7 Adat perkahwinanPerkahwinan dalam masyarakat Cina diatur sejak kecil kerana ini boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan oleh pihak lelaki sahaja. Masyarakat Cina pentingkan perkahwinan kerana dianggap akan melahirkan generasi baru yang akan menggantikan generasi lama.

1.8 Adat tilikan nasib Masyarakat Cina amat percaya pada tilikan nasib. Sial malang dalam kehidupan akan dapat disingkirkan dengan bantuan tukang tilik yang mahir. Sebelum melakukan sesuatu perkara masyarakat di Asia Timur akan mendapatkan khidmat tukang tilik untuk menentukan tarikh, hari, masa dan ketika yang sesuai memulakan sesuatu upacara.

2. Adat di India (10 M)

2.1 Adat pembunuhan bayi perempuanPembunuhan ini dilakukan semasa bayi masih kecil iaitu semasa bayi tersebut masih menyusu. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowri apabila anak itu berkahwin kelak. Ia biasanya dilakukan oleh golongan miskin.

2.2 Adat SutteeAdat yang melibatkan pembakaran balu dalam upacara pembakaran mayat suami mereka. Adat ini diamalkan oleh masyarakat India sebagai bukti kesetiaan isteri terhadap suami dengan alasan suami isteri tersebut dapat hidup bersama di syurga.

2.3 Adat ThuggeeMerupakan amalan merompak dan pembunuhan di jalan. Amalan ini dijalankan oleh kumpulan agama yang bersenjata menyamar lalu mencekik pengembara jalanan sehingga mati atas nama Dewi Kali.

2.4 Adat bertindik hidung

Page 23: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Amalan ini dilakukan oleh kaum wanita India dengan memakai barang kemas di hidung dikenali sebagai muukkuti. Adat ini menjadikan seseorang wanita itu lembut, mengimbangkan suhu badan dan dianggap membawa kebaikan.

2.5 Adat PottuAdat meletakkan tanda di dahi berbentuk bulat yang juga dikenali sebagai taligam. Pottu dianggap sebagai warisan bagi kaum wanita India. Terdapat juga kaum lelaki yang memakai pottu merah atau cendana.

2.6 Amalan sistem kastaMasyarakat di India dibahagikan mengikut golongan tertentu. Ia bertujuan untuk menjaga keturunan yang dianggap mulia dan dihormati. Sistem kasta dibahagikan mengikut empat kelas masyarakat iaitu Kysatria (perwira, aristokrat), Brahmin (sami) , Vaisya (pedagang) dan Sundra ( rakyat biasa).

2.7 Adat tidak membenarkan perkahwinan semula baluBalu-balu dilarang daripada berkahwin semula selepas kematian suami mereka. Mereka juga tidak boleh menghias diri dan hanya memakai sari putih sahaja. Mereka juga tidak boleh menghadiri perayaan keluarga dan tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga sendiri.

2.8 Adat khas bagi wanita hamilWanita hamil harus menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang kerana perbuatan ini akan mempengaruhi anak dalam kandungan. Wanita hamil tidak boleh mengumpat, bergaduh dan sebagainya untuk melindungi ibu dan anaknya daripada dipengaruhi oleh kuasa jahat.

C. KESIMPULAN (2M)Hukum adat di China dan India mempengaruhi corak pemerintahan dan kehidupan masyarakatnya. Terdapat beberapa amalan yang mencetuskan kontroversi akibat pertembungan antara dua budaya yang bertenatangan sewaktu kedatangan Barat.

(Terima mana-mana 5 isi bagi setiap negara dan juga jawapan lain yang berkaitan.)

Page 24: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

N o 8 Sistem Feudal di Myanmar dan Thailand

Jelaskan system feudal yang terdapat di Myanmar dan Thailand sebelum kedatangan Barat.

Page 25: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Pendahuluan :

Feudalisme secara umumnya ditakrifkan sebagai kuasa politik yang dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat. Tetapi Sistem di Myanmar dan Vietnam feudalisme adalah system kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan.

ISI :

Di Myanmar , Raja menduduki hierarki teratas dalam susun lapis masyarakat.Raja mempunyai kedudukan yang disegani,tinggi,mulia,dan suci.Di samping itu,Raja juga dianggap sebagai wakil Tuhan di dunia ini.Ini dapat diperlihatkan daripada upacara pertabalan Raja yang disertai dengan pelbagai upacara yang disertai oleh pendeta-pendeta agama Buddha serta alat-alat kebesaran yang dianggap mempunyai kuasa sakti.Sistem feudal di Myanmar juga amat dipengaruhi oleh Hukum Kanun Manu yang memberi Raja kuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan.Ini bermaksud Raja adalah berkuasa penuh dalam bidang politik,ekonomi,dan sosial.Raja Myanmar juga merupakan penaung dan pelindung agama Buddha.Simbol kekuatan Raja adalah dilihat daripada bilangan gajah albino yang dimilikinya dan kedudukan istana yang terletak di ibu negeri sebagai simbol mewakili Gunung Meru,iaitu tempat kediaman Tuhan dan sebagai pusat alam mengikut konsep kosmologi.

Di Myanmar,pemerintahan Raja adalah bergantung kepada sokongan para pembesar terhadap Raja.Antara pembesar-pembesar tersebut ialah Ketua Menteri(wungyi),Menteri Muda(wundauk),pegawai istana(atinwun),gabenor(myowun),tuan-tuan tanah(myosa),ketua-ketua bandar(myothugyi),dan ketua kampung(ywa thugyi).Pembesar-pembesar ini mempunyai tanggungjawab masing-masing.Ketua Menteri merupakan ketua para menteri serta mendapat kuasa daripada Raja.Menteri Muda pula bertanggungjawab membantu Ketua Menteri.Pegawai istana merupakan golongan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran istana,diberi tugas mengawal petugas-petugas istana,mengawal kewangan urusan percukaian negara serta bertindak sebagai privy councillor kepada Raja.Gabenor pula menjalankan kuasa feudal seperti menguasai tanah dan mengutip cukai.Tuan-tuan tanah pula bertanggungjawab terhadap pentadbiran di kawasan atau tanah yang dimiliki.Ketua bandar pula mengawal rakyat dan menjadi wakil sosial rakyat.Ketua Kampung pula bertanggungjawab mengutip cukai,menjaga keamanan,dan menyelesaikan perselisihan faham di kampung.

Golongan diperintah di Myanmar merupakan golongan rakyat yang dibahagi kepada 3 golongan iaitu petani,ahmudan,dan golongan hamba.Petani menjalankan ekonomi sara diri seperti menanam padi serta dikehendaki membayar cukai dan menjalankan kerahan tenaga selama 3-4 bulan setahun kepada Raja.Ahmudan pula merupakan

Page 26: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

golongan rakyat yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.Mereka berkhidmat untuk Raja dalam bidang-bidang tertentu seperti sebagai pegawai peribadi Raja(thwei-thauk),mengerjakan tanah Raja,menjaga empangan pertanian,dan menjadi buruh binaan.Golongan hamba pula merupakan hamba abdi biara dan penjenayah yang menerima hukuman.Mereka bertani dan menyelenggarakan biara-biara.

Di Vietnam,Maharaja ditabal oleh wakil Maharaja China.Sistem feudal Vietnam amat dipengaruhi oleh konsep"mandat dari syurga"dan ajaran Confucius.Maharaja menduduki kedudukan teratas dalam susun lapis masyarakat dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan.Sistem feudal Vietnam turut disokong oleh golongan cendekiawan(quan/mandarin) diikuti petani dan hamba.

Golongan quan atau mandarin menduduki lapisan ke-2 dalam hierarki sosial Vietnam.Mereka memberi bantuan kepada Maharaja dalam pemerintahan dan berperanan dalam bidang kehakiman sebagai penegak keadilan dan pentafsir undang-undang.Quan Awan merupakan quan yang penting dan bertaraf tinggi.Ketua-ketua quan adalah berpendidikan Confucius.Pembesar peringkat komun (kampung) pula terdiri daripada orang tua yang bijak dan berpengalaman.Pembesar peringkat komun menjalankan perintah dan arahan istana, mendamaikan perselisihan,dan mengutip cukai.Mereka yang mendapat pendidikan Confucius berpeluang dilantik menjadi pegawai-pegawai kerajaan melalui sistem peperiksaan.

Golongan diperintah di Vietnam dapat dibahagikan kepada 2 golongan iaitu petani dan hamba.Petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri seperti menanam padi.Golongan petani dikehendaki membayar cukai serta menjalankan kerahan tenaga seperti membina empangan dan tali air.Golongan hamba pula menduduki lapisan terendah dalam susun lapis masyarakat.Mereka terdiri daripada penjenayah dan dihantar ke kem-kem tentera di kawasan sempadan untuk membuka tanah baru untuk dikerjakan.Setelah hukuman mereka tamat,mereka akan menjadi petani di tanah yang diusahakan oleh mereka.

Kesimpulan :

Kesimpulannya,sistem feudal yand diamalkan di Myanmar dan Vietnam masing-masing mempunyai keistimewaan dan keunikan masing-masing.Sistem feudal di Vietnam yang mendapat pengaruh China pula agak berbeza dengan di Myanmar kerana wujud mobiliti sosial dalam susun lapis masyarakatnya.Sistem feudal ini terus kekal diamalkan sehingga kedatangan dan campur tangan kuasa Barat di kedua-dua negara tersebut iaitu British di Myanmar serta Perancis di Vietnam(kawasan Indo-China).

Page 27: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

9. BINCANGKAN DASAR TUTUP PINTU YANG DIJALANKAN OLEH CHINA DAN JEPUN PADA AWAL ABAD KE 19

PENGENALAN : (3/2 MARKAH)

- Dasar isolasi atau pemencilan diamalkan oleh kebanyakan negara-negara Asia termasuk China dan Jepun. Melalui dasar ini kedua-dua negara memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan persahabatan atau diplomatik dan enggan mengadakan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa barat

- Keengganan China dan Jepun mengadakan hubungan diplomatik dan perdagangan menyebabkan barat telah menjalankan dasar agresif terhadap kedua-dua negara yang menyebabkan akhirnya mereka terpaksa menamatkan dasar tutup pintu

ISI JAWAPAN ( 20 M )A) DASAR ISOLASI DI JEPUN (10 MARKAH)-Jepun telah menamatkan dasar buka pintu pada tahun 1638. Jepun menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar kira-kira 250 tahun. Menurut dasar ini orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa barat dan pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun. -Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar isolasi iaitu:a) Wujud perasaan syak wasangka terhadap kejujuran barat dan bimbang barat akan mengambil kesempatan untuk campurtangan dalam politik tempatanb) Perkembangan agama Kritian dijadikan landasan oleh kuasa barat untuk menjatuhkan dan melemahkan masyarakat tempatan seperti yang berlaku di Filipina dan Chinac) Orang-orang asing sering mencetuskan huru hara di Jepun yang dianggap mengancam keamanan negarad) Jepun tidak bergantung kepada orang barat kerana sebagai sebuah negara pertanian Jepun mampu memiliki segala keperluan yang dikehendaki

Page 28: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

e) Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan-Berpunca dari faktor-faktor tersebut akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun malah mubaligh-mubaligh Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar dan rakyat tempatan juga turut dilarang melawat ke luar negara terutama negara-negara barat-Pada tahun 1825 Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa maka penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat mereka akan ditawan, dibunu dan kapal mereka akan dimusnahkan -Dasar ini mendapat perhatian barat: pada tahun 1884 Raja Belanda telah menasihati Shogun agar menghentikan dasar tersebut tetapi gagal. Stamford Raffles juga berusaha mengadakan hubungan tetapi gagal-Amerika Syarikat turut memberi perhatian kepada Jepun kerana aktiviti maritim yang sering dijalankan oleh mereka terutama di Lautan Pasifik sering menghadapi masalah iaitu anak-anak kapal yang menjalankan aktiviti peangkapan ikan paus dan anjing laut sering menghala ke Jepun terutama apabila berlaku cuaca buruk atau semasa kapal karam dan mendapat layanan buruk apabila mendarat di Jepun. Kapal-kapal Amerika juga menggunakan pelabuhan Jepun sebagai persinggahan terutama untuk membaiki kerosakan ataupun memerlukan bekalan makanan.-Apabila Amerika mengumumkan dan menghantar misi ke Jepun dalam tahun 1853, Britain menyokong penuh dan berharap ia berjaya merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun- Dasar isolasi Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada 1 Julai 1853. Utusan ini menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih menganggap Amerika sebagai musuhnya-Walaupun maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika tetapi mereka sedar jika ianya tidak dipenuhi Jepun akan senasib dengan China. Akhirnya Perjanjian Kanagawa ditanda tangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat dan sekaligus menamatkan dasar isolasi Jepun

B) DASAR TUTUP PINTU DI CHINA (10 MARKAH)-Pada peringkat awal China menjalankan hubungan dengan kuasa –kuasa

barat, namun hubungan tersebut tidak kekal lama. Hubungan yang terjalin dengan kuasa-kuasa barat sejak abad ke 16 mulai dingin pada abad ke 19. Negara China di bawah pemerintahan Dinasti Manchu mula menjalankan dasar isolasi

-Beberapa peratran perdagangan yang ketat telah dikenakan ke atas pedagang-pedagang barat.Dasar ini dilakukan oleh China kerana :

Page 29: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

a) Bimbang kuasa barat akan mengunakan peluang dari hubungan ini untuk campurtangan dalam hal ehwal politik tempatan

b) Perluasan agama Kristian dan budaya barat dikuatiri akan mencemarkan agama dan adat istiadat tempatan di samping merosakkan akhlak masyarakat Cina

c) Negara China dianggap sebagai Middle Kingdom atau Pusat Tamadun Dunia oleh itu semua negara kecil perlu tunduk di bawah kuasanya. Konsep persamaan taraf yang diamalkan oleh orang-orang barat akan menjatuhkan imej Cina

d) Orang-orang Cina memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding orang-orang barat yang dianggap barbarian atau tidak bertamadun

e) Masyarakat dan kerajaan China menganggap perdagangan merupakan satu pekerjaan yang hina. Oleh itu perdagangan tidak digalakkan dengan kuasa barat. Keadaan ini ditambah lagi dengan China yang mengamalkan ekonomi sara diri. Oleh itu China tidak memerlukan

barangan dari barat kerana mereka mempunyai kawasan yang luas dan kaya dengan pelbagai sumber

-Bermula pada abad ke 19 kuasa-kuasa barat mula memperlihatkan keinginan yang kuat untuk menjalankan perdagangan di China iaitu untuk menjadikan China pasaran barangan keluaran mereka atau mendapatkan barang-barang dagangan seperti teh dan sutera

-Perdagangan di China sangat terikat dengan perdagangan Canton dan sistem perdagangan ini bukan sahaja menggambarkan dasar ekonomi tertutup tetapi juga anggapan China bahawa mereka adalah negara Middle Kingdom yang tidak memerlukan perdagangan dan barangan luar

-Sistem di Canton memperlihatkan sifat monopoli. Kerajaan telah memebrikan kuasa perdagangan hanya kepada 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang bertindak sebagai agen jualan. Antara firma yang penting ialah Tungfoo dan Kwonglei

-Firma yang mengendalikan pedagang-pedagang dari Eropah dan Amerika Ayarikat dikenali sebagai Wai Yang. Bagi Asia Tenggara pula dikenali sebagai Peng Kang Hang. Untuk mengukuhkan firma ini maka pertubuhan pedagang yang dikenali sebagai Cohong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan perdagangan

-Sehubungan itu pelbagai sekatan telah dikenakan oleh pihak China. Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang menghadkan perdagangan orang-orang barat di China antaranya:a) Orang-orang barat hanya dibenarkan berdagang di Pelabuhan Canton sahaja

Page 30: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

b) Orang-orang barat dikehendaki berdagang melalui Cohong yang merupakan wakil perdagangan yang dilantik untuk mengendalikan perdagangan dengan orang-orang asing

c) Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif barangan, serta menguruskan pengedaran barang dagangan

d) Saudagar-saudagar barat dikehendaki pulang ke Macao setelah tamat musim perniagaan

e) saudagar-saudagar dilarang mengahwini wanita tempatan

f) Saudagar-saudagar barat tidak membawa masuk isteri dan senjata api ke China

g) Orang-orang juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina

h) Orang-orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas dan hanya dibenarkan melawat Taman Bunga sahaja

-Peraturan-peraturan ini menyukarkan pedagang-pedagang barat untuk berdagang dan menyebabkan hubungan kedua-duanya tegang dan perang telah meletus.

KESIMPULAN ( 2 /3 MARKAH )-China terpaksa membuka pintu melalui peperangan Candu 1 dan 2,

manakala Jepun menerusi Perjanjian Kanagawa. Selepas dasar buka pintu China terus dicerobohi oleh kuasa-kuasa asing dan terpaksa menyerahkan konsesi-konsesinya sementara Jepun telah muncul sebagai sebuah negara moden melalui Pemodenan Meiji

10. Bincangkan implikasi Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Nangking (1842) terhadap negara masing-masing.

Akibat Revolusi Perindustrian kuasa barat menjalankan dasar imperialisme untuk mencari tanah jajahan baru yang dapat membekalkan bahan mentah dan pasaran baru. Dasar imperialisme barat yang bermatlamatkan keuntungan telah merubah dan hampir memporak perandakan system kehidupan yang terdapat dalam kebanyakan negara di Asia. Kejayaan peringkat awal campur tangan mereka dapat dilihat melalui keakuran negara seperti Thailand dan China membuat perhubungan dengan barat dengan menandatangani Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Nangking (1842). Kedua-dua perjanjian mempunyai implikasi tertentu.(3m)

Permulaan dasar buka pintu, kemerdekaan Siam terpelihara dan British sebgai pelabur utama

Perjanjian Bowring menandakan permulaan dasar buka pintu Thai kepada Negara barat. Perjanjian ini juga telah membawa lebih daripada 20 lagi perjanjian lain

Page 31: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

iaiitu dengan Peranchis, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain. Semua perjanjian tersebut memberi kesan yang bukan sedikit antaranya kuasa barat dibenarkan mengambil wilayah asingan, mendirikan konsul mereka, tersebarnya agama Kristian dan dasar perdagangan yang lebih terbuka. Selain itu hubungan diplomatic diwujudkan antara Thai dan barat atas dasar persamaan taraf. Contohnya, selepas Perjanjian Bowring Raja Mongkut telah menghantar Suriwongse ke Britain. Ini mengeratkan persahabatan dengan Britain. Malahan Britain muncul sebagai pelabur utama sehingga Thai dikenali sebagai “satelit ekonomi”Britain. Pelabuhan British di Singapura dan Hongkong sibuk menjalankan perdagangan dengan Thai. Secara tidak langsung kemerdekaan Thai dapat dipelihara. Hubungan diplomatik yang erat antara semua kuasa barat dapat menjamin kemerdekaan Thai. Pembukaaan Siam kepada perdagangan antarabangsa

Selepas perjanjian tersebut, Thai terdedah dengan perdagangan antarabangsa. Sistem ekonomi sara diri beransur-ansur berkurangan dan digantikan dengan sistem ekonomi komersil. Sistem ekonomi kewangan diperkenalkan dan telah disusun dapat menjalankan aktiviti perdagangan yang sedikit sebanyak turut menguntung Thai. Pengekspotan beras, kayu jati dan gula Thai juga meningkat.

Perubahan sistem kewangan, monopoli bangsawan dan orang cina berkurangan

Perubahan susunan kewangan turut memberi implikasi terhadap dasar cukai. Cukai ke atas barangan impot dikenakan 3% ad valorem manakala cukai ekspot adalah 5% ad valorem.Walau bagaimanapun hal ini bermakna barat mengambil peluang ke atas Thai dengan pengenaan dasar cukai yang berat sebelah. Barang dari barat adalah lebih murah untuk pasaran mereka manakala barang dari Thai mengalami kenaikan harga di dalam negara sendiri. Sistem ekonomi terbuka ini juga turut memberi kesan kepada golongan bangsawan. Golongan ini bukan lagi memonopoli perdagangan. Malahan penguasaan orang Cina dalam ekonomi Thai agak tergugat kerana kini dikuasai pula orang-orang barat terutama dari Britain.

Permulaan dasar buka pintuChina dipaksa membuka pintunya setelah semua usaha British untuk

mewujudkan perhubungan perdagangan dengan China menemui kegagalan. Setelah kalahnya China dalam perang Candu 1, China menandatangani perjanjian Nangking yang memberi kesan terang Permulaan pencerobohan asing

-terangan menjatuhkan imej dan maruahnya sebagai middle kingdom. China terpaksa membuka lima pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Ningpo, Amoy, Foochow dan Shanghai. Selepas perjanjian itu China terpaksa menandatangani Perjanjian tambahan Bogue dengan Britain, Perjanjian Wanghsia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Peranchis dan beberapa negara lain.

China mula dicerobohi kuasa barat. China telah dibelah bahagikan di kalngan kuasa asing yang ada. Misalnya Rusia mendapat pajakan ke atas hujung Semenanjung Lianotung selama 25 tahun, Jerman mendapat pajakan 99 tahun ke atas teluk Kiaochow dan Peranchis diberi diberi pajakan selama 99 tahun ke Teluk Wangchow. Selain itu juga kuasa asing juga menubuhkan lingkungan pengaruh mereka di China, misalnya Peranchis di kawasan Yunnan, Kwangsi dan Kweichow.

Page 32: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Penyerahan Hong Kong kepada BritishChina terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British. Kedaulatan China

sangat dicabar.Kemerosotan Dinasti ManchuKekalahan Dinasti Manchu dalam Perang Candu 1 membuktikan kelemahan

tenteranya. Apatah lagi gagalnya pemerintah Manchu menghalang kemasukan candu dari barat yang banyak merosakkan masyarakat China. Pemberontakan Taiping dan Boxer adalah kemuncak kemerosotan Manchu sebagai pemerintah China.

Kemerosotan ekonomiChina Penghapusan monopoli Co hong serta pembukaan lima buah pelabuhan telah

melemahkan ekonomi China. Perusahaan tempatan tidak dapat bersaing dengan barangan barat yang membanjiri pasaran China.

Kemasukan unsure baratUnsur barat iaitu fahaman barat dan agama kristian mula mengancam

kebudayaan China.KesimpulanPerjanjian Bowring 1855 membawa Siam kea rah pemodenan dan kejayaan.

Siam tetap merdeka dan kedaulatan tetap terpelihara. Perjanjian Nangking 1842 merugikan China. China dipaksakan membuka pintunya selain kedaulatannya tercabar.

11. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA TERCETUSNYA PERANG JAWA (1825-1830) DAN DAHAGI INDIA(1856)

PENDAHULUANPerang Jawa merupakan reaksi penduduk tempatan menentang penjajahan Belanda.Perang yang meletus di daerah Jogjakarta ini dipimpin oleh Dipo negoro.Dahagi India yg meletus pada tahun 1856 pula merupakan tindak balas rakyat India terhadap perubahan dan pentadbiran British. Pemberontakan yg dilakukan oleh tentera atau sepoi ini bermula di wilayah Meerut dan seterusnya berkembang ke wilayah utara dan tengah India.-meletus 1825-1830-pimpinan dipo negoro-tidak puas hati thdp Van Der Capellan yg membatalkan kontrak sewa tanah-pembatalan kontrak ini menysahkan masyarakat tempatan. Pembesar kehilangan sumber pendapatan. Mereka juga tidak dapat membayar balik wang pendahuluan yg tlh dipungut dri orag Eropah.-petani dipaksa bekerja keras di tanah pembesar.-tidak berpuas hati dgn pengenalan pelbagai jenis cukai yg tinggi.Pemungutan

Page 33: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

diserahkan pula oleh Belanda kpd orang Cina.-Cukai semapdan adalh cukai yg membebankan iaiatu cukai yg dikenakan apabila membawa hasil mrk dr ladang mrk ke kawasan kerajaan.-Dipo negoro juga tidak berpuas hati dgn Belanda. Ini kerana Belanda tlh melantik Anak saudaranya Djarot sbg pemerintah Jogjakarta. Dipo negoro thh diketepikan dr takhta beberapa kali.-dipo negoro ialh pemimpin agama dlm masy. -dianggan ratu adil, melancarkan perang jihad.

ISIFaktor-faktor Perang JawaKaum bangsawan berasa tidak puas hati dgn tindakan Gabenor Van de Capellan yg membatalkan kontrak sewa tanah kerana mereka bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan bahkan terpaksa mengembalikan baki pendahuluan yg tlh mrk ambil dr pemajak China atau Eropah. Kaum petani telah dipaksa oleh golongan bangsawan bekerja keras untuk mendapatkan hasil bg menjelaskan hutang kpd pemajak Eropah atau China.Rasa tidak puas hati petani menjadi semakin hebat apabila Belanda memaksa mereka membayar beberapa jenis cukai barangan dan cukai kepala.Peminjam wang China telah mengenakan faedah yg tinggi kpd petani yang meminjam.

POLITIK Dipo Negoro berasa marah krn belanda tidak melantiknya sebagai Amangkubuwono 1V slps kemangkatan adiknya Djarot. Beliau terasa terhina kerana dilantik sbg penasihat kpd Amangkubuwono v yg hanya berusia 2 tahun.

AGAMAKemarahan Dipo Negoro terhadap Belanda semakin meningkat kran Belanda tidak mengiktiraf sbg ketua agama di Pulau jawa.Di kalangan pddk Jawa Diponegoro bukan shj dianggab ratu Adil yg akan membebaskan dan menyelamatkan mrk drp penjajahan Belanda.Perasaan marah dan terhina Dipo Negoro semaikin memuncak apabila Belanda meneruskan rancangan pembinaan jalan raya yg melibatkan tanah perkuburan nenk moyang mrk.

FAKTOR-FAKTOR DAHAGI INDIA

Dasar Pengilhakan Gabenor Jeneral British

Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan wilayah India melalui 3 kaedah iaitu Hak Mewakili Kuasa Agung, Undang-undang warisan serta melanjutkan faedah

Page 34: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

British di wilayah yang disalah tadbir pemerintah India.Melalui kaedah-kaedah ini Dalousie telah mengilhakan wilayah Jhansi, Jaitpur, Samalpur dan lain-lain.Dasar pengilhakan ini telah menimbulkan kemarahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang India, khasnya pemerintah di wilayah yang terlibat.Nana Sahib telah mengetuai pepmberontakan itu kerana British telah bertindak membatalkan bayaran pencen melalui Undang-undang Lesap Waris.

Pembaharuan sosialBritish telah menghapuskan beberapa amalan tradisi serta adat resam spt Suttee, Thugee,pembunuhan bayi perempuan serta meluluskan undang-undang perkhawinan semula balu-balu Hindu.Perubahan beberapa adat resam di atas telah menimbulkan rasa tidak puas hati serta kemarahan di kalngan masyarakat tempatan India.Pengenalan dan penyebaran pendidikan Barat dianggap sebgai percubaan pihak British untuk mengkristiankan orang-orang India.Pengenalan teknologi seperti kertapi api dan telegraf dianggap sebagai satu langkah untuk mencemarkan agama Hindu.Ramai petani kehilangan tanah dan menjadi miskin kerana tanah mereka dirampas oleh British berikut kegagalan petani membuktikan hak milik mereka yang sah.Anggota tentera asli India berasa marah kerana British membubarkan pasukan tentera tersebut setelah mengambil alih sesuatu wilayah tersebut.

Perasaan tidak puas hati sepoi IndiaTentera Benggala yg terdiri daripada puak Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi enggan melakukan kerja berat serta bertugas di luar kawasan yang jauh kerana bimbang kasta mereka akan tercemar.Sepoi-sepoi India juga tidak puas hati dengan amalan diskriminasi tentera British dari segi layanan, gaji serta peluang kenaikan pangkat.Pengenalan senapang Rifle Royal Enfield yang didakwa pelurunya telah dilumur dgn minyak babi dianggap sbg satu muslihat British menghina kebudayaan tradisional dan cuba mengkristiankan mereka.

PenutupPerang Jawa merupakan langkah pertama penjajahan Belanda secara rasmi ke atas seluruh pulau Indonesia. Kejayaan British menghapuskan Dahagi India mengukuhkan lagi kuasa serta pengaruh kuasa Barat tersebut di negara India.

12. Bandingkan langkah-langkah pemodenan yang dijalankan oleh MaharajaMeiji (1868-1912) dan Raja Chulalongkorn (1868-1910) di Jepun dan Siam.

A. PENDAHULUAN (3 markah)

Page 35: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Maharaja Meiji yang memerintah Jepun pada Januari 1868 merupakan penggerakpemodenan yang utama dan zamannya dikenali sebagai Restorasi Meiji atauZaman Peralihan setelah berjaya menamatkan kekuasaan Kesyogunan Tokugawa.Meiji menggunakan ilmu pengetahuan Barat untuk memodenkan negaranya.Manakala Raja Chulalongkorn yang menaiki takhta tahun 1868 setelah kematianbapanya Mongkut telah meneruskan dasar pemodenan Siam yang diasaskan olehMongkut. Chulalongkorn dikatakan Bapa Pemodenan sebenar kerana Siambenar-benar muncul sebagai sebuah negara yang moden.

B. ISI-ISI (20 markah)

1. PentadbiranMaharaja Meiji membentuk piagam yang menjadi panduan kepada pemimpin,pegawai-pegawai dan rakyat Jepun dalam menjalankan tugas. Pada April 1868,baginda menandatangani piagam tersebut yang mengandungi 5 perkara iaitu:a) Dewan Perbahasan ditubuhkan bagi menerimarespons orang ramai mengenaiundang-undang yang akan dilaksanakan.b) Kakitangan awam diseru bersatu dalam semua dasar dan rancangan.c) Semua rakyat digalakkan menggunakan hak dan minat masing-masing.d) Segala adat lama yang tidak bermanfaat dihapuskan.e) Jepun dikehendaki mengambil semua pengetahuan dan kemahiran dari dunia luar.Meiji memindahkan pusat pentadbiran dari Kyoto ke Yedo dan menukar namaYedo kepada Tokyo (Ibu Kota Timur).Baginda juga mewujudkan sistem pentadbiran berpusat (di bawah kekuasaanmaharaja) dengan menamatkan system feudal. Wilayah-wilayah kerkuasaanpembesar diambil semula oleh Meiji dan diberi gaji tetap. Wilayah-wilayahdibahagikan kepada beberapa daerah kecil (Ken) dengan menamatkan fungsidaimyo sebagai pembesar. Samurai yang tidak mempunyai jawatan dalamperkhidmatan awam diberi galakan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.Meiji juga telah membentuk sebuah parlimen atau Diet tahun 1881 denganmenerima pakai perlembagaan Jerman sebagai acuannya. Majlis Penasihat Rajaditubuhkan dengan keanggotaan golongan bangsawan dan pembesar istana. Padatahun 1889 perlembagaan baru yang dikenali sebagai Undang-undang Dasar Baruditubuhkan dan menjadi perlembagaan rasmi Jepun tahun 1889. Diet yang terdiridaripada Dewan Agung dan dewan perwakilan Rakyat ditubuhkan tahun 1890.

Raja Chulalongkorn pula meneruskan dasar ayahnya Mongkut yang mengambilkepakaran orang Barat dalam pentadbirannya. Antaranya ialah:f) Rolin Jacquemins pakar Jerman berkhidmat sebagai Penasihat Amnya.g) Pakar Inggeris sebagai penasihat dalam Kementerian Hasil Dalam Negeri danKastam.h) Pakar Perancis sebagai penasihat di Kementerian Perundangan.i) Pakar Jerman sebagai penasihat di Jabatan Kereta Api dan Jabatan Pos.

Page 36: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

j) Pakar Denmark sebagai penasihat dalam Angkatan Laut dan Polis wilayah.k) Pakar Itali sebagai penasihat dalam Kerja-kerja Pembinaan.Raja Chulalongkorn menubuhkan kerajaan bercorak kabinet Eropah melaluipembentukan Majlis Mesyuarat Tertinggi (MMT) dan Majlis Penasihat (MP).MMT diketuai oleh Raja Chulalongkorn dan dianggotai oleh 12 putera raja dangolongan bangsawan yang bertugas secara rasmi menasihati raja dalampentadbiran dan hal ehwal negeri. MP dianggotai oleh 40 pegawai kerajaanyang berfungsi sebagai badan penasihat pentadbiran Siam. Kedua-dua majlisini boleh mengemukakan pandangan secara terbuka.Baginda juga mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang moden dengan12 kementerian yang setiap satunya diketuai oleh seorang menteri dalamkalangan putera raja berpendidikan Barat dan dibantu penasihat Barat.Antaranya Kementerian hal Ehwal dalam Negeri, Kewangan, Pertanian,kehakiman dan Keadilan, Hal Ehwal Luar Negeri, Kerja Raya, KerajaanTempatan dan Pertahanan.Baginda menamatkan kuasa autonomi di peringkat daerah denganmenyerapkan pembesar-pembesar ke Jabatan Perkhidmatan Awam dengandiberi gaji bulanan tetap atas kehilangan kuasa mereka.Putera Damrong (Menteri dalam Negeri) menyusun semula pentadbirandalam negeri berasaskan sistem pentadbiran Inggeris di Myanmar. Siamdibahagikan kepada 18 buah ‘monthon’ (bulatan). Setiap monthon ditadbir olehPesuruhjaya Tinggi. Monthon dipecahkan kepada unit-unit kecil lagi seperti‘changwat’ (wilayah), ‘amphoe’ (daerah), ‘tambon’ (commune), hamlet dankampong.Chulalongkorn turut meberi perhatian pada polisi luar negaranya. Bagindatelah meneruskan Dasar Buka Pintu Mongkut dan menjalin persahabatandengan Barat melalui beberapa perjanjian persahabatan dan perdagangan.Pejabat kedutaan asing dibuka di Bangkok dan pejabat kedutaannya dibuka dinegara luar seperti London, Paris, Jepun dan Washington. Bagindamengamalkan dasar diplomasi moden dengan Barat bagi mengekalkankemerdekaan Siam seperti menyerahkan 12 kawasan di Laos, Luang Prabang,Seamreap kepada Perancis dan menyerahkan negeri-negeri Melayu Utarakepada Britain.

2. EkonomiMaharaja Meiji berusaha memajukan sektor perusahaan mengikut acuanBarat. Tahun 1873. Ito Hirobumi dilantik sebagai Menteri Perusahaan. Bantuankepada pengusaha persendirian diberikan dalam bentuk modal, latihanperindustrian, khidmat nasihat dan bengkel teknik perniagaan. Khidmat kepakaranluar negara juga turut diperolehi. Buktinya tahun 1879, Jepun mengambil 130pegawai asing melalui Kementerian Perusahaan.Beberapa syarikat besar telah muncul untuk memajukan ekonomi Jepunseperti Mitsui, Mitsubishi, Yasuda dan Sumitomo. Syarikat-syarikat ini telahbergabung dengan syarikat lain yang dikenali sebagai Zaibatsu yang menjadi

Page 37: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

penggerak kemajuan ekonomi Jepun. Selain itu syarikat-syarikat persendirianyang kecil turut beroperasi seperti Osaka Spinning Mill, Tomioko Silk Mill danOji Paper Co.Hasil perkembangan perusahaan, Jepun berjaya menghasilkan baranganeksport seperti kain kapas, sutera ,barangan kilang, perlombongan, kereta, kapalperdagangan adan kapal perang. Meiji memajukan juga perusahaan perkapalandan perlombongan dengan bentuan khidmat kepakaran asing. Antaranyaperlombongan arangbatu, besi dan tembaga.Meiji juga menyusun sistem kewangannya dengan mengeluarkan mata wangkertas yen, menubuhkan bank pusat,Mitsui-Ono, First National Bank danYokohama Spesis Bank.

Raja Chulalongkorn telah menyusun semula kewangan Siam. Antaranya ialah:a) Mewujudkan perbendaharaan moden di Siam dengan bantuan PenasihatKewangan Inggeris yang dilantik sebagai jurukira Siam.b) Sistem audit dan akaun moden diwujudkan.c) Jabatan kastam dan Hasil Dalam Negeri dibentuk dan memperkenalkan cukailangsungd) Anggaran belanjawan pertama diperkenalkan tahun 1901.Sistem cukai moden mendapat keuntungan yang banyak dan menghapuskanpenyelewengan, rasuah dan penindasan serta menghapuskan sistem pungutancukai yang dipajakkan kepada orang Cina.Bank-bank Inggeris dan Perancis ditubuhkan di BangkokBidang pertanian turut dimajukan dengan menubuhkan Jabatan Taliair.Kemudahan perdagangan kepada orang Barat turut disediakan denganmenggalakkan kemasukan pelabur asingPinjaman kredit diberikan kepada petani, pengusaha dan pedagang tempatan.Hasilnya Siam berkembang maju dan pendapatan negara bertambah berikutanhasil eksport dan cukai yang diperolehi.

3. Sosiala. PendidikanMeiji menubuhkan Kementerian Pendidikan tahun 1871 yang mewajibkansemua kanak-kanak setiap lapisan masyarakat mendapat pendidikan rendahdaripada umur 6 hingga 10 tahun. Penekanan pada kesetiaan terhadapmaharaja, bangsa dan negara yang dikenali sebagai prinsip kokutai diberikan.Sistem pendidikan Jepun diubahsuai mengikut sistem pendidikan Amerika.Keutamaan diberikan terhadap mata pelajaran Sains dan Teknik.Meiji telah membawa masuk ramai tenaga pengajar, golongan profesional danahli akademik Barat di samping menghantar ramai pelajar dan pemudanegaranya melanjutkan pelajaran ke Eropah. Pusat-pusat pengajian tinggiseperti maktab dan universiti didirikan Contohnya Universiti Diraja Tokyo,Universiti Imperal, Maktab teknikal seperti Junior Technical College danbeberapa universiti swasta.

Page 38: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Manakala Chulalongkorn juga memberi penekanan dalam pendidikan moden.Baginda membina sekolah bagi kaum bangsawan dan rakyat biasa. Seramai300 kaum kerab atnya dihantar menuntut ilmu di luar negara terutamanya keEropah. Jabatan pendidikan turut ditubuhkan setaraf dengan sistempendidikan Barat. Dengan mengambil penasihat Britain. Sekolah-sekolahrendah didirikan menggunakan bahasa Thai manakala sekolah menengahmenggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. Terdapat jugasekolah asrama untuk lelaki dan perempuan seperti Sunandalaya, MaktabDiraja dan Suan Khulab. Sebuah Maktab Tentera didirikan dengan mengambilpakar Itali sebagai pengelolanya. Pelajaran teknik dan vokasional, jurusanundang-undang dan kaji ukur diperkenalkan. Sekolah-sekolah agama danmubaligh turut didirikan.

b. Adat/budaya/agama/kesihatan/infrastruktur.Chulalongkorn telah menghapuskan adat bersujud menghadap raja tahun 1873dan menghapuskan sistem perhambaan secara berperingkat-peringkat denganmeluluskan Undang-undang Pengabdian pada Ogos 1874. Amalan buruhpaksa dihapuskan dan menggantikan dengan buruh bergaji. Selain itu, amalanperjudian poligami diharamkan.Chulalongkorn bersikap liberal dan toleransi dalam soal agama. Rakyat Siamdiberi kebebasan menganut sebarang agama yang disukai.Baginda juga membaiki taraf kesihatan penduduk dengan menubuhkansekolah perubatan, hospital dan rawatan percuma untuk membanteraspenyakit taun dan cacar dengan bantuan pakar-pakar Barat.Siatem perhubungan atau infrastruktur diperhebatkan seperti menubuhkanJabatan Kereta Api Negara. Perkhidmatan pos dan telegraf diperkenalkan.Jambatan dan terusan dibina sementara sistem kalendar Eropah diperkenalkandi Siam.

4. KetenteraanMaharaja Meiji memberi penekanan serius dalam bidang ketenteraan.Dalam usaha memodenkan angkatan tenteranya, kepakaran Jerman digunakandengan mengambil tentera Jerman berkhidmat dalam angkatan tentera daratJepun. Undang-undang kerahan tenaga diwujudkan tahun 1872 yang mewajibkanpemuda berumur 20 tahun menyertai tentera. Justeru Tentera Kebangsaan Jepundibentuk dengan keanggotaan segenap lapisan masyarakat. Angkatan tentera lautjuga dimodenkan dengan bantuan kepakaran Britain. Jepun berjaya membinakapal perangnya sendiri.Jepun juga mengemaskinikan semula pasukan polis dengan menubuhkan UndangundangMengekalkan Keamanan.

Page 39: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

5. KehakimanChulalongkorn pula mengadakan pembaharuan dan penyusunan semula dalambidang kehakiman setanding negara Barat. Baginda mengasaskan penubuhansistem mahkamah jenayah dan awam, menubuhkan Kementerian Kehakiman dansekolah undang-undang bagi menggalakkan pelajarnya mempelajari sistemkehakiman Barat.Pada tahun 1897, kod undang-undang jenayah baru digubal dan mahkamahjenayah Barat ditubuhkan. Rang undang-undang ini mencadangkan MahkamahKonsul dan hak wilayah asingan di Siam ditamatkan. Selain itu, sistem penjaradisusun dan angkatan polis dimodenkan dengan bantuan penasihat British.

C. KESIMPULAN (2 markah)Zaman Maharaja Meiji merupakan zaman kegemilangan Jepun. Meijimemiliki kebijaksanaan politik yang sukar ditandingi oleh pemerintah negaranegaraAsia lain. Dalam masa yang singkat, Jepun muncul sebagai negara yangmoden dan kuat. Jepun muncul sebagai satu kuasa ekonomi dan tentera yanghebat. Chulalongkorn pula dianggap seorang raja yang agung kerana kejayaannyamengekalkan kemerdekaan Siam. Siam telah menjadi satu-satunya negara di AsiaTenggara yang berjaya mengekalkan kemerdekaannya. Namun kegemilangan initidak berterusan semasa pemerintahan Vajiravudh dan Prajadhipok hinggalahberlaku Revolusi Siam 1932 yang menamatkan sisstem beraja mutlak.

10. Bincangkan implikasi Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Nangking (1842) terhadap negara masing-masing.

Akibat Revolusi Perindustrian kuasa barat menjalankan dasar imperialisme untuk mencari tanah jajahan baru yang dapat membekalkan bahan mentah dan pasaran baru. Dasar imperialisme barat yang bermatlamatkan keuntungan telah merubah dan hampir memporak perandakan system kehidupan yang terdapat dalam kebanyakan negara di Asia. Kejayaan peringkat awal campur tangan mereka dapat dilihat melalui keakuran negara seperti Thailand dan China membuat perhubungan dengan barat dengan menandatangani Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Nangking (1842). Kedua-dua perjanjian mempunyai implikasi tertentu.(3m)

Permulaan dasar buka pintu, kemerdekaan Siam terpelihara dan British sebgai pelabur utama

Perjanjian Bowring menandakan permulaan dasar buka pintu Thai kepada Negara barat. Perjanjian ini juga telah membawa lebih daripada 20 lagi perjanjian lain iaiitu dengan Peranchis, Jerman, Amerika Syarikat dan lain-lain. Semua perjanjian tersebut memberi kesan yang bukan sedikit antaranya kuasa barat dibenarkan mengambil wilayah asingan, mendirikan konsul mereka, tersebarnya agama Kristian dan dasar perdagangan yang lebih terbuka. Selain itu hubungan diplomatic

Page 40: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

diwujudkan antara Thai dan barat atas dasar persamaan taraf. Contohnya, selepas Perjanjian Bowring Raja Mongkut telah menghantar Suriwongse ke Britain. Ini mengeratkan persahabatan dengan Britain. Malahan Britain muncul sebagai pelabur utama sehingga Thai dikenali sebagai “satelit ekonomi”Britain. Pelabuhan British di Singapura dan Hongkong sibuk menjalankan perdagangan dengan Thai. Secara tidak langsung kemerdekaan Thai dapat dipelihara. Hubungan diplomatik yang erat antara semua kuasa barat dapat menjamin kemerdekaan Thai. Pembukaaan Siam kepada perdagangan antarabangsa

Selepas perjanjian tersebut, Thai terdedah dengan perdagangan antarabangsa. Sistem ekonomi sara diri beransur-ansur berkurangan dan digantikan dengan sistem ekonomi komersil. Sistem ekonomi kewangan diperkenalkan dan telah disusun dapat menjalankan aktiviti perdagangan yang sedikit sebanyak turut menguntung Thai. Pengekspotan beras, kayu jati dan gula Thai juga meningkat.

Perubahan sistem kewangan, monopoli bangsawan dan orang cina berkurangan

Perubahan susunan kewangan turut memberi implikasi terhadap dasar cukai. Cukai ke atas barangan impot dikenakan 3% ad valorem manakala cukai ekspot adalah 5% ad valorem.Walau bagaimanapun hal ini bermakna barat mengambil peluang ke atas Thai dengan pengenaan dasar cukai yang berat sebelah. Barang dari barat adalah lebih murah untuk pasaran mereka manakala barang dari Thai mengalami kenaikan harga di dalam negara sendiri. Sistem ekonomi terbuka ini juga turut memberi kesan kepada golongan bangsawan. Golongan ini bukan lagi memonopoli perdagangan. Malahan penguasaan orang Cina dalam ekonomi Thai agak tergugat kerana kini dikuasai pula orang-orang barat terutama dari Britain.

Permulaan dasar buka pintuChina dipaksa membuka pintunya setelah semua usaha British untuk

mewujudkan perhubungan perdagangan dengan China menemui kegagalan. Setelah kalahnya China dalam perang Candu 1, China menandatangani perjanjian Nangking yang memberi kesan terang Permulaan pencerobohan asing

-terangan menjatuhkan imej dan maruahnya sebagai middle kingdom. China terpaksa membuka lima pelabuhannya kepada pedagang asing iaitu Canton, Ningpo, Amoy, Foochow dan Shanghai. Selepas perjanjian itu China terpaksa menandatangani Perjanjian tambahan Bogue dengan Britain, Perjanjian Wanghsia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Peranchis dan beberapa negara lain.

China mula dicerobohi kuasa barat. China telah dibelah bahagikan di kalngan kuasa asing yang ada. Misalnya Rusia mendapat pajakan ke atas hujung Semenanjung Lianotung selama 25 tahun, Jerman mendapat pajakan 99 tahun ke atas teluk Kiaochow dan Peranchis diberi diberi pajakan selama 99 tahun ke Teluk Wangchow. Selain itu juga kuasa asing juga menubuhkan lingkungan pengaruh mereka di China, misalnya Peranchis di kawasan Yunnan, Kwangsi dan Kweichow.

Penyerahan Hong Kong kepada BritishChina terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British. Kedaulatan China

sangat dicabar.Kemerosotan Dinasti Manchu

Page 41: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Kekalahan Dinasti Manchu dalam Perang Candu 1 membuktikan kelemahan tenteranya. Apatah lagi gagalnya pemerintah Manchu menghalang kemasukan candu dari barat yang banyak merosakkan masyarakat China. Pemberontakan Taiping dan Boxer adalah kemuncak kemerosotan Manchu sebagai pemerintah China.

Kemerosotan ekonomiChina Penghapusan monopoli Co hong serta pembukaan lima buah pelabuhan telah

melemahkan ekonomi China. Perusahaan tempatan tidak dapat bersaing dengan barangan barat yang membanjiri pasaran China.

Kemasukan unsure baratUnsur barat iaitu fahaman barat dan agama kristian mula mengancam

kebudayaan China.KesimpulanPerjanjian Bowring 1855 membawa Siam kea rah pemodenan dan kejayaan.

Siam tetap merdeka dan kedaulatan tetap terpelihara. Perjanjian Nangking 1842 merugikan China. China dipaksakan membuka pintunya selain kedaulatannya tercabar.

11. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA TERCETUSNYA PERANG JAWA (1825-1830) DAN DAHAGI INDIA(1856)

PENDAHULUANPerang Jawa merupakan reaksi penduduk tempatan menentang penjajahan Belanda.Perang yang meletus di daerah Jogjakarta ini dipimpin oleh Dipo negoro.Dahagi India yg meletus pada tahun 1856 pula merupakan tindak balas rakyat India terhadap perubahan dan pentadbiran British. Pemberontakan yg dilakukan oleh tentera atau sepoi ini bermula di wilayah Meerut dan seterusnya berkembang ke wilayah utara dan tengah India.-meletus 1825-1830-pimpinan dipo negoro-tidak puas hati thdp Van Der Capellan yg membatalkan kontrak sewa tanah-pembatalan kontrak ini menysahkan masyarakat tempatan. Pembesar kehilangan

Page 42: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

sumber pendapatan. Mereka juga tidak dapat membayar balik wang pendahuluan yg tlh dipungut dri orag Eropah.-petani dipaksa bekerja keras di tanah pembesar.-tidak berpuas hati dgn pengenalan pelbagai jenis cukai yg tinggi.Pemungutan diserahkan pula oleh Belanda kpd orang Cina.-Cukai semapdan adalh cukai yg membebankan iaiatu cukai yg dikenakan apabila membawa hasil mrk dr ladang mrk ke kawasan kerajaan.-Dipo negoro juga tidak berpuas hati dgn Belanda. Ini kerana Belanda tlh melantik Anak saudaranya Djarot sbg pemerintah Jogjakarta. Dipo negoro thh diketepikan dr takhta beberapa kali.-dipo negoro ialh pemimpin agama dlm masy. -dianggan ratu adil, melancarkan perang jihad.

ISIFaktor-faktor Perang JawaKaum bangsawan berasa tidak puas hati dgn tindakan Gabenor Van de Capellan yg membatalkan kontrak sewa tanah kerana mereka bukan sahaja kehilangan sumber pendapatan bahkan terpaksa mengembalikan baki pendahuluan yg tlh mrk ambil dr pemajak China atau Eropah. Kaum petani telah dipaksa oleh golongan bangsawan bekerja keras untuk mendapatkan hasil bg menjelaskan hutang kpd pemajak Eropah atau China.Rasa tidak puas hati petani menjadi semakin hebat apabila Belanda memaksa mereka membayar beberapa jenis cukai barangan dan cukai kepala.Peminjam wang China telah mengenakan faedah yg tinggi kpd petani yang meminjam.

POLITIK Dipo Negoro berasa marah krn belanda tidak melantiknya sebagai Amangkubuwono 1V slps kemangkatan adiknya Djarot. Beliau terasa terhina kerana dilantik sbg penasihat kpd Amangkubuwono v yg hanya berusia 2 tahun.

AGAMAKemarahan Dipo Negoro terhadap Belanda semakin meningkat kran Belanda tidak mengiktiraf sbg ketua agama di Pulau jawa.Di kalangan pddk Jawa Diponegoro bukan shj dianggab ratu Adil yg akan membebaskan dan menyelamatkan mrk drp penjajahan Belanda.Perasaan marah dan terhina Dipo Negoro semaikin memuncak apabila Belanda meneruskan rancangan pembinaan jalan raya yg melibatkan tanah perkuburan nenk moyang mrk.

FAKTOR-FAKTOR DAHAGI INDIA

Page 43: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011

Dasar Pengilhakan Gabenor Jeneral British

Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan wilayah India melalui 3 kaedah iaitu Hak Mewakili Kuasa Agung, Undang-undang warisan serta melanjutkan faedah British di wilayah yang disalah tadbir pemerintah India.Melalui kaedah-kaedah ini Dalousie telah mengilhakan wilayah Jhansi, Jaitpur, Samalpur dan lain-lain.Dasar pengilhakan ini telah menimbulkan kemarahan serta rasa tidak puas hati di kalangan orang India, khasnya pemerintah di wilayah yang terlibat.Nana Sahib telah mengetuai pepmberontakan itu kerana British telah bertindak membatalkan bayaran pencen melalui Undang-undang Lesap Waris.

Pembaharuan sosialBritish telah menghapuskan beberapa amalan tradisi serta adat resam spt Suttee, Thugee,pembunuhan bayi perempuan serta meluluskan undang-undang perkhawinan semula balu-balu Hindu.Perubahan beberapa adat resam di atas telah menimbulkan rasa tidak puas hati serta kemarahan di kalngan masyarakat tempatan India.Pengenalan dan penyebaran pendidikan Barat dianggap sebgai percubaan pihak British untuk mengkristiankan orang-orang India.Pengenalan teknologi seperti kertapi api dan telegraf dianggap sebagai satu langkah untuk mencemarkan agama Hindu.Ramai petani kehilangan tanah dan menjadi miskin kerana tanah mereka dirampas oleh British berikut kegagalan petani membuktikan hak milik mereka yang sah.Anggota tentera asli India berasa marah kerana British membubarkan pasukan tentera tersebut setelah mengambil alih sesuatu wilayah tersebut.

Perasaan tidak puas hati sepoi IndiaTentera Benggala yg terdiri daripada puak Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi enggan melakukan kerja berat serta bertugas di luar kawasan yang jauh kerana bimbang kasta mereka akan tercemar.Sepoi-sepoi India juga tidak puas hati dengan amalan diskriminasi tentera British dari segi layanan, gaji serta peluang kenaikan pangkat.Pengenalan senapang Rifle Royal Enfield yang didakwa pelurunya telah dilumur dgn minyak babi dianggap sbg satu muslihat British menghina kebudayaan tradisional dan cuba mengkristiankan mereka.

PenutupPerang Jawa merupakan langkah pertama penjajahan Belanda secara rasmi ke atas seluruh pulau Indonesia. Kejayaan British menghapuskan Dahagi India mengukuhkan lagi kuasa serta pengaruh kuasa Barat tersebut di negara India.

Page 44: SKEMA Sejarah 2 an Tahun 2011